29 February 2020

Fasal pada menyatakan kejadian MAUT

أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...     اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ                  ALLAH اللهَ 
                                                                       ALLAH اللهَ  
                                      Fasal pada menyatakan kejadian MAUT                                                                                                 

 Fasal pada menyatakan kejadian MAUT

Maka tatkala Maut berada di dalam Tangan Malaikat Izrail, berkatalah Maut  ya tuhan ku izinkan olehmu bagiku hingga aku menyeru didalam tujuh petala langit itu satu kali seru?. Maka meberi izin Allah Taala baginya maka lalumenyeru ia dengan terlebih kuat suaranya:-
Akulah Maut yang menceraikan antara tiap-tiap kekasih
Akulah Maut yang menceraikan antara suami dan isteri
Akulah Maut yang menceraikan anak perempuan dengan ibunya
Akulah Maut yang menceraikan antara saudara-saudara lelaki dan saudara-saudara perempuan
Akulah Maut yang mengerasi pada segala yang keras daripada anak adam
Akulah Maut yang memusnahkan segala rumah dan segala kampung.
Akulah Maut yang meramaikan segala kubur
Akulah Maut yang aku tuntut akan kamu dan aku dapatkan akan kamu dan jikalau adalah kamu itu didalam keranda besi yang amat teguh sekalipun dan tiada kekal segala makhluk itu melainkan merasakan akan daku / MAUT.

Maka apabila datang maut itu akan sesorang maka berdirilah antara hadapannya atas rupa yang sangat hebat, kemudian berkata oleh sesorang itu, siapa engkau? apa kehendak mu?, maka sahut maut itu, akulah maut yang mengelurakan dikau dariapda dunia ini dan akulah yang menjadikan anakmu yatim, menjadikan isterimu janda, dan menjadikan hartamu dipusakai oleh warisnya yang tiada engkau kasihi akan dia pada ketika hidupmu dan bahawsanya engkau tiada mendahulu akan kebajikan bagi diri engkau dan tiada mendahulu bagi akhirat engkau,  pada hari inilah datang aku kepada engkau supaya aku hendak menanggalkan ruh engkau.
Maka tetakala mendengar ia akan kata maut itu maka memalingkan ia akan mukanya kekiri, maka dilihatnya jua akan maut ada ia berdiri dihadapanya, memalingkan ia akan mukanya ke kanan maka dilihat jua akan maut ada berdiri dihadapannya.

Tempat kediaman maut pada langit yang ketujuh dan pada satu riwayat pada langit yang keempat. Dijadikan Allah Taala akan dia daripada Nur dan adalah baginya  70000 kakinya dan 4000 sayap dan penuh pada segala tubuhnya dengan mata dan lidah dan tiada sesorang jua pun daripada segala makhluk daripada manusia dan jin dan Angkas dan barang yang bernyawa melainkan ada pada tubuh maut itu sebanyak-banyak bilangan muka dan tangan segala makhluk Allah Taala yang bernyawa, maka mengambil ia akan segala yang bernyawa itu dengan tangannya.
Dan meniliklah ia dengan mukanya yang berbetul orang yang yang hendak mati itu, demikianlah peri mengambil nyawa segala makhluk pada tiap-tiap tempat dan apabila matilah seorang manusia yang didalam dunia ini maka hilanglah satu rupanya tubuh maut itu. Pada suatu riwayat bahawa adalah bagi maut itu empat mukanya satu muka dihadapnnya, kedua pada kepalanya ketiga pada belakangnya keempat pada tapak kakinya..
Adapun tetakala mengambil ia akan nyawa segala Ambia, dan segala Maialikat dengan mukanya yang dikepala, dan mengambil nyawa segala orang yang mukminin dengan muka yang dihadapannya dan mengambil nyawa segala kpir denga muka belakangnya dan mengambil nyawa segala jin dengan muka yang pada tapak kakinya. Bermula salah satu kakinya berpijak ia ditepi syurga dan satu lagi itu berpijak ia ditepi neraka. Bermula segala kafir, segala munafik dan segala yang celaka itu apabila hadir akan mereka itu oleh mati, nescaya turunlah ia atas mereka itu dan daripada pihak yang kirinya malaikat azab yang hitam mukanya lagi biru dua matanya dan serta mereka itu pakaian azab. Maka dudulah mereka itu padahal jauh daripada mayat itu hingga dakat malikatul maut mengambil nyawa mereka itu lalu diberikan kepada malaikat azab.

Pada suatu riwayat tetaka datang malikatul maut antara hadapan mayat itu pada hal berdir,maka berkata malikatul maut, adakah engkau tiada kenal aku? akulah malikatul maut yang mengambil ia akan ruh  dua ibu bapa engkau  dan engkau menilik kepada keduanya, dan tidada engkau memberi menafaat akan keduanya pada hari ini aku mengambil akan nyawa engkau hingga menilik segala anak-anak engkau dan segala perbuatan engkau dan segala taulan engkau hinga berteriaklah mereka. Maka berkata baginya Malikatul Maut betapa engkau lihat akan dunia? maka jawab ia aku lihat akan dia tipudaya dan maka menjadikan oleh Allah Taala akan dunia atas satu rupa maka lalu berkat dunia itu
Hai orang yang derhaka adakah engkau malu berdoasa dengkau didalam dunia dan tiada menegah engkau akan diri engkau daripada segala maksiat, bahawasanya menuntut engkau akan daku dan tiada menuntut akan dikau dan tiada engkau bezakan antara halal dan haram, bahawasanya aku lepas daripada engkau dan daripada amal engkau. Dan melihat ia akan hartanya itu sesungguhnya telah jatuh dalam milik orang yang lain. Maka berkata harta itu hai orang yang derhaka telah berusaha engkau akan daku denga tiada sebenarnya dan tiada engkau gunakan akan daku pada jalan yang sebenar dan tiada disedekahkan dengan aku atas segala fakir dan segala miskin, pada hari ini sesungguhnya telah jatuh aku didalam milik orang yang lain.

Adalah dijadikan oleh Allah Taala akan malaikat yang bernama Malaikatul ArRohim yang memerhatikan tiap-tiap  segaka kanak-kanak yang lagi akan diperanakkan oleh ibunya, maka apabila beranaklah seorang manusia maka dicampurkan malaikat itu tanah tempat kematiannya kepada "Nuftah". Dan situlah jasadnya berkubur.

Seterusnya Ehwal Kejadian [Next]:-Penciptaan Nur Muhammad (s.a.w.)

Seterusnya Maut/Mati [Next]:- Bila Izrail Datang Memanggil - Seru daripada Bumi dan Kubur
ALLAH اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
                                  






















ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَALLAH اللهَ    
                                             
Fasal pada menyatakan kejadian MAUT                                             
                                             
       اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
                والله أعلم بالـصـواب  
                       Moga Bermanfaat.
                             
...........................................................................................................





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh









Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh








Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH





No comments: