BismillahHirahmanirRahim
BismillahHirahmanirRahim
BismillahHirahmanirRahim
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Luahan hati Puteri Nur...
Salam Semua..d sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa ada sebabnya kenapa saya tidak boleh berbicara terus dengan pesakit atau sesapa..Saya seorang Perawat dan ramai pesakit yang tidak dapat melihat saya apabila saya keluar dari kereta mereka hanya melihat cahaya....ada juga yang sedang dalam kerasukan dan terus sujud sembah pada saya yang mana agak menyedihkan kerana kita semua sama saja d sisi Allah..ada juga yg terus memanggil saya Tuanku..kesakitan dgn cahaya dan juga mahkota saya yg mana saya pun tktau..segala kes rawatan pihak kami rakam demi keselamtan dan juga bukti.Saya merawat ke akar umbi..bukan tarik kuar sahaja..saya berurusan ke mana mereka harus pergi..matikan perjanjian seluruh keturunan..matikan perjanjian sihir..mematikan sihir saya akn reverse prosesnya bagaimana sihir ratusan tahun itu d hntr..Dalam proses itu saya tidak boleh behubung dgn pesakit kerana Jin Jin ni ada yg menyerang semula..bukan serang saya tetapi serang emosi pesakit..tiba tiba membenci saya dan tidak boleh mendgr nama saya..
Saya tidak pernah merasa ada kelebihan pada diri..segalanya anugerah dari Allah yang saya rasa wajar saya membantu manusia yang memerlukan..dengan izin Allah subhnana wataala jua..
Saya dari kecil d benci manusia..saya redha..saya buat hal saya..saya panjat pokok pokok manggis d kg..berendam d sungai..alam dan haiwan adalah teman rapat saya dan Allah sentiasa ada..
Setelah bertahun tahun merawat saya dah amat faham phychology jin jin n iblis ni..ramai manusia punya pendamping..mereka akan benci dan tidak boleh berdekatan dgn saya..mereka akan dgn mudah menabur fitnah dan bebagai2 lagi..bagi saya,Allah ada..akhirat menanti..mengumpat mengata buruk ttg sesama manusia bukankah dosanya amat besar dan tidak akan terampun dosa selagi tidak dapat kemaafan dari manusia yg kita umpat?
Saya hanya Ibu Tunggal yg begelut setiap hari menyara anak anak sendirian..kehidupan saya hanyala menjaga solat 5 waktu..lebihkan amal ibadat jika mampu..merawat adalah pekerjaan tetap saya..niat saya hanya satu..kerana Allah..entah esok lusa nyawa saya d ambil..Saya ampunkan mereka yang menfitnah saya..saya redha..Allah subhana wataala melihat pada hati..bukan pada nama pada Title,pangkat atau darjat atau rupa..
Bersederhana la dalam segalanya..tawaduk sentiasa..kita hanya hamba Allah d mana kita semua tetap akan d himpukan d padang Masyhar..

🕋🇲🇾💛💚💜🖤💌💝💟💗💙🕌
Jodoh Pertemuan Ajal Maut...
Jodoh pertemuan ajal maut segalanya aturan Allah Subhanahu Wataala..
Saya Puteri Nur... terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih pada rakan-rakan baik saya, pesakit-pesakit saya yang saya sayangi, sahabat-sahabat perawat yang sama berjuang dalam membantu manusia yang menderita berbagai jenis penyakit baik dari segi mental dan jasmani, rakan-rakan FB yang saya hormati sekelian yang walau ada yang tidak mengenali saya tetapi mempertahankan saya dari di hina tanpa sebab. Terima kasih sekali lagi dari saya dan anak-anak saya yang sama membaca.
Telah di takdirkan dan di atur oleh Allah Subhanahu Wata'ala yang jodoh Ninda saya yang berasal dari Indonesia dahulu di temukan dengan Raja Bunian dan berkahwin.
Saya sendiri tidak mengetahui apakah itu Bunian... saya pernah melihat mereka... cahaya-cahaya yang amat terang... Berpakaian perang bertatahkan permata dan berlian berkilauan, dengan pedang-pedang dan senjata bertatah permata-permata yang bercahaya... tetapi saya tidak mengetahui apa-apa mengenai mereka pada ketika itu.
Hidup saya dahulunya sering bersedih... dari kecil, remaja, dan sebagai ibu tunggal saya bangkit dari kesedihan demi menyara kehidupan anak-anak yang sedang membesar... sayalah Ibu... sayalah Ayah mereka.
Jika anda menghina Raja-Raja Bunian cubalah anda letakkan diri anda di tempat saya... yang di hina itu datuk nenek kita... apa perasaan kita?
Saya redha walau apa pun di kata Raja Bunian itu Jin ke apa... ANDA tidak melihat, tidak melalui apa yang saya lalui... tidak mendengar... tidak melihat pakaian mereka, tidak lalui apa yang mereka tempur tiap hari, tidak melalui APA yang saya juga tempur setiap hari... tidak mengapa bagi saya KERANA kita semua ANDA semua akan tetap menjadi makhluk ghaib... ROH akan berpisah dari jasad dan ketika itu bagi yang tidak pernah melihat akan melihat segala yang ghaib.
Pada yang telah dapat melihat kami saya panjatkan kesyukuran kepada Allah dengan penuh linangan airmata... kerana hanya dengan izin Allah anda dapat melihat Raja Raja Bunian.
Pada yang menghina dan berusaha keras menfitnah saya saya kasihan dengan ANDA... hidup anda tidak lena tidur memikirkan saya dan perjuangan saya dalam memutuskan perjanjian manusia dan Jin-Jin Iblis.
Sedangkan saya setiap hari bangun subuh dengan ceria mengadap Allah, berkebun siram pokok-pokok bunga saya... menguruskan anak ke sekolah dan memasak, mengemas rumah... rutin harian saya sebagai ibu tunggal amat sibuk memastikan makan pakai anak anak saya cukup. Anak-anak saya yang paling saya utamakan.
Pada yang memfitnah terimakasih saya ucapkan kerana anda telah memberi pahala percuma pada ibu tunggal ini dan anak yatim.
Allah Subhanahu Wata'ala telah berfirman di dalam surah Al-Hujaraat, ayat 12, mafhumnya, "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
Saya tidak punya masa untuk berbuat hal hal seperti diajak berdebat atau berhujah... Saya Puteri Nur juga tidak pernah berdebat dengan sesiapa di mana-mana YouTube channel seperti yang didakwa, saya bukan jenis suka berdebat, untuk apakah berdebat? Saya punya prinsip dan pendirian saya sendiri yang tegas. Saya wanita, ibu tunggal dan saya punya prinsip dan pendirian sendiri... kehidupan saya seharian sebagai Perawat membantu mereka yang memerlukan dan kewajipan saya kepada anak-anak saya paling utama. Yang perlu ditakuti hanyalah Allah Subhanahu Wata'ala. Yang perlu dibimbangkan adalah catatan Para Malaikat.
Waktu amat terhad bagi saya... hidup kita d dunia ini hanyalah tempat untuk kita mengumpul bekalan akhirat... bagaimana rupa bentuk rumah kita di sana... siapa jiran-jiran kita, kita yang menentukan di sini.
Saya sayang sahabat-sahabat saya... nak hina, hina lah saya janganlah di hina mereka kerana mempertahankan saya...
Saya redha di lahirkan sebagai manusia kacukan Raja Bunian... segalanya berlaku atas kehendak Allah... saya hanya Insan yang lemah tidak mampu mengubah ciptaanNya... makhkota di atas kepala yang di telah di lihat oleh ramai manusia hanya saya seorang yang merasa azab beratnya memikul.
Saya maafkan mereka yang menghina saya... kerana anda tidak bersalah.
Tetapi tidak mengetahui janganlah mudah menjatuh hukum.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua dan semoga kita ketemu dan berjiran di Syurga... Saya sayang anda semua yang sudi menjadi rakan FB... pada yang tidak mahu menjadi rakan saya dan hanya add untuk berbuat dosa di hujung jari, menjadi keyboard warrior, menggelapkan hati dan tiket terus ke neraka... yang menutup minda silalah unfriend dan keluar dari FB account saya.
Wassalam...
Sedikit Pencerahan Mengenai SCAN...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, bertemu kita kembali di ruangan maya ini, dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala jua hendaknya. Saya Hj Muhammad. Maafkan saya jika tidak dapat menulis dengan lebih kerap kerana kekangan masa yang kami hadapi di dalam menjalankan tugas dan amanat merawat di samping tanggungjawab harian sebagai manusia dan hambaNya.
Di sini saya ingin menyentuh mengenai satu perkara, satu persoalan dan permintaan yang sering muncul di kotak inbox Bentara Tujuh. Ramai di luar sana yang bertanyakan mengenai scan diri. Saya rasa perlu saya nyatakan di sini bahawa proses scan ini bukanlah semudah yang disangka. Saya menerima banyak permintaan untuk Puteri Nur scan atau imbas diri mereka kerana mereka ingin mengetahui sama ada mereka mempunyai pendamping atau tidak, ada yang ingin mengetahui asal-usul keturunan mereka dan sebagainya.
Sebelum saya teruskan dengan posting saya di pagi yang hening ini, ingin saya nyatakan bahawa Puteri Nur merawat secara profesional. Kami mempunyai standard operating procedures yang perlu kami ikuti untuk memudahkan proses perawatan dan pengurusan. Pesakit perlu memberikan maklumat-maklumat tertentu seperti nama-nama pesakit, ibubapa, lokasi, latarbelakang penyakit/gangguan dan sebagainya untuk dimasukkan di dalam borang maklumat pesakit. Kami juga merakam setiap sesi rawatan bagi tujuan rekod dan kajian semula setelah pulang dari lokasi rawatan. Saya juga perlu menyediakan laporan rawatan dan pengurusan. Laporan ini boleh diberikan kepada keluarga pesakit sebagai satu rekod rawatan yang dapat dirujuk di masa hadapan oleh anak cucu dan generasi seterusnya. Lafaz akad pemutusan perjanjian Jin-jin Saka disertakan dengan watikah yang boleh disimpan sebagai bukti oleh keluarga pesakit. Video perawatan yang telah diedit juga boleh diperolehi oleh pesakit di atas permintaan mereka. Kami tidak bergerak bersendirian, dan perawatan merupakan mata pencarian Puteri Nur. Beliau turut mempunyai ahli kumpulan dan penuntut yang turut sama ketika sesi rawatan. Kami bergerak ke lokasi pesakit. Kenderaan, minyak, tol, semuanya memerlukan kos. Oleh itu, kami terpaksa mengenakan bayaran bagi rawatan yang dijalankan.
Untuk makluman sahabat-sahabat pembaca sekalian, proses scan (imbas) ini sesuatu yang rumit. Ia bukanlah semudah membaca nama atau gambar dan segala maklumat akan terpancar dari situ. Apabila mengimbas seseorang atau sesuatu kejadian, Puteri Nur terpaksa membuka laluan dan masuk ke Alam Ghaib. Beliau akan dibawa ke zaman-zaman lampau yang membolehkan beliau melihat, mengalami dan merasai sesuatu peristiwa itu. Sebagai contoh, sekiranya maklumat yang diminta berkaitan dengan pembunuhan atau kesakitan, Puteri Nur akan melalui perkara yang serupa. Ianya bukan semudah yang disangka.
Ketika Alam Ghaib dibuka dengan izin dan kehendak Allah Subhanahu Wata'ala, segala makhluk Alam Ghaib akan tahu bahawa Puteri Nur sedang melihat mereka, dan mereka juga melihat Puteri Nur. Ini akan mendatangkan pelbagai reaksi daripada makhluk-makhluk yang terlibat. Sebagai contoh, jika yang diimbas adalah kumpulan Jin-jin Saka yang ingin bebas, mereka akan datang bertemu dengan Puteri Nur untuk meminta supaya dibebaskan dan diputuskan perjanjian antara mereka dan Manusia. Sebaliknya pula, jika kumpulan Jin-jin itu tidak ingin diketahui, mereka akan bertindakbalas dan cuba menyerang Puteri Nur! Dan jika tidak dapat menyerang Puteri Nur, mereka akan cuba menyerang sesiapa yang rapat dengan Puteri Nur. Di dalam kedua-dua senario, Puteri Nur terpaksa menguruskan makhluk-makhluk ini dan jika dilakukan dari jauh, pemutusan perjanjian tidak dapat disempurnakan tanpa kehadiran waris yang perlu melafazkan akad pemutusan di hadapan Puteri Nur. Makhluk-makhluk ini mungkin juga akan mengganggu mereka yang minta diimbas sekiranya pengurusan mereka tidak dilaksanakan dengan sempurna.
#bentaratujuh #puterinur #bunian #rajabunian #rawatanalternatif #rawatanputerinur #scan #imbas

Seperkara lagi, scan jarak jauh ini boleh menimbulkan fitnah dan menyebarkan ghibah sekiranya nama yang di"scan" tanpa izin yang empunya badan atau nama yang diberikan bukan nama pemilik yang bertanya. Ini boleh membuka aib seseorang, dan membuka aib itu adalah satu dosa. Jadi, untuk mengelakkan fitnah begini, adalah lebih baik jika saudara saudari hubungi saya untuk menetapkan tarikh, tempat dan waktu untuk bertemu sendiri dengan Puteri Nur.
Puteri Nur bertindak lebih seperti Hakim di dalam menguruskan pembebasan, memutusan perjanjian, mematikan sihir dan urusan penempatan semula Makhluk-makhluk Allah yang beliau uruskan. Selain daripada itu, beliau turut bertindak selaku kaunselor di dalam menasihati dan membimbing pesakit dan keluarga mereka untuk menghadapi segala dugaan dan cubaan. Saya harap dengan penjelasan ini, para pembaca yang budiman dapat memahami konsep scan atau imbas ini.
Sekiranya anda perlukan rawatan, sila hubungi saya melalui email di
atau di laman sosial Facebook
InsyaAllah saya akan cuba membalas pertanyaan dan permintaan anda. Harap maklum bahawa Puteri Nur amat teliti di dalam memilih kes-kes untuk beliau uruskan, dengan izin Allah.
Puteri Nur bertindak lebih seperti Hakim di dalam menguruskan pembebasan, memutusan perjanjian, mematikan sihir dan urusan penempatan semula Makhluk-makhluk Allah yang beliau uruskan. Selain daripada itu, beliau turut bertindak selaku kaunselor di dalam menasihati dan membimbing pesakit dan keluarga mereka untuk menghadapi segala dugaan dan cubaan. Saya harap dengan penjelasan ini, para pembaca yang budiman dapat memahami konsep scan atau imbas ini.
Sekiranya anda perlukan rawatan, sila hubungi saya melalui email di
InsyaAllah saya akan cuba membalas pertanyaan dan permintaan anda. Harap maklum bahawa Puteri Nur amat teliti di dalam memilih kes-kes untuk beliau uruskan, dengan izin Allah.
#bentaratujuh #puterinur #bunian #rajabunian #rawatanalternatif #rawatanputerinur #scan #imbas
Proses Rawatan Pusat Terapi Ilhamiah - Puteri Nur
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Haji Muhammad bagi pihak Puteri Nur dan Team Pusat Terapi Ilhamiah, ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan Salam Ramadhan kepada para sahabat, rakan-rakan dan pembaca yang disayangi sekalian.
Untuk makluman, jadual kami agak padat di dalam bulan Ramadan. Kami memohon maaf kerana kami hanya dapat mengambil 2 kes sehari iaitu selepas Zohor dan Asar. Kami berharap para pesakit sabar menanti.
Di dalam bulan Ramadhan, kerasukan, pesakit yang disihir tetap berleluasa. Lebih menyedihkan, manusia yang berhati iblis tetap terus-menerus memfitnah, mencaci dan cuba menjatuhkan Puteri Nur untuk memenuhi agenda mereka sendiri… tidak menghormati bulan Ramadhan. Puteri Nur dan saya tidak pernah mengambil kisah atau melayan karenah mereka. Walau bagaimanapun kami sedang berbuat sesuatu dari segi undang-undang di atas tindakan mereka ini. Wanita yang telah membuat page fitnah tersebut adalah seorang yang amat taksub terhadap Puteri Nur. Siang malam asyik memikirkan tentang Puteri Nur. Kami tidak melayan karenah beliau kerana beliau sakit. Pihak Polis juga sedia maklum akan hal ini dan kami akan meminta pihak Polis untuk menyiasat dakwaan beliau bahawa beliau telah mengalami penderaan seksual oleh ahli keluarga di Johor. Kami mempunyai bukti dakwaan beliau, tetapi itu adalah urusan kami dan tidak perlu kami gembar-gemburkan di media massa. Itu adalah urusan kami dan Siti Hajar/Nur Khadijah/Husnul Khotimah/Mencari Keikhlasan.
Dari Abu Hurairah; bahawa Rasulullah saw bersabda, “Tahukah kalian siapa orang yang muflis?” Para sahabat pun menjawab, ”Orang yang muflis adalah orang yang tidak memiliki wang dirham maupun harta benda.”
Baginda membalas, ”Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa, dan zakat, tetapi ia juga datang membawa dosa berupa perbuatan mencela, menuduh, memakan harta, menumpahkan darah, dan memukul orang lain. Kelak kebaikan-kebaikannya akan diberikan kepada orang yang dizaliminya. Apabila amalan kebaikannya sudah habis diberikan, sementara belum selesai pembalasan atas tindakan kezalimannya, maka diambillah dosa-dosa orang yang dizaliminya itu, lalu diberikan kepadanya. Kemudian dia pun dicampakkan ke dalam neraka.”
[Hadis Riwayat Muslim no. 2581]

Puteri Nur mematikan sihir, mencari sehingga ke akar umbi dan memutuskan perjanjian-perjanjian yang melibatkan ratusan ahli keluarga merangkumi ratusan ribu Jin-Jin yang merebak-rebak di dalam setiap keturunan yang mana banyak membawa kepada penyakit medikal dan masalah mental/psikologi.
Proses rawatan bermula dengan pesakit mengisikan borang maklumat pesakit setelah berhubung dengan saya. Kami akan meneliti borang tersebut dan saya akan menetapkan tarikh serta tempat untuk sesi rawatan.
Apabila sebuah keluarga datang membawa anak-anak mereka yang ada gangguan dan sakit, Puteri Nur akan turut scan adik-beradik ibubapa itu juga… dengan sebab ini juga nama-nama datuk dan nenek mereka turut diminta. Beliau membaca nama dan melihat masa lampau, ratusan malah ribuan tahun dahulu… apa yang telah berlaku… perjanjian apa yang telah dimeterai… keadaan masa lalu yang memaksa nenek moyang mengambil pendamping…
Apabila rundingcara dilakukan, Puteri Nur akan mencari nama-nama ketua-ketua Jin-Jin tersebut... beliau membaca minda makhluk-makhluk tersebut, menangkap nama, usia… Puteri Nur turut mendengar pokok-pokok, awan-awan berzikir, bahasa gerakan angin... maka Puteri Nur akan menyuruh ketua ini membawa pergi apa yang ada pada pesakit dan juga saudara-mara yang lain. Terdapat juga kes di mana saudara-mara yang berada jauh ada yang pulih secara tiba-tiba meskipun mereka tidak dapat hadir dalam sesi itu.
Team kami juga merakam sesi tersebut dan mengambil nota sepanjang sesi dilaksanakan untuk tujuan rujukan bagi sesi yang seterusnya. Melalui rakaman ini juga kami dapat mengenalpasti perubahan terhadap pesakit dan apa yang mengganggu pesakit. Maklumat dari nota dan rakaman ini akan dimasukkan ke dalam laporan sesi rawatan pesakit yang kami simpan dan boleh diberikan kepada keluarga pesakit di atas permintaan.
Jin-Jin Sihir ini bepindah-randah. Jangan ambil mudah jika ada saudara-mara atau ahli keluarga yang terkena sihir… mereka akan merebak pada anak cucu, sepupu-sepupu, suami isteri, kerana perjanjian telah dibuat…
Selepas segalanya ditarik keluar, dimuntahkan, Puteri Nur akan memastikan setiap urat, setiap organ jasad bersih. Salur darah manusia sepanjang 110,000 km panjangnya, boleh mengelilingi bumi hampir 4 kali! Jin-Jin ini bergerak dalam darah dan apabila mereka berkumpul itu akan menyebabkan cyst atau tumor dan juga lebam-lebam pada jasad.
Setelah itu. Puteri Nur akan menguruskan perpindahan mereka melalui rundingcara, menyusunatur ke mana ratusan kumpulan mereka dan anak cucu cicit mereka pergi. Beliau juga akan memastikan semasa urusan perpindahan ini mereka berkumpul dan mengumpulkan kumpulan masing-masing dan mula mengosongkan rumah, tanah, tapak masing-masing. Setiap satu kes pihak kami tangani ke akar umbi demi memastikan kestabilan mental, emosi dan jasmani pesakit dan keluarga mereka.
Bagi kes-kes di mana keturunan mengambil Jin-Jin Keris puluhan mahupun ratusan tahun dahulu, pesakit biasanya akan mengalami kesakitan yang amat sangat pada belakang badan dan juga stroke. Kebiasaannya perawat akan meminta supaya keris ini dibuang, namun Jin-Jin Keris ini tetapnya tidak diuruskan dan akan memasuki jasad waris keturunan yang lain. Di dalam kes seperti ini, Puteri Nur akan menarik keluar JIn-Jin ini dan memasukkan mereka buat sementara waktu ke dalam sebilah keris baru. Keris ini akan di bawa ke satu lokasi yang dipilih oleh Puteri Nur, kebiasaannya di dalam kawasan hutan, untuk membebaskan Jin-Jin ini. Di mana keris itu dipasak, maka di kawasan itulah penempatan baru bagi Jin-Jin ini akan dibina oleh mereka selaku Jin-Jin yang bebas.
Puteri Nur tidak sewenang-wenangnya membunuh atau memusnahkan Jin kerana mereka juga makhluk Allah yang berkeluarga dan bermasyarakat. Kehadiran mereka dalam kehidupan kita ada kalanya adalah berpunca daripada kekhilafan pihak kita manusia yang mengundang mereka ke dalam kehidupan kita. Inilah yang Puteri Nur tempur setiap hari, mematikan sihir, memutuskan perjanjian-perjanjian Jin-Jin dan Iblis dengan Manusia…
#bentaratujuh #puterinur #pusatterapiilhamiah #puteri #rawatanislam #pemutusanperjanjianjin #pematiansihir #saka #sihir #tangkal #keris
LABELS: BENTARA TUJUH IMBAS JIN PEMBEBASAN PEMUTUSAN PERJANJIAN PERAWATAN ISLAM PUTERI NUR RAWATAN ALTERNATIF SAKA SCAN SIHIR TANGKAL
LABELS: BENTARA TUJUH BUNIAN DOSA FITNAH HINA MANUSIA KACUKAN BUNIAN PUTERI NUR RAJA BUNIAN
LABELS: BUNIAN LUAHAN HATI MANUSIA KACUKAN BUNIAN PUTERI NUR
Comments
🕋🇲🇾🇲🇾💜🖤💌💝💟💞💗💙🌏🕌
Comments