أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantongku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Darul Nafis - Karangan As Syeikh Muhammad nafis Ibn Idris Al Banjari
Dengan nama Allah Taala, yang amat murah pada menganugerahi nikmat yang besar-besar lagi amat menanugerahi nikmat seni-seni jua. Aku mulai risalah ini, الحمد لله الذى كرم بنى آدم واصطفى منهم العلماء Bermula segala jenis puji itu tertentu bagiAllah Taala, tuhan yang memuliakan anak adam dan memilih Ia daripada mereka itu akan ulama-ulamak * واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء والكرماء * Dan memilih Ia pula daripada merekaitu akan segala yang zahid dan yang hakim dan yang karim * واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء والكرماء * Dan melebihkan Ia daripada merekaitu akan segala orang yang mengenal akan zat Allah Taala dan akan segala sifatNya dan segala asma'Nya.
* واختار أيضا منهم الزهاد والحكماء
والكرماء * Dan memerasakan Ia akan mereka itu akan lazat kasih akan Dia
dan telah memperlihat Ia akan mereka itu akan haqiqat segala sesuatu
daripada bumi dan langit. * والصلاة والسلام على سيدنا محمّد خاتم
الأنبياء *
Dan rahmat Allah dan salamNya atas Penghulu kita Nabi Muhammad, menyudahi Ia segala nabi. * الذى خلق من ذاته ومنه جميع الأسياء * Dan dijadikan ia dari nur zatNya, dan daripadanya lah dijadikan sekelian perkara. * وعلى آله وأصحابه السادة الأولياء * Dan atas segala keluarganya dan sahabatnya yang penghulu segala aulia'. * وعلى التابعين وتابعي التابعين لهم بإحسان الى يوم الجزاء * Dan atas segala yang mengikut bagi mereka itu, dan segala yang mengikut bagi segala yang mengikut bagi mereka itu dengan kebajikan hingga hari pembalasan.
Dan rahmat Allah dan salamNya atas Penghulu kita Nabi Muhammad, menyudahi Ia segala nabi. * الذى خلق من ذاته ومنه جميع الأسياء * Dan dijadikan ia dari nur zatNya, dan daripadanya lah dijadikan sekelian perkara. * وعلى آله وأصحابه السادة الأولياء * Dan atas segala keluarganya dan sahabatnya yang penghulu segala aulia'. * وعلى التابعين وتابعي التابعين لهم بإحسان الى يوم الجزاء * Dan atas segala yang mengikut bagi mereka itu, dan segala yang mengikut bagi segala yang mengikut bagi mereka itu dengan kebajikan hingga hari pembalasan.
.وبعد فلما كانت سنة ألف ومائتين من هجرة
النبي الكريم على صاحبها ربّه أفضل الصلاة وأذكى التسليم Dan kemudian
daripada itu maka adalah tatkala pada tahun seribu dua ratus tahun
hijriyah nabi yang mulia atas mempunyai badi (permulaan) daripada
Tuhannya, rahmat yang amat lebih dan haluan yang amat suci. * قد المس
مني بعض الإفخوان فتح الله قلبي وقلبه بنور المشهادة والعرفان * Sanya
telah meminta daripadaku setengah setengah daripada saudaraku
membukakan kiranya Allah Taala akan hatiku dan hatinya, dengan cahaya
musyahadah dan ma'rifah.
.* قد المس مني بعض الإفخوان فتح الله
قلبي وقلبه بنور المشهادة والعرفان * ] Dan aku buatkan baginya satu
resalah yang ringkas dalam bahasa rumi yang lemah lembut, supaya
memberi munafa'at dengan dia akan orang yang tiada mengetahui bahasa
Arab yang nyata. * في بيان وحدة الذات والصفت والأسماء والأفعال لتخلص
السالكين من الشركالخفى والرياء والعجب للأعمال * Pada menyatakan
wahdatul zat dan wahdatul sifat dan wahdatul asma' dan wahdatul af'al,
supaya melepaskan ia akan segala orang-orang salik itu dari syirik
khofi dan daripada Riyak dan Ujub bagi segala amal.
.* وبيان بعض الحقائق ومقامات القوم
الكرام ومشاهداتهم لذى الجلال واإكرام * Dan menyatakan setengah daripada
segala ilmu haqiqat, dan menyatakan setengah daripada maqam kaum ahli
tasauf yang mulia, dan menyatakan setengah daripada segala musyahadah
mereka itu bagi Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemulian. * فأجبته
إلى ذلك وإن لم أكن أهلا لذلك * maka aku perkenankan akan dia berbuat
risalah yang demikian itu, dan jika tiada aku ahli bagi yang demikian
sekalipun. * مستعينا بالله ومعتمدا عليه في تحقيق للطلوب والمقصود على
حسب ما ظهرلي من أقوال أهل المنة والالشهود Padahal aku meminta tolong
kepada AllahTaala dan berpegang atasnya pada mentahqiqkan yang dituntut
dan yang dimaksudkan atas sekira-kira barang yang zahir ia bagiku
daripada perkataan orang yang mempunyai minat dan syuhud.
.*وسميتها الدر النفيس في بيان وحدة
الأفعال والأسماء والصفات والذات ذات التقديس * Dan aku namai risalah ini
DARUL NAFIS, ertinya MUTIARA INDAH * pada menyatakan wahdatu af'al dan
asma' dan sifat dan zat yang suci. * راجيا من الله أن ينفع بها المريدين
وأن يجعلها خالصة لوجهه وذخيرة لي ولهم يوم الدين * Padahal harap aku
daripada Allah Ta'ala, bahawa memberi munafaat Dia dengan risalah ini,
akan segala orang yang murid, dan bahawa dijadikanNya kiranya akan dia
tulus ikhlas bagi zat hak Allah Taala dan petaruhan bagiku dan bagi
mereka itu pada hari qiamat. * ورتبتها على مقدمه وأربعة فصول وخاتمة
وذكرت فيها المسائل السفية المأخوذ من كتب الصوفيه * Dan aku aturkan akan
dia atas satu muqadimah dan empat fasal, satu khatimah dan aku sebutkan
didalamnya beberapa masaalah yang tinggi2, yang diambil daripada
beberapa kita ali tasauf.
.* مقدمة فى بيان الأشياء ألتى تبطل
السالك وتمنعه من وصول إلى الله تعالى * Bermula ini satu muqadimah pada
menyatakan segala perkara yang membatalkan ia akan orang yang salik dan
yang menegahkan dia, daripada sampai kepada Allah Taala. Ketahui olihmu
hai salik. bahawasanya wajib atasmu itu memelihara akan dirimu daripada
segala maksiat, sama ada maksiat itu bathin atau zahir, dan melepaskan
dirimu daripada segala yang membatalkan sulukmu, dan daripada yang
menegah dikau daripada sampai kepada Allah Taala. Bermula, segala yng
membatalkan suluk itu amat banyak. Setengah daripadanya *كسل * ertinya
segan daripada mengerjakan ibadat serta kuasa mengerjakan dia. Kata Abu
Dzar: Jamhir barangsiapa berperangai 'kasal', maka tiada diperolih ia
akan bahagia didalam dunia dan didalam akhirat. Dan setengah
daripadanya *فتور* ertinya lemah daripada mendirikan ibadat sebab
bimbang dengan dunia. Dan setengah daripadanya *ملل* ertinya jemu dan
puas daripada memperbuat ia berulang-ulang, padahal belum lagi hasil
yang dikehendakinya. Syahadan, adalah sebab yang demikian itu
sekeliannya kerana kurang iman dan dhoif yaqin dan buta matahati, dan
mengikutkan nafsu akan hawanya.
Dan yang menegahkan sampai orang yang
salik itu kepada Allah Taala itupun amat banyak jua dan adapun setengah
daripadanya *شرك خفى * ertinya syirik yang tersembunyi, iaitu
membangsakan segala perbuatan yang terbit daripada makhluk kepada
makhluk jua, tiada kepada Allah Taala, kerana haqiqatnya segala
perbuatan itu sekeliannya terbit dari Allah Taala jua, dan adalah
segala makhluk itu seolah2 alat perbuatan AllahTaala, maha suci Allah
Taala mengadakan sesuatu dengan alat. Dan setengah daripadanya *رياء*
riyak, ertinya memperlihatkan ibadatnya kepada orang yang lain atau
menghendaki dengan ibadatnya itu akan sesuatu yang lain daripada Allah
Taala, jikalau syurga sekalipun. Dan setengah daripadanya *سمعة *sumaah
ertinya mengkhabar-khabarkan ibadatnya yang ikhlas kerana Allah Taala
itu kepada orang supaya dibesar orang dan dimuliakan orang. Dan
setengah daripadanya *عجب* ujub, ertinya membesarkan dan membanyak akan
ibadatnya, padahal tiada dilihatnya akan dia itu nikmat daripada Allah
Taala.
Dan setengah daripadanya *سقط أوله وقوف
مع العبادة * ertinya yang mendindingi iaitu memandang ia akan ibadatnya
itu daripada dirinya, tiada dilihatnya akan dia nikmat daripada Allah
Taala atasnya. Dan setengah daripadanya *حجب* hijab ertinya dinding
iaitu dinding ibadatnya daripada segala cahayanya dan perhiasannya dan
keelokannya, kerana tiap-tiap satu amal ibadat itu baginya cahaya dan
perhiasan dan keelokannya, maka berhentilah orang salik kepadanya
daripada melihat akan perhiasannya dan keelokannya, maka sukacitalah ia
dengannya dan lupalah ia akan Allah Taala, daripada sebab yang demikian
itu.
Syahadan, tiada yang melepaskan akan dikau salik daripada segala segala perkara bahaya yang tersebut itu, melainkan syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya terbit daripada Allah Taala jua,seperti yang lagi akan datang kenyataannya pada fasal yang pertama ini. Insyaa Allah Taala...
Seterusnya [Next]:- الفصل الأول في بيان توحيد الأفعال *
*****************************************************************************************
Ianya merupakan salah satu kitab rujukkan diRumikan oleh Sufi Tauhid
Syahadan, tiada yang melepaskan akan dikau salik daripada segala segala perkara bahaya yang tersebut itu, melainkan syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya segala perbuatan itu sekeliannya terbit daripada Allah Taala jua,seperti yang lagi akan datang kenyataannya pada fasal yang pertama ini. Insyaa Allah Taala...
Seterusnya [Next]:- الفصل الأول في بيان توحيد الأفعال *
*****************************************************************************************
Ianya merupakan salah satu kitab rujukkan diRumikan oleh Sufi Tauhid
Darul Nafis - Wahdatul Af'al
* الفصل الأول في بيان توحيد الأفعال *
Bermula fasal pertama pada menyatakan
Tauhid Af'al, ertinya mengesakan Allah taala pada segala perbuatan.
Ketahui olehmu hai salik, bahawasanya tiada yang melepaskan akan dikau
daripada segala bahaya yang tersebut itu melainkan pandang dan syuhudmu
akan bahawasanya segala perbuatan yang berlaku didalam alam ini,
sekeliannya daripada Allah Taala/ Tuhan, sama ada perbuatan itu baik
pada rupanya dan pada haqiqatnya, seperti iman dan taat, atau jahat
pada rupanya tiada pada haqiqatnya. Seperti kafir dan ma'siat, kerana kafir
dan ma'siat itu pada haqiqatnya baik jua, kerana terbit dari yang baik
iaitu Allah Taala. Dan tiap2 yang terbit daripada Allah Taala itu baik
jua pada haqiqatnya, tetapi jahat kedua pada rupanya, kerana syara'
datang ia mencela akan dia.
Bermula kafiat memandang segala
pebuatan itu daripada Allah taala, iaitu seperti bahawa dipandangnya
dan syuhudnya dan dilihatnya dengan mata kepalanya dan denga
matahatinya, bahawasanya segala perbuatan terbit ia daripada Allah
taala, dan mengbangsakan kepada yang lain dari Allah taala itu majazi
jua, tiada pada haqiqatnya, kerana pada haqiqatnya, sekelian perbuatan
itu daripada Allah taala jua, sama ada perbuatan itu daripada dirinya
atau lainnya. Sama ada dengan * مباشرة* atau *تولّد * . Dan ertinya
perbuatan dengan mubashirah itu iaitu yang berserta dengan Qudrah yang
baharu, seperti gerak diam pada tangan orang yang menyuruh. Dan ertinya
perbuatan dengan Tawallud itu, iaitu yang jadi daripada perbuatan yang
mubasyirah, iaitu seperti jatuh batu daripada tangan melempar.
Bermula dalil yang menunjukan
bahawasanya, segala perbuatan itu terbit daripada Allah taala jua,
tiada daripada lainNya itu, firman Allah taala yang tersebut didalam
Alquran * والله خلقكم وما تعملون * ertinya, bermula Allh taala jua
menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu. Kata Syeikh Muhammad ibnu
Aljazuli rahimallah dalam syarah 'Dalail AlKhairat' 'tiada terbit
daripada se saorang daripada segala hambanya, perkataan dan tiada
perbuatan dan tiada gerak dan tiada diam, melainkan telah terdahulu
pada ilmuNya dan qadhoNya dan qadarNya, 'intiha'.
Dan firman Yang Maha Tinggi: * وما رميت
إذ رميت ولكن الله رمى * ertinya tiada engkau melempar, ya Muhammad,
tatkala berusaha engkau melempar, tetapi Allah Taala jua yang melempar
tatkala itu. Dan lagi sabda Nabi s.a.w * لا حول ولاقوة إلا بالله العلى
العظيم * ertinya tiada daya pada menjauhkan ma'siat, dan tiada upaya
pada mengerjakan ta'at, melainkan dengan daya dan upaya Allah taala,
Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha besar jua. Dan lagi sabda Nabi s.a.w *
لا تتحرك ذرة إلا بإذن الله * ertinya, tiada bergerak didalam alam ini
suatu zarah jua pun melainkan dengan dengan izin Allah taala.
Syahadan, maka manakala sentiasa engkau
memandang kepada yang demikian itu, dan tahqiqlah engkau dengan Dia,
nescaya lepaslah engkau daripada segala bahaya yang tersebut itu, dan
engkau lihat dengan mata kepalamu dan dengan mata hatimu akan segala
wujud Majazi ini hapus ia dibawah NUR WUJUD Allah yang sebenarnya.
Syahadan, manakala engkau kekalkan akan
syuhudmu dan pandangmu akan bahawasanya keadaan segala perkara
perbuatan itu terbit daripada Allah taala, dengan membiasakan dia
sedikit, kemudian sedikit hingga tahqiqlah dengan yang demikian itu.
Maka apabila tahqiqlah engkau dengan dia dan jadilah kepadamu itu
musyahadah, ertinya berpandangan dan tiada bercampurlah dengan
pandanganmu zahirmu dan bathinmu, maka baharulah sampai engkau kepada
maqam Wahdatul Af'al, ertinya Esa Allah taala pada segala perbuatan,
iaitu ibarat ia daripada fana segala perbuatan makhluk ini, sama ada
perbuatan dirinya atau perbuatan lainnya, Sekeliannya itu fana dibawah
perbuatan Allah taala, sekira-kira tiada dilihat didalam AKUAN itu
sesuatu, perbuatan Allah taala jua, sama ada perbuatan itu baik atau
jahat.
Dan dalil yang menunjukkan dan
mentahqiqkan bahawasanya kejahatan itu daripada Allah taala, iaitu yang
tersebut dalam hadis, yang warid dari doa Nabi s.a.w * اللهمّ إني أعوذ
بك منك * ertinya, hai Tuhanku berlindung aku kepadaMu daripada
kejahatan daripadaMu. Maka jika tiada kejahatan daripada Allah taala,
nescaya tidak minta berlindung Nabi s.a.w kepada Allah taala daripada
kejahatan. Maka nyatalah daripada itu bahawasanya, segala perbuatan
yang baik dan jahat itu daripada Allah taala jua datangnya, seperti
yang telah terdahulu sebutnya itu.
Dan lagi firman Allah taala * قل كلّ من
عند الله * tafsirnya, katakan olihmu ya Muhammad, segala kebajikan dan
kejahatan itu daripada Allah.
Syahadan, dibuat mithal olih setengah
daripada arifin billah kerana menghampirkan faham jua, tiada pada
haqiqatnya. Maka adalah segala makhluk hamba itu seperti umpama wayang
yang diperlakukan akan dia olih dalang, barang bagi jelas kelakuan.
Maka seperti tiada bagi wayang itu punya perbuatan sendirinya. Demikian
itulah hamba dengan Tuhannya
Tetap, sesungguhpun seperti demikian
itu, ya'ni segala perbuatan itu perbuatan Allah taala jua. Maka jangan
engkau melampaui akan Syariat Muhammadiyah, iaitu wajib atasmu
mengerjakan segala yang disuruhkan Allah taala dan RasulNya dan wajib
atasmu menjauhkan segala yang dilarangNya, jangan sekali-kali itiqadkan
gugur taqlif syarak. Maka jikalau engkau itiqadkan gugur taqlif syara
nescaya jadilah engkau Kafir Zindiq 'nauzubillah min zalik'.
Dan berpeganglah engkau pada Syariat
Muhammadiyah serta engkau itiqadkan dan engkau pandang dengan mata
hatimu akan segala perbuatan itu daripada yang baik dan jahat
sekeliannya perbuatan Allah taala. Dan lepaslah engkau pada ketika itu
daripada Syirik Khofi dan lain2nya, daripada segala perkara bahaya yang
tersebut itu. Kerana manakala engkau pandang kepada dirimu ada baginya
sesuatu perbuatan, nescaya tiada sunyi engkau itu daripada Syirik
Khofi, dan jikalau lepaslah engkau daripada Syirik Jalli sekalipun. Dan
erti Syirik Jalli itu, menduakan Allah taala adaNya, tetapi tiada lepas
dan keluar dari syirik. Seperti firman Allah taala * وما يؤمن اكشرهم
إلا وهم مشركون * ertinya, dan tiada percaya kebanyakan daripada mereka
itu akan Allah taala, melainkan padahal mereka itu menyengutukan akan
Dia, dengan sebab memandang ujud yang lain daripadaNya dan dengan sebab
mengatakan perbuatan itu kepadanya.
Sebab itulah kata Sidi Umar Alfarish r.a
* ولو خطرت لي في سوال إرادة - على خاطري
سهوا قضيت بردتي * ertinya jikalau terlintas didalam hatiku suatu
kehendak akan yang lain daripadaMu atas khatirku, jikalau dengan lupa
sekalipun, necaya aku hukumkan diriku itu dengan murtad.
Dan tetapi, engkau dikatakan didalam
kitabNya musyrik, dikeluarkanNya daripada orang yang mu'min yang
sebenarnya, sebab yang demikian itu.
Dan tiada dibilangkanNya engkau
daripada orang yang menjalani akan jalan mu'min yang sebenar, melainkan
bahawa engkau pandang , tiada Yang berbuat, tiada Yang Hidup dan tiada
Yang maujud didalam wujud ini, hanya Allah taala sendirianNya jua. Maka
ketika itu baharu engkau dinamai Mukmin yang sebenarnya, dan lepaslah
engkau daripada Syirik khofi, dan keluarlah engkau pada ketika itu
daripada dinamai Allah taala didalam AlQuran dengan Musyrik. Dan
jadilah engkau pada ketika itu daripada ahli Tauhid yang sebenarnya,
daripada orang yang mempunyai Syurga yang bersegera didalam dunia ini.
Maka lazimlah olihmu atasnya kerana
bahawasanya, ia sifat yang amat mulia, yang menetapkan akan dikau
kepada yang lagi akan datang didalam akhirat. Maka engkau perolihi akan
nikmat dua syurga, seperti firman Allah taala * ولمن خاف مقام ربّه
جنّتان * ertinya, bermula dua syurga itu bagi barangsiapa yang takut ia
akan maqam TuhanNya. Syurga yang pertama itulah syurga ma'rifah akan
Allah taala diadalam dunia ini. Dan syurga yang kedua itulah syurga
yang maklum, yang disebutkan Allah taala akan dia didalam AlQuran yang
mulia, iaitu didalam akhirat, yang lagi akan datang.
Kata Syeikh Huna Alalimul Alamahtu
Biharul 'Arik' Maulana as Syeikh Abdullah ibn Hijazi Lis Syarkawi Al
Masry rahimallah: Barangsiapa masuk kepada syurga ma'rifah didalam
dunia ini, nescaya tiada rindu ia kepada syurga akhirat dengan nisbah
daripada bidadarinya dan mahligainya, bukan dengan nisbah daripada
barang yang hasil disana, yakni didalam akhirat, daripada ru'yah Allah
taala dan damping kepada hadrat Allah taala dan makrifah akan Allah
taala. Maka menjauh segala perbezaan antara dua hal itu. Yakni hal
didalam dunia ini dan hal didalam akhirat, kerana bahawasanya barang
yang dibukakan atas segala hati orang yang arif didalam dunia ini.
Hanyasanya, iaitu baharu setengah daripada barang yang disediakan olih
Allah taala kepada mereka didalam akhirat, kerana muliakan merekaitu
didalam dunia ini. wallahu 'alam.
(Maka hubaya2), takut olihmu daripada
bahawasanya lupa engkau daripada memandang Wahdatul Af'al itu, yang ia
menyampaikan akan dikau kepada memandang kepada memandang keelokan Yang
wajib Wujud. Dan takut olihmu bahawa bangsakan dirimu pada mengadakan
sesuatu perbuatan barang perbuatan ada ia.
Tanbih ya ihwani. Ertinya ini suatu perkataan yang menjagakan hai sekelian saudaraku.
Bermula hasil kata Syeikh Abdul Wahab
as Syarani Qadasallah sirruhu didalam kitab Al Juahirud Durrur, Ia
manqul (dididatangkan) dari perkataan Syeikh Muhaiyiddin ibn Arabi r.a:
Bermula segala akuan itu sekelian dinding yang mendindingi daripada
memandang haq Allah taala pada hal haq taala jua, Yang berbuat Ia,
dibalik hijab akuan ini, tiada ia mendindingi akan kita daripada
memandang Allah taala. Dan adalah mithalnya seperti bayang2 kayu yang
dalam air itu, tiada ia menegahkan lalu perahu, hanyasanya yang
mendinding itu sangka kita kepadanya jua dan pandang kita kepadanya
jua. Maka barangsiapa terbuka daripadaNya hijab itu, nescaya dilihatnya
yang memperbuatkan segala perbuatan itu Allah taala sendirinya. Dan
barangsiapa tiada terbuka hijab itu, terdindinglah dengan akuan ini
daripada memandang kepada fai'il yang haqiqi, ya'ni yang berbuat
sebenarnya, iaitu Allah taala.
Maka tiap2 adalah mazhab kaum pada segala perbuatan hamba itu empat mazhab:
Pertama kaum yang tiada mengetahui
mereka itu akan bahawasanya Allah taala itu yang berbuat Ia akan segala
perbuatan ini dan hanya di itqadkannya olih mereka itu bahawasanya yang
merupakan segala perbuatan hamba yang baharu itu hamba jua. Dan adalah
qudrah hamba itu baharu itu memberi bekas ia pada segala perbuatan
hamba yang baharu. Maka iaitu Mazhab Muktazillah yang bidaah lagi fasik.
Kedua Mazhab Jabariah; iaitu kaum yang
mengetahui mereka itu dan memandang mereka itu akan bahawasanya segala
perbuatan itu sekeliannya dari Allah taala sendiriNya. Dan keraslah
atas mereka itu memandang segala perbuatan itu daripada Allah taala
sendiriNya. Dan tiada sampai mereka itu kepada menyandar akan segala
perbuatan itu bagi hamba, kerana kurang mereka itu daripada darjat
Kamal, maka tersalahlah mereka itu daripada jalan Syariat dengan sebab
tiada menyandarkan segala perbuatan hamba itu kepada merekaitu. Maka
iaitu 'itiqad zindiq.
Ketiga kaum yang mengetahui mereka itu
akan bahawasanya, segala perbuatan itu sekeliannya daripada Allah
taala, tetapi ada bagi hamba itu usaha dan ikhtiar. Dan dengan keduanya
itulah hamba memperbuat segala perbuatannya dan keduanyalah tempat
taalik hukum syarak, tetapi kedua-duanya itu tiada sekali-kali memberi
bekas pada perbuatan yang baharu, hanya memberi bekas itu Allah taala
sendiriNya jua. Maka iaitu As'ariyah ialah iktiqad yang maqbud
(dipegang), yang selamat daripada bahaya dunia dan akhirat, tetapi
tiada sampai mereka itu kepada martabat Kasyaf kerana terdinding mereka
itu dengan sebab mengata usaha dan ikhtiar itu dari hamba jua, tiada
dipandang akan segala perbuatan itu daripada Allah taala sendiriNya.
Maka tiap daripada segala thoif
(gulongan) yang tiga itu adalah atas penglihatannya itu Ghisyawah
(kabur/ keliru) , yakni dinding yang menutupi daripada sampai
penglihatan mereka itu kepada memandang Wahdatul Af'al selama-lamanya.
Merekaitu didalam dinding tertutup, tiada sampai kepada maqam kasyaf
dan musyahadah dan mukafahah.
Keempat mazhab Ahli Kasyaf, yakni orang
yang terbuka kepada merekaitu dinding, iaitu kaum yang memandang akan
kejadian segala perbuatan itu daripada Allah taala dan keinderaannya
itu daripada hamba. Mithalnya seperti qalam orang yang menyurat adalah
menjadikan huruf itu orang yang menyurat jua. Dan qalam itu menjadi
alat persandaran menyurat jua. Adalah hamba itu seperti qalam tiada
baginya perbuatan, dan hanya yang berbuat, orang yang menyuruh jua.
Wallahu'alam. Ya'ni segala yang berlaku didalam segala alam ini, Allah
taala jua yang menjadikan dia. Intiha
(Dan lagi kata) Syeikh Abdul Wahab as
Sya'rani telah menyebutkan Syeikh Muhaiyuddin ibnu Arabi r.a pada bab
yang keempat ratus dua puluh daripada Futuhatul Makiyah akan barang
yang menamakan ia akan bahawasanya segala amal itu daripada allah
Ta'ala jua hanyasanya menyandarkan allah Ta'ala akan segala amal dan
perbuatan itu kepada kita kerana keadaan kita tempat menanggong siksa
dan pahala padahal perbuatan itu bagi Allah Ta'ala jua pada haqiqatnya
tetapi tatkala mendawi kita pada ketika berhenti didalam hijab akan
bahawasanya segala amal kita dan perbuatan kita itu bagi kita jua maka
menyandarkan Allah Taala itu akan dia kepada kita dengan sekira-kira
dakwi kita berbuat kerana cuba daripada Allah Ta'ala kepada kita maka
apabila masuk kita kepada hadrat ihsan dan maka nipislah dinding hijab
nescaya kita lihatlah akan segala amal itu terbit dari Allah Ta'ala
pada kita tiada kita mengamalkan segala amal dan segala perbuatan itu.
Kemudian apabila sampailah kita kepada
musyahadah itu nescaya takut kita akan tergelincir kidam (kaki) kita
pada barang yang telah menamakan Allah Ta'ala akan perbuatannya itu
kepada kita kerana setengah daripada adab itu bahawa menyandarkan ia
akan barang yang telah menamakan Allah Ta'ala akan sesuatu kepada kita
serta pengetahuan kita dengan barangyang telah kita ketahui itu kerana
mengamal akan firman Allah Ta'ala (ما أصابك من حسنه فمن الله وما أصابك
من شيئة فمن نفسك ) ertinya barang yang mengenai akan dikau daripada
kebajikan itu maka iatu daripada Allah Ta'ala dan barang yang mengenai
akan dikau daripada kejahatan itu iaitu dari usaha dirimu.
Shahadan kata Syeikh Huna Alaalamah
Maulana Assyeikh Yusuf Abu Zharah Almasry pada ketika tadarrisnya
(mengajarnya) didalam Masjidil Haram tiada harus mengatakan kejahatan
itu daripada Allah Ta'ala melainkan pada maqam ta'alim jua intiha'.
(Dan kata) Syeikh Ibnu Hajar didalam
syarah arbain pada sabda Nabi saw. didalam setengah daripada segala doa
iftitah (والشر ليس اليك) ertinya bermula kejahatan itu bukan ia
daripadamu kerana mengajari bagi adab bahawasanya tiada harus
disandarkan kepada Allah Ta'ala segala yang menghina akan dia seperti
tiada harus dikata Allah Ta'ala itu ia menjadikan anjing dan babi dan
jika ada ia menjadikan tiap-tiap sesuatu sekalipun kerana adab (maka
tiap-tiap) adalah menyandarkan perbuatan kepada kita itu kerana
menghikayatkan akan firman allah ta'ala jua intiha'
(Dan lagi kata) Syeikh Abdul Wahab
Assya'rani Qadasallahu sirrahu kepada Syeikhnya Sidi Ali Alkhawas r.a
(soal) apa haqiqat usaha mengatakan iman as'ary itu (maka jawabnya) r.a
(bermula) haqiqat usaha itu iaitu ta'lik irodat mumkin dengan
memperbuat barang perbuatan ada ia maka diperolihi taqdir ilahi pada
ketika ta'lik irodat itu maka dinamai mereka itu akan yang demikian
usaha bagi mumkin pada ma'ani bahawasanya mengusahakan munafaat dengan
dia itu kemudian daripada sudah berkehendak kepadanya ya'ni berkehendak
kepada taqdir ilahi itu
(Dan lagi) kata Syeikh Abdul Wahab as
Sya'rani Qadasallahu sirrahu telah aku dengar akan dia ya'ni sidi ali
al khawas r.a segala yang lainnya berkata ia wajib atas hamba itu
bahawa mengetahui akan bahawasanya tiada memberi bekas segala-gala bagi
makhluk pada memperbuat sesuatu daripada sekira-kira taqwin hanyasanya
baginya hukum jua faqad (sahaja, cuma) maka fahamkan olihmu kerana
bahawasanya kebanyakan manusia tiada dapat membezakan ia antara hukum
dan atsar ayat
(berkata) Syeikh ia pula ya'ni sidi ali
al khawas ra (bermula) kenyataan yang demikian itu bahawasanya haq
allah ta'ala itu apabila menghendaki ia mengadakan akan harkat atau
ma'ani daripada segala perkerjaan yang tiada sah ujudnya melainkan pada
segala madahnya kerana mustahil bahawa berdiri ia dengan sendirinya
maka tiada dapat tiada daripada wunjudnya mahal (tempat wadah) yang
menzahirkan ia akan taqwin (keberadaan) perkerjaan ini ya'ni perkerjaan
yang tiada berdiri ia dengan sendirinya maka mahal (tempat hinggap atau
jatuh) iaitu hamba yang dihukumkan ia dengan mengadakan maka mumkin ini
pada hal tiada sekali2 baginya itu atsar dalamnya intiha'
(dan lagi kata) Syeikh Abdul Wahab
Assyarani Qadassalahu sirrahu telah aku dengar saudaraku Afdaluddin
Rahimallah ta'ala berkata ia tiada sekali2 bagi mumkin itu qudrah
hanyasanya baginya menerima aasar ilahi kepadanya jua kerana
bahawasanya sifat itu yakni qudrah itu sifat daripada ketetuan tunggal
ketuhanan iaitu keadaan yang berkuasa maka mengisbatkan qudrat bagi
mumkin itu dawi dengan tiada dalil
(dan lagi berkata ia) ya'ni Syeikh
Afdaluddin Rahimallah ta'ala bermula kata kami ini muafakat serta
asa'riyah yang mengisbatkat mereka itu bagi Qudrat hamba serta
menafikan perbuatan daripadanya intiha'
(dan lagi kata) Syeikh Abdul Wahab
Assya'rani Qadassalahu Sirrahu dan telah menyebutkan olih Syeikh
Muhayiddin Radiallau anhu pada bab seratus dua puluh daripada Futuhuhul
Makiyah bahawasanya mengisbatkan Qudrah bagi mumkin Menafikan faail
daripadanya itu setengah daripada segala masaalah yang amat sukar
kerana membawa kepada keadaan faalun
(dan lagi berkata ia) yakni Syeikh
Muhayiddin r.a dan tiada membukakan Allah Ta'ala atasku dengan
menghilangkan labisa yakni samar pada masaalah ini yakni hal keadaan
fa'lun padahal bukan fail melainkan pada malam ketika aku menyurat akan
tempat ini pada tahun hijrah 633 dan sanya sukar atas aku mentafsilkan
antara yang usaha yang mengata akan dia kaum ahli sunah dan khalqhi
(خلق) yang mengata akan dia kaum mu'tazillah maka mengurniakan taufik
Allah Ta'ala akan daku dengan membukakan penglihatanku atas mula-mula
kejadian makhluk yang tiada mendahului akan dia makhluk kerana tiada
ada ketika itu melainkan allah ta'ala jua
(maka firman allah ta'ala) bagiku
didalam sirrku tilik olihmu akan dia disana mula2 kejadian makhluk
adakah perkerjaan itu mewaris labisa dan hairan (maka) sembahku tiada
ya rabb (maka) firmannya bagiku seperti demikianlah sekelian barangyang
engkau lihat akan dia daripada segala yang baharu tiada bagiku seorang
didalamnya yang memberi bekas dan tiada suatu daripada makhluk maka
akulah Tuhan yang menjadikan segala asyia' pada sisi asyia' tiada
dengan Asbab maka adalah dengan perkerjaan ku jadikan nafhun pada isa
dan kejadian taqwin pada thoir (maka) sembahku baginya ya rabb maka
apabila adalah seperti demikian itu maka tiap-tiap adalah dirimu yang
engkau khitob dengan katamu perbuat olihmu dan jangan engkau perbuat
(maka firmannya) bagiku apabila aku perlihatkan akandi kau dengan
sesuatu daripada ilmuku maka lazimlah olihmu adab kerana bahawasanya
hadrat ini tiada menerima ia akan saat menidak-nidak ki akan perbuatan
tuhan seperti firmannya
لا يسئل عما يفعل وهم يسئلون ertinya jangan ditanya akan barangyang aku perbuat dan sekelian kamu itu akan ditanya intiha'
(kata) Syeikh Abdul Wahab Assya'rani
فتأمل فاله نفيس(syahadan) jikalau itu jua musyahadahkan insyaallah
ta'ala sampai jua ia kepada Allah Ta'ala kerana maqam tauhidul af'al
ini maqam yang dibawah segala-gala daripada segala maqam arifin maqam
tauhidul af'al ini satu martabat daripada beberapa martabat orang yang
sampai kepada Allah Ta'ala kerana jalan sampai kepada Allah Ta'ala itu
empat martabat seperti lagi yang akan datang insyaalah ta'ala pada
akhir khotimah
(shahadan) maqam inilah yang mula2 ia
anugerah akan Allah Ta'ala kepada orang yang salik atau kepada orang
yang lainnya iaitu seperti orangyang majzub umpamanya dan erti majzub
itu orang yang diambil Allah ta'ala dengan terkejut serta dirinya tahu
akan mengenal zatnya dan sifatnya dan asmanya dan af'alnya daripada
tiada mengerjakan ibadat dan tiada talqin daripada guru dan tiada
ijazah masyaih (shahadan) bahawasanya maqam inilah natijahtus suluk dan
samarahnya ertinya jadi daripada orangyang salik dan buahnya (dan) erti
salik iaitu orangy ang bersungguh-sungguh ia ijtihadnya berbuat ibadat
kepada Allah ta'ala dengan riadhoh ijazah akan dia olih syehnya
kepadanya dengan tiada cedera ia pada mengerjakan akan dia dan tiada
menyalahi ia akan barang disuruhkan akan dia olih gurunya daripada
segala ibadat dan lainnya (dan) erti arif itu iaitu orangyang mengenal
allah ta'ala dan mengenal hamba lagi dapat ia membezakan antara kholiq
dan makhluk dan musyahadah segala yang tersebut itu
(Dan maqam inilah) maqam yang pertama
daripada maqam arifin yang meyampaikan ia kepada maqam yang diatasnya
iaitu maqam tauhidul asma' iaitu maqam yang kedua daripada segala maqam
ariffin.
Seterusnya [Next]:- *الفصل الثانى فى بيان توحيد الاسماء*
Seterusnya [Next]:- *الفصل الثانى فى بيان توحيد الاسماء*
Ianya merupakan salah satu kitab rujukkan diRumikan oleh Sufi Tauhid
Aasar (اثار) kesan * Fa'il (فاعل) perlaku * Fa'lun (فعل lakunan *
Mumkin (ممكن) yang dicipta * Tafsil (تفصيل) kupasan * Qudrat (قدره) kuasa * Asyia' (أشياء) keberadaan sifat sementara * Labisa (لبس) hijab * Khitob (خطاب) sifatkan * Nafhun (نفخ) tiupan ruh * Thoir (طائر) unggas * ijazah (إجازه) baiat * Ijtihad (إجتهاد) bersungguh-sungguh * Majzub (مجذوب) medapat ilham2 tanpa tunjuk ajar * Masyeikh (مشائخ) guru pemberi pertunjuk * Samarah (ثمره) hasilnya
Aasar (اثار) kesan * Fa'il (فاعل) perlaku * Fa'lun (فعل lakunan *
Mumkin (ممكن) yang dicipta * Tafsil (تفصيل) kupasan * Qudrat (قدره) kuasa * Asyia' (أشياء) keberadaan sifat sementara * Labisa (لبس) hijab * Khitob (خطاب) sifatkan * Nafhun (نفخ) tiupan ruh * Thoir (طائر) unggas * ijazah (إجازه) baiat * Ijtihad (إجتهاد) bersungguh-sungguh * Majzub (مجذوب) medapat ilham2 tanpa tunjuk ajar * Masyeikh (مشائخ) guru pemberi pertunjuk * Samarah (ثمره) hasilnya
Darul Nafis - Wahdatul Asma'
الفصل الثانى فى بيان توحيد الاسماء
Bermula fasal yang kedua pada menyatakan tauhidul asma' ertinya mengesakan Allah ta'ala pada segala Nama yang iaitu mengesakan yang dinamakan
(shahadan) bermula kifiyat mengesakan
Allah ta'ala pada segala asmaNya itu iaitu seperti bahawa engkau
pandang dengan mata kepalamu dan engkau syuhud dengan mata hatimu
bahawasanya segala asma itu kembali kepada ia kepada esa Allah ta'ala
yakni segala yang bernama didalam alam ini sekeliannya menzhohir asma
iaitu menuntut ia akan ujud musamma maka
sebab itulah kembali segala asma itu kepada yang maujud iaitu Allah
Subhanahu Wata'ala dan wujud Allah itu Khodim ia pada segala asma dan
zahir ia dengan dia itu satu jua ya'ni bahawasanya segala asyia' itu
kezahiran dan kenyataan bagi zat yang satu jua dan yang zahir dengan
segala asyia' itu satu jua daripada tiada itihad dan hullul
maka tiada yang maujud itu pada haqiqat hanya Allah ta'ala sendirian jua dan wujud segala alam ini hanya khayal dan waham jua dengan dinisbahkan kepada Allah ta'ala aha tinggi Allah ta'ala daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang amat besar sebab pun dibuat misal olih setengah daripada segala arif billah itu kerana menghampir kepada faham jua
maka tiada yang maujud itu pada haqiqat hanya Allah ta'ala sendirian jua dan wujud segala alam ini hanya khayal dan waham jua dengan dinisbahkan kepada Allah ta'ala aha tinggi Allah ta'ala daripada yang demikian itu akan sebagai tinggi yang amat besar sebab pun dibuat misal olih setengah daripada segala arif billah itu kerana menghampir kepada faham jua
(Ada pun) Allah Subhanahu wata,ala itu
maha suci dan maha tinggi seperti yang dimisalkan itu iaitu seperti
kaca yang bertulis setengah merah dan setengahnya kuning dan
setengahnya hijau maka dihantarkan akan dia diantara bumi dan cahaya
benderang matahari maka betapa engkau lihat kepada benderang cahaya
matahari itu tertulis ia pada bumi itu dengan warna nama tiap-tiap
sifat yang ada ia didalam kaca itu padahal benderang cahaya matahari
itu tiada berpindah ia ia kepadanya dan tiada bercerai ia daripada zat
matahari itu serta yang demikian itu zahir ia dengan segala sifat
sekeliannya itu padahal matahari itu satu jua (maka) bicarakan olihmu
akan mithal ini dengan bicara yang sempurna mudah2an mengasihani Allah
ta'ala akan dikau pada barang yang engkau dapat akan dia muafakat ia
bagi barangyang kami mithalkan akan dia itu.
(setelah itu) hai segala saudaraku yang
arif jikalau sudah hasil bagimu maqam ini kemudian maka tajjali hak
ta'ala atasmu menselak-selak daripada dinding menzahirnya dengan dua
isim yang menunjukan keduanya itu akan dikau atas binasa segala
menzhohirnya itu didalam diri Ahadiyah Allah ta'ala
(kata) Syeikh Al Alim Al'alammatus
Sarul Almarifah Maulana Assyikh Abdullah Ibn Hijazis Syarkhowy Almasry
Rohimallah dalam syarah wirdus sahar apabila tajalli Allah ta'ala
dengan asmanya zahir atas hambanya nescaya melihat ia akan segala akuan
ini sekeliannya diri HAQ ta'ala ertinya daripada sekira-kira zahir
akuan itu dengan dia dan berdiri akuan itu dengan qhoyumnya dan
kekalnya dan bahawasanya tiada bagi akuan itu ujud sendirian dan lagi
tiada kuasa ia membezakan antara sesuatu daripada segala akuan ini
ertinya daripada sekira-kira bahawasanya akuan itu sekeliannya makhluk
Allah ta'ala yakni mazharnya dan tempatnya bersandar kepadanya dan lagi
memandang ia akan Allah ta'ala itu haqiqat bagi segala akuan itu
seperti firman yang maha tinggi فَأَيْنَمَا تُوَلُّواْ فَثَمَّ وَجْهُ
اللّهِ ertinya barang dimana ada kamu maka adalah disana wujud Allah
(yakni) barang kemana engkau hadapkan akan muka kamu atau hati kamu
atau rohmu atau akalmu adalah disana wujud Allah
(Shahadan) ketika itulah keluar satah
daripada lidah hamba itu yakni mengeluarkan perkataan yang tiada
diredhoi olih syarak maka iaitu bahaya musyahadah inilah kerana
terdinding ia daripada memandang akuan ini dengan sebab memandang wujud
Allah yang mutlaq.
(seperti kata) Syeikh Abdul Karim
Aljalili Qadassallahu Sirrahu bermula terdinding hamba daripada
memandang makhluk dengan sebab memandang ia akan hak ta'ala maka iaitu
menjadikan hamba itu mengata tiada yang maujud didalam ujud ini
melainkan wujud Allah ta'ala bermula yang demikian itu kerana adalah
mabuknya dan ghoibnya seperti barang yang jatuh bagi Halaj maka
perkataan orang yang mabok itu tiada bolih dipegang intiha'
maka sebab itulah (kata) Sultan Auliya
Maulana AlSyeikh Abdul Qadir Jailani Qadassallahu Sirrahu jikalau Halaj
itu ada masa aku nescaya akan aku ambil ia dengan tanganku yakni aku
tegahkan akan orang yang hendak membunuh dia intiha'
(Bermula yang pertama) daripada dua
isim seperti isimnya (jami') ertinya yang menghimpunkan iaitu
menghimpunkan bagi sekelian mazhar ini iaitu syuhudul kasrah fil wahdah
yakni pandang banyak yang banyak pada yang satu muradnya sekelian alam
ini daripada zat Allah ta'ala satu jua tiada daripada yang lainnya
(Dan yang kedua) daripada dua isim itu
seperti isimnya (maani) ertinya menegahkan dengan zatnya itu bagi
segala mazharnya iaitu zahir ia daripada yang lainnya bermula muradnya
itu daripada zat Allah ta,ala jua terbitnya sekelian alam ini
(maka)adalah hasilnya adalah dalallah dua isim itu terhimpun sekelian
alam ini kepada Allah ta'ala dan tertegah daripada lainnya [yaknie]
permulaan daripada Allah ta'ala jua dan kesudahannya pun kembali kepada
Allah taala jua (seperti) firman allah ta�ala (ولله الأمر وإليه ترجعون)
ertinya dan bagi Allah ta'ala jua permulaan segala perkerjaan dan
kepadanya kembali mereka itu
(Setelah itu) maka apabila engkau
pandang bahawasanya yang pemurah itu daripada Allah ta'ala jua dan yang
zahir pada hamba itu mazhar isimnya yang bernama Karim jua dan demikian
lagi apabila engkau lihat akan seseorang sabar ia daripada kesakitannya
maka engkau syuhud dan engkau pandang bahawasanya yang sabar itu
daripada Allah ta'ala jua dan yang ada pada hamba itu mazhar isimnya
yang bernama Sawwirun kerana karim dan sawwirun itu keduanya isim Allah
ta'ala dan seperti demikian itulah tiap2 orang yang bernama dengan
barang nama ada ia maka adalah sekelian itu engkau syuhud dan engkau
pandang mazhar Asma Allah ta'ala jua
(shahadan) kata setengah daripada arif
billah tiada bagi Allah ta'ala itu sifat yang berdiri kepadanya dan
yang bertambah ia atasnya seperti segala sifat ma'ani hanyasanya yang
ada baginya itu asma' jua mengambil dalil mereka itu dengan dua dalil
(suatu daripadanya) naqli iaitu quran
dan hadith kerana tiada datang dalam quran dan hadith mengatakan
bahawasanya Allah ta'ala itu bersifat dan hanyasanya yang datang
didalam quran dan hadith itu asma' jua (seperti) firman Allah ta'ala (
ولله الأسماء حسنى فاعوه بها) ertinya dan bagi Allah ta'ala itu
berberapa nama yang baik maka minta doalah kamu kepadanya dengannya
(maka) menentukan
Allah ta'ala akan dirinya dengan nama jua tiada bersifat
(dan lagi) sabda Nabi saw (وإنما تدعون
من هو سميع بصير متكلم وهو معكم أينما كنتم) ertinya dan hanyasanya yng
kamu seru itu tuhan yng mendengar lagi amat melihat lagi yang berkata2
padahal serta kamu barang dimana kamu (dan keduanya daripadanya) aqali
iaitu pada akal bahawasanya Allah ta'ala itu jikalau ada ia bersifat
nescaya adalah ia majhul kerana tiada yang disifatkan itu melainkan
yang majhul
(bermula Allah ta'ala) itu terlebih
ma'rifah daripada segala ma'rifah tiada berkehendak ia kepada sifat
yang mengenal dia iaitu maha suci Allah ta'ala itu daripada bersifat
dengan sebab ma'ani yang demikian itu (dan lagi pula) betapa disifatkan
Allah ta'ala itu padahal ia
menyucikan ia menyucikan dirinya daripada bersifat itu dengan nas quran
dan hadith yang tersebut itu
(shahadan) maqam inilah yakni maqam
Tauhidul Asma' maqam yang kedua daripada segala maqam Ariffin yang
dianugerahkan Allah ta'ala kepada orang yang salik atau kepada lainnya
seperti majzub umpamanya dan maqam inilah natijah ertinya faedah dan
sama arah maqam pertama yang pertama itu maqam orang yang sentiasa
memandang wahdatul af'al dan ialah yang menyampaikan akan dikau kepada
maqam yang diatas iaitu Tauhidus Sifat iaitu maqam yang ketiga daripada
segala maqam Ariffin
Seterusnya [Next]:- *الفصل الثالث فى بيان توهحيد الصفات *
Seterusnya [Next]:- *الفصل الثالث فى بيان توهحيد الصفات *
Ianya merupakan salah satu kitab rujukkan diRumikan oleh Sufi Tauhid
Karim (كريم) permurah * Asma' (اسماء)
nama * Hullul (حلول) melingkupi * Itihad (إتحاد) didalam * Kifiyat
(كيفية) cara * Musamma (مسمى) yang dinamai * Mazhar مظهر wujud *
Qhoyum قيوم berdiri * Satah سطح latah * Dalallah (دلاله) dalil * Jami
(جامع) yang menghimpun * Alkasrah (الكثرة) berbilang-bilang * Mani'
(مانع) menegah / melarang * Maujud (موجود) yang seolah-olah ada * Murad
(مرد) kesimpulan * Syuhud (شهود) penyaksian * Alwahdah (الوحده) wujud
keesaan * Majhul (مجهول) tidak layak di didarjatkan *
Naqli (نقلي) ambil * Sawwirun (صور) menggambarkan *
Darul Nafis - Wahdatul Sifat
(Bermula fasal) yang ketiga pada
menyatakan Tauhidus sifat (yakni) mengesakan Allah ta'ala pada segala
sifat berdiri ia pada zat Allah itu iaitu ibarat daripada fana segala
sifat makhluk sama ada sifat dirinya atau lainnya sekeliannya fana ia
didalam sifat Allah (bermula kifiyat) memandang dan musyahadahkan yang
demikian itu iaitu
seperti bahawa engkau pandang dan engkau musyahadahkan dengan mata hatimu dan dengan itiqadmu bahawasanya segala sifat yang berdiri ia kepada zatnya itu iaitu seperti qudrat dan irodat dan ilmu dan hayat dan samik dan basar dan kalam sekeliannya itu sifat Allah ta'ala kerana tiada tiada ada zat yang bersifat dengan segala sifat yang tersebut itu pada haqiqatnya melainkan Allah, zat Allah ta'ala jua dan dibangsakan segala sifat ini kepada makhluk atas jalan majazi jua tiada pada haqiqatnya dan hanya sanya segala sifat yang tersebut itu ada ia berdiri pada segala makhluk itu iaitu mazharnya sifat Allah ta'la jua
seperti bahawa engkau pandang dan engkau musyahadahkan dengan mata hatimu dan dengan itiqadmu bahawasanya segala sifat yang berdiri ia kepada zatnya itu iaitu seperti qudrat dan irodat dan ilmu dan hayat dan samik dan basar dan kalam sekeliannya itu sifat Allah ta'ala kerana tiada tiada ada zat yang bersifat dengan segala sifat yang tersebut itu pada haqiqatnya melainkan Allah, zat Allah ta'ala jua dan dibangsakan segala sifat ini kepada makhluk atas jalan majazi jua tiada pada haqiqatnya dan hanya sanya segala sifat yang tersebut itu ada ia berdiri pada segala makhluk itu iaitu mazharnya sifat Allah ta'la jua
(maka apabila) tahqiqlah memandangmu
dengan yang demikian itu nescaya fanalah segala sifat makhluk itu
didalam sifat Allah ta'ala yakni tiada mendengar ia melainkan dengan
pendengaran Allah dan tiada melihat ia melainkan dengan penglihat Allah
ta'ala dan tiada tahu ia melainkan dengan tahu Allah ta'ala dan tiada
hidup ia melainkan dengan hayat Allah ta'ala dan tiada berkata-kata ia
melainkan dengan kalam Allah ta'ala jua hingga yang lain daripada
segala sifatnya sekeliannya itu dengan sifat allah ta'ala jua
(Bermula) dalil yang menunjukan atas
bahawasanya tiada bagi hamba itu mempunyai sekelian sifat ini dan yang
ada bagi hamba itu mazhar sifat Allah ta'ala jua iaitu firman allah
ta'ala didalam hadis qudsi (ما تقرب إلىّ المتقربون بمثل أداء ما إفترضت
عليهم ولايزال الغبد يتقرب إلىّ بالنّوافل حتى أحبّه فإذا أحببته كنت سمعه
الذى بسمع به وبصره الذى يبصر به ولسنه الذى ينطق به ويده التى يبطش بها
ورجله التى يمشى بها وقلبه الذى يضمر به) ertinya tiada menghampirkan
olih segala orang yang menghampirkan dirinya kepadaku itu dengan
seumpama mengerjakan barang yang aku fardhukan atas mereka itu dan
sentiasa hamba aku menghampirkan dirinya kepada aku itu dengan
mengerjakan segala ibadat yang sunat hingga aku kasih akan dia maka
apabila aku kasih akan dia nescaya adalah aku pendengaranya yang
mendengar ia dengan dia dan penglihatanya yang melihat ia dengan dia
dan lidahnya berkata-kata ia dengan dia dan yang memegang ia dengan dia
dan kakinya yang berjalan ia dengan dia dan hatinya yang bercinta ia
dengan ia
(shahadan) bermula kifiyat tajjali sifat itu bahawa engkau pandang akan haq Allah ta'ala itu bahawasanya hamba mendengar itu dengan Allah maka fanalah daripada segala keadaan mendengar ia dengan dirinya kemudian maka apabila tetaplah tajalli sifat yang satu itu daripada hatimu maka engkau pandang pula akan sifat yang lainnya hingga habis segala sifat itu dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu seperti bashar dan kalam dan ilmu dan irodat dan atho' dan maani maka tiada dipandangnya dirinya yang bersifat dengan yang demikian itu hanya menerima daripada sifat Allah ta'ala jua kemudaian daripada sudah hapus segala sifat yang lainnya itu maka tajalli pula atasmu maka engkau pandanglah akan dia bahawasanya ia jua yang bersifat Haiyun maka fanalah hayat itu daripada dirimu maka nyatalah bahawasanya tiada yang hidup hanya Allah ta'ala jua maka apabila hasillah bagimu maqam fana ini pada ketika itu maka jadilah engkau baqa' bi sifat illah maka berolih kemenanganlah engkau pada ketika itu dengan mengenal maka kenallah akan dia dengan pengenalan yang layak dengan sempurnanya dan jadilah engkau pada ketika itu fana fi sifat illah dan baqa bi sifat illah dan memberi tahu Allah ta'ala akan dikau pada ketika itu akan segala rahsia sifatnya yang mulia itu.
(shahadan) pada maqam Albaqa yakni
maqam tauhid alsifat inilah kesudahan yang diharap dan yang dimaksudnya
dan yang dicita dan yang dituntut dan pada maqam tauhid as sifat inilah
kesudahannya sampai dari kebanyakan dari segala anbia' dan aulia' dan
tiada yang melampaui akan maqam ini melainkan nabi kita Muhammad saw
jua dan barang yang ada anbia' dan aulia' yang dibawah qidamnya
(shahadan) faedah tajalli itu memandang ia akan sifat dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu kerana setengah daripada tajalli sifat itu terlebih keras daripada setengah yang lainnya dan lagi pula supaya tamkin dan tetap ia dengan yang satu itu dan manakala tamkin dan tetap dengan yang satu itu nescaya hasillah daripadanya dan kuat bertambah-tambah supaya dapat ia menanggung akan tajalli dzat kerana tiada kuasa seseorang menanggong akan tajalli dzat itu sebelum lagi tamkin dan tetap pada tajalli segala sifat itu didalam hati maka apabila sampailah seseorang itu kepada maqam ini nescaya jadilah ia kholifah Allah ta'ala didalam bumi ini dan menjadikan Allah akan dia itu ganti pada meluluskan segala hukumnya pada segala hambanya seperti Nabi Adam as menjadi kholifah pada segala alam ini seperti firman Allah ta'ala yang tersebut didalam alquran (وإذا قال ربّك للملإئكة إنّى جاعل فى الأرض خليفة) ertinya tatkala berfirman tuhanmu bagi segala malaikat bahawasanya aku hendak menjadikan didalam bumi itu akan seorang kholifah (yakni) yang menganti akan daku pada meluluskan pada hukumku didalam bumi maka tiada menjadikan ia akan kholifahnya melainkan bahawa mengajari akan dia akan segala asma' sekeliannya seperti firman Allah ta'ala (وعلم آدم الأسماء كلّها) ertinya dan telah mengajari Allah ta'ala akan Nabi Allah Adam akan segala asma' sekeliannya dan lagi menunjuki ia pada ketika itu akan barang yang sesat dan lagi mengetahui akan segala perkara sekeliannya sama ada nyata atau tersembunyi dengan pengajaran daripada Allah ta'ala kerana jadi kholifahnya seperti kata setengah ariffin billah (من عرف الله لا يخفى عليه شىء) ertinya barang siapa mengenal ia akan Allah ta'ala dengan sebenar-benar pengenal nescaya tiada terlindung atasnya sesuatu jua pun dan lagi menganugerahi Allah ta'ala akan dia itu akan ilmu Laduni iaitu ilmu yang diilhamkan Allah ta'ala kepada hati hambanya dengan tiada wasitah mengambil talqin daripada masyaih iaitu ilmu yang tetap yang tiada bolih hilang dan lupa maka orang yang mempunyai ilmu itu dinamakan alim yang sebenarnya
Seperti kata Abu Yazid Albustami Qadassallahu sirrahu dan lainnya bukannya orang yang alim itu orang yang mehafazkan ilmunya daripada kitab apabila lupa ia akan barang yang dihafazkan itu maka jadilah ia jahil dan hanya sanya orang yang alim sebenarnya itu iaitu orang yang mengambil ia akan dari tuhannya pada barang waktu yang dikehendakinya dengan tiada sebab hafaz dan daris maka orang itulah yang dinamakan al'alimu ar rabbani dan orang itulah yang diisyaratkan didalam firman Allah ta'ala (علّمنا من لدنا علما) ertinya dan kami ajar akan dia akan ilmu daripada kami (yakni) dengan tiada wasitah dengan berlajar dan setengah ilmu itu dengan wasitah berlajar kepada makhluk kepada yang demikian itu tiada dinamakan dia ilmu laduni tetapi ilmu laduni itu yang terbuka pada sirr hati daripada tiada sebab yang menghasilkan akan dia pada khorij kata Abu Yazid Albustami Qadassallahu sirrahu bagi segala ulamak zahir pada khasnya (أخذتم علمكم ميتا من ميت وأخذنا علمنا من الحىّ الذى لا يموت) ertinya kamu ambil akan ilmu kamu hai ulamak az zahir hal keadaannya mayat daripada mayat dan kami ambil akan ilmu kami itu daripada tuhan yang hidup yang tiada mati intiha demikianlah hasil yang disebutkan olih imam Alghazali didalam Ihya Ulumuddin
(shahadan) faedah tajalli itu memandang ia akan sifat dengan tadrij ertinya satu kemudian maka satu kerana setengah daripada tajalli sifat itu terlebih keras daripada setengah yang lainnya dan lagi pula supaya tamkin dan tetap ia dengan yang satu itu dan manakala tamkin dan tetap dengan yang satu itu nescaya hasillah daripadanya dan kuat bertambah-tambah supaya dapat ia menanggung akan tajalli dzat kerana tiada kuasa seseorang menanggong akan tajalli dzat itu sebelum lagi tamkin dan tetap pada tajalli segala sifat itu didalam hati maka apabila sampailah seseorang itu kepada maqam ini nescaya jadilah ia kholifah Allah ta'ala didalam bumi ini dan menjadikan Allah akan dia itu ganti pada meluluskan segala hukumnya pada segala hambanya seperti Nabi Adam as menjadi kholifah pada segala alam ini seperti firman Allah ta'ala yang tersebut didalam alquran (وإذا قال ربّك للملإئكة إنّى جاعل فى الأرض خليفة) ertinya tatkala berfirman tuhanmu bagi segala malaikat bahawasanya aku hendak menjadikan didalam bumi itu akan seorang kholifah (yakni) yang menganti akan daku pada meluluskan pada hukumku didalam bumi maka tiada menjadikan ia akan kholifahnya melainkan bahawa mengajari akan dia akan segala asma' sekeliannya seperti firman Allah ta'ala (وعلم آدم الأسماء كلّها) ertinya dan telah mengajari Allah ta'ala akan Nabi Allah Adam akan segala asma' sekeliannya dan lagi menunjuki ia pada ketika itu akan barang yang sesat dan lagi mengetahui akan segala perkara sekeliannya sama ada nyata atau tersembunyi dengan pengajaran daripada Allah ta'ala kerana jadi kholifahnya seperti kata setengah ariffin billah (من عرف الله لا يخفى عليه شىء) ertinya barang siapa mengenal ia akan Allah ta'ala dengan sebenar-benar pengenal nescaya tiada terlindung atasnya sesuatu jua pun dan lagi menganugerahi Allah ta'ala akan dia itu akan ilmu Laduni iaitu ilmu yang diilhamkan Allah ta'ala kepada hati hambanya dengan tiada wasitah mengambil talqin daripada masyaih iaitu ilmu yang tetap yang tiada bolih hilang dan lupa maka orang yang mempunyai ilmu itu dinamakan alim yang sebenarnya
Seperti kata Abu Yazid Albustami Qadassallahu sirrahu dan lainnya bukannya orang yang alim itu orang yang mehafazkan ilmunya daripada kitab apabila lupa ia akan barang yang dihafazkan itu maka jadilah ia jahil dan hanya sanya orang yang alim sebenarnya itu iaitu orang yang mengambil ia akan dari tuhannya pada barang waktu yang dikehendakinya dengan tiada sebab hafaz dan daris maka orang itulah yang dinamakan al'alimu ar rabbani dan orang itulah yang diisyaratkan didalam firman Allah ta'ala (علّمنا من لدنا علما) ertinya dan kami ajar akan dia akan ilmu daripada kami (yakni) dengan tiada wasitah dengan berlajar dan setengah ilmu itu dengan wasitah berlajar kepada makhluk kepada yang demikian itu tiada dinamakan dia ilmu laduni tetapi ilmu laduni itu yang terbuka pada sirr hati daripada tiada sebab yang menghasilkan akan dia pada khorij kata Abu Yazid Albustami Qadassallahu sirrahu bagi segala ulamak zahir pada khasnya (أخذتم علمكم ميتا من ميت وأخذنا علمنا من الحىّ الذى لا يموت) ertinya kamu ambil akan ilmu kamu hai ulamak az zahir hal keadaannya mayat daripada mayat dan kami ambil akan ilmu kami itu daripada tuhan yang hidup yang tiada mati intiha demikianlah hasil yang disebutkan olih imam Alghazali didalam Ihya Ulumuddin
(dan) bersungguh-sungguh lah engkau pada memintak doa kepda Allah Subhanahu wata'ala kerana Allah Subhanahu wata'ala itu memperkenan pinta orang yang meminta seperti firman Allah ta'ala (أدعوني أستجب لكم) ertinya minta olihmu kepada aku nescaya aku perkenankan bagimu
(shahadan) bersalahan ulama' pada segala sifat itu adakah ia diri zat atau lain daripadanya (kata) ulama' usulluddin ya'ni ahlus sunnah wal jumaah rodhiallahu anhu bahawasanya segala sifat ini sekeliannya qodim seperti zatnya jua dan qodimnya pun dengan qodim zat jua dan ujudnya pun dengan ujud zat jua ya'ni tiada bolih tanggal daripadanya tetapi adalah ia ma'ani yang berdiri kepada zat tiada lain daripada zat lagi bertambah atasnya maka pula ini adalah Allah ta'ala qodirun biqudrotih muridun bi irodatihi dan alimun biilmihi haiyun bihayatihi samiun bisam'ihi dan basirun bibasrihi dan mutakallimun bikallamihi (dan) kata ulama ahlu attassawuf yakni Ariffin Billah Qadassallahu Asrarrahum bahawasanya segala sifat itu diri mausufya'ni diri zat maka atas qaul ini adalah Allah ta'ala qodirun bizatihi dan muridun bizatihi dan alimun bizatihi dan samiun bizatihi dan basirun bizatihi dan mutakallimun bizatihi tiada lainnya (dan kata) Syeikh Huna Al'arif Billah Maulana As Syeikh Siddiq Ibni Umar Khan Talmiz Almarhum Alqutub Ar Rabbani Maulana As Syeikh Muhammad bin Abdul Karim As Saman Almadani Rodiallahu Anhuma
(bermula qaul) yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri mausuf tiada lain daripadanya maka iaitu atas jalan kasyaf dan musyahadah kerana qaul ini sabit pada mereka itu ya'ni ahlu attassawuf pada jalan kasyaf dan musyahadah kerana merekaitu sentiasa musyahadahkan Allah maka dibukakan olih Allah ta'ala akan mereka itu dinding sifatnya maka tiada dilihatnya dan didapatnya olih mereka itu akan sifat itu berdiri kepada ma'ni yang qoimun ia kepada zat dan hanya yang dilihat dan yang didapat olih mereka itu sifat itu berdiri kepada zat jua dan lagi pula mengambil dalil mereka itu dengan akal jikalau bahawasanya sifat itu lain daripada mausuf nescaya adalah Allah ta'ala itu majhul yang berkehendak kepada sifat yang mengenalkan dia maha suci allah ta'ala daripada yang demikian itu tetapi adalah ia terlebih makrifah daripada segala yang makrifah
(bermula) qaul yang mengatakan bahawasanya sifat itu lain daripada zat dan lagi bertambah ia atasnya maka iaitu atas jalan ajal dan iktiqad iaitu terupa ia pada pihak akal kerana ia isim mushtaq maka tiap2 isim mushtaq itu tiada dapat tiada baginya daripada mushtaq minhu iaitu seperti qodirun umpamanya maka iaitu isim mushtaq ertinya yang diterbitkan maka tiada dapat tiada baginya itu mushtaq minhu yang diterbitkan daripadanya iaitu qudrah yakni bahawasanya qodirun itu isim faa'il yang diterbitkan ia daripada masdar iaitu qudrah maka qudrah itu iaitu sifat lain daripada zat tetapi tiada baginya wujud sendiriannya hanya wujudnya itu dengan tiada tanggal ia daripadanya dan qodimnya pun dengan qodim zatnya jua (dan lagi) qaul terupa yang demikian itu pada iktiqad kita sebelum lagi sampai kepada maqam mukafahah yakni berhadapan dan musyahadah yakni berpandangan (adapun) jikalau sudah sampai kepada maqam mukafahah dan musyahadah maka tiada dilihat disana sifat ini lain daripada saufun intiha'
dimithalkan seperti seorang orang yang dicari umpamanya dikhabarkan olih seseorang akan dia akan sifat hajarrul aswad itu seperti dikata orang baginya bermula hajarrul itu sangat hitam umpamanya maka iktiqadkan olih orang yang belum melihat ia akan hajarrul aswad itu seperti yang disifatkan olih orang yang pada akalnya tatkala sebelum ia melihat dia sebab ada berdiri hitam itu kepadanya hingga dikata ia yang hitam maka menjazamlah pada iktiqadnya dengan demikian itu kerana tiada dapat sekali-kali dirupakan olih akal dikatakan yang hitam itu jikalau tiada berdiri hitam kepadanyalah maka dikata ia yang hitam maka tatkala sampailah ia ke negeri Mekah umpamanya terpandanglah ia dengan dia dan dilihatlah akan haqiqatnya sebenarnya jua hajarrul aswad itu yang hitam seperti yang dikhabarkan olih orang itu jua maka hilanglah pada ketika itu iktiqadnya yang mengatakan hitam itu berdiri kepada hajarrul aswad kerana sudah musyahadah nyata ia dilihat pada ketika itu tiadalah dilihat yang hitam berdiri berdiri kepada kepada lainnya daripada hajarrul aswad tetapi yang hitam itulah zat hajarrul aswad tiada lainnya faifham wassalam
(soal) jika ditanya orang apa perbezaaan mazhab Ahlu Ttassawuf ini dengan mazhab mu'tazillah (jawab) bahawasanya mazhab mu'tazillah yang mengatakan bahawasanya sifat itu diri zat tiada lain daripadanya dan tiada bertambah atasnya itu iaitu iktiqadkannya dengan ittihad ertinya bersuatu iaitu seperti bahawa ada bagi zat itu wujud istiqlal dan ada bagi sifat itu ujud istiqlal maka dicampurkan keduanya itu menjadi satu seperti bercampur sakarnabat dengan air, maha tinggi Allah ta'ala daripada sangka mu'tazillah yang bidaah fasik itu dengan ketinggian yang amat besar
(shahadan) bahawa maqam tauhidus sifat inilah maqam yang tetap dan rosih maka ratkala sudah habis segala tajalli sifat itu didalam hati maka dianugerahkan Allah ta'ala akan dia pada ketika itu kuat yang dapat ia menanggong akan tajalli zat jika dikehendaki Allah ta'ala maqam inilah yang menyampaikan orang yang arif itu kepada maqam yang diatasnya iaitu maqam tauhiduz zat inilah maqam yang keempat daripada segala maqam ariffin wassalam.
******************************************************************
Ianya merupakan salah satu kitab rujukkan diRumikan oleh Sufi Tauhid
Ianya merupakan salah satu kitab rujukkan diRumikan oleh Sufi Tauhid
Fana' (فماء) lenyap * Majazi (جاز )seakan-akan * Tahqiq (تحقيق) dengan keyaqinan serta menyaksikan * Mani' (مانع) menghalang *
Tajrij (تدريج) satu demi satu * Khorij (خارج) luar / tidak dari dalam *
Qidam (قدم) dibawah hiraki * Tamkin
(تمكين) keadaan * Hathir (حطر) bisikan * Warid (ورد) dimaksudkan *
Faifham (فإفهم) maka fahamkanlah * Istiqlal (إستقلال) didatangkan *
Jazam (جزم) berpegang teguh * Majhul (مجهول) yang di bodoh * Mukafahah
(مكافحه) mengawal serta membiasakan * Musyahadah (مشاهده) penyaksian *
Mushtaq (مشتق) isim namun memiliki ma'ani yang berbeza umpamanya: (قال
و وإستقلال) * Qodim (قدم) dari awalan tanpa awalan * Sabit (ثبت) tetap
keputusan * Sakarnabat (سكرنبات) gula *
Rosih (راسخ) jelas * Talmiz (تلميذ) murid *
Darul Nafis - Wahdatul Azzat
Bermula fasal yang keempat pada
menyatakan Tauhid azzat ertinya mengesakan Allah ta'ala pada zat dan
maqam inilah yang setinggi-tinggi maqam tiada lagi diatasnya daripada
maqam ini yang sampai pengetahuan segala makhluk kepadanya dan
kepadanya kesudah-sudahan musyahadah dan pandang segala orang yang arif
dan kepadanyalah perhentian perjalanan mereka itu dan kepadanyalah
diperolihi lazat yang terlintas pada hati manusia dan kepadanyalah
sehingga-hingga dan sehabis-habis sampai pengetahuan segala makhluk dan
kepada maqam yang diatasnya daripada ini tiada siapa yang dapat
pengetahuan akan dia hingga Nabi Mursalin dan Malaikat yang Muqarrobin
sekalipun tiada sampai kepadanya iaitu Maqam Kunnuhu Zat Allah ta'ala
seperti firman allah ta'ala (ويحذركم الله نفسه) ya'ni dipertakuti Allah
ta'ala daripada sampai ma'rifatmu akan Kunnuhu zatnya
(dan lagi) sabda nabi saw (كلّكم فى ذات
الله أحمق) ya'ni sekelian kamu mendapat akan Kunnunhu zat Allah ta'ala
ahma' ertinya tiada mendapat kepada kunnunhu zatnya sekali-kali
(kata) Syeikh Abdul Wahab Assyarani
Qadassalahu Sirrahu didalam kitab aljuahir waddhurur daripada
menterjemahkan kata Syeikh Ali Khawas Rodhiallahu anhu (bermula)
pengetahuan akan hanya hak Allah ta'ala itu tiada merasai dan mendapat
akan dia olih seorang juapun daripada segala makhluknya kerana bahawasanya
Allah taala itu bukan ia Ain yang dihukumkan akan dia olih akal dan
bukan ia ain yang dihukumkan akan dia olih syuhud hati dan mata
tetapi adalah ia dibalik yang demikian itu maka bukan ia ain yang
dikenal olih mereka itu akan dia dan bukan ia ain yang dijahilkan olih
mereka itu akandia (dan barangsiapa) mengetahui ia akan yang demikian
itu maka wajib atasnya bahawa menyembah ia akan zat yang suci lagi
ghoib iaitulah ain yang disyuhud dan iaitulah ibadat yang sempurna
ibadat wallahu'alam
(shahadan) tiada yang sampai kepada
maqam Tauhid azzat ini melainkan nabi kita Muhammad saw jua dan barang
yang ada daripada segala Anbia dan Aulia yang dibawah Qidamnya kerana
tiada yang dijadikan Allah taala dengan zatnya itu hanya nabi kita
Muhammad saw jua seperti yang tersebut didalam hadis Jabir Rhodiallahu
anhu yang lagi akan datang pada khotimah
(shahadan) bermula kifiyat yang
mengesakan Allah taala pada zat itu iaitu dipandang dengan mata kepala
dan dengan mata hati bahawasanya tiada yang maujud didalam wujud ini
hanya Allah taala jua iaitu ibarat daripada fana segala zat kita dan
segala zat yang lainnya daripada zat kita daripada segala makhluk
dibawah zat Aallah taala sekira-kira tiada yang maujud melainkan Allah
taala jua sendirian dan adalah ujud segala yang lain daripada segala
makhluk itu menempati tiada kerana ujud yang lain daripada Allah taala
itu bukan maujud sendirian hanya ia maujud dengan Allah taala jua
ertinya wujud yang lain daripada Allah taala itu Qiam ia dengan ujud
Allah ta'ala tiada Qiam dengan sendirinya tetapi adalah wujud yang lain
daripada Allah taala itu khayal ertinya menempati akan ma'dum pada
tempat yang maujud dan waham ertinya sangka dan bathil jua dengan
dinisbahkan kepada ujud Allah ta'ala
(kata) Syeikh Huna Alarif Billah
Assyeikh Siddiq bin Umar Khan Rohimallah bermula segala wujud
ghairrullah itu seperti ujud yang kita lihat akan dia didalam mimpi jua
tiada baginya haqiqat maka apabila jaga kita hilanglah ia seperti
demikian itulah ujud ghairrullah apabila kita mati nescaya hilanglah ia
maka baharulah pada ketika itu kita jaga dan kita lihat bahawasanya
tiada baginya ujud yang sebenarnya (seperti) sabda nabi saw (الناس نيام
فإذا ماتوا التبهوا) bermula segala manusia itu tidur maka apabila mati
mereka itu baharulah jaga mereka itu (maka adapun) mati itu dua perkara
pada istillah ahli attassawuf:-
(pertamanya) mati khassi namanya iaitu iaitu ibarat bercerai Ruh daripada jasad
(keduanya) mati maknawi namanya iaitu yang diisyaratkan olih rasullullah saw dengan sabdanya
( موتوا قبل أن تموتوا ومن أراد أن ينظر
إلى ميت يمشى على وجه الأرض فلينظرإلى أبى بكر ) yakni matikan olihmu
akan diri kamu ssebelum lagi mati kamu dan barangsiapa menghendak
melihat kepada mayat yang berjalan ia diatas bumi maka hendaklah lihat
olihmu kepada Abu Bakar iaitu ibarat daripada mati nafsu yang amarah
dan ibarat daripada pandang akan bahawasanya segala ghairrullah itu
fana dan tiada pada haqiqatnya intiha'
(bermula) Wjud Allah ta'ala itu wujud
yang sebenarnya dengan nisbah kepada tiap-tiap suatu yang lain
(seperti) sabda nabi saw (ألا كلّ شيء ما خلا الله باطل) ertinya
ketahui olihmu bermula tiap-tiap suatu yang lain daripada Allah ta'ala
itu iaitu bathil jua adanya (dan dalil) yang menunjukan atas demikian
itu amat banyak seperti firmannya (كلّ نت عليها فان ويبقى وجه ربّك
ذوالجلا والإكرام) tafsirnya bermula
tiap-tiap barang yang ada daripada segala haiwan atau yang bersusun
atas zat dan sifat sekelian itu binasa pada masa yang dahulu dan pada
masa sekarang dan masa yang lagi akan datang dan kekal zat tuhanmu ya
Muhammad yang mempunyai kebesaran dan kemulian (dan lagi) firman allah
ta'ala (كلّ شيء هالك إلا وجهه) yakni bermula tiap-tiap sesuatu itu
binasa ia pada masa yang telah lalu dan pada masa sekarang dan pasa
masa yang lagi akan datang melainkan zat allah ta�ala jua yang tiada
binasa (dan) sabda nabi saw (كان الله ولم يكن شيء معه) ertinya adalah Allah ta'ala itu pada hal tiada ada sesuatu sertanya (dan) menambahi ulama (وهو
الآن على ما هو عليه كان) ertinya dan iaitu adalah Allah ta'ala pada
sekarang ini atas barang yang ada ia atasnya telah berlalu
(dan lagi) sabda nabi saw yang
diriwayat akan dia olih Tarmizi (والذى نفس محمد بيده لو أوتكم
دليتم بحبل إلى الأرض اخبط على الله ثمّ قرا هو الأول والآخر الآية) erti
demi tuhan yang ada diri Muhammad itu jadi dengan qudratnya jikalau
kamu hulurkan akan tali daripada langit kebumi nescaya turun sampai ia
atas wujud Allah ta'ala kemudian daripada ayat maka membaca rasul saw
(هو الآول والآخر) hingga akhir ayatnya (bermula) hasilnya segala wujud
suatu itu dengan dinisbahkan kepada wujud Allah ta'ala yang haqiqi itu
khayal dan waham dan majaz jua kerana wujudnya antara dua adam
bermula wujud yang antara dua adam itu
adam jua dan tiada ujud pada haqiqatnya itu dengan sendirinya tetapi
adalah adanya itu dengan wujud Allah ta'ala yakni Qiam ia Bijjudillahi
ta'ala dan tiada wujud haqiqi itu hanya wujud Allah jua (kata) Arif
Billah Maulana Assayed Abdullah ibnu Ibrahim Mirani Rohimallahu didalam
tuhfatul mursalat (bermula) segala mumkin yang maujud pada khorij itu
pada sekira-kira wujudnya iaitu ain wujud Alhaq Subhanahu wata'ala
dengan sekira-kira Zahir mumkin itu lain daripada Allah ta'ala dan
sekira-kira haqiqatnya wujud mumkin itu iaitu ain wujud Allah ta'ala
dan mithalnya seperti buih dan ombak dan kendi yang jadi daripada air
beku maka sekelian itu daripada sekira-kira haqiqatnya ain wujud air
jua dan daripada sekira-kira nafinya lain daripadanya intiha
(kata) setengah arif bermula alam ini
naskhah Alhaq ta'ala (dan) dan kata setengah ini cermin haq ta'ala
(kata) Assyeikh Alakbar Walkibriyat Alahmar Qadassallahu Sirrahu
didalam fusus dan apabila adalah HAQ Allah ta'ala itu waqayah bagi
hamba pada suatu wajah iaitu keadaan Haq ta'ala itu zhohir ia didalam
cermin hamba dan jadilah hamba itu bathin dan apabila adalah hamba itu
waqayah bagi haq ta'ala pada suatu wajah iaitu keadaan hamba itu zahir
ia didalam cermin Haq ta'ala maka jadilah Haq ta'ala itu bathin
(maka engkau katalah) hai salik pada
sekelian yang maujud yang dizhohirkan ini barang yang engkau kehendaki
dengan segala itibar yang bersalah-salahan (jikalau) engkau kehendaki
maka engkau kata iaitu makhluk yang zhohir ia didalam cermin Haq ta'ala
dengan itibar keadaan hamba itu waqayah akan wujud Haq ta'ala
iaitu (شهود الكثرة فى الوحدة ) ertinya pandang yang banyak
didalam yang satu
(kata) Syeikh Sahami Qadassallah
Sirrahu sebab didahulukan itibar ini kerana terlebih sukar pada
memfahamkan dia kepada segala akal orang awam (dan jika engkau)
kehendaki maka engkau kata akan dia itu Haq ta'ala ertinya rupanya yang
zahir ia pada cermin makhluk dengan itibar keadaan Haq ta'ala itu
waqayah akan hambanya iaitu (شهود الوحدة فى الكثرة) ertinya pandang
yang satu dalam yang banyak
(dan jika engkau) kehendaki maka engkau
kata akan dia itu haq Allah ta'ala pun ia dan makhluk pun ia dengan
itibar zahir tiap-tiap satu daripada keduanya didalam cermin yang lain
serta ketiadaan tamyiz akan dua cermin itu kerana bahawanya segala
itibar itu hanya thabit ia didalam ilmu Haq ta'ala yang tiada
mengubahkan dia olih cenderong pada segala wajah itu
(dan jika engkau) kehendaki maka engkau
kata akan dia itu bukan ia Haq Allah ta'ala pada tiap-tiap wajah dan
bukan ia makhluk pada tiap-tiap wajah dengan itibar beza antara dua
cermin itu pada satu wajah dan iaitu wajah yang membezakan ilmu itu
daripada zat
(kata) Syeikh Abdul Ghoni an Nablussi Qadassallahu Sirrahu
(bermula) murad keadaannya itu bukan ia
Haq ta'ala pada tiap-tiap wajah itu tetapi adalah ia itibar Haq ta'ala
itu pada wajah keadaannya maujud faqad dan murad keadaannya bukan ia
makhluk pada tiap-tiap wajah itu tetapi adalah ia itu dengan dengan
itibar makhluk pada wajah keadaannya berupa jua intiha
(dan) jika engkau kehendaki maka engkau
kata akan dia dengan hairan tercengang pada yang demikian itu iaitu
seperti engkau kata tiada diketahui mana yang zahir dan mana yang
bathin kerana yang zhohir pada cermin itu menjadilah ia bathin dengan
itibar keadaannya diri cermin dengan tilik yang lain
(maka apabila) engkau kenal dan engkau
ketahui akan segala perkara wajah ini maka sanya telah nyatalah bagimu
hai salik yang dituntut olih tiap-tiap seorang daripada segala orang
yang mutaqin akan mertabat wujud dengan itibar zatnya dan zhuhornya dan
jika ada yaqin itu melazimkan bagi tahdid maka tiada mengapa yang
demikian itu (dan) dalil yang menunjukan tahdid itu tiada mengapa atas
Haq ta'ala bahawasanya jikalau tiada tahdid harus bagi Allah ta'ala
nescaya tiada menkhabarkan segala Rasul itu dengan tahwil yakni yang
warid daripada Allah ta'ala pada hadrat zhuhornya dengan bertahwil Haq
Allah ta'ala itu pada segala rupa
(kata) Syeikh Abdul Ghoni Alnablussi
Qadassallahu Sirrahu bermula murad dengan tahdid yang harus bagi Allah
ta'ala itu iaitu pada zhuhornya jua pada Haq ta'ala tiada berubah pada
sekira-kira bathinnya atas barang yang ada atasnya yang maha besar lagi
maha mulia intiha iaitu barang sesuatu daripada Ahadiyat bahawasanya
Allah ta'ala itu tajalli ia pada hari qiamat bagi segala makhluk rupa
yang dimungkarkan maka firman ia (انا ربّكم الأعلى) ertinya akulah tuhanmu yang maha tinggi maka jawab mereka (نعوذ بالله منك)
ertinya berrlidunglah kami dengan Allah ta'ala daripadamu kemudian maka
tajalli ia pada rupa segala 'itiqad mereka itu maka sujudlah mereka itu
baginya
(maka apabila) adalah sekelian yang ada
itu daripada martabat haq Allah ta'ala serta bahawasanya baginya itu
tahwil pada segala rupa padahal tiada rupa itu bagi segala 'ayan
daripada sekira-kira 'adam (maka) janganlah engkau pandang akan 'ain
itu sama ada didalam cermin haq ta'ala atau didalam cermin makahluk
melainkan kepadanya jua dan tiada tertentu yang demikian itu dengan
penglihatan tetapi tiada jatuh hukum itu melainkan atasnya samaada
hukum itu dengan lihat atau lainnya kerana ma'dum itu daripada
sekira-kira ia ma'dum tiada tetap baginya hukum maka tiada hukum itu
atas segala 'ayan dengan melihat dan lainnya itu melainkan 'itibar
thubutnya dalam ilmunya yang tiada bolih mengubahkan dia daripada
segala perkara intiha'.
Seterusnya [Next]:-الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات
Seterusnya [Next]:-الفصل الرابع فى بيان توحيد الذات
****************************************************************
Ia merupakan salah satu kitab rujukkan dirumikan oleh Sufi Tauhid
ahma' (أحمق) sukar dicapai indera-rasa* 'ain (عين) kehadhiran * ghairullah (غيرالله) selain tuhan * kunnuhu (كنّه) keberadaannya * m'dum (معدوم) tidak ujud * ma'nawi (معنوى) pengertian yang mendalam * maujud (موجود) keberadaan * majaz (مجاز) dibolihkan bersahaja * faqad (فقط) hanya * murad (مراد) tujuan * tamyiz (تمييز) perbezaan * tahdid (تحديد) kata putus * thabit (ثابت) yg memutuskan
* waqayah (وقاية) tajalli *
Ia merupakan salah satu kitab rujukkan dirumikan oleh Sufi Tauhid
ahma' (أحمق) sukar dicapai indera-rasa* 'ain (عين) kehadhiran * ghairullah (غيرالله) selain tuhan * kunnuhu (كنّه) keberadaannya * m'dum (معدوم) tidak ujud * ma'nawi (معنوى) pengertian yang mendalam * maujud (موجود) keberadaan * majaz (مجاز) dibolihkan bersahaja * faqad (فقط) hanya * murad (مراد) tujuan * tamyiz (تمييز) perbezaan * tahdid (تحديد) kata putus * thabit (ثابت) yg memutuskan
* waqayah (وقاية) tajalli *
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ
Darul Nafis - Karangan As Syeikh Muhammad nafis Ibn Idris Al Banjari
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment