اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
ISU TERKINI TENTANG ‘ILAH’ DALAM SYAHADAH DAN PERMASALAHANNYA
ISU TERKINI TENTANG ‘ILAH’ DALAM SYAHADAH DAN
PERMASALAHANNYA
BISMILLAAHIR
RAHMAANIR RAHIIM
ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘ALAMIN, WABIHI NASTA’IN, WASSOLAATU
WASSALAAMU ‘ALA ASYRAFIL AMBIA IWAL MURSALIN WA’ALAA ALIHI WASSOHBIHI AJMA’IN.
Sembah sujud diaturkan kepada ALLAH SWT. Yang Maha Agung, lagi Maha Mulia ,
yang kepadaNya , semuanya bergantung, - namun, DiriNya bebas dari segala pergantungan!
Dialah Penguasa semesta alam, Yang
Menghidupkan Nurani para Kekasihnya, dengan percikan arak CintaNya! Yang
berkesempatan meneguknya akan merasakan
manis, jernih dan murninya Iman! Dan mereka yang tersentuh CahayaNya akan
bersemayam dalam ketenteraman, keheningan dan kebahagiaan; merasa cukup dengan
keberadaan Ilahi, dan melestari hidup mereka
dalam ketaatan dan Musyahadah diri.
Mereka bersaksi atas Kebesaran dan KeagunganNya, yang
terpelihara dan termanifestasi disetiap bingkai Ciptaannya!
Dia ALLAH SWT. Yang Mengeluarkan Para KekasihNya dari
cengkaman ruang dan nafsu. Dia menjadikan mereka khazanah penyimpanan Ilmulghaibi. Nah! Akal
akan menyerah lelah; lidah akan terhenti dari hamburan kata bicara – Tidak
berdaya menyifati – mentelahan lagi, menyatakan keEsaanNya!!!
AMMA BA’DU.
ADUHAI PARA SAHABAT DAN SELURUH IKHWANUL MUSLIMINA WAL
MU’MININ:
1.MUQADDIMAH
Tidak dapat tidak, isu trending yang menerpa kepemerhatian
penulis, barangkali juga kepada anda para pembaca, disaat ini adalah tentang
penggunaan dan pemahaman lafaz ‘ILAH’didalam Syahadah, pemakaian yang amat
berleluasa, semestinya menuntut kefahaman yang tuntas dan jitu bagi khalayak,
agar halayak tidak tersasar kelembah kebingungan, kekalutan malah kepinggir
kesesatan, wana’uzubillah!
Bagi tokoh Ilmuan, tanggung-jawab pencerahan amatlah
di-alu-alukan. Namun, beretorik adalah lebih mudah daripada mengangkat wadah
ini ketahap dimana percambahan pemikiran berserta kefahaman dapat dilangsung
dan dialirkan kepada umat sejagad, kaedah yang menghasilkan selautan manfaat!
Kendati, penulis terpanggil untuk menghapuskan kabus
kekaburan dan kejahilan yang menutupi minda akal fikir dan mata hati halayak.
Jika dibiarkan tanpa perincian, pastilah Rahmat Tuhan tidak akan kesampaian!
2.MAKNA LAFAZ ‘ILAH’ SECARA ISTILAH
Dalam bahasa Arab, perkataan ‘Ilah’ bermaksud Tuhan. Dalam
bahasa-bahasa tradisi Ibrani, Hebrew, Yunani dsbnya, sebutan lafaz [tuhan] ini
berbeza seperti IIah,Elah, Eloh, Elohim,
HA-Shem, Eli, Yah-Weh, Halelujah, Aulah
dan lain-lain, menurut telo lidah pembicara amnya. Evolusi kemanusiaan
yang panjang dan penuh liku-liku kepercayaan bersumberkan mitos, tahyul dan
khurafat, telah memberi kesan amat drastik, dan terus merubah maksud asal
perkataan tersebut, dari makna istilah kemakna loghat. Kini lafaz ‘Ilah’ lebih
merujuk kepada ‘selain Tuhan,’ atau ‘tuhan yang lain’,yakni sesuatu atau apa
sahaja yang memiliki kuasa dan pengaruh yang berupaya mendominasi pemikiran, sesembahan, hayalan dan pegangan
daya dan akal fikir manusia berkait penganutan maupun kehidupan! Pada dasarnya
objek-objek dimaksudkan berbentuk dan bersifat duniawi semata berbanding
ukhrawi. Misalannya seperti objek-objek sesembahan kaum kuffar, figura-figura
seperti Firaun, Namrud; terkini pula, jabatan, pangkat, harta, wanita, malah
Ego diri, dsbnya!
3.APAKAH BAHAYANYA KEKELIRUAN MAKSUD LAFAZ ‘ILAH’ TERHADAP
PARA MUSLIM?
Oleh kerana perkataan ‘Ilah’ tersebut adalah integral,
tersemat dan terkait rapat dengan Kalimah Syahadah, pastilah risiko dan impak
kekeliruan dan salah-guna pemakaian dan amalannya menjadi begitu serius dan
kritis sekali terhadap ‘Akidah dan iktiqad pegangan keIslaman dan keImanan
seluruh para Muslim! Salah pengertian tentang Syahadah akan mengantar seorang
Muslim kelembah kesesatan; tidak akan pernah berupaya berhubung dan wusul
[menyambung] dengan Tuhan! Rasulullah saw. bersabda, bermaksud:
‘Aku tidak membawa sesuatupun yang lebih penting daripada
Syahadah. Jika Syahadah diterima secara sungguh-sungguh akan menghasilkan
‘KEPASRAHAN’ [ISLAM], dan yang berkenaan telah menjadi seorang Muslim.’
Sila rujuk QS 47:19, bermaksud: ‘Ketahuilah, Tiada Tuhan
[Ilah] melainkan Allah!’ Kalimah ini bila disambung dengan Kalimah ‘Muhammadur
Rasulullah,’ menjadi Dua Kalimah
Syahadah, yakni dua Kalimah sentral dan
integral dalam penganutan Agama Islam!
Syahadah terdiri dari dua pernyataan atau dua kesaksian [Asy-Asyahadatain, dua
Syahadah]. Dalam konteks ini, dicatat
bahawa kata kerja Syahida [muncul istilah Syahada] memiliki dua erti
penting [dalam Bahasa Arab], yakitu,
kata kerja ini berkait dengan
tindakan fahaman dan penyaksian.
Juga pernyataan seseorang telah
menyaksikan dan memastikan, juga memberi kesaksian, dan mempertaruhkan hidup demi kebenaran yang telah diyakini!
Kalimat Syahid [Syuhada] pula dalam bahasa Arab bererti gugur.
Hanya bahasa Arab
sahaja secara ritual memiliki kekuatan kata yang efektif dan
sacramental. Pada hakikatnya, keadaan keselamatan serta keberuntungan seseorang sepenuhnya bergantung kepada
pembenaran [TAHQIQ] SEPENUHNYA terhadap Syahadah! Noktah!
4.PENYELAMAT NABI ADAM A.S.
Telosori kisah Bapa Pertama manusia. Setelah menanggung
beban kesalahan dan keinsafan beratus tahun lamanya, akhirnya, hanya dengan
keberkatan dan kebesaran Kalimah Syahadah inilah yang berupaya menghapuskan
kesalahan atau kekhilafan Nabi Adam.a.s. Ia dilambangkan dengan pelanggaran
perintah melarang memakan buah larangan – yang memandang objek sebagai
realitas sebanding dengan Tuhan.
Kandungan utama Kalimah Syahadah merupakan pengakuan bahawa seseorang hanya
memandang satu-satunya yang
MUTLAK[‘absolute’], yakni semata-mata Allah SWT. sebagai yang nyata! Sementara
Syahadah yang kedua menetapkan keberadaan Nabi Muhammad saw. ; juga menetapkan
hubungan manifestasi Allah atau
penciptaanNya sebagai sebuah risalah atau wahyu dari Allah SWT., melalui Nabi
Muhammad saw.
Jika kalimah ‘Muhammadur Rasulullah’, maknanya ‘straight
forward’ serta jelas maksudnya; tetapi tidak dengan Kalimah LAA ILAAHA
ILLALLAH. Maka disini umat Islam harus
beri sepenuh perhatian! Kerana hanya pemaknaan, pemahaman dan pemaksudan yang
betul, benar lagi tahkik dan tuntas sahaja yang akan menjamin kesohihan dan
pengesahan akidah berserta amalan; dan terpenting sekali adalah, SYAHADAH
memelihara dan menjamin keselamatan diri Muslimin didunia dan akhirat!
Walaupun ditegaskan sebuah ucapan Syahadah adalah cukup
untuk menjamin keselamatan seseorang , namun natijah dari pengucapan mencetus
keadaan magis dan amat unik. Untuk itu, Syahadah harus diungkapkan terus
menerus sehingga isyarat realisasi menembus kepusat wujud diri seseorang,
dengan konsentrasi yang jazam, tanpa
sezarah syak dan waham, terhadap Haq dan kebenaran , sehingga mencapai
transformasi substansi diri menjadikannya serasi dengan kebenaran [‘Truth’].
Fahamkan benar-benar
permasalahan ini!
Sila terus ikuti huraian serta pemisalan, contoh-contoh
berserta dalil-dalil yang mengiringi.
5.KALIMAH SYAHADAH ADALAH KALIMAH TAUHID, JUGA DINAMAKAN
KALIMAH NAFI ISBAT. BAGAIMANAKAH DENGAN
PEMAHAMAN SERTA PEMAKAIANNYA OLEH
UMAT ISLAM SEJAGAD?!
Kaimah Syahadah ini dikenali dengan pelbagai sebutan.
Antaranya, ia disebut sebagai Kalimah Tauhid, Kalimah Toyyibah, Kalimah Ikhlas,
Kalimah Nafi Isbat, Kalimatul Haq, dsbnya.
Kalimah Tauhid menjurus kepada Pemurnian Penunggalan dan
peng-Esa-an Dzat Allah SWT.
Kalimah Toyyibah mengisyaratkan kebagusan serta manfaat
diperoleh darinya.
Kalimah Ikhlas mentahkikkan kesucian serta kemurnian
terhadap Ma’bud, Mahbub, Maksud, Matlub dan Maujud [ALLAH SWT.]
Kalimatul Haq mensabitkan Hak serta Kebenaran tanpa sezarah
kebatilan.
Kalimah Nafi dan Isbat mengesahkan Tauhidul Dzat semata
kepada Allah SWT.
6.PERMASALAHAN BESAR
Menurut fahaman sebahagian umat Islam, Tuhan terbahagi
kepada dua jenis. Pertama ialah Tuhan yang Haq atau yang sebenarnya, yakni,
Dzat Allah Wajibal Wujud, yang bersifat dengan segala sifat-sifat Kesempurnaan
dan MahaSuci dari segala sifat
kekurangan. Kedua adalah tuhan yang batil [batal, palsu], yakni,’tuhan yang
lain’ daripada Allah, seperti berhala, tokpekong, Firaun, Namrud, sesembahan
dll.
Kalimah Syahadah ini mengandungi Kalimah Nafi,
[menafi/menyangkal/menolak], yakni, LAA ILAAHA; dan Kalimah Isbat
[membenarkan/menetapkan]], yakni, ILLALLAH. Apabila disambung memberikan makna:
TIADA TUHAN [ILAH] MELAINKAN ALLAH.
Persoalan kritis ialah ketika kita melafazkan Kalimah Nafi
yakni, LAA ILAAHA, [TIADA ILAH/TUHAN], Tuhan yang mana harus dinafikan? Dan
ketika menyebut Kalimah Isbat, yakni, ILLALLAH, apa pula yang diIsbatkan
[dibenarkan] ?
Bagi majoriti atau kebanyakan umat Islam, termasuk juga
tokoh-tokoh Agamawan, apabila mereka melafazkan Kalimah Nafi, mereka akan
menafikan [menidakkan/meniadakan] ‘tuhan lain’ selain Allah, seumpama berhala,
Tokpekong dan sesembahan yang lain!
Namun, bagi fahaman Ahli TarikatusSufiyyah, yang telah
sampai kemaqomnya, bukanlah berfahaman seperti yang tersebut diatas tadi.
Menurut faham Ahli Sufiyyah ini, Nafi dan Isbat itu tidak boleh diceraikan.
Dengan demikian, bila mereka melafazkan Kalimah Nafi, mereka menafikan Tuhan
sebenarnya; dan mengIsbatkan pula Dzat
Allah pada Kalimah Isbat seterusnya!! Noktah!
Ada pun yang dikatakan zikir Nafi Isbat, yaitulah
membaca Kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH,
yakni, LAA ILAAHA Kalimah Nafi, dan ILLALLAH Kalimah Isbat. Menurut ahli
Lughah, Nahu, Mantiq, Bayan dan Ma’ani, yang melihat susunan Kalimah itu dari
segi ilmu tersebut, lafaz ILAH itu
dinamakan KULLI, dan lafaz JALALAH itu dinamakan JAZAK; sebahagian ahli Nahu
yang lain menyatakan lafaz ILAH itu dinamakan NUKRAH; dan lafaz JALALAH itu
dinamakan MARIFAT!
Dengan demikian, mereka itu diwaktu membaca Kalimah LAA
ILAAHA, dinafikannya [ditidakkan/ditiadakannya] ‘tuhan yang lain’ seumpama
berhala, tokpekong, sesembahan yang lain, dsbnya. Kemudian setelah sampai ucapannya kepada ILLALLAH, maka diIsbatkannya
DZAT ALLAH. Begitulah fahaman mereka itu diwaktu membaca atau melafazkan
Kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH!
Penulis TIDAKlah ingin menuduh, menyalahkan fahaman
diatas,waima mengkafirkan fahaman tersebut!
Bahkan penulis mendoakan semoga golongan diatas mendapat pengabulan dari Allah SWT.,
hendaknya!
Nah! Bagaimana pula fahaman Ahli Sufiyyah sebegitu jauh
menafikan Tuhan yang sebenarnya; jom lihat paparan Nas dan dalil-dalil
berkaitan seterusnya!
7.PENJELASAN TENTANG NAFI ISBAT
PERHATIAN! Andai kita menafikan ‘tuhan yang lain,’ nescaya
menjadikan kita bertuhan kepada ‘yang lain.’ Dan jika dinafikan Tuhan yang
sebenarnya, nescaya menjadikan kita bertuhan kepada Tuhan yang sebenarnya!
Berkata Ahli Tauhid,
‘FAIN KAA NAN NAFII
ILAAHU GHAIRU, FA ISBAATU ILAAHU GHAIRU; FAIN KAA NAN NAFII ILAAHU
MUSTAHAQQA, FA ISBAATU ILAAHU MUSTAHAQQA’, bermaksud:
‘Jika adalah yang dinafikan ‘tuhan yang lain’, nescaya akan
mengisbatkan ‘tuhan yang lain’. Maka jika adalah yang dinafikan Tuhan
sebenarnya, nescaya mengisbatkan Tuhan
sebenarnya.’
8.MISALAN DAN HURAIAN HIPOTHETIKAL
Marilah kita cuba Nafikan ‘tuhan yang lain,’ yakni ditambah
makna lafaz ILAH [ILAAHA] dengan, atau kita Nafikan sifat-sifat , yakni, ‘tuhan
yang lain’ itu pastinya bersifat antara lain, mati, lemah, jahil, tergagah,
pekak, buta, bisu, dsbnya.
LAA
ILAAHA ILLA ALLAH.
Tiada tuhan
yang lain hanya ALLAH.
Tiada tuhan
yang mati hanya ALLAH.
Tiada tuhan
yang lemah hanya ALLAH.
Tiada tuhan
yang jahil hanya ALLAH.
Tiada tuhan
yang tergagah hanya ALLAH.
Tiada tuhan
yang pekak hanya ALLAH
Tiada tuhan
yang buta hanya ALLAH
Tiada tuhan
yang bisu hanya ALLAH.
Jelas dari hipothesis diatas, jika/bila kita Nafikan ‘tuhan
yang lain,’ dan meNafikan sifat-sifat ‘tuhan yang lain,’ maka kita jatuh
bertuhan ‘kepada yang lain!’
Seterusnya, mari kita cuba pula Nafikan Tuhan sebenarnya
atau pun kita cuba Nafikan Sifat-Sifat Allah yang sebenarnya, yakni Tuhan yang
sebenarnya pastinya bersifat Hidup, Berkata-kata, Melihat, Mendengar, Berilmu ,
Berkehendak, Berkuasa , dsbnya.
LAA
ILAAHA
ILLA ALLAH.
Tiada
Tuhan sebenarnya hanya ALLAH.
Tiada Tuhan
yang Hidup hanya ALLAH.
Tiada Tuhan yang
Berkata-kata hanya ALLAH.
Tiada Tuhan yang
Melihat hanya ALLAH.
Tiada Tuhan yang
Mendengar hanya ALLAH.
Tiada Tuhan yang
Berilmu hanya ALLAH.
Tiada Tuhan yang
Berkehendak hanya ALLAH.
Tiada Tuhan yang
Berkuasa hanya ALLAH.
Dari pemerhatian diatas, jelas sekali, disebabkan kita
meNafikan Tuhan yang sebenarnya, ataupun kita menafikan Sifat-Sifat Allah yang sebenarnya, maka kita
jatuh BerTuhan kepada Tuhan yang
sebenarnya, yakni, ALLAH SWT.!
9.SEJARAH DZIKIR NAFI ISBAT.
Sebelum alam syahadah [alam kasar] ini di jadikan Allah SWT.
yang terlebih dahulu dijadikan Allah SWT. ialah NUR MUHAMMAD, dan dari NUR
MUHAMMAD itu terpancarlah segala Arwah/segala makhluk. Nah, marilah kita
perhatikan keadaan alam Arwah , khususnya keadaan diwaktu Allah SWT. mengkhitab
kepada sekelian ROH dialam Arwah, dengan firmanNya:
‘ALASTU BI RABBIKUM, QOLUU BALAA SYAHIDNA.’ Bermaksud:
‘BUKANKAH AKU INI TUHAN KAMU,’ menjawab sekelian ROH, ‘
BAHKAN, ENGKAULAH TUHAN KAMI.’
Seolah-olah, dialam ROH itu, diri Rohani kita telah
menyaksi/melihat kepada ALLAH SWT. Maka bermula dari alam Arwah lagi sehingga
sampai jatuh keRahim ibu, kita semua telah mengaku bahawa Tiada yang Tuhan
hanya ALLAH sahaja, semata-mata! Nah ! Perjanjian ketika kita dialam Roh itu
menjadi suatu AMANAT kepada kita semua! Maka barangsiapa yang mungkir terhadap
AMANAT itu akan dihukum! Kerana penjawaban kita dialam Roh itu ialah ‘BALAA’
perkataan yang sinonim maksud ertinya dengan Kalimah ALLAH atau LAA ILAAHA ILLA
ALLAH.
SOALAN CEPU EMAS: Adakah tuhan ‘yang lain’ dipandang/dilihat
oleh segala Arwah sewaktu sekelian Arwah
itu berhadapan dengan DZAT ALLAH ‘AZZA
WAJALLA! Jawapannya: PASTILAH TIDAK!!! HANYA ALLAH SEMATA-MATA! NOKTAH!
Seterusnya, sekelian Arwah tersebut diperhubungkan dengan
tubuh jasmani/kasar , yakni ALLAH SWT. menjadikan mereka semua manusia.
Jelasnya, tubuh manusia yang kasar itu tersusun dari darah, daging, tulang belulang, dan alam
anasir yang empat, yakni, api, air,
angin dan tanah. Kemudian manusia diberi pula bernyawa. Maka nyawa itu disebut
sebagai tubuh manusia yang batin.
Sekelian Arwah itu telah menerima pelajaran dari ALLAH SWT.
sewaktu ALLAH SWT. mengkhitab mereka bahawa mereka akan berTuhan kepada ALLAH
SWT. sahaja! Sesungguhnya , sekelian Arwah itu tidak pernah mengenal atau
mengetahui ‘tuhan yang lain’! Fahamkan
benar-benar!
10. EVOLUSI ZAMAN KE ZAMAN.
Demikian zaman beredar, sejak zaman Nabi Adam a.s., manusia
hanya berTuhan kepada ALLAH SWT. semata-mata, sehingga sampai kezaman Nabi Nuh
a.s., manusia masih berTuhan kepada ALLAH SWT. zahir dan batin! Namun di zaman
Nabi Nuh a.s., Iblis mulai membuat percaturan menyesatkan umat manusia. Iblis
menganjurkan agar umat Nabi Nuh a.s. membuat gambar atau mengukir patung-patung
bagi mengingati arwah-arwah famili kesayangan yang telah pergi dahulu dari
mereka, sebagai alat kenangan dibelakang hari. Tetapi, disebabkan betapa
halusnya tipudaya Iblis tersebut sehingga tercetus didalam fahaman umat ketika
itu bahawa akhirnya, patung-patung tersebut wajar menjadi sesembahan, lalu
disembah! Maka terjadilah dua pihak bagi umat Nabi Nuh a.s., yang satu tetap
menyembah ALLAH SWT. Tuhan sebenarnya; dan yang lain menyembah ‘tuhan yang
lain’, yakni berhala-berhala, buatan mereka sendiri!
Tentu sahaja Nabi Nuh a.s. berdaya upaya menyedarkan umatnya
yang telah sesat, setelah ALLAH SWT. menurunkan Kalimah Tauhid LAA ILAAHA ILLA
ALLAH, agar mereka kembali berTuhan kepada ALLAH SWT.
Namun demikian, ada pula diantara mereka yang masih terwaham
didalam hati mereka tentang adanya tuhan ‘yang lain’daripada ALLAH SWT., maka
tatkala mereka membaca Kalimah LAA ILAAHA ILLA ALLAH, mereka maknakan Tiada
‘tuhan yang lain’ hanya ALLAH, yakni mereka meNafikan ‘tuhan-tuhan yang lain.’
Dan bagi manusia-manusia yang tidak pernah berTuhan kepada
yang lain daripada ALLAH, dan tidak pernah melihat kepada tuhan-tuhan yang lain
seumpama berhala, tokpekong, sesembahan lain, dsbnya, maka diwaktu mereka
membaca LAA ILAAHA ILLA ALLAH, mereka maknakannya TIADA TUHAN SEBENARNYA HANYA
ALLAH!
Zaman terus beredar. Sehingga sampai kezaman Nabi Ibrahim
a.s.tidak sedikit umat yang menyembah ‘tuhan-tuhan yang lain’ seperti raja,
berhala kayu dan batu dsbnya, disebabkan pengaruh kuasa raja Namrud ketika itu.
Namun, dengan kebijaksanaan Nabi Ibrahim a.s., membawa
Kalimah LAA LAAHA ILLA ALLAH, dapat juga beliau mengembalikan tauhid mereka
kepada menyembah ALLAH; walaupun
terdapat puak-puak yang masih terwaham didalam hati mereka bahawa
‘berhala-berhala’ tersebut adalah tuhan pula!
Maka bagi manusia yang terwaham didalam hati mereka bahawa
ada ‘tuhan-tuhan yang lain,’ maka diwaktu mengata LAA ILAAHA ILLA ALLAH, dimaknakan
nya Tiada ‘tuhan yang lain’ hanya ALLAH. Tetapi manusia yang jiwa dan tauhidnya
masih suci murni, yang tidak melihat, mahupun mengetahui , ada ‘tuhan yang
lain’ selain ALLAH, maka diwaktu mereka membaca/mengata LAA ILAAHA ILLA ALLAH, dimaknakannya TIADA TUHAN SEBENARNYA HANYA
ALLAH!
Demikianlah dua fahaman ini terus saja mengalir kezaman Nabi
Musa a.s.; kezaman Nabi Isa a.s., hatta , hinggalah sampai kezaman Muhammad
Rasulullah saw. Dizaman Rasulullah saw.,
terdapat sebanyak 360 berhala-berhala ditempatkan disekeliling Kaaba Baitullah!
Dalam senario hitam pekat penyembahan berhala-berhala
disekeliling Kaaba, bukan suatu kerja yang mudah bagi Rasulullah saw. membasmi
kesesatan dengan membawa dan menyebarkan agama Islam kepada kaum Musyrikin
Makkah. Maka bagi mereka yang baharu
memeluk Islam, kendati masih terwaham
dan ragu-ragu didalam hati mereka tentang tuhan-tuhan berhala mereka; maka
ketika mereka menyebut Kalimah LAA ILAAHA ILLA ALLAH, dimaksudkan tiada tuhan
‘yang lain’ hanya ALLAH. Namun bagi manusia berjiwa suci murni, diwaktu mereka
melafazkan Kalimah LAA ILAAHA ILLA ALLAH, dimakna/dimaksudkan mereka bahawa
TIADA TUHAN SEBENARNYA HANYA ALLAH!
Demikianlah, sehingga kezaman terakhir kini DUA FAHAMAN ini
terus sahaja tumbuh dan berkembang. Mentelah pula dalam keadaan dunia sekarang
yang penuh pancaroba dan cabaran; terlalu banyak ‘BERHALA-BERHALA’ yang
mendominasi minda dan dada umat sejagad kini! MASYAALLAH!
11.ARGUMEN MENOLAK MAKNA ‘TUHAN YANG LAIN’ DIDALAM KALIMAH
SYAHADAH.
11.1 ‘TUHAN YANG LAIN’ TIDAK MILIKI SEBARANG UPAYA.
Sila perhatikan bagaimana, ALLAH SWT. memberi satu
perbandingan didalam firmanNya QS.22:73,
bermaksud:
‘Sesungguhnya segala apa yang kamu puja/seru/sembah selain
daripada ALLAH itu tidaklah sanggup mencipta seekor lalat [langau]. Walaupun
mereka berkumpul bersama-sama untuk itu; dan jika langau itu merampas sesuatu daripada mereka, tidaklah sanggup
mereka merebutnya kembali dari langau itu. Sama lemahnya yang menyembah dan
yang disembah! [Lemah yang menuntut, lemah yang dituntut!]’
11.2 MAKNA ‘TUHAN YANG LAIN’ MERUBAH MAKNA/MAKSUD AYAT
ALQURAN.
Apakah makna LAA ILAAHA ILLA ALLAH?
Makna LAA – Tiada; makna ILAAHA [ILAH] – Tuhan; makna ILLA –
hanya; makna ALLAH –ALLAH.
Maka makna Kalimah Syahadah itu secara tuntas ialah TIADA
TUHAN HANYA ALLAH!
Nah! Kenapa pula adanya pihak dan puak memandai-mandai
menukar/menambah ayat Alquran menurut citarasa dan nafsu melulu tanpa hikmah?!
Adakah sebarang isyarat dari Alquran maupun Hadits Rasulullah saw. bahawa setiap
perkataan ILAAHA [ILAH] didalam Alquran dimaknakan dengan ‘TUHAN YANG
LAIN’?
CONTOH: Cubalah anda maknakan ‘tuhan yang lain’ kepada ayat
berikut:
‘WA ILAAHUKUM ILAAHU WAAHIDUU’ – makna sebenar – ‘BERMULA
TUHAN KAMU ITU TUHAN YANG ESA.’AlBaqarah163.
Setelah dimaknakan dengan ‘tuhan yang lain’, makna ayat ini
berubah menjadi:’ BERMULA TUHAN KAMU YANG LAIN ITU ESA.’
CONTOH KEDUA: Firman QS.45:23, bermaksud:
‘Pernahkah kamu melihati hai Muhammad akan kaum yang
menjadikan kehendak hawa-nafsunya sebagai
tuhannya?’
Setelah dimaknakan ILAH ‘kepada tuhan yang lain’, ayat ini
memberikan makna: ‘Pernahkah kamu melihat hai Muhammad akan kaum yang
menjadikan kehendak hawa-nafsunya sebagai tuhan yang lain.’
Jelas sekali, perkataan ILAH terdapat didalam Alquran,
seandainya dimaknakan dengan ‘tuhan yang lain’ akan merubah maksud ayat-ayat
tersebut, dan jelas kesalahannya menurut contoh diberikan!
AWAS! Justeru, tiap-tiap Kalimah ILAH didalam Alquran
hendaklah dimaknakan dengan Tuhan semata-mata!
11.3 NAFI DAN ISBAT TIDAK BOLEH DICERAIKAN.
Rasulullah saw. bersabda:
‘WA AMMA QAULU LAA ILAAHA ILLALLAH MURAKKABU BINNAFII WAL
ISBAATI KAANNAHUN NAFII ‘AINUL ISBAATI
WAL ISBAATU ‘AINUN NAFII LAA FARAQAHU BAINAHUMA.’ Bermaksud:
‘Ada pun kata LAA ILAAHA ILLALLAH itu bersusun didalamnya
Nafi dan Isbat, dan seolah-olahnya Nafi
diri Isbat , dan Isbat diri Nafi. Tiada bercerai antara keduanya. ‘ Jika
diceraikan maka akan binasalah Islamnya!
Berkata pula Ahli Tauhid:
‘FAIN KAANAN NAFI ILAAHA GHAIRU FA ISBAATI ILAAHA GHAIRU,
FAIN KAANAN NAFII ILAAHA MUSTAHAQQA FA
ISBAATU ILAAHA MUSTAHAQQA.’ Bermaksud:
‘Maka jika adalah yang diNafikan’ tuhan yang lain’, maka
nescaya mengIsbatkan ‘tuhan yang lain.’ Maka jika adalah yang di Nafikan Tuhan
yang sebenarnya, maka nescaya mengIsbatkan Tuhan yang sebenarnya!’ Fahamkan
benar-benar!
Bukankah Kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH itu Kalimah
Haq,[Kalimatul Haq] yakni Kalimah Hakikat?
Namun, hanya bagi mendekatkan faham , boleh ALLAH SWT. itu diperlawankan
, umpamanya, ALLAH SWT. itu Ada maka lawannya Tiada. Dia Hidup dan lawannya
Mati dsbnya.
Kesimpulannya, 20 Sifat ALLAH SWT. yang wajib kita semua
ketahui itu, dan 20 Sifat Mustahil sebagai lawannya itu , hanya diperlawankan
pada kata-kata, dan bukannya pada Hakikat! Fahamkan benar-benar!
11.4 MENJADI KAFIR, SYIRIK ATAU FASIQ BILA BERI’KTIKAD
KEPADA TUHAN YANG LAIN.
PERHATIAN! Suatu keadaan yang amat kritis, merbahaya dan
membimbangkan,yang bisa saja terjadi ialah diwaktu kita mengucap atau
mengata/menyebut LAA ILAH..kita pula mengingat atau terpandang kepada ‘tuhan
yang lain’ umpama berhala, tokpekong, sesembahan lain, dsbnya; seandainya kita
putus nyawa/mati diwaktu kita sedang menyebut/mengata dan mengingat LAA
ILAH..tersebut, atau mati dalam Kalimah Nafi,
yakni belum sampai keKalimah Isbat,
lantas matinya kita disaat berhadap kepada ‘yang lain’. Maka, mati
didalam keadaan ini disebut sebagai Mati Fasiq [lalai], dan tentulah keneraka
terlebih dahulu, Na’uzubillah!
Manakala matinya seseorang ketika dalam keadaan meNafikan
Tuhan sebenarnya, maka matinya adalah didalam Islam. Kerana Nafi dan Isbat
tidak bercerai, kerana Nafi adalah diri
Isbat dan Isbat adalah diri Nafi.
Lebih jauh sila perhatikan ujaran Syaikh Abul Abbas Al-Morsi r.a., bermaksud:
‘Jika terdinding aku dari Tuhanku satu kerdipan mata juapun,
nescaya tidak aku bilangkan diriku
sebagai manusia.’
Dan berkata pula Saidina Omar ibnu Farid Qaddasallah,
maksudnya:
‘Jikalau terlintas didalam hatiku suatu kehendak bagiku pada
yang lain, daripadaMu [ALLAH], atau khawatirku, jikalau dengan lupa sekalipun,
aku hukum akan diriku MURTAD.’ Ertinya keluar dari Islam!
Berkata pula Syaikh Dzun-Nun al-Misri :
‘MAN NAZARO ILAL GHAIRI FA HUA ‘ABDUL GHAIRI WA MAN NAZARO
ILALLAH ‘ASYAA WA MAN NAZARO ILAL GHAIRI TOSYA.’ Bermaksud:
‘Barangsiapa yang memandang kepada ‘yang lain,’ maka dia
bertuhan kepada ‘yang lain.’ Barangsiapa yang memandang kepada ALLAH, hiduplah
dia; dan siapa yang memandang kepada ‘yang lain,’ binasalah dia!’
Hadits Rasulullah:
‘HUBBUKASH SYAI A YU’MII WA YUSIMMU.’, bermaksud:
‘Kecintaan kepada sesuatu, menyebabkan kamu buta dan tuli.’
‘MAN AHABBA SYAIUN FA HUWA ‘ABDU.’ Bermaksud:
‘Barangsiapa kasih akan sesuatu , menjadi hamba kepada
sesuatu.’ Maka, jika kasih kepada ALLAH SWT., menjadi hamba kepada ALLAH SWT!
11.5 ALLAH TAALA PADA HAKIKATNYA TIDAK KONTRA DENGAN TUHAN
YANG LAIN.
Andai kita meNafikan ‘tuhan yang lain,’ maka pada
hakikatnya, kita telah memperlawankan
Tuhan yang sebenarnya dengan ‘tuhan yang lain.’ Menurut faham Ahli Sufiyyah,
ALLAH SWT. tiada berlawan pada hakikat. Hanya ALLAH SWT. boleh diperlawankan pada kata-kata sahaja , bagi tujuan
mendekatkan faham sahaja!
11.6 AMANAT SEGALA ROH SEWAKTU BERADA DIALAM ARWAH.
Diwaktu ALLAH SWT. mengajari segala ROH dialam Arwah, ketika
mengkhitab ALLAH SWT. akan segala ROH dengan firmanNya: ‘ALASTUU BIROBBIKUM,
QOLUU BALAA SYAHIDNA.’
Tatkala segala ROH membuat pengakuan berTuhan hanya kepada
ALLAH SWT.,adakah ‘tuhan yang lain’ dipandang oleh segala ROH, ketika
berhadap-hadapan dengan DZAT ALLAH WAJIBAL WUJUD?
Pasti tidak! Nah! Hanya DZAT ALLAH WAJIBAL WUJUD
semata-mata!!!
11.7 SIAPAKAH PEMILIK KALIMAH SYAHADAH?
Siapakah yang empunya Kalam/perkataan Kalimah Syahadah
tersebut?
Pastinya kalam ALLAH SWT. didalam QS.MUHAMMAD:19:
‘FA’LAM ANNAHU LAA ILAAHA ILLALLAH.’ Bermaksud:
‘KETAHUILAH BAHAWASANYA TIADA TUHAN HANYA ALLAH.’
Apakah diwaktu kita mengatakan/mengucap/menyebut TIADA
TUHAN.., apakah diwaktu itu kita tidak mengaku bertuhan lagi? Pada hakikatnya,
walaupun kita mengata/mengucap TIADA TUHAN..,bererti kita tetap masih bertuhan
juga kepada ALLAH SWT! Ini adalah kerana sebelum kita mengucapkan lafaz Kalimah
tersebut, walhal, ALLAH SWT. telah pun kita benarkan wujudNya, yakni, kita
telah terlebih dahulu ketahui dan yakin
akan Wujud atau Adanya ALLAH SWT., seperti maksud ayat diatas tadi. Kalam
/Perkataan ALLAH SWT. tidak berpermulaan dan tidak berkesudahan, yakni ,
berkekalan dan berkepanjangan ALLAH SWT.
mengatakan LAA ILAAHA ILLALLAH!
Sebenar-benar dan sebaik-baiknya, sebelum kita mengucapkan
lafaz Kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH,
seolah-olah kita mendengar dengan TAHKIK bahawa ALLAH SWT.
berfirman/berkalam:
‘LAA ILAAHA ILLA ANAA’maksudnya: TIADA TUHAN HANYA AKU!’
Justeru kita menjawab, TIADA TUHAN HANYA ENGKAU! Seolah-olah
kita mengkhitab dengan ALLAH SWT.
Justeru, APAKAH SEBABNYA DIWAKTU KITA BERHADAPAN DENGAN
ALLAH SWT.,MASIH SAJA KITA MENGINGATI ‘TUHAN YANG LAIN’?!
Walhal ALLAH SWT. telah naik saksi bahawa hanya DIA yang
Tuhan, sepertI firmanNya:
‘SYAHIDALLAHU ANNAHU LAA ILAAHA ILLA HUA.’ Maksudnya:
‘TELAH MENYAKSIKAN ALLAH SWT. BAHAWA TIADA TUHAN HANYA DIA
[ALLAH]!’
Apakah wajar ALLAH SWT. akan menyaksikan ada pula ‘tuhan
yang lain’?
Dan secara tuntas, penulis jujur bertanya, TIDAKKAH ANDA
SEKELIAN MERASA MALU KEPADA ALLAH SWT.
YAKNI, DIWAKTU ANDA BERHADAP-HADAPAN
DENGAN ALLAH SWT.,PADAHAL HATI ANDA MEMANDANG PULA KEPADA ‘TUHAN YANG
LAIN’???!
Dengan mengaku adanya ‘tuhan yang lain,’ kemudian ‘tuhan
yang lain’ ini dinafikan, inilah yang dikatakan SYIRIK,- menurut faham AHLI
SUFIYYAH.
11.8 MENGAKUI ‘TUHAN YANG LAIN’[MENYENGUTUKAN] MENJURUS
KEPADA SYIRIK.
Seandainya kita diwaktu mengucap/membaca LAA ILAH, maka kita Nafikan ‘tuhan yang
lain’seumpama berhala, tokpekong, Firaun, Namrud, sesembahan lain, dsbnya, maka
kita menjadi musyrik, kerana kita telah mensyarikatkan [mempersekutukan] Tuhan
yang Wajibal Wujud dengan ‘tuhan-tuhan yang lain’ tersebut!
PENCERAHAN:
Kita semua sebagai umat Islam seluruhnya, tidak pernah
mengakui bahawa berhala, tokpekong, Firaun, Namrud, sesembahan lain, dsbnya,
sebagai tuhan! Hanya yang mengakui objek-objek tersebut sebagai tuhan adalah
para Kuffar [kafir]. Soalnya, kenapa pula kita membawa tuhan-tuhan orang-orang
kafir itu kedalam Hakikat kita, ibadah kita, diwaktu membaca LAA ILAH..Kerana,
menurut kaedah Ahli-Ahli USUL, mengIsbatkan barang yang Nafi, akan menjadi
Isbat!
Awalnya kita semua mengakui bahawa objek-objek sesembahan
para kuffar itu tidak dan bukan Tuhan. Habistu, kita tidakkan atau nafikan pula
tidaknya itu, jadi ia menjadi Isbat. Seterusnya, kita akhirkan pula dengan lafaz
ILLALLAH, yaitu diIsbatkan Tuhan yang Haq. Ini menjerumuskan kita
kelembah musyrik, yakni, atas perbuatan mensyarikatkan/mempersekukan Tuhan DZAT
ALLAH WAJIBAL WUJUD dengan ‘tuhan-tuhan
yang lain.’
Walhal kita amat
maklum tentang Tuhan ALLAH SWT. yang berSifat WAHDANIYAH, seperti
difirmankanNya: ‘QUL HUWALLAHU AHAD.’
Jom kita ambil contoh yang paling sempoi [mudah], bagi
mendekatkan faham. Misalnya, kita berkata: ‘Kita tidak, tidak makan.’ Sebenarnya, yang kita nafi/tidakkan, ialah
‘tidak makan.’ Jadinya, kita mengisbatkan makan. Bermakna sebenarnya kita
makan!
Namun, bagi Ahli
Sufiyyah, mereka tidak pernah, sekali lagi, mereka tidak akan pernah menafikan
‘tuhan yang lain’, [sememang tidak pernah ada ‘tuhan lain’, hakikatnya],
hanya sewaktu mereka itu
mengata/mengucap LAA ILAH.., yang mereka nafikan Tuhan, dan sewaktu
membaca/mengata ILLALLAH, yang mereka Isbatkan ialah ALLAH DZAT WAJIBAL WUJUD!
Kerana sebenarnya, sewaktu kita akan membaca/mengucap
Kalimah Nafi LAA ILAH..tentulah kita telah terlebih dahulu mengIsbatkan DZAT
ALLAH WAJBAL WUJUD. Maka nyatalah NAFI itu diri ISBAT dan ISBAT itu diri NAFI;
tidak beleh diceraikan! NOKTAH! Fahamkan sebenar-benar permasalahan ini!
12. TIGA JENIS I’KTIQAD’
Berkata Ahli Sufiyyah:
Bagi golongan manusia awam [MUBTADI], diwaktu mengata LAA
ILAH.., ‘dinafikan tuhan yang lain,’ daripada ALLAH SWT.
Bagi golongan kedua [MUTAWASIT], tidaklah mereka itu
meNafikan ‘tuhan yang lain’ daripada ALLAH SWT., malahan, mereka itu tetap saja
ISTIQAMAH dalam Kalimah Isbat, yakni mereka itu tetap saja berkekalan dalam
ISBAT, yakni menyebut kalimah ALLAH..ALLAH..ALLAH..!
Dan bagi golongan ketiga [MUNTAHI], yakni mereka yang telah melihat kepada ALLAH SWT., dengan
penglihatan Iman dan Yakin, yang mereka nafikan ialah Tuhan [ILAH], dan yang diIsbatkan DZAT WAJIBAL WUJUD!
Yakni, tidak bercerai NAFI dan ISBAT!
Berkata seorang Syaikh al-Sufiyyah Abdul Qadir:
‘TAUBATUN NAASI MINAZZUNUUBI WA TAUBATI MIN QAULI LAA ILAAHA ILLALLAH.’ Bermaksud:
‘Taubat manusia daripada dosanya, dan taubat aku dari
mengata LAA ILAAHA ILLALLAH.’ Yakni Ahli Sufiyyah tiada mereka melihat
[mengetahui] ‘tuhan yang lain’ daripada ALLAH SWT! Hanya penglihatan kepadaNya
semata-mata, dengan penglihatan Iman dan Yakin! Titik!
13.NATIJAH SYAHADAH
Syahadah pertama menenggelamkan manusia kedalam samudera tanpa batas, Yang
Mengagumkan, mencengangkan, dan Yang Abadi! Sedangkan Syahadah yang kedua,
yakni, Muhammadan Rasulullah; Muhammad sebagai Nabi, wahyu, dan ciptaan, ibarat
sebuah bahtera dari Allah SWT.; sehingga semuanya wujud melaluinya, - yang menyelamatkan manusia
tercebur kedalaman yang ‘absolute’, yang tidak bertepi, tidak berhujung dan
tidak mengenal batas apa jua! Masyaallah – LAA HAWLA WA LAA QUWWATA ILLA
BILLAH!
14.PERSEDIAAN KETIKA DIAMBANG PINTU GERBANG MAUT [SAKARATUL-MAUT].
PERHATIAN DAN AWAS!
Adalah wajib bagi kita umat Islam Muslimin/Muslimat dan
Mukminin/Mukminat berusaha agar mendapat
keselamatan dan kemenangan terutama sekali disaat berdepan dengan waktu
SAKARAT [NAZAK, HUJUNG NYAWA].
Kerana, diwaktu SAKARAT, kita tidak disuruh/diperintah
mengerjakan Rukun Islam, seperti Solat, Zakat, Puasa, naik Haji dsbnya!Hendak
bangun berwudhuk pun tidak berdaya, apalagi gerak aksi amal yang lain! Ini dikeranakan oleh panca indera kita yang
telah dicabut dan berpulang semula kepada yang empunya ,yaitu ALLAH SWT. Lebih
tepat, kita tiada lagi berdaya dan kita
sedang melalui proses kematian; mata telah buta, telinga telah pekak, dan lidah
telah bisu! Hanya hayat/nyawa dan ilmu/kehendak/angan-angan yang masih tersisa!
Manakala, 101 macam ujian dan gangguan Syaitan Iblis menerpa
silih berganti; yang amat sulit mengatasinya!
Namun Rasulullah saw.
mengajari kita agar ketika itu, kita membaca LAA ILAAHA ILLA ALLAH,
dengan lidah maupun dengan hati, seperti sabdanya yang bermaksud: ‘Barangsiapa
pada akhir kalamnya mengingat/menyebut LAA ILAAHA ILLA ALLAH, dengan ikhlas,
akan masuk syurga.’
Dalam keadaan huru-hara, hara-biru SAKARAT, ‘Its easier said
than done’, seandainya kita masih belum mempelajari Ilmu Kalimah Syahadah, Ilmu Nafi isbat, dan
ilmu Hakikat Tauhid sebenarnya, seperti
perintah ALLAH SWT, didalam firmanNya QS.47:19, yang telah kita bincang
panjang lebar diawal rencana ini!
Malahan, Rasulullah juga menyarankan demikian, didalam
sabdanya:
‘Muutuu qabla antamuutu. Waman araada ayyanzuru ilaa mayyita
yamsyi ‘alaa wajhil ardhi, wal yanzuru
ilaa abii bakrin.’ Bermaksud:
‘Belajar mati kamu sebelum kamu mati. Dan barangsiapa hendak
melihat mayat berjalan dianya diatas
muka bumi , maka hendaklah melihat kepada Abu Bakar!’
Hendaknya, kita mencontohi Saiyyidina Abu Bakar as-Siddiq
r.a., yang telah mencapai S.O.P. dan Q.A. yang disaran dan dijamin syurga oleh
Rasulullah saw. Bagaimana? Sila bertanya kepada Ahlinya!
Nah! Jika seandainya diakhir nafas kita, kita tidak
membaca/menyebut/mengingat LAA ILAAHA ILLA ALLAH, bererti kita telah lalai atau
lupa kepada ALLAH SWT.; bererti mati kita serupalah dan samalah seperti matinya
kaum KUFFAR, ATHEISTS dan KOMUNIS, - tidak berTuhan dan MATI KAFIR – LALU HAPUS
SEGALA AMALNYA!!! KEKAL SELAMA-LAMANYA DIDALAM NERAKA! Wa’iyazubillah!
15. SYA’IR/PUISI MARIFAT.
LAA ILAAHA ILLA ALLAH jangan engkau lalaikan;
Siang dan malam jangan engkau sunyikan;
Selama hidupmu engkau pakaikan;
ALLAH dan Rasul jua yang menyampaikan.
LAA ILAAHA ILLA
ALLAH itu kata yang teguh;
Memadam cahaya
sekelian rusuh;
Jinn dan Syaitan
sekelian musuh;
Hendak menyesat
bersungguh-sungguh.
LAA ILAAHA ILLA ALLAH kesudahan kata;
Tauhid Marifat semata-mata;
Hapuslah kehendak sekelian perkara;
Hamba dan Tuhan dimana beda?
LAA ILAAHA ILLA
ALLAH tempat mengintai;
Medan Qadim tempat
berdamai;
Wujud ALLAH
refleksi berbagai;
Siang dan malam
jangan bercerai.
LAA ILAAHA ILLA ALLAH itu tempat Musyahadah;
Menyatakan Tauhid jangan berubah;
Sempurnakan Toriq Iman yang mudah;
Pertemuan Tuhan teramatlah susah.
Bergerak nadi
siang dan malam;
LAA ILAAHA ILLA
ALLAH selalu-selalu;
Nafas habis nyawa
pun padam;
Kepada ALLAH kita
tuju.
Mencari harta siang dan malam;
Untuk bekal anak menantu;
Nafas usai mata pun pejam;
Apakah pula bisa membantu?
Hitunglah Tasbih
siang dan malam;
Dzikir pula
selalu-selalu;
SeKhatam LAA
ILAAHA ILLA ALLAH simpan didalam;
Itulah yang bisa
membantu!
HUU..ALLAH..HUU.
16. PENUTUP.
Semoga ALLAH SWT. memuliakan kita dengan piala cinta
keredaanNya, yang berisi arak cinta,
hanya kepadaNya! Ya Tuhan! Dengan keAgunganMu, sucikan diri kami dari sebarang
kekhuatiran atau keraguan dan ilusi menyesatkan. Siramilah kami dengan percikan
Hidayah, Ilmu dan Hikmah. Hidupkan kami dalam kemuliaan; matikan kami
dalam kemuliaan; dan bangkitkan kami
bersama para kekasihMu yang mulia!
Wahai Yang Maha Pengasih dari segala pengasih! Wahai Yang Maha Mengetahui dan yang Maha
Mendengar segala keluhan, rengekan dan hasrat jiwa-jiwa terpendam! Kami
pohonkan dariMu keberkahan Sang Kekasih, Pemimpin para perindu dan para
penyelam samudera Cinta Ilahi. Kehaderat baginda dan keluarga, selawat dan
salam senantiasa tercurah tanpa henti;
selama para penagih dan perindu Cinta Ilahi masih hanyut dan karam dalam luapan
berahi CintaMu! Selama beburung masih saja melagukan asyik dan rindu,
mengabarkan rindu disegenap ufuk dan penjuru semesta jagad raya!
HANYA SATU YANG KELIHATAN DIMATA HATI ‘ALLAH’!
HANYA SATU SUARA YANG KEDENGARAN ‘ALLAH’!
‘RABBANAA MAA KHALAQTAA HAAZAA BAATILAA!’
‘YA TUHANKU! TIDAKLAH ENGKAU JADIKAN SEGALANYA INI DENGAN SIA-SIA.’
ALHAMDULILLAH. WABILLAHIT TAUFIK.
TABAARAKALLAHU RABBIL ‘AALAMIN!
BLOG MADRASATUL BAITUL ADAM [MBA] SELANGOR. 16 SEPTEMBER
2016.TARIKH MALAYSIA MERDEKA DARI PENJAJAHAN FISIKAL. MERDEKALAH DARI
PENJAJAHAN KEKUFURAN, KEMUSYRIKAN DAN KESESATAN! BARAKALLAH!
POSTED BY PROF. DR. SYEIKH BAHAUDIN ALHADY AT 8:59 PM
ISU TERKINI TENTANG ‘ILAH’ DALAM SYAHADAH DAN PERMASALAHANNYA
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment