28 February 2020

Qosad, Ta'rudh, Ta'yin, Takbiratul Ihram Dan Junub



 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 

Qosad, Ta'rudh, Ta'yin, Takbiratul Ihram Dan Junub


 Qosad, Ta'rudh, Ta'yin, Takbiratul Ihram Dan Junub




Yang Pertama : QOSAD
Adapun sebenar-benar Qosad itu Sebenar-Benar Niat. Niat itu yang tiada huruf dan suara, itulah yang Sebenar-Benar Niat. Yang ada huruf dan suara itu bukannya Niat yaitu Adam. Yang sebenar-benar tiada huruf dan suara itu, itulah Zat ALLAH Ta’ala, itulah Niat Yang Sebenar-Benarnya. Dan asal Niat dan tempat Niat pun inilah yang Niat, Berniat Sebenar-Benar Tuhan Mutlaq Yang Bersifat Zat Wajibul Wujud Kholiqun Nas lagi Bersifat Kamil. Wallohu A’lam.
Yang Kedua: TA’RUDH
Adapun Ta’rudh itu menyatakan Fardhu. Adapun sebenar-benar Fardhu itu Tajalli Sifat ALLAH, artinya Nyata ALLAH, yaitu Nur Muhammad, A’yanu Thabitah pun ia, Wujud Idhofi pun ia, Insan Kamil pun ia. Inilah ialah (Dialah) Yang Sebenar-Benar Fardhu.
Asal Fardhu itu Ruh Nabi kita Muhammad Shollallohu ‘Alaihi Wasallam, semulia-mulia tempat Tajalli sekalian Nabinya. Ruh Adam itulah sebenar-benar dikatakan asal Fardhu yang sebenarnya. Kerana sekalian Nyawa itu Tajalli daripada Nur Muhammad. Tersebutlah di dalam Hadith “Ana Minallohi Min Nuur, Al-‘Aalamiina Minnii” yang bermaksud “Aku daripada ALLAH dan sekalian Jisim Alam itu daripada Aku”. Tersebut juga “Ana Minallohi Wal Anbiya^u Minnii” maksudnya “Aku daripada ALLAH dan sekalian Anbiya^ itu daripada Aku”. Dan lagi “ Ana Minallohi Wal Mu^miniina Minnii” maksudnya “Aku daripada ALLAH dan sekalian Mu^min daripada Aku”.

Itulah sebabnya dikatakan Muhammad itu Abul Arwah (Bapa Sekalian Nyawa) dan Adam Abul Basyar (Bapa Sekalian Tubuh). Inilah yang dikatakan Sebenar-Benar Fardhu pada kita. (Nyawa) kerana itu memerintahkan dan Tajalli nyata gerak Tubuh oleh Nyawa. Tiada gerak Nyawa maka tiada gerak Badan. Wallohu A’lam.
Yang Ketiga: TA’YIN.
Adapun Ta’yin itu menyatakan Fardu Zohor dan Asar dan yang lain-lainnya. Adapun maksud sebenar-benar itu nyata itu Af’al ALLAH pada Jasad Adam, yaitu Tubuh kita yang kasar. Inilah Sebenar-Benar Ta’yin dan Sebenar-Benar Nyata. Wallohu A’lam.
Yang Keempat: TAKBIRATUL IHRAM.

Adapun Takbiratul Ihram itu hendaklah kita hadirkan Hati kita seluruhnya kepada Zat ALLAH Ta’ala dahulu. (LAA) daripada Takbir tatkala Qamah itu diniatkan di dalam Hati kita pulangkan sekalian pancaindera yang dipinjamkan kepada kita. Demikian Niat “Tiada Pendengarku Hanya Ia, Tiada Penglihatanku Hanya Ia, Tiada Gerak Dan Diamku Hanya Ia, Tiada Di Atas Dan Ke Bawah Hanya Ia, Tiada Di Kanan Dan Kiri, Tiada Hampir Tiada Jauh, Tiada Di Dalam Dan Di Luar, Tiada Ada Bandingan, Hanya Ia Tiada Hamba”.

BAB HAKIKAT JUNUB

Bab ini peri menyatakan yang bernama Junub itu. Adapun yang bernama Junub yang sebenarnya itu maka terlalu amat mulia pada ALLAH Ta’ala pada masa tetap di dalam ‘IlmuNya lagi yang bernama Nur Ma’lumat ALLAH ertinya cahaya yang amat limpah di dalam ‘IlmuNya tatkala dikeluarkan Ruh sertanya Nur ‘Ali namanya iaitu cahaya yang amat tinggi. Maka tatkala Ruh itu dimaujudkan kepada lembaga Adam ‘Alaihis Salam, Nur Tanziah (Cahaya Suci) namanya.

Adapun seperti firman ALLAH Ta’ala “ Al Insaanu Sirrii Wa Ana Sirruhu” artinya “Manusia itu adalah rahsiaKu dan Aku adalah rahsianya”. Sabda Rasulullah S.A.W “ Man ‘Arofa Haqiqatu Junuubahu Minal A’laa Imma Fis Samaawaati Wal Ardh” artinya “Maka barangsiapa tahu dan kenal akan sebenar-benar Junub tiadalah ada yang sepertinya barang di dalam isi langit dan isi bumi”. Maka sebab daripada itulah maka manusia itu bernama Insan kerana makna Insan itu amat tinggi martabatnya kerana dilengkapi oleh ‘IlmuNya.

Dan sabda Rasulullah S.A.W. “Man Laa Ya’rifu Haqiiqatul Junuubi Batolat Janaabitahu” artinya “Barangsiapa tiada mengetahui akan sebenar-benarnya Junub, sia-sialah Junubnya. Terhentilah pendapat di tempat mereka itu mengenal tiada sampai pengenalannya selama-lama mereka itu seksanya yang amat besar jua kerana ditaqsir mereka itu tiada habis pelajarannya, sebab itulah kena seksa adanya.

Sebermula adapun sebenar-benar lelaki itu Jalal ALLAH artinya Sifat Kekuatan ALLAH kita sebab itulah lelaki itu lebih daripada perempuan. Adapun sebenar-benar perempuan itu Jamal ALLAH artinya sifat Kecantikan ALLAH Ta’ala, maka sebab itulah lemah perempuan itu daripada lelaki. Demi ALLAH, Demi Kalam ALLAH jangan syak pada perkataan ini Hai Salik, inilah “Man Syakka ‘Alaiha Fa Huwa Kaafir”. Maka barang siapa syak di atas perkataan ini maka iaitu jadi kafir.

Adapun sebenar-benar lelaki itu adalah Sir ALLAH maka tempatnya Sir ALLAH itu kepada Ma'nikam. Adapun Ma'nikam itu seperti Emas KurniaNya. Adapun sebenar-benar perempuan itu Cinta Rasa daripada Ni’mat ALLAH maka tempat Cinta Rasa pada Mani perempuan, adapun Mani itu seperti Fijar. Maka nyawa itu seperti api, maka apabila berhimpun yang tiga itu, maka jadilah manusia yang tanggungkan amanat ALLAH atasnya. Adapun Sir itu zatnya dan Cinta Rasa itu sifatnya dan yang sebenar-benar ni’mat itu yaitulah Janaabat maka yaitulah Mani Perempuan, adapun yang bernama Rahmat itu yaitu Junub maka yaitu Ma'nikam Mani Laki-laki.
Bermula ALLAH Ta’ala amat tahu barang yang di dalam ‘IlmuNya dan lengkap dengan sekalian SifatNya dan Asma'Nya dan Af’alNya. Maka inilah Doa Membasuh Zakar: “ Nawaitul Ghusla Minal Junuubi Min Nuuris Samaawaati Wal Ardi, Innahu Huwas Samii’ul ‘Aliim”. Kemudian ini mandi “Nawaitu Bismillahi Ruh mandi dengan Adam, Adam mandi dengan Jaa'im, Jaa'im mandi dengan Rahmatullahi Ta’ala”. Maka kemudian kita pulangkan amanah ALLAH Ta’ala, inilah doanya “ Syuhud yang memandang zat, zat syuhud memandang kepada Nur Muhammad asal zuriat. Pulanglah kepada Nurulloh Ta’ala. Karamlah wujudku dan sifatku dan asma^ku dan af’alku di dalam laut Nur Wujud ALLAH kepada awan yang putih. ALLAH, ALLAH, ALLAH, Laa Ilaaha Illalloh”. Ya’ni hapuslah keadaan yang baharu yang tiada mempunyai segala kuasa dan kehendak dan tahu dan barang sebagainya.

Ikhsan dari sahabatku sangbogoroyo_007

Qosad, Ta'rudh, Ta'yin, Takbiratul Ihram Dan Junub


Wallahu Alam Bishshawab.


Moga Bermanfaat.


Insya ALLAH 

.........................................................

No comments: