اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
PEMUDA BANI TAMIM SUDAH MUNCUL ?
PEMUDA BANI TAMIM SUDAH MUNCUL ?
MARI KENALI BANI TAMIM
Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani Tamim
Hadith Nabi SAW : " Sesungguhnya Bani Tamim itu
mempunyai kekuatan jiwa yang hebat, tetap pendirian dalam mempertahankan
prinsip. Mereka juga adalah pembela kebenaran diakhir zaman"
Sabda Nabi SAW: " Bani Tamim merupakan golongan dari
umatku yang amat memusuhi Dajjal"
Imam Al-Qurthubi ketika menghuraikan hadith di atas
mengatakan bahawa;
" Berdasarkan hadith tersebut dapatlah diyakini bahawa
Bani Tamim tidak akan terputus keturunan mereka sehinggalah kehari kiamat,
bahkan Bani Tamim di akhir zaman nanti merupakan kelompok yang amat kuat
berpegang dengan kebenaran serta memperjuangkannya".
Hadith Nabi SAW:
" Kelompok yang paling ramai dimasukkan ke dalam syurga
melalul jalan syafaat seseorang ialah Bani Tamim ".
Hadith Nabi SAW juga menyebutkan:
"Bani Tamim merupakan suku bangsa arab yang paling
fasih berbahasa arab berbanding suku arab yang lain ".
lmam lbnu Hajar pula menjelaskan tentang ciri utama bagi
Bani Tamim yaitu: "
Adalah dimaklumi sejak dari zaman jahiliah hingga zaman
Islam sentiasa berlaku penguasaan kelompok Bani Tamim dalam pemerintahan
disamping mereka juga merupakan golongan atasan dalam masyarakat dimana mereka
dihormati dan dimuliakan"
Rasulullah SAW ketika menggambarkan tentang Bani Tamim
berpesan: " "Janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Bani Tamim
melainkan sesuatu yang baik-baik sahaja ".
Sabda Nabi SAW:
" Mereka itu (Bani Tamim) adalah dari kaum kami"
Hadith dan selainnya yang mengakui Bani Tamim sebagai
sebahagian dari kaum Baginda SAW merupakan satu pengiktirafan terhadap suku
pilihan ini.
lmam At-Tabrani menyatakan:
"Bani Tamim terkenal tetap pendirian, berjiwa besar,
jelas cita-cita, amat memusuhi Dajal di akhir zaman, cukup tahan menghadapi apa
saja halangan. Bani Tamim tidak akan tergugat dengan sebarang halangan, ancaman
dan penentangan dari mana-mana pihak yang mahu memudharatkan perjuangan
mereka".
Asal Keturunan Bani Tamim
1. Pilihan Tuhan dari kalangan hambanya;
Hadith Rasul SAW yang bererti:
" Sesungguhnya Allah Tabaraka Wataala telah menciptakan
langit lalu dipilihNya untuk diletakkan di bahagian yang tinggi. Di situlah
Tuhan memilih pula sebahagian makhlukNya sebagai penghuni, Kemudian Allah
menjadikan makhluk-makhluk (di atas muka bumi) lalu dipilihnya Bani Adam
(manusia-sebagai khalifah), kemudian Tuhan memilih daripada Bangsa Arab itu
Bani Mudhor sehingga akhirnya daripada Mudhor itulah Tuhan memilih suku Quraisy
".
2. Asal mereka dari pada anak cucu Mudhor;
Imam Bukhori ketika memperkatakan Nasab Rasululah SAW
menyatakan:
Muhammad ibni Abdullah ibni Abdul Muthalib ibni Hasyim ibni
Abdu Manaf ibni Qusoai ibni Kilab ibni Murrah ibni Ka'ab ibni Lu'aie ibni
Ghalib ibni Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah
ibni Ilyas ibni Mudhor ibni Nizar ibnl Ma'add ibni Adnan.
Suku Quraisy:
Dari pada Bani Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni
Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor.
Suku Tamim:
Dari pada Tamim ibni Mur ibni Udd ibni Thobikhah (Amru) ibni
llyas ibni Mudhor.
3. Bani Tamim tunggak keturunan Arab:
"Bani Tamim adalah dari pada keturunan Nabi Ismail dan
Nabi lbrahim Alaihi salam"
lbnu Hazm menyatakan bahawa:
"Bani Tamim adalah sebuah Qabilah terbesar dalam qabilah arab dengan bilangan kaumnya yang ramai serta rangkaian sukunya yang luas sehingga Bani Tamim dikatakan sebagai tunggak utama bagi bangsa arab keseluruhannya .... Bahkan mereka mula bertebaran keluar dari dunia arab sejak zaman awal Islam melalui penyertaan mereka yang ramai di dalam bala tentera Islam. Ramai yang digerakkan menuju ke kawasan Khurasan dan lain-lain kawasan penerokaan wllayah .... ".
BANI Tamim DIANGGAP KELUARGA OLEH RASULULLAH SAW
|
Diriwayatkan oleh Saiyidina Abbas RA. ketika turunnya ayat yang bererti:
"Dan (wahai Muhammad) mulakanlah memberi peringatan kepada kaum keluargamu yang terdekat ", lantas ketika itu Baginda SAW menyeru: " wahal Bani Fihr, Wahai Bani 'Adiey", ... memanggil kelompok asal umat arab yaitu termasuk di dalamnya Bani Tamim. .."
Terdapat banyak riwayat hadith yang menunjukkan pengakuan Rasulullah saw. bahawa Bani Tamim adalah termasuk dalam kaum / suku kesayangan Baginda.
|
Keistimewaan dan Kelebihan Bani Tamim
lbnu Hazm menyatakan bahawa:
"Bani Tamim adalah sebuah Qabilah terbesar dalam
qabilah arab dengan bilangan kaumnya yang ramai serta rangkaian sukunya yang
luas sehingga Bani Tamim dikatakan sebagai tunggak utama bagi bangsa arab
keseluruhannya .... Bahkan mereka mula bertebaran keluar dari dunia arab sejak
zaman awal Islam melalui penyertaan mereka yang ramai di dalam bala tentera
Islam. Ramai yang digerakkan menuju ke kawasan Khurasan dan lain-lain
kawasan penerokaan wllayah .... ".
BANI Tamim DIANGGAP KELUARGA OLEH RASULULLAH SAW
Diriwayatkan oleh Saiyidina Abbas RA. ketika turunnya ayat
yang bererti:
"Dan (wahai Muhammad) mulakanlah memberi peringatan
kepada kaum keluargamu yang terdekat ", lantas ketika itu Baginda SAW
menyeru: " wahal Bani Fihr, Wahai Bani 'Adiey", ... memanggil
kelompok asal umat arab yaitu termasuk di dalamnya Bani Tamim. .."
Terdapat banyak riwayat hadith yang menunjukkan pengakuan
Rasulullah saw. bahawa Bani Tamim adalah termasuk dalam kaum / suku kesayangan
Baginda.
Keistimewaan dan Kelebihan Bani Tamim
Berikut adalah ringkasan dan rumusan yang dapat di catatkan
berdasarkan hadith-hadith dan pandangan ulama' berkaitan dengan keistimewaan
Bani Tamim:
1. Rasul amat
memuliakan Bani Tamim
2. Rasul mengkagumi
Bani Tamim pada hayat Baginda
3. Rasul menegah
memburuk-buruk Bani Tamim
4. Rasul menyuruh
mencintai Bani Tamim
5. Abu Hurairah
tidak pernah sekali pun memarahi Bani Tamim
6. Kelompok yang
paling ramai dimasukkan ke dalam syurga atas jalan syafaat.
7. Bila dikatakan
mereka adalah antara umat Baginda Rasul SAW yang paling ramai memasuki syurga
atas jalan syafaat; bermakna kelompok Bani Tamim ini amat bersandar dengan
berkat Rasulullah SAW, Imam Mahdi dan Fata At Tamimi. Justeru itu tidak hairan kelompok Bani Tamim
inilah yang paling serius dalam
menghayati konsep tabarruk dan tawassul.
8. Berjiwa besar
9. Amat berpegang
dengan sunnah
10.
Menjelaskan kebenaran mimpi / mempunyai pengalaman rohaniah.
11.
Tetap pendirian.
12.
Keyakinan mereka tetap tidak mudah digoyang atau diganggu gugat
13.
Suku arab yang paling banyak percampurannya dengan bangsa yang lain dari bangsa arab (ajam).
14.
Paling fasih berbahasa Arab di kalangan bangsa arab. Ini menandakan Bani
Tamim akan mempelopori uslub dakwah melalui bidang seni suara bahkan kemerduan
suara Bani Tamim inilah yang akan dapat menundukkan bangsa-bangsa yang lain
bagi menerima Fata At-Tamimi dan Imam Mahdi.
15.
Qabilah yang nasabnya tidak lagi dapat dikenal pasti secara keseluruhan
berbanding Ahli Bait Rasulullah SAW.
16.
Jaminan nasab keturunan Bani Tamim tidak akan terputus hingga akhir
zaman (berdasarkan hadith mereka amat memusuhi Dajjal).
17. Suku bangsa arab yang disimpan untuk
berperanan diakhir zaman seiring dengan suku Quraisy; mengesahkan isyarat
hadith Fata At-Tamimi akan seganding dengan Imam Mahdi.
18.
Ketegasan dalam menentang Dajjal menunjukkan pemimpin akhir zaman akan
muncul dari Bani Tamim.
19.
Tebaran ahli keluarga Bani Tamim telah merata ke seluruh dunia
20.
Fata At-Tamimi disembunyikan melalui perkahwinan campur dengan bangsa
ajam
21.
Pilihan Tuhan bagi suku ini yang akan memerangi Dajjal menandakan Bani
Tamim akan berperanan penting di akhir zaman sebelum dan selepas kedatangan
Imam Mahdi
22.
Munculnya Fata At-Tamimi dari kelompok mereka yang akan menjadi orang
kanan Imam Mahdi.
23.
Di datangkan kerajaan Bani Saud yang berfahaman Wahabi untuk melindungi
Bani Tamim yang dipilih Tuhan. (Ibnu Taimiyah dan Muhammad Ad. Wahhab dari Bani
Tamim)
24.
Kerajaan Wahabi menyebar luaskan maklumat berkaitan Bani Tamim
25.
Hadith-hadith dan riwayat yang dikeluarkan oleh golongan Wahabi tentang
Bani Tamim tidak dapat dipertikaikan lagi kerana mereka begitu tegas dalam
penggunaan hadith yang sahih atau hasan.
26.
Bani Tamim merupakan kelompok yang mempunyai kecerdikan dan berkeupayaan
memimpin serta mengatur strategi perjuangan. Para ahli ilmu mengakui kecerdikan
anak-anak dari keturunan Bani Tamim.
27. Pembela kebenaran diakhir zaman
28.
Jelas cita-cita.
29.
Mempunyal matlamat perjuangan yang jelas dan mampu mencapainya
30.
Qabilah yang menjadi tunggak bangsa arab
31. Qabilah yang paling ramai dan tersohor
32.
Banyak menerima bantuan secara rohaniah
33.
Bila dikatakan mereka adalah antara umat Baginda Rasul SAW yang paling
ramai memasuki syurga atas jalan syafaat: bermakna kelompok Bani Tamim ini amat
bersandar dengan berkat Rasulullah SAW, Imam Mahdi dan Fata At-Tamimi. Justeru
itu tidak hairan kelompok Bani Tamim inilah yang paling serius dalam menghayati
konsep tabaruk dan tawassul.
34.
Terkenal sebagal kelompok yang menguasai pemerintahan negara di mana
saja mereka berada
35.
Mereka menjadi golongan atasan dan bangsawan di dalam masyarakat
36.
Mereka dihormati dan dimuliakan
37.
Amat gigih dalam perjuangan di medan jihad dan dilapangan dakwah
38.
Terkenal gagah berani di medan perang.
39.
Banyak terlibat dalam peperangan dan penerokaan wilayah Islam. Panglima
Islam yang membunuh Panglima Rustum (Parsi) dalam perang Al-Qadisiyah ialah
Panglima Zuhrah lbni Hawiyyah As-Sa'adiey dari Bani Tamim
40.
Bani Tamim boleh dikenali diakhir zaman melalui penglibatan mereka dalam
perjuangan kebenaran yang diasaskan melalui uslub dakwah tidak dalam bentuk
yang lain.
41.
Kelompok yang suka mengembara
42.
Kelompok yang banyak bergelanggang dl medan dakwah ke seluruh pelusuk
dunia
43.
Kelompok yang paling menonjol berpegang dengan perjuangan kebenaran
diakhir zaman
44.
Kelompok yang menguasai bidang ilmu dunia dan akhirat sepanjang zaman.
45.
Terdapat bukti di sepanjang sejarah, ramainya ulamak besar dari Bani
Tamim
46. Menjadi tempat rujuk di dalam
masyarakatnya
47.
Amat serius dalam pengamalan Islam
48.
Kelompok Bani Tamim lebih ramai berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah
Waljamaah berbanding Wahabi, Cuma Wahabi tertonjol kerana penguasaan mereka
terhadap kerajaan Bani Saud (Saudi)
Putra Bani Tamim Perintis Jalan Imam Mahdi
Islam akan kembali Gemilang di Akhir Zaman Hari ini, bukan
sahaja umat Islam bahkan orang bukan Islam pun sedang berbincang dan
berbual-bual tentang keinginan mereka kepada satu keadaan dan satu suasana yang
lain dari apa yang ada sekarang ini. Semuanya sudah rasa jemu dengan sistem
yang wujud. Ada rasa takut dan bimbang, mengharapkan kedatangan seorang
pemimpin untuk menyelesaikan masalah kronik dunia ini. Begitu sekali berlaku
sehingga orang bukan Islam pun sudah jemu dengan sistem yang ada dan inginkan sistem
baru. Rupanya memang perasaan-perasaan ini sengaja Tuhan berikan, sesuai dengan
akhir zaman kerana ada janji Tuhan bahawa Islam akan bangun kali kedua bertaraf
dunia.
Sebenarnya, perasaan itu adalah rahmat dari Tuhan untuk memudahkan orang
Tuhan berjuang. Untuk menyedarkan manusia menuju ke arah perjuangan yang
membawa kasih sayang dan keamanan. Kalau Tuhan tidak melakukan
perubahan-perubahan perasaan itu maka sangat sulitlah bagi kita untuk berjuang
hari ini. Terjadinya perubahan-perubahan perasaan dalam diri-diri manusia di
dunia ini adalah satu ulangan sejarah yang memang pernah berlaku di zaman-zaman
di mana ada pemimpin yang ditunjuk oleh Allah. Setiap kali apabila rasul-rasul
hendak datang maka manusia mengalami perubahan-perubahan perasaan itu.
Lebih-lebih lagi di zaman Rasulullah.
