اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
HAJI KE MEKAH DAN HAJI ROHANI KE HAKIKAT HATI
HAJI KE MEKAH DAN HAJI ROHANI KE HAKIKAT HATI
Pekerjaan
hajji menurut syariat ialah mengunjungi ka'abah di Makkah. Ada beberapa
syarat berhubung dengan ibadat hajji: memakai ihram - dua helai kain
yang tidak berjahit menandakan pelepasan semua ikatan duniawi; memasuki
Makkah dalam keadaan berwuduk; tawaf keliling ka'abah sebanyak tujuh
kali tanda penyerahan sepenuhnya; lari-lari anak dari Safa ke Marwah
sebanyak tujuh kali; pergi ke Padang Arafah dan tinggal di sana
sehingga matahari terbenam; bermalam di Musdalifah; melakukan korban di
Mina; meminum air zamzam; melakukan sembahyang dua rakaat berhampiran
dengan tempat Nabi Ibrahim a.s pernah berdiri. Bila semua ini dilakukan
pekerjaan hajji pun sempurna dan balasannya diperakui. Jika terdapat
kecacatan pada pekerjaan tersebut balasannya dibatalkan. ALLAH Yang
Maha Tinggi berfirman:
"Sempurnakan hajji dan umrah kerana ALLAH". (Surah al-Baqarah, ayat 196).
"Sempurnakan hajji dan umrah kerana ALLAH". (Surah al-Baqarah, ayat 196).
Bila
semua itu telah selesai banyak daripada hubungan keduniaan yang ditegah
semasa pekerjaan hajji dibolehkan semula. Sebagai tanda selesainya
pekerjaan hajji seseorang itu melakukan tawaf terakhir sekali sebelum
kembali kepada kehidupan harian.
Ganjaran untuk orang yang mengerjakan hajji dinyatakan oleh ALLAH dengan firman-Nya:
"Dan barangsiapa masuk ke dalamnya amanlah ia, dan kerana ALLAH (wajib) atas manusia pergi ke rumah itu bagi yang berkuasa ke sana". (Surah al-‘Imraan, ayat 97).
"Dan barangsiapa masuk ke dalamnya amanlah ia, dan kerana ALLAH (wajib) atas manusia pergi ke rumah itu bagi yang berkuasa ke sana". (Surah al-‘Imraan, ayat 97).
Orang yang sempurna ibadat hajjinya selamat daripada azab neraka. Itulah balasannya.
Pekerjaan
hajji kerohanian memerlukan persiapan yang besar dan mengumpulkan
keperluan-keperluan sebelum memulakan perjalanan. Langkah pertama ialah
mencari juru pandu, pembimbing, guru, seorang yang dikasihi, dihormati,
diharapkan dan ditaati oleh orang yang mahu menjadi murid itu.
Pembimbing itulah yang akan membekalkan murid itu bagi mengerjakan
hajji kerohanian, dengan segala keperluannya.
Kemudian dia mesti menyediakan hatinya. Untuk menjadikannya jaga seseorang itu perlu mengucapkan kalimah tauhid "La ilaha illa Llah"
dan mengingati ALLAH dengan menghayati kalimah tersebut. Dengan ini
hati menjadi jaga, menjadi hidup. Ia hendaklah mengingati ALLAH dan
berterusan mengingati ALLAH sehingga seluruh diri batin menjadi suci
bersih daripada selain ALLAH.
Selepas
penyucian batin seseorang perlu menyebutkan nama-nama bagi sifat-sifat
ALLAH yang akan menyalakan cahaya keindahan dan kemuliaan-Nya. Di dalam
cahaya itulah seseorang itu diharapkan dapat melihat ka'abah bagi
hakikat rahsia. ALLAH memerintahkan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi
Ismail a.s melakukan penyucian ini:
"Janganlah engkau sekutukan Aku dengan sesuatu apa pun dan bersihkan rumah-Ku untuk orang-orang tawaf, dan yang berdiri, dan yang rukuk, dan yang sujud". (Surah al-Hajj, ayat 26).
"Janganlah engkau sekutukan Aku dengan sesuatu apa pun dan bersihkan rumah-Ku untuk orang-orang tawaf, dan yang berdiri, dan yang rukuk, dan yang sujud". (Surah al-Hajj, ayat 26).
Sesungguhnya
ka'abah zahir yang ada di Makkah dijaga dengan bersih untuk para
pekerja hajji. Betapa lebih lagi kesucian yang perlu dijaga terhadap
ka'abah batin yang ke atasnya hakikat akan memancar.
Selepas
persediaan itu pekerja hajji batin menyelimutkan dirinya dengan roh
suci, mengubah bentuk kebendaannya menjadi hakikat batin, dan melakukan
tawaf ka'abah hati, mengucap di dalam hati nama Tuhan yang kedua- "ALLAH",
nama yang khusus bagi-Nya. Ia bergerak dalam bulatan kerana laluan
rohani bukan lurus tetapi dalam bentuk bulatan. Akhirnya adalah
permulaannya.
Kemudian ia pergi ke Padang Arafah hati,
tempat batin yang merendahkan diri dan merayu kepada Tuhannya, tempat
yang diharapkan seseorang dapat mengetahui rahsia "La ilaha illa Llah",
"Yang Maha Esa, tiada sekutu". Di sana ia berdiri mengucapkan nama
ketiga "HU" - bukan sendirian tetapi bersama-Nya kerana ALLAH berfirman:
"Dia beserta kamu walau di mana kamu berada". (Surah al-Hadiid, ayat 4).
"Dia beserta kamu walau di mana kamu berada". (Surah al-Hadiid, ayat 4).
Kemudian dia mengucapkan nama keempat "HAQ", nama bagi cahaya Zat ALLAH - dan kemudian nama kelima "HAYYUN"
- hidup Ilahi tang darinya hidup yang sementara muncul. Kemudian dia
menyatukan nama Ilahi Yang Hidup Kekal Abadi dengan nama keenam "QAYYUM"
- Yang Wujud Sendiri, yang bergantung kepada-Nya segala kewujudan. Ini
membawanya kepada Musdalifah yang di tengah-tengah hati.
Kemudian dia di bawa ke Mina, rahsia suci, intipati atau hakikat, di mana dia ucapkan nama yang ke tujuh "QAHHAR"
- Yang Meliputi Semua, Maha Keras. Dengan kekuasaan nama tersebut
dirinya dan kepentingan dirinya dikorbankan. Tabir keingkaran ditiupkan
dan pintu kebatilan diterbangkan.
Mengenai
tabir yang memisahkan yang dicipta dengan Pencipta, Nabi s.a.w
bersabda, "Iman dan kufur wujud pada tempat di sebalik arasy ALLAH.
Keduanya adalah hijab memisahkan Tuhan daripada pemandangan
hamba-hamba-Nya. Satu adalah hitam dan satu lagi putih".
Kemudian kepada roh suci dicukurkan daripada segala sifat kebendaan.
Dengan membaca nama Ilahi ke lapan "WAHHAB"
- Pemberi kepada semua, tanpa batas, tanpa syarat - dia memasuki daerah
suci bagi Zat. Kemudian dia mengucapkan nama kesembilan "FATTAH" - Pembuka segala yang tertutup.
Memasuki
ke tempat menyerah diri di mana dia tinggal mengasingkan diri, hampir
dengan ALLAH, dalam keakraban dengan-Nya dan jauh daripada segala yang
lain, dia mengucapkan nama yang ke sepuluh "WAHID" - Yang Esa, yang tiada tara, tiada sesuatu menyamai-Nya. Di sana dia mula menyaksikan sifat ALLAH "SAMAD" - Yang menjadi sumber kepada segala sesuatu. Ia adalah pemandangan tanpa rupa, tanpa bentuk, tidak menyerupai sesuatu.
Kemudian tawaf terakhir bermula, tujuh pusingan yang dalam tempoh tersebut dia mengucapkan enam nama-nama yang terakhir dan ditambah dengan nama ke sebelas "AHAD" - Yang Esa. Kemudian dia minum daripada tangan keakraban ALLAH.
"Dan Tuhan mereka membuat mereka meminum minuman asli". (Surah Insaan, ayat 21).
"Dan Tuhan mereka membuat mereka meminum minuman asli". (Surah Insaan, ayat 21).
Cawan yang di dalamnya minuman ini disediakan ialah nama yang kedua belas "SAMAD" - Sumber, yang menunaikan segala hajat, satu-satunya tempat meminta tolong.
Dengan
meminum dari sumber ini dia melihat semua tabir tersingkap daripada
wajah keabadian. Dia mendongak melihat kepada-Nya dengan cahaya yang
datang daripada-Nya. Alam ini tiada persamaan, tiada bentuk, tiada
rupa. Ia tidak mampu diterangkan, diibaratkan, alam yang tidak ada mata
pernah melihatnya, tiada telinga pernah mendengarnya dan tiada hati
manusia yang ingat. Kalam ALLAH tidak didengar dengan bunyi atau
dilihat dengan tulisan. Kesukaan yang tiada hati manusia boleh merasai
ialah kelazatan menyaksikan hakikat ALLAH dan mendengar percakapan-Nya:
"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal salih, maka mereka itu ALLAH akan tukarkan kejahatan-kejahatan mereka kepada kebaikan-kebaikan". (Surah al-Furqaan, ayat 70).
"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal salih, maka mereka itu ALLAH akan tukarkan kejahatan-kejahatan mereka kepada kebaikan-kebaikan". (Surah al-Furqaan, ayat 70).
Kemudian pekerja hajji itu dibebaskan daripada semua perbuatan yang daripada dirinya dan bebas daripada ketakutan dan dukacita.
"Ketahuilah sesungguhnya pembantu-pembantu ALLAH, tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak akan mereka berdukacita". (Surah Yunus, ayat 62).
"Ketahuilah sesungguhnya pembantu-pembantu ALLAH, tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak akan mereka berdukacita". (Surah Yunus, ayat 62).
Akhirnya tawaf selamat tinggal dilakukan dengan mengucapkan semua nama-nama Ilahi.
Kemudian
pekerja hajji kembali ke rumahnya, ke tempat asalnya, bumi suci di mana
ALLAH ciptakan manusia dalam bentuk yang paling baik dan paling indah.
Ketika kembalinya itu dia mengucapkan nama kedua belas "SAMAD",
perbendaharaan yang daripadanya semua keperluan makhluk dibekalkan. Itu
adalah alam kehampiran ALLAH. Itulah tempat kediaman pekerja hajji
batin, dan ke sanalah mereka kembali.
Hanya
itulah yang dapat diceritakan sekadar lidah mampu ucapkan dan akal
mampu terima. Selepas itu tiada berita yang boleh diberi kerana selebih
daripada itu tidak boleh disaksikan, tidak dimengerti, tidak mampu
difikir atau diterangkan. Nabi s.a.w bersabda, "Ada ilmu yang tinggal
tetap seumpama khazanah yang tertanam. Tiada siapa yang boleh
mengetahuinya dan tiada siapa boleh mendapatkannya melainkan mereka
yang menerima ilmu Ilahi", tetapi bila diperdengarkan kewujudan ilmu
demikian, yang ikhlas tidak menafikannya.
Manusia
yang memiliki pengetahuan biasa mengumpulkan apa yang boleh dikumpulkan
di permukaan. Orang yang memiliki ilmu ketuhanan mengeluarkan dasarnya.
Hikmah kebijaksanaan orang arif adalah sebenar-benar rahsia bagi ALLAH
Yang Maha Tinggi. Tiada siapa yang tahu apa yang Dia tahu kecuali Dia
sendiri.
"Sedang mereka tidak meliputi (sedikit pun) daripada ilmu-Nya kecuali apa yang dikehendaki-Nya. Pengetahuan-Nya meliputi langit-langit dan bumi, dan memelihara keduanya tidaklah berat bagi-Nya". (Surah al-Baqarah, ayat 255).
"Sedang mereka tidak meliputi (sedikit pun) daripada ilmu-Nya kecuali apa yang dikehendaki-Nya. Pengetahuan-Nya meliputi langit-langit dan bumi, dan memelihara keduanya tidaklah berat bagi-Nya". (Surah al-Baqarah, ayat 255).
Mereka
yang dirahmati, yang dikurniakan sebahagian ilmu-Nya adalah nabi-nabi
dan kekasih-Nya yang berjuang untuk datang hampir kepada-Nya.
Firman-Nya:
"Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi". (Surah Ta Ha, ayat 7).
"Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi". (Surah Ta Ha, ayat 7).
"ALLAH, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Kepunyaan-Nya nama-nama yang sangat baik". (Surah Ta Ha)
Wassalam
HAJI KE MEKAH DAN HAJI ROHANI KE HAKIKAT HATI
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment