Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Selawat Tafrijiyah (Dalam Rumi)
Ini adalah bacaan ringkas Selawat Tafrijiyah.
Panduan ini disediakan secara tersusun untuk membantu anda mengamalkan dan menghafal selawat ini dengan mudah.
Jika ini adalah panduan yang anda perlu, mari kita mulakan..
Lafaz Selawat Tafrijiyah
Berbagai-bagai jenis selawat telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat.
Ia telah menjadi amalan para solihin, alim ulama serta orang-orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah dan RasulNya.
Antaranya adalah Selawat Tafrijiyah.
Selawat “Tafrijiyah” yang juga disebut Selawat Nariyah ertinya terbuka sehingga menjadi lapang.
Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.
Lafaz selawat ini adalah seperti berikut:
Selawat Tafrijiyah Dalam Rumi
Allahumma solli solatan kamilatanWasalim sallaman taammaaA’laa saidina muhammadinil lazitanhallubihil u’kaduWatanfariju bihil kurobuWatukdho bihil hawa ijuWatunaalu bihirro gha’ ib-uWahusnu khawaa timiWayustasqhol ghomaamubiwajhihil karimWa ala alihi wasah bihifi kulli lamhatim wanafasimBi’ adadi kulli mak’lu mim lakh.
Maksud Selawat Tafrijiyah
Maksud:
Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia.(Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu.)
Kelebihan Selawat
Terdapat beberapa kelebihan selawat, antaranya:
- Selawat merupakan salah satu amalan paling utama.
- Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
- Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan Akhirat serta syafaat Nabi SAW.
- Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
- Selamat daripada huru-hara hari Kiamat.
- Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
- Tiket untuk mudah memasuki Syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.
- Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
- Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.
- Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.
Kelebihan Mengamalkan Selawat Tafrijiyah
- Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
- Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
- Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
- Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
- Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
- Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
- Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
- Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Penutup
Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan ke atasnya dengan sebenar-benarnya.– Surah al-Ahzab ayat 56
Semoga panduan ini memberi manfaat.
Jika anda memerlukan panduan selawat yang lain, sila rujuk pada panduan ini: Selawat Nabi (Panduan Lengkap)
No comments:
Post a Comment