Sebelum kedatangan Rasulullah, hati-hati manusia seperti
sudah meminta kedatangan rasul. Begitulah watak manusia menunggu di waktu zaman
kedatangan pemimpin yang ditunjuk Allah. Rupanya watak itu berulang di dunia
ini sekarang. Sebab itu orang yang tidak masuk Islam pun apabila mereka
mendengar kebenaran merasa senang hati. Apabila mereka lihat satu kelompok yang
berkasih sayang, mudah saja mengikuti. Mereka tidak prejudis kepada siapa yang
membawa dan memperjuangkannya. Sekalipun bukan dari bangsa dan agamanya.
Satu
kebangkitan menurut lidah Rasulullah yang bertaraf dunia akan berlaku. Ertinya
dunia kita pun ada harapan untuk bertemu dengan dunia yang penuh dengan
keadilan dan keamananan. Walaupun di dunia yang bangsa-bangsanya sudah
memerlukan satu keadilan dan kasih sayang namun ia tetap memerlukan satu sistem
alternatif. Maka pada kali ini adalah giliran Islam.
Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah
bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya “Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali
sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang
lelaki dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan
ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi
dengan kezaliman”.( Kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
Kebangkitan yang bertaraf dunia itu akan dipimpin oleh Imam Mahdi dan
ianya akan bermula dari Timur sebagaimana yang disebutkan dalam hadis
rasulullah SAW :
Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin
Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya :
“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok
anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka
kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun
bertanya : “Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak
sukai?”. Beliau menjawab : “Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat
lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran
sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah timur yang
membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan ,
tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan.
Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya
hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang
memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan.
Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walaupun
merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi.”
Tetapi
bagi umat Islam, tidak dapat menjadi tapak kebangkitan itu walaupun
berkeinginan ke arah itu. Walaupun inginkan perubahan tetapi mereka masih
bingung dan tercari-cari. Tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Kalau
dilakukan juga, kita sudah melihat hasilnya. Ada yang menjadi militan, ada yang
beku dan jumud, ada yang pergi ke pondok atau pesantren dan sebagainya.
Kerajaan sudah mula bimbang kerana orang ramai hendak menghantar anak mereka ke
institusi agama.
Tetapi
bagi satu kelompok yang sudah dipilih Tuhan, samada pemimpinnya ataupun
pengikut-pengikutnya, mereka tidak susah lagi mencari-cari. Seolah-olah di
hadapannya sudah nampak rekabentuknya (design) dan nampak gambarannya.
Seolah-olah rangka rumah sudah nampak cuma hendak dibangunkan saja menjadi
rumah. Apabila terjadi hal begitu kepada kelompok tersebut maka itulah kelompok
pilihan Tuhan. Sebab itu, bagi orang lain yang sedang tercari-cari itu, tidak
usahlah hendak melakukannya sendiri kalau tidak dianugerahkan Tuhan. Lebih baik
dicari saja kelompok yang telah Rasulullah gambarkan yaitu yang menzahirkan
kebenaran dalam seluruh aspek kehidupannya: dalam diri, keluarga, ekonomi,
kebudayaan, pendidikan, dakwah, perhubungan, sains dan teknologi dan
sebagainya. Selain itu perjuangan mereka tidak dapat dimudaratkan atau
dihancurkan oleh musuh-musuh kebenaran sekalipun musuh-musuh itu sangat
berusaha menghancurkannya. Rasulullah SAW bersabda :
Senantiasa ada suatu thoifah (jamaah) yang sanggup
menzahirkan kebenaran dan tidak akan dapat memudaratkan mereka orang-orang yang
menentang mereka hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).
Sebenarnya, orang yang Tuhan janjikan bahawa di tangannyalah kebangkitan
itu berlaku, perjuangannya menjadi sangat indah dan jelas walaupun berhadapan
dengan ujian. Kaedahnya (Method) jelas. Mari kita gambarkan dengan lebih luas
lagi tentang corak (patern) kebangkitan Islam di akhir zaman itu.
Tuhan
telah menyimpan 3 orang pemimpin, iaitu pemimpin besarnya: (Pemuda) Putra Bani
Tamim, Imam Mahdi dan Nabi Isa. Dua orang disimpan oleh Tuhan iaitu Nabi Isa
yang dinaikkan ke langit dan Imam Mahdi yang dighaibkan. Kita pun tidak tahu di
mana mereka. Hanya Putra Bani Tamim tidak dighaibkan Yang disimpan itu cuma
seolah-olah dighaibkan sebab payah hendak dikenali orang. Ini adalah hikmah
dari Tuhan supaya musuh jangan cepat mengesan. Padahal mereka sedang
bergelanggang dan berjuang. Kalau dapat dipastikan oleh musuh, mereka tetap
diselamatkan kerana janji Tuhan tetapi anak buah tidak akan tahan kerana akan
dibelasah teruk.
Itulah hikmahnya walaupun mereka tidak disimpan tetapi
seolah-olah disimpan. Tuhan kelabukan mata gerakan-gerakan Islam yang lain.
Supaya keadaa lebih riuh-rendah lagi. Tiap-tiap hari disogok dengan
berita-berita di ruang-ruang akhbar iaitu gerakan Islam yang bersifat politik,
gerakan Islam yang bersifat militan, begitu juga gerakan Islam yang jumud dan
yang beku. Sementara itu, pemimpin yang Tuhan janjikan terlindung dari
masyarakat.
Tentang
kegemilangan Islam dan Imam Mahdi ini, Rasulullah SAW bersabda :
Dan telah mengeluarkan Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah
bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya “Kalau tidak tinggal dari dunia kecuali
sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang
lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya
dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah
dipenuhi dengan kezaliman”.
Dan abu Nu'aim mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi SAW
katanya :
“Al Mahdi daripada kami Ahlul bait, seorang lelaki dari
umatku, mancung hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan keadilan, seperti dia
dipenuhi kezaliman”.
Dan telah mengeluarkan Abu N'aim dan Al Khatib dalam Talkhis
Al mutasyabih dari ibnu Umar katanya sabda Rasulullah SAW :
“Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang
menyeru : Inilah Al Mahdi dan ikutilah dia”.
Putera Bani Tamim dari Timur Perintis Jalan Bagi Imam Mahdi
Sesuai dengan janji Allah ini dan bukti-bukti nyata, maka
Islamlah yang akan menggantikan kuasa Amerika sebagai super power dunia nanti.
Ini giliran Islam. Islam akan bangkit kembali dan menjadi sebuah empire, dan
sekali lagi bumi akan dinaungi oleh keadilan dan kemakmuran. Dunia akan
diserahkan lagi kepada umat Islam sebagai mana Allah telah menyerahkannya
kepada Rasulullah dan para sahabat (QS Ar Rum 2-4). Jalannya adalah melalui
taqwa. Dahulu umat Islam dapat menang dari Rom dan Parsi (2 super power dunia
pada saat itu) dengan kekuatan taqwa. Sekarang dengan kekuatan taqwa pulalah
Barat akan ditumbangkan. Allah akan membantu orang yang bertaqwa (QS Al Jaasiah
19). Ini bukan hayalan, tetapi janji
Allah yang telah dan akan terjadi lagi. Asalkan syaratnya dipenuhi.
“Dan Allah telah
menjanjikan kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan yang mengerjakan
amal soleh, bahwa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yang berkuasa di
muka bumi sebagaimana telah dijadikan khalifah orang-orang sebelum mereka”. (QS An Nur : 55)
Dalam kebangkitan yang akan dipimpin oleh Imam Mahdi itu,
ada seorang besar Tuhan yang akan mempersiapkan jalan bagi Imam Mahdi, dalam
hadis disebut Putera Bani Tamim. Ia berasal dari Timur dan mempersiapkan tapak
kegemilangan itu juga di bumi sebelah Timur yang banyak ulama yakin, itulah
Malaysia dan Indonesia.
Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar
bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda : “Akan keluar dari
sulbi ini pemuda yag memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu
melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Putera dari Bani Tamim, dia
datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. (dari
kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).
Dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim dari
pada Tsauban, telah bersabda Rasulullah SAW :
“Akan datang panji panji hitam dari timur, hati mereka
seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah
mendatangi mereka dan berbailah kepada mereka
walaupun terpaksa merangkak di atas salju”. (dari kitab Al Hawi lil
Fatawa oleh Imam Sayuti).
Dari Ibnu Majah dan Tabrani daripada Abdullah bin Al Harats
bin Juzu' Al Zubaidi telah bersabda Rasulullah SAW
“Akan keluarlah manusia dari Timur, mereka itu merintis
kekuasaan untuk Al Mahdi”.
(dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).
Telah bersabda Rasulullah SAW
“Kami Ahlul bait
telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan
menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu
kaum dari sebelah timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam.
Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang
dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetapi
mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki
dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi
dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka
datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al
Mahdi.” (dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)
Dari
hadist- hadist di atas jelaslah bahwa tapak kebangkitan Islam di Timur
dibangunkan oleh seorang Pemuda dari Bani Tamim dikenal juga dengan sebutan
Putera Bani Tamim. Ia akan berjuang membangun sebuah jemaah model yang syumul
yang akan menjadi tapak bagi kebangkitan itu. Bani Tamim adalah salah satu
cabang dari kabilah Quraisy. Pemuda inilah yang akan menyerahkan kekuasaan
(panji-panji hitam) kepada Al Mahdi. Dengan kata lain perjuangannya dan
perjuangan Al Mahdi berkait erat dan sambung-menyambung.
Putera
Bani Tamim ibarat stop kontak (switch), sedangkan Imam Mahdi sebagai lampunya.
Apabila stop kontak tidak ditekan, maka lampu tidak akan menyala. Artinya Imam
Mahdi belum akan zahir bila Putera Bani Tamim belum membuat tapaknya atau belum
mendapatkan daulah di satu negara di Timur. Kemungkinan besar negara islam yang
akan didapat oleh Putera Bani Tamim itu adalah malaysia. Kalau diibaratkan
membangun rumah, Putera Bani Tamim adalah orang yang membangun pondasinya.
Untuk membangun rumah yang kukuh, tentulah pondasi harus kuat. Imam Mahdi
bertugas membangun rumah tersebut, melengkapinya dengan dinding, atap, pintu,
jendela lantai dsb.
Mengingat
besarnya peranan pemuda Bani Tamim sebagai perintis jalan Imam Mahdi, dan
semakin dekatnya kegemilangan Islam tersebut, tentulah Putera Bani Tamim itu
sudah ada bahkan sudah hampir menyelesaikan pembangunan tapaknya. Tentulah ia
berada di Timur (Asia tenggara?). Diantara ciri jamaahnya adalah : menzahirkan
kebenaran dalam seluruh aspek kehidupan manusia mulai dari diri, keluarga,
ekonomi, teknologi, kebudayan, pendidikandan lain lain serta jamaah itu tidak
akan dapat memudaratkan mereka orang-orang yang menentang mereka hinggalah
datang ketentuan Allah (hari kiamat).
Marilah kita kaji dan cari Putera Bani Tamim itu.
Tugas dan Tanggung Jawab Putra Bani Tamim
Oleh
kerana Tuhan tahu di akhir zaman akan berlaku kerosakan di lautan dan di
daratan, akan berlaku kemuncak kezaliman dan kejahatan, maka dengan keadilan
Tuhan dan dengan rahmat-Nya, selepas itu akan berlaku pula kemuncak keadilan
dan keamanan. Kemuncak kezaliman dan kejahatan ada tokoh-tokohnya, ada sumber
datangnya, ada sistem yang membawa berlakunya kemuncak kezaliman dan kejahatan
itu. Begitulah akan berlaku nanti di akhir zaman kemuncak kebaikan dan
keadilan, ada tokoh-tokoh yang mencetuskan hal itu. Ada sumber-sumber yang
menyebabkan sistem yang dengan itu berlakulah kemuncak keadilan, keamanan dan
kebaikan.
Secara
asas atau secara dasar hal ini sudah dikatakan dalam Hadis Rasulullah SAW.
Tetapi apa yang dikatakan Rasulullah itu adalah mengenai perjuangan di akhir
zaman, satu jemaah, satu sistem, dan bukannya mengenai hukum-hakam. Oleh sebab
itu tidak semua orang boleh faham. Kalau hukum-hakam untuk semua orang dan
semua orang boleh faham kalau mahu faham. Kalau tidak mahu faham itu soal lain.
Jadi satu perjuangan di akhir zaman bahkan kebenaran-kebenaran yang dibawa oleh
mujadid setiap kurun tidak ada siapa yang tahu bagaimanakah untuk memulakannya?
Bagaimana rahsia-rahsia membangunkannya, kesannya dan ilmunya dan methodnya
(kaedah). Sebab dia bukan mengenai hukum-hakam. Hanya dibagi tahu kepada
Sohibuzaman di waktu itu.
Sebab itu Hadis mengenai akhir zaman kalau kita tanya ulama
besar di zaman ini, bahkan kalau dilakukan satu seminar besar yang dihadiri
para ulama, yang dibincangkan apa yang disebut Hadis akhir zaman, macam mana
bentuk jemaahnya, methodnya, ilmu apa yang hendak digunakan untuk akhir zaman,
tidak ada siapa yang akan tahu. Sebab hal itu bukan mengenai hukum-hakam, hukum
hakam untuk semua. Apakah hikmahnya Tuhan tidak bagi pada semua orang untuk
faham kecuali hanya Sohibuzaman? Kalau Tuhan bagi tahu pada semua ulama seperti
hukum-hakam maka akan banyaklah jemaah kebenaran. Masing-masing boleh buat,
jadi tidak ada ertilah, jemaah kebenaran pun berpecah.
Oleh
kerana Tuhan tidak ajar umat Islam berpecah, untuk satu perjuangan, satu
jemaah, hanya diberi pada seorang Sohibuzaman waktu itu. Sebab itu kalau kita
tanyakan ulama hal-hal akhir zaman dia pun tidak tahu hendak jawab. Hendak
dikatakan tidak tahu, dia malu sedangkan dia ulama. Hendak dikatakan tahu pun,
dia tidak boleh menjawab. Cuma dia kata, “Tak payahlah fikir IM (Imam Mahdi),
nanti dia lahir kita ikutlah”. Dia kata lagi, “Ini belum akhir zaman lagi,
dunia panjang lagi, mengapa awak kata akhir zaman, itu lambat lagi, bukan zaman
kita, mungkin kita tidak jumpa.” Begitulah ulama akan jawab.
Sesiapa
yang menjadi Sohibuzaman di zaman itu, maka orang itu saja yang Tuhan beritahu
tentang rahsia akhir zaman. Hanya Sohibuzaman (SZ) Tuhan bagi ilham untuk
memahami Hadis-hadis itu. Kalau tidak dibantu dengan ilham, siapapun takkan
tahu. Tuhan bagi ilham dari masa ke masa. Jadi SZ kena faham macam mana
bangunkan jemaah. SZ saja yang faham macam mana methodnya, kaedah dalam
membangunkan jemaah, macam mana mendidik manusia waktu itu. Ilmu apa yang Tuhan
bagi pada dia? Yang kalau cari dalam kitab tidak jumpa. Sebab ini bukan soal
hukum-hakam. Dia adalah ilmu semasa, buah fikiran semasa untuk masanya,
bagaimana untuk membangunkan jemaah, bagaimana berdakwah, bagaimana mendidik
orang dan bagaimana melahirkan sistem hidup untuk menggantikan sistem yang
sudah rosak di zaman ini.
