05 February 2020

Perihal Bunian dan Kewujudan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

BismillahHirahmanirRahim
BismillahHirahmanirRahim
BismillahHirahmanirRahim






Alhamdulillah syukur kepada ALLAH




Perihal Bunian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. AlhamduLillah, dengan Kehendak Allah Subahanu Wata’ala, kita bersua lagi. Saya Haji Muhammad, digelar Panglima Bentara Tujuh, penjaga dan Bentara kepada Puteri Nur,  warisan terakhir Bunian-Manusia. Di Alam Bunian atau Alamzara, Puteri Nur adalah waris terakhir Raja Segala Raja-raja Bunian yang juga merupakan satu-satunya Manusia kacukan Bunian. Saya telah diisytiharkan sebagai Perantara bagi Para Raja-raja Bunian melalui Puteri Nur. Tugas saya selaku pemerhati dan pencatat yang merakam segala yang berlaku kepada Puteri Nur dan apa yang disampaikan kepada saya oleh Para Bunian. Maklumat ini kemudiannya akan disampaikan kepada Manusia supaya dapat merungkaikan segala salahfaham dan tanggapan yang tidak benar mengenai Para Bunian.

Kita selalu mendengar dan membaca pelbagai kisah mengenai Alam Bunian dan Alam Jin. Ada yang mengatakan bahawa Bunian adalah hasil perkahwinan antara Manusia dan Jin. Ada juga yang mendakwa bahawa Bunian adalah Iblis dan Jin Kafir yang hanya memperdaya Manusia untuk menyesatkan anak Adam. Terdapat juga kisah yang menyatakan bahawa Bunian berasal daripada bangsa Manusia yang malu di atas kesalahan yang mereka telah lakukan dan memohon kepada Allah supaya mereka dighaibkan. Tidak kurang juga mereka yang mendakwa bahawa Para Bunian terdiri daripada golongan Manusia yang telah mencapai tahap tertentu di dalam peribadatan mereka dan mereka dighaibkan supaya dapat menjalankan tugas-tugas tertentu. Ada juga yang mendakwa bahawa terdapat Bunian Islam dan Bunian Kafir. SubhanAllah, BUKAN SAMA SEKALI!

Para Bunian adalah makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wata’ala yang dicipta daripada Cahaya, sama seperti Para Malaikat, bezanya Malaikat tidak makan, tidak tidur, tiada jantina dan hanya melakukan tugas-tugas yang telah diberikan kepada mereka. Malaikat juga pernah menzahirkan diri mereka kepada Manusia dalam bentuk Manusia, tetapi hanya ketika zaman Nabi-nabi dahulu. Para Bunian mempunyai bentuk fizikal yang serupa dengan Manusia, cuma bezanya mereka tidak dapat dilihat oleh mata kasar Manusia. Para Raja-raja Bunian pula bersayap dan bermahkota. Rakyat Bunian biasa lebih mirip kepada Manusia tetapi mempunyai tugas dan tanggungjawab mereka tersendiri, bukan suka-suka ingin bersahabat dengan Manusia dan berkahwin dengan Manusia!

Para Bunian dianugerahkan Allah usia yang panjang. Mereka hidup ribuan tahun, beribadat kepada Allah dan bertempur dengan Iblis dan Jin-jin Kafir yang ingkar. Tanggapan Manusia bahawa Para Bunian berpakaian putih, berjubah dan berserban adalah kurang tepat. Ini hanyalah ilusi permainan Jin-jin yang menyamar sebagai Bunian untuk memperdaya Manusia. Para Raja-raja Bunian berperisai, memakai pakaian perang dan bersenjata, sesuai dengan peranan mereka yang berperang setiap hari. Mereka juga berjubah dan berserban ketika beribadat, tetapi pakaian mereka tidak seharusnya berwarna putih, dan turut ditatah dengan emas dan permata yang berwarna-warni. Para Bunian juga merupakan alim ulama di Alam Ghaib yang berdakwah dan mengajarkan Islam kepada kaum Jin Kafir yang ingin memeluk Agama Islam.

Alamzara atau Alam Bunian pula terletak di satu dimensi yang tidak boleh dimasuki oleh Manusia kerana keadaannya yang tidak mempunyai matahari. Alamzara bercahaya dengan cahaya Para Bunian itu sendiri. Di sana, segalanya putih – pokok-pokok, buah-buahan, bunga-bunga, lautan, sungai. Pantainya terdiri daripada mutiara putih yang bersinar, batuan terdiri daripada bongkah-bongkah emas dan permata. Bangunan-bangunan dilitupi kubah-kubah besar yang indah. Itulah gambaran Alamzara, bukan di dalam hutan seperti yang selalu diperkatakan oleh Manusia.
Mahkota Bunian pula sebenarnya bukan pakaian tetapi sebahagian daripada fizikal mereka. Kebiasannya berwarna seperti tembaga keemasan, mahkota ini turut diliputi permata berkilauan. Saiz dan bentuk mahkota Bunian berbeza mengikut usia mereka. Mahkota ini tidak boleh dicabut atau ditanggalkan kerana ia tumbuh di kepala, seolah-olah seperti tanduk pada rusa yang bercabang dan berkerawang indah. Manusia yang mendakwa mendapat mahkota Bunian daripada Alam Ghaib sebenarnya telah diperdaya oleh kaum Jin Kafir yang hanya hendak memperdaya dan menyesatkan umat Manusia. Ianya bukan Harta Bunian seperti yang sering didakwa oleh mereka yang menarik harta dari Alam Ghaib. Bunian tidak memberi harta kepada Manusia. Jika difikirkan secara logic, kenapa perlu Bunian berikan harta kepada Manusia? Emas, permata di Alamzara adalah berbeza dengan yang berada di bumi nyata ini. Puteri Sari pernah berkata, “Sedangkan kami tahu harta itu akan hanya menyesatkan dan membawa kepada pertelingkahan.”

Menurut beliau lagi, Para Bunian tidak memakan daging kerana kepada Para Bunian, memakan daging itu satu bentuk pembunuhan. Mereka hanya makan buah-buahan dan sayuran. Seperti yang telah aku jelaskan di awal blog ini, para Bunian telah diturunkan ke Dunia bersama-sama dengan Nabi Adam AS. Mereka merupakan rahsia Allah, dan kerana itu mereka tidak disebut dalam Al-Quran. Allah Maha Bijaksana, dijadikan Bunian dan Jin Islam untuk membantu dan melindungi manusia daripada Iblis dan Jin Kafir. Bayangkan Nabi Adam baru dijadikan, turun ke Dunia tanpa sebarang pengetahuan mengenai Dunia. Bunian dan Jin Islam telah ditugaskan untuk membantu manusia, mengajar kita bagaimana bercucuk-tanam, membina rumah dan sebagainya. Mereka juga yang telah membantu Nabi Ibrahim membina Kaabah, membantu Nabi Nuh membina bahtera, dan juga berperang disisi Nabi Muhammad di dalam peperangan menentang puak-puak Kafir Quraisy. Para Bunian jugalah yang mendorong bakul yang membawa Nabi Musa ke istana Firaun untuk menyelamatkannya. Malah, Para Bunian turut ada ketika Nabi Sulaiman ingin mengalihkan takhta Puteri Balqis. Tetapi kaum Bunian dan Jin Islam difitnah dan dianiaya oleh iblis dan jin-jin kafir.

Bunian amat sukar membiak. Tetapi mereka ada di merata-rata, membantu manusia yang teraniaya - dengan Izin dan Kehendak Allah Subhanahu Wata’ala. Puteri Sari yang saya kenali boleh berbicara di dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Inggeris, Jepun, Rusia dan Belanda. Mereka juga mempunyai teknologi seperti kita, cuma teknologi mereka jauh lebih maju daripada teknologi Manusia. Mereka mempunyai bangunan, kenderaan dan juga persenjataan seperti manusia, tetapi pada tahap kecanggihan teknologi yang jauh lebih maju daripada Manusia.

Kita sering disogokkan dengan kisah tarik harta bunian, Bunian ni hantu dan syaitan, Bunian curi anak orang, dan lain-lain. Buat apa Bunian nak bagi harta kat manusia? Harta hanya membawa kepada hasad dengki, permusuhan, peperangan dan kemusnahan. Saya pernah melihat harta yang konon-kononnya ditarik dari Alam Bunian. Maaf saya katakana disini bahawa itu adalah tidak benar sama sekali. Saya boleh beli barang yang sama di Petaling Street! Harta Bunian berlainan daripada harta manusia. Jika dan hanya jika dianugerahkan kepada kepada Manusia, biasanya ada tujuan tertentu seperti untuk membantu dalam perawatan atau mempertahankan diri. Bunian tidak akan memberikan harta kepada manusia jika harta tersebut diketahui akan membawa kepada kemudaratan. Seperti yang saya cakapkan tadi, Bunian merupakan alim-ulama. Mereka dijadikan dari cahaya, bukannya syaitan atau iblis yang memperdaya manusia, sebaliknya mereka yang membantu manusia. Yang mengganggu tu sebenarnya Iblis dan Jin Kafir. Jin Kafir yang memperdaya manusia dengan memberikan manusia pelbagai artifak seperti batu permata dan perhiasan serta kayu-kayu yang pelik. Mereka muncul di hadapan manusia dan menyamar sebagai Bunian dengan berjubah dan berserban. Iblis pula tahu ketakutan manusia. Mereka akan menzahirkan diri  menjadi apa yang ditakuti manusia. Itu yang kita panggil 'pontianak', 'pocong', 'toyol' dan sebagainya. InsyaAllah akan saya sampaikan lagi dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.
Sekian dahulu buat masa ini. Wabillahi taufiq wal hidayah.

* Salam kepada para pembaca. Minta baca artikel terkini di dalam blog ini "Kebenaran mengenai Bunian" dan "Kebenaran mengenai Bunian II" untuk mendapat maklumat mutakhir mengenai Para Raja Bunian. Artikel di atas banyak menceritakan mengenai rakyat Bunian biasa, namun Para Raja-raja Bunian berbeza. Raja-raja Bunian serius di dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka tidak berjenaka, gelak ketawa mahupun senyum. Mereka sentiasa bersenjata dan berperisai, sesuai dengan tugasan mereka membinasakan iblis dan jin kafir. Para Raja-raja Bunian juga bersayap dan mereka berada di seluruh dunia. Silalah baca artikel-artikel terkini untuk mengetahui lebih tentang Kebenaran mengenai Bunian. Wassalam. *

Comments

  1. Menarik dan cuma saudara mengaitkan bunianyang di ciptadari cahaya,,,,ciptaan illahi hanya ada 3 kategori...: malaikat,jin dan manusia. Bila disebut bunian dari ciptaan cahaya,,,,,,,ganjil sayarasakan,,,,
    REPLY





    1. Salam En Ramli. SubhanAllah, Allahuakbar, sebagaimana yang saya telah katakan, Bunian adalah rahsia Allah. Tetapi sekarang sudah tidak dapat dirahsiakan lagi kerana Puteri Nur warisan terakhir dan terlalu banyak jin kafir yang menyamar. Puteri Nur telah melihat encik dan menjemput encik datang menemui kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Encik ada email peribadi yang boleh kita berhubung? Boleh inboxkan ke pg5bntr7@gmail.com. Terima kasih. Wassalam.
    2. Salam,
      Saya sangat tertarik membaca kisah Bunian ini. Saya ada satu soalan tetapi saya minta maaf jika bunyinya lucu (tetapi demi Allah, saya betul-betul ingin tahu kerana ada cerita disebaliknya.)Berdasarkan keterangan alam yang biasa dihuni oleh Bunian (sejuk,lembab,air terjun dll) apakah ada masyarakat Bunian yang tinggal di England? Mohon jawapan. Terima kaseh.
    3. Assalamualaikum, untuk makluman semua yang membaca, sebenarnya kaum Bunian terdapat di seluruh dunia. SubhanAllah. Bukan sahaja di Nusantara ini. Apa yang telah disampaikan di atas menggambarkan alam Bunian yang tiada cahaya matahari, gelap, lembap, tetapi terang akibat disinari cahaya Bunian itu sendiri. Di alam manusia, kaum Bunian lebih suka berada di tempat-tempat yang sebegini kerana ia sesuai dengan sifat dan fisiologi mereka, subhanAllah. Jawapan kepada soalan tadi ialah ya, di England juga terdapat masyarakat Bunian. Malah di Itali, Hawaii, Uzbekistan, Turki... MasyaAllah, kaum Bunian terdapat di seluruh dunia, di mana ada Islam. Ini adalah kerana menjadi tugas mereka berdamping dan membantu manusia.

      Boleh dikongsikan apa cerita di sebalik pertanyaan itu? Terima kasih dan wassalam.





    1. Assalamualaikum saudari, maaf, apa yang kelakarnya? Adakah saudari tidak mempercayai kewujudan makhluk ghaib? Jika benar, maaf saya bertanya, apakah Rukun Iman yang kedua? Terima kasih di atas response saudari. Wassalam.
  2. Assalam.saya mohamad yusri bin mohd syahrin,ibu sapiah binti tamam.Mohon jasa baik Tuan utk scan sy dan jika diizinkan,sy ingin mohon bantuan tuan agar mendapatkan gambar puteri seri bulan dan sahabat2 ghaib sy.Hijab n kashaf sy msh blm terbuka sepenuhnya.email saya cyber_yusri@yahoo.com Wassalam,JazakAllah.
    REPLY
  3. Hmmm,,,Arwah Moyang pada moyang saya,,Sultan Perak(1853),,berkahwin dgn Puteri Bunian,,Moyang saya Syeikh.... juga mempunyai isteri dari golongan bunian.saya tak rasa puteri nur tu waris terakhir,,,banyak lagi rahsia yg terpendam,,yg saya tak kan kongsi dgn orang lain,,sebab semua rahsia makhluk adalah milik Allah,,cuma ingatlah khalifah dimuka bumi adalah Manusia,,betapa istimewanya ciptaan Allah,,bersyukurlah kita dilahirkan sebagai manusia..memang terlalu ramai yang tertipu,hingga tidak boleh bezakan jin2,syaitan2 yang menyamar dengan yang benar2 dari golongan bunian.Saya cuma manusia yg jahil dari segala segi,manusia yang sangat2 sedikit ilmunya,,tidak tertanding ilmu Allah yang tinggi,,tapi saya boleh nampak siapa saudara,,siapa yg saudara bicarakan di sini,,maaafkan Hamba Allah yg fakir ini,bukan menafikan @membetulkan,,cuma sesetengah benda ada yg harus disembunyikan,Dari Arwah Datuk saya hidup,,Arwah Tuan Guru Syeikh....hidup(sejak kanak2),macam macam perkara tentang bunian yang saya lalui,,saya kenal setiap seorang dari mereka,,Siapa,,biarlah rahsia,,bukan meninggi diri,,cuma sekadar berkongsi,,kerana saya Hamba Allah yg terlalu rendah ilmunya,,terlalu sedikit pengalaman hidupnya
    REPLY





    1. Salam Mutiara Herbs,
      Sila baca atau add ke Facebook Bentara Tujuh. Di sini, untuk maklumaan, perkahwinan antara Bunian dan manusia bukan macam perkahwinan kita sesama manusia. Kalau dah berkahwin dengan Abdullah, maka kamu keturunan Abdullah. TIDAK sama sekali. Bunian dicipta ALLAH dari cahaya. Jadi, bola cahaya itu pergi kepada yang dipilih. Di sini Puteri Nur adalah warisan dari Puteri Sari (yang mana nama sebenarnya saya rahsiakan) yang merupakan Raja segala Raja-Raja Bunian di seluruh dunia. Ada sebab kenapa ALLAH mengizinkan perkahwinan antara Bunian dan manusia, tetapi haram bagi jin dan manusia. Di sini, jangan berfikir logik sebagai manusia. Dari kecil, bola cahaya itu berada di atas kepala Puteri Nur. Ustaz-ustaz dan alim ulama yang ditemui tidak tahu apakah bola cahaya itu. Kehidupan Puteri Nur dari kecil didatangi roh, qarin, jin, bermacam-macam dugaan yang dia telah lalui. Roh-roh yang muncul meminta pertolongan berbagai-bagai lagi. Tujuan saya membuat blog ini untuk menyampaikan kebenaran tentang Bunian yang tidak seperti manusia fikirkan, termasuklah hal perkahwinan Manusia dan Bunian.
      Mutiara Herbs boleh add saya di Facebook jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut. Puteri Nur amat sibuk merawat, sebelum keberangkatan pulangnya ke Alam Zara. Allah mencipta pelbagai Alam. 99 nama ALLAH terkandung pelbagai rahsia. Bukan mudah untuk Puteri Nur mahu pulang ke alam yang tidak pernah terlintas oleh akal kita tentang alam itu. Satu perkara lagi yang ingin saya sampaikan, selama Puteri Nur merawat, banyak saka yang telah dibebaskan, termasuk jin-jin yang menyamar sebagai Bunian. Berpakaian putih, berselendang dan berserban putih, ada yang membawa bakul bunga, semua itu adalah lakonan jin-jin untuk memperdaya manusia kerana manusia menyangka Bunian berpakaian begitu, sebenarnya tidak. Mereka lengkap berperisai dan bersenjata - pedang - kerana tujuan Bunian diciptakan adalah untuk membinasakan iblis. Mereka bersifat tegas, berpendirian tegas, bukan lembik seperti yang manusia gambarkan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, silalah berhubung dengan saya. Puteri Sari dan Puteri Nur boleh melihat hanya dengan memberi nama dan manusia itu mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Puteri Nur. Segala-galanya akan muncul dan insyaAllah boleh diketahui kebenaran adakah benar seseorang itu berkahwin dengan Bunian atau tidak. Saya ulang sekali lagi, ia tidak seperti perkahwinan manusia. Dan kita sebagai manusia, sepatutnya bersyukur kita adalah ciptaan ALLAH yang paling mulia.
      Sekian, wassalam.
  4. Salam, saya amat berminat untuk mengetahui alam bunian. Sebelum ini saya hanya percaya apa yang telah dipelajari sewaktu sekolah. Tetapi setelah mengetahui anak kesayangan saya mempunyai keistimewaan yang tidak diduga barulah saya mahu pengetahui ilmu2 dsebalik itu (yg telah discan oleh beberapa org)... Begitu luas ilmu Allah dan tidak termampu untuk ditembusi oleh kita. Dan saya juga baru mengetahui tentang anak indigo...SubhanaAllah...begitu agungNya dan Luasnya ilmuMu Ya, Allah. Sbgai ibu, saya hanya mampu berdoa kpdNya agar zuriatku dilindungi olehNya, ttpi mahu tidak mahu saya juga perlu mempelajari rahsia tersembunyi ini agar anak saya tidak keliru dan terpesong dari landasanNya. Kpd Mutiara Hebs, saya mahukan penjelasan ini untuk pengetahuan saya. email saya : aida_erin76@yahoo.com.my
    REPLY
  5. Salam,

    mengapa tuan tidak menemukan orang bunian tersebut dengan ulama untuk memperluaskab ilmu islam ini? Maksud sata, tuan mengatakan mereka dicipta dari cahaya dan ia rahsia tuhan. Jika rahsia tuhan, bagaimana tuan pula mendapat keistimewaan untuk mengetahui rahsia yang tidak diketahui oleh oleh ulama.
    REPLY





    1. Salam saudara Irwan,
      Pertama sekali, Bunian bukan orang, sebaliknya makhluk ciptaan ALLAH dari cahaya. Sebenarnya, ustaz dan ulama ada yang telah bertemu dengan Puteri Nur, dan Puteri Nur membantu mereka. Namun begitu, mereka merahsiakan perihal Puteri Nur dan Puteri Sari demi keselamatan Puteri Nur sebagai satu-satunya manusia kacukan Bunian. Di sini saudara bertanya bagaimana saya mendapat keistimewaan untuk "mengetahui rahsia yang tidak diketahui oleh ulama". Syukur alhamduLillah, saya dipilih untuk membantu Puteri Nur merawat manusia. Saya tidak meminta, tetapi telah digerakkan untuk membantu Puteri Nur dalam perawatannya dan Puteri Sari (BUNIAN) memberi saya nama Panglima Bentara Tujuh dengan memikul pelbagai tanggungjawab untuk membantu manusia agar tidak berlaku syirik, membebaskan saka-saka yang diambil agar manusia tidak berdamping dengan jin-jin yang membawa kepada kerosakan, seperti yang telah dinyatakan dalam Surah Jin, ayat 6. Keistimewaan dan ilmu pengetahuan yang saya dapat adalah anugerah dari ALLAH subhanahu wata'ala. Sekian, wassalam.
  6. This comment has been removed by the author.
    REPLY
  7. begitu agungNya dan Luasnya ilmuMu Ya Allah.banyak lagi yang tak tercapai oleh akal kita mengenai alam ghaib.Sejauh mana kebenaranya Allah yang MAha Mengetahui.. nice info
    REPLY
  8. Salam..bentara tujuh...apa yg sy tlh tnya bnyk org yg pndai2 dn tahu ttg alam ghaib...bunian juga tergolong dlmgolongn jin..itu sbb manusia tidak boleh berkhwin org bunian..sbb akn terjadinya fitnh atau sbliknya..
    REPLY





    1. Salam saudara Hakhim Bro,
      Saya nampak punca permasalahan saudara adalah daripada pendapat bahawa para Bunian adalah daripada kaum Jin. Seperti yang telah saya terangkan, para Bunian dijadikan ALLAH daripada Cahaya, sama seperti para Malaikat. Mereka bukan jin, yang telah ALLAH jadikan dari api. Saya rasa di sini jelas bahawa Bunian bukanlah jin, kerana mereka dijadikan daripada cahaya dan bukan api. Larangan berkahwin dengan jin memang jelas, tetapi ALLAH membenarkan perkahwinan antara Bunian dan manusia. Wassalam.
  9. Ttg blaja dgn org bunian...atau dpt dri mimpi..bknkh lebih baik blaja dgn guru nyata?mmg bila brdamping dgn bunian..akn dpt bnyk ilmu...tp bila dikunci..atau dikurung bunian itu...hilang ilmu itu...maksudnya kita pakai atau pinjam ilmu die..
    REPLY





    1. Salam,
      Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa Bunian bukan orang. Dari pengalaman peribadi saya, para tidak mengajar sepertimana kita ke sekolah/universiti dan belajar dari cikgu/pensyarah. Mereka memberikan kita ilham dan gerak hati untuk melakukan sesuatu, dan membantu kita dengan kemahiran-kemahiran untuk mencapai objektif itu. Skop "belajar" di sini amatlah luas, bukannya ilmu berkaitan agama atau mistik semata-mata.
      Bunian tidak mungkin dapat dikunci atau dikurung, kerana mereka bukanlah jin... Wassalam.
  10. Kalau sy slh ..sy minx maaf..takpe..sy rujuk lagi ttg hal bunian ni..tp bab nabi2..bknkah nabi ada mukjizat....bley trus minx kt allah...cmna la..bley ckp bunian yg bntu..knpa bkn malaikat?
    REPLY





    1. Salam saudara,
      Kenapa perlu dipertikaikan kehendak dan kekuasaan ALLAH subhanahu wata'ala? Bunian dijadikan daripada cahaya, sama seperti Malaikat. Bezanya para Malaikat tidak makan, minum dan tidur tetapi para Bunian makan, minum dan tidur supaya mereka dapat mendampingi manusia. Para Bunian telah membantu Nabi Adam ketika mula berada di Bumi. Bunianlah yang telah mendorong Nabi Musa hanyut ke istana Firaun. Bunian juga pernah terlibat di dalam peperangan bersama-sama Nabi Muhammad.
      Wassalam...
  11. Ilmu agama cetek.sy akn blaja lagi....kalau sy slh..sy minx maaf..sy insan biasa...moga kita semua dijalan yg benar...orrauluqi@yahoo.com.my
    REPLY





    1. InsyaAllah... saya telah membalas email saudara kepada saya. Terima kasih. Wassalam.
  12. Salamm... Satu fakta yang menarik...sya mmg suka untuk mengetahui tentang Alam Bunian. bnyk cerita negatif dan positif yg sya dengar tentang Alam Bunian.Fakta yang pernah saya dengar:>
    Bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi S.A.W menyebut
    "bahawa ada makhluk halus ini yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia,malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia".
    REPLY





    1. Salam saudara Asyraf,
      Untuk makluman saudara, para Bunian tidak tinggal bersama manusia di dalam rumah manusia, sungguhpun mereka mendampingi manusia-manusia tertentu yang dianiaya dan memerlukan bantuan. Malah, kehadiran makhluk halus seperti jin dan iblis di dalam kediaman manusia akan menyebabkan kesakitan kepada manusia tersebut. Wassalam.
  13. Erk..aku x arif sgt hal2 cmni..so pcya atau x ssh nk ckp la..aku lbh tbuka dgn bukti dpn mata..bak kata org slagi x d dpn mata slagi 2 hati x pcya..tp yg psti aku tak nak sesat dlm agama aku sndri..
    REPLY
  14. Salam saudara Kifli,

    Percaya atau tidak? Separuh daripada Rukun Iman kita terdiri daripada yang Ghaib. Bagaimana boleh kita katakan selagi tiada di hadapan mata maka selagi itu hati tidak percaya? Bagaimana pula dengan kewujudan Malaikat, hatta Allah subhanahu wata'ala sendiri? Bagaimana pula dengan Roh? Apakah saudara dapat melihat roh saudara sendiri?

    Maaf jika saya terkasar bahasa, tetapi ini berkaitan dengan aqidah kita...

    Tetapi dalam alam Nyata ini pun, ada benda yang kita tak nampak, tapi kita mempercayainya, bukan? Bolehkah saudara nampak udara? Tetapi tanpanya, kita semua takkan hidup, bukan? Saudara sudah tentu menggunakan peralatan elektrik dan elektronik, bukan? (Kalau tidak, masakan boleh membaca blog ini?) Tetapi pernahkan saudara melihat atau tahu apa itu elektrik? Bagaimana pula dengan gelombang elektromagnet yang membolehkan kita berkomunikasi tanpa wayar? Fikir-fikirkan...

    Wassalamu'alaikum.
    REPLY
  15. Salam,saya amat suka dan tertarik dengan fakta ini.. saya tertarik dengan cerita alam bunian dan keindahan kawasannya..tetapi maaf saya bertanya? saya banyak survey di blog2 malah ada ustaz pun berkata, bunian ini tak secantik yang kita sangka selama ini. ada yang berkata pula suka menyorok orang bila tersesat dalam hutan sebagainya.. dan saya keliru adakah ia benar atau cerita semata2? dan apakah kebenaran cerita ini.. Maaf sy ingin tahu.
    REPLY





    1. Salam saudari, sebelum menjawab pertanyaan saudari, ingin saya mempelawa saudari membaca artikel terkini dalam blog ini bertajuk "Kebenaran Mengenai Bunian". Pertama sekali, para Bunian tidak pernah memunculkan diri kepada manusia sebelum ini. Kebanyakkan kisah-kisah yang kita dapati dan baca sama ada online atau dari sumber lain, biasanya adalah kes-kes jin-jin yang menyamar sebagai Bunian. Untuk makluman, Puteri Nur seorang perawat. Kami pernah menemui kes di mana jin mengaku dan menyamar sebagai Bunian untuk memperdaya manusia. Mereka memperlihatkan diri berpakaian putih, berbaju kurung, berserban dan berjubah putih serta membawa tasbih. Namun begitu, pakaian Bunian sebenarnya bukanlah begitu. Mereka adalah pejuang, panglima perang yang setiap hari bertempur dengan jin kafir dan iblis laknatullah. SubhanAllah. Mengenai Bunian menyorokkan manusia, cuba saudari fikir, apa manfaatnya kepada Bunian tersebut? Tugas mereka hanyalah beribadat kepada Allah, solat, zikir, dan bertempur dengan iblis. Mereka mendampingi manusia yang teraniaya dan membantunya. Kejadian manusia sesat di hutan dan disorokkan itu biasanya adalah pekerjaan qarin manusia itu sendiri. Qarin adalah jin, dan kebanyakkannya adalah jin yang angkuh dan bongkak kerana mereka menganggap diri mereka lebih mulia dari jin lain kerana berdampingan dengan manusia. Bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Jin, ayat 6, "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." Allahuakbar. Inilah kebenaran yang dapat saya sampaikan. Terima kasih di atas pertanyaan saudari. Wassalam.
  16. salam...Bentara Tujuh...Bertemu dialam penulisan begini...kadang kala cukup untuk kita mengenali walaupun tidak bersua muka..saya telah baca penulisan Bentara Tujuh banyak maklumat dan aturan hidup alam nyata dan ghaib telah terbongkar..terima kasih diatas perkongsian ilmu ini..apa yang ingin saya nyatakan adalah perjalanan yang saya lalui selama ini banyak telah dibimbing walaupun tanpa sedar...cuma minta pandangan ahli yang lebih arif...sekadar untuk berkongsi ilmu...Terima Kasih.
    REPLY





    1. Salam saudara, sila add saya di Facebook, Bentara Tujuh.
      Untuk makluman saudara dan para pembaca lain, artikel terkini blog ini telah dipaparkan bertajuk "Kebenaran mengenai Bunian" dan "Kebenaran mengenai Bunian II". Maklumat terkini dan lebih terperinci telah disampaikan di dalam artikel-artikel baru ini. Juga, terdapat video ringkas perawatan Puteri Nur di dalam wall Facebook bagi mereka yang menjadi 'friend' Bentara Tujuh. Sekian, wassalam.
  17. boleh berkongsi ini dengan saya? maaf. saya penuh dengan tanda tanya, juga berminat untuk tahu ini dengan lebih mendalam. terima kasih.
    REPLY





    1. Salam, sila layari dan baca blog ini dari awal sehingga artikel terkini. Banyak maklumat yang telah dipaparkan. Juga, sila add saya di Facebook, Bentara Tujuh. Wassalam.
  18. assalamualaikum saudara, jika benarlah apa yang saudara katakan itu sya ada sdkit pertnyaan, sya pernah diikuti oleh seorang putri bunian pda mulanya sya tdak tau cuma bdan brsa lain ttpi stlh berubat dngan pakcik sye yg mngmalkn ilmu perubtan islam baru lah saya sedar . pakcik sye kte "ada orang suka/minat tuu sbb tuu dia ikut." lbih krang begitu lah. jadi apa yg sya ingin tnyakn ialh, mcm seorang putri boleh tertrik atau mnat pada mnusia biasa mcm sya? dlam bnyak2 knpa sya? apa yg sbnrnya yg ptut sye bwat?
    REPLY





    1. Salam saudara, Puteri Nur sudah melihat saudara. Sebenarnya saudara diikuti oleh jin saka keturunan sendiri. Sentiasalah dekatkan diri kepada Allah subhanahu wata'ala. Berzikir, bacakan surah Al-A'ala 3x dan Al-Mulk pada air untuk diminum. Sila add ke facebook Bentara Tujuh supaya saudara dapat private message dan akses rakaman suara Puteri Sari, nenda Puteri Nur serta status updates yang berkenaan. Semoga itu dapat menjawab soalan saudara. Terima kasih.
  19. as salam nama kakak faizah binti nik yah .... kakak boleh megubati masalah sihir sedikit 2 kakak mahu tahu adakah benda yang berada bukan didalam tubuh kakak ini benda yang baik... kerana selama ini benda itu tidak meminta kakak berbuat yang benda yang haram.. dan didalam masa kakak berubat dia hanya meminta kakak membaca ayat 3 qul dan ayat qursi serta tidak minta benda yang bukan 2.... adakah benda ini boleh kakak gunakan .....
    REPLY





    1. Salam kak, di dalam Islam, kita tidak boleh menggunakan pendamping atau barang-barang perantaraan. Kakak dah nyatakan dengan jelas kakak menyebut 'benda'. Itu adalah jin yang berdamping dengan manusia. Saya harap kakak add saya di facebook Bentara Tujuh. Wassalam.
  20. Salam saudara..mohon pencerahan mengenai beberapa sudut diri saya yang belum terjangkau dek akal diri sendiri..
    REPLY





    1. ombakjahat_tsunami@yahoo.com.my
  21. Alhamdulillah.
    Banyak yang saya pelajari dari bacaan dan diskusi di sini.
    Semoga Allah permudahkan Bentara Tujuh dan Puteri Nur teruskan niat dan perjuangan ini.
    REPLY
  22. Assalamualaikum.w.b.t.
    Sebelum memulakan apa yg hendak di ucap saya ingin meminta maaf sekiranya ada yg tersinggung dr kata-kata saya.
    Pertamanya sekali kita kena blk kaji asal usul kita nenek moyang kita..siapa diri kita..mcmana kita boleh pelajari setiap perkara yg kita tidak tahu.Bagaimana kita mulakan hidup untuk mencari makan.Bagaimana kenal erti hidup untuk bercucuk tanam.Kaji selidik dahulu br paham kenapa bunian ini ada yg menyamar dan kenapa puteri nur diberi peluang untuk menceritakan segalanya.
    Mungkin ramai yg sudah terpedaya dengan kata-kata org diluar sana kerana kurang arif tentang kejadian bunian yg sebenar.
    Seperti juga kita manusia..kenapa nak nafikan diri kita manusia..begitu juga dgn bunian..kenapa nak nafikan geleran mereka bunian.
    Iblis dan syaitan telah berjanji ingin menyesatkan manusia oleh sebab itu..para para bunian yg memang nama gelarannya...bunian dan bukan jin..telah diselewangkan namanya kepada jin bunian.
    Jin jinlah..bunian bunian..manusia manusialah..
    Kenapa susah nak paham status nama yg telah diberitahu.
    Apa yg terjadi pada hari ini..bnyk puak puak saka keturunan..jin dan juga yg terpadaya dgn kata kata iblis untuk menyesatkan manusia tidak paham paham kebenaran yg beberapa kali diulang untuk beri kefahaman.
    Apa yg pernah dicerita jin itu bunian itu semua adalah kerja syaitan yg suka memburukkan nama bunian..supaya para para bunian akan dapat susah apabila ingin mbantu manusia kejln yg lurus..ramai yg tanya kenapa tiada dalil didalm al-quran.
    Apa yg boleh dibincangkan disini..ini semua rahsia Allah.
    Salah satu dugaan bg kaum para-para bunian untuk berjihad menegakkan keadilan membawa manusia yg telah tersesat jauh untuk blk kepangkal jln.
    bukan setakat pejuangan para-para bunian,tp pejuangan kita sebagai hamba Allah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.
    Jika hari ini kita tidak membetulkan keadaan yg sudah tersesat..bagaimana kita hendak melawan dajal yg akan datang.
    Jadi,terpulanglah kepada semua yg mbaca apa yg cuba saya sampaikan.
    Hanya Allah sahaja yg akan tunjuk kepada mereka yg ingin mencari jalan yg lurus.
    Untuk tidak bertegang leher disini buatlah sembahyang petunjuk,istikarah,hajat..dan minta Allah tunjukan akan kebenarannya..
    Jika malas nak bgn mlm asyik kondem kan sana sini muhasabahlah dgn diri sendiri..jawapan ada pada tahajud dan istikarah.
    REPLY
  23. NUKILAN BENTARA TUJUH

    Catatan pengalaman Panglima Bentara Tujuh bersama Para Bunian

    Kewujudan Bunian

    May 20, 2012

    Assalamualaikum, kita bertemu lagi dengan kehendak Allah SWT. Tujuan saya menitipkan kisah-kisah ini adalah untuk menjelaskan mengenai Jin dan Bunian yang sering disalahertikan oleh Manusia. Hamba mendapat maklumat terus daripada sumbernya, iaitu kaum Bunian dan Jin Islam. Maklumat ini dikuatkan dengan fakta melalui terjemahan dan tafsiran kitab-kitab dan ulama-ulama yang saya pernah temui.

    Di kesempatan ini ingin saya titipkan sedikit mengenai asal-usul Bunian. Terdapat beberapa teori yang telah hamba baca mengenai kewujudan bunian ini. Salah satu daripadanya menyatakan bahawa bunian merupakan zuriat hasil daripada perkahwinan antara Manusia dan Jin. Ini adalah tidak benar sama sekali. Di dalam kitab feqah ada dinyatakan bahawa perkahwinan di antara Jin dan Manusia adalah haram. Rupabentuk Jin dan Manusia juga amat berbeza. Tidak mungkin Jin Harimau boleh berkahwin dengan Manusia, kan?

    Hamba telah dijelaskan mengenai asal kewujudan bunian oleh Puteri Sari sendiri. Beliau merupakan Raja segala Raja-raja Bunian yang mempunyai kerajaan di alamnya, dan turut memerintah keseluruhan Alam Bunian. Menurut beliau, Bunian merupakan ciptaan Allah yang hampir sama dengan Malaikat kerana mereka juga dijadikan daripada Cahaya. Tujuan mereka diciptakan adalah untuk membantu Manusia di bumi, tanpa pengetahuan Manusia itu sendiri.

    Ketika nabi Adam AS diciptakan, Allah telah memerintahkan sekalian makhluk untuk sujud kepada nabi Adam. Semua makhluk telah menurut perintah Allah kecuali Azazil. Dia kemudiannya dimurkai Allah dan sebagai hukumannya, dia dihantar ke bumi. Namun begitu, Allah telah memperkenankan permintaannya untuk menyesatkan kaum Manusia di bumi. Azazil kemudiannya dikenali sebagai Iblis. Asalnya merupakan makhluk tercantik dan terpandai, disumpah menjadi hodoh dan mengerikan. Nabi Adam juga telah dihantar ke bumi bersama Hawa. Allah Maha Bijaksana, diciptakanNya Bunian untuk membantu manusia di bumi. Kewujudan Bunian telah dirahsiakan dan tidak disebut secara nyata di dalam Al-Quran namun mereka telah diutus bersama Jin-jin Islam untuk membantu manusia dan menentang Iblis serta Jin Kafir. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan Manusia sendirian di bumi. Lihat sahaja kisah Habil dan Qabil yang telah berbunuhan sesama mereka. Bunian dan Jin Islam telah ditugaskan untuk membantu umat manusia supaya dapat meneruskan kemandirian mereka.

    Bunian akan mendampingi mereka yang terlalu teraniaya dan membantu mereka untuk meneruskan kehidupan - dengan Izin dan Kehendak Allah Subhanahu Wata'ala. Secara fizikalnya, Bunian menyerupai Manusia. Namun Bunian tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh itu, perkahwinan antara Manusia dan Bunian boleh terjadi dan ada disebut di dalam kitab. Bunian diberikan kelebihan-kelebihan dan kuasa tertentu oleh Allah SWT supaya mereka dapat menjalankan tugas mereka terhadap manusia. Selain itu, tugas Bunian ialah untuk beribadat kepada Allah. Mereka merupakan golongan alim ulama yang arif tentang Agama. Mereka juga diberi kuasa untuk melihat masa lampau dan masa hadapan. Ungkapan yang menyatakan bahawa bunian adalah syaitan adalah tidak benar sama sekali. Bunian dijadikan dari cahaya. Mereka hampir sama kejadiannya dengan malaikat tetapi telah ditugaskan untuk mendampingi manusia yang teraniaya.

    Jangan terpedaya dengan golongan jin kafir dan iblis yang sering menyamar sebagai Bunian untuk memperdaya manusia. Bunian suci, bersih dan tertib. Tidak mungkin Bunian akan meminta yang bukan-bukan atau bercakap yang tidak benar. Sayaharap titipan sayaini dapat sedikit sebanyak mengurangkan kekeliruan yang telah dihadapi manusia selama ini. Sehingga bertemu lagi, wassalam...

    *Assalamualaikum para pembaca sekalian, ingin saya mempelawa saudara/saudari untuk membaca artikel terkini di blog ini, "Kebenaran mengenai Bunian" dan "Kebenaran mengenai Bunian II" untuk mendapat maklumat terkini mengenai Para Raja-raja Bunian. Wassalam.

    LABELS: ADAM BUNIAN CAHAYA JIN ISLAM MANUSIA PENCIPTAAN RAHSIA

    SHARE

    Comments

    Unknown11 July 2012 at 23:27

    Terima kasih dan maklumat berharga

    REPLY

    Unknown23 November 2012 at 15:09

    salam, boleh saya dapatkan no telifon atau email tuan, saya ingin meminta bantuan dan penjelasan tentang bunian dari tuan. sebab saya mempunyai kaitan dengan bunian. tolong emailkan pada saya. nizameqtech@gmail.com

    REPLY

    Haji Muhammad Bentara Tujuh2 February 2013 at 10:15

    Salam, sila add saya di Facebook (Bentara Tujuh) atau email pg5bntr7@gmail.com. Wassalam.

    Unknown14 March 2017 at 17:17

    Terima kasih sebab kongsikan pengetahuan ini, alhamdulillah jawapan yang saya cari selama ini terjawab. Saya sangat berterima kasih pada Haji Muhammad, saya baca dari buku Mastika, dari situ saya cari lagi maklumat tentang Bunian & alhamdulillah jumpa, terima kasih sekali lagi Haji Muhammad.

    REPLY

    Post a Comment

    Popular posts from this blog

    Kebenaran mengenai Bunian

    February 09, 2013

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wallahi,wabillahi, dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan ALLAH, dan MUHAMMAD adalah UtusanNya. Sesungguhnya, sebelum ALLAH menciptakan Adam ‘alaihissalam, para Malaikat mempersoalkan keputusan itu. Peristiwa ini dicatatkan dalam ayat 30 surah Al-Baqarah,

    “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

    Lalu diciptakanlah Nabi Adam daripada tanah yang telah diambil oleh para Malaikat daripada seluruh pelosok Bumi. Setelah Nabi Adam diciptakan, ALLAH subhanahu wata’ala telah mengarah…

    SHARE

     15 COMMENTS

    READ MORE

    Contoh-contoh Tangkal, Azimat dan Wafak

    January 29, 2016

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Hari ini saya, Hj Muhammad @ Bentara Tujuh menulis kerana Puteri Nur agak sibuk dengan jadual beliau. Saya ingin menyampaikan sesuatu tentang tangkal atau azimat kerana terlalu banyak kes pesakit menjadi sakit bukan kerana saka atau sihir tetapi akibat tangkal atau azimat yang diberi oleh perawat atau bomoh yang mereka temui untuk berubat. Tangkal atau azimat merupakan sesuatu benda yang dipercayai memberikan tuah dan/atau perlindungan kepada pemiliknya. Tangkal terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk, iaitu permata, patung, syiling, lukisan, loket, cincin, selendang, lipatan kertas, tulang, senjata tajam, tumbuhan, haiwan, dan sebagainya ataupun kata ucapan yang disebut dalam keadaan tertentu. Secara amnya, tangkal boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: 1. Pertama, tangkal yang ditulis ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, dan juga daripada doa-doa. Ada juga yang bukan ayat-ayat al-Quran tetapi merupakan kumpulan hur…

    SHARE

     POST A COMMENT

    READ MORE

    Kebenaran tentang Puteri Nur

    June 01, 2012

    Assalamualaikum, dengan izin Allah kita bersua lagi. Saya pelik kerana sering dimarahi dengan teruk oleh Puteri Ratna kalau saya tak jaga Puteri Nur betul-betul. Puteri Ratna tak izinkan Puteri Nur bersendirian kerana katanya terlalu banyak jin kafir dan iblis ingin memusnahkan Puteri Nur. Pada mulanya saya tak faham, kenapa sampai dia kata kalau sekali lagi saya tak jaga Puteri Nur betul-betul, dia akan bawa Puteri Nur pulang ke Alamzara. Sehingga pada satu hari, Puteri Ratna memerintahkan supaya Puteri Nur dibawa ke sebuah kawasan air terjun. Di sana, Puteri Ratna telah membuka rahsia sebenar siapa Puteri Nur.

    Puteri Nur rupanya waris terakhir Putera Sarayana, kekanda kepada Puteri Ratna. Dia sebenarnya kacukan Manusia dan Bunian! Jasad Puteri Nur adalah manusia, tetapi dia diselaputi cahaya berwarna putih iaitu cahaya Bunian. Mereka yang telah dibuka hijabnya boleh melihat cahaya ni. Begitu juga dengan ulama yang pernah merawat Puteri Nur. Mereka tahu siapa dia sebenarnya. Kejadia…

    SHARE

    Tiada Bank Di Alam Bunian!

    Assalamualaikum, di sini ingin saya nyatakan dengan jelas bahawa Puteri Sari, Raja segala Raja-raja Bunian yang berusia 2500 tahun, telah bersuara dengan tegas dan murka, TIDAK ADA BANK ALAM BUNIAN!!! TIDAK ADA BANK DI ALAM JIN!!! TIDAK ADA PEMBERIAN HARTA BUNIAN, GELIGA BUNIAN, SENJATA BUNIAN, BARANG-BARANG MISTIK BUNIAN. Puteri Sari bersuara lagi, untuk apa Bunian memberikan harta kepada manusia? Dan kenapa Bunian harus memberi harta kepada manusia? Alam Bunian di Kayangan. Pinggan mangkuk dari emas, batu-batu sungai dari emas, batu permata. Segalanya adalah tipu daya jin untuk menyesatkan manusia dan membawa ke arak SYIRIK. Meminta harta sedangkan segala rezeki HARUS datangnya dari Allah subhanahu wat'ala dengan usaha manusia sendiri. Di sini manusia harus berfikir dengan akal, kata Puteri Sari lagi, manusia darjat mulia. Kenapa harus ada bank di Alam Bunian? Untuk apakah wang itu? Membeli televisyen? Membeli mesin jahit? Alam kami adalah yang paling sakti dan paling ajaib. Hanya menanti kelahiran manusia kacukan Bunian untuk kami bersuara. Pinggan mangkuk kami dari emas. Pernahkah manusia meminjam pinggan mangkuk dari emas? Kami dikatakan berpakaian putih, berbaju kurung. Kenapa perlu kami memakai pakaian manusia padahal kami bukan manusia? Kami ada pakaian kami sendiri. Mengapa pula matawang yang kononnya dari Alam Bunian sama dengan matawang alam manusia? Panglima Berlima, jin Islam yang turut bersuara mengatakan mereka juga boleh berbuat begitu. Mengambil wang dari tempat-tempat perjudian dan mengubah sedikit supaya kelihatan kononnya seperti dari Alam Bunian atau Alam Jin. Jin yang memperdaya manusia itu berdosa dan apatah lagi manusia yang menarik duit itu, terpedaya dengan kebodohan mereka sendiri! Yang tertawa di sini adalah iblis dan jin-jin kafir yang berjaya memperdayakan manusia. Mereka memandang rendah manusia kerana kepada mereka manusia dijadikan dari tanah. Manusia tidak melihat mereka. Bukankah ketika Adam dan Hawa di ciptakan Allah telah memerintahkan seluruh makhluk untuk sujud dan iblis telah mempersoalkan kenapa harus sujud kepada Adam yang di ciptakan dari tanah yang di kutip dan di pijak-pijak. Peristiwa ini telah dinyatakan dalam surah Al-Israa', ayat 62, “Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)”. Saya akan memasukkan rakaman suara perbualan ini dalam facebook dan blog.

    Bagi mereka yang melayari blog, rakaman suara tersebut boleh didengarkan di youtube, video bertajuk "Kebenaran mengenai harta Bunian" di channel Bentara Tujuh.

    Comments


     Powered by Blogger
🕋🏡🇲🇾💛💜💝💞💗💙🕌

Pakaian sebenar Raja-raja Bunian

SubhanAllah, beginilah pakaian Raja-raja Bunian yang sebenar. Ini adalah Putera Aria, suami kepada Puteri Sari, nenda Puteri Nur. Seperti yang pernah saya jelaskan, nama-nama mereka yang sebenar perlu saya rahsiakan demi keselamatan Puteri Nur. Putera Aria merupakan Raja Bunian yang menguruskan jemaah Bunian ke Mekah. Dia juga bertempur dengan iblis dan jin kafir yang ingkar dan ingin menyesatkan manusia.

Para Bunian tidak berpakaian putih semata-mata. Mereka hanya memakai pakain putih ketika solat. Bunian berpakaian putih, baju kurung, jubah butih itu adalah lakonan jin-jin yang hendak menyesatkan manusia. Di sini juga digambarkan mahkota Bunian yang tumbuh dari kepala ibarat tanduk rusa.

Firman Allah dalam surah As-Sajadah, ayat 4-6, "Allah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya dalam enam masa, kemudian Dia (Allah) bersemayam (menetapkan pentadbiran-Nya) di atas 'Arash. Tidak ada bagi kamu selain Dia (Allah) seorang penolong pun dan tidak seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak mengambil peringatan? Dia (Allah) mengatur urusan dari langit kepada bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya (kepada Allah) dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitungan kamu. Demikianlah (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani)."


Comments

  1. Salam.. Saya ingin bertanya kenapa ade seolah-olah lambang macam mata satu di bahagian pakaian tersebut. Bukan kah lambang mata satu ini digunakan orang yahudi sebagai lambang Tuhan mereka iaitu Dajal.
    REPLY


    1. Salam, lambang tersebut bukanlah seperti yang saudari sangka. Itu ialah permata yang terdapat di Alam Zara. Putera Aria ialah suami kepada Puteri Sari. Beliau juga telah memberi ilham kepada pihak tertentu untuk mewujudkan sebuah parti Islam yang lambangnya seakan-akan batu permata yang terdapat pada pakaian beliau. Seperkara lagi yang perlu saya jelaskan disini, Dajjal adalah makhluk Allah yang akan muncul di akhir zaman dan ia akan dimusnahkan oleh Imam Mahadi bersama-sama Nabi Isa 'alaihissalam. Wabillahitaufiq walhidayah
    2. Pakaian Para Bunian

      Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... SubhanAllah, berikut adalah salah satu pakaian sebenar Para Raja Bunian. Mereka bukanlah hanya berserban dan berjubah putih semata-mata. Untuk berperang dengan iblis, mereka lengkap bersenjata dan berperisai. Yang digambarkan di sini adalah adinda ipar kepada nenda Puteri Nur, Puteri Sari. Allahuakbar.

      Comments

    3. Kebenaran mengenai Bunian II

      Para Bunian adalah penyimpan rahsia Allah dan khazanah Dunia dan tujuan Allah mengizinkan perkahwinan antara Bunian dan manusia adalah untuk mendapat manusia kacukan Bunian - satu-satunya, hanya SATU... Bunian hanya diizinkan Allah utk bersuara melalui manusia kacukan Bunian dan hanya inilah masanya! Bukan mudah untuk Puteri Nur kerana dia tidak boleh lagi kena cahaya matahari, boleh berdarah, mendengar pohon-pohon berzikir, mendengar air sungai dan laut berzikir, melihat kedatangan Raja-raja Bunian yg bersayap dan lengkap bersenjata memerangi Iblis setiap hari, tidak boleh menonton tv kerana dengan hanya melihat gambar segala apa makhluk yang mendampingi manusia itu boleh muncul di hadapannya, apa yang bermain di dalam otak dan fikiran manusia dapat didengarnya... Dia hanya boleh duduk d rumah beribadah dan merawat. Sifat Bunian tegas, tidak ketawa. Puteri Nur ingin sahaja menjadi manusia sepenuhnya tetapi sudah takdirnya begitu.

      Manusia pula ramai yang ingin sangat menjadi Bunian dan ingin pergi ke alam Bunian... Puteri Nur sendiri khuatir, takut, bimbang dan sedih untuk pergi walaupun hanya sebentar. Namun dia harus menunaikan tanggungjawabnya untuk membantu nendanya memerintah Alam Zara. Di sini juga ingin saya nyatakan tentang mimpi-mimpi manusia di datangi Puteri-puteri dan sebagainya... itu adalah permainan jin dan iblis! Puteri Nur sendiri TIDAK PERNAH bermimpi apa-apa seperti itu. Selepas Puteri Nur dilahirkan, ketika umurnya baru beberapa hari, jasadnya dipenuhi kudis-kudis bernanah. Bapanya telah membawa bayi itu berubat merata-rata. Dia hendak dimusnahkan oleh iblis dan jin kafir. Dia sering diekori sebuah BOLA BERCAHAYA sejak kecil. Dia bersembunyi di bawah meja, menyorok di dalam almari ketika kecil. Sesudah dewasa, dia bertanya dengan ramai ustaz-ustaz tentang bola cahaya itu, tetapi tidak ada seorang ustaz pun yang dapat menjelaskan apakah bola itu. Bola itu tetap mengekorinya walaupun dibacakan surah Yaasin, ayat Kursi, ayat-ayat Manzil dan sebagainya. apabila Puteri Nur berzikir, bola cahaya itu turut berzikir sama. Kini, barulah segala persoalan itu terjawab. Bola cahaya itu sebenarnya ialah cahaya Bunian dan kini jasad Puteri Nur sendiri sudah bercahaya, dan saat kepulangannya ke Alam Zara sudah hampir. Saya adalah saudara rapat kepada Puteri Nur dan saya telah memerhatikan perubahannya baik fizikal, mental mahupun emosional. Perubahan-perubahan ini amat merunsingkan dan menyedihkan saya.

      Moyangnya adalah seorang ulama, Ustaz dan Puteri Nur tidak pernah ketahui asal-usul ayahanda kepada moyangnya... tiada gambar tiada apa... beliau adalah Putera Subarshah Sarayana... Bunian... Di sini juga dinyatakan perkahwinan antara Bunian dan manusia tidak melibatkan KAIN KUNING, KAIN BATIK dan sebagainya. Tidak ada apa-apa perantaraan dan segalanya kuasa Allah dan kita sebagai makhluk tidak boleh mempertikaikan ketentuan dan kejadian Allah... Di sini juga ingin saya jelaskan bahawa bagi yang berkahwin dengan Bunian, mereka tidak perlu menanti pasangan mereka pulang di waktu malam, disambut dengan kelambu kuning dan sebagainya. subhanAllah, ini adalah tipudaya jin semata-mata untuk menjatuhkan darjat manusia dan mengagung-agungkan mereka. Fakta ini telah dikhabarkan kepada saya oleh Panglima Utama sendiri. Dia merupakan jin Islam yang bersuara. Saya ada menceritakan tentang Panglima Utama di dalam blog sebelum ini.

      Kami telah ke DARUSSYIFA di Bangi bertemu ulama di sana kerana nenda Puteri Nur ingin bersuara dan Ustaz-ustaz di sana amat berterima kasih dengan fakta kebenaran yang di beri oleh nenda Puteri Nur. Ada juga perawat, ulama yang bertemu dengan Puteri Nur, bertanya dan ingin berkongsi ilmu Allah tentang bagaimana cara Puteri Nur merawat. Ingin saya jelaskan di sini bahawa Puteri Nur tidak mempelajari apa-apa kaedah rawatan, sebaliknya apa yang ada adalah semata-mata anugerah dari Allah subhanahahu wata'ala. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari. Pesakit akan mula menunjukkan reaksi apabila hanya memandang Puteri Nur, dan Puteri Nur tidak perlu menggunakan apa-apa perantaraan seperti limau, kemenyan, keris dan sebagainya untuk merawat. Jika manusia itu tidak mempunyai hati yang bersih atau mempunyai pendamping atau saka, tidak suka melihat Puteri Nur. Bersyukurlah manusia dengan nikmat Allah yang diberi selaku kejadian yang paling sempurna, makhluk paling mulia. Gunakanlah akal yang dianugerahkan dengan sebaiknya, dan hormatilah makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain, yang mentaatiNya.

      Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 81, "Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana ia menciptakan mereka dahulu? Ya! diakui dan dipercayai berkuasa! dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandingan-Nya, lagi Yang Maha mengetahui." Allahuakbar.

      Comments










Search for

Kembara alam ghaib






🕋🇲🇾💛💚💜💎💜💌💝❣💞💟💞💙💗💙🕌

No comments: