28 February 2020

Penyakit-Penyakit Gangguan Saraf.



 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 

Penyakit-Penyakit Gangguan Saraf.

Penyakit-Penyakit Gangguan Saraf.



Dalam huraian yang bterdahulu,jelas menunjukkan betapa pentingnya saraf dalam menggerakkan semua bahagian badan.Oleh itu,sekiranya perjalanan fungsi saraf kurang lancar,badan akan menjadi dingin,menyebabkan daya ketahanan tubuh menjadi lemah dan tidak bertenaga.Akibatnya badan akan mudah menerima gangguan penyakit.Terjadi demikian kerana kesihatan tubuh seseorang bergantung kepada keadaan perjalananan  saraf,yang berfungsi sebagai alat komunikasi.

Penyakit tidak hanya berpunca daripada kuman,seperti bakteria dan virus,kekurangan zat makanan,kelebihan zat makanan,keracunan makanan (food poisoning) atau akibat sampingan ubat yang dimakan,tetapi disebabkan oleh gangguan saraf (Terjodiprono).Dalam banyak kes,penyakit gangguan saraf selalunya berbeza dengan penyakit gangguan psikologi,meskipun kedua-dua penyakit ini berpunca daripada gangguan saraf.Penyakit gangguan saraf biasa seperti tersalah urat,lemah alat kelamin (impotency),kelumpuhan dan sebagainya,memerlukan rawatan pakar urat saraf (neurologi).Sementara pesakit saraf otak yang membawa seseorang hilang ingatan atau gila,memerlukan rawatan pakar psikiatri.

Penyakit gangguan saraf mungkin berpunca daripada amalan pemakanan,perlakuan atau kecederaan akibat kemalangan,menyebabkan saraf putus,disaluti lemak atau lendir,menyebabkan tidak dapat berfungsi normal.Kerosakan saraf misalnya mungkin menyebabkan darah tidak dapat berjalan dengan baik ke bahagian-bahagian tertentu di badan.Apabila saraf tidak berfungsi seperti biasa,badan terdedah kepada berbagai jenis penyakit saraf seperti krem(kreme),sakit sendi,sengal-sengal tulang(rheumatism),lenguh-lenguh badan,kebas kaki tangan(numbness),sakit kepala(headache),sakit pinggang(lumbago),lemah alat kelamin(impotency),lemah urat peranakan,lumpuh(paralysis),tergeliat(streaching) dan lain-lain.

Penyakit lumpuh pada kebiasaannya terjadi pada orang dewasa,yang mencapai umur lebih daripada 40 tahun.Pada kebiasaannya penyakit ini dikaitkan dengan lemah jantung.Lumpuh juga berpunca daripada darah beku di bahagian tertentu otak,yang berkaitan dengan bahagian-bahagian tertentu pada badan.Keadaan ini menyebabkan impuls saraf yang menguasai kegiatan,tidak dapat diteruskan ke hujung saraf sehingga otot-otot tidak dapat bergerak atau berfungsi.Inilah antara sebab-sebab berlakunya kelumpuhan,samada lumpuh seluruh badan,separuh badan atau mana-mana anggota badan tertentu.

Amalan perlakuan dan pemakanan harian seseorang juga boleh mengakibatkan penyakit gangguan saraf.Amalan menahan kencing misalnya,jikalau dilakukan secara berterusan,menjadi punca sakit karang(gonorrhoea), atau sakit uluran(testicular swelling) di kalangan kaum laki-laki.Amalan ini juga boleh menyebabkan terjadi bengkak di bahagian pundi-pundi kencing yang mengakibatkan seseorang kerap kencing.Lama kelamaan tabiat ini boleh menyebabkan sakit kencing bernanah.Pundi-pundi kencing yang membengkak,boleh menyebabkan merebaknya lain-lain penyakit gangguan saraf,seperti lemah alat kelamin,sakit pinggang(lumbago),sakit kepala,darah tinggi dsb.

