27 February 2020

Hakikat Awal Nur Muhammad



 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎

الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 

Hakikat Awal Nur Muhammad

Hakikat Awal Nur Muhammad
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............
ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............
SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............
AMMA BA'DU,
Pemahaman tentang hakikat Nur Muhammad pada umumnya dimulai daripada asal segala kejadian iaitu ketika seluruh alam belum ada dan belum satu pun makhluk diciptakan Allah swt. Pada saat itu, yang ada hanya zat Tuhan semata-mata, satu-satunya zat yang ada dengan sifat wujudNya. Banyak dari kalangan sufi memahami bahawa pada saat itu zat yang wujud yang bersifat qidam tersebut, belumlah menjadi Tuhan kerana belum bernama Allah. Untuk boleh dikatakan sebagai Tuhan, sesuatu itu harus dan wajib ada yang menyembahNya. Apabila tidak ada yang menyembahNya, maka tidak boleh sesuatu itu dikatakan sebagi Tuhan.
Logiknya demikian karena zat yang wujudNya bersifat qidam tersebut pada saat itu hanya berupa zat, maka pada saat itu Dia belum menjadi Tuhan dan Dia belum bernama Allah, kerana perkataan Allah dipakai dan diperkenalkan oleh Tuhan sendiri setelah ada makhluk yang akan menyembahnya serta hakikat makna dari perkataan Allah itu sendiri bererti yang disembah oleh sesuatu yang lebih rendah daripadanya.
Setelah itu, barulah diciptakan Muhammad dalam wujud nur atau cahaya yang diciptakan atau berasal dari Nur atau Cahaya Zat yang menciptakannya iaitu Nur yang cahayanya terang benderang lagi menerangi, kemudian nur tersebut difahami sebagai Nur Muhammad. Nur itulah yang kemudian mensifati atau memberi sifat akan Zat iaitu sifat wujud yang bererti ada dan mustahil bersifat tidak ada kerana sudah ada yang mengatakan “ada” atau meng“ada”kan iaitu Nur Muhammad.
Jabir ibn `Abdillah r.a. berkata kepada Rasullullah s.a.w: “Wahai Rasullullah, biarkan kedua ibubapaku dikorban untukmu, khabarkan perkara yang pertama Allah jadikan sebelum semua benda!” Baginda menjawab: “Wahai Jabir, perkara yang pertama yang Allah jadikan ialah cahaya Rasulmu daripada cahayaNya, dan cahaya itu tetap seperti itu di dalam kekuasaanNya selama kehendakNya, dan tiada apa, pada masa itu (Hr : al-Tilimsani, Qastallani, Zarqani ). `Abd al-Haqq al-Dihlawi mengatakan bahawa hadith ini sahih.
Ali ibn al-Husayn, daripada bapanya, daripada kakaknya berkata bahawa Rasullullah s.a.w berkata: “Aku adalah cahaya di hadapan Tuhanku selama empat belas ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam ‘alaihis salam (HR Imam Ahmad, Dhahabi dan al-Tabari).
Setelah Nur Muhamamad diciptakan daripada Nur atau Cahaya ZatNya, maka selanjutnya Nur Muhammad itu merupakan bahagian yang tidak memisahkan keberadaannya dengan Zat, kerana dengan Nur Muhammad itulah, Zat melahirkan semua sifat yang disifatiNya.
“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi, perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar, pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur sesuatu dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api, cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang Dia kehendaki dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu” (An Nuur : ayat 35).
Yang dimaksud lubang yang tidak tembus (misykat) ialah suatu lubang di dinding rumah yang tidak tembus sampai kesebelahnya, biasanya digunakan untuk tempat lampu, atau barang-barang lain.
Yang dimaksud pohon zaitun ialah pohon zaitun itu tumbuh di puncak bukit, ia dapat sinar matahari baik di waktu matahari terbit maupun di waktu matahari akan terbenam, sehingga pohonnya subur dan buahnya menghasilkan minyak yang baik.
Ibn Jubayr dan Ka`ab al-Ahbar berkata: “Apa yang dimaksudkan bagi cahaya yang kedua itu ialah Rasullullah s.a.w kerana baginda adalah pesuruhNya dan penyampai daripada Allah s.w.t terhadap apa yang menerangi dan terzahir”. Ka`ab berkata: “Minyaknya bersinar dan berkilauan kerana sinar Rasullullah s.a.w akan diketahui orang ramai walaupun jika baginda tidak mengakui bahawa baginda adalah seorang nabi, sama seperti minyak itu bersinar berkilauan walaupun tanpa dinyalakan.
Dari dalil-dalil yang disampaikan di atas, dapatlah difahami bahawa hubungan antara Nur Muhammad dengan Zat Tuhan adalah hubungan yang tidak dapat dipisahkan iaitu; Di mana Allah berdiri, di sana Nur Muhammad berada; Ketika Allah disebut, maka di sana Muhammad ikut menyertainya seperti pada kalimat tauhid “La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasululullah”. Ketika Allah disebut, maka mutlak di sana Muhammad ikut atau berada. Ibarat api dengan panasnya; Di mana api berada, maka di sana pula panasnya berada. Di mana Zat berada, di sana pula Nur Muhammad berada. Bukanlah dikatakan api kalau tidak terasa panas. Ketika api disentuh, maka sesungguhnya yang tersentuh hanyalah panasnya sahaja dan ketika terasa panasnya api, pada hakikatnya yang dirasakan ialah api itu sendiri. Untuk memudahkan pemahaman (hanya sebagai misalan), kalau diibaratkan “api” adalah Zat dan “panas” adalah Nur Muhammad yang menjadi sifat, yang tidak terpisah seperti sifat panas daripada api.
Sebagai contoh lain dapat difahami melalui konsep laut dan gelombang. Tidaklah dikatakan sesuatu itu laut kalau ia tidak bergembang (ombak), kerana gelombang itu adalah sifat daripada laut. Di mana ada laut, maka di sana pula ada gelombangnya. Tidak bergoncang atau bergerak gelombang itu apabila laut tidak bergoncang, kerana gelombang itu adalah laut yang bergoncang. Ketika kita memandang laut, yang terlihat adalah gelombangnya. Dan ketika mata memandang gelombang, pada hakikatnya yang dipandang adalah laut (pemahaman ini mungkin sebaiknya disimpan dahulu untuk memudahkan pemahaman pada kajian selanjutnya).
Cubalah pelajari dan fahami hadith berikut di dalam acuan pemahaman misalan di atas;
“Aku telah dimasukkan ke dalam tanah pada Adam dan adalah yang dijanjikan kepada ayahandaku Ibrahim dan khabaran gembira kepada Isa ibn Maryam” (HR : Ahmad dan Baihaqi)
“Bila Tuhan menjadikan Adam, Dia menurunkan aku dalam dirinya (Adam). Dia meletakkan aku dalam Nuh semasa di dalam bahtera dan mencampakkan aku ke dalam api dalam diri Ibrahim. Kemudian meletakkan aku dalam diri yang mulia-mulia dan memasukkan aku ke dalam rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku dari kedua ibubapa ku. Tiada pun dari mereka yang terkeluar”. ( HR : Hakim, Ibn Abi `Umar al-`Adani )
Mungkin postingan ini terlalu singkat sehingga tidak mudah untuk difahami. Tetapi cukup untuk sekadar bahan yang berguna untuk menyegarkan kembali pemahaman yang sudah ada dan sebagai pelengkap wawasan dalam perbincangan di majlis ta’lim masing-masing. Sebagai kajian awal, ianya sudah cukup dan memadai. Para guru dan mursyid kita tentunya akan mempunyai waktu dan kesempatan yang banyak untuk menjelaskan secara terperinci.
Apabila para pembaca dan pengunjung blog ini belum bertemu mursyid yang sebenar, janganlah berputus asa. “Allah tidak pernah menurunkan beban ujian di luar kesanggupan hambanya” dan “Di sebalik pendakian itu pasti ada penurunan”. Itu adalah janji Allah yang pasti akan ditepatiNya, amin... Wallahu a’lam…
Posted by alfaqir ilallah at 8:11 PM
Labels: Allah, hal-hal, ilmu, imam, iman dan ihsan, islam, janji Allah, kejadian Nur Muhammad, makrifat, nur, Nur Muhammad, sifat, Tuhan, zahir dan batin, zat
1 COMMENT:
1.           
elfanNovember 20, 2010 at 11:19 AM
Dengan uraian yang sangat panjang tsb. lalu mau dikemanakan a.l. QS. 15:29 :

"Setelah Aku sempurnakan bentuknya (Adam) dan Aku tiupkan kepadanya (Adam) ruh-Ku, maka hendaklah kamu tunduk merendahkan diri kepadanya (Adam)"

Dari ayat ini dan masih banyak lagi ayat-ayat lain yang terkait dengan posisi Adam As. dapat disimpulkan tidak 'terselip' perkalimat pun riwayat Nur Muhammad.

Muhammad SAW manusia biasa, berbeda proses kelahirannya dengan Nabi Isa As. dan apalagi dengan penciptaan Adam As.

Katakan (hai Muhammad): "Aku tidak mengatakan kepada kamu, bahwa aku (Muhammad) mempunyai perbendaharaan Allah, tidak pula aku mengetahui yang ghaib dan tidak pula aku mengatakan, bahwa 'aku malaikat'; hanyalah aku mengikut apa yang diwahyukan kepadaku". Katakan: 'Samakah orang buta dengan orang yang dapat melihat?' Tidakkah kamu pikirkan? (QS. 6:50)
Reply




Hakikat Awal Nur Muhammad


Moga Bermanfaat









Wallahu Alam Bishshawab.


Moga Bermanfaat.


Insya ALLAH 

.........................................................

No comments: