05 February 2020

Jin Ifrit mencuri cincin Nabi Sulaiman a.s



أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Sakit kepala? Puncanya adalah saluran darah tersumbat!(سُبْحَانَ اللَّهِ)‎ Tasbeh Hatiku berdetik setiap saat  
(أسْتَغْفِرُاللهَ)Istighfar dari Kerdipan Mataku 
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan‎ Denyutan Nadiku 
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil ‎Degupan Jantungku 
(اللَّهُ أَكْبَرُ)‎Takbir Hela Turun Naik Nafasku 
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ 
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ   ...            اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ



                                                                                                                                                                                                                                               
Jin Ifrit mencuri cincin Nabi Sulaiman a.s


Jin Ifrit mencuri cincin Nabi Sulaiman a.s





Bismillahirrahmanirrahim - Salah satu daripada mukjizat yang diberikan oleh Allah swt pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah swt. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar.
Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu.
Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan baginda dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. Ketika itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta menjemur ikan. Dari kalangan para gadis itu, ada seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak menarik perhatian kaum lelaki.
Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca menjadi redup. Lalu merekapun mendongak dan mendapati rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.
Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman a.s.”
Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati: “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu sekadar impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya. Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita ini pun belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau berangan-angan!” Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.
Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak dipinta. Akhlak yang baik lebih utama.

Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah masing-masing.

Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.

Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata: “Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrit kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s.


Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata: “Sesungguhnya telah aku kembalikan sebentar tadi.” 

Nabi Sulaiman a.s. diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru inilah aku meminta kembali cincin itu.” 

Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah diserahkan. Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga. Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang kepunyaannya kepada sesiapapun jua.
Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan mendapati seorang yang menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.

Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”

Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”
 
Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka menafikannya.

Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpat mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan nelayan itu.

Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan. Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”
        
Gadis tersebutpun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan baginda sendirian sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan merekapun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.
Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal nelayan, maka nelayan itu bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi Sulaiman as tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi Sulaiman a.s. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis itu menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.
Manakalah di istana yang telah ditinggalkan baginda, Ifrit menyamar sebagai Nabi Sulaiman as memberikan pengajaran yang menyesatkan manusia. Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup menyimpan cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannya dtelan oleh seekor ikan. Ifrit meninggalkan takhta kerajaan.

Ketika itulah orang ramai baru menyedari kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya Raja Sulaiman rupanya jin yang menyamar sebagai baginda. Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.

Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as keluar menangkap ikan sebagai memenuhi keperluan hidupnya. Kebetulan pada hari itu, masuklah ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam pukat mereka. Menjelang senja, kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang ditangkap hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan hidangan makan malam.

Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.

Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.

Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.
 Nabi Sulaiman as bermaksud untuk kembali ke istana dan melihat keaaan rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan. 

Baginda juga berhasrat untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa keberatan kerana ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman rupanya itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala supaya mengubah rupa isterinya yang hodoh itu menjadi cantik. 

Doa baginda dimakbulkan sehingga merasa cemburulah teman-teman yang pernah menghina dan mengejek isterinya dahulu. Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.

Kemudian pada suatu hari, dikumpulkanlah sekalian rakyatnya, baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda.

Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir aalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai. Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintah itu segera pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.

Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya.

INILAH PULAU TERSIMPANNYA TONGKAT NABI MUSA DAN CINCIN NABI SULAIMAN! 

Dipayung hijab ilahi, Tersembunyi jauh dari peradaban manusia, tanah yang menjadi penempatan pertama kaum jin. Sampai ke hari ini puak yahudi cari tak jumpa-jumpa, hanya kiamat kelak yang bakal menzahirkan kawasan ini di mata dunia!😲😲



Marilah kita lihat pulau yang pertama dahulu yakni pulau penempatan jin.

Bertentangan dengan sifat jin, pulau yang dihuni oleh mereka ini amat dingin. Pulau ini menjadi dingin kerana bangsa jin di sini dengan ilmu mereka telah menaikkan tanah yang kaya dengan sebatian kaca, perak, tanah liat dan batu zamrud. Kemudian mereka mendatangkan hawa dingin yang dapat ditampung oleh bahan2 tanah pulau ini.



Cahaya pula tidak boleh berperangai seperti biasa di kawasan pulau ini. Disebabkan hal ini, daripada pandangan mata kasar, pulau ini sentiasa kelihatan berbalam-balam. Tiada tumbuh-tumbuhan yang hidup di pulau ini.

Jenis jin yang menduduki pulau ini adalah daripada jenis jin ifrit yang paling gagah perkasa. Seperti yang kita tahu, jin ni ada beribu2 jenis spesis. Tapi lain kali la cerita yer.

Haaa… sekarang sampai kepada informasi yang sensitif sikit. Ia mengenai dengan tugas utama jin2 ifrit yang duduk di pulau ini. Harap2 tidak ada yang melenting marah pulak kerana sudah tentu saya tidak dapat menghadirkan bukti2 tentang hal ini. Saya hanya berkongsi maklumat yang saya dengar serta dapat dan tidak boleh pula nak menyatakan sumbernya. Jadi terpulanglah pada anda untuk menilainya sendiri.

Di pulau ini tersimpan dua objek penting yang tidak ternilai harganya. Dua objek ini ialah tongkat Nabi Musa a.s. dan cincin Nabi Sulaiman a.s. Jin2 ifrit di sini menjaga dua objek ini dengan ketat sambil menantikan makhluk yang berhak datang mengambilnya.



Makhluk yang akan datang mengambilnya ialah tidak lain dan tidak bukan bernama Dabbatul-Ard. Ia adalah sejenis makhluk yang mempunyai campuran bulu2 panjang dan bulu2 pendek (bulu2 roma). Saiznya amat besar sehingga diceritakan semasa ia keluar daripada bumi nanti (di antara Bukit Safa dan Marwa), ia hanya dapat mengeluarkan separuh sahaja badannya dalam masa 3 hari dan akhirnya dapat mengeluarkan seluruh badannya dalam masa 9 hari.

Mula2 Dabbatul-Ard akan mengambil cincin Nabi Sulaiman a.s. dan memakai di jari tangan kanannya. Kemudian ia akan mengambil tongkat Nabi Musa a.s. dengan tangan kirinya. Setelah itu, di dalam perjalanannya daripada Segitiga Bermuda ini ke arah Mekah, dia akan berkata2 dengan semua manusia yang ditemuinya… “terlalu ramai manusia telah tidak yakin lagi dengan ayat2 Allah”.

Apabila sampai di Mekah, ia akan berhenti di antara Makam Ibrahim dan Hajarul Aswad. Ia kemudiannya akan memekik mengeluarkan suara yang amat kuat. Orang2 mukmin tidak akan takut atau gentar kerana mereka tahu Dabbatul-Ard ialah makhluk Allah yang sedang menjalankan perintahNya. Muka orang2 mukmin akan bersinar2 apabila disuakan cincin Nabi Sulaiman a.s. manakala muka orang2 kafir pula akan suram apabila ditunjalkan tongkat Nabi Musa a.s. kepada hidung2 mereka.



Sebagai renungan (Bukan dalil yer. Saya suruh renung jer dan bukan suruh jadikan ini sebagai dalil) … berikut ialah terjemahan [Surah An-Naml – Ayat 82] “Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka ,kami akan mengeluarkan seekor binatang melata dari bumi yg akan mengatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia sudah tidak yakin kepada ayat-ayat kami”.

Begitulah, pintu gerbang dimensi kota di pulau ini ialah untuk dimasuki oleh Dabbatul-Ard yang akan datang mengambil tongkat Nabi Musa a.s. dan cincin Nabi Sulaiman a.s.

Bagaimana? Ni belum betul2 gila lagi… nanti kita akan tambah lagi tahap kegilaan cerita ini apabila kita telusuri satu demi satu Part yang ada di dalam himpunan cerita2 gila ini.

sumber: zulsegamat

‘TULAH SAPE SURUH KO TENDANG PENGEMIS,KAN DAH KENA BALASAN CASH!’-VIDEO PENGEMIS DITENDANG VIRAL,INI YANG JADI PADA SI PELAKU



Bila bercakap tentang pengemis,memang dekat mana-mana tempat dan negara pasti juga ada. Di kampung-kampung atau di bandar,negara maju atau negara mundur,mereka memang selalu ada meminta bantuan kewangan di tepi jalan. Mereka ini biasanya tidak berumah, makan minum tidak menentu dan selalu berlapar setiap masa. Sebab itulah dengan bantuan walau seringgit dua,dapatlah mereka membeli roti dan air untuk mengalas perut.

Tidak di nafikan kadang-kadang kehadiran pengemis ini memang tidak di senangi ramai pihak.Apatah lagi jika mereka mengemis di kedai makan dan meminta duit dari para pelanggan.Ada sesetengah orang tidak kisah, tapi ada juga yang sensitif sebab mereka nampak berbaju lusuh dan tidak bersih.Kadang-kadang tuan kedai juga mungkin boleh naik angin melihat kelibat pengemis yang meminta makanan dari kedai mereka.



Seperti dalam rakaman video ini,seorang pengemis yang di katakan membawa tongkat tidak mampu untuk melawan apabila dia di marahi oleh seorang lelaki berkepala botak. Tidak pastilah apa punca sebenar membuat abang botak itu sangat marah padanya.

Pengemis itu pula di lihat hanya tunduk dan membiarkan sahaja kepalanya di tolak,di pukul serta dirinya di tendang. Orang yang lalu-lalang pula tidak berbuat apa-apa selain membiarkan sahaja pengemis itu seperti di buli.



Namun begitu,tiba-tiba ada seorang lelaki yang datang memberi tendangan kepada abang botak itu.Kelihatan giliran abang botak pula di marahi oleh lelaki berkenaan. Ramai yang sokong tindakan lelaki itu. Moralnya di sini,jika kita jumpa pengemis,hulurkanlah sekadar yang mampu.Kalau tak suka mungkin dia datang ke kedai makan kita, mintalah dia beredar cara baik.Ramadhan yang mulia ini jangan lupa untuk selalu bersedekah buat mereka yang memerlukan ya.


Sumber:kisahkini

Sumber:kisahkini.

Ini Kisah Jin Mencuri Cincin Nabi Sulaiman
Submitted by redaksi1 on Senin, 15 Aug 2016 - 15:29
  5:29
Category:
KONFRONTASI - WAHAB bin Munbih mengisahkan, bahwa cincin Sulaiman as berasal dari langit yang memiliki empat sisi. Di antara sisinya tertulis kata "Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa Syariika Lahu Muhammadun Abduhu wa Rosuuluhu, artinya : Tidak ada tuhan selain Allah tidak ada sekutu bagi-Nya. Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya"
Pada sisi kedua tertulis, "Allahumma Maalikal Mulki Tutil Mulka Man Tasya wa Tanziul Mulka Man Tasya wa Tuizzu Man Tasya wa Tuzillu Man Tasya, artinya: Wahai Allah Raja yang memiliki kerajaan, Engkau berikan kekuasaan kepada yang Engkau kehendaki, Engkau cabut (kekuasaan) dari orang yang Engkau kehendaki, Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki".



