اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Rahmat Hujan
Rahmat Hujan
Kiriman Oleh Mahadi PUJ2
Bila langit mula mendungKekadang terdengar bebelan
orang-orang di sekeliling Kita,"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.."
Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari
hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii- Tiap-tiap Hari hujan...susah
la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan! Bukankah bebelan-bebelan
itu lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya
Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin
sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu
hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri
yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan
itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis
buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula)
orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan.
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila
hujan?" Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?"
Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan
suasana muram/tak best. Kesian hujan.
Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat
manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.
Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan.
Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang
dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan
menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam.
Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu
Ainl ain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami
turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan
dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa
melenyapkannya."(Al-Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari
ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada
sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana?
Itu semua rahsia Allah.
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan
pemindah benih; makadengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit,
kemudian kamiberikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa
menurunkannyaatau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)
Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita."Dan Allah
jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi DankepadaNyalah dikembalikan
segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Diaserta berserahlah kepadaNya. Dan
(ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kalilalai akan apa yang kamu lakukan."
(Surah Hud : 123)
So lepas ni bila hujan jangan ler bersungut ek. Berdoa
ler banyak2...
Posted by Hassan Adli B. Haji Othman at 3:59 PM No
comments:
Rahmat Hujan
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment