27 February 2020

Hakikat Nur Muhammad



 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 


Saturday, August 7, 2010

Hakikat Nur Muhammad
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.............


ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WA KULLULHAMDI LILLAH, WASSOLATU WASSALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH.............


SUBHANAKALA ‘ILMALANA ILLA MA ‘ALLAMTANA, INNAKA ANTAL’ALIMUL HAKIM, RODHITU BILLAHI RABBAN WABIL ISLAMI DINAN WA BIMUHAMMADIN NABIYAN WA RASULA.............


AMMA BA'DU,

Banyak pendapat dan pertentangan pendapat tentang Hakikat Nur Muhammad yang akan menjadi topik perbahasan dalam Kajian Hakikat Tauhid ini. Perbezaan pendapat itu pada umumnya berkisar tentang penciptaan Nur Muhammad dan awal Muhammad. Masing-masing pendapat berusaha untuk menampilkan dan menyandarkan pendapatnya kepada ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith serta penjelasan-penjelasan yang logik dan ilmiah untuk menyokong kebenaran pendapat mereka.

Masing-masing pihak berusaha untuk membantah pendapat yang lainnya. Bahkan ada di antaranya yang menyatakan bahawa hadith-hadith yang disampaikan sebagai dasar daripada pendapat yang bertentangan adalah hadith lemah, bahkan hadith palsu dan sebagainya. Sehingga pada akhirnya, hanya pendapat dia sahajalah yang paling benar.

Mengenai hal tersebut, mari kita merujuk kepada pernyataan yang disampaikan oleh Ibnu Hajar yang menyatakan bahawa, setiap pendapat yang berusaha menjelaskan suatu urusan tentang agama yang tidak mempunyai penjelasan yang tegas, pada umumnya hanya berupa penafsiran yang berusaha untuk menyelaraskan maksud dan pemahamannya dengan apa yang dimaksudkan oleh Allah swt. Sedangkan yang dimaksudkan oleh Allah swt boleh jadi adalah demikian atau sama sekali bukan demikian. Kebenaran yang sesungguhnya adalah milik Allah swt.

Sedangkan tentang saling memperkatakan bahawa hadith yang disampaikan satu pihak, oleh pihak yang lain adalah hadith lemah atau hadith palsu. Hal ini adalah biasa kerana sesuai dengan konsep dasar pembelajaran ilmu hadith. Dalam perkembangannya, memang terdapat beberapa hadith yang sebelumnya dinyatakan sahih, ternyata perkembangannya yang terkini ditemukan lemah sanadnya atau bahkan ternyata bukan hadith. Namun dengan pemahaman bahawa apabila satu hadith yang sebelumnya dianggap lemah ternyata diriwayatkan oleh banyak orang dengan jalan yang berbeza, boleh jadi hadith tersebut adalah sahih kerana tidak mungkin atau kecil sekali kemungkinannya, banyak orang berbohong pada masalah yang sama di waktu yang sama.

Tapi apabila dicermati kedua pendapat yang saling bertentangan tentang keberadaan Nur Muhammad tersebut, pada hakikatnya adalah sama-sama mengakui keberadaannya kecuali daripada fahaman wahabi yang memang pada awal keberadaan fahamannya menolak setiap pendapat di luar daripada pendapatnya sendiri. Sedangkan pendapat yang lain, selain pendapat daripada fahaman wahabi atau daripada kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah cenderung untuk hanya mempersoalkan tentang penciptaan mana yang lebih dahulu diciptakan di antara Kalam dan Nur Muhammad. Jadi, keberadaan Nur Muhammad tersebut sebetulnya sudah disepakati akan adanya nur tersebut.

Perlu juga disampaikan dalam topik “Hakikat Nur Muhammad” ini bahawa Nur Muhammad yang dibahas bukan Nabi Muhammad saw yang dilahirkan di Makkah dan wafatnya di Madinah, ayahnya bernama Abdullah dan ibunya bernama Aminah, tetapi Nur Muhammad yang dimaksudkan adalah sesuatu yang diciptakan Allah swt yang akan membuktikan bahawa Dia adalah Tuhan yang tidak ada Tuhan selain Dia yang berhak untuk disembah.

Secara logic, dapat digambarkan bahawa tidaklah boleh dikatakan seseorang itu sebagai seorang guru apabila dia tidak mempunyai murid atau tidak ada orang yang belajar kepadanya, dan tidaklah boleh dikatakan bahawa seseorang itu pemimpin kalau tidak ada rakyat yang dipimpinnya. Tentunya tidaklah dikatakan Allah swt itu sebagai Tuhan apabila tidak ada makhluk yang menyembahnya dan yang menyembahNya itulah yang dikatakan sebagai Nur Muhammad.

Dengan pemahaman itu, maka sudah jelas bahawa yang pertama sekali diciptakan oleh Tuhan yang bernama Allah adalah Nur Muhammad kerana tanpa Nur Muhammad itu, Allah swt belum menjadi Tuhan kerana belum ada yang menyembahNya. Setelah ada yang menyembahNya, barulah Allah swt menciptakan kalam untuk berkata-kata kerana tidak mungkin Allah swt berkata-kata sendirian. Setelah memahami konsep sederhana yang disampaikan di atas, barulah kita boleh melanjutkan perbahasan tentang apa dan siapa Nur Muhammad itu dan bagaimana proses penciptaannya dan hubungannya dengan makhluk yang lain yang diciptakan Allah swt sesudahnya. Wallahu a’lam





Wallahu Alam Bishshawab.


Moga Bermanfaat.


Insya ALLAH 

.........................................................

No comments: