01 February 2020

Santau



 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 








Tengkorak

Santau


APA ITU SANTAU?
la rangkaian dari 3 perkara, iaitu Ramuan, Sihir dan Makhluk halus. Santau ini biasanya banyak terdapat di bahagian negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina, dan lain-lain. Termasuk juga di bahagian selatan negara China. Jika di bahagian daerah Sumatra, Indonesia, dahulu Santau ini biasa digunakan seperti alat permainan masyarakat di sana. Di mana dalam sesebuah kampung jika ada seorang yang handal atau yang mempunyai sesuatu bidang ilmu yang tinggi seperti ilmu agama dan lain-lain, para penyantau suka mencuba atau hendak menguji sejauh mana kehandalan atau kebolehan orang tersebut. Bagi orang yang mempunyai ilmu kebal (yang dikatakan gagah perkasa) seperti pahlawan dan sukar untuk ditandingi oleh orang biasa, lazimnya tubuh badan mereka atau kekebalan
mereka akan kalah dengan santau.
JENIS-JENIS SANTAU
Lazimnya, santau dikenali sebagai bahan beracun diberikan kepada mangsa yang bertujuan untuk memudaratkan individu yang terlibat. Pengamal perubatan tradisional juga tidak dapat membezakan antara santau dan racun. Bahkan kedua-duanya dianggap sama. Menurut pengamal perubatan tradisonal ataupun dikenali dengan panggilan bomoh bahan dan adunan untuk menghasilkan santau adalah berbeza berdasarkan ilmu yang dipelajari daripada guru. Santau diklafikasikan kepada dua, iaitu santau hakikat dan santau hikmat. Beza antara kedua-duanya ialah santau hakikat tidak melibatkan pemujaan kepada jin sedangkan santau hikmat melibatkan pemujaan jin. Ada pula yang mengatakan sebagai santau fizikal dan santau angin. Santau fizikal pada kebiasaannya dibuat daripada miang buluh, ulat bulu, serbuk kaca dan sebagainya. Bahan tersebut diadunkan menjadi sebati dalam bentuk serbuk yang halus dan dibacakan mantera tertentu supaya lebih bisa dan mujarab sebelum diberi makan dan minum kepada mangsa. Santau angin pula ialah santau yang menggunakan bantuan makhluk halus dengan bacaan mantera tertentu dan ditiupkan atau ditujukan kepada mangsa.
Mengikut pengamal perubatan tradisional, umumnya, santau dibahagikan kepada dua kaedah :
Pertama, santau yang dikenali berdasarkan kaedah hakikat. Santau jenis ini diberikan kepada mangsa dengan mengadunkan bahan racun tersebut dan terus dikenakan kepada mangsa sama ada melalui minuman, makanan, sapuan atau calitan kepada mangsa. Sebagai contoh, racun santau disapu pada tempat duduk yang biasanya diduduki oleh mangsa. Dari sudut kekuatan bisanya pula bergantung pada ramuan yang diadunkan untuk menghasilkan racun tersebut. Mangsa yang terkena boleh menemui ajal namun bergantung pada tahap racun yang dihasilkan. Racun melalui kaedah ini mudah dibuang daripada badan pesakit. Santau yang dikenali sebagai hakikat ini bermaksud racun yang dihasilkan tanpa menggunakan kuasa makhluk halus.
Kedua, santau yang diadun dengan kaedah hikmat. Melalui proses ini, santau yang dihasilkan menggunakan bahan racun dan ilmu hikmat yang menggunakan bantuan makhluk ghaib. Santau ini dihantar kepada mangsa dengan menggunakan bantuan makhluk halus melalui pemujaan terhadap jin dan iblis. Santau ini merosakkan sistem pertahanan tubuh manusia. Mangsa yang terkena santau jenis ini sukar untuk diubati dan mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya. Santau hikmat atau turut dikenali sebagai santau seru atau santau angin yang menggunakan bantuan jin untuk mendapatkan kesaktian kepada bahan santau. Dalam hal ini, pemuja perlu menyediakan bahan sajian untuk jin yang diseru. Pemujaan dengan sajian ini biasanya melibatkan jin kafir. Jin Islam sekadar diseru dengan salam dan mantera dan tidak perlu disaji. Setelah ada tanda yang diyakini bahawa jin telah datang, orang yang melakukan sihir itu akan memuja jin tersebut untuk menghidupkan bahan santau. Di sini sekali lagi, jampi mantera dibaca untuk memasukkan hikmat dalam santau dengan bantuan jin. Santau yang dipuja dan telah menjadi disimpan dalam satu bekas yang biasanya dalam tabung buluh. Santau itu akan hidup dan penuh
dalam bekasnya pada waktu tertentu. Bila telah tiba keadaan begini, santau itu sudah sampai masanya untuk dikenakan kepada mangsa. Salah satu bahaya santau ialah jika tidak dikenakan kepada mangsa, maka santau akan memakan tuan ataupun ahli keluarganya.
Santau ini boleh dihantar melalui cara menyeru jin supaya membawa bahan santau kepada mangsa atau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman. Racun santau boleh dihantar dari jauh dengan memuja santau, atau menyeru jin santau pergi membawa racun kepada mangsa. Jin santau yang ditugaskan tersebut akan turut masuk ke dalam badan mangsa untuk menjaga racun santau yang berada di dalam badan mangsa.
CARA MENGHANTAR SANTAU
1) Santau Angin : Cara ia disebarkan melalui angin. Pembawa santau ini akan membawa santau mereka berjalan dikhalayak ramai, santau ini akan mengikut arus angin dari pembawa (arus angin dari belakang ke hadapan pembawa) dan mengenakan mangsa yang berdiri berhadapan (face
to face) dengan pembawa. Sekiranya mangsa membelakangi pembawa santau, insyAllah tidak akan terkena santau tersebut. Untuk santau angin biasanya, amat bahaya jika ramai orang yang berhadapan (face directly ) dengan pembawa santau ini kebanyakannya semua akan terkena termasuklah haiwan.
Bagaimana santau ini dibawa? Pembawa santau ini akan membawa santau ini melalui celah kuku
tangan mereka. Di kediaman, pembuat santau akan memasukkan dahulu jejari tangan mereka ke dalam bekas simpan santau untuk memasukkan santau ke dalam celah-celah kuku mereka sebelum mereka membuangnya di khalayak ramai. Kapasiti bagi jentikan 1 Jari : 20 mangsa, kalau 10 jari dah ada 200 mangsa. Dengan melalui arus angin dan memasukkan santau ke dalam jejari tangan, biasanya pembawa santau ini akan menyebarkan atau membuang santau mereka ini dengan kaedah menjentik-jentik jejari mereka di kawasan umum atau bila mereka ketawa, mereka akan membuka seluas-luasnya mulut mereka sampai boleh terlihat lelangit & bahagian tekak mereka, itu juga adalah salah satu cara
mereka mengenakan santau. Tempat biasa untuk sebaran atau dibuang santau seperti di pasar tani, pasar malam, restoran, majlis kenduri dan sebagainya.
2) Santau Tuju : Ditujukan kepada seseorang. Jika orang yang dituju dapat mengelak kerana pemakaian pendiding ia akan terkena pada orang yang rapat dengan mangsa. Penyantau tujukan santau tersebut dengan mengambil pakaian mangsa iaitu dengan mengetahui tarikh lahir mangsa. Contohnya, dari situ penyantau akan membuat kira-kira di mana mereka akan mencari kelemahan mangsa dalam 1 minggu ada 7 hari, jadi dalam 7 hari salah satu hari akan ada kelemahan berdasarkan dari tarikh lahir. Bila penyantau sudah dapat mengesan kelemahan mereka, penyantau akan menggunakan hari kelemahan mangsa tersebut untuk menyerang.
3) Santau Melalui Makanan & Minuman : Ia dimasukkan ke dalam makanan dan minuman. Biasanya jika mangsa selalu mengamalkan amalan pendinding diri dengan izin Allah Ta’ala, dapat mengesan santau
tersebut contohnya apabila mangsa hendak memegang cawan atau gelas yang berisi air sejuk dan sebagainya, air tersebut jadi macam menggelegak, gelas yang dipegang meletup atau pecah dan boleh dilihat dalam makanan tersebut mempunyai rambut-rambut yang halus (seperti rambut orang lelaki yang baru gunting rambut), serpihan-serpihan kaca berkilat dalam pinggan. Tempat biasanya dalam jamuan kenduri-kendara atau kedai makan dan sebagainya.
4) Santau Langkah : Biasa berlaku di tempat kerja (office). Di mana orang yang mempunyai hasad dengki dan sebagainya akan menaburkan bahan-bahan santau ini di pintu sambil menyebut menujukan santau tersebut kepada mangsa yg hendak dituju.. Ada juga santau yang dimasukkan ke dalam perigi dan lain-lain. Ia untuk ditujukan kepada seseorang dan terdapat pelbagai kaedah cara untuk pembuat penganiaya ini melakukan santau. Tapi santau hanya akan kena pada mangsa melalui masuk dalam mulut (makan, minum, angin ) , pijak langkah …
Santau ini ada gred tersendiri, jika gred yang tinggi kesan pada mangsa seperti muntah darah yang banyak dan kritikal dan berkemungkinan membawa maut, dan ada yang gred rendah tapi kesan untuk jangka panjang ialah mangsa akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit asma, kanser,gatal-gatal yang sukar diubati, dan sebagainya.
Sihir
CARA SANTAU DIBUAT & DIPROSES
Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan untuk menyediakan santau hakikat atau santau fizikal ini. Kebiasaannya bahan yang tidak boleh dihadam dan kotor digunakan. Sebagai contoh, gigi manusia, gading, rambut, selut, tanah, kaca, kuku, paku, bulu, ulat bulu, cicak (boleh dibuat sebagai racun) dan miang buluh. Terdapat tiga bahan utama yang diadun dalam ramuan santau.
  • Pertama, bahan yang terdiri daripada unsur-unsur bisa. Sebagai contoh bisa yang diperoleh daripada haiwan berbisa, seperti lipan bara, ular senduk, ular kapak, katak bertanduk, ubur-ubur dan sebagainya.
  • Kedua, bahan-bahan yang terdiri daripada unsur gatal dan miang. Antaranya, seperti ulat bulu mati beragan dan segala benda yang miang seperti buluh, keladi dan sebagainya.
  • Ketiga, unsur yang terdiri daripada bahan pedih, contohnya, kuku manusia dan haiwan, binatang yang telah mati, benang sutera, kawad besi, kaca, rambut dan sebagainya.
Bagi melengkapkan ramuan racun tersebut, ketiga-tiga bahan utama diadun secara bersama ditumbuk sehingga lumat dan ditapis. Kemudian bahan tersebut diperam dalam tempoh yang lama untuk menghasilkan bisa yang kuat. Bahan tersebut diperam selama 40 hari supaya sebati. Lebih lama bahan tersebut diperamkan adalah lebih baik, lebih bisa yang dianggap sebagai “cukup masak”.
Semua bahan yang diproses tersebut dikenali sebagai santau atau racun yang bersifat hakikat. Ramuan santau diadun menjadi racun dan dihantar sama ada melalui makanan, minuman atau calitan.
Bahan yang disediakan untuk membuat santau melalui kaedah hikmat pula berbeza berdasarkan kepada ilmu yang dipelajari. Barangkali kuantiti bahan beracun yang diadun untuk menghasilkan racun tidak banyak sepertimana yang dilakukan seperti santau yang bersifat hakikat. Namun begitu, kekuatan santau atau racun yang dihasilkan melalui kaedah hikmat lebih berbisa daripada santau hakikat. Hal ini disebabkan melalui penyertaan pemujaan jin dan iblis yang menambahkan bisa dalam bahan tersebut.
Proses penyediaan santau tidak dapat dielakkan dari menggunakan bantuan jin Langkah pertama yang dilakukan ialah dengan menyediakan bahan campuran yang berbisa, gatal dan pedih. Sebagai contoh, kaca terutamanya mentol lampu, rambut, kuku manusia, kulit lipan dikeringkan dan ditumbuk atau digiling, tetapi tidak terlalu lumat yang kemudiannya dicampurkan dengan bahan lain. Dengan bantuan makhluk halus dengan bacaan mantera tertentu dan ditiupkan atau ditujukan kepada mangsa.
RITUAL MENYERU SANTAU
1) Pembuat santau akan mengumpulkan segala bahan-bahan yang hendak dibuat santau
2) kemudian bila semua ramuan dah cukup, pembuat santau akan mencari suatu hari dalam bulan gelap betul-betul gelap (kalendar melayu kalendar islam ) dan mereka akan membawa bahan santau ini ke simpang tiga yang tak ada orang lalu lalang (simpang yang menuju ke hutan) di tengah malam tanpa membawa rakan hanya seorang diri
3) Kemudian mereka akan memulakan bacaan mentera jampi serapah mengikut bahasa masing-masing sambil menutup bekas santau itu dengan sehelai kain.
4) Cara bahan santau itu aktif ketika mana pembuat santau tu membaca mentera kain yang menutup
bekas santau tu naik ke udara kemudian keluar suara (jin, syaitan, iblis laknatullah) bercakap ‘aku ikut perintah kamu’ itu bermakna ramuan santau itu sudah menjadi. Tapi sekiranya bahan santau itu tak jadi maka pembuat santau ini akan menunggu hari gelap yang lain untuk mengulangi ritual yang sama sampai menjadi.
5) Apabila bahan santau ni diaktifkan ia akan disimpan dalam bekas tabung contohnya zaman dahulu ia disimpan dalam batang buluh kecil dan digantung pada para di dapur. Kalau zaman sekarang Wallahu alam mungkin dalam balang atau sebagainya.
6) Jadi, dalam 3 atau 4 bulan sekali pembuat santau ini akan memeriksa bekas santau itu samada penuh atau tidak, jika dah penuh dan melimpah terpaksa lah pembuat santau ini membuang santau ini dengan cara seperti yang diterangkan sebelum ni samada pada khalayak ramai atau sebagainya. Jika tiada pilihan dan tak sempat nak buang ia akan memakan tuannya sendiri (samada pembuat terpaksa memberi makan atau minum pada ahli keluarga atau memakan diri sendiri).
Jalam_gelap
Antara jampi mantera yang biasa digunakan untuk menghasilkan racun santau hikmat seperti yang berikut:
“…..Hantu Raya jembalang kuning, Merupa engkau datang kepadaku, Jangan engkau langgar perintahku, Jika engkau ingkar juga, Aku panah engkau, Dengan panah berpanah, Panah Sakti, Panah Rajuna…….”
TANDA TERKENA SANTAU
  1. Batuk yang berterusan walaupun makan ubat hospital pun tak baik-baik dan gejala batuk pada waktu-waktu tertentu seperti maghrib, pagi, tengah malam, nak subuh, ada yang 24 jam (macam batuk anjing)
  2. Muntah darah
  3. Rasa tercucuk-cucuk dalam badan seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi-sendi badan, peha, dan kaki).
  4. Demam panas
  5. Sakit kepala
  6. Lenguh atau lemah sendi dan anggota badan
  7. Tiada selera makan ( kesannya jadi badan susut dan bila cuba nak makan rasa nak muntah)
  8. Susah nak tidur malam
  9. Kerap mengantuk di siang hari
  10. Gatal-gatal badan
  11. Pemarah (sifat yang dibangkitkan oleh jin, syaitan, iblis)
  12. Pelupa
  13. Resdung
  14. Barah
  15. Kayap
  16. Lumpuh ( yang menyerang buah pinggang) dan ada yang sampai buat putus urat jantung, sertajadi gila
  17. Lemah tenaga batin
  18. Kudis (biasanya ramuan santau ini boleh didapati dari kepulauan Borneo)
  19. Penyedih
  20. Penaku
  21. Pembenci
  22. Pemalas
  23. Fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan tepat dan hilang keyakinan diri
  24. Suka bersendirian (tidak suka bergaul dengan orang ramai)
  25. Sakit perut dan sakit belakang.
KESAN DARl TERKENA SANTAU
  • Merosakkan rohani dan jasmani (rasa tidak tenteram),
  • Merosakkan rumah tangga,
  • Merosakkan organ dalaman,
  • Merosakkan fikiran dan maut.
Tanda fizikal mangsa santau: warna kebiru-biruan (biru kundang) di kuku tangan dan kaki, bibir, kelopak mata dan ada yang tahap kritikal menjadikan paru-paru dan jantung bermasalah dan berlubang. Tidak ada perawat dapat memastikan dengan tepat berapa lama tahap santau sudah berada dalam badan pesakit tetapi berdasarkan pengalaman perawat santau, jika hanya bahagian dada saja
berkemungkinan santau tersebut baru masuk mungkin tidak kurang dari satu atau dua minggu, kalau sudah sampai ke pinggang berkemungkinan sudah masuk dalam sebulan atau beberapa bulan, kerana bila bahan santau dapat dikeluarkan dari badan pesakit dapat dilihat bahan tersebut masih baru dan bila dah sampai ke kaki berkemungkinan sudah beberapa tahun. Kalau yang dah lama bertapak, apabila keluar mungkin santau itu sudah menjadi hitam.
Jika pesakit santau menggunakan X-ray, ia tak dapat dikesan tetapi jika pesakit itu terkena santau biasanya hasil filem x-ray tersebut di bahagian paru-paru akan menjadi gelap dan doktor gagal mengesan puncanya. Santau ini bila dah masuk ke dalam tubuh mangsa melalui mulut atau
sebagainya, seperti yang diterangkan sebelumnya ia akan menjadi racun yang masuk ke pembuluh darah seperti bagaimana masuknya gangguan jin dan syaitan termasuk sihir dan menyerap ke seluruh badan dan terus ke otak dan ada kesan santau menjadikan anggota badan seperti lidah menjadi pendek membuatkan mangsa tidak boleh bercakap, mulut menjadi herot, dan tangan menjadi merengkot.
CARA HENDAK MENGETAHUI TERKENA SANTAU
Apabila hendak tidur, perahkan air limau nipis sedikit (tanpa ditambah dengan air) ke dalam mulut. Jika tiada masalah seperti batuk, gelisah samada semasa tidur atau tidak, berkemungkinan besar 90% masalah yang dialami ada bersangkut paut dengan santau. Jadi, segera dapatkan rawatan yang sewajarnya. Kalau tiada masalah Alhamdulillah. Santau biasanya bersangkut paut dengan penyakit fizikal juga seperti sakit, gatal-gatal pada anggota badan, kanser, sakit jantung, paru-paru, buah pinggang dan sebagainya, kecuali gout dan kencing manis.
KAEDAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SANTAU
Sementara itu, terdapat beberapa kaedah untuk mengelakkan diri dari terkena santau menurut perawat Islam berdasarkan kearifan mereka dan pengalaman mengubati penyakit. Kaedahnya adalah seperti yang berikut:
  1. Kaedah pertama yang melibatkan cara minum sesuatu minuman, iaitu dengan meletakkan jari kelingking di bawah gelas dan ibu jari di atas dengan merasa adakah terdapat perbezaan suhu di atas dan di bawah? Jika ada, besar kemungkinan ada unsur santau padanya.
  2. Ketika makan pula hendaklah pada awalnya menggunakan tiga jari sebagaimana sunnah Nabi SAW dan merasa apakah makanan itu terlalu sejuk? Jika begitu barangkali terdapat unsur santau di dalamnya dan hendaklah dielakkan memakan makanan tersebut.
  3. Membaca Surah al-Quraisy sebelum makan atau mengikut jumlah hidangan makanan. Contohnya, kalau dihidang nasi, sayur dan ikan, maka bacalah sebanyak tiga kali. Ayat daripada surah al-Quraisy bermaksud menghilangkan kita daripada rasa lapar dan mengamankan kita daripada ketakutan. Apabila membaca surah tersebut dan berdoa kepada Allah, Allah akan mengamankan kita daripada ketakutan bahaya sihir.
  4. Pusing pinggan atau kacau air dalam gelas arah berlawanan dengan arah gerakan jam. Kacau minuman sampai sebati atau mesra dan kalau ada ais, biarlah sampai ais cair untuk mengesan suhu sebenar minuman tersebut. Niat pada Allah, sekiranya terdapat benda yang tidak elok dalam makanan atau minuman, biarlah rasanya tawar.

Nabi Muhammad disihir, patung dicucuk 11 jarum namun 2 surah berjaya hapus kesakitan

SALAM kepada pembaca mStar, semoga semuanya dalam rahmat Allah.
Dalam kalangan kita ramai yang sakit sama ada disebabkan gangguan jin syaitan atau penyakit-penyakit perubatan moden yang lain.
Hal ini memang merupakan sunnatullah, Allah nak uji kita sebagai hambanya adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang sabar atau kufur dengan nikmat Allah.
Sama ada kita hidup senang, kita diuji dengan kesenangan dan bahkan inilah ujian yang sangat berat kepada kita.
Ketika kita senang, susah nak jumpa jalan ke surau dan masjid, majlis ilmu, bersedekah dan sebagainya. Tetapi apabila kita diuji dengan kersakitan barulah kita cari surau masjid, pak imam dan sebagainya.
Oleh itu janganlah kita mengeluh kenapa kita diuji dengan kesakitan, disantau, diganggu jin dan sebagainya.
Ketika mana kita diuji dengan kesakitan, hikmah sebenarnya adalah Allah sayangkan kita dengan Allah memberikan pahala yang sangat bersar disebabkan kesabaran kita dengan ujian kesakitan tersebut.
Seterusnya Allah sayangkan kita dengan mengampunkan dosa-dosa yang kita telah kita lakukan dan Allah akan angkatkan darjat kita.
Sebab itulah kita jangan hairan dan jangan menyalahkan Allah dengan ujian yang diturunkan kepada kita.
Nabi disihir
Hatta Nabi Muhammad SAW sendiri pun, kekasih Allah yang maksum dari melakukan dosa, Allah uji dengan sihir yang dihantar oleh seorang Yahudi yang bernama Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq.
Peristiwa ini berlaku tatkala Nabi SAW balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah. Setelah selesai perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi yang terkenal dalam kalangan mereka bernama Labid bin Aksam, bertujuan untuk melakukan sihir ke atas Nabi SAW.
Dengan kerjasama daripada seorang budak Yahudi yang juga khadam nabi, mereka telah mencuri sikat rambut Nabi SAW beserta rambut yang terdapat pada gigi sikatnya.
Orang-orang Yahudi ni perangai mereka amat buruk dan bongkak. Mereka sudah menandatangani perjanjian Madinah dengan Nabi SAW dan beraku janji bahawa mereka tidak akan memerangi semua pihak termasuk kepada umat Islam.
Tetapi dalam beberapa peristiwa Yahudi di Madinah telah melanggar perjanjian dan memeranagi Rasulullah SAW dan mereka akhirnya kalah dan diusir dari perkampungan mereka.
Tidak cukup dengan ejekan, fitnah, peperangan mereka menggunakan sihir. Bahkan dalam sejarah kenabian, merekalah kaum yang suka membunuh nabi-nabi yang diutuskan dalam kalangan mereka.
Bagaimana tukang sihir buat sihir tersebut?
Tukang sihir tersebut membuat patung berupa Nabi SAW daripada lilin, lalu ditikam dengan sebelas bilah jarum dan disimpul dengan sebelas ikatan. Maka dicampakkan ke dalam telaga keluarga Zarwan di mana telaga Nabi SAW selalu mandi.
Maka setelah Nabi SAW mandi di telaga tersebut, ditakdirkan, baginda terkena sihir selama 40 hari.
Ilmu santau ini kekal dan diamalkan sehingga sekarang iaitu dikategorikan dengan santau dengan cara ditanam.
Pengunaan apa-apa bahan dari badan kita yang dibuat santau sangatlah keras dan mendalam kesannya.
Sebab tu kalau rambut atau kuku kita jangan buang bersepah atau merata-rata takut-takut diambil oleh orang yang nak sihirkan kita.
Kesan daripada sihir ini, sebagimana dalam satu hadis daripada Syaidatina Aisyah r.a. menceritakan, bahawa Nabi  SAW mengalami sakit tenat, sehingga Baginda berasa tidak keruan dan mengigau kerananya.
Perkara yang telah dilakukan, Nabi SAW berasa ragu-ragu sama ada sudah dilakukan atau tidak dan Nabi  SAW merasakan telah melakukan sesuatu yang sesungguhnya tidak dilakukannya.
Pernah satu masa Nabi SAW melakukan solat dua rakaat dalam solat yang empat rakaat. Apabila ditanya oleh sahabat adakah ada syariat baru?  Nabi SAW menjawab tidak ada syariat baru dan baginda bertanya adakah aku solat dua rakaat? Sahabat menjawab ya, ya Rasulullah. 
Lalu nabi SAW tambah dua rakaat lagi dan nabi sujud sahwi sebanyak dua kali kerana kesilapan itu akibat disihir.
Datang dua malaikat
Pada satu malam Nabi  SAW berdoa kepada Allah. Lalu datang dua malaikat berupa dua orang lelaki menemui Nabi  SAW ketika Baginda sedang tidur. Salah seorangnya duduk di sebelah kepala manakala yang seorang lagi di sebelah kaki Nabi SAW.
Maka yang seorang lagi membacakan beberapa ayat dari al-Quran, iaitu Surah ‘Mu’awwidataini’ (Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas). Inilah sebab turunnya dua surah tersebut sekali gus.
Nabi SAW kemudiannya terjaga dari tidur, lalu mengutus Saidina Ali, Saidina Zubir dan Ammar ibnu Yasir pergi ke telaga tersebut.
Sesampainya di sana, mereka melihat air telaga itu seperti rendaman daun inai kemerah-merahan darah warnanya, manakala pokok kurmanya kelihatan bagaikan kepala-kepala syaitan.
Mereka menimba airnya dan mengangkat seketul batu besar, kemudian menemui bungkusan berikat tersebut lalu mereka mengambil dan mengeluarkannya dari telaga itu, seterusnya bungkusan berikat itu disampaikan pada Nabi  SAW.
Pada bungkusan tersebut terdapat sebelas simpulan bersama sikat rambut, gigi sikatnya dan sebelas jarum.
Kemudian Nabi  SAW membaca ‘Surah Mu’awwidataini’ iaitu dua surah yang diturunkan kepada Nabi  SAW dalam mimpi semalam.
Setiap kali dibaca satu ayat dari kedua-dua surah tersebut, terurailah satu ikatan, sehinggalah terurai kesemua simpulannya. Maka dengan takdir Allah, Nabi SAW  dapat berdiri dan seakan-akan baru terungkai dan terlepas dari belenggu ikatan.
Apabila dicabut pula satu persatu jarum tersebut, terasa sakit dalam tubuh Nabi SAW yang kemudiannya beransur hilang.
Kalau kita teliti makna ayat dua surah tadi pun menunjukkan ia merupakan penghalang dan pembuka ikatan sihir. Jom kita teliti maknanya!
1. Surah Al-Falaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".
2. Surah An-Nas
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. "Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
Aisyah bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak membakarnya?” Baginda menjawab: “Tidak. Adapun aku, maka Allah sudah menyembuhkan aku, dan aku tidak suka kalau aku membuat keburukan kepada manusia.” Lalu Baginda memerintahkan agar dipendam barangan sihir itu.” (Hadis Riwaat Ibnu Majjah r.a.)
Dalam hadis lain: “Bahawasanya, Allah SWT telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Daripada hadis ini sebenarnya menunjukkan bahawa membalas santau dengan santau adalah satu perkara dosa.
Bahkan disebabkan kita menggunakan bomoh dan meminta pertolongan jin untuk membalas santau, maka itu boleh membawa kepada syirik kepada Allah SWT.
Ketika hal itu disampaikan kepada si Yahudi tersebut, maka dia tidak lagi berani sama sekali menunjukkan mukanya pada Nabi SAW.
Demikianlah kisah bagaimana Nabi SAW sendiri terkena sihir ini dan mudah-mudahan kita akan dijauhi daripada amalan kurafat tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh hantar whatsApp kepada saya di 011-1144 8987 berkaitan dengan sihir, saka, gangguan jin termasuk penyakit slip disk, sakit lutut, kaki, tulang belakang, bahu dan lain-lain dengan cara gabungan bacaan ayat-ayat ruqyah dan urutan.
Dengan izin Allah, InsyaAllah, Allah akan berikan kesembuhan. Kita hendaklah yakin bahawa Allah berfirman: “Dan kami turunkan al-Quran sebagai ubat kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman” - [al-Isra’:82].
Silakan kongsi sebanyak mungkin semoga menjadi sebahagian amalan soleh kita. Wallahua’lam.
Racun Santau
Racun Santau
Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.

Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai 'santau angin' atau 'santau seru', santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan perhidmatan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakir dengan kematian, atau pun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Ada 2 jenis santau:
1. Santai yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.
Sintom Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi. Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan. Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.

Sintom atau kesan yang lain termasuk:
1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
4. Kurang daya ingatan.
5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
6. Sakit di bahagian tengkuk.
7. Kesan lelah atau asthma.

Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menybabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.

CARA RAWATAN PERUBATAN:

1. Racun santau ini hendak dikeluarkan secara batin oleh penulis (dengan keizinan Allah s.w.t.) Pesakit perlu berjumpa dengan penulis untuk mengeluarkan racun santau daripada badan.
2. Membaca ayat-ayat Al Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.
3. Minum air penawar dan madu lebah asli dan berdoa kepada Allah s.w.t untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT RACUN SANTAU:

(Pesakit hendaklah berjumpa saya terlebih dahulu sebelum memulakan amalan-amalan ini.)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Asy-Syu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Taha ayat 60 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

C. Amalan minggu kelima dan keenam:

1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-Ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

Kisah Kes Kerabat Raja Kena Santau
Golongan-golongan pembesar juga tidak terkecuali menjadi sasaran tukang santau ini, seperti yang pernah ditulis dalam majalah Dewan Masyarakat satu ketika dahulu, berita mengenai “Santau sebagai Punca Pembunuhan”. Dalam satu laporan berita isu semasa, Syahmi Syahiran telah mengetengahkan isu santau yang dikaitkan sebagai punca pembunuhan Hasleza Ishak (26 tahun) isteri kedua kepada Raja di-hilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa, yang ditemui mati pada 11 Oktober 2011. Siasatan awal kes tersebut membabitkan penahanan beberapa orang suspek, antara yang terlibat termasuklah bomoh, Rahim Ismail (46 tahun), dan pesawah yang juga seorang bomoh, iaitu Mat Saad Mat Isa (49 tahun). Tanda tanya mengenai motif pembunuhan Hasleza yang juga bekas model dan pelakon sambilan terjawab selepas pengakuan Mat Saad dalam keterangannya di mahkamah yang mengaku menculik Hasleza selepas Rahim memintanya mematikan “santau” yang ditujukan oleh mangsa (Hasleza) kepada Raja Nor Mahani (isteri pertama Raja Jaafar). Sebelum itu, dalam keterangan Mahkamah, Rahim memberitahu bahawa Raja Nor Mahani ada meminta bantuannya untuk memulihkan kembali hubungannya dengan Datuk Seri Raja Jaafar yang semakin renggang. Lantas Rahim mendapatkan khidmat Mat Saad seorang bomoh santau. Kata Rahim, kerja memulangkan dan mematikan santau hanya boleh dibuat oleh bomoh santau seperti Mat Saad. Bagi tujuan itu, Mat Saad menerima upah sebanyak RM5000 daripada Rahim (Dewan Masyarakat, Julai, 2011:38-39).

15 Tanda Terkena Santau, Jenis Santau & Cara Ubat Santau

Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

1. Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.

2. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.

3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.

4. Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.

5. Lenguh seluruh anggota badan.

6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

8. Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.

9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.

10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.

11. Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.

12. Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.

13. Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.

14. Sentiasa sakit pada tulang belakang.

15. Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)

Jenis-jenis Santau:

Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.

Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.

CARA RAWATAN PERUBATAN:

1. Racun santau ini hendak dikeluarkan secara batin dengan keizinan Allah s.w.t.

2. Membaca ayat-ayat Al Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.

3. Minum air penawar dan madu lebah asli dan berdoa kepada Allah s.w.t untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT RACUN SANTAU:

(Sebaiknya pergi berjumpa guru /perawat dahulu sebelum melakukan amalan ini)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Asy-Syu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

2. Surah Taha ayat 60 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

C. Amalan minggu kelima dan keenam:

1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

2. Surah Ar-Ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.



Ubati diri sendiri kena santau

USTAZ Mohd Suhaimi tak terlepas gangguan makhluk halus. - Foto ilustrasi BH
USTAZ Mohd Suhaimi tak terlepas gangguan makhluk halus. - Foto ilustrasi BH
MENDERITA akibat santau kira-kira setahun dan berjaya pulih selepas merawat diri sendiri dengan ayat al-Quran, menjadi titik-tolak kepada pengasas Pusat Rawatan Islam Ruqyah, Ustaz Mohd Suhaimi Rozali, 39, untuk meneruskan khidmat dalam perubatan Islam.
Bercerita mengenai pengalamannya, pendakwah yang mendapat pendidikan awal dari Sekolah Menengah Agama at-Taufiqiah al-Khairiah al-Hilmiah, Batu 16, Padang Lumut, Kedah (Pondok Pak Ya) berkata, selepas menamatkan pengajian di Universiti al Azhar, beliau berkhidmat sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Agama Integrasi Seksyen 4, Bangi dan seterusnya Guru Besar Sekolah Agama Taman Rakan, Cheras.
Selain itu, beliau turut dilantik sebagai nazir Masjid Taman Rakan dan turut memberi ceramah di Selangor dan Wilayah Persekutuan kerana mendapat pentauliahan dari kedua-dua jabatan agama negeri itu.
Akuinya, badannya semakin susut dan sering tidak sihat. Tetapi apabila ke hospital, doktor gagal mengesan penyakitnya. Lazimnya selepas jam 10 malam, sebaik habis mengajar agama, beliau tidak boleh memandu kerana tidak boleh fokus dan nyaris melanggar orang. Beliau kemudian berulang ke Darul Syifa untuk berubat dan rupanya, beliau terkena santau.
"Kaedah yang digunakan di Darul Syifa adalah rawatan tepuk dan keluarlah pelbagai benda yang tajam tetapi masalah besarnya, 'ibu santau' tidak keluar. Setiap kali bulan mengambang saya kembali sakit dan batuk berpanjangan.
"Selepas setahun menderita, saya cuba merawat diri sendiri dengan terapi Ruqyah Jibril. Ia adalah ayat yang digunakan malaikat Jibril untuk merawat Rasulullah yang disihirkan seorang Yahudi dikenali sebagai Labib al Aqsa. Beliau mengambil rambut Rasulullah dari sikat Baginda dan membuatkan bunjut serta meletakkan jarum.
"Malaikat Jibril datang merawat Rasulullah menggunakan Ruqyah Jibril, yang merangkumi 20 ayat dalam al-Quran dari surah terpilih," katanya.
Dedahnya, selepas beberapa tahun, insan yang menganiayanya datang menemuinya untuk meminta maaf kerana mahu mengerjakan haji.
"Apabila saya membuat kajian, mengapa masyarakat kita gemar menggunakan sihir dan ilmu hitam untuk mengenakan pihak yang tidak disukai adalah kerana ia tidak boleh dikenakan hukuman berikutan akta berkaitan sihir di negara ini masih belum digubal," katanya.
Semasa masih berkhidmat sebagai pengajar sekolah, orang ramai sering meminta bantuannya untuk merawat menggunakan perubatan Islam yang dipelajarinya daripada tokoh makhluk halus terkemuka dunia, Sheikh Waheed Abdul Salam Bali ketika belajar di Mesir.
Pernah beliau turut merawat 'orang besar' di sebuah stesen televisyen dan bertitik-tolak daripada itu, beliau ditawarkan slot Perubatan Islam dalam Wanita Hari Ini (WHI) selama 86 siri, dijemput sebagai tetamu menerangkan isu makhluk halus, saka dan sihir dalam Expose Mistik (Astro Oasis) pada tahun 2005 dan Nona.
Pada tahun 2006, anak jati Pendang, Kedah ini, membuka Pusat Rawatan Islam Darul Ruqyah di Batu Caves dan kini beliau melebarkan cawangan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang serta Pendang.
Antara pengalaman merawat pesakit yang tidak dapat dilupakan adalah apabila pesakit mengadu telefonnya sering berdering pada waktu malam dan awal pagi tetapi nombor yang timbul adalah nombor miliknya sendiri.
"Pesakit itu turut melaporkan kepada syarikat pengendali telefon tetapi tiada rekod dan mustahil nombor kita sendiri yang memanggil kita. Apabila saya rawat beliau, barulah tahu rupanya ada saka yang mengganggu menggunakan telefon," katanya.
Selain itu, beliau pernah merawat seorang pengarah hospital yang menghidap kanser lidah dan dengan izin Allah, pesakit itu semakin pulih dan lidahnya tidak perlu dipotong.
"Pesakit itu mahu mencari rawatan alternatif dan berjumpa saya. Saya rawat menggunakan air zam zam, membaca ayat al-Quran dalam kuantiti banyak, misalnya Bismillah sehingga sejuta kali, al-Fatihah sehingga 100,000 kali serta zikir dan dihadiahkan kepada pesakit itu. Rupanya ada `benda lain' yang transit pada lidahnya," katanya yang turut dikunjungi penyelidik dari universiti untuk mengetahui kaedah yang digunakan dalam rawatan.
Walaupun Mohd Suhaimi adalah perawat gangguan makhluk halus, beliau tidak terlepas daripada dikacau oleh makhluk itu.
Ceritanya, pernah satu hari ketika memandu tidak sampai lima minit untuk ke Kuala Lumpur bagi bersiaran di WHI dari Kedah, keretanya tiba-tiba berasap sehingga beliau sekeluarga dan pembantu terpaksa keluar. Keretanya meletup sebanyak empat kali.
"Saya membuat laporan polis dan ke Kuala Lumpur dengan kereta lain. Malam itu, saya bermimpi `benda' itu datang dalam mimpi dan mentertawakan saya. Itu bukan kali pertama, kadang kala kereta yang dipandu berhenti tanpa sebab, rim tayar tiba-tiba patah, kadang kala tanpa menekan minyak kereta bergerak sendiri, saya cuma menjaga brek.
"Saya ingat jika ada ilmu dan menghafal al-Quran, tentunya benda halus ini tidak mengacau, rupanya lagi kuat. Pada peringkat awal, saya rasa takut dan tidak selesa dengan gangguan ini, tetapi lama kelamaan, saya okay saja," katanya.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Syariah Islam Universiti al Azhar, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Bahasa dari Universiti Putra, Ijazah Pengajian Islam Universiti Terbuka Malaysia dan kini, sedang melanjutkan pengajian pada peringkat doktor falsafah di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam ini, bertemu jodoh dengan Noraisyah Zainal, 36 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Nasihatnya, orang ramai tidak seharusnya menganggap setiap penyakit itu disebabkan makhluk halus, termasuk saka.
"Pergilah berjumpa doktor dulu kerana kebanyakan penyakit perlu diubati dengan kaedah perubatan sains dan moden. Jika mahu menggunakan perubatan Islam, rujuklah senarai dengan Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (GAPIMMA) supaya tidak tertipu.
"Seperti juga produk, pastikan ada pensijilan seperti halal, barulah mudah diambil tindakan jika berlaku sesuatu yang tidak kena," katanya yang turut menjalankan perniagaan pemakanan sunnah seperti buah tin dan zaitun di bawah jenama, DRQ.

Migrain tanpa sebab dan kerap mimpi pelik antara 26 tanda terkena sihir

Pelbagai amalan dilakukan oleh dukun yang mana ia bertentangan dengan perintah Allah. Gambar petikan filem 'Dukun' lakonan Umie Aida.
SALAM semua pembaca mStar, semoga semuanya dalam rahmat Allah.
Menerusi beberapa artikel mengenai pengalaman saya sebelum ini, ramai yang bertanya adakah saya disihir? Adakah keluarga saya disihir? Adakah rumah saya ditanam sihir dan pelbagai persoalan tentang sihir.
Istilah sihir digunakan di nusantara adalah merujuk kepada santau di Malaysia dan santet di Indonesia.
Dalam artikel kali ini InsyaAllah saya akan kongsikan apakah tanda-tanda bahawa kita disihir?
Tapi sebelum tu kita tahu tak apa makna sihir?
Sihir merupakan dosa kedua terbesar selepas syirik dengan Allah dan kedua-dua dosa terbesar ini saling berkait rapat sebab orang yang hendak melakukan sihir dan tukang sihir akan melakukan amalan-amalan syirik kepada Allah dan Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik.
Memasukkan susuk ke dalam tubuh juga sejenis sihir yang menggunakan jin sebagai pendamping dan ia adalah haram. Gambar hiasan.
Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi, makna sihir sebagai ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannnya.
Sihir ini mempunyai hakikat, di antaranya sehingga yang boleh membunuh (dengan izin Allah dan sampai ajalnya), sakit, mengakibatkan seorang suami tidak dapat mencampuri isterinya atau memisahkan pasangan suami isteri, atau membuat salah satu pihak membenci yang lainnya atau membuat kedua belah pihak saling mencintainya.
Itu semua terjadi dengan izin Allah sebagai ujian kepada hambanya melalui perbuatan sihir.
Tanda -tanda sihir terbahagi kepada dua iaitu semasa kita dalam keadaan sedar dan semasa kita tidur.
Tanda-tanda ini merupakan tanda-tanda umum orang yang kena sihir.
Adapun tanda-tanda khusus apa jenis sihir yang digunapakai oleh tukang sihir itu, InsyaAllah akan saya kongsikan dalam artikel yang akan datang.
Tanda-tanda umum waktu sedar adalah seperti berikut:
1. Sakit kepala yang tiada sebab medis (perubatan moden) dan biasanya ketika bangun dari tidur dan berlaku migrain;
2. Rambut luruh bukan kerana medis, terutama perempuan dan kadang-kadang rambut seperti diikat susah diurai;
3. Lebam biru atau merah di seluruh tubuh, atau di atas paha, bawah perut, atau lebam akan semakin banyak apabila tidur dalam keadaan marah atau sedih. Keadaan ini mirip seperti dicakar;
Sakit kepala yang luar biasa juga mungkin petanda seseorang terkena sihir. Gambar hiasan.
4. Haid tidak lancar atau keluar cairan yang berbau, terjadi pendarahan dan radang pada vagina (biasanya kerana sihir pemisah atau jin pencinta);
5. Ruam mirip cacar air ketika bangun tidur terutama di bahagian paha dalam, antara payudara dan punggung;
6. Sakit pada bahagian punggung terutama bahagian tulang punggung;
7. Mengalami penyakit medis yang mudah diubati tetapi tidak sembuh dengan ubat medis;
8. Kehilangan pancaindera penglihatan, berbicara dan penglihatan untuk sementara waktu;
9. Kejang atau kerasukan atau tidak sedarkan diri dengan syarat keadaan ini bukan disebabkan listrik pada otak;
10. Sesak pada dada, merasa tercekik tanpa sebab jelas khususnya menjelang waktu petang, ketika melihat orang tertentu, di tempat tertentu atau keadaan tertentu;
11. Menangis tanpa sedar terutama ketika bersendirian bersendirian di tempat sepi sehingga kadang-kadang berteriak secara histeria tanpa disedari;
12. Malas beribadah (Jin sihir membuat orang yang kena sihir malas beribadah supaya ia mudah dikuasai);
13. Timbul beberapa reaksi berkaitan waktu dan tempat seperti sakit kepala kalau nak ke sekolah, tempat kerja atau berhubungan intim;
14. Memiliki pancaindera ke enam seperti boleh tahu sesuatu akan berlaku, nampak sesuatu perkara ghaib yang orang lain tak nampak.
Mimpi perkara pelik sehingga terjaga dari tidur juga mungkin membawa petanda yang tidak baik. Gambar hiasan
Tanda-tanda umum waktu tidur, adalah seperti berikut:
1. Sering mimpi berhubungan intim dengan mahramnya, dengan orang yang tidak dikenali, dengan orang yang dekat seperti suami, tunang, atau mimpi diperkosa, atau mimpi homoseksual atau lesbian yang mana terjadi antara tidur dan terjaga;
2. Seringkali mimpi binatang seperti ular, unta, kucing atau anjing;
3. Seringkali mimpi-mimpi yang menakutkan;
4. Mimipi batiniyyah iaitu berasa duduk di suatu tempat dengan orang ramai dan merasakan kejadian tersebut pernah terjadi sebelumnya;
5. Berpeluh waktu tidur hingga susah tidur. Kita sudah berusaha untuk tidur tetapi susah sekali kecuali terlelap sesudah lama berusaha, lalu sebentar terbangun hingga menimbulkan rasa gelisah.
6. Mengaduh waktu tidur;
7. Berjalan waktu tidur;
8. Seringkali ketindihan kita melihat sesuatu yang berat menindih dan susah berbicara atau bergerak. Berteriak minta tolong, tapi tak seorang pun yang mendengarnya, berusaha untuk melepaskan diri, tapi tak boleh. Keadaan ini berlaku antara tidur dan terjaga.
9. Sering mimpi dikhianati seperti suami mimpi dikhianati isteri dan sebaliknya atau melihat salah satu pasangan telanjang di tengah orang ramai, atau suami melihat isteri disetubuhi orang lain di depannya dan sebaliknya.
10. Sering mimpi melakukan onani atau perempuan berhubungan intim sesama jenis atau perempuan memiliki alat kelamin laki-laki.
11. Seringkali mimpi dihalangi untuk sampai tujuan seperti tidak boleh jawab peperiksaan, padahal dah tak bersekolah, ingin keluar dari satu tempat tapi tak boleh, ketinggalan bas, kapal terbang dan tak sampai ke tempat tujuan.
12. Seringkali terlintas mahu melakukan ubungan intim dan perasaan itu susah ditahan.
Kejadian histeria banyak berlaku kepada pelajar sekolah apabila individu berkenaan dirasuk. Gambar hiasan.
Jadi kalau sekiranya terdapat sebahagian tanda-tanda dan tak semestinya semua tanda-tanda tersebut di atas, maka kemungkinan  besar kita telah disihir.
Soal bagaimana kita disihir itu tertakluk kepada bagaimana cara sihir itu dihantar kepada kita.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghantar whatsapp kepada ustaz di talian 011 1144 8987 untuk memohon kesembuhan dari Allah berkaitan sihir, saka, gangguan jin dari badan, rumah, kenderaan, pejabat dan sebagainya.
Ia termasuk kesakitan akibat slipdisc, sakit lutut, kaki, tulang belakang, bahu dan lain-lain dengan cara gabungan membaca ayat-ayat ruqyah dan urutan.
Dengan izin Allah, insyaAllah, Allah akan berikan kesembuhan.
Kita hendaklah yakin dengan firman Allah: Dan kami turunkan al-Quran sebagai ubat kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman” - [al-Isra’:82].
Silakan kongsi sebanyak mungkin semoga menjadi sebahagian amalan soleh kita. Wallahua’lam.
***Ustaz Shams ialah pensyarah di sebuah universiti.


Selebriti Dan Artis Yang Pernah Kena Santau
Awie
Awie — “Alhamdulillah, setelah menggunakan kaedah perubatan Islam, saya dah okay sikit. Pelbagai tempat saya pergi termasuk di Klang, Tapah, Bangkok dan juga Kuantan, akhirnya keadaan saya semakin pulih. Lepas dah buat rawatan, saya dah bersemangat dan ada ‘jiwa’ sikit,” ujar Awie yang dipercayai terkena santau tuju-tuju”.
Kazim_elias
Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias — “Saya dijemput menjadi imam qiamulail, selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening.. saya muntah.. masyaallah.. darah membuak keluar. Di hospital doktor kata saya terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata “padan muka.. padan muka”
Amyza_Aznan
Amyza Aznan — “Ya, akak terkena santau. Masa kena santau, akak asyik nak pengsan. Akak selalu kebas tangan kiri, leher seperti tercekik tulang dan jantung sempit. Akak buat pemeriksaan doktor semuanya OK. Akak tidak percaya ilmu sihir tapi apabila terkena pada diri sendiri, barulah akak percaya benda-benda ini wujud”.
Almy_nadia
Almy Nadia Aminuddin Shah — “Saya terpaksa berehat berbulan-bulan lamanya akibat masalah santau itu. Sakit berkenaan kebiasaannya menyerang setiap kali waktu Maghrib dan ketika itu saya tidak sedar apa berlaku. Keluarga memaklumkan saya lebih banyak meracau serta mampu berbahasa asing”.
Cheff_wan
Redzuawan Ismail (Cheff Wan) — “Seluruh tubuh saya bengkak, gatal dan panas selama berminggu-minggu, manakala tapak kaki pula seolah-olah ditusuk jarum, menyebabkan kesakitan tidak terperi”.
Ifa_raziah
Ifa Raziah — “Saya mengalami muntah darah, sakit seluruh tubuh selain kadangkala seperti lumpuh untuk tempoh kira-kira sebulan, dan ketika itu saya sedar pasti ia punca buatan pihak tidak bertanggung-jawab”.



Wallahu Alam Bishshawab.


Moga Bermanfaat.


Insya ALLAH 

.........................................................

No comments: