أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Kejadian ADAM
Maka tetakala dikehendaki Allah Taala menjadikan lembaga Adam, maka dihimpunkan air, tanah, api dan hawa(haba) lalu Tajlli hak Taala kepada tanah itu dengan berbagai Tajlli Sifat dan Zatnya maka digengamnya segengam daripada bumi itu dengan gengaman Jabrautnya, maka dihantarkannya ia pada alam Malakut adalah tanah yang digengam itu pilihan daripada segala tanah, maka dengan haq Allah Taala tanah segengam itu dengan beberapa rempah-rempah, bau-bauan, daripada Nur Sifatnya, maka diturunkan Allah Taalah hujan atas tanah yang segengam itu.
Setelah itu maka dititahkan Allah taala akan Izrail pula, maka Izrail pun pergilah ke bumi hendak mengambil tanah daripada bumi itu, maka disumpahnya oleh bumi juga akan dia. Seperti sumpahan akan Jibril ["serta katanya demi Allah jangan engkau ambil akan daku, bahawa aku takut dijadikan Allah Taala suatu daripada aku tiada kuasa aku menanggung siksa neraka"] Maka kata Izrail hai bumi tiada dengan kehendak aku yang aku ambil daripada mu maka dihantarkan tangannya daripada Musyrik hingga sampai kepada segala bumi maka diambilnya lah daripada segala jenis tanah itu daripada tanah putih, merah, hitam, kuning, kelabu, dan barang sebaginya maka sebab itulah jadi berlain-lainan rupa pada tubuh nabi allah adam.
Maka dibawa oleh Izrail akan tanah itu kehadrat Taalah serta sembahnya, Ya Saidi Ya Maulana engkau jua tuhan yang terlebih mengetahui akan hal hambamu disumpah oleh bumi inilah tanah yanga ku ambil daripadanya. Maka Firman Allah Taala, hanya Izrail telah aku ketahui engkau disumpahnya, tetapi sumpahanya itu aku tolakkan daripada mu kerana engkau mengerjakan suruhku dan aku serahkanlah kepada mu mengambil NYAWA segala yang aku jadikan itu, maka sembah Izrail , ya Tuhanku jika yang sedemikian itu jadi berseterulah mereka dengan hamba mu ini.? Maka firman Allah Taala, hai Izrail tiada dapat berseteru mereka itu akan dikau kerana aku jadikan baginuya suatu sebab, dengan mati dibunuh, mati dimakan binatang atau mati lemas didalam air atau mati dengan sesuatu penyakit akan dia.
Setelah itu Firman Allah Taala kepada Malaikat, ambil olehmu air empat bagi (bahagian), cucurkan kepada tanah itu, maka Malaikat pun pergilah ke dalam surga mengambil ia air manis, air masam, air putih dan hanyir dan cucur seperti friman allah taala dalam hadis qudsi, yang ertinya aku “hamarkan” lembaga adam dengan dua tangan kudart ku, empat hari maka jadilah dariapda
- air manis itu air liur
- dan daripada air masam itu air mata
- dan daripada air hanyir itu air hidung
- dan daripada air putih itu air telinga.
Kata Wahab bahawa kejadian Allah Taala akan Nabi Allah Adam itu daripada tujuh petala bumi,
Turun ruh itu kedadanya maka bersegera ia hendak berdiri maka tiada dapat akan dia berdiri itu. Bermula demikian itu firman allah taala yang ertinya adalah perangai manusia itu sangat bersegera, maka tetakala sampai roh itu kepada ronga perutnya maka inginlah ia akan makan kemudian mesralah roh itu pada sekelian tubuhnya maka jadilah daging dan darah dan urat yang besar-besar dan urat-urat yang kecil dan dianugrahkan oleh allah taalah akan pakaian kulit yang sangath halus seperti KUKU bertambah-tambah tiap tiap hari keelokkan dan Jamalnya. Terpancar Nur Muhammad dengan brseri-seri pada wajahnya.
Bertukarlah pakaian kulit seperti kuku itu kepada keadaan kulit yang sekarang ini apabila diperintahkah Allah Taala turun Nabi Adam turun ke bumi. Sesungguhnya Nabi Allah Hawa itu dari tulang rusuk yang kiri Nabi Allah Adam.
Seterusnya [Next]:- Fasal pada menyatakan kejadian Malaikat dan MAUT
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Kejadian ADAM
Fasal menyatakan kejadian ADAM
Maka tetakala dikehendaki Allah Taala menjadikan lembaga Adam, maka dihimpunkan air, tanah, api dan hawa(haba) lalu Tajlli hak Taala kepada tanah itu dengan berbagai Tajlli Sifat dan Zatnya maka digengamnya segengam daripada bumi itu dengan gengaman Jabrautnya, maka dihantarkannya ia pada alam Malakut adalah tanah yang digengam itu pilihan daripada segala tanah, maka dengan haq Allah Taala tanah segengam itu dengan beberapa rempah-rempah, bau-bauan, daripada Nur Sifatnya, maka diturunkan Allah Taalah hujan atas tanah yang segengam itu.
Dengan Sifat Jalal dan Jamal maka
dijadikan lembaga oleh hak Allah Taala akan tanah yang satu gengam
itu dengan berbagai-bagai nafas alam malik, dan alam malakut itu maka
dihantarkan ia lembaga itu pada pihak Qudrat
yang antara medan “azali” dan “abaad” hingga berlakulah atas segala sabit yang tersebut daripada "israkulalzat" dan segala alam yang tersebut daripada qamar al-sifat, tetapi tiada menzahirkan dan tiada mashur namanya dan segala perinya pada segala malaikat dan segala jin seperti firman allah yang maksudnya”sesungguhnya telah datang atas adam sesuatu masa yang tidada ada ia sesuatu yang disebut akan dia yakni adalah berlalu atas lembaga adam kira kira 120 tahun lamanya iaitu:-

- Pada tanah yang bercampur dengan air kira-kira 40 tahun lamanya.
- Pada tanah kering kira-kira 40 tahun lamanya.
- Pada tanah hitam busuk kira-kira 40tahun lamanya.
Setelah itu maka dipersalinkan hak
taala akan lembaga itu dengan persalinan kemuliaan, maka terdidinglah
penglihatan segala malaikat daripada melihat hakikat rupa lembaga itu
daripada melihat yang dijadikan allah Taala denga kemulianya dan Samad
dan Jalalnya dan Jamalnya dan Zatnya pada menyempurnakan akan kejadian
lembaga Nabi Allah Adam,
Maka adalah tilik segala malaikat
kepada lembaga itu dengan tilik kehinaan pada penglihatan meraka itu
kerana kurang makrifat mereka itu akan kebesaran dan martabat lembaga
itu. dan dibutakan Allah Taala akan mata Iblis daripada melihat segala
rahsia didalam lembaga nabi allah adam itu hingga dibesarkan dirinya
daripada lembaga itu.
Berkata segala ulama tetakala
dikehendaki allah taala menjadikan nabi allah adam, maka ia berfirman
seperti yang tersebut didalam alquraan yang ertinya, pada ketika
firman tuhan engkau bagi segala malaikat bahawa sesungguhnya aku hendak
menjadikan insan daripada tanah, maka firman allah taala kepada Jibril
Alaisalam, Hai Jibril, pergilah engkau ke bumi ambil olehmu
tanah daripada segala bumi. Aku hendak menjadikan suatu kejadian
daripdanya. maka Jibril pun turunlah ke bumi lalu hendak diambilnya
akan tanah daripada bumi itu maka disumpah oleh bumi akan dia
serta katanya demi Allah jangan engkau ambil akan daku, bahawa aku
takut dijadikan Allah Taala suatu daripada aku tiada kuasa aku
menanggung siksa neraka, maka Jibril pun kembalilah kehadrat
Allah, maka dipersembah Jibril, Ya Tuhanku engkau jua yang mengetahui
bahawa hambamu disumpah oleh bumi...
Setelah itu maka dititahkan Allah akan Mikail
pun mengambilnya akan bumi itu, maka Mikail pun pergilah lalu hendak
diambilnya akan bumi itu maka lalu disumpahnya oleh bumi tu akan ia.
Maka ia pun kembali ke hadrat Allah Taala serta sembah ia seperti
sembah Jibril itu jua.
Setelah itu maka titahkan Allah Taala akan Israfil
pula mengambil akan bumi itu, maka Israfil pun pergilah lalu hendak
diambil akan bumi itu maka lalu disumpahi akan dia, maka ia pun kembali
ke hadrat Allah Taala serta sembahnya seperti sembah Mikail itu jua.
Setelah itu maka dititahkan Allah taala akan Izrail pula, maka Izrail pun pergilah ke bumi hendak mengambil tanah daripada bumi itu, maka disumpahnya oleh bumi juga akan dia. Seperti sumpahan akan Jibril ["serta katanya demi Allah jangan engkau ambil akan daku, bahawa aku takut dijadikan Allah Taala suatu daripada aku tiada kuasa aku menanggung siksa neraka"] Maka kata Izrail hai bumi tiada dengan kehendak aku yang aku ambil daripada mu maka dihantarkan tangannya daripada Musyrik hingga sampai kepada segala bumi maka diambilnya lah daripada segala jenis tanah itu daripada tanah putih, merah, hitam, kuning, kelabu, dan barang sebaginya maka sebab itulah jadi berlain-lainan rupa pada tubuh nabi allah adam.
Maka dibawa oleh Izrail akan tanah itu kehadrat Taalah serta sembahnya, Ya Saidi Ya Maulana engkau jua tuhan yang terlebih mengetahui akan hal hambamu disumpah oleh bumi inilah tanah yanga ku ambil daripadanya. Maka Firman Allah Taala, hanya Izrail telah aku ketahui engkau disumpahnya, tetapi sumpahanya itu aku tolakkan daripada mu kerana engkau mengerjakan suruhku dan aku serahkanlah kepada mu mengambil NYAWA segala yang aku jadikan itu, maka sembah Izrail , ya Tuhanku jika yang sedemikian itu jadi berseterulah mereka dengan hamba mu ini.? Maka firman Allah Taala, hai Izrail tiada dapat berseteru mereka itu akan dikau kerana aku jadikan baginuya suatu sebab, dengan mati dibunuh, mati dimakan binatang atau mati lemas didalam air atau mati dengan sesuatu penyakit akan dia.
Setelah itu Firman Allah Taala kepada Malaikat, ambil olehmu air empat bagi (bahagian), cucurkan kepada tanah itu, maka Malaikat pun pergilah ke dalam surga mengambil ia air manis, air masam, air putih dan hanyir dan cucur seperti friman allah taala dalam hadis qudsi, yang ertinya aku “hamarkan” lembaga adam dengan dua tangan kudart ku, empat hari maka jadilah dariapda
- air manis itu air liur
- dan daripada air masam itu air mata
- dan daripada air hanyir itu air hidung
- dan daripada air putih itu air telinga.
Kata Wahab bahawa kejadian Allah Taala akan Nabi Allah Adam itu daripada tujuh petala bumi,
- Kepalanya itu daripada bumi yang pertama.
- Lehernya itu daripada bumi yang kedua.
- Ddadanya daripda bumi yang ketiga.
- Kedua tangan itu daripada bumi yang keempat.
- Belakang badan dan perutnya daripada bumi yang kelima.
- Dan pingangnya daripada bumi yang keenam.
- Kedua betisnya dan kedua tapak kakinya daripada bumi yang ketujuh.
Dan pada satu riwayat kata Ibni Abas
r.a.h. telah menjadikan oleh Allah Taala akan jasad Adam a.l.s daripada
segala iklim dunia.
- Kepalanya itu dariapda tanah Kaabah
- Dadanya itu daripada segala pihak bumi
- Belakangnya dan perutnya itu daripada tanah Hindi
- Dua tanganya itu daripada tanah Masyrik
- Dua kakinya itu daripda tanah Magrib
Dan pada satu riwayat yang lain pula telah berkata Ibnu Abas r. telah menjadi oleh Allah Taala akan jasad Adam a.l.s
- Kepalanya itu daripada tanah Baitul Mukadis itu tempat akal dan cerdik dan berkata-kata.
- Mukanya itu daripada tanah Syurga - tempat keelokan dan tempat perhiasan.
- Dua telinganya itu dariapda tanah Tursina - itu tempat mendengar nasihat.
- Dahinya itu itu daripada tanah Iraq - tempat sujud bagi Allah Taala
- Segala kakinya itu daripada tanah Kausar
- Tangannya yang kanannya dan segala anak jarinya daripada tanah Baitul Kaabah
- Tangannya yang kiri itu daripada tanah Parsi
- Dua kakinya dan serta dua bvetisnya itu daripada tanah Hindi
- Tulang itu daripda tanah Bukit
- Uratnya itu daripada tanah Negeri Bil Bil
- Belakangnya itu daripada tanah Iraq
- Perutnya itu daripda tanah Khurasan
- Hatinya itu daripada tanah Firdaus
- Lidahnya itu daripda tanah Taif
- Mata itu daripada tanah Hud.
Telah menjadikan Allah taala didalam
Adam itu sembilan pintu, tujuh dikepalanya iaitu dua matanya, dua
telinganya, dua lubang hidunnya, dan mulutnya. Dan dua lagi qubul dan
dubur.
Dan dijadikan pacaindera yang lima itu:-
- Penglihatan pada mata
- Pendengaran pada telinga
- Perasa pada mulut
- Penjabat (deria) pada badanya
- Penciuman pada hidunnya
Turun ruh itu kedadanya maka bersegera ia hendak berdiri maka tiada dapat akan dia berdiri itu. Bermula demikian itu firman allah taala yang ertinya adalah perangai manusia itu sangat bersegera, maka tetakala sampai roh itu kepada ronga perutnya maka inginlah ia akan makan kemudian mesralah roh itu pada sekelian tubuhnya maka jadilah daging dan darah dan urat yang besar-besar dan urat-urat yang kecil dan dianugrahkan oleh allah taalah akan pakaian kulit yang sangath halus seperti KUKU bertambah-tambah tiap tiap hari keelokkan dan Jamalnya. Terpancar Nur Muhammad dengan brseri-seri pada wajahnya.
Bertukarlah pakaian kulit seperti kuku itu kepada keadaan kulit yang sekarang ini apabila diperintahkah Allah Taala turun Nabi Adam turun ke bumi. Sesungguhnya Nabi Allah Hawa itu dari tulang rusuk yang kiri Nabi Allah Adam.
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................................................
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
No comments:
Post a Comment