اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Nafas Dan Zikir
Nafas Dan Zikir
Sabda Nabi S.A.W yaitu "Barangsiapa
keluar masuk nafas dengan tiada zikir ALLAH maka sia-sialah ia".
Bermula nafas itu atas dua langkah, satu Naik dan kedua Turun. Maka
tatkala naiknya itu sampai kepada 7 petala langit maka berkata “Wan
Nuzuulu Yajrii Ilal Ardhi Fa Qoola HUWALLOH”. Dan tatkala turun kepada
7 petala bumi maka nafas Nabi itu bunyinya ALLAH. Tatkala masuk pujinya
HUWA. Tatkala ia terhenti seketika antara keluar masuk Tanaffas
namanya, pujinya AH.. AH. Tatkala ia tidur atau mati Nufus namanya
Haqqu Daa'im.
Ingatlah olehmu dalam memeliharakan
akan nafas itu dengan menghadirkan makna ini sentiasa, di dalam berdiri
dan duduk dan di atas barang yang diperbuat hingga memberi bekas kepada
sekalian badan dan limpah segala cahaya Nurul ‘Alam itu atas segala
anggota. Maka apabila tetaplah tilik hatimu maka jadilah engkau hidup
di dalam Dua Negeri yakni Dunia Akhirat dan dibahagiakan ALLAH baginya
pintu selamat sejahteralah di dalam Dunia dan Akhirat. Dianugerahi
ALLAH Ta’ala mereka itu sampai kepada martabat segala Nabi dan segala
Muslimin dan mengharamkan ALLAH Ta’ala tubuhnya dimakan api neraka dan
badanya pun tiada dimakan tanah di dalam kubur. Maka engkau tetaplah
dengan hatimu wahai saudaraku pada hal ini dan jangan engkau jadi
daripada orang yang lupa, mudah-mudahan dibahagiakan ALLAH Ta’ala atas
mu dengan berhadapan sentiasa hingga sampai kepada ajalmu.
Adapun nafas kita keluar masuk sehari
semalam yaitu pada siang 12 000 dan pada malam 12 000 kerana inilah
bilangan jam sehari semalam 24 jam, pada siang 12 jam dan malam 12 jam,
demikianlah seperti huruf “Laa Ilaaha Illalloh, Muhammadur
Rasuululloh”, masing-masing mempunyai 12 huruf berjumlah 24 huruf
semuanya. Barangsiapa mengucap dengan sempurnanya yang 7 kalimah itu
nescaya ditutupkan ALLAH Ta’ala Pintu Neraka yang 7. Juga barangsiapa
mengucap yang 24 huruf ini dengan sempurna nescaya diampuni ALLAH
Ta’ala yang 24 jam. Inilah persembahnya kita kepada Tuhan kita yang
tiada berkeputusan yang dinamai Sembahyang Daa'im dan puasa itu
melakukan nafsu zahir dan batinnya.
Sabda Nabi S.A.W “Ana Min Nuurillah Wal
‘Aalami Nuurii” artinya “Aku daripada Cahaya ALLAH dan sekalian alam
daripada Cahayaku” sebab itulah dikatakan “Ahmadun Nuurul Arwah”
artinya “Muhammad itu bapa sekalian nyawa” dan dikatakan “Adam Abu
Basyar” artinya “Adam bapa sekalian tubuh”. Adapun yang dikatakan
Fardhu itu Nyawa kerana Nyawa itu dapatlah bergerak badan kita.
Adapun Awal Muhammad Nurani adapun
Akhir Muhammad Rohani. Adapun Zahir Muhammad Insani adapun Batin
Muhammad Robbani. Adapun Awal Muhammad Nyawa kita adapun Akhir Muhammad
Rupa kepada kita, adapun yang bernama ALLAH Sifatnya, adapun
sebenar-benar ALLAH itu Zat Wajibal Wujud, adapun yang sebenar-benar
Insan yaitu manusia yang tahu berkata-kata adanya. Wabillahit Taufiq
Wal Hidayah.
JALAN KEPADA ALLAH
Ketahuilah olehmu JALAN kepada ALLAH
Ta’ala itu empat jalan yaitu pertama Jalan Syariat, kedua Jalan
Tariqat, ketiga Jalan Hakikat dan keempat Jalan Ma’rifat. Adapun yang
dikatakan Jalan Syariat itu Kata Nabi, Jalan Tariqat itu Perbuatan
Nabi, Jalan Haqiqat itu Tempat Kediaman Nabi dan Jalan Ma’rifat itu
Rahsia.
Adapun Istana Syariat itu Lidah, Istana
Tariqat itu Hati, Istana Haqiqat itu Nyawa dan Istana Ma’rifat itu
Kelakuan Nabi meliputi dengan semata-mata sekalian alam. Bermula
Syariat itu kerja Tubuh, Tariqat itu kerja Hati, Hakikat itu kerja
Nyawa dan Ma’rifat itu kerja Rahsia.
Soal: Jika ditanya orang apa yang dijunjung oleh Islam?
Jawab: Adapun yang dijunjung yakni
titah itu empat bahagi, pertama Syariat dijunjung oleh Anggota Islam,
adapun Tariqat itu dijunjung oleh Hati Islam dan Haqiqat itu dijunjung
oleh Nyawa Islam, adapun Ma’rifat itu dijunjung oleh Orang Yang
Mengetahui Islam yang empat itu. Maka inilah orang yang dinamai Shofid
Daaroini artinya Hidup Kepada Dua Buah Negeri. Maka orang inilah
sempurna Islamnya dan inilah segala orang yang ‘Arif Billah AlKhosul
Khos artinya Pilihan-pilihan dan Mukmin Shidiq, Mukmin sebenarnya. Maka
inilah bergantung pada Tali ALLAH yang tiada berputusan Musyahadah dan
Muqabalah dan Muraqobah dengan Haq ALLAH Ta’ala daripada ‘Adam kepada
Wujudnya dan daripada Wujud kepada ‘Adamnya tiada bercerai dan tiada
bertemu dan lain-lain daripadanya.
Dan lagi ALLAH Ta’ala menjadikan
sembahyang itu seperti Nabi Ahmad Muhammad pun namanya. Maka Ahmad itu
empat hurufnya yaitu Alif, Ha, Mim, Dal. Maka Berdiri itu Alif, Ruku’
itu Ha, Sujud itu Mim dan Duduk itu Dal, demikianlah adanya. Adapun
asal tubuh manusia itu yakni tubuh Adam Alahis Salam asal kejadian
empat unsur yaitu Tanah, Air, Api dan Angin. Adapun Tanah itu tempat
nyata Wujud ALLAH yang bernama Hakim artinya Yang Tahu Pada Hukumnya,
dan Air itu tempat nyata Wujud ALLAH yang bernama Mahyun artinya Yang
Hidup, dan Angin itu tempat nyata Wujud ALLAH yang bernama Qawiyyun
artinya Yang Kuasa dan Api itu tempat nyata Wujud ALLAH yang bernama
‘Adzim artinya Yang Agung. Maka ditilik dan dilihat ‘Arif Kamil
Mukammil itu seperti yang tersebut, menilik ia kepada bercerai maka ia
melihat perhimpunan yang empat kepada Insan. Maka dilihat dengan Mata
Hati pada Insan, Wujud ALLAH yang bernama ALLAH, inilah isyarat Hadith
Nabi S.A.W “Man Nadzoro Ilaa Syai^in Wa Lam Yarollohu Fii Hi Wa Huwa
Baatil” artinya “Barangsiapa menilik kepada suatu tempat tiada dilihat
ALLAH di dalam, maka yaitu batal”. Inilah ‘Arif Kamil Mukammil tiada
berkeputusan Dirinya, dan Hatinya, dan Nyawanya dan Rahsianya itu
berkehendak kepada Wujud ALLAH yang bernama ALLAH. Wabillahit Taufiq
Wal Hidaayah.
Kemudian daripada ketahui pula akan
nama ALLAH dan Muhammad S.A.W, adapun nama ALLAH itu Empat Huruf yaitu
Alif, Lam Awal, Lam Akhir dan Ha. Demikianlah suatu ALLAH pada Insanpun
Lima yaitu Jari Kelingking itu Huruf Alif, Jari Manis Huruf Lam Awal,
dan Jari Tengah itu Huruf Lam Akhir, dan Jari Telunjuk dan Ibu Jari itu
Huruf Ha. Demikianlah suatunya ALLAH pada Tangan Kiri dan Tangan Kanan
dan Kaki Kiri dan Kaki Kanan jua huruf Insan itu nama ALLAH dan
Rasulullah S.A.W.
Kerana firman ALLAH dalam Hadith Qudsi
yaitu “Jismanii Insaana Wa Nafsahu Wa Qalbahu Wa Ruhahu Wa Sam’ahu Wa
Bashorahu Wa Lisaanahu Wa Yadahu Wa Rijlahu Wa Kullu Zaalika Adzharni
Nafsahu Laa Huwa Illa Ana, Wa Laa Ana Ghoiruhu”. Artinya “Tubuh Manusia
dan nafsu dan hati dan nyawa dan mendengar dan melihat dan lidah dan
tangan dan kaki dan sekelian itu Aku nyatakan bagi diriKu, maka tiada
Insan itu lain daripadanya”.
Maka sebenar-benar Insan itu Muhammad
S.A.W. Maka ALLAH Ta’ala pun Tajallilah Ia kepada Insan itu seperti
firman ALLAH Ta’ala “Al Insaanu Sirrii Wa Anaa Sirruhu” artinya “Insan
itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. Dan firman ALLAH Ta’ala “Al Insaanu
Sirrii Wa Anaa Sirruhu Wa Shifaatu Laa Ghairuhu” artinya “Insan itu
rahsiaKu dan rahsiaKu sifat dan sifatKu itu tak lain daripada Aku”.
Demikianlah kemuliaan Insan kepada
ALLAH Ta’ala, maka hendaklah diketahui akan keadaan rahsia ALLAH itu
jikalau tiada diketahui nescaya di dalam dosa yang maha besar seperti
sabda Rasulullah S.A.W yang artinya “Adamu itu rasa yang sebagi dengan
Dia, rasaNya rasa engkau, engkau di dalam rasaNya”. Daripada kerana
inilah sabda Rasulullah S.A.W “Al ’Ilmur Ruh Wal ‘Amalu Jasad” artinya
“Ilmu itu nyawa dan amal itu jasad (tubuh)”. Yakni jikalau tiada nyawa
itu maka tiada dapat badan itu bergerak. Demikianlah di dalam kebaktian
sekalipun kerana kebaktian jikalau tiada dengan ilmu maka tiada
sempurna kebaktian kepada ALLAH Ta’ala.
Adapun nama Muhammad pada tubuh kita
yaitu Empat Huruf, pertama Mim, kedua Ha, ketiga Mim, keempat Dal.
Adapun Kepala itu Huruf Mim Awal, adapun Tangan itu Huruf Ha, adapun
Pinggang itu Huruf Mim Akhir dan adapun Peha kedua itu Huruf Dal.
Demikianlah di dalam Insan itu tiada lain daripada nama ALLAH dan
Muhammad S.A.W. Tiliklah nyata-nyata dengan memohon kerana ALLAH Ta’ala
Tuhan Yang Sebenar-benarnya.
DIRI TERDIRI DAN DIRI TERPERI
Adapun diri kita itu DUA perkara,
pertama Diri Terdiri, kedua Diri Terperi. Maka Diri Terdiri inilah
sifat kehinaan yang jadi daripada ibu-bapa asal daripada Mani tatkala
masuk ke dalam rahim ibunya dan tatkala 40 hari lamanya ‘Alaqoh
namanya, artinya darah yang bergumpal. Dan tatkala genap 120 hari
lamanya Nutfah namanya, artinya daging yang tiada bertulang. Kemudian
daripada itu masa dirupakan ALLAH Ta’ala akan dia yang dikehendaki
merupakan dia dan telah sempurnalah kejadiannya, maka dititahkan Nyawa
masuk ke dalam dikehendaki. Dan apakala masuklah Nyawa ke dalam ibunya
maka dikeluarkan ALLAH Ta’ala dia daripada perut ibunya kepada Alam
Wasitoh seperti orang yang telah jaga daripada tidur. Maka dilihat
tiada lagi rupa yang telah dilihat maka ia menangis, maka sebab suara
inilah dia bernama Insan. Tatkala ia tahu menangis Muhammad namanya,
tatkala inilah dijadikan ALLAH Ahlis Sunnah Wal Jama’ah. Tatkala ia
tahu menyusu Sufiah namanya, tatkala tahu berkata-kata Kitab namanya
kerana tatkala itu nyata rupa yang di dalam kandungan ibunya inilah
yang dikenalnya itu. Tatkala tahu meniarap Hanafi namanya, tatkala tahu
duduk Malik namanya, tatkala tahu berdiri Hambali namanya, tatkala tahu
merangkak Syafie namanya, inilah jalan Imam yang Empat itu dijadikan
ALLAH Ta’ala. Tatkala tahu berjalan Amrullah namanya, tatkala dalam
peliharaan ibu-bapa tahu berlari-lari Shuriah namanya kerana masa itu
suatupun tiada khabarkan dirinya ada lagi kelebihan dalam rahim ibunya.
Tatkala masa itu sudah cerdik, berjalan, berlari dan terus berkata-kata
oleh kerana leka akan dunia, lupa ia pandangan yang dahulu dan lupa
akan rasa.
Tatkala itu lupa akan dirinya maka
masuklah kepada dunia ini, hilanglah ilmu itu sehingga datanglah kepada
hari mati maka sekalian itu menunjukkan diri kita yang terperi itu
‘arodh jua segala guna yang ada ini tiada kekal ia pada kedua masuk
bertambah dan kurang itu satu Alam Jasmani jua bukan Alam Ruhani.
Artinya satu Alam Jasmani kedua Alam Ruhani itu tetap selama-lamanya
tiada berubah dan tiada kurang daripadanya inilah diri kita terperi
dengan segala peri mulia.
Kedua, adapun Diri Terperi tiada makan
dan minum dan tiada beranak dan tiada beristeri dan tiada tidur dan
tiada beribu dan tiada mati. Maka diri kita inilah dikurniakan ALLAH
Ta’ala Sifat Dua Kali Tujuh. Maka dengan sifat inilah martabat diri
kita yang terdiri kerana diri kita yang terdiri itu umpama sebuah
perahu diperintah oleh nakhodanya, masing-masing perahu masing-masing
nakhodanya. Adapun Sifat Dua Kali Tujuh yang dikurniakan ALLAH Ta’ala
itu kepada Ruh yaitu Sifat Ma’ani dan Sifat Ma’nawiyah inilah
dikurniakan ALLAH Ta’ala kepada Ruh kita supaya berkuasa ia memerintah
jasad kita itu, semata-mata seperti wayang tiada punya perintah
melainkan dengan perintah dalang jua. Dan adalah Ruh umpama pesawat,
kerana dalang itu jika tiada pesawat nescaya tiada akan zahir hikmat
dalang itu. Jangan terhenti memandang pesawatnya itu, maka hendaklah
ma’rifat yang tahqiq kerana dalang itu tiada bercerai dengan wayang dan
wayangpun tiada bercerai dengan dalang. Jikalau bercerai binasalah
wayang tiada berketahuan lagi.
Demikianlah keadaan Tuhan dengan Hamba
sentiasa tiada bercerai daripada Azali dan yang kepada Abadi. Inilah
firman ALLAH Ta’ala “Wa Huwa Ma’akum Aina Maa Kuntum” artinya “ALLAH
beserta kamu barang di mana ada kamu”. Artinya bertambah ada awal
adalah ALLAH serta kita dan martabat Ta’yin Thani pun beserta kita.
Maka ALLAH fardhukan kita jangan lalai daripada memandang serta Hamba
dengan Tuhan daripada Azali datang kepada Abada adanya.
BAB EHWAL TATKALA TIDUR
Adapun tatkala kita tidur itu, hilang
rasa kita sebab tiada diperintah Rahsia ALLAH. Maka jangan kita hendak
berbagai-bagai, ingatkan diri pun tiada, hanya yang ada itu Hayat
kerana Rahsia ALLAH itu jadi berkehendak kepada manusia dan segala
binatang. Jika tiada Rahsia ALLAH dan Kehendak... ALLAH maka tiada
Batin dan Zahirnya itu berkehendak berbagai-bagai.
Adapun ruh itulah bernama manusia yang
bernama tubuh sekalian Auliya^ ALLAH Ta’ala. Maka ruh itulah tubuh Ahli
Ma’rifat yang dapat berjalan batin dan yang dapat melihat batin. Yang
demikian itu, ruh itulah melakukan perintah Rahsia ALLAH kepada orang
yang sudah sampai ilmunya itu bertubuh akan Idhofi, bertubuh akan
Muhammad adanya.
MARI MENGAJI A I U
Adapun dalil menyatakan Zat itu Huruf
Alif Zat martabatnya Ahadiyat ertinya Esa Zat dengan Kebesaran jadilah
Alif Di Atas (A), Alif Di Bawah (I), Alif Di Hadapan (U) dengan
Kebesaran dan Kekayaan Zat. Maka tajallilah Sifat Asma^ dan Af’al. Dan
sekalian ini Qadim keempat-empatnya. Dan Sifat, Asma^, Af’al.. Sifat
pun Sifat Zat, Asma^pun Asma^ Zat, Af’al pun Af’al Zat, inilah erti Esa
pada pihak Tanazzulnya . Dan pada pihak Taraqqinya Sifat, Asma^, Af’al
ini terpulang kepada martabatnya Ahadiyat yakni Esa Zat semata-mata,
Laa Ta’yin pun ia, Sir ALLAH pun ia. Inilah Asal Niat yang tiada huruf
dan tiada suara jadilah Usholli artinya Aku Sembahyang Sifatnya Nafsi
(Wujud ALLAH).
Adapun Alif Di Atas (A) dalil
menyatakan Sifat Hurufnya di atas. Maka jadilah Lam Awal maknanya Sifat
Asma^ Martabat Awal. Artinya nyata yang pertama tajalli Sifat ALLAH
yang Nur Muhammad, A’yan Thabitah pun ia, Wujud Idhofi pun ia, Insan
Kamil pun ia. Namanya inilah yang menanggung Nama ALLAH. Inilah Asal
Fardhu yang sebenar-benar , maka jadilah ia Fardhu yang sebenar-benar
Sifatnya Ma’ani.
Adapun Alif Di Bawah (I) itu dalil
menyatakan Asma^ Hurufnya. Maka jadilah ia Lam Akhir maknanya yang
bernama ALLAH. Martabatnya Ta’yin Thani yakni kenyataan kedua. Maka
tajallilah Ruh Adam, dengan kelimpahan Ruh itulah yang menjadi Tubuh
Adam. Dan daripada sesuatu huruf yang tiga martabatnya A I U, maka
bermakna Alif Zat ALLAH, Alif Di Atas maka jadilah Lam Awal maknanya
Sifat ALLAH, Alif Di Bawah jadilah Lam Akhir maknanya Asma^ ALLAH, Alif
Di Hadapan jadilah Ha maknanya Af’al ALLAH, maka empat sifatnya. Alif
Lam Lam Ha maka bernamalah ALLAH. Terhimpun Zat, Sifat, Asma^ dan
Af’al, maka jadilah ALLAH Sifat Salbiah.
Adapun Alif Di Hadapan (U) itu dalil
menyatakan Af’al Alam Ruh maka jadilah Ha. Maknanya Af’al martabat Alam
Ruh Sifatnya Ma’nawiyah. Maka jadilah AKBAR. Maka dengan kiraaan
kelimpahan Ruh itulah menjadi Tubuh Kita. Wallahu A’lam
BAB AF’AL
AF’AL hanya Ia semata-mata. Adapun arti
Ia Wujud kita yang Batin hingga sampai kepada Zat ALLAH Ta’ala, maka
dapatlah Asal (Asli). Adapun dikehendaki dengan Takbiratul Ihram itu
seperti dalil “Tabdaala Ajsadu Bi Nuuri Robbiha” maksudnya “Tukarkan
Cahaya Diri Kamu Dengan Cahaya Tuhan Mu”. Adapun murod tukar itu “Mautu
Anta Qabla Muutu” artinya “Matikan Diri Kamu Sebelum Kamu Mati”. Adapun
Syarat Mati itu memulangkan Umanah ALLAH yang diberi pinjam pada kita.
Adapun yang dikatakan Umanah ALLAH itu Wujud kita yang Kasar memegang
Amanah dan Wujud kita yang Batin yang mengAmanahkan Zat ALLAH Ta’ala.
Maka Syarat memulangkan Umanah ALLAH itu, tatkala kita menghadapkan
ALLAH Ta’ala itu hendaklah kita tarikkan nafas kita naik ke dalam Fu^ad
kita sampai kepada Alam Qudsi dan Maqam Qabu Qausaini.
Adapun Alam Qudsi itu Ubun-Ubun dan Maqam Qabu Qausaini itu Antara Kedua Kening. Maka kita tahankan nafas kita hingga lenyap rasanya pada sekalian alam kita. Serta kita Niat “Hapus Wujudku Yang Kasar Kepada Wujudku Yang Batin Kepada Wujud Zat Hanya Zat Semata-mata" kepada syuhud kita. Maka hapuskanlah sekalian Sifat Basyariah diri kita ke dalam lautan yang bernama Bahrul Qadim hingga nyata sifat laut semata-mata yaitulah Laut ALLAH. Maka katakanlah ALLAHU AKBAR.
Setelah Fana sekalian keadaan diri kita
maka nyatalah Baqa Tuhan semata-mata. Inilah yang dikatakan Syuhud
(inilah yang kita Syuhudkan) hingga sampai kita Salam, jangan lalai
kepada yang lain.
Adapun Syuhud itu Pandangan Mata Hati,
Pengetahuan Nyawa dan Alam Nyawa. Sebenar-benar Alam Nyawa itu ialah
Iman. Sebenar-benar Iman itu ialah Sir ALLAH dan sebenar-benar Sir
ALLAH itu Cahaya Alam Sekalian Alam Zat ALLAH yang Tiada Berhuruf dan
Tiada Bersuara, Wujud Yang Mutlaq sebenar-benar Tuhan Zat Wajibul
Wujud. Inilah yang dinamai Syuhud dan inilah pakaian sekalian Anbiya'
dan Auliya' ALLAH yang Arif Billah yang Kamil. Inilah Muqoronah
Kamaliah namanya.
Barang siapa dapat memakai Muqoronah
ini, jikalau kanak-kanak sekalipun usianya Tujuh Tahun maka dihukumkan
ia Auliya'. Dipeliharakan ALLAH Ta’ala daripada sekalian azab dan di
anugerahi akan ALLAH Ta’ala atasnya jasa matinya hingga sampai Kiamat
seperti orang yang baru tidur pagi bangun petang. Demikian perasaannya
dipeliharakan ALLAH Ta’ala dengan tubuhnya yang kasar tiada binasa
kerana Nyawanya berdiam di dalam Jasadnya. Inilah sebabnya tiada binasa
Jasad kerana Jasad itu Kamil dengan Nyawa itu Kamil dengan Tuhannya.
Maka jadilah Kamil Mukammil.
BAB ZAT TUHAN YANG MUTLAQ
Inilah jalan kita mengi’tiqadkan
Ketuhanan seperti dalil “WALLOHU Kulli Syai'in Muhiit” bahawasanya
ALLAH Ta’ala itu Amat Rata yakni meliputi pada sekalian alam, pada
Hayat, Ilmu, Qudrat, Iradat, Sama’, Bashor dan Kalam atas Tujuh petala
langit dan Tujuh lapisan bumi yang di bawahnya serta antara
kedua-duanya di luar dan di dalamnya. Dan batu pejal dan di dalam
rongga Adam dan roma yang halus sekalipun, amat rata tiada lapang pada
suatu pihak, inilah erti ‘Muhit’.
Dan lagi dalilnya, “La Tatarraku
Zarrotan Illa Bi IzniLLAH” bahawasanya “Tiada bergerak walau sebesar
habuk sekalipun melainkan dgn Izin ALLAH”. Dan lagi dalilnya “Laa Haula
Wa Laa Quwwata Illa BiLLAH” maksudnya “Tiada daya upayaku melainkan
dengan daya daya upaya ALLAH”. Dalilnya lagi “Fa Ainamaa Tuwallu Fa
Thamma WajhaLLOH” artinya “Barang kemana-mana kamu hadapkan mukamu di
sanalah ALLAH”. Maksudnya barang kemana pandanganmu hendaklah pandang
ALLAH di dalamnya, jika kamu memandang keadaan diri kamu hendaklah
pandang Keadaan ALLAH .
Jika kamu memandang kehidupanmu
hendaklah memandang dengan Hayat Tuhan, jika kamu memandang
pengetahuanmu hendaklah memandang Ilmu ALLAH, jika memandang kuasamu
hendaklah dipandang Qudrat Tuhan. Jika kamu pandang kehendakmu
hendaklah pandang Iradat Tuhan, jika kamu merasa pendengaranmu
hendaklah diingat dengan Sama’ ALLAH. Jika kamu ucap zatmu hendaklah
ucap dengan Kalam Tuhan. Dan lagi barang kemana pandanganmu, ALLAH di
dalamnya artinya barang kamu pandang segala kejadian itu adalah yang
menjadikan, jangan terhenti pada kata-kata itu pada sekalian yang jadi
itu hingga sampai kepada yang menjadikan yakni Wajibul Wujud.
Wallahu A’lam Bis Showab.
Ikhsan dari sahabatku sangbogoroyo_007
Seterusnya [Next]:- Qosad, Ta'rudh, Ta'yin, Takbiratul Ihram Dan Junub
Nafas Dan Zikir
Moga Bermanfaat
No comments:
Post a Comment