Begitulah
Tuhan lakukan setiap kurun. Di zaman wujudnya Rasul lagi, begitulah keadaan
bila mana Rasul datang di zamannya. Jadi, kebangkitan besar di akhir zaman
untuk melahirkan puncak keadilan dan kebaikan menggantikan puncak kezaliman.
Tuhan sudah set (aturkan), caranya sudah set, buah fikiran, minda semuanya
sudah set. Segalanya Tuhan sudah set. Seperti mana yang kita faham,
tokoh-tokohnya semua Tuhan sudah setkan. Walaupun Hadis tidak menyebut namanya.
Ertinya pada SZ telah diberitahu orang-orangnya. Tetapi tidak ada ulama-ulama
yang tahu lagi. SZ saja yang tahu. Padahal dalam Hadis tidak menyebut namanya.
Sebab itu dikatakan siapa menjadi SZ, hanya dia saja yang diberitahu oleh
Tuhan.
Tokoh
utama kebangkitan Islam di akhir zaman berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW
adalah Imam Mahdi (IM), Putera Bani Tamim (PBT) dan Nabi Isa. Selain itu ada 7
wazir yang akan membantu IM. PBT adalah wazir terkanan dari IM. Dan ada lagi
tokoh untuk melengkapkan package kebangkitan iaitu PBH (Putera Bani Hasyim).
Kemudian tokoh lain ialah Haris Al Haras, dia sebagai juru pandu kepada IM.
Inilah diantara tokoh-tokoh yang akan membangunkan Islam di akhir zaman hingga
lahirlah kemuncak keadilan dan kebaikan. Kebangkitan ini bermula dari timur
diasaskan oleh PBT. Pengikut-pengikut setia IM disebut dalam hadist Rasulullah
SAW, mereka adalah para ikhwan dan asoib. Akhirnya timur bersatu selepas itu IM
pun lahir. Maka akhirnya menawan seluruh dunia.
Kemudian 7
wazir tadi, wazir yang paling kanan ialah Putra Bani Tamim. Apabila Imam Mahdi
mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah dunia, maka dunia akan dibahagi kepada
7 zon. Asia merupakan salah satu zon yang dipegang oleh Putra Bani Tamim yang
akan dianggap sebagai satu negara di dunia yang diperintah oleh satu wazir
iaitu Putra Bani Tamim. Kemudian ada zon di Timur tengah, di Turki, di Afrika
dan lain-lain. Oleh kerana wazir pertama adalah Putra Bani Tamim, maka
kebangkitan itu bermula dari Timur. Putra Bani Tamim lahir di Timur dan Imam
Mahdi juga lahir di Timur.
Oleh
kerana Imam Mahdi akan menjadi khalifah yang menguasai dunia, sedangkan dia
bukan rasul dan nabi, maka Tuhan perlu memberi kekuatan yang cukup untuk
rohnya. Itulah hikmahnya dia disimpan untuk dikursuskan dengan kursus bertaraf
malaikat. Makanannya ialah zikir, tasbih dan tahlil. Itulah tandanya dia
menjalani kursus malaikat. Walaupun dia bukan rasul dan nabi tetapi rohnya
mendekati Nabi.
Putra Bani Tamim
berada di tempat kebangkitan iaitu di Timur. Daripada 7 wazir itu dia yang
paling berat tanggungjawabnya. Yang 6 orang lagi hanya menunggu. Walaupun ada
pengikut, pengikut yang beribadah saja. Kerana di negara mereka, keadaan sangat
teruk. Kalau nampak mereka berjuang seperti PBT dan pengikutnya, pasti mati
atau habis ditangkap. Jadi mereka hanya beribadah saja. Hanya yang seorang ini
saja berat tanggungjawabnya.
Apakah
Tanggung Jawab PBT atau tugas PBT itu? Sejauh mana tanggung jawab yang mesti
dia lakukan. Perkara ini kalau tidak diilhamkan Tuhan tidak ada siapa pun yang
tahu. Selagi tanggung jawab itu tidak selesai maka IM tidak akan lahir. Kalau
hendak jadikan contoh, PBT itu macam tug boat. Tug boat berlegar tidak jauh, ia
adalah satu kapal kecil tetapi horse powernya besar. Dia duduk di dermaga. Apa
kerjanya? Bila ada kapal besar hendak keluar, tug boat akan menariknya keluar.
Bila sudah keluar barulah kapal itu dapat berjalan sendiri di lautan. Itulah
kerja tug boat. Demikianlah tanggunjg jawab PBT dikiaskan seperti tug boat.
IM itu
kapal besar yang akan menjelajah dunia. Selagi tug boat tidak keluarkan kapal
ke lautan luas, ertinya selagi PBT tidak tunaikan tanggung jawabnya maka IM
takkan lahir. Sedangkan dunia bukan menunggu PBT. Dunia menunggu IM. Selagi IM
tidak lahir keadilan tidak dapat dicetuskan. Selagi IM tidak lahir kebaikan
menyeluruh tidak berlaku. Dunia menungggu IM, bukan PBT. Sebab itu banyak orang
tidak tahu PBT. Tetapi perlu diingat kalau tidak siap PBT maka IM takkan lahir.
Di sini dapat kita
fahami walaupun PBT kecil tetapi tanggung jawabnya besar. Ertinya sesiapa yang
hendak ikut PBT punya tanggung jawab yang besar. KENA FAHAM. Kalau dia tidak
sanggup pikul tanggung jawab tidak layak ikut PBT. PBT ada team, kalau tidak
ada team, tidak mampu hendak tarik kapal besar itu.
Jadi baru
kita faham PBT umpama tug boat yang menarik kapal besar ke tengah lautan.
Bahkan bukan saja PBT, pengikutnya juga punya tanggung jawab besar. Kalau tidak
faham hal ini sampai bilapun tanggung jawab PBT takkan selesai. Sehingga
menjadikan IM lambat lahir. Jadi apa tanggung jawab PBT ?
Kena Bagi Minda
Dialah
yang akan menyampaikan minda ke seluruh dunia iaitu minda Imam Mahdi.
Hakikatnya minda yang disampaikannya adalah kepunyaan Imam Mahdi yang disalurkan pada Putra Bani Tamim.
Maka wajiblah baginya untuk
menyampaikan minda (ilmu) itu ke seluruh dunia. Ilmu inilah untuk
membaiki diri. Ilmu inilah juga untuk mengetahui bagaimana hendak membangunkan
masyarakat. Ilmu inilah panduan bagaimana hendak berjuang. Ilmu inilah panduan
bagaimana untuk mendidik. Ilmu inilah untuk menilai masyarakat dan lain-lain
keperluan lagi
Kena bagi
minda pada pengikutnya dan juga minda kepada di luar pengikut. Minda ini sangat
besar.Tak ada minda tidak faham macam mana hendak baiki diri.
Tak ada minda tidak faham bagaimana hendak berjuang. Tak ada
minda tidak akan faham hendak cetuskan sistem-sistem yang dibuatnya. Tak ada
minda tidak mampu hendak satukan pengikut-pengikut.
Jadi tugas PBT yang pertama
mindanya. Minda yang Tuhan bagi itu wajib disampaikan. Bahkan minda itu pula
takkan sampai pada pengikut-pengikutnya jika tidak dibantu oleh pemimpin yang
akan menghantar sampai ke akar umbi. Samalah dengan apa yang dibawa oleh
Rasulullah, dibantu oleh para sahabat. Sedangkan sahabat hanya hidup
sezamannya. Selepas Rasulullah tidak ada lagi yang disebut sahabat. Sahabat itu
mahal, dia hanya ada satu zaman, iaitu orang yang menjadi murid kepada
Rasulullah. Yang bertanggungjawab menyampaikan apa yang Rasulullah sampaikan.
Ertinya sahabat itu mahal. Kalau sahabat tidak sampaikan kita tidak jadi Islam
hari ini. Begitulah juga Ikhwan dia hanya sezaman, semusim. Sebelum ini tidak
pernah ada ikhwan dan selepas ini takkan ada Ikhwan. Ikhwan ialah murid kepada
PBT. Menjadi ikhwan itu mahal, macam mahalnya nilai sahabat. Sebab sahabatlah
yang menyampaikan ajaran Rasulullah. Ikhwan kerana dia betul-betul berada di
zaman PBT dia sangat mahal. Tidak ada ikhwan di zaman selepas dan sesudah.
Hanya Ikhwan yang layak sampaikan ajaran PBT. Hakikatnya itulah ajaran IM yang
diilhamkan kepada putranya, dia mengajar dari sebalik tabir secara rohaniah.
Hal ini
siapapun tidak boleh faham, SZ saja yang boleh faham. Hendak cerita pun payah.
Sebab ianya berbentuk rohaniah. Macamlah cara Tuhan menurunkan wahyu. Secara
kasar boleh diceritakan tetapi sudut rasanya tidak boleh cerita. Rasulullah ada
rasa ketika dapat wahyu. SZ juga ada rasa ketika mendapat ilham. Macam mana
hendak cerita? Jadi sesiapa pun yang boleh melayakkan diri menjadi Ikhwan
dijamin selamat dunia dan akhirat.
Melahirkan ikhwan
Dari
tangannya akan lahir Ikhwan yang disebut oleh Rasulullah. Dia dapat melahirkan
500 Ikhwan. Sedangkan wasir-wazir lain ada juga tetapi tidak banyak. Tetapi
Ikhwan yang dimaksudkan di dalam Hadis ialah ikhwan yang dilahirkan oleh Putra
Bani Tamim. Wazir lain itu hanya boleh melahirkan 20 hingga 30 orang saja.
Ikhwan yang ramai lahir di tangan Putra Bani Tamim, hanya sedikit di tangan
wazir-wazir yang lain.
Ikhwan
yang dimaksud hadis Rasulullah hanya dilahirkan olah PBT. Sekiranya berkumpul
ulama seluruh dunia, sekalipun mereka orang yang bertaqwa, tetap tidak akan
boleh melahirkan walau seorang pun Ikhwan. Sebab itu sudah ketentuan Tuhan.
Sudah menjadi khususiah yang dianugerahkan kepada PBT. Ini mesti difahami.
Kalau kita boleh faham, baru kita nampak PBT itu pemimpin itu besar. Kalau
tidak, kita rasa sambil lewa saja. Sekiranya bersidang ulama seluruh dunia,
walaupun mereka bertaqwa, setakat boleh melahirkan orang soleh. Tetapi kalau
bertaraf Ikhwan, seorang pun tidak boleh dilahirkan. Ini adalah khususiah
kepada PBT yang hakikatnya IM adalah pemimpin sebenarnya yang akan lahir.
Seperti para sahabat. Tidak ada siapa pun yang boleh melahirkan sahabat kecuali
Rasulullah. Kalau berkumpu l ulama seluruh dunia untuk melahirkan sahabat,
tetap tidak boleh. Jadi, tanggung jawab PBT yang kedua ialah melahirkan 500
orang Ikhwan. Semua ikhwan itu bertaraf wali.
Wazir-wazir
Imam Mahdi yang 6 lainnya juga membawa Ikhwan tetapi tidak banyak, sekadar
puluhan orang. 6 orang ini menunggu, mereka tidak berjuang sebab keadaan di
tempat mereka sudah rosak. Kalau berjuang habis kena tangkap, kena bunuh dan
sebagainya. Yang berjuang hanya seorang iaitu PBT.
Begitu juga, akan
lahir di tangan PBT adalah ribuan Asoib-Asoib. Asoib terbagi dua:
Semua ahli tarikat yang hak seluruh dunia.
Golongan tidak bertarikat tetapi mereka sangat bersimpati
dan menyokong perjuangan jemaah PBT.
Asoib ini juga adalah satu kategori manusia yang tidak
muncul di zaman lain. Dia bukan wali tetapi di atas orang soleh. Orang soleh
yang umum siapapun dapat lahirkan. Mungkin seorang guru melahirkan 2-3 orang
soleh. Tetapi kategori Asoib ini lahir di tangan PBT dan wazir-wazir. Inilah
kelompok yang menjadi tentera IM. Yang lain dikatakan Awamul Muslimin. Kalau
kelompok Awamul Muslimin, walau pun ikut juga tetapi mereka tidak dilindungi
oleh keramat IM kerana nanti akan rosak sebab mereka tidak layak. Yang layak hanya
dua golongan ini saja.
Membangunkan tapak daulah iaitu tapak jemaah
Selagi
jemaah tidak lengkap dan tidak siap, ia akan berhubungkait dengan
pengikut-pengikut. Kalau pengikut kurang bertanggungjawab akhirnya jemaah tidak
lengkap dan sempurna maka lambatlah daulah. Sebab itu kena ambil perhatian.
Tanggung jawab PBT adalah tanggungjawab pengikutnya juga. Sebab itu perlu
wujudkan model-model kehidupan Islam berupa bandar-bandar. Kalau cakap saja
tidak akan jadi. Sudah letih mendengar orang bercakap. Ulama bercakap itu ini
tetapi tidak lahirkan role model. Role model itu sehingga terserlah, kena
wujudkan satu bandar yang lengkap.
Membangun Daulah
Bila wujud
daulah dan hampir siap, barulah IM akan lahir.
Melahirkan Sistem
Itulah
yang dimaksudkan Bandar-bandar di negeri-negeri. Jadi bila sampai peringkat
daulah sudah hampir lengkap, maka daulah itulah yang akan bersatu dengan
Indonesia dan Thailand dulu. Dalam Hadis tidak ada disebut. Bukankah satu
kepelikan orang Budha bersatu? Sekarang sudah nampak. Selepas itu barulah
Brunei dan Singapura ikut bersatu. Kemudian lahirlah IM.
Kezahiran
IM tidak boleh difahami kalau setakat membaca Hadis jika tidak dibantu oleh
ilham dari Rasulullah dan IM. Ceritanya lebih kurang begini: Pada musim haji di
hari Jumaat waktu khatib membaca khutbah, oleh kerana waktu itu cuaca terlalu
panas, khatib yang pertama berdarah hidungnya. Kerana membawa najis, dia pun
turun. Kemudian ada orang lain naik tanpa disuruh, berdarah juga hidungnya.
Bila digantikan orang lain, berdarah juga. Hingga 6 orang berdarah. Maka
naiklah yang ke tujuh tanpa disuruh, orang pun tidak kenal siapa. Bila naik
hidungnya tidak berdarah.
Orang yang
pernah membaca Hadis mengenai IM tentu dia kata yang ke 7 tidak berdarah inilah
IM. Tetapi IM tidak isytihar dirinya. Orang-orang sudah ada yang syak. 6 bulan
hingga ke setahun IM berlegar-legar. Bagi orang yang faham, terserempak dengan
dia ada rasa yang lain, mungkin dia IM. Dia berjalan penuh berwibawa. Waktu 6
bulan atau setahun itulah dia sentiasa berhubung dengan PBT tanpa diketahui
oleh orang lain sebab tidak dirasmikan lagi. Mereka buat kerja tidak rasmi.
Kadang-kadang dengan wazir-wazir atau dengan PBT saja. Yang menjadi guide
adalah Haris Haras sebab dia sangat faham negara-negara Arab. Itulah yang tidak
disebutkan di dalam Hadis.
Memberikan kursus
Mengapa
walau dia sudah zahir dan orang sudah syak tetapi IM tidak isytiharkan dirinya?
Sebab belum sempurna, belum lengkap. Bila sudah ada yang dengar-dengar IM di
Mekah maka ramai orang datang hendak berbaiah. Siapa saja yang datang dan
berjumpa hendak berbaiah dengan IM. Terutama ahli tarikat yang hak, yang
menunggu-nunggu. Tetapi IM akan berkata pada mereka tidak boleh baiah dulu dengan
IM kena baiah dengan PBT. Apa maksud baiah? Orang yang menyerahkan diri itu
tentulah golongan tok-tok guru yang peribadi mereka tentulah bertaqwa, tetapi
fikiran mereka belum selaras. Sedangkan minda untuk akhir zaman hanya dari satu
sumber iaitu dari PBT. Jadi yang dimaksudkan baiah kepada PBT adalah untuk
mendapatkan kursus-kursus dari PBT supaya minda menjadi selaras.
Itulah
tanggung jawab ke enam PBT, sebab orang ini dikursuskan. Bila sudah satu
fikiran, barulah IM akan lahir dan berkata, “Sayalah khalifatullah,” iaitu
khalifah Allah di muka bumi. Di sini nampak tanggung jawab PBT dan para ikhwan
pengikutnya berat. Yang akan bagi motivasi adalah para ikhwan. Tidak mungkin
PBT seorang. Sebab itu setiap ikhwan kena melayakkan diri. Itulah perlunya
minda. Orang yang sudah serah diri pada PBT atas arahan IM, kerana hendak
dapatkan minda, tukang masak pun akan dicari. Ikhwan tidak ramai, jadi apabila
orang datang berpusu-pusu, tukang masak pun kena beri minda kepada mereka.
Itulah diantara khususiah PBT, minda tidak boleh diambil dari tempat lain,
hanya satu saja iaitu dari PBT. Walaupun yang berbaiah itu adalah ulama besar,
mestilah ambil minda PBT. Barulah terjadi persatuan dan perpaduan. Bukankah
besar tanggung jawab PBT? Sebab itu IM tidak terima dulu baiah seseorang
sebelum berbaiah pada PBT. Awal-awal dikuliahkan dulu dan dikursuskan dulu.
Kemudian barulah dia isytihar.
Kalau
begitu, memang tanggungjawab Putra Bani Tamim sangat berat. Kerana di tangannya
saja boleh lahirnya Ikhwan dan Asoib ini. Selagi mereka tidak lahir, Imam Mahdi
tidak datang. Begitu besar tanggungjawabnya. Seolah-olah Putra Bani Tamim itu
adalah kapal penarik (tug boat). Tug boat ini kapal kecil tetapi horse powernya
besar. Kalau kapal besar masuk atau keluar dari dermaga atau pelabuhan, tug
boatlah yang menariknya. Kapal besar itu tidak berjalan dengan sendiri.
Begitulah Putra Bani Tamim seperti tug boat. Walaupun pemimpin kecil tetapi
tanggungjawabnya besar. Dialah yang akan mengeluarkan Imam Mahdi untuk menjelajah
dunia. Sebab Imam Mahdi itu diibaratkankapal besar tadi. Kalau ikhwan itu masih tidak cukup lagi, mana
mungkin kapal besar itu boleh keluar. Selagi tug boat itu tidak mengeluarkan
Imam Mahdi, ertinya Imam Mahdi tidak boleh berperanan di dunia.
Kemudian nanti, apabila Imam Mahdi
lahir, Hadis ada menyatakan yang pada waktu itu ketika mengerjakan Haji pada
hari Jumaat, waktu sembahyang Jumaat. Seorang imam membaca Khutbah, tiba-tiba
keluar darah di hidungnya. Apabila berdarah, ia adalah najis menyebabkan imam
tersebut turun kerana tidak sanggup menjadi imam. Kemudian naik pula orang
lain, kerana terlalu panas, hidungnya berdarah juga. Begitulah yang berlaku
sampailah orang yang ke-6. Maka naiklah imam yang ke 7. Didapati hidungnya
tidak berdarah. Bagi orang yang sudah membaca Hadis pasti mengetahui bahawa
inilah kejadian yang menggambarkan Imam Mahdi. Dia sudah ada dan nampak hebat
serta ada wibawa.
Oleh
kerana dia berbeza dengan yang 6 orang tadi, maka orang pun sudah berbisik-bisik
bahawa dialah Imam Mahdi, tetapi dia tidak mengisytiharkannya. Orang hanya syak
saja tetapi tidak diisytihar. Perkara itu tidak diisytihar sehingga 6 bulan ke
setahun lamanya. Jadi, dalam tempoh 6 bulan ke setahun itu, dia sering bertemu
dengan PBT, Haris al Haras dan wazir-wazir. Tetapi di tempat-tempat yang
berlainan. Ini adalah kerana mengelakkan daripada orang-orang yang peka yang
sudah mula syak. Dia bimbang kalau musuh dapat mengesan sebab itulah dia
berpindah-randah.
Usrah
dibuat untuk menerima arahan dari Imam Mahdi. Waktu itulah siapa saja yang
mendapat tahu dan dapat mengesan, mereka pasti hendak berbaiah dengan Imam
Mahdi tetapi mereka disyaratkan berbaiah dulu dengan PBT atau Fatta At Tamimi.
Golongan yang cepat mengesan kehadirannya adalah ahli tarekat sebab mereka
memang menunggu. Jadi masing-masing sudah hendak berbaiah dengan tetapi Imam
Mahdi tidak benarkan kalau berbaiah dulu dengan Putra Bani Tamim.
Maksud
‘baiah’ di sini ialah setiap wazir yang ada pengikut dan semua simpati-simpati
mestilah dikursuskan dulu sehingga mindanya selaras. Itulah hikmahnya Imam
Mahdi tidak diisytiharkan dulu supaya boleh diselaraskan fikiran. Perkara ini
tidak boleh difahami oleh sesiapapun. Kalau tidak diberitahu Tuhan, ulama besar
macam manapun tidak akan bo leh memahaminya. Sekalipun dia pengamal tarekat
Muhammadiah. Kalau dia bukan tokohnya pasti tidak akan tahu. Apabila orang
datang hendak berbaiah, mereka mesti dikursuskan dahulu. Kalau para peserta
kursus ini termasuk dalam golongan ikhwan, merekalah yang akan mengkursuskan
orang-orang itu.
Bila sudah selesai berkursus dengan keadaan masing-masing sudah ada taqwa. Kursus itu cuma untuk menyelaraskan pandangan. Bila sudah berlaku keselarasan, barulah Imam Mahdi mengisytiharkan dirinya, “Saya adalah khalifah”. Dia mengisytiharkan dirinya ketika minda sudah selesai, daulah sudah berlaku dan Asia sudah bersatu.
Selanjutnya sistem ini akan berlaku. Apabila ada Putra Bani Tamim akan ada Imam Mahdi. Apabila ada Imam Mahdi, akan ada nabi Isa. Jadi, siapa pula yang akan mengakui Putra Bani Tamim? Siapa yang akan mengakui bahawa yang ada itu adalah Imam Mahdi? Siapa yang mengiktiraf dan membenarkan Nabi Isa? Kalau tidak ada sistem.
Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah di Timur, maka dia sudah ada wibawa kerana dunia sudah mengenalinya. Waktu itu apabila Imam Mahdi mengisytiharkan bahawa dialah Putra Bani Tamim, orang akan menerimanya. Tetapi kalau hari ini, seseorang mengisytiharkan diri sebagai Putera Bani Tamim tanpa adanya daulah, siapa yang akan percaya? Malah orang akan ketawakannya. Pengikut sudah tinggal dua-tiga kerat, sudah mahu mengaku bahawa dialah Putra Bani Tamim. Sebab itulah perlunya wibawa dan Tuhan hendak menunggu Putra Bani Tamim mempunyai wibawa. iaitu daulah. Allah menunggu supaya PBT mendapat daulah sebagai satu wibawa. Bila ada wibawa, mudahlah orang terima.
Setelah Imam Mahdi mengisytiharkan bahawa yang mendapat daulah di Timur adalah Putra Bani Tamim, selepas itu PBT pula yang akan mengisytiharkan Imam Mahdi. Pada masa itu, orang tidak akan ketawa lagi sebab Asia sudah bersatu dan pengikut sudah ramai. Sudah terbukti PBT dan jamaahnya yang membawa kasih sayang.
Kemudian, setelah berjuang selama beberapa tahun, di waktu Subuh di sebuah masjid di Damsyiq, waktu Imam Mahdi sedang hendak menjadi imam, turun Nabi Isa. Imam Mahdi meminta Nabi Isa menjadi imam. Tetapi Nabi Isa menolak meminta Imam Mahdi meneruskan saja menjadi imam. Waktu itu Imam Mahdi sudah dikenali orang dan sudah ada wibawa. Kalau dia katakan bahawa itulah Nabi Isa, tidak mungkin dunia tidak menerimanya.
|
Tetapi pelik kerana umat Islam masih lagi berfikir bahkan ulama juga berfikir-fikir. Betulkah Imam Mahdi akan datang tetapi apa hendak disibuk-sibukkan? Lambat lagi. Sesiapa pun yakin. Apabila dia lahir nanti, ikut sajalah.
Hakikatnya, siapa yang hendak menerimanya? Katakanlah Nabi Isa lahir di New York, sebab orang Kristian pun menunggu, jadi dia pun berkata, “Saya adalah Nabi Isa.” Sudah pasti, polis akan datang dan terus menangkapnya. Siapa yang akan percaya?
Tetapi sekiranya Imam Mahdi yang sudah diterima dunia mengatakan bahawa inilah sebenarnya Nabi Isa, mudahlah orang mempercayainya. Tetapi kalau Imam Mahdi datang seorang diri di tengah padang pasir dan mengatakan bahawa dialah Imam Mahdi, siapa yang mahu percaya? Begitulah kalau dia bukan orangnya. Sebab itu perlunya seorang yang ditunjuk. Itu menjadi satu sistem di mana Putra Bani Tamim akan menunjukkan Imam Mahdi dan Imam Mahdi akan menunjukkan Nabi Isa. Atas kaedah itulah, mereka akan dilahirkan.
Satu kebangkitan yang akan berlaku bermula dari timur. Dia berlaku dengan penuh keadaan aman damai, harmoni, kasih sayang. Sebab itu di Asia tidak berlaku peperangan. Perang hanya berlaku bilamana orang Barat dan Yahudi mencabar Imam Mahdi. Sehinggalah Palestin dapat ditawan semula. Begitulah gambaran kasar satu kebangkitan yang sedang berlaku dari sebelah Timur.
Siapa yang sungguh-sungguh menyerahkan dirinya 100% untuk perjuangan PBT menyiapkan tapak itu maka itulah Ikhwan. Paling tidak pun, menjadi Asoib. Itupun sudah boleh tahan. Asoib berada di atas orang soleh iaitu orang soleh yang istimewa. Selepas itu baru orang soleh biasa. Kalau tidak dapat menjadi Ikhwan maka jadilah Asoib. Kalau tidak, jadilah orang soleh biasa. Tetapi orang soleh yang biasa tidak dapat menjadi tentera Imam Mahdi, mereka hanyalah orang awam. Sesiapa menjadi pengikut Imam Mahdi, insya-Allah selamat dunia akhirat. Selamat di akhirat itulah yang paling mahal.
|
Bila sudah selesai berkursus dengan keadaan masing-masing sudah ada taqwa. Kursus itu cuma untuk menyelaraskan pandangan. Bila sudah berlaku keselarasan, barulah Imam Mahdi mengisytiharkan dirinya, “Saya adalah khalifah”. Dia mengisytiharkan dirinya ketika minda sudah selesai, daulah sudah berlaku dan Asia sudah bersatu.
Selanjutnya sistem
ini akan berlaku. Apabila ada Putra Bani Tamim akan ada Imam Mahdi. Apabila ada
Imam Mahdi, akan ada nabi Isa. Jadi, siapa pula yang akan mengakui Putra Bani
Tamim? Siapa yang akan mengakui bahawa yang ada itu adalah Imam Mahdi? Siapa
yang mengiktiraf dan membenarkan Nabi Isa? Kalau tidak ada sistem.
Apabila Putera Bani
Tamim mendapat daulah di Timur, maka dia sudah ada wibawa kerana dunia sudah
mengenalinya. Waktu itu apabila Imam Mahdi mengisytiharkan bahawa dialah Putra
Bani Tamim, orang akan menerimanya. Tetapi kalau hari ini, seseorang
mengisytiharkan diri sebagai Putera Bani Tamim tanpa adanya daulah, siapa yang
akan percaya? Malah orang akan ketawakannya. Pengikut sudah tinggal dua-tiga
kerat, sudah mahu mengaku bahawa dialah Putra Bani Tamim. Sebab itulah perlunya
wibawa dan Tuhan hendak menunggu Putra Bani Tamim mempunyai wibawa. iaitu
daulah. Allah menunggu supaya PBT mendapat daulah sebagai satu wibawa. Bila ada
wibawa, mudahlah orang terima.
Setelah Imam Mahdi
mengisytiharkan bahawa yang mendapat daulah di Timur adalah Putra Bani Tamim,
selepas itu PBT pula yang akan mengisytiharkan Imam Mahdi. Pada masa itu, orang
tidak akan ketawa lagi sebab Asia sudah bersatu dan pengikut sudah ramai. Sudah
terbukti PBT dan jamaahnya yang membawa kasih sayang.
Kemudian, setelah berjuang selama beberapa tahun, di waktu
Subuh di sebuah masjid di Damsyiq, waktu Imam Mahdi sedang hendak menjadi imam,
turun Nabi Isa. Imam Mahdi meminta Nabi Isa menjadi imam. Tetapi Nabi Isa
menolak meminta Imam Mahdi meneruskan saja menjadi imam. Waktu itu Imam Mahdi
sudah dikenali orang dan sudah ada wibawa. Kalau dia katakan bahawa itulah Nabi
Isa, tidak mungkin dunia tidak menerimanya.
Tetapi pelik kerana
umat Islam masih lagi berfikir bahkan ulama juga berfikir-fikir. Betulkah Imam
Mahdi akan datang tetapi apa hendak disibuk-sibukkan? Lambat lagi. Sesiapa pun
yakin. Apabila dia lahir nanti, ikut sajalah.
Hakikatnya, siapa
yang hendak menerimanya? Katakanlah Nabi Isa lahir di New York, sebab orang
Kristian pun menunggu, jadi dia pun berkata, “Saya adalah Nabi Isa.” Sudah
pasti, polis akan datang dan terus menangkapnya. Siapa yang akan percaya?
Tetapi sekiranya Imam
Mahdi yang sudah diterima dunia mengatakan bahawa inilah sebenarnya Nabi Isa,
mudahlah orang mempercayainya. Tetapi kalau Imam Mahdi datang seorang diri di
tengah padang pasir dan mengatakan bahawa dialah Imam Mahdi, siapa yang mahu
percaya? Begitulah kalau dia bukan orangnya. Sebab itu perlunya seorang yang
ditunjuk. Itu menjadi satu sistem di mana Putra Bani Tamim akan menunjukkan
Imam Mahdi dan Imam Mahdi akan menunjukkan Nabi Isa. Atas kaedah itulah, mereka
akan dilahirkan.
Satu kebangkitan yang akan berlaku bermula dari timur. Dia
berlaku dengan penuh keadaan aman damai, harmoni, kasih sayang. Sebab itu di
Asia tidak berlaku peperangan. Perang hanya berlaku bilamana orang Barat dan
Yahudi mencabar Imam Mahdi. Sehinggalah Palestin dapat ditawan semula.
Begitulah gambaran kasar satu kebangkitan yang sedang berlaku dari sebelah
Timur.
Siapa yang
sungguh-sungguh menyerahkan dirinya 100% untuk perjuangan PBT menyiapkan tapak
itu maka itulah Ikhwan. Paling tidak pun, menjadi Asoib. Itupun sudah boleh
tahan. Asoib berada di atas orang soleh iaitu orang soleh yang istimewa.
Selepas itu baru orang soleh biasa. Kalau tidak dapat menjadi Ikhwan maka
jadilah Asoib. Kalau tidak, jadilah orang soleh biasa. Tetapi orang soleh yang
biasa tidak dapat menjadi tentera Imam Mahdi, mereka hanyalah orang awam.
Sesiapa menjadi pengikut Imam Mahdi, insya-Allah selamat dunia akhirat. Selamat
di akhirat itulah yang paling mahal.
Sebagaimana Rasulullah berkata kepada sahabatnya,
“Sahabat-sahabat aku
itu semuanya diampunkan dosa kerana bersahabat dengan aku.” Begitulah, kalau
dapat menjadi sahabat Imam Mahdi pasti selamat dari neraka, insya-Allah.
Begitulah gambaran sepintas lalu tentang bagaimana kebangkitan Islam bertaraf
dunia ini akan berlaku.
Ciri-Ciri Putra Bani Tamim
Di antara
sifat dan watak Putra Bani Tamim itu seperti yang dinyatakan oleh beberapa buah
hadist, cerita para sahabat, para tabiin, para tabiit tabiin, para ulama adalah
seperti berikut.
A. Sifat-sifat
Pribadinya
1. Namanya ialah
Syuaib bin Saleh
Sabda Nabi SAW,
“Pembawa bendera
al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”
Ammar bin Yasir RA berkata,
“Pembawa
Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”
Yaitu bukan nama sebenarnya tetapi merujuk kepada Bani
bangsanya (Bani kecil dari suatu bangsa), merupakan seorang yang baik dan
keluarganya juga adalah orang-orang yang berakhlak baik. Persoalannya, kenapa
nama Putra Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Saleh seperti yang dinyatakan
oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Saleh itu adalah nama sebenarnya Putra
Bani Tamim itu? Atau apakah hadist Nabi SAW itu palsu atau jika benar kenapa
namanya tidak benar-benar Syuaib bin Saleh?
Sesungguhnya hadis itu adalah benar, bukan hadis palsu. Mustahil Nabi
SAW berdusta, karena setiap hadis dari Nabi SAW adalah datang dari Allah.
Bagaimana Nabi SAW dapat berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul masduq (seorang yang
benar lagi dibenarkan).
Dari segi
bahasa Arab, kalimah Syu'bun berarti Bani bangsa atau puak dari suatu bangsa.
Sedangkan kalimah Syu'aibun berarti suatu Bani kecil dari sebuah kabilah.
Lagipula, Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahwa Putra Bani Tamim itu benar-benar
bernama Syuaib bin Saleh.
Kalimah
Bin itu pula berasal dari Ibnun, artinya anak lelaki. Atau lebih tepat lagi,
seorang lelaki. Maknanya pribadi Syuaib itu adalah:
· seorang
lelaki (benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).
· Yang memiliki
sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai, berjambang dan berserban).
· Seorang yang
berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berpikiran luas, senantiasa
berhubungan dengan masyarakat dan jauh langkahnya).
· Merupakan lelaki Allah (Rijalullah) yakni
beliau adalah seorang yang bertaraf wali, ulama sejati, ulama mujahid dan
mujtahid.
Jika diperhatikan benar-benar, penggunaan kalimah Bin itu
merupakan suatu sebutan yang agak janggal dalam bahasa Arab. Agak jarang orang
Arab disebut dengan Bin, yakni disambung namanya dengan sebutan Bin. Cuma orang
Islam di Nusantara saja yang lazim berbuat demikian.
Kalimah
Saleh pula bermaksud orang yang baik. Baik di sini bermaksud seperti berikut:
Baik namanya, yaitu bukan nama yang bercampur-campur dengan
istilah dari bahasa Sansekerta, nama setempat atau dari bangsa yang bukan
Islam.
Baik kepribadiannya yaitu dikenal sebagai seorang yang tetap
teguh dengan pendiriannya.
Baik akidahnya yaitu seorang yang benar-benar mengikuti
akidah Islam yang sejati.
Baik keturunannya yaitu keturunannya diketahui dari yang
baik-baik, tidak tercemar dengan akhlak-akhlak yang rendah.
Baik agamanya, yaitu beliau dan keturunan sebelah atasnya
adalah dari kalangan ahli-ahli agama atau orang yang cinta agama.
Beliau memang seorang yang saleh. Saleh di sini ialah baik
dan banyak amalan agamanya. Amalan agama itu sudah melekat dengan dirinya sejak
dari kecil.
Baik pemikirannya yaitu seorang yang mempunyai idea yang
baik untuk mengubah masyarakatnya untuk menghayati ajaran Islam sejati ketika
mereka sedang hanyut bergelumang dengan arus jahiliyah.
Baik akhlaknya. Merupakan seorang yang terpuji akhlaknya di
kalangan hamba Allah pada masa itu.
Jika hadis-hadis berkenaan benar, kenapa namanya disebutkan
sebagai Syuaib bin Saleh? Kenapa tidak disebutkan nama sebenarnya? Jawabannya:
Untuk mengelirukan musuh-musuh Islam. Dengan ini, beliau
selamat dari diburu, dibunuh, dihalangi atau di'apa-apa'kan oleh musuh-musuh
Islam yang memang mencoba menghalangi kebangkitan Islam kedua ini dengan segala
daya upaya mereka.
Supaya umat Islam berusaha mencari identitas sebenarnya
Syuaib bin Saleh itu. Di sini, umat Islam yang percaya dengan hadis-hadis
berkenaan akan berusaha mencari siapakah pribadi yang dikatakan sebagai Putra
Bani Tamim itu. Setelah bertemu, mereka akan membaiatnya sebagai ketua mereka.
Orang yang berusaha, akan diberikan pahala.
Untuk menguji keimanan umat Islam terhadap hadis-hadis Nabi
SAW yang berkaitan dengan Putra Bani Tamim itu. Ada yang percaya dan ada yang
tidak mudah percaya, apalagi saat itu memang orang banyak sudah tidak percaya
lagi dengan hadis-hadis mengenai Putra Bani Tamim.
Supaya yang empunya diri itu tidak mengetahui (pada
peringkat awalnya) siapa sebenarnya Putra Bani Tamim itu sendiri. Beliau tidak
menyadari bahwa beliaulah orang yang dimaksudkan oleh hadis-hadis berkenaan
sebagai Syuaib bin Saleh. Beliau hanya menyadari tentang pribadi dirinya
setelah jauh dan lama berjuang.
Untuk menipu pihak musuh Islam. Karena tidak ada uraian
lebih lanjut dari para ulama terhadap kepribadian Putra Bani Tamim ini, pihak
musuh menyangka bahwa namanya menang benar-benar Syuaib bin Saleh seperti yang
tersebut di dalam hadis. Karena itu, mereka sedaya upaya mencari nama
berkenaan, bukan pribadi berkenaan.
Berdasarkan uraian yang diberi, jelaslah sebab-sebab sebenarnya Nabi SAW
tidak menyebutkan nama sebenarnya Putra Bani Tamim itu. Diharapkan dengan
penjelasan ini, umat Islam tidak akan mempersoalkan lagi mengenai nama
sebenarnya Syuaib bin Saleh itu.
1. Dia
berketurunan Bani Tamim atau Bani Tamim
Yaitu
suatu Bani Arab Quraisy, dari keturunan Sayidina Ali, yang hari ini kebanyakan
tinggal di Palestina dan Jordania. Tetapi dia lahir bukan di kedua tempat itu.
Bani Tamim itu bukanlah merupakan suatu golongan atau kaum yang besar. Golongan
ini hanyalah satu Bani yang kecil dan tidak ramai.
Perlu
disebutkan di sini, Bani Tamim yang ini adalah sebagian dari Ahlul Bait karena
Sayidina Ali adalah salah seorang anggota Ahlul Bait. Ahlul Bait adalah
keluarga Rasulullah SAW. Para ulama berbeda pendapat mengenai takrif Ahlul Bait
itu sendiri.
Bani Tamim
itu tidak lagi mendiami Hijaz karena telah dihalau keluar oleh pemerintahan
Bani Saud yang kini memerintah di Arab Saudi. Banyak pula yang dibunuh. Tidak
kurang yang disiksa dan dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka, yaitu
Hijaz. Banyak pula yang terpaksa lari menyelamatkan diri karena diburu oleh
agen-agen kerajaan Saudi. Ada yang lari ke selatan India dan banyak pula yang
menetap di Nusantara, tapak awal berdirinya daulah kedua nanti.
Ada ulama yang menyatakan:
Semua keturunan Abdul Muttalib adalah Ahlul Bait.
Semua keturunan Nabi Muhammad SAW adalah Ahlul Bait,
termasuk isteri-isteri Nabi SAW dan menantu-menantunya.
Semua keturunan Abdul Muttalib yang Islam adalah Ahlul Bait.
Semua keturunan Sayidina Ali dengan Fatimah al-Batul adalah
Ahlul Bait. Pendapat ini terutama disokong oleh mazhab Syiah.
Semua keturunan Abdu Manaf adalah Ahlul Bait.
Di
kalangan bangsa Arab, memang ada satu kabilah yang bernama Tamim. Kabilah Tamim
ini memang suatu kabilah dari bangsa Quraisy yang mendiami kawasan sekitar kota
Makkah. Sahabat yang berasal dari kabilah Tamim di antaranya ialah sahabat
setia baginda SAW, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Namun, kabilah Tamim ini
bukanlah Bani Tamim, malah antara kedua-duanya memang tidak ada hubung kait.
Yang
pertama disebut kabilah Tamim dan yang satu lagi Bani Tamim atau Bani Tamim.
Kedua-duanya berbeda. Kabilah Tamim bertebaran di hampir seluruh Tanah Arab.
Perbedaan
pandangan ini tidak menjadi persoalan yang terlalu besar atau sangat
dipentingkan. Yang penting di sini ialah Putra Bani Tamim itu memang berasal
dari keturunan Ahlul Bait juga atau diakui oleh Rasulullah SAW sebagai ahlul
bait.
3. Dia memakai serban biru.
Ketika itu, hanya dia yang memakai
serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu
dipakainya, cuma sekali-sekali saja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi
bukti bahwa hanya beliau yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika
itu, terutama ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas
kepala sebagai pakaian harian, apalagi untuk memakai serban yang berwarna biru
atau hijau.
Pernyataan
ini bukan datang dari hadis Nabi SAW atau dari tabiin, tetapi datang dari
ramalan Nostradamus, seorang peramal bangsa Perancis yang terkenal itu. Oleh
itu, ramalan beliau ini boleh dijadikan sebagai sumber tambahan saja, bukan
untuk dipercayai, apalagi untuk diyakini, walaupun mungkin benar.
Pernyataan
dari Nostradamus tentang pemakaian serban berwarna biru ketika zahirnya Putra
Bani Tamim ini berkaitan dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur.
Maknanya, serban warna biru itu dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat
kuasa di negeri sebelah timur dan mula-mula mendapat baiah dari sekalian
manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.
4. Dia senantiasa memakai celak mata.
Celak
adalah amalan sunat. Setiap orang Islam baik lelaki atau perempuan disunatkan
memakai celak mata. Ada hadis Nabi SAW yang menyatakan bahwa bercelak itu sunat
hukumnya.
Para
sahabat dahulu suka bercelak, karena mengikut amalan Nabi SAW. Para ulama
dahulu (salaf dan khalaf) yang salihin adalah golongan yang suka memakai celak.
Mereka memandang perbuatan memakai celak itu sebagai suatu sunnah yang penting
dan besar, terutama dalam mendekatkan diri kepada Khaliq.
Para ulama
dan cerdik pandai hari ini sudah tidak mau memakai celak walaupun tahu hukum
memakai celak adalah sunat. Terdapat hadis dhaif yang menyebutkan bahwa para
malaikat juga bercelak. Wallahu 'alam.
Terdapat
juga hadis (walaupun kebanyakannya adalah hadis dhaif) yang menyatakan
kelebihan bercelak. Di antaranya ialah dapat mencerahkan pandangan mata,
mengelakkan terkena penyakit mata, menambah seri muka dan banyak lagi.
Para wali
Allah memang diketahui umum oleh umat pada zaman dahulu sebagai golongan yang
istiqamah memakai celak.
Beliau
memakai celak ketika para ulama lain sudah tidak mau lagi memakai celak, ketika
umat Islam sudah tidak tahu hukum memakai celak, ketika umat Islam sudah tidak
tahu lagi cara untuk mengenakan celak ke mata mereka dan ketika para pemimpin
menganggap celak sebagai suatu yang rendah dan memalukan jika dipakai. Ada juga
pemimpin dan ulama hari ini yang menyatakan celak sebenarnya bukan dari amalan
Islam.
Itulah
perbedaan antara beliau dengan para ulama dan umat sezaman.
5. Dia senantiasa memakai tongkat.
Yaitu
sunnah Rasulullah SAW, para Khulafaur Rasyidin, para wali dan ulama muktabar
zaman dahulu. Walaupun badannya masih segar dan dapat berjalan tanpa
menggunakan tongkat, beliau memakainya sebagai suatu sunnah Nabi SAW yang perlu
dijaga. Ketika itu, para ulama dan orang alim sudah tidak mau menggunakan
tongkat sebagai alat untuk membantunya berjalan. Para pemimpin di seluruh dunia
juga sudah tidak ada yang memakai tongkat.
Pada hari
ini, perbuatan memakai tongkat sudah ditinggalkan. Malah orang yang lebih tua
juga tidak mau memakai tongkat. Pada anggapan orang banyak, memakai tongkat
adalah suatu kekurangan dan penghinaan, di samping tongkat merupakan sesuatu yang
melemahkan jiwa dan pikiran.
Jika
dilihat pada hukum Islam, memakai tongkat adalah disunatkan kepada orang yang
berumur 40 tahun ke atas. Orang yang berusia 40 tahun atau lebih, jika tidak
memakai tongkat akan dikatakan sebagai orang yang sombong kepada Allah.
Demikian maksud sebuah hadis qudsi.
Sebab itu,
pada zaman Nabi SAW, sahabat dan setelah itu, mereka memakai tongkat sebagai
suatu sunnah yang tidak dipersoalkan. Setiap orang yang mencapai usia 40 tahun,
perkara pertama yang dilakukannya ialah memakai tongkat.
Perlu pula
diketahui, para wali Allah itu senantiasa memakai tongkat ke mana pun mereka
pergi. Tongkat itu kegunaannya bagi mereka, hanyalah sebagai suatu simbolik
saja dan tidak mempunyai banyak keistimewaan lain. Mereka memakainya sebagai
suatu sunnah yang perlu diikuti dengan hati yang ikhlas.
Orang yang
mengamalkan sunnah Nabi SAW walaupun kecil, akan diberi pahala oleh Allah.
Apalagi jika dibuat dengan hati yang ikhlas.
6. Dia memakai jubah dan gamis berwarna hijau dan hitam.
Ketika
itu, hanya beliau dan jemaahnya saja yang memakai jubah. Tidak ada pemimpin
organisasi Islam lain yang menggalakkan anggotanya memakai jubah sebagai suatu
sunnah Nabi SAW dan dengan niat mau membesarkan sunnah Nabi SAW itu. Dan tidak
ada jemaah lain yang ikut memakainya dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW. Jika
ada jemaah lain yang memakai jubah, bukan dengan niat sebagai suatu sunnah,
melainkan hanya sebagai suatu adat saja.
Begitu
juga dari segi bentuk, warna dan gaya. Beliau dan anggota jemaahnya memakai
jubah yang dapat dikenali dengan mudah baik dari segi bentuk, warna dan gaya.
Hanya mereka yang mampu mencapai tahap keseragaman sedemikian tinggi berbanding
jemaah atau pertubuhan Islam yang lain pada masa itu.
Ulama lain
ketika itu hanya memakai jubah untuk dirinya saja dan tidak mampu mendorong
anggota jemaah atau pengikutnya untuk memakai jubah yang sama. Jika ada yang
mengikuti ulama tersebut memakai jubah, jubah pengikut dengan jubah ulama itu
tidak sama atau seragam. Jika ada yang mengikutinya pun, jumlahnya tidak
banyak. Pendapat mengenai Putra Bani Tamim memakai jubah berwarna hijau ini
adalah seperti yang diterangkan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya, al-Jami'us
Soghir.
7. Dia bermisai nipis, berjanggut panjang (tetapi tidak
tebal) dan berjambang nipis.
Misainya
nipis yaitu tidak panjang sehingga menutup mulut dan tidak tebal sehingga
tertonjol keluar. Beliau senantiasa menjaga agar misainya senantiasa nipis.
Bermisai nipis adalah sebagian dari sunnah Nabi SAW. Dalam Ihya Ulumuddin oleh
Imam al-Ghazali disebutkan, orang-orang warak (suluk) adalah orang yang
bermisai nipis. Maknanya, setiap wali Allah adalah orang yang misainya nipis.
Mempunyai misai nipis adalah tanda orang itu zahid. Pada zaman ini, orang yang
bermisai nipis bukan orang yang zahid melainkan yang benar-benar meniti di atas
sunnah Nabi SAW. Banyak pula yang tidak bermisai langsung atau mempunyai misai
yang tebal.
Para ulama
yang sezaman dengan Putra Bani Tamim itu kebanyakan mempunyai misai yang tebal
atau tidak bermisai sama sekali. Jika ada yang bermisai nipis, hanya sedikit
sekali. Janggut adalah sunnah Nabi SAW dan sunnah Nabi dan rasul sejak zaman
dahulu kecuali Nabi Adam AS, karena Nabi Adam AS memang sejak asal kejadiannya
tidak mempunyai janggut. Janggut itu cuma ada pada anak cucunya saja. Hari ini,
banyak ulama yang tidak mempedulikan soal janggut dan memandangnya sebagai hal
yang remeh dan tidak perlu diberi perhatian sama sekali. Bahkan sudah
kedengaran suara-suara sumbang 'ulama' yang berkata janggut adalah adat bangsa
Arab saja dan bukannya suatu sunnah Nabi SAW yang mesti dijunjung tinggi.
Mereka ini
mengemukakan pendapat bahwa semua hadis yang berkaitan dengan janggut adalah
hadis dhaif yang tidak dapat dijadikan sumber hukum dalam Islam. Begitulah kata
mereka. Dan begitu pula jauhnya kesesatan mereka dari kepahaman ajaran Islam.
Pendapat ini diberikan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya yang terkenal,
al-Jami'us Soghir. Para ulama kemudian juga ada menyebutkan hal ini sebagai
penambahan dari keterangan oleh Imam as-Sayuti itu.
8. Keturunannya sudah bercampur dengan bangsa Timur.
Di awal
tadi telah disebutkan bahwa Putra Bani Tamim itu adalah dari Bani Tamim yaitu
suatu Bani dari bangsa Arab. Namun beliau adalah seorang yang keturunan Bani
Tamimnya telah bercampur dengan bangsa setempat, sehingga beliau lebih dikenali
dengan bangsa Timurnya dari pada Bani Tamimnya. Tujuan Allah menetapkan hal
ini, sudah pasti hanya Dia yang Maha Mengetahui. Namun bagi kita, sebabnya di
antaranya ialah:
Untuk mengelirukan pihak musuh supaya mereka tidak menyadari
kehadirannya di kalangan mereka hingga beliau telah berjaya menegakkan
jemaahnya.
Supaya beliau tidak menyadari hal itu sehinggalah beliau
telah berjaya mendirikan sebuah jemaah dan menegakkan perjuangannya di bumi
sebelah Timur.
Sebab
itulah dalam hadis Nabi SAW, disebutkan namanya Syuaib bin Saleh untuk
menunjukkan bahwa Putra Bani Tamim itu sudah jauh Arabnya, sudah nipis
kebangsaan Arabnya dan bukan dikenal dengan bangsa Arab tetapi lebih dikenali
dengan bangsa Timurnya. Maknanya jika orang bertanya kepadanya, "Kamu
berasal dari mana?" Akan dijawabnya, "Dari Timur." Jika ditanya
lagi, "Apa bangsa kamu?" Putra Bani Tamim akan menjawab, "Aku
dari bangsa Timur."
Keterangan ini dijelaskan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya
al-Jami'us Soghir.
9. Gigi depannya bersulah, yaitu tumbuh secara hampir
membujur.
Tidak ada
sebuah hadis pun yang menceritakan tentang hal ini. Tidak pula dari keterangan
para tabiin atau tabiit tabiin. Imam as-Sayuti juga tidak pernah menceritakan
sifat ini dalam kitab-kitabnya. Keterangan ini dijelaskan oleh ulama-ulama dari
kalangan Bani Tamim yang tinggal di Jordania. Pendapat ini juga masyhur di
kalangan para ulama hadis di Jordania. Cuma dinyatakan datang melalui ilham
atau rasa hati yang Allah campakkan langsung ke dalam hati hamba-Nya yang saleh
di kalangan mereka tentang sifat-sifat ini.
Maknanya,
berita ini datangnya dari orang yang bertaraf wali Allah dan dipercayai oleh
masyarakat Jordania, terutama yang berketurunan Bani Tamim atau Bani Tamim.
Mereka juga sedang sibuk mencari orang yang sifatnya demikian, berdasarkan
keterangan oleh wali Allah itu.
10. Dia bertutur dengan bahasa Ajam.
Sesuai
dengan tempat lahirnya, bangsa Timurnya, keadaan sekelilingnya dan cara
hidupnya di Timur, beliau bertutur dengan pertuturan Ajam dalam urusan
hariannya. Namun, beliau masih tetap dapat bertutur dalam Bahasa Arab dengan
baik dan fasih, sesuai dengan pendidikan dan suasana kekeluargaan yang
mendorongnya dapat berbahasa Ajam dan Arab.
Keterangan
ini ada disebutkan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya yang terkenal al-Jami'us
Soghir.
11. Dia bertubuh
serba sederhana.
Tubuhnya
tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, bentuk tubuhnya tidak besar
(gemuk) dan tidak kecil (kurus). Tubuh badannya adalah serba sederhana, sesedap
mata memandang. Sifat demikian adalah ciri-ciri khusus yang hanya terdapat pada
beliau seorang saja. Jika ada orang yang mengaku dirinya Putra Bani Tamim
tetapi kelihatan tubuhnya besar, gemuk, kecil atau kurus, maka ciri-ciri
dirinya itu tidak menepati kehendak dan maksud sebenar Putra Bani Tamim.
Ciri-ciri ini dikemukakan oleh Imam as-Sayuti dalam kitabnya al-Jami'us Soghir
dan juga berdasarkan keterangan yang turut diberikan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami.
12. Kulitnya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu putih.
Dikatakan
kulitnya berwarna kuning. Maksud kuning di sini hanyalah kiasan saja. Artinya
Nabi SAW menjelaskan bahwa Putra Bani Tamim itu memang bukan berkulit Arab
karena orang Arab lazimnya berkulit merah atau putih kemerah-merahan. Hadis ini
juga menjelaskan bahwa beliau bukan lahir di negara-negara Arab atau tinggal
membesar di negara-negara Arab. Jika Putra Bani Tamim itu berkulit seperti
orang Arab, mungkin Nabi SAW tidak akan menyebutkan warna kulitnya.
Jika
disebut, maka akan dinyatakan bahwa "... kulitnya sama seperti kamu."
Yaitu sama seperti orang-orang Arab. Hadis Nabi SAW itu hanya menjelaskan
secara tersirat bahwa keturunan Putra Bani Tamim itu sudah bercampur dengan
bangsa Ajam dan hampir melekat dengan bangsa Ajamnya itu, yaitu bangsa Timur.
Satu hal
lagi, mungkin warna kulit Putra Bani Tamim itu memang benar-benar kuning untuk
menafikan jika ada orang yang coba-coba mengaku dirinya Putra Bani Tamim tetapi
kulitnya kelihatan 'agak gelap', maka pengakuannya itu secara otomatis akan
tertolak. Hadis ini hanya untuk menyulitkan bagi yang mencoba menipu orang
Islam awam dengan pengakuan bahwa dirinyalah Putra Bani Tamim yang
dinanti-nantikan itu.
13. Apabila dia zahir di sebelah Timur, wajib setiap mukmin
di seluruh dunia menerimanya.
Yaitu
menerimanya sebagai pemimpin mereka dengan cara:
Membaiatnya ketika mengetahui bahwa beliau telah benar-benar
muncul di Timur untuk memimpin umat Islam.
Wajib pula membantunya menegakkan hukum Islam dengan cara
mentaati segala suruhannya, meninggalkan segala larangannya, mentaati
kepemimpinannya secara lahir dan batin, dan juga menolongnya mengalahkan
musuh-musuh yang lahir dan yang batin.
Mendoakan kemenangannya dalam setiap urusan di dunia ini.
Mengikuti dan mengamalkan tarekat yang dibawa dan
dikembangkan oleh beliau, walaupun tarekat itu bukan tarekat beliau (sebagai
pengasasnya) karena beliau hanyalah pemimpin nomor dua, bukan pemimpin nomor
satu. Oleh karena itu, beliau tidak akan mengasaskan tarekat apapun, cuma
mengembangkannya saja.
Keterangan ini adalah uraian dari hadis-hadis Nabi SAW.
Disebutkan lagi oleh hadis-hadis berkaitan bahwa apabila
zahir beliau sebagai ketua umat Islam, wajib setiap umat Islam mendatanginya
dan berbaiat dengannya walaupun terpaksa merangkak di atas salju untuk
mendapatkan dan menemuinya.
14. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi
dirinya.
Ini suatu
yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia
termasuk para ulamanya. Maksudnya ialah hari Kamis malam Jum'at. Lazimnya
orang-orang Islam membaca Surah Yasin setelah sembahyang Maghrib di masjid, di
surau dan di rumah. Beliau menjadikannya istimewa karena pada malam Jum'at
itulah beliau akan memperbanyak zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang
yang menyambut malam raya. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jum'at itu
sebagai masa untuk membaca selawat dan mengamalkan tarekat yang diterima dari
gurunya sehingga malam Jumaat itu menjadi sangat istimewa bagi dirinya.
Dan memang
begitulah keadaannya bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat,
hingga zaman salafussoleh dan diteruskan hingga kini, mereka menjadikan hari
Kamis malam Jum'at sebagai suatu hari raya, malam berpesta amal dan taqarrub
kepada Allah. Pesta seperti itu hanya mampu dilakukan oleh para wali Allah dan
orang-orang saleh saja.
Mereka
menyambutnya dengan penuh kegembiraan, semangat baru dan azam baru untuk
melipatgandakan amal ibadah kepada Allah. Itulah maksud sebenarnya yang
dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan
pernyataan bahwa beliau menjadikan hari Kamis sebagai hari istimewa bagi
dirinya.
Selain itu
juga umat Islam sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri,
sehingga hari Kamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tidak berbeda
sama sekali daripada hari-hari dan malam-malam lainnya.
15. Kepribadiannya ternyata jauh lebih menonjol daripada
tokoh-tokoh ulama yang hidup sezaman dengannya.
Cara-cara
kepemimpinannya lebih ke depan berbanding corak pemerintahan pemimpin-pemimpin
dunia yang ada ketika itu. Ketika itu, para pemimpinnya sudah:
· Kehilangan
idea untuk memimpin negara dan umatnya.
· Tidak layak
lagi menjadi pemimpin.
· Tidak
dihormati setelah akhir pemerintahannya.
· Tidak
disegani dan ditaati ketika menjadi pemimpin.
· Melakukan
berbagai penyelewengan sebelum, ketika dan setelah menjadi pemimpin.
· Tidak
menjaga harga dirinya (dan keluarga) sebagai pemimpin.
· Tidak
kelihatan seperti seorang pemimpin.
Semua keadaan ini sangat berbeda dengan Putra Bani Tamim ini
yang memang benar-benar mempunyai sifat-sifat sebagai seorang pemimpin sejati
dan dihormati sepanjang waktu oleh para pengikutnya. Bahkan jika dibandingkan
dengan para ulama yang sezaman ketika itu, beliau lebih menonjol daripada
mereka dalam segala segi. Beliau dapat bercerita dan berbicara dalam berbagai
hal dan mampu menyentuh soal-soal dasar dalam hal tersebut.
Dari segi
pengaruh, beliau dilihat jauh lebih berpengaruh di kalangan berbagai golongan
daripada pengaruh para ulama ketika itu. Hal itu akan menyebabkan beliau
didengki, dihasad dan akhirnya ditentang dengan berbagai tantangan supaya
pengaruh beliau dapat berkurang dari mata masyarakat umum, terutama umat Islam.
16. Beliau mampu menyelesaikan segala kekusutan dan masalah
besar yang sedang sangat parah melanda dunia ketika itu.
Masalah-masalah
demikian sudah tidak mampu lagi diselesaikan oleh pemimpin, ulama besar,
cendekiawan dan sarjana besar mana pun ketika itu. Beliaulah yang disebut
sebagai Satria Pamungkas dalam bahasa Jawa oleh Joyoboyo dan juga oleh Wali
Songo. Satria berarti Pahlawan, Panglima, Pendekar atau Hero dalam bahasa
Melayunya. Pamungkas berarti Penyelesai Segala Masalah, Pembongkar, dan
lain-lain. Maksudnya, beliau adalah orang yang lahir untuk membantu
menyelesaikan segala masalah orang lain, terutama di Timur dan juga di seluruh
dunia.
Keterangan
Joyoboyo ini walaupun dibuat sejak zaman dahulu, dapat dijadikan panduan karena
ramalan tokoh yang telah berpindah agama dari Hindu kepada Islam ini turut
didukung oleh Wali Songo dalam kitab yang dikarang oleh mereka. Bahkan ada yang
mengatakan bahwa ramalan Joyoboyo merupakan ilham atau berita ghaib yang
diterima oleh 2 wali besar Allah yang telah mengislamkan Joyoboyo yaitu Syeikh
Subakir dan Syeikh Ali Syamsudin.
Walaupun
gaya cerita mereka jauh berbeda, isi atau perkara yang diceritakan adalah
mengenai orang yang sama, dengan bentuk urutan dan perlakuan yang hampir sama.
Jika dicantumkan kedua ramalan dari Jawa itu, kedua-duanya menjadi saling
melengkapi dan membantu menjelaskan 'tajuk' yang sama.
17. Dia merupakan mujaddid yang disimpan oleh Allah untuk
zamannya, merupakan mujaddid bersama dengan Imam Mahdi.
Wali Songo
dan Joyoboyo juga menyebut beliau sebagai Satria Piningit yaitu Pahlawan Yang
Disimpan jati dirinya oleh Allah. Keterangan yang diberikan oleh mereka ini tidak pernah disentuh oleh ulama
Islam mana pun dari tanah Arab sebelum ini. Hanya melalui keterangan mereka
inilah, kita dapat mengetahui bahwa Putra Bani Tamim itu sebenarnya adalah
mujaddid yang disimpan jati dirinya oleh Allah taala. Dalam hadis tidak pernah
menyebutkan demikian.
Tujuan
disimpan jati dirinya oleh Allah ialah untuk mengelirukan pihak yang anti-Islam
dan anti terhadap mujaddid tersebut. Bila disimpan jati dirinya, Putra Bani
Tamim dapat membesar dengan selamat dan perjuangannya dapat dijalankan tanpa
gangguan. Jika jati dirinya diketahui umum, sudah pasti beliau akan ditahan,
diuzlah, dibuang ke luar negeri atau mungkin juga dibunuh oleh pihak pemerintah
yang mengetahui kedudukannya sebagai pemerintah akan digugat oleh Putra Bani
Tamim itu.
Sebab
itulah Putra Bani Tamim itu dikatakan oleh Wali Songo sebagai Satria Piningit,
kerana kepribadiannya disimpan oleh Allah dari diketahui oleh orang banyak
sejak kecil hingga beliau besar dan mulai berjuang. Beliau juga disimpan jati
dirinya dengan cara tidak belajar mengikuti kaedah pengajian sezaman dengannya
seperti juga halnya Rasulullah SAW yang diutus dalam keadaan ummi (tidak tahu
tulis baca) sedangkan masyarakat ketika itu memang bijak pandai dan berpelajaran
tinggi.
Beliau
juga dikatakan sebagai mujaddid bersama untuk zamannya, yaitu bersama dengan
Imam Mahdi. Maka keduanya akan menjadi mujaddid secara serentak untuk
memperbaiki keadaan umat ketika itu.
Alasan yang dapat diterima untuk mengesahkan hal ini ialah:
Dunia ketika itu sudah terlalu rusak, sehingga manusia sudah
tidak dapat membedakan antara yang halal dengan yang haram. Maka diperlukan dua
orang mujaddid untuk memperbaikinya semula, sama seperti dunia pada zaman
Rasullullah SAW dahulu. Setiap yang batil dan bidaah akan hancur sirna dan yang
hak akan tegak mengukuh.
Akhlak manusia ketika itu sudah terlalu rendah dan runtuh
seruntuh-runtuhnya. Maka perlu ada dua orang mujaddid untuk membersihkan akhlak
manusia sebersih-bersihnya. Sehingga akhirnya jadilah akhlak manusia sama
seperti akhlak pada zaman Rasul SAW dahulu.
Abad ke-14 Hijrah
menyaksikan tidak munculnya seorang pun mujaddid yang diutus oleh Allah. Abad
ke-15 Hijrah ini juga, belum dimunculkan oleh Allah mujaddid berkenaan. Hal ini
menguatkan lagi dugaan bahwa mujaddid itu disimpan untuk dizahirkan kemudian,
keluar serentak dengan Imam Mahdi al-Muntazar.
Akidah umat Islam sudah sangat rusak dan tidak menentu
hingga banyak yang sudah tidak pasti akidah mana yang patut diikuti. Ahlus
Sunnah atau Syiah? Yang mengaku Ahlus Sunnah juga ada dua puak, satu Kaum Tua
dan satu lagi Wahabi. Masing-masing mengaku merekalah yang lebih betul dari
yang lain. Dalam kalangan Kaum Tua, tiap-tiap mazhab yang empat itu,
pengikutnya taklid membabi buta kepada mazhabnya saja sehingga sanggup
menidakkan mazhab yang lain. Syiah saja terdiri dari beberapa mazhab kecil yang
antara satu sama lain tidak dapat disatukan lagi. Padahal semuanya Syiah
belaka. Maka perlu dua orang mujaddid untuk membetulkan segala kekeliruan
akidah dan menunjukkan kepada sekalian manusia akidah yang betul dan benar.
18. Sifat-sifat
dirinya sangat diketahui oleh pihak musuh.
Nama
sebenarnya, tempat lahirnya, suasana ketika lahirnya, tanda-tanda lahir
toifahnya, nama toifahnya dan sifat-sifat toifahnya sangat dikenali oleh
orang-orang alim Yahudi dan Nasrani ketika itu. Bagaimana mereka mengetahuinya
sedangkan umat Islam ketika itu tidak tahu-menahu mengenai perkara itu? Malah
sebagian besar umat Islam sudah tidak percaya lagi kepada hadis-hadis dhaif
mengenai Putra Bani Tamim itu. Di sinilah letak sebenarnya kelemahan dan
kelalaian umat Islam. Mereka telah berjaya ditipu oleh para orientalis yang
menusukkan jarum halus ke dalam pemikiran seluruh umat Islam agar tidak
mempercayai perkara 'karut' seperti Putra Bani Tamim itu dan mengenai Imam
Mahdi. Mereka menjadi sangat lalai dengan urusan dalam negeri masing-masing
hingga tidak sempat lagi memikirkan soal-soal yang lebih besar, umpamanya masa
dan tempat kemunculan Putra Bani Tamim.
Jika ada
individu manapun yang dikatakan menepati ciri-ciri sebagai Putra Bani Tamim,
orang itu akan dianggap musuh nomor wahid dan sangat perlu dihapuskan.
Sepatutnya mereka meluangkan sedikit waktu untuk mengkaji kebenaran 'hadis yang
dikatakan dhaif' itu. Jika ternyata benar maka sepatutnya mendukung orang itu,
dan bukan memusuhinya. Akhirnya, keadaan sudah jadi terbalik. Ketika umat Islam
di seluruh dunia sudah tidak percaya lagi kepada hadis-hadis dan keterangan
para tabiin mengenai diri Putra Bani Tamim, para alim dan pendeta Yahudi dan
Nasrani malah sebaliknya. Mereka sangat percaya setiap hadis yang berkaitan,
walaupun taraf hadis itu sangat lemah.
Mereka
tidak habis-habis mengkaji dan meneliti kebenaran setiap hadis yang
berhubungan, malah sanggup mengeluarkan belanja yang besar, semata-mata untuk
memastikan isi hadis itu apakah sudah berlaku atau belum. Bagi pendeta Yahudi
ini, tidak ada 'hadis dhaif' mengenai Putra Bani Tamim karena mereka sangat
alim mengenai kepribadian kedua tokoh utama umat Islam akhir zaman itu. Bukan
sekedar sangat alim, malah mereka juga sangat mempercayai semua keterangannya,
melebihi keyakinan umat Islam terhadap kesahihan hadis-hadis tersebut.
B. Ciri-ciri Khusus
1. Dia digelar al-Mansur, karena senantiasa dibantu oleh
Allah dengan bantuan-Nya, yang juga merupakan karamah beliau.
Gelar
al-Mansur itu bukan suatu yang lazim bagi semua umat Islam sejak dahulu hingga
sekarang. Oleh karena itu, hanya beliau saja yang mendapat gelar yang sangat
tinggi itu. Gelar ini akan diperolehnya ketika beliau membawa angkatan
tentaranya menuju ke Khurasan, katika beliau menemui al-Haris Harras di negeri
Ma Wara an-Nahar (hari ini disebut wilayah Khurasan). Ketika itulah beliau akan
memakai gelar ini.
Gelar
al-Mansur adalah gelar yang diberikan oleh Nabi SAW melalui beberapa buah
hadisnya ketika menceritakan mengenai Putra Bani Tamim ini dan juga kemunculan
Imam Mahdi. Karena gelar ini sangat mulia, Nabi SAW seterusnya menyebutkan
ketika itu wajib bagi setiap umat Islam (yang masih belum berkesempatan
membaiatnya sebagai khalifah mereka) untuk membaiatnya walaupun terpaksa
merangkak di atas salju untuk mendatanginya (maksudnya terpaksa
melalui/menempuh berbagai kesukaran untuk menjumpainya).
2. Ketika zahirnya, dia termasuk orang yang sukar berbicara.
Dikatakan
pula oleh ulama dan ahli firasat, bahwa ketika awal zahirnya ke dunia ini
sebagai pemerintah, beliau termasuk orang yang sukar berbicara. Sifat ini bukan
suatu yang asal, yakni bukan sejak lahirnya tetapi setelah besarnya. Namun,
tidak pula dinyatakan dengan lebih lanjut berapa lama beliau sukar berbicara
itu. Berdasarkan satu keterangan, beliau akan dapat berbicara seperti sediakala
setelah bertemu pertama kali dan berbaiat dengan Imam Mahdi di Baitullahil
Haram.
Hikmah
perkara ini dilakukan adalah untuk menyukarkan siapa saja yang mencoba mengaku
dirinya sebagai Putra Bani Tamim. Jika syarat itu tidak ada pada dirinya (yakni
dapat berbicara seperti biasa), maka dia bukanlah Putra Bani Tamim yang dinanti-nantikan,
sebaliknya adalah penipu yang tidak perlu dipedulikan.
3. Kemunculannya adalah di sebuah negara yang menjadi
pertemuan antara tiga buah laut.
Tempat
kemunculannya yang seperti dinyatakan ini pertama kali disebutkan oleh Nostradamus,
peramal yang terkenal itu. Sekedar yang diketahui, tidak ada sebuahpun hadis
Nabi SAW atau sahabat yang menyebutkan demikian. Juga tidak ditemui di dalam
pendapat tabiin dan para ulama muktabar mengenainya.
Sungguhpun
begitu, para orientalis Yahudi dan Nasrani kelihatan sangat percaya akan hal
ini. Setelah menghubungkan keterangan Nabi SAW dengan ramalan Nostradamus itu,
mereka mencari negeri yang memiliki sifat demikian di negeri-negeri berkaitan.
Mereka menjalankan 'kerja-kerja kotor' yaitu mencoba memadamkan kalimah Ilahi
dengan berbagai cara.
Dengan
berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalangi kebangkitan Islam untuk
yang kedua kali dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah
wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu menjadi sasaran utama mereka karena
mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya Pembantu Kanan Imam Mahdi itu.
Selain
itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini yaitu di
Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani
sedangkan Singapura adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi. Dari kedua tempat
itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutama Indonesia karena
mereka percaya Putra Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia. Itulah
bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan
Putra Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan
dibangkitkan.
Namun,
karena sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap gerakan mereka ini
dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketentaraan
dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat mereka sebenarnya ke atas umat
Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat
mereka sehingga tidak pernah diketahui oleh umat Islam manapun di kawasan ini
sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui
melalui pembentangan oleh para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui
penerbitan-penerbitan mereka sendiri saja. Begitu bijaksananya mereka
beroperasi.
4. Dia dan toifahnya
sangat mencintai Rasulullah SAW, para sahabat dan Ahlul Bait serta sangat
membela mereka.
Beliau dan
anggota-anggota toifahnya adalah orang yang sangat mencintai Allah taala,
Rasulullah SAW, Ahlul Bait dan para sahabat Radhiyallahu anhum. Ketika para
sahabat dimaki dan dinista oleh golongan Syiah dan pro-Syiah, mereka
mempertahankannya habis-habisan.
Ketika
Ahlul Bait menerima cobaan dengan cara dihalau dari tanah air mereka, diburu,
dicaci, ditangkap lalu disiksa, bahkan banyak yang dibunuh oleh golongan Wahabi
yang berkuasa di Hijaz. Golongan ini secara terbuka membantu dan mendoakan
keselamatan untuk Ahlul Bait ini. Mereka selalu mendoakan kesejahteraan ke atas
golongan ini dan membela seperti mereka membela anggota keluarganya yang
ditimpa kesusahan, bagaikan mereka adik-beradik yang seibu sebapak dengan Ahlul
Bait dan sahabat Nabi SAW itu.
Selain itu
mereka juga selalu menyebut-nyebut jasa dan peninggalan para sahabat dan Ahlul
Bait itu di hadapan orang banyak. Mereka tidak segan-segan menyatakan terima
kasih atas segala susah payah para sahabat dan Ahlul Bait dahulu menyebarkan
Islam, hingga mereka pada hari ini turut menerima nikmat Islam. Jika tidak
dengan jasa dan usaha gigih mereka itu, entah bagaimana keadaan umat di Timur
pada hari ini.
5. Karamah
terbesarnya ialah dapat menyadarkan kembali masyarakat dari kecintaan hidup di
dunia, lalu sama-sama kembali kepada ajaran Islam. Beliau mempunyai satu
keramat yang paling besar, yang tidak diberikan kepada wali manapun sejak zaman setelah sahabat
hingga ke hari ini. Keramat itu ialah mampu menyadarkan semula masyarakat Islam
dari kelalaian kepada ingat akhirat, dari kejahilan kepada pengetahuan yang
tinggi dan mantap, dari kurang beriman kepada iman yang mantap. Keramat beliau
ini tidak dapat dilihat oleh orang manapun tetapi kesannya dapat dirasakan oleh
semua orang Islam pada waktu itu. Kesannya dapat turut dirasakan oleh orang-orang bukan Islam yang berada di
bawah pemerintahannya.
6. Dia dan anggota toifahnya sangat rajin bekerja, berjihad
dan beribadah.
Mereka
berjihad dan bekerja pada waktu siang seperti singa sedangkan pada waktu
malamnya, mereka beribadah seperti seorang rahib. Keterangan ini adalah uraian
dari kitab al-Jami'us Soghir oleh Imam as-Sayuti. Ketika menguraikan keterangan
ini, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenainya. Dipercayai bahwa
kata-kata ini diambil dan dipetik dari kata-kata hikmat ulama dahulu.
Di samping
itu, mereka ini memang bersifat sebagai seorang pejuang. Seorang pejuang Islam
sejati mestilah bersikap seperti itu. Mereka keluar berjihad sepenuh tenaga
pada waktu siang dan pada malamnya pula, mereka beribadah bersungguh-sungguh
kepada Allah.
Karena
sifat mereka yang demikian hebat itu, maka layaklah mereka ini digelar sebagai
singa dan rahib sekaligus.
7. Dia dan toifahnya adalah seperti kepingan-kepingan besi
Yaitu
sangat berani, sabar, tahan uji, kuat dan pemikiran mereka seperti diikat
menjadi satu. Segala kepahaman mereka mengenai Islam adalah sama dan cara
beramal mereka juga sama, tidak berbeda. Kepingan besi yang telah dipanaskan
akan sama saja bentuknya, walau dilihat dari sudut manapun.
Besi dalam
hadis ini juga bermaksud sangat tahan menerima cobaan sebagaimana tahannya besi
menanggung berat beban di atasnya. Begitu jugalah halnya dengan hati mereka
yang tahan menerima cobaan dari Allah. Besi dalam hadis ini juga bermaksud
hanya orang yang benar-benar bersih hatinya saja yang akan mampu bertahan
mengikuti liku-liku perjuangannya yang berat itu. Sedangkan 'besi' (hati) yang
tidak tahan ujian adalah laksana bagian besi yang berkarat. Apabila dipanaskan,
bagian yang berkarat itu akan tersingkir, baik secara suka rela atau terpaksa.
Hanya hati yang benar-benar ikhlas akan berjaya menghadapi ujian Allah dan
membentuk pasukan yang kuat untuk Putra Bani Tamim. Itu adalah salah satu
syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi pasukan kanan Putra Bani Tamim, yang
jelas sangat kecil jumlahnya itu.
8. Dia dan anggota toifahnya selalu berjalan secara
berkelompok
Mereka
lazimnya berjalan dalam satu kumpulan. Jarang dijumpai anggotanya berjalan
secara sendirian. Ini adalah ciri-ciri khusus yang disebutkan oleh Imam
as-Sayuti dalam kitabnya al-Jami'us Soghir. Hasilnya, setiap orang yang
memandang mereka, akan merasa gentar terhadap mereka. Hal ini ada kaitannya
dengan pernyataan sebelum ini bahwa mereka adalah ibarat singa di rimba pada
waktu siang. Singa lazimnya ditakuti oleh manusia dan hewan-hewan lain.
Karena
itu, tidak heran jika dikatakan mereka ditakuti dan disegani oleh kawan dan
lawan, baik melalui pengakuan atau perasaan. Satu hal yang perlu diingat,
mereka bukan dari jenis manusia yang ganas, sebaliknya mereka membawa keamanan
dan kasih sayang walau kemana pun mereka pergi.
9. Dia senantiasa memakai sutrah/kain ridak di atas bahunya.
Ada
kalanya sutrah/kain ridak itu diletak di atas serbannya. Sifat seperti itu
adalah sifat 'wajib' bagi seorang wali Allah (sekiranya mau berjalan jauh
keluar dari rumah), yang sudah mencapai makam yang tinggi pada sisi Allah dan
rasul-Nya.
Pernyataan
ini diberikan oleh para ulama dalam kitab-kitab kecil mereka mengenai para wali
Allah. Karena beliau merupakan wali yang besar, maka pemakaian sutrah di atas
bahu atau di atas kepala adalah adalah sebagai lambang kemuliaan dan ketinggian
derajatnya. Namun hal ini sudah tidak diketahui dan disadari oleh umat Islam
waktu itu karena mereka sudah terlalu jauh dari zaman Rasulullah SAW dan
sahabat baginda, menyebabkan beberapa maklumat berharga 'hilang' dari peta
minda umat Islam.
Perbuatan
ini juga adalah sebagai usaha beliau menghidupkan kembali sunnah Nabi SAW yang
sudah hampir tidak diamalkan lagi atau merupakan amalan yang hampir pupus.
Sayang seribu kali sayang, manusia hari ini lebih prihatin terhadap kepunahan
spesies harimau belang daripada kepunahan sunnah Nabi SAW di kalangan ummah.
Sunnah ini
sungguhpun kecil, tetap menunjukkan betapa tinggi nilai kasih sayang seseorang
kepada setiap sunnah Nabi SAW dan mencoba sedaya upaya untuk mengikuti sunnah
tersebut.
10. Dia dan toifahnya sangat berjaya dalam segala urusan
hidup.
Yaitu
benar-benar mengamalkan ajaran Islam dalam hidup mereka sehari-hari.
Maksud sangat
berjaya di sini ialah:
Berjaya menjalankan cara dan sistem hidup Islam di
tengah-tengah kancah jahiliyah yang sedang hebat melanda seluruh dunia.
Berjaya menegakkan sunnah Nabi SAW ketika ulama lain atau
toifah lain masih mencari arah tujuan sebenarnya, pemikiran dan toifah mereka
dan mampu berhadapan dengan arus jahiliyah.
Berjaya menegakkan
bentuk hukum Islam ketika hukum Islam tidak dipraktekkan lagi oleh masyarakat.
Mereka melaksanakan hukum Islam di dalam hati masing-masing. Hukum Islam yang
dijalankan di hati itulah yang sebenarnya dilihat dan dinilai oleh Allah, bukan
pada hukum zahir (ketika zaman ini saja). Dengan hukum Islam di hati itu, umat
Islam tidak akan melakukan dosa apapun, baik secara terang atau secara
sembunyi-sembunyi.
Berjaya menegakkan negara Islam model, sebelum negara Islam
sebenarnya dapat ditegakkan. Maksudnya ialah berjaya menegakkan negara kecil di
dalam negara besar. Dalam negara kecil itu dapat dilihat dengan jelas secara
praktek bentuk sebenarnya sebuah negara Islam setelah mendapat daulah nanti.
Setiap usaha mereka
dalam segala aspek kehidupan senantiasa dibantu oleh Allah sehingga bentuk
usaha mereka tidak mampu ditiru oleh toifah atau jemaah lain.
Kemampuan
dan kejayaan mereka menegakkan Islam di dalam diri, masyarakat dan keseluruhan
sistem hidup sangat mengagumkan setiap orang, baik kawan ataupun lawan. Karena
itu tidak heran jika mereka akan didengki, dihasad dan dicoba dijatuhkan karena
setiap usaha mereka dianggap mampu merobohkan pengaruh yang telah ada di
kalangan orang-orang yang mau mencari pengaruh.
11. Dia dan toifahnya memakai serban hijau.
Ketika itu
sudah tidak ada lagi orang/toifah lain yang memakainya. Masing-masing sudah
lupa memakai serban hijau, sedangkan serban itu sunnah Nabi SAW karena para
nabi dan rasul itu semuanya memakai serban. Malah ketika itu, sudah banyak pula
'ulama' yang dengan begitu berani mencoba mempertikaikan sunnah memakai serban
dan melecehkannya. Kata mereka diantaranya serban itu adat bangsa Arab dan Nabi
SAW memakai serban sebagai suatu adat dari bangsa Arab. Alasan lain yang mereka
berikan ialah tidak ada hadis sahih yang menyebutkan secara khusus mengenai
pemakaian serban. Yang ada hanyalah hadis dhaif belaka. Begitulah hujah mereka.
Bagi kita,
jika seseorang itu sudah kasih dan sayang kepada Nabi SAW, ia tidak akan
mempermasalahkan baik hadis itu sahih atau tidak untuk bermala. Tetapi
mengikuti kepada rasa hati (berbuat atau tidak berdasarkan kasih kepada Nabi
SAW atau tidak) dan akhirnya terus mengamalkannya. Hanya orang-orang munafik
dan yang lemah iman saja yang akan banyak bertanya sebelum melakukan sesuatu
perkara yang disuruh oleh agama, dan banyak juga alasan yang sengaja
dicari-cari untuk tidak mau melakukannya.
12. Kaum wanitanya memakai jubah tebal berwarna gelap atau
hampir gelap.
Warna
hitam atau hampir gelap (kelabu, kehitam-hitaman, coklat, biru tua dsb.) adalah
hampir sinonim dengan pakaian wanita Islam sejak zaman Nabi SAW hingga
berakhirnya sistem khalifah di Turki pada tahun 1922 dahulu. Sejak tamatnya
sistem khalifah, kaum Muslimah sudah mulai dihadapkan dengan sistem hidup cara
Barat dan diberi kebebasan untuk berpakaian secara Barat. Kesannya, umat Islam
terutama kaum Muslimah sudah mulai lupa bentuk sebenarnya pakaian mereka yang
dituntut oleh Islam.
Memang
Islam tidak melarang umatnya mengikuti mode, tetapi mode itu hendaklah sesuai
dengan syariat dan tidak melebihi apa yang telah digariskan oleh Al-Quran dan
As-Sunnah. Pakailah pakaian apapun, bentuk, mode dan warna apapun tetapi jangan
melebihi batas dan syarat yang ditetapkan oleh syariat yang mulia.
Hal itu
berbeda dengan Putra Bani Tamim. Beliau gigih menggalakkan anggota-anggota
toifahnya untuk mengikuti sunnah Nabi SAW yang telah ditinggalkan sejak hampir
seratus tahun dahulu. Mereka gigih memperjuangkannya dan sanggup menentang arus
jahiliyah yang sedang hebat melanda umat.
13. Dia dan toifahnya diterima juga di bumi Khurasan.
Yaitu
menjadikan beliau sebagai pemimpin mereka, dalam satu jemaah/toifah. Ini sangat
aneh, karena orang-orang di Khurasan sejak zaman purba tidak pernah mau
mengakui siapapun orang luar sebagai pemimpin mereka. Mereka cuma akan tunduk
kepada suatu kaum yang menundukkan mereka secara paksa yaitu melalui
ketentaraan. Ini sangat berbeda dengan Putra Bani Tamim yang datang secara aman
tetapi langsung diterima oleh penduduk Khurasan sebagai ketua dan pemimpin
mereka. Penduduk Khurasan itu menjadi anggota-anggota toifahnya yang juga terdapat
dan berpusat di Timur.
Mereka
menerimanya secara aman, tanpa paksaan dan gigih pula memperjuangkan
kepemimpinan beliau terhadap mereka. Ini sebenarnya merupakan suatu khawariqul
adah yang cukup besar yang berlaku di Khurasan ketika itu. Hanya umat Islam
yang prihatin dan telah menerima hidayah saja yang akan tahu dan mengakui hal
ini.
14. Dia zahir, berjuang dan membangun kekuatannya di sebelah
Timur.
Ketika
beliau mula-mula dizahirkan sebagai Putra Bani Tamim, beliau akan dizahirkan di
sebelah Timur, yaitu di salah sebuah negara di sebelah Timur ini. Dikatakan
juga oleh ahli-ahli sufi, beliau akan zahir pada tahun ganjil menurut
perhitungan Hijriah. Misalnya, dikatakan zahirnya pada awal tahun 1421 Hijrah
atau dekat dengan tarikh tersebut. Pada peringkat awalnya akan berjuang di
Timur. Beliau juga akan memulai perjuangannya di sebelah Timur itu. Beliau juga
akan membangun kekuatannya di Timur. Kekuatan yang dimaksudkan di sini ialah
tentara Mahdi yang sebanyak 500 orang itu. Mereka itu dilatih dengan latihan
sufi yang ketat, terutama latihan-latihan berbentuk kerohanian, bukan dengan
latihan ketentaraan seperti yang ada pada hari ini di camp-camp tentara. Mereka
juga tidak menggunakan senjata lahiriah apapun atau memakai pakaian seragam.
Sukar untuk membedakan antara seorang dengan yang lainnya.
Kekuatannya tidak dibangun pada peringkat awal perjuangannya tetapi
dibangunn setelah melalui tiga fase seperti yang akan disebutkan. Mereka
dipilih dan dibangun oleh Putra Bani Tamim secara khusus. Setelah lulus melalui
tapisan-tapisan yang ketat dan nampak ganjil pada mata orang banyak (jika
mereka dapat melihatnya).
15. Dia senantiasa bersemangat juang walaupun ujian yang
diterimanya terlampau berat.
Dan mereka
benar-benar berjuang pada jalan Allah. Latihan berat di sini ialah dalam bentuk
latihan rohani dan tarekat. Terdapat juga latihan berbentuk lahir tetapi mereka
akan senantiasa menganggapnya sebagai hal yang remeh dan ringan saja,
berbanding latihan batin yang sedang mereka hadapi. Mereka akan dididik menjadi
sangat tabah, sabar, istiqamah dan ikhlas. Mereka juga sangat rajin bekerja,
sangat kuat beribadah dan sangat menjaga syariat lahir dan batin.
16. Dia dan toifahnya mengamalkan tarekat dan jalan sufi.
Mereka
sangat gigih dalam beramal, bersuluk dan bermujahadah, berani menghadapi ujian
batin yang hebat dan gagah pula menghadapinya hingga akhirnya mampu
menghancurkan gunung tujuh yang menghalangi jalan ibadah mereka. Gunung tujuh
itu diuraikan secara panjang lebar oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya
Ulumuddin.
17. Dia merupakan peletak dasar pertama pengembalian
kekuasaan kepada Islam dan sistem khalifah.
Sistem
khalifah sudah tiada lagi di dunia Islam ketika itu. Maka beliau adalah orang
yang akan mengembalikan sistem khalifah itu kepada umat Islam sehingga semua
orang Islam di dunia akan tunduk di bawah sistem khalifah itu. Beliau akan
memulai kembali sistem khalifah di Timur, yaitu di negara tempat beliau
mula-mula dizahirkan. Seterusnya sistem khalifah itu akan menggemparkan seluruh
dunia karena umat manusia yang sezaman sudah tidak biasa dengan sistem yang
dibawa dan menganggapnya ganjil.
Setelah
sistem khalifah itu berjaya didirikannya, banyak negara lain yang sudi tunduk
secara aman kepada pemerintahan beliau. Malah mereka akan menyerahkan negara
masing-masing untuk ditadbir sepenuhnya oleh Putra Bani Tamim berdasarkan sistem khalifah itu.
Posted by SAYYID PENDITA at 10:56 PM
PEMUDA BANI TAMIM SUDAH MUNCUL ?
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................
No comments:
Post a Comment