أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Manuskrip Makrifat Tok Pramu 20 SIFAT DIDALAM DIRI
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Manuskrip Makrifat Tok Pramu 20 SIFAT DIDALAM DIRI
Manuskrip Makrifat Tok Pramu
20 SIFAT DIDALAM DIRI
1 WUJUD
Badan Insan SIFATKU mula jadi menanggung
didalam dunia
2 KIDAM
RUH JASMANI kulitku mula jadi meliputi
sekalian alam
3 BAQA’
RUHANI dagingku mula jadi menanggung
RAHSIA didalam DIRI
4 MUKHALAFATUHU LIL HAWADITH
RUH NIBATI darahku mula menjadi meliputi
Alam Sendiri
5 QIQMUHUBINAFSIHI
RUH INSAN nafasku mula jadi berjalan
ucapan didalam DIRI
6 WAHDANIAT
RUH RABBANI hatiku asal mula jadi TAHU
didalam DIRI
7 KUDRAT
RUH QUDUS urat putihku yang tidak berdarah
berjalan setiap dalam DIRI-ku
8 IRADAT
RUH KAHFI tulangku asal mula jadi
menguatkan Alam Sendiri
9 ILMU
RUH IDHAFI benihku asal mula jadi YANG
NYATA didalam CERMIN HAQ
10 HAYAT
RUH NURANI uratku yang meliputi didalam
tubuh aku yang hidup alam sendiri.
11 SAMA’
BESI KURSANI pendengaranku asal semula jadi
12 BASAR
PANCARAN MA’NIKAM kalam aku berkata-kata
dengan sendiri
13 KALAM
RUH MA’NIKAM menzahirkan perkataan didalam
dunia
14 QAUNUHU QADIRUN
WUJUD MA’NIKAM tali Ruhku KUNHI ZAT dengan
Sifatku
15 QAUNUHU MURIDUN
ILMU ALLAH badanku asal mula jadi KALIMAH
didalam diriku
16 QAUNUHU ALIMUN
DARJAT ALLAH kebesaranku asal mula jadi
duduk didalam otak yang putih
17 QAUNUHU HAIYUN
Amalan terlebih suci ialah amalan Kalimah
Aku asal mula jadi alam diriku
18 QAUNUHU SAMIUN
Bersama ZAT & SIFAT WAHDAH didalam
Kalimah iman diriku
19 QAUNUHU BASIRUN
RAHSIA NYAWA dengan BADANWAHIDAH
bersamalah Zat dengan badan tidak bercerai dunia akhirat
20 QAUNUHU MUTAKALLIMUN
Ghaib didalam Ka’bah Ghaib aku didalam
Ka’bah Kaca Arasy yang putih titik didalam Kalimah.
ASAL RUKUN 13 DIDALAM SOLAT.
Inilah asal Rukun 13 yang wajib diketahui dalam
melakukan Solat.
Adapun Rukun Solat itu datangnya daripada ALLAH –
BAPA dan IBU.
DATANG DARIPADA ALLAH – 5 PERKARA.
1 Niat
2 Nyawa
3 Wujud
4 Nafas
5 Af’al
Yaitu didalam bentuk Merasa – Mencium – Menjamah
– Melihat & Mendengar
DATANG DARIPADA BAPA – 4 PERKARA
1 Tulang
2 Kuku
3 Rambut
4 Rupa
DATANG DARIPADA IBU – 4 PERKARA
1 Darah
2 Daging
3 Otak
4 Lendir
Terhimpun menjadi 13 . maka jadilah Rukun 13
perkara melakukan SOLAT setiap hari memulangkan sekalian HAKNYA sebagai ISI
AMANAH yang dipertaruhkan kepada kita.
YANG MATI – YANG HILANG - YANG TINGGAL –
YANG PULANG
YANG MATI itu ada 6 perkara yakni – Wujud –
Anggota – Hawa – Nafsu – Gerak & Diam.
YANG HILANG pula ada 4 perkara yakni Darah –
Daging – Tulang & Kulit
YANG TINGGAL itu ada 2 perkara yakni Iman &
Taat
YANG PULANG ada satu sahaja yakni NYAWA. Pulang
keempunyanya keasalnya.
PENGERTIAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD
MUSTAFFA RASULLULLAH
NABI
Adapun Tubuh Nabi Muhammad itu yang zahir ialah
AF’AL daripada ZAT
Adapun nyawa Nabi Muhammad itu SIFAT daripada ZAT
ALLAH.
SIFAT
Adapun SIFAT itu NYAWA kepada Muhammad
MUSTAFFA - Adapun hati Mustaffa itu ASMA’
daripada ZAT ALLAH.
ASMA’
Adapun ASMA’ itu Nama NamaNya.
AF’AL
Adapun AF’AL itu Tubuh Nabi namanya AF’AL.
RASULLULLAH - Adapun Rasullullah itulah SIRR
daripada ZAT ALLAH SWT.
ZAT
Adapun ZAT itu TUHAN, Rahsia pada Nabi, Cahaya
Ilmu Kalam - SIRRULLAH namanya.
Inilah kita bertuhan pada Allah dengan 4 syarat
yakni :-
Pertama ZAT ALLAH itu Tuhan pada kita
Kedua SIFAT ALLAH itu NYAWA pada kita
Ketiga ASMA’ ALLAH itu HATI pada kita
Keempat AF’AL ALLAH itu TUBUH pada kita.
Dan TAJALLI Af’al Allah pada Tubuh kita dan
Tajalli Asma’ Allah pada Hati kita dan Tajalli Sifat Allah pada Nyawa kita dan
Tajalli Zat Allah pada Sirr kita yakni sebenar-benarnya RAHSIA kita adanya.
PERINGATAN TENTANG SEMBAHYANG
Barangsiapa menyembah NAMA TANPA MAANA
bahawasanya ia KUFUR
Barangsiapa menyembah MAANA TANPA NAMA
bahawasanya ia MUNAFIK
Barangsiapa menyembah NAMA DAN MAANA dengan
HAKIKAT MAKRIFAT mereka itulah MUKMIN sabenar benarnya
Barangsiapa meninggalkan NAMA DAN MAANA
bahawasanya mereka itulah ARIFBILLAH
Solah Daim itu ialah solah tanpa huruf tanpa
suara tanpa apa apa perbuatan. Ianya ialah kerja HAYAT atau kerja HIDUP. Yang
Hidup itu ialah NURULLAH atau Nur Muhammad yakni Nyawa.
WUJUD
WUJU DU KA ZAHRU WALA YUQA MU BI HI ZAHBU
Barangsiapa mengadakan DUA WUJUD jadi SYIRIK
ANA WUJU DA HU
Ada kita dengan DIA
WA NAF SUHU
Ada DIA dengan sendirinya.
Adapun WUJUD itu AIN ZAT artinya kenyataan kerana
lafaznya dibaca itu wujud maknanya ZAT. Ini adalah kerana Wujud itu ADA. Maka
yang ADA itu ZAT. Maka tiada diperoleh dengan lafaz yang lain daripada Wujud
itu kerana wujudnya itu menyatakan Zatnya. Maka disebabkan itu dikatakan AIN
ZAT namanya.
Adapun Wujud itu artinya ADA. Apa yang dikatakan
itu ada.
Yang dikatakan itu ialah ZAT.
Adapun Wujud ini ditilikkan pihak lafaznya SIFAT
dan jika ditilik pada maananya ZAT dan apa yang dikatakan lafaz itu kerana
bacaan itu Wujud ada ZAT. Inilah maananya.
Adapun WUJUD DIRI SENDIRI berdiri dengan ZAT. Apa
sebab dikatakan Wujud itu berdiri dengan Zat ? Sebab lafaz wujud itu ada
manakala yang ADA itu ialah ZAT.
RAHSIA DIDALAM DIRI
Inilah pada menyatakan bahawa didalam badan
manusia itu EMPAT BAHAGI yaitu :-
NAFAS
ANPAS
TANAPAS
NUPUS
Sesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu
jugalah rupa NYAWA.
Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu
saperti ANPAS. Maka keempat itu berperingkat sampai kepada NUPUS dan Nupus itu
saperti rupa ZAT manakala Zat itu saperti rupa SIFAT dan Sifat itu saperti rupa
ASMA’ dan Asma’ itu saperti rupa AF’AL.
Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti
FirmanNya melalui Hadith Qudsi :-
QA LAL LAH HU TAALA - AL INSANU SIRRI WA ANA
SIRRUHI SI FATI ILLA KHAIRI LIL LAH
Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. SifatKu itu
Sifatnya tiada ada daripadaku melainkan Allah Taala
Barangsiapa mengenal akan BADANnya ia mengenal
akan NYAWAnya. Barangsiapa mengenal akan nyawanya ia akan mengenal akan SIRRnya
Barangsiapa mengenal akan Sirrnya akan mengenal akan TUHANnya yang qadim adanya.
Ketahuilah olehmu wahai talib – YANG KELUAR itu
bernama NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu gerak dari hidung sampai kebawah
leher. Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah leher sampai ke hati. Yang
dinamai NUPUS itu didalam Hati. Itulah HAKIKAT NYAWA.
AWALUDDIN MAKRIFATULLAH
Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.
Firman allah :-
Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu
Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri kamu ialah Engakau Kenal Aku
Allah juga Berfirman :-
Ya Muhammad Aku jadikan baharu alam ini kerana
Engkau dan Aku jadikan engkau kerana Aku. Maka engkau inilah sebenar-benarnya
RAHSIA AKU.
Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada
pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti betul betul kepada pengertian
dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas. Marilah kita renungi
Firman Firman Allah saperti berikut :-
Aku tidak memandang kepada rupamu yang
cantik...pengetahuanmu yang banyak jika kamu tidak Mengenal Aku maka sia sia
sajalah amal kebajikan serta solat kamu yakni umpama debu yang berterbangan
diudara ditiup angin
Engkau itu Aku dan Aku itu engkau
Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul
betul dan pelajarilah dengan sungguh sungguh serta kajilah dengan mendalam agar
kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya. Mudah-mudahan Allah akan
mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.
Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan
pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi hanya EMPAT ( 4 ) PERKARA
sahaja yaitu perkara yang membolehkan amal ibadah kita diterima dan diakui oleh
Allah SWT. Perkara itu ialah :-
Pertama
Mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan
dengan bukti yang terang dan jelas.
Kedua
sentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang
terang dan jelas juga.
Ketiga
sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti
yang jelas dan terang.
Keempat
Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan
pedoman yang sebenar-benarnya terang dengan bukti yang jelas.
Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas,
nampaknya senang dibaca tetapi tiap tiap satu perkara diatas bukanlah mudah
diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya walaupun kita telah membaca
mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai guru, jika kita tidak menemui /
ditemukan dengan buku buku dan guru guru yang benar benar dapat memberi
petunjuk untuk pemahaman kita secra terang dan jelas.
HENING – QASAD – TAQRID & TA’YUN
HENING itu apa ?
Adapun HENING itu tiada dapat menyerupai dengan
CAHAYA yang lain. Adapun JERNIH itu apakala tertenung lantas 7 petala langit
dan 7 petala bumi.
Maka dalam cahaya yang HENING JERNIH itu yang
terang benderang itulah CAHAYA PUTIH SIFAT saperti terlebih putih daripada
kapas bersifat saperti SIFAT KITA.
Ada tanda pada DAHI kita tersurat NAMA ALLAH.
Inilah RUH NABI kita
Maka dalam ZIKIR ALLAH syaratnya terhapus
sekalian diri dengan keadaan diri kita yang kehambaan bagi RUH NABI saw yang
dikatakan sebenar-benar SIFAT ALLAH NUR MUHAMMAD namanya.
Dan cahaya terang benderang hening jernih itulah
CAHAYA ZAT ALLAH adanya. Wallah Hu Alam.
QASAD
Adapun QASAD itu MENYATAKAN NIAT tiada huruf dan
tiada suara. Yang ada huruf dan suara BUKAN NIAT tetapi ADOM ( ADAM )
Adapun yang sebenar-benarnya NIAT yang tiada
huruf dan tiada suara itu ialah ZAT ALLAH. Inilah NIAT yang sebanar-benarnya.
Asal Niat dan tempat niat pada zahirnya ialah kita yang berniat tetapi
sebenarnya ialah TUHAN YANG MUTLAK yang bersifat WAJIBUL WUJUD KHALIQ AL ALAM
lagi ber-Sifat KAMIL MUKAMIL.
TA’RID
Adapun TA’RID itu MENYATAKAN FARDHU. Yang
sebenar-benarnya Fardhu itu ialah TAJALLI SIFAT ALLAH ertinya NYATA SIFAT ALLAH
itu NUR MUHAMMAD AIN SABITAH pun ia juga namanya, UJUD IDHAFI dan INSAN pun ia
juga. Inilah sebenar-benarnya FARDHU itu.
Asal Fardhu ialah RUH NABI MUHAMMAD saw tempat
Tajalli sekalian Ruh Adam itu.
Sebab dikatakan ASAL FARDHU yang sebenarnya
kerana sekalian nyawa itu tajalli daripada NUR MUHAMMAD saperti kata HADITH
QUDSI :-
ANA MINALLAH HU KUL LII SHAI IIN MINAN NUR yang
bermaksud
Daku daripada Allah manakala segala sesuatu atau
cahaya alam ini daripada cahayaku.
ANA MINALLAHU WAL ANBIYA ......( tidak jelas =
fakir ) yang bermaksud :-
Aku daripada Allah sekalian anbia’ daripada aku.
ANA MINALLAHU WAL MUKMINI NAA MIN NI
Aku daripada Allah dan segala / semua mukminin
daripada aku
Inilah sebabnya dikatakan MUHAMMAD itu BAPA
SEKALIAN RUH dan ADAM itu BAPA SEKALIAN TUBUH / JASAD.
Inilah juga sebab kenapa dikatakan yang Fardhu
PADA KITA ITU NYAWA. Nyawa itu PEMERENTAH BADAN. Jika tidak digerak oleh Nyawa
tidak bergeraklah badan. Wallah hu Alam.
TA’YUN
Adapun TA’YUN itu menyatakan WAKTU Zuhur, Asar
dan lain lain lima waktu itu. Adapun yang sebenarnya NYATA AF’AL ALLAH SWT pada
Jasad Adam yaitu Tubuh kita ialah ALAMM RUH YANG KASAR. Itulah sebenarnya
TA’YUN yakni sebenar benar NYATA.
ALLAH AN - NIAT – AHDAH – WAHDAH – WAHIDIAH
ALLAH – Alif - Lam –Lam- Ha
ALIF itu AHDIAH ZAT
LA TAAYUN pun ia SIRRULLAH pun ia juga. Inilah
ASAL NIAT yang tiada huruf dan tiada suara. Inilah USALLI SOLAT artinya Aku
Solat Sifatnya NAFSI WUJUD
Adapun ALIF itu dalil menyatakan FARDHU . Inilah
maknanya ZAT mertabat INSAN dan AHADIAH. Dengan kebesaran ALIF ini maka jadilah
LAM yakni dengan kebesaran dan kekayaan SIFAT ZAT ertinya ESA pada pihak TANZIL.
LAM AWAL = ALIF DIATAS
Adapun ALIF DI-ATAS itu dalil menyatakan SIFAT
huruf ALIF diatas. Maka jadilah LAM AWAL maknanya SIFAT SEMATA-MATA mertabatnya
WAHDAH yakni TA’AYUN AWAL ertinya NYATA YANG PERTAMA yakni TAJALLI SIFAT ALLAH
menjadi NUR MUHAMMAD – AIN SABITAH – WUJUD IDHAFI – INSAN KAMIL pun ia juaga
menanggung namaNya ALLAH. Inilah asal FARDHU yang sebenarnya yakni SIFAT MAANI.
LAM AKHIR = ALIF DIBAWAH
Adapun Alif Di-bawah itu dalil menyatakan
ASMA’NYA. Huruf Alif dibawah menjadi LAM AKHIR maknanya ASMA’ mertabat WAHIDIAH
yang bernama ALLAH yakni TA’AYUn THANI ertinya NYATA YANG KEDUA maka Tajallilah
RUH ADAM dengan kebesaran , kelimpahan Ruh inilah menjadi Tubuh Adam daripada
huruf Alif Di-Atas.
Maka huruf ini maknanya Zat Alif Di-Atas maka
jadilah LAM AWAL maknanya Sifat Alif dibawah. Maka jadilah LAM AKHIR maknanya
ASMA’ ALIF didepan. Maka jadilah maknanya AFAL . Maka 4 huruf itu empat Sifat
Alif Lam Lam Ha
ALLAH HU AKBAR
ALLAH – ( Alif – Lam – Lam – Ha ) – Empat Sifat
ALIF = ZAT
LAM AWAL = SIFAT
LAM AKHIR = ASMA’
HA = AF’AL
AKBAR – ( Alif – Kaf – Ba – Ra )
ALIF = KAHAR
KAF = JAMAL
BA = JALAL
RA = KAMAL
ALLAH = GHAIBUL GHUYUB
ALIF = LA TA’AYUN = MERTABAT ZAT
LAM AWAL = TA’AYUN AWAL = NUR MUHAMMAD = RUH
LAM AKHIR = TA’AYUN THANI = MERTABAT ADAM = NYAWA
HA = MERTABAT TUBUH = JASAD
ZAT DIRI YSNG BERDIRI SENDIRI .Wujudnya di Alam
LAHUT. Zikirnya AH ( Alif Ha ) AH . Ilmunya KAMAL YAKIN
SIFAT DIRI DENGAN ZAT. Wujudnya Alam JABARUT.
Zikirnya HU HU. Ilmunya HAQ QUL YAKIN
ASMA’ DIRI YANG TERPERI. Wujudnya di Alam
MALAKUT. Zikirnya ALLAH 3 x . Ilmunya – ILMU YAKIN
AF’AL DIRI YANG TAJALLI. Wujudnya diAlam SAHADAH.
Zikirnya LA ILA HA ILLALLAH. Ilmunya – ILMU YAKIN.
Jelaslah kewujudan itu sebagai PENZAHIRAN
KEBESARAN diriNya.
Dengan wujud itu terzahir pula segala KEINDAHAN
JAMAL Allah namanya. Lantas terzahir pulalah CAHAYANYA yang menerangi segala
Keindahan itu JALAL ALLAH namanya dengan KEAGUNGAN itu sempurnalah sudah
sebagai Kenyataan ALLA HU AKBAR.
HAKIKAT FATIHAH......
Ia Menyatakan DIRI
BISMILLAH..............
Menjadi ia diriNya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad ,
engkau jua keadaan YA RAHIM itu. Ya Muhammad engkaulah kekasihKu. Tiada yang
lain.
ALHAMDULULLAH.......
Ya Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku. Yang
memuji itu pun Aku. Alhamdulillah itu Ya Muhammad Solatmu ganti SolatKu tempat
memuji DiriKu sendiri.
RABBUL ALAMIN................
Rabbul Alamin itu Aku Tuhan Sekalian Alam.
AR RAHMAN – AR – RAHIM...........
Ya Muhammad yang membaca Ftihah itu Aku yang
Memuji itu pun Aku juga.
MALIKIYAU MID DIIN..............
Ya Muhammad Aku Raja Yang Maha Besar...engkaulah
kerajaannya.
IYYA KANA’ BUDU................
Ya Muhammad yang solat itu Aku. Aku memuji DiriKu
Sendiri..
WA IYYA KAA NAS TAA IIN....
Ya Muhammad tiada kenyataanKu jika engkau tiada...
IH DI NAS SII RATAL MUSTAAQIM...
Ya Muhmammad Awal dan Akhir itu Aku
SIRATAL LAZI NA AN AM TA ALAI HIM..
Ya Muhammad sebab Aku sukakan engkau ialah engkau
itu kekasihKu.
GHAI RIL MAGHDU BI ALAI HIM..
Ya Muhammad Aku jadi Pemurah padamu kerana engkau
itu kekasihKu
WA LAD DHAL LIN...
Ya Muhammad jika tiada Aku maka tiadalah engkau..
AMIN..
Ya Muhammad Rahsiamu itu Rahsia Aku.
Yakni yang disembah itu tiada suatu juapun
didalamnya melainkan Tuhanku. Maka apabila Solat ghaiblah didalamnya . Apabila
ghaib ESA-lah ia dengan Tuhannya.
Yang Solat itu tiada dengan lafaz dan maknanya
dengan citarasa yang solat amat rapat kepada Zat Yang Esa dengan kata ALLA HU
AKBAR.
Maka barangsiapa masuk didalam Solat tiada SERAH
Tubuh dan Nyawa-nya maka kekallah Sifat dengan Tuhannya – tiada mengesakan
dirinya dengan Tuhannya. Sabda Nabi saw :-
Tatkala kamu Takbiratul Ihram membuangkan lafaz
dan makna melainkan Wujud Mutlak semata-mata.
DALIL NAQLI – AYAT AL-QURAN
Telah ada Aku dalam dirimu – betapa tidak kamu
lihat ?
SIFAT MAANI & SIFAT MAKNUYAH
A DAERAH KITA MENGENAL DIRI YANG KASAR
ADAM = JASAD YANG KASAR
a. HIDUP Jasad dengan hidup Nyawa
b. TAHU Jasad dengan tahu Nyawa
c. BERKUASA Jasad dengan berkuasa Nyawa
d. BERKEHENDAK Jasad dengan kehendak Nyawa
e. MENDENGAR Jasad dengan mendengar Nyawa
f. MELIHAT Jasad dengan melihat Nyawa
g. BERKATA Jasad dengan berkata Nyawa
B DAERAH KITA MENGENAL DIRI KITA YANG BATIN
MUHAMMAD = NYAWA INSAN
a. HIDUP Nyawa dengan HAYAT Tuhan
b. TAHU Nyawa dengan ILMU Tuhan
c. BERKUASA Nyawa dengan KUDRAT Tuhan
d. MENDENGAR Nyawa dengan SAMA’ Tuhan
e. MELIHAT Nyawa dengan BASAR Tuhan
f. BERKEHENDAK Nyawa dengan IRADAT Tuhan
g. BERKATA Nyawa dengan KALAM Tuhan
PANDANG WUJUD YANG ESA PADA WUJUD YANG BANYAK
ZIKIRNYA HU ALLAH
Adapun Allah itu banyak namaNya kerana Nama Allah
yang menjadikan Alam dengan limpah Sifat Sifat diatas. Oleh itu Alam ini ialah
Hakikat ZAT YANG ESA.
DALIL DALIL AL-QURAN
WALLAH HU MUHITHU LIL ALAMIN
Adapun Allah itu MELIPUTI sekalian Alam
LA TATA HAR RAKU ZAR RATUN BI IZ NILLAH
Tiada bergerak sesuatu walau sebesar zahrah
sekalian melainkan dengan IZIn Allah
WA LA HAU LA WALA QUWWA TA ILLA BILLAH
Tiada DAYA UPAYA melainkan dengan KUDRAT Allah
FA IN NA MA TAL WAL LAU AF SII HIM WAJ JAHULLAH
Dimana kamu hadapkan wajahmu disitu Wajah Allah
Barang kamu pandang pada ini hingga sampai yang
menjadikan janganlah terhenti pandang kamu pada sekalian itu hingga sampai
kepada yang Menjadikan yaitu ZAT WAJIBUL WUJUD
Jika kamu pandang keadaan diri kamu hendaklah
kamu pandang dengan HAYAT Tuhanmu. Jika kamu pandang pengetahuanmu hendaklah
kamu pandang ILMU Allah. Apabila kamu pandang kuasamu hendaklah kamu pandang
KUDRAT Allah. Begitulah seterusnya dengan pancaindera kamu dan Sifat Sifat
MAANI Allah yang lain.
Jika tidak demikian halnya sia sialah pandangan
itu dan DERHAKA kamu terhadap Tuhan kamu
TAUHID TAKBIRATUL IHRAM ( TI )
Adapun syarat TI itu hendaklah HADIR MATA HATI
SYAHADAT KE ZAT ALLAH SWT.
Sebelum takbir kita NIATKAN didalam Hati yang
kita MEMULANGKAN SEKALIAN PANCAINDERA yang dikurniakan kepada kita ( kepada
Allah = fakir ) Niatnya ialah Tiada pendengaranku hanya ia ( pendengaran Zat
Allah ) tiada penglihatanku hanya ia tiada huruf tiada suara hanya ia tiada
ciukmku hanya ia tiada gerak dan diamku hanya ia.
HAKIKAT ZAT AF’AL – HAKIKAT SOLAT
Adapun ertinya SOLAT sebenarnya YANG MENYEMBAH
ITU HAMBA, YANG DISEMBAH ITU TUHAN.
Yang menyembah itu FANA’ - yang disembah itu
BAQA’. Maka sihamba PULANG KEPADA ADOMNYA. Maka KEKALLAH TUHAN semata-mata pada
SUHUD ( pandangan = fakir ) kita.
Yang Menyembah dan Yang Disembah pun ia juga.
Yang memuji = DIA Yang Dipuji pun DIA juga kerana Allah SWT Memuji DiriNya
sendiri melalui lidah makhlukNya ( Insan )
Maka hamba itu tetaplah FANA’ sebab ditilik
sekalian keadaan dirinya habis terpulang kepada Allah – Ilmu, hayat, Kudrat,
Iradat, Sam’, Basar, Kalam . Yang ada pada dirinya adalah SIFAT ZAT ALLAH
semata-mata.
Adapun Tuhan itu tiada diatas, tiada dibawah,
tiada dihadapan, tiada dibelakang tiada dikanan mahupun dikiri.
TIADA HAMBA TIADA TUHAN YANG WUJUD HANYA ZAT
ALLAH WAJIBUL WUJUD.
MEMULANGKAN AMANAH.
Hadith Qudsi yang bermaksud :-
1 TUKARKAN CAHAYA DIRIMU KEPADA CAHAYA TUHANMU
2 MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM KAMU MATI
Adapun maksud MATIKAN itu ialah
MEMULANGKAN AMANAH ALLAH yang ditanggungkan kepada kita. Amanah Allah itu ialah
WUJUD KITA YANG KASAR ( Jasad ) dan Yang Menanggung Amanah itu ialah WUJUD KITA
YANG BATIN yakni Nyawa dan YANG MENGAMANAHKAN itu ialah ZAT ALLAH.
Adapun SYARAT Memulangkan Amanah Allah itu
ialah tatkala kita mengatakan ALLAH itu tarik nafas kita dari dalam FUAD hingga
sampai kealam QUDDUS. Alam itu UBUn UBUN dan makam KAB FUSAIN yaitu antara dua
bulu kening.
Maka kita tahankan hingga kuat sekalian
alam kita merasa hapus wujud kita yang kasar kepada wujud kita yang batin –
hapus wujud yang batin kepada ZAT SEMATA-MATA kepada suhud kita.
Maka hapus dan karamlah sekalian SIFAT BASRIAH
dalam lautan BAHRUL QADIM hingga nyata Sifat laut semata-mata yaitu Laut Alam
Allah. Maka katakanlah ALLAH HU AKBAR . telah fana’ sekalian kelakuan dan diri
kita maka nyatalah BAQA’ keadaan ZAT Tuhan semata-mata. Inilah dikatakan SUHUD
sehingga sampai kepada SALAM.
Adapun SUHUD itu ertinya PANDANG MATA HATI erti
Mata Hati ialah pengetahuan Nyawa. Alam Nyawa itulah sebenar-benarnya IMAN.
Inilah SIRRULLAH yaitu cahaya Alam Ilmu ZAT ALLAH
yang tiada huruf tiada suara Wujud Mutlak yakni Wujud Zat Wajibul Wujud.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
No comments:
Post a Comment