Pada sisi ketiga tertulis, "Kullu syaiin Haalikun Illalloh. Artinya: Segala sesuatu akan musnah kecuali Allah." Dan pada sisi keempat tertulis, "Tabarokta Ilahiy Laa Syariika Laka. Artinya: Maha suci Engkau wahai Tuhanku yang tidak ada sekutu bagi-Mu." Cincin tersebut memiliki cahaya yang bersinar yang apabila dikenakan maka akan berkumpul para jin, manusia, burung, angin, setan dan awan.
Dia juga mengisahkan bahwa suatu hari Sulaiman hendak berwudhu, maka ia menyerahkan cincinnya itu kepadanya (budak perempuannya yang bernama Aminah). Ketika itu ada jin yang bernama Sokhr yang mendahului Sulaiman masuk ke tempat wudhu dan bersembunyi di balik pintu. Tatkala Sulaiman memasuki tempat wudhu untuk menunaikan keperluannya lalu setan itu keluar dari dalam tempat wudhu dengan menyerupai wajah Sulaiman sambil mengibas-ngibas jenggotnya yang bekas wudhu dan tidak berbeda sama sekali dengan Sulaiman dan mengatakankepada Aminah, "Cincinku wahai Aminah." Aminah pun memberikan cincin tersebut kepadanya dan dia meyakini bahwa ia adalah Sulaiman maka cincin itu pun berada di tangannya. Lantas dia pun duduk di singgasana Sulaiman sehingga golongan burung, jin, setan pun tunduk kepadanya.



Tak berapa lama Sulaiman as selesai berwudhu dan mengatakan kepada Aminah, "Cincinku." Aminah pun bertanya, "Siapa anda?" Dia menjawab, "Aku Sulaiman bin Daud." Dan tampak terdapat perubahan pada penampilannya. Aminah berkata, "Engkau bohong, sesungguhnya Sulaiman telah mengambil cincinnya dan saat ini dia tengah duduk di singgasana kerajaannya." Maka tahulah Sulaiman bahwa dia telah mendapati suatu kesalahan." (Mukhtashor Tarikh Dimasyq juz III hal 379)
Wahab bin Munbih juga menjelaskan bahwa pada saat Sulaiman ke kamar kecil, maka setan yang menyerupai Sulaiman mendatangi budak perempuannya tanpa ada kecurigaan darinya. Setan itu lalu mengambil cincin tersebut darinya, meletakkannya di jarinya dan langsung pergi ke istana Sulaiman serta duduk di atas singgasananya. Berdatanganlah para tentaranya dari golongan manusia, jin dan burung dan mereka semua berdiri dihadapannya sebagaimana biasanya. Mereka menyangka bahwa ia adalah Sulaiman.

Tatkala Sulaiman keluar dari kamar kecil dan meminta cincin dari budak perempuannya itu lalu budak perempuan itu melihat kearahnya dan tampak terdapat perubahan didalam penampilannya. Budaknya pun bertanya, "Siapa kamu?" Dia menjawab, "Aku Sulaiman bin Daud." Budak itu berkata kepadanya, "Sulaiman telah mengambil cincinnya, dia sudah pergi dan duduk di atas singgasananya." Sulaiman pun menyadari bahwa setan telah memperdayai budak perempuannya dan mengambil cincin darinya.
Kemudian Sulaiman pun berlari ke padang tandus hingga pada suatu ketika ia merasa sangat lapar dan dahaga. Dan terkadang ia meminta kepada orang-orang agar memberikannya makanan sambil mengatakan, "Aku Sulaiman bin Daud." Namun orang-orang tidak mempercayainya. Sulaiman berada dalam keadaan lapar dan tanpa tutup kepala ini selama 40 hari.
Sampailah Sulaiman di tepi pantai dan dia menyaksikan sekelompok nelayan lalu ia pun menghampiri dan bekerja bersama mereka sebagai seorang nelayan. Kemudian Asif bin Barkhoya berkata, "Wahai orang-orang Bani Israil sesungguhnya cincin Sulaiman telah dicuri oleh sekelompok setan dan sesungguhnya Sulaiman telah pergi dengan ketakuan diwajahnya." Tatkala setan yang duduk di singgasana itu mendengar perkataan tersebut maka ia pun pergi menuju lautan dengan perasaan takut dan membuangnya. Cincin yang dibuang itu lalu dimakan oleh ikan salmon yang kemudