أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Usuluddin - Kenyataan Sifat 20
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Usuluddin - Kenyataan Sifat 20
Usuluddin - Kenyataan Sifat 20
Bagi mengesakan Zat, Sifat Salbiah
digunakan sebagai perisai untuk menangkis sebarang serangan dari pihak
yang bertujuan untuk menyamakan, menyengutukan ataupun menduakan Zat
ALLAH Taala dengan apa jua sekalipun.
Setelah dapat ia menafikan
manusia ada kuasa dan kehendak untuk bergerak atau diam maka dikatakan
ia telah dapat pula mengesakan ALLAH Taala pada Af'alnya pada sifat
Kamalat ALLAH Taala pada ZatNya.
Harus bagi
ALLAH menghidup atau mematikan, sesungguhnya manusia itu, bodoh, lemah,
nafsu, pekak, buta dan bisu. Setelah yakin dengan sebenar-benar yakin
maka barulah seorang itu dapat mengesakan ALLAH pada sifat kamalat
ALLAH Taala. Sifat inilah yang dinamakan Sifat Maani.
Salah satu ciri sifat ini ia berada berada diluar fikiran kerana itu, tidaklah untuk digambarkan dengan
akal fikiran kita akan bagaimana sifat kamalat yang tujuh ini
berfungsi. Sebagai contoh bagaimana ALLAH melihat, akal tidak terpakai
dalam kontek ini bagi memikirkan bagaimana ALLAH Taala melihat. Akan
tetapi wajib kita sebagai umat Islam beriman dengan sifat ini, dalil
al-qur'an : 'Dan ALLAH Maha Melihat apa yang kamu kerjakan'. Noktah. !
Maka pada tubuh atau jasad anak Adam itulah zahirnya segala perbuatan ALLAH Taala melalui Sifat Maknawiyah
yang tujuh iaitu keadaan yang hidup, keadaan yang tahu, keadaan yang
berkuasa, keadaan yang berkehendak, keadaan yang mendengar, keadan yang
melihat dan keadaan berkata-kata.
Ketujuh sifat Maknawiyah
ini lalu dikatakan tidak memberi bekas. Hal ini ditegaskan dalam
al-Qur'an : 'Aku tidak menghendaki rezeki dari kamu, bahkan Akulah yang
memberi rezeki kepada mu'
Lalu adalah pembahagian pada sifat ALLAH Taala kepada dua yakni Istighna dan Iftiqqar iaitu sifat Maha Kaya ALLAH dan Berhajat segala sesutu kepada sifat Kaya ALLAH ini.
Andaikata tiada ALLAH Taala ciptakan Nabi Adam As maka tiadalah manusia dimuka bumi ini bagi menzahir sifat Kaya ALLAH Taala.
Setelah diciptakan Manusia
dan Jin maka diperintahkan kepada kedua golongan ini supaya beribadat
kepadaNya sebagaimana firmanNya bermaksud : 'Tidak Aku jadikan jin dan
manusia melainkan supaya mereka menyembahKu'.
Bersabda Nabi
Muhammad : 'syariat itu perkataanku, tarekat itu perbuatanku, hakikat
kenyataanku dan makrifah itu meliputi seluruh anggota tubuh badanku'.
Berkata Rasulullah saw : 'Syariat itu
perkataan ku', maka dapat difahami ia sebagai khabar gembira dan
peringatan atau ancaman. Umat Islam percaya bahawa Nabi Muhammad itu maksum,
maknanya terpelihara perbuatan zahir batinnya dari segala dosa, lalu
dikatakan tidaklah Baginda berkata melalui nafsu, akan tetapi dengan
iradat ALLAH Taala, namanya wahyu.
Justeru dari 'perkataan' ini lahir pula
dua iaitu perintah dan larangan. Perintahnya supaya tidak menyekutukan
ALLAH Taala dengan sesuatu pada setiap perbuatan zahir batin. Keduanya
mestilah saling lazim melazimi antara satu sama lain, supaya terlepas
dari perumpamaan 'cakap tidak serupa bikin'. Perbuatan yang nyata, maka
dinamakan perbuatan yang zahir, manakala yang tidak nyata pula
dinamakan perbuatan yang batin. Inilah yang saya faham dengan maksud
hadis 'Tarekat itu perbuatanku'.
ALLAH Taala ciptakan sekelian Jin dan Manusia supaya beribadat
hanya kepadaNya, selain dariNya syirik namanya, neraka tempat kekalnya
diakhirat kelak. Selain daripada perintah beribadat, manusia dan jin
juga diperintahkan supaya mengingati hanya Dia pada setiap detik,
dikiaskan pada masa berdiri, duduk dan baring.
Banyak cara orang mengingati ALLAH Taala, Zikir Namanya. Dibahagikan kepada beberapa bahagian, zikir jihar, zikir khafi dan Zikir Tanpa hurup tanpa suara. Ucapan yang zahir ditangkap oleh kedua malaikat lalu dicatitkan,, manakala yang batin hanya ALLAH Taala yang tahu.
Dalam Solat,
rukun qalbi tempat nya dihati, neracanya sifat ilmu bermula dengan
sifat kehendak Aallah Taala, rukun qauli nyata sifat kalam, neracanya
pada sifat samak, rukun fekli pula nyata pada qudrat dan Iradat,
neracanya pada sifat basar.
Samada sedar atau tidak inilah yang
terjadi pada kita setiap detik dan ketika samada kita sedar atau
tidak.. Niat ada padanya tiga bahagian, pertama tanpa huruf tanpa
suara, kedua lintasan sedetik dihati dengan kehendak ALLAH Taala untuk
melakukan perbuatan samada perbuatan itu baik atau tidak baik dan
terakhir lafaz pada niat itu sendiri iaiatu dinyatakan misalnya semasa
mengatakan 'ussalli.....'.
Kemudian bila dilaksanakan maka
'nyatalah' pada kita 'perbuatan dan kelakuan' ALLAH Taala yang terjadi
keatas diri hamba dengan 'sendirinya' semasa hamba itu mendirikan
ibadah solat fardu atau apa jua perlakuan zahir batin diluar solat.
Dalil al-quran : 'ALLAH menghidupkan
dan mematikan' ; 'Kami membacakan ( al-qur'an ) kepadamu maka tidak
akan lupa, kecuali kalau ALLAH menghendaki. Dia mengetahui yang terang
dan yang tersembunyi'; 'ALLAH Maha berkuasa berbuat apa yang dikehendakiNya'.
Rasanya dalil al-qur'an ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa
Allahlah yang memberi petunjuk dan Dia jualah yang menyesatkan. Manusia
tak boleh buat apa-apa.
Asas tauhid itu adalah nafi dan isbat
maka wajib dinafikan ada perbuatan dan kelakuan pada diri hamba yang
zahir dalam usuluddin, tasauf namanya pada diri yang batin dari satu
peringkat keperingkat yang lebih tinggi. Pada saya inilah yang
dimaksudkan dengan ungkapan 'Wujud Hanya ALLAH' iaitu bermula dengan
wujud hanya af'al ALLAH ( gerak dan diam ), kedua wujud hanya asmak
(semua yang bernama kembali ia kepada yang empunya nama ) ALLAH, ketiga
wujud hanya sifat ( qudrat, iradat, ilmu, hayat, samak, basar, kalam )
ALLAH dan paling atas wujud hanya zat kerana terhimpun pada af'al,
asmak dan sifat seperti dalil al-qur'an 'aku datang dari ALLAH datang
kepada ALLAH aku kembali'. Pada saya inilah maksud hadis 'hakikat itu
pakianku'
Dilarangkan sekeras-kerasnya kita
memisahkan antara zat, sifat, asmak dan af'al; dalil Aku beserta kamu
walau dimana sahaja kamu berada'.
Pada saya (شهود الوحد فى الكثره)(شهود الكثرة فى الوحدة)'pandang
satu pada yang banyak' atau pandang banyak pada yang satu' masih lagi
berkisar pada tahap tauhid - dapatkah dia tauhid kelas ini 'DIA
MEMANDANG DENGAN MATA KEPALA DAN JUGA MATA HATI PADA AF'AL DAN KELAKUAN
YANG BERLAKU SAMADA PADA DIRINYA SENDIRI ZAHIR BATIN ATAU PADA SEKELIAN
'ALAM INI ZAHIR BATIN ADALAH PERBUATAN DAN KELAKUAN ALLAH TAALA YANG
TERJADI DENGAN SENDIRINYA'.
Yang
perlu pada setiap individu adalah YAKIN. Jika berada pada iman taklid,
berusaha supaya naik kepada iman 'ainul dan begitulah sterusnya
sehinggalah tahap paling tinggi iaitu kamalul yakin.
Keempat mahzab diasaskan oleh Imam
Malik, Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Ahmad Hambal. Diantara
keempatnya Imam Ahmad Hambal yang paling muda ( wafat : sekitar 241
Hijrah ).
Ilmu Tauhid pula mulanya diasaskan dan
disusun oleh Imam Abu Hassan As-Shaari dan dikemaskini / dilengkapkan
oleh Imam Abu Mansur Al-Maturidi dan seterusnya diperakui oleh jumhur
ulamak selepas kewafatan kedua-dua imam tersebut. Imam Abu Hassan
As-Ashaari dan Imam Abu Mansur Al-AMaturidi wafat pada sekitar 15 dan
24 tahun selepas Al-Hallaj wafat. Imam Abu Kassim Al-Junaid pula wafat
pada sekitar 15 tahun sebelum wafatnya Al-Hallaj manakala Sheikh Abdul
Qadir Jalaini lahir 160 tahun dan Syeikh Abu Yazid Bustami wafat
sewaktu Al-Hallaj berusia pada sekitar 15 - 16 tahun.
Dari fakta sejarah yang diperakui Imam
Abu Mansur Al-Maturidi telah menyususn serta melengkapkan secara
tersusun Ilmu Tauhid yang diajar kepada masyarakat umum sehinggalah
kepada umat Islam dewasa ini.
Ini bermakna cara-cara penyampaian Ilmu
Tauhid disampai dan dipelajari oleh Islam selepas kewafatan Imam Ahmad
Hambal sehingga tahun 333 Hijrah ( tarikh kewafatan Imam Abu Mansur
Al-Maturidi ) ada kemungkinan tidak sama dengan cara yang dipelajari oleh umat Islam selepas tahun 333 Hijrah.
Dari fakta ini saya berpendapat
kebangkitan mempelajari ilmu Feqah begitu kuat dikalangan umat Islam
berpandukan kitab-ktab Feqah yang dikarang oleh Ulamak-Ulamak Feqah
yang didorong oleh kitab-kitab yang dikarang oleh keempat Imam iaitu
Imam Malik, Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Ahmad Hambal.
Dalam tempoh yang sama juga lahirnya
beberapa tokoh tasauf besar dan terbilang seperti Rabi'atul Adawiyah,
Sheikh Abu Yazid Busthomi, Sahl Ibn Abdullah, Sheikh Abu Kassin
Al-Junaid, Zunnun Al-Misri dan banyak lagi ahli sufi yang amat dikenali
sehingga ke hari ini.
Seperti mana yang diketahui tingkah
laku ahli-ahli sufi ini begitu sukar untuk difahami oleh mereka-meraka
yang tidak sealiran dengan perjalanan kesufian.
Kebanyakan dari ahli-ahli sufi ini suka
mengungkapkan kata-kata yang pelik lagi sukar untuk difahami oleh orang
kebanyakan, antaranya :
'Siapa yang tidak kenal kepada tuan?
Tetapi apakan dayaku. Cinta kepada ALLAH telah memenuhi seluruhku,
hinggakan tidak ada ruang untuk cinta kepadamu atau benci kepada
syaitan.' : Rabi'atul Adawiyah
'Aku melihat dan mengetahui Tuhan
dengan Tuhan dan sekiranya tidak karena Tuhan aku tidak melihat dan
tidak tahu Tuhan.' : Zunnun al-Misri
'Aku mengetahui Tuhan melalui diriku
hingga aku hancur, kemudian aku mengetahui-Nya melalui diri-Nya dan
akupun hidup. Ia membuat aku gila pada diriku hingga aku mati. Kemudian
Ia membuat aku gila kepada diri-Nya, dan akupun hidup. Gila pada diriku
adalah fana' dan gila pada diri-Mu adalah baqa' (kelanjutan hidup).' :
Sheikh Abu Yazid Busthomi
Tentu saja orang akan membuat berbagai
tanggapan tentang sesuatu yang diucapkan oleh orang lain yang dia
sendiri tidak dapat memahaminya sepenuhnya.
Lihatlah saja daripada kenyataan
Rabi'atul Adawiyah ; Rasulullah sendiri tidak ada tempat dihatinya
dikala dia sedang mabuk dengan cintanya kepada ALLAH Taala.
Sulit sekali untuk difahami cara-cara
ahli-ahli sufi mengkhabarkan pendapat mereka dan bahasa-bahasa yang
mereka gunakan untuk memberitau orang lain tentang apa yang mereka
lalui, apa lagi untuk difahami oleh orang lain.
Pada saya pertembungan antara dua golongan yang berbeza aliran ini dapat difahami melalui firman ALLAH Taala bermaksud :
1 'Dan ( ingatlah) Musa berkata kepada
muridnya : "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai
kepertemuan dua buah lautan ; atau aku akan berjalan sampai
bertahun-tahun".
2 'Maka tatkala mereka sampai ke
pertemuan dua buah laut itu, mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu
melompat mengambil jalannya ke laut itu.
3 Maka tatkala mereka berjalan lebih
jauh, berkatalah Musa kepada muridnya : "Bawalah kemari makanan kita ;
sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan kita"
4 Muridnya menjawab : "Tahukah kamu
tetakala kita mencari tempat berlindung dibatu tadi, maka sesungguhnya
aku lupa ( menceritakan tentang ) ikan itu dan tidak adalah yang
melupakan aku untuk menceritakan kecuali syaitan dan ikan itu mengambil
jalannya kelaut dengan cara yang aneh sekali".
5 Musa berkata : "Itulah ( tempat ) yang kita cari". Lalu keduanya kembali mengikut jejak mereka semula.
6 Lalu mereka bertemu dengan seorang
hamba diantara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya
rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari
sisi Kami
7 Musa berkata kepada Khidir :
"Bolehkah aku mengikutmu supaya kamu kamu mengajarkan kepadaku ilmu
yang benar diantara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu"
8 Dia menjawab : "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku"
9 'Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu ?'
10 Musa berkata : "Insya ALLAH kamu
akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan
menentangmu dalam suatu urusan pun"
11 Dia berkata : "Jika kamu mengikutku,
maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu sampai aku
sendiri menerangkannya kepada mu".
12 Maka berjalanlah keduanya, hingga
tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melobanginya. Musa berkata
: "Mengapa kamu melobangi perahu itu yang akibatnay kamu menenggelamkan
penumpangnya?. Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang
besar".
13 Dia ( Khidir ) berkata : "Bukankah aku telah berkata : "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku ".
14 Musa berkata : " Janganlah kamu
menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan
sesuatu kesulitan dalam hidupku".
15 Maka berjalanlah keduanya ; hingga
tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya.
Musa berkata : "Mengapa kamu bunuh jiwa yang bersih, bukan kerana dia
membunuh orang lain ?. Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang
mungkar".
16 Khidir berkata : "Bukankah aku telah berkata : "Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku ?".
17 Musa berkata : "Jika aku bertanya
kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali ) ini, maka janganlah kamu
memperbolehkan aku mengikutimu, sesungguhnya kamu sudah cukup
memberikan uzur padaku".
18 Maka berjalanlah keduanya ; hingga
tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta
dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau
menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan didalam negeri itu
dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu.
Musa berkata : Jikalau kamu mau, nescaya kamu mengambil upah untuk
itu".
19 Khidir berkata : " Inilah perpisahan
antara aku dengan kamu ; Aku akan memberitahu kan kepadamu tujuan
perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya"
20 "Adapun bahtera itu adalah kepunyaan
orang-orang miskin yang bekerja dilaut, dan aku bertujuan merosakkan
bahtera itu, kerana dihadapan mereka ada seorang raja yang merampas
tiap-tiap bahtera"
21 "Dan adapun anak itu maka kedua
orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khuatir bahawa dia
akan mendorong kedua orang tuanya kepada kesesatan dan kekafiran"
22 "Dan kami menghendaki, supaya Tuhan
mereka mengganti bagi mereka dengan anak yang lain yang lebih baik
kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya ( kepada
kedua ibubapanya"
23 "Adapun dinding rumah itu adalah
kepunyaan dua orang anak yatim dikota itu, dan dibawahnya ada harta
benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang
saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada
kedewasaannya dan mengeluarkan simpanan itu, sebagai rahmat dari
Tuhanmu ; dan bukan aku melakukannya menurut kemahuanku sendiri.
Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat
sabar terhadapnya"
24 'Lalu mereka bertemu dengan seorang
hamba DIANTARA HAMBA-HAMBA Kami, yang telah Kami berikan kepadanya
RAHMAT dari SISI Kami, dan yang telah kami AJARKAN kepadanya ILMU DARI
SISI kami'
Sebaiknya kita jadikan satu ikhtibar
akan perkara yang terjadi kepada Nabi Musa As betapa peranan limu
laduni ( ilham terus dari ALLAH Taala ), tentang Kurnia, Petunjuk atau
Hidayah dan juga Rahmat ALLAH Taala.
Siapalah kita untuk dibandingkan dengan
Nabi Musa Kalamullah, ALLAH Taala kurniakan sembilan mukjizat sebagai
bukti akan Kenabiannya.
Lihatlah betapa hebat Qudrat dan Iradat ALLAH Taala, hanya dengan sebatang tongkat dapat terbelah Lautan Merah.
Semua orang Islam percaya apabila
diceritakan Nabi Musa dengan Izin ALLAH Taala mampu membelah Lautan
Merah kerana ada diceritakan didalam Al-Qur'an, akan tetapi sukar sekali untuk mempercayai yang terjadi kepada mereka yang terpilih tetapi tidak dinyatakan didalam Al-Qur'an.
Sheikh Yazid Busthomi berkata tentang
fana' : 'Aku mengetahui Tuhan melalui diriku hingga aku hancur,
kemudian aku mengetahuiNya melalui diriNya dan akupun hidup'.
Fana' bermakna lenyap atau binasa atau
ada juga orang mengatakan ghaib. Bila digunakan bahasa kiasan maka
menjadilah ia seperti 'binasa af'al hamba dalam af'al ALLAH jika
seorang itu berada pada tauhid af'al, atau 'ghaib kelakuan hamba dalam
sifat ALLAH' apabila dia telah dapat mengesakan ALLAH Taala pada
sifatNya.
Dua rangkap ayat ini pendek tapi
lihatlah betapa indahnya susunan kata-kata yang diucapkan oleh Sheikh
Abu Yazid Busthomi ini walaupun ia sulit untuk difahami dan
renungkanlah bagaimana beliau membezakan antara ilmu dengan makrifah.
Yang dikatakan beriman dengan ALLAH
Ta'ala kita beriman kepada tiga bahagian iaitu af'al, asmak, sifat dan
ZatNya sebagaimana firman ALLAH Taala bermaksud :
1 Tentang tauhid Af'al - 'Bukan engkau
yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan
bukan kamu yang ketika kamu melempar, tapi ALLAH yang melempar' - Af'al
2 Tentang tauhid Asmak - 'Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi'
3 Tentang tauhid Sifat - "Mahasuci Engkau, tiadalah y ang kami ketahui kecuali apa yang Engkau beritahu'
4 Tentang tauhid Zat - 'Kemana sahaja engkau hadapkan wajahmu, disitulah Zat ALLAH'
5 Tentang Makrifah - 'dan Kami ajarkan dia ilmu dari sisi Kami' .
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
No comments:
Post a Comment