أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Kejadian Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi
Seterusnya [Next]:- Fasal pada menyatakan kejadian Kursy, Syurga dan Awan
Wassalam
Seterusnya [Next]:- Fasal menyatakan kejadian ADAM
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Kejadian Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi
Kejadian Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi
Segala
puji bagi allah taala yang tiada tuhan hanya ia jua pada azali dan
tiada serta suatu jua pun dan dia tuhan yang abadi lagi sentiasa dan
tiada jua pun kemudiannya dan dijadikan makhluk dan tiada hajat
baginya, maka tetakala hendak menyatakan ketuhananNya, maka dijadikan
nur kekasihnya dan daripada nur itulah dijadikan segala Ambia dan
diringkan dengan martabatnya, da dipilih Ambia itu Nabi Allah Adam,
menyatakan kekasihnya maka kerana itulah sujud sekelian Malaikat akan
dia dan keluarlah ia dari syurga itu adalah didalamnya hikmat dan
anugrahnya akan dia martabat yang tinggi, maka jadilah ia Khalifah di
Bumi.
Maha
suci Tuhan yang tinggi ketuhananya dan tiada sekutu baginya dan lagi
akan di fanakan sekelian makhluk kemudian daripada dijadikan, maka
dikembalikannya pula. Saksi aku bahawasaNya tiada tuhan hanya Allah
yang Isa tiada sekutu baginya dan saksi aku bahawasaNya Nabi Muhammad
itu hamba dan persuruhnya. Hai Tuhanku anugrahkan kiranya Rahmat atas
Muhammad dan sejahterakan kiranya atas pengulu kami Muhammad yang
mempunyai Uhlul Amri dan mempunyai syafaat dan rahmat dan salam atas
taulannya yang baginya dengan menjagakan sehabis-habis kuasa pada
menghasilkan bagi maksud iaitu keredoan Allah.
Kemudian
daripada itu maka bahawasanya hamba fakir yang hina lagi daif yang
harap kepada TuhanNya yang amat pengasih iaitu Al-Syekh Nurulzain bin
Ali Juni ibni Muhammad Hamid Al Rohani di tempatnya Syafiee MazahabNya.
Maka tetakala pada hijrah Nabi s.a.w 1040 tahun pada 6 haribulan rejab
pada hari Ahad dan kemudian daripada itu pada 20 Syawal, di titahkan
raja yang mulia pada fakir dengan titah tidak dapat tidak menjujungnya
iaitu Sultan Iskandar sani Aliluddin, bahawasanya menjadikan satu kitab
dengan bahasa jawi menghimpunkan pada segala kejdain 7 petala langit
dan 7 petala bumi.
Bermula
bab yang pertama pada menyatakan kejadian yang pertama dijadikan Allah
Taala dan kejadian 7 petala langit dan 7 petala bumi dan barang yang
takluk kepadanya didalamnya beberapa kejadian Nur Muhammad s.a.w dan
yang takluk kepadanya, Telah bersabda Nabi s.a.w “adalah Allah Taala
tiada suatu sertanya juapun segala persatu pada suatu”.
Hairi
Aburzan Alaki berdatang sembah kepada Nabi s.a.w, Ya Rasulullah dimana
Tuhan kita tetakala ia belum menjadikan makhluk, maka sabdaNya,
bahawasanya adalah ia pada “Aama” tiada dibawah adanya dan tiada diatas
adanya, ertinya ada ia pada ilmunya seperti Firman Allah yang maksudnya
“adalah aku pada perbendaharaan yang tersembunyi maka aku kehendak
dengan dia akan mengenal akan dia aku, maka aku jadikan segala makhluk
supaya kenal akan daku. “Firman didalam hadis Qudsi yang maksudnya
bahawasanya “Allah taala menjadikan Nyawa Muhammad s.a.w daripada
Zatnya dan dijadikan sekelian alam daripada Nyawa Muhammad.” Dan lagi
sabda Nabi s.a.w yang ertinya, “aku yang pertama dijadikan Allah taala
dan segala mukmin itu dijadikan daripada aku.” Dan lagi firmanya dalam
hadis qudsi yang ertinya “kejadian sesuatu itu kerana mu ya Muhammad
dan aku jadikan engkau kerana Aku. Lagi Firmanya dalam hadis ertinya
jikalau tiada engkau ya Muhammad tiada aku jadikan 7 petala bumi dan
langit, sabda Nabi s.a.w adalah aku jadikan Nabi dan Adam antara air
dan tanah.
Dan
lagi sabda Nabi s.a.w, pertama-pertama yang dijadikan Allah Taala itu
Akal, Kalam, segala Nyawa dan rohani daripada akal, kalam, roh dan roh
ini kejadian Nur Muhammad s.a.w seperti sabdanya yang ertinya
pertama-pertama dijadikan Allah taala itu nyawaku maka ialah sempurna
cahaya seperti firman Allah taala dalam Alquran” bermula Allah Taala
jua yang menyempurnakan cahaya. Bahawasanya Nur Muhammad itu dijadikan
Allah Taala daripada pancaran cahaya nur Ahadnya seperti kata Shoib
AlManndum, telah berdampinglah sifat Jalal dan Sifat Jamal, khaliblah
sifat Jamal atas sifat Jalal maka dijadikan Allah Taala daripada sifat
itu Roh Muhammad itu daripada adum kepada wujud, maka meniliklah hak
Allah Taala dengan tilik Mahbah. Maka malulah ia lalu berpeluh hingga
bertitisannya itu maka dijadikan Allah Taala daripada segala titisan
itu nyawa segala Ambia dan nyawa segala Aulia dan Nyawa segala mukmin
yang soleh dan daripada nyawa segala mukmin yang fasik dan mukmin yang
fasik itu nyawa mukmin yang munafik dan kafir.
Dan
dijadikan Allah taala daripada Nyawa Insan itu Nyawa segala Malaikat
dan daripada Maialkat itu nyawa segala Jin dan daripada Jin itu Nyawa
segala Syaitan dan daripada Syaitan itu Nyawa segala binatang dan
daripada binatang itu nyawa segala tumbuhan, berlebih setengah martabat
dengan setengahnya maka jadilah segala bagi Nafs segala tumbuhan dan
segala unsur itu empat perkara:-
1. Hawa
2. Api
3. Air
4. Tanah
Maka
adalah Akupun tinggal daripada KUN berhimpun himpun tilik kepadanya
dengan tilik yang hebat maka jadilah hancur ia, setengah jadi air,
setengah jadi api menghannguskan air itu maka keluarlah asap lalu naik
ke udara maka daripada itulah Allah menjadikan 7 petala langit. Setelah
itu maka ada lagi tinggal hawa asap itu lalu dijadikan Allah Taala akan
Matahari, bulan dan bintang. Maka terbitlah daripada Nyawa lidah api
itu angin, anginya itu bertiuplah diatas air itu maka jadilah daripada
ombak itu biuh. Dan daripada buih itu dijadikan Allah Taalah 7 petala
bumi. Maka daripada ombak itu dijadikan Allah taala segala bukit, ada
lagi tinggal air itu maka dijadikan Allah Taala segala laut, maka
sekeliannya dijadikan Allah Taalah didalam enam hari jua.
Satu
riwayat yang mashur menyatakan, dijadikan Allah Taala sepohon kayu dan
adalah pohon kayu itu empat cabang maka dinamakan Sijratul Yakin, dan
dijadikan rupa Nur Muhammad itu seperti Murak maka dihantarkan akan dia
diatas pohon kayu itu maka mengucap tasbihlah ia akan Allah Talah
selama 70,000 tahun lamanya. Maka tetakala melihat Murak itu akan
dirinya didalam hijab umpama sebaik-baik rupanya dan elok parasnya maka
malulah ia akan Allah Taala lalu sujudlah ia sebanyak lima kali sujud.
Maka difardukan Allah taala sembahayang lima waktu atasnya dan ummatnya
. Kemudian dijadikan Allah Taala akan suatu bentuk daripada Akib yang
cerah terus menerus cahayanya daripada luar hingga kedalam, maka
dijadikan Allah Taalah daripada rupa Muhammad s.a.w seperti rupanya di
dunia ini, maka dihantarkan rupanya itu dalam pandanganya itu lalu
orang yang berdiri didalam sembahayang, maka segala Nyawa berkeliling
mengucap tasbih dan tahlil selama kira-kira 100,000 tahun lamanya.
Kemudian dititahkan Allah taala segala Nyawa itu menilik kepada Nur
Muhammad itu, maka mereka pun meniliklah ia kepadanya. Barang siapa
menilik kepada:-
1. Kepala maka dijadikan Allah Taala Khalifah dan Sultan.
2. Dahi maka dijadikan Allah Taala penghulu yang adil
3. Mata keduanya - mereka itu hafas kalam Allah
2. Dahi maka dijadikan Allah Taala penghulu yang adil
3. Mata keduanya - mereka itu hafas kalam Allah
4. Pipinya – baik paras rupanya, elok kelakuannya dan amat baik Imannya
5. Telinga – mendengar perkataan yang baik dan menurut pengajaraan
6. Hidung – ali Hikmat dan Tabib
7. Mulut – Menteri lagi elok paras rupanya
8. Kaki – Menjadi penghantar raja-raja
9. Dadanya – Orang yang Tawaduk dan menurut amar Allah
Riwayat
hadis ada menyatakan bahasanya pertama-pertama dijadikan Allah Talla
itu seperti sembah Nabi Musa a.s, tetakala ia munajat demikian katanya
“Hai TuhanKu apa yang pertama engkau jadikan daripada Mkahluk Mu,”
Firmanya Ya Musa,
1. Pertama-pertama yang ku jadikan itu Nyawa Muhammad
2.
Kemudian daripada itu maka kujadikan Daratul Biatah yang panjangnya
sekira-kira 500 tahun perjalanan dan libarnya demikian juga.
3.
Kemudian daripada itu maka ku jadikan 70,000 negeri dalam hawa yang
berlapis-lapis yang tiap-tiap satu negeri itu daripada 70,000 lelaki
tiada mereka itu daripada Manusia, jin dan Malaikat. Maka Firman Allah
Taala, aku jadikan akan kamu makanan, maka mereka itu pun jadilah
berbuat ibadat akan Allah Taala tiap-tiap seorang daripada mereka itu
70,000 tahun lamanya, adalah seorang daripada mereka itu berbuat
derhaka akan daku maka aku hapuskan negerinya itu, setengah dengan
setengah maka jadi binasalah semuanya.
4.
Kemudian daripada itu aku jadikan pula 80,000 negeri kira-kiranya
sepuluh kain dunia ini, bersalah-salahan selapisnya seperti antara
langit dan bumi. Aku penuhkan segala negeri itu dengan biji ” Sawi”
yang putih kemudian daripadanya seekor Akas maka kujadikan biji Sawi
yang hijau, maka dimakan tiap setahun satu biji maka habislah ia maka
Akas itu pun matilah ia.
5.
Kemudian daripada itu aku jadikan 20,000 lelaki daripada cahaya, tiada
dijadikan 2 lelaki dalam satu masa. Kemudian daripada itu aku jadikan
Qalam dan Luh dan Aras dan Kursi. Dan 70 tahun kemudiannya aku jadikan
segala Malaikat.
6. Kemudian daripada kira-kira 70,000 tahun maka kujadikan Syurga dan Neraka.
7.
Kemudian daripada itu aku jadikan sesorang lelaki, aku namakan dia
Adam, bukan bapa kamu ADAM itu hai Musa. Maka hiduplah lelaki ini
kiranya 100,000 tahun lamanya dan matilah ia, kemudian aku jadikan lagi
Adam dan mati dan sentiasalah aku jadikan Adam dan hidup tiap seorang
Adam selama 100,000 tahun hingga ku jadikan 10,000 Adam lain daripada
bapa kamu, kemudian daripada itu barulah aku jadikan bapa kamu iaitu
ADAM itulah adanya wahai MUSA.
Kejadian 7 Petala Langit dan Bumi -II
Adapun
kejadian itu dijadikan Allah Taala daripada “DaratullBaitoh”, seperti
Firman Allah yang maksudnya, kami jadikan Tujuh petala bumi dan Tujuh
petala langit dengan Kudrat Kami dan kami yang meluaskan dia, Firman
Allah Taala yang maksudnya Allah Taala menjadikan tujuh petala bumi dan
langit dalam 6 hari juga, permulaan pada hari Ahad dan kesudahan pada
hari Jumaat dan ada dahulu daripada dijadikan langit dan bumi maka
tetakala itu Aras diatas air Juga.
Dan
Firman Allah lagi dalam al Quran yang maksudnya, Tuhan kmau itu
menjadikan tujuh petala langit dan bumi dalam enam hari iaitu seperti
hari di dunia in juga kira-kiranya kerana pada masa itu bulan dan
matahari belum dijadikan.
Adapun
jika dikehendaki Allah taala menjadikan tujuh petala langit dan bumi
dengan sekejap mata jua kuasa ia, tetapi tiada dijadikan kerana yang
demikian itu kerana hendak mengajar segala makhluk akan tamsil bicara
mereka itu lagi memberikan ketetapan hati mereka itu. Tetakala
dikehendaki Allah Taalah menjadikan tujuh petala langit itu dijadikan
daripada asap air manikam itu tetekala naik hawanya maka jadilah langit
maka firman Allah taala akan langit dan bumi, perbetullah kamu barang
yang aku serahkan kepada kamu dengan barang yang kesukaan kamu dan
keadaan kamu hai langit kelurakanlah oleh mu daripada matahari dan
bulan dan segala bintang dan firmanya hai bumi terbitkan lah olehmu
akan mata air dan sungai dan keluarkanlah olehmu akan tumbuhan dan
buah-buahan, maka sembah keduanya hai tuhanku ku junjung titah mu. Maka
dijadikan Allah taala tujuh petala langit dalam dua hari iaitu hari
khamis dan tiga saat hari jumaat.
Tetakala
di Tanya oleh sahabat akan Rasulullah demikian katanya, Ya Rasulullah
ceritakan olehmu akan kami apa yang dijadikan Allah Taala didalam enam
hari?. Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w bahawasanya
1. Allah Taala menjadikan segala bulan pada hari Ahad dan Isnin
2. Dijadikan segala bukit pada hari Selasa
3. Dan Menjadikan segala negeri dan sungai dan segala makanan pada hari Rabu
4. Dan
menjadikan segala langit dan malaikat pada hari Khamis dan hingga
dating tiga saat hari Jumaat, Maka dijadikan Allah dalam enam saat
pertama pada Sembilan itu tiga saat segala ajal, tiga saat kesudahannya
dijadikan Adam a.s.
Kata
Kaab Al Jabar, bahawasanya Allah Taala menjadikan sekelian itu dalam
enam hari jua, satu hari bulat langit, satu hari dirupakan akan dia dan
Bumi satu hari bulat dan satu hari dirupakan akan dia, lalu seperti
langit dan bumi, kemudian dijadikan segala bintang dan matahari dan
bulan dan lainnya. Adalah permulaan kejadian itu adalah pada hari ahad
hingga dating hari jumaat dan dinamakan hari jumaat itu kerana
perhimpunan kejadian didalamnya.
Fasal pada menyatakan Loh Mahfos, Kejadian Qalam & Arash
Fasal pada menyatakan Loh Mahfos
Adapun
Loh Mahfos itu dijadikan Allah Taala daripada mutiara yang putih dan
kedua tepinya daripada Yakut yang Merah dan kepalanya dari manikam yang
langit dan bumi dan besarnya seperti antara merah dan panjangnya
seperti antara Musyrik dan Maghrib, maka adalah tersurat didalamnya
daripada segala nasib hamba Allah taala yang banyak dan berbahagialah
bagi yang berbahagia dan celakalah bagi yang celaka daripada Azali ke
badan. Syahdan bahawasanya Loh Mahfos itu hanya sebelah sahaja yang
dapat dilihat oleh Izrail dan yang sebelah lagi tiada siapa yang
mengetahui hanya Allah Taala jua yang mengetahui.
Fasal pada menyatakan kejadian Qalam.
Adapun
Qalam itu dijadikan Allah Taala daripada Nur dan panjangnya seperti
antara Langit dan Bumi, dan pada satu riwayat ada menyatakan bahawa
panjang Qalam itu kira-kira 500 tahun perjalanan dan bulatnya demikian
juga. Dan adalah baginya delapan puluh belahan dan keluar daripadanya
dakwat selang-selang daripada belahnya itu sekelian. Maka Firman Allah
Taala akan dia Hai Qalam surat olehmu dan demi didengar firman Allah
Taala demikian itu maka ia gementarlah lalu ia mengucapkan tasbih
baginya. Maka tetakala itulah ia terbelah daripada kerana sangat hebat
ia mendengar firman Allah. Dan firman Allah lagi Hai Qalam surat oleh
mu akan dia daripada barang yang dijadikan dan barang yang lagi aka dia
hingga ke hari Kiamat. Maka Qalam menyurat seperti barang yang
dilakukan Allah Taala daripada bahagia segala yang bahagianya dan
celaka daripada segala yang celaka dan barang yang dikehendaki Allah
Taala.
Adapun
Arash itu dijadikan Allah Taala daripada Manikam yang hijau dan adalah
terlebih besar daripada segala yang dijadikan Allah Taala seperti
khabar daripada Jaafar ia mendengar daripada neneknya katanya” adalah
Arash itu empat ribu tiang dan bahawasanya antara satu tiang kepada
satu tiang itu kira-kira terbang burung yang pantas 30,000 tahun tiada
sampai ia. Adalah bagi Arash itu tujuh puluh ribu lidah mengucap tasbih
ia akan Allah Taala dengan berbagai-bagai bunyinya dan di hiaskan akan
Aras itu pada tiap-tiap hari tujuh puluh warna daripada Nur, maka tiada
kuasa menilik kepadanya seorang juga daripada makhluk dan jika
dibandingkan dengan yang lain daripada Arash itu maka adalah seperti
umpama satu zarah yang dicampak pada yang dipandang juga.
Kata
Kaab Al-Jabar bahawasanya Allah Taala menjadikan seekor ular yang
bernama Hayatul Kubri dan adalah ia mengelilingi Arash dengan tiga
belok. Maka kepalanya daripada mutiara yang putih dan tubuhnya daripada
emas yang Merah dan kedua matanya daripada Yakut dan besarnya tiada
seorang jua yang mengetahui hanya Allah sahaja yang mengetahui. Jika
dikelurakan daripada Arash sampai kepada Tujuh petala bumi hingga
kepusatnya tiada sampai juga. Dan pada tiap-tiap bulu sayapnya itu
seorang Malaikat mengucap tasbih kepada Allah s.w.t.
Kata
Wahab bin Munih bahawasanya didalam Arash itu empat sungai, pertama
daripada sungai mutiara yang gemilang, kedua sungai putih airnya
daripada susu dan kursi daripada mutiara dan anak batunya daripada
yakut yang merah, ketiga sungai daripada yang berkeladak putih airnya
seperti susu yang amat putih, keempat sungai yang mengalir airnya dan
adalah ia dibawahnya itu suatu, maka ialah diturunkan Allah Taala Roh
segala yang bernyawa dan daripadanya turun hujan dengan Izin Allah
Taala maka jadi hujan langit hingga sampai satu tempat yang bernama
Ibzam. Maka dititahkan Allah s.a.t akan awan itu menurunkan hujan maka
tiada turun setitik daripada hujan melainkan adalah sertanya seorang
daripada malaikat, maka dihantarkan malaikat itu daripada titik air
hujan itu kepada tempatnya. Maka tiada turn air hujan setitik melainkan
ianya disukat dan di timbang, kecuali pada taufan Nabi Allah Nuh a.s.
Kata Syaidina Ali r.h.a, adalah pada langit itu satu pintu yang bernama
Majroub daripada pintu itulah tempat tutunya segala malaikat dan
daripada pintu itu turun air masa taufan Nabi Allah Nuh a.s
Adapun
malaikat yang mennangung Arash itu empat orang jua adanya dan Israfil
itulah yang terlebih hampir daripada segala malaikat kepada Allah
taala, maka ditambah pula Malaikat yang menangung Arash itu pada hari
kiamat itu empat orang jadi lapan orang seperti firman didalam Alquran
yang ertinya Yang menangung Arash Tuhanmu ya Muhammad pada hari Kiamat
itu lapan orang malaikat. Dan rupa mereka itu seperti kambing hutan dan
ada bagi mereka itu tanduk dan adalah antara tanduk kepada tanduk yang
lain kira-kira 600 tahun perjalanan dan adalah Arash itu diatas tanduk
mereka itu. Dan antara telinga dan batang leher kira-kira 600 tahun
perjalanan dan adalah antara mulutnya dan dua tapak kakinya kira-kira
500 tahun perjalanan.
Teleh
bersabda Rasulullah s.a.w kepada aku yang ertinya Hai Jabar hampirlah
kamu kepada ku, aku hendak menceritakan akan segala malaikat yang
menanggung Arash, adalah antara cuping telinga dan batang lehernya
adalah sekira-kira 700 tahun perjalanan dan lagi kata Mujahad, adalah
antara langit yang ketujuh dan Arash itu hijab daripada Zulumat dan
satu hijab daripada Nur dan satu hijab daripada Zulumat pula dan
Malaikat yang menaggung Arash itu Tawaf seperti kata Wahab, adalah
segala Malaikat itu tawaf megelilingi Arash itu 70,000 shaf iaitu satu
shaf di belakang satu shaf. Apabila berhadapan sesetangahnya maka
setengah mereka mengucap takbir dan adalah dibelakang mereka itu 70,000
shaft pada Malaikat yang berdiri dan adalah tangan mereka itu pada
lehernya, apabila mereka akan takbir dan tahlil maka mereka itupun
menyaringkan suaranya. Dan adapun di belakang shaf mereka itu seratus
shaf daripada Malaikat dan dihantarkan tangan kanan diatas tangan kiri,
tiada seorang melainkan mengucap ia akan tasbih dan tahmid dengan
berlainan bunyi. Maka didingkan Allah Taala daripada segala Malaikat
yang menanggung Arash itu dengan 70 hijab daripada Api dan 70 hijab
daripada Zulumat dan 70 hijab daripada Nur, 70 hijab daripada Mutiara
yang merah dan 70 hijab daripada Yakut yang merah 70 hijab daripada
Zamrud yang hijau, 70 hijab daripada air beku dan 70 hijab daripada
yang lainnya tidak diketahui bilangannya hanya Allah jua.
Adapun
Malaikat yang menanggun arash itu mengelilingi ia dengan empat muka,
yang pertama mukanya seperti lembu, kedua seperti muka harimau, ketiga
seperti muka Rajawali dan keempat seperti muka manusia. Dan adalah bagi
mereka itu empat sayap dan dua sayap itu digunakan untuk menutup ia
akan dirinya daripada menulik Arash takut pengsan ia, dan 2 sayap lagi
dikembangkan tiada berkata-kata melainkan mengucapkan tasbih dan tahmid
semata.
Shahdan,
dibawah Arash itu Malaikat yang menyerupai Rajawali, seperti rupa ular
dan di bawah Arash itu seekor ayam jantan yang putih bulunya, hijau dan
lagi belang dan dua matanya daripada Yakut yang merah dan tengkoknya
dan dua kakinya daripada emas dan 2 kakinya sampai 7 lapis bumi yang di
bawah dan lehernya berlipat lemak dibawah Arash, Inilah kata Nabi s.a.w
akan ayam putih itu kekasihku, hikmat Allah menjadikan Arash adalah
untuk menjadi Kiblat para Malaikat.
Seterusnya [Next]:- Fasal pada menyatakan kejadian Kursy, Syurga dan Awan
Wassalam
Fasal pada menyatakan kejadian Kursy, Syurga & Awan
Fasal pada menyatakan kejadian Kursy
Adapun Kursy itu dijadikan Allah Taala daripada Zamrud yang Hijau dan adalah baginya empat tiang, tiap satu tiang luasnya seperti tujuh petala bumi dan langit. Dan Malaikat yang menangung Kursy itu empat orang dan seorang itu berupa Adam dan itulah yang memohon rezeki kepada Allah bagi anak Adam. Dan yang berupa Rajawali itu memohon rezeki bagi sekelian angkas, dan yang berupa Harimau itu memohon rezeki bagi binatang yang buas dan yang terakhir berupa dengan rupa Lembu dan itulah Malaikat yang memohon rezeki bagi binatang yang jinak.
Fasal pada menyatakan kejadian Syurga
Kata setengah daripada ulamak bahawa Syurga itu pintunya daripada permata yang merah, kemudian Janatul Firdaus itu daripada emas yang merah, Janatul Makwa itu daripada Zamrud yang hijau, Janatul Adnan itu daripada Mutiara. Kata sesetengah ulamak bahawasanya Syurga itu lapan perkara iaitu:-
1. Darul Janah dan satu riwayat menyatakan Darul Jalal namanya daripada mutiara yang putih, iaitu tempat bagi segala hamba yang taubat,
2. Darul Salam namanya iaitu daripada Yakut yang Merah, tempat hamba yang sabra baginya.
3. Janatul Makwa namanya iaitu daripada Zarbajad yang Hijau, tempat bagi orang yang sangat takut kepada Tuhannya.
4. Janatul AlKhalad namanya iaitu daripada Qalam yang merah dan pada satu riwayat daripada emas yang merah itulah tempat bagi hamba yang takut kepada Allah Taala.
5. Janatul naim namanya iaitu daripada Perak yang putih itulah tempat bagi hambanya yang kasih saying kepada Tuhannya.
6. Janatul Firdaus iaitu daripada emas yang merah itulah tempat kediaman sekelian hamba yang redo akan Qada.
7. Janatul Darul Qubra daripada Kasturi yang amat harum baunya itulah tempat sekelian hambanya yang Kasih akan Tuhan.
8. Janatul Adnan iaitu daripada mutiara yang putih itulah tempat tinggal bagi hambanya yang kenal dengan sebenar kenal akan Tuhannya dan juga dirinya.
Seperti Firman Allah taala didalam AlQuran yang maksudnya bahawasanya Allah Taala menjadikan Syurga Janatul Adnan itu dengan tangan kudratnya danmenanamkan pohon kayu Dauithfi itu dengan tangan kudratnya dan menjadikan ADAM itu dengan tangan kudratnya dan menyurat Taurat itu dengan tangan Kudratnya.
Fasal menyatakan kejadian Awan.
Adapun awan itu kejadian daripada tubuh yang latif dan tempat kediamnya itu diudara seperti katat Ibnu Abbas, adapun awan itu bertubuh yang latif duduknya di awan dan menjadi tentera Malaikat Mikail dan apabila di suruhnya hampir ia kepada bumi maka jadi kelamlah awan itu, apabila di suruh naik tinggi ke udara jadi jernihlah awan itu, maka apabila dikehendaki akan hujan pada suatu pihak bumi maka dititahkan Allah s.w.t akan segala Malaikat yang mengawal awan itu menghampiri akan dia kepada pihak bumi, maka jadilah hujan kepada pihak bumi itu. Dan jika tiada hampir awan itu kepada pihak bumi nescaya tiadalah hujan di kawasan itu.
Seterusnya [Next]:- Fasal menyatakan kejadian sejuk, air beku dan embun Adapun Kursy itu dijadikan Allah Taala daripada Zamrud yang Hijau dan adalah baginya empat tiang, tiap satu tiang luasnya seperti tujuh petala bumi dan langit. Dan Malaikat yang menangung Kursy itu empat orang dan seorang itu berupa Adam dan itulah yang memohon rezeki kepada Allah bagi anak Adam. Dan yang berupa Rajawali itu memohon rezeki bagi sekelian angkas, dan yang berupa Harimau itu memohon rezeki bagi binatang yang buas dan yang terakhir berupa dengan rupa Lembu dan itulah Malaikat yang memohon rezeki bagi binatang yang jinak.
Fasal pada menyatakan kejadian Syurga
Kata setengah daripada ulamak bahawa Syurga itu pintunya daripada permata yang merah, kemudian Janatul Firdaus itu daripada emas yang merah, Janatul Makwa itu daripada Zamrud yang hijau, Janatul Adnan itu daripada Mutiara. Kata sesetengah ulamak bahawasanya Syurga itu lapan perkara iaitu:-
1. Darul Janah dan satu riwayat menyatakan Darul Jalal namanya daripada mutiara yang putih, iaitu tempat bagi segala hamba yang taubat,
2. Darul Salam namanya iaitu daripada Yakut yang Merah, tempat hamba yang sabra baginya.
3. Janatul Makwa namanya iaitu daripada Zarbajad yang Hijau, tempat bagi orang yang sangat takut kepada Tuhannya.
4. Janatul AlKhalad namanya iaitu daripada Qalam yang merah dan pada satu riwayat daripada emas yang merah itulah tempat bagi hamba yang takut kepada Allah Taala.
5. Janatul naim namanya iaitu daripada Perak yang putih itulah tempat bagi hambanya yang kasih saying kepada Tuhannya.
6. Janatul Firdaus iaitu daripada emas yang merah itulah tempat kediaman sekelian hamba yang redo akan Qada.
7. Janatul Darul Qubra daripada Kasturi yang amat harum baunya itulah tempat sekelian hambanya yang Kasih akan Tuhan.
8. Janatul Adnan iaitu daripada mutiara yang putih itulah tempat tinggal bagi hambanya yang kenal dengan sebenar kenal akan Tuhannya dan juga dirinya.
Seperti Firman Allah taala didalam AlQuran yang maksudnya bahawasanya Allah Taala menjadikan Syurga Janatul Adnan itu dengan tangan kudratnya danmenanamkan pohon kayu Dauithfi itu dengan tangan kudratnya dan menjadikan ADAM itu dengan tangan kudratnya dan menyurat Taurat itu dengan tangan Kudratnya.
Fasal menyatakan kejadian Awan.
Adapun awan itu kejadian daripada tubuh yang latif dan tempat kediamnya itu diudara seperti katat Ibnu Abbas, adapun awan itu bertubuh yang latif duduknya di awan dan menjadi tentera Malaikat Mikail dan apabila di suruhnya hampir ia kepada bumi maka jadi kelamlah awan itu, apabila di suruh naik tinggi ke udara jadi jernihlah awan itu, maka apabila dikehendaki akan hujan pada suatu pihak bumi maka dititahkan Allah s.w.t akan segala Malaikat yang mengawal awan itu menghampiri akan dia kepada pihak bumi, maka jadilah hujan kepada pihak bumi itu. Dan jika tiada hampir awan itu kepada pihak bumi nescaya tiadalah hujan di kawasan itu.
Fasal menyatakan kejadian sejuk, air beku dan embun
Fasal menyatakan kejadian sejuk, air beku dan embun
Adapun
segala perkara itu dijadikan Allah Taala suatu bukit yang sejuk dan air
beku tiada mengetahui besanya itu hanya Allah taala juga yang
mengetahui dan mengawali seorang Malaikat, apabila dikehendaki Allah
taala menurunkan sejuk kepada pihak bumi, maka Malaikat itu pun
menurunkan dia dan jadilah embun dan hujan batu di sana dengan izin
Allah dan tiada diturunkan setiti embuk itu melainkan disukat dan
ditimbangnya.
Fasal menyatakan kejadina Kilat dan Halilitar dan Guruh.
Kata
Ibnu Abbas bahawasanya datang sesorang bertanya kepada Rasulullah,
katanya Ya Rasulullah ceritakan hamba kejadian kilat halilitar dan
guruh, Maka jawab Rasulullah, Satu Malaikat yang megawali awan da pada
tanganya beberapa cemati daripada api, maka dipalunya akan awan itu
dengan cemati, itulah guruh dan kilat, maka sembahnya ya Rasulullah
suara siapa yang berbunyi itu,
maka sabdanya iaitu suara seorang malaikat bernama Malik Ar road dan kata Syaidina ali k.a.h.w.h bahawasanya kilat itu palu Malaikat akan awan dengan beberapa cemati daripada besi dan guruh itu suara daripada tasbih Malaikat tetaka memarahi akan awan dan bertasbih apabila bersalahan awan itu dengan dia lalu bertempiklah ia dengan suara yang amat keras lalu di hamburlah daripadanya api maka jadilah kilat dan halilitar.

Kejadian Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi - III
Dan
pada suatu riwayat ada menyatakan, sembah Abdyllah bin Abdul Salam
katanya kepada Rasulullah, Hai Rasulullah ceritakan kepada hamba
daripada apa dijadikan Allah akan bumi, maka sabda Nabi s.a.w daripada
buih laut, dan buih itu daripada ombak, ombak daripada laut. Da bumi
ini yang menetapkan dia daripada bukit Koofa yang dijadikan daripada
Zamrud yang hijau dan tingginya 500 tahun perjalanan dan kelilingnya
selama 2000 tahun perjalanan dan di belakang Bukit Koofa itu 70 bumi
daripada Kasturi, 70 bumi daripada Kapur, 70 bumi daripada Anbar, 70
bumi daripada Emas, 70 bumi daripada Perak, 70 bumi daripada besi dan
dibelakang bumi itu 70,000 alam, maka tiap-tiap alam itu berisi dengan
Malaikat, tiada siapa yang mengetahui bilangannya hanya Ia juga. Dan
tiada ia mengetahui akan kejadian anak Adam dan Iblis melainkan ianya
sentiasa bertasbih dengan Kalimah Syahadah. Dan di belakang segala alam
itu mengelilingi alam itu Ular. Kemudian kata Abdullah bi Abdul Salam
kepada Rasulullah s.a.w, ceritakan kepada hamba segala yang mendiami
Bumi ya Rasulullah. Sabda baginda adapun yang ada daripada bumi yang
ketujuh lapis itu beberapa malaikat dan bumi yang keepat lapis itu
beberapa daripada segala Ular dan ketiga lapis itu beberapa daripada
Kala dan yang kedua lapis itu beberapa daripada Jin, dan bumi lapis
pertama itu beberapa daripada segala Manusia, dan sekeling bumi itu
diatas lembu, yang sifatnya empat kepala dan antara kepala itu 100
tahun perjalanan, lembu itu diatas batu yang terhantar, dan batu itu di
belakang ikan, dan ikan itu diatas laut, dan laut itu kira-kira seribu
tahun perjalanan, dan air laut itu diatas angina, dan angin itu diatas
Zulumat, dan Zulumat itu diatas neraka Jahanam dan neraka jahanam itu
dibawah Nuri dan tiada siapa yang mengetahui apa yang diatas nuri itu
melainkan IaNya Jua……..
Seterusnya [Next]:- Kejadian Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi- IV
Kejadian Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi- IV
Telah
berkata Nabi s.a.w awal-awal yang dijadikan Allah Taala itu Cahaya-Ku,
maka cahaya ku itupun sujud bagi Allah Taala, maka firmanNya hai Nur
Muhammad daripadaku, sujudlah engkau selama 100,000 tahun maka cahayaku
pun sujud selama 100,000 tahun lamanya. Kemudian maka firman Allah
Taala, Hai Nur Muhammad bangkitlah engkau dengan firman ku, maka ia
bangkitlah ia daripada sujudnya, maka firmannya lagi hai Nur Muhammad
bagi ummat mu ku fardukan sembahayang lima waktu dengan dia.
Se-bermula
kejadian cahaya ku itu maka dijadikan Allah Taala bagi seekor burung
yang indah rupanya, daripada burung itu, bermula:-
Kepalanya Amirrul Mukminin Ali r.a.h,
Mata kirinya Amirull Mukminin Hassan r.a.h dan
Lehernya itu Siti Fatimah r.a.h dan
Lengan yang kanan itu Syaidina Abu Bakar r.a.h dan
Lengan yang kiri itu Syaidina Omar r.a.h dan
Ekor burung itu Amirrul Mukminin Osman r.a.h
Dada burung itu Syaidinna Hamzah r.a.h
Kanan burung itu Siti Khadijah r.a.h
Kiri burung itu Siti Aysiah r.ah
Kemudian firman Allah taala Hai Nur Kekasih ku, ku jadikan tujuh laut:-

Pertamanya laut Amalan
Kedua laut Latif
Ketiga laut Khaabar
Keempat laut Badi
Kelima laut Fakir
Keenam laut Cahaya
Ketujuh laut ……..
Kemudian firman Allah taala hai cahaya ku Nur Muhammad kekasihku pergilah engkau kepada sekelian laut itu 100,000 tahun engkau berenanglah, maka Nur Muhammad itupun pergilah. Firman Allah lagi taala keluarlah engkau daripada laut, maka Nur Muhammad itupun keluar daripada sekelian laut. Firman Allah lagi Hai Nur Muhammad engkau gerakkan dirimu, maka keluarlah air peluhnya.

dua titis air daripada Mata Cahayaku yang Kanan, titisan pertama
menjadikan Allah Taala akan Jibril a.s dan titisan yang kedua
menjadikan Mikail.
Dua titisan daripada titik air mata Cahayaku yang kiri itu, setitik yang pertama menjadikan Allah Taala akan israfil a.s dan daripada titik yang kedua menjadikan Allah taala akan Izrail a.s.
Dan dua titis daripada telinga Cahayaku yang kanan itu setitk yang pertama menjadikan Allah Taala akan Luh Mahfus dan titisan yang kedua menjadikan Allah Taala akan Qalam.
Dan dua titis daripada telinga Cahayaku yang kiri itutitisan yang pertama menjadikan Allah Taala akan Arash dan titisan yang kedua itu Kursy.
Dan delapan titis daripada hidung Cahayaku menjadikan lapan pangkat syurga dengan isinya.
Dua titis air daripada leher Cahayaku menjadikan Allah Taala akan Matahari dan titis yang kedua Bulan.
Dan lima titisan daripada tangan Cahayaku yang kanan, titis yang pertama menjadikan Allah akan angina Har-har, titisan kedua angina Par-Par, titisan ketiga angina Rafak, titisan yang keempat angina Sirrul Insan dan titisan yang kelima menjadikan Allah Taala akan roh yang lain.
Dan lima titisan daripada tangan Cahayaku yang kiri, titis yang pertama menjadikan Allah taala akan Sirratul Muntaha, titis yang kedua menjadikan Allah taala akan pohon kayu Daufi, dan titis yang ketiga akan Sungai KalKausar, titis yang keempat menjadikan akan “Hattamun Sulaiman a.s” dan titis yang kelima menjadikan Allah Taala akan Maqam Ibrahim.
Kemudian maka adalah Allah taala menjadikan empat unsur daripada empat perkara, yang pertama itu Air, kedua Api, dan yang ketiga Angin dan yang keempat Tanah. Maka firman Allah taala Hai Nur Muhammad, empat perkara ini kujadikan kerana mu,

Nur Muhammad pun pergilah kepada Angin dengan Izin Allah taala, maka
dilihat oleh Nur Muhammad itu kepada Angin itu sangat membesarkan
dirinya, lantas Nur Muhammad pun memberi salam dan bertanya kepada
Angin, wahai Angin mengapa engkau membesarkan diri engkau, maka sahut
Angin siapa engkau maka sahut Nur Muhammad aku seorang hamba Allah,
Angin pun berkata yang ia juga hamba yang daif, maka ujar Nur Muhammad
mengapa engkau sangat membesarkan dirimu, jawab Angin aku berbuat
barang sekehandak ku. Jawab Nur Muhammad engkau Angin tidak dapat
berbuat sekehandakmu kerana engkau hamba orang pelayaran kerana seorang
manusia pun tidak nampak akan engkau, kemudian jawab angin engkau jua
tiada cela. Maka Nur Muhammad pun mengucap Istifar kepada Tuhan yang
Maha Besar lagi Maha Kuasa serta memohon keampunan dan mengakui dirinya
yang lemah dan daif. Maka Angin itupun tahulah ia akan Nur Muhammad itu
hamba lagi persuruhnya. Kata Angin hai Nur Muhammad aku percaya akan
dikau maka wajiblah bagiku masuk akan agama mu dan ajarkanlah olehmu
Kalimah Syahadat selama-lamanya untuk ku.
Maka Nur Muhammad itupun pergi kepada Api, dan dilihatnya api itu terlalu gembira dan membesarkan dirinya, lalu ia memberi salam dan bertanya hai Api mengapa engkau sangat-samgat membesarkan diri dan sangat akan gembiranya. Maka jawab Api siapa engkau, jawab Nur Muhammad aku hamba Allah maka aku hamba yang hina, Nur Muhammad bertanya lagi mengapa engkau terlalu gembira dan membesarkan diri, maka ujar api aku berbuat sekehandakku, kata Nur Muhammad adakah dirimu itu celaka atau tiada, jawab api celaka juga, maka kata Nur Muhammad api yang membunuh itu air dan menyucikan engkau itu angin, maka kata api engkau sahaja yang tiada cela, maka Nur Muhammad pun mengucap Tasbih dan Istifar kepada Tuhan yang Maha Kuasa dan tiada sekutu baginya. Maka api itupun tahu yang Nur Muhammad itu Hamba Allah lagi persuruhnya, kemudian mengajarkan Nur Muhammad akan Kalimah Syahadah kepada api atas kehendaknya.
Kemudian Nur Muhammad pun pergi kepada Air dan dilihatnya air itu dalam keadaan terlalu gembira dan membesar-besarkan dirinya. Lantas memberi salam Nur Muhammad kepada air dan bertanya mengapakah engkau terlalu gembira dan membesarkan diri, jawab air siapakah engkau, jawab Nur Muhammad akulah hamba Allah yang lemah lagi daif, bertanya lagi Nur Muhammad mengapa engkau membesarkan dirimu, jawab air aku berbuat sekehandak ku, Tanya Nur Muhammad lagi mengapa begitu sedangkan engkau mempunyai cela iaitu membasuh cemar-cemar segala najis, maka ujar air engkau jua yang tiada cela, Maka Nur Muhammad itu beristifat kepada Tuhan yang kuasa lagi maha tinggi dan mengajarkan air kalimah Syahadaah seperti mana yang air pinta.
Kemudian Nur Muhammad itu pun pergi kepada Tanah dan meberi salam ia dan dijawab oleh tanah serta katanya Ya Nur Muhammad. Dilihat Nur Muhammad tanah itu merendahkan diri dengan tangannya yang takzimnya serta berkata hai Nur Muhammad terlalu Maha Baik segala aturan tuan hamba kepada Hadrat Allah Taala, maka Nur Muhammad itu lalu dipeluk dan diciumnya maka dibawa persembah kepada hadrat Allah Taala, Ya Rob Ya Maulana, Ya tuhanku dan terlebih tahu engkau wahai tuhanku bahawa Tanah itu hambamu yang pilihannya, kerana keempat itu aku sertakan dengan hambamu yang daif ya Tuhanku. Inilah Nabi Allah ADAM a.s dijadikan Allah Taala daripada emapt tabiat itu, dan segala manusia itu setengah tabiat api, angin, air dan tabiat tanah.
Maka sabda Nabi s.a.s barang siapa daripada ummatku ada menaruh peri kejadian cahayaku ini atau membaca dia dari permulaan sehingga datang kesudahannya bahwasanya Allah Taala anugrahkan ia daripada kebajikan pahala seperti membaca empat buah kita yang pertama Taurat, Injil Zabur dan AlQuran, dan lagi pahalanya seperti empat Malaikat yang Mukoribbin iaitu Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail dan lagi seperti orang yang naik haji ke Biatullah, tujuh orang yang mati syahid dalam perang sabilillah pahalanya. Barang siapa menaruh atau membaca akan dia, tiada berpindah daripada didalam dunia jikalau belum melihat akan tempatnya di dalam Syurga… Insyallah..

اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
No comments:
Post a Comment