Menurut seorang bomoh yang juga tukang urut tradisional,penyakit ini lebih mudah merebak sekiranya seseorang itu memakan makanan yang dianggap sejuk seperti pisang,tembikai,nangka,bayam dan beberapa jenis sayuran lain,meminum minuman sejuk atau yang mengandungi air batu.

Oleh kerana kesempurnaan saraf itu penting,berbagai-bagai cara dilakukan oleh orang Melayu tradisional untuk menjaga dan memulihkannya,sekiranya ia tidak berfungsi normal.Salah satu cara yang diamalkan ialah dengan mendapatkan rawatan urut tradisional yang dilakukan oleh orang yang pakar mengenainya.Ketika rawatan urut tradisional,tukang-tukang urut tradisional juga menggunakan bahan-bahan bantuan seperti minyak urut atau air yang telah didoakan atau dijampi.Minyak urut tradisional digunakan untuk melicinkan proses rawatan urut tradisional,selain mengelakkan kesan sakit akibat urutan dari rawatan urut tradisional tersebut.

Selain mendapatkan rawatan urut tradisional,pantang larang amalan-amalan tertentu juga perlu dipatuhi,samada pantang larang perlakuan mahupun pemakanan.Pesakit gangguan saraf ditegah melakukan kerja-kerja berat dan pantang memakan bahan-bahan yang dikategorikan sebagai sejuk.Sebaliknya pesakit digalakkan memakan makanan yang dianggap panas,seperti halia (Zinglber officinale),lengkuas(Alpinia),lada hitam(Piper nigrum) dsb.

Salah satu bahan yang elok dimakan untuk memanaskan badan ialah jintan hitam,atau yang juga dikenali sebagai “habbah sauda”(Nigella sativa).Ianya disarankan ole Rasulallah s.a.w dalam sabdanya.

Cara terbaik untuk memakan ramuan ini ialah dengan menjadikannya serbuk dan dimasukkan dalam kapsul,ataupun dijadikan makjun.Untuk menjadikannya ubat dalam kapsul,setengah kilo jintan hitam diperlukan.Pilih jintan hitam yang masih segar,iaitu yang tidak dimakan ulat ataupun terlalu lama dalam simpanan.Jemur dan ayak untuk mengasingkannya daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti pasir,habuk juga lain-lain campuran.Kemudian digoreng tanpa minyak dalam kuali,di atas api yang sederhana besarnya sambil membalik-balikkan bahan tadi dengan sudip terus menerus.Pastikan bahan ini tidak terlalu garing di atas kuali.Ia memerlukan tiga suku masak sahaja.

Tumbuk atau mesin bahan ini sehingga halus setelah sejuk.Kemudian dimasukkan dalam kapsul.Ambil 3 biji kapsul setiap hari pagi dan petang selepas sarapan atau makan malam.Bahan ini boleh juga dimakan begitu sahaja tanpa memasukkan dalam kapsul,iaitu dengan mengambilnya sebanyak 2 sudu camca dengan mencampurkannya dengan air setengah gelas untuk diminum setiap pagi dan petang.





Untuk menjadikannya makjun,serbuk jintan hitam yang telah cukup halus dicampur dengan buah kurma yang telah ditumbuk lumat dan diuli,dengan memcampurkannya sedikit madu asli.Kemudian digintil bulat sebesar ibu jari setiap satu.Lumurkan sedikit minyak kelapa asli sebelum disimpan dalam bekas.

Pesakit juga perlu melakukan senaman ringan selepas diurut dengan rawatan urut tradisional.Pantang larang,petua dan amalan perlakuan pemakanan ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada kaedah perubatan Melayu tradisional.Malah ianya dianggap satu kemestian untuk membantu memulihkan sesuatu penyakit,termasuklah pemulihan urat saraf.

Posted by SAYYID PENDITA at 6:59 AM


Penyakit-Penyakit Gangguan Saraf.


Moga Bermanfaat





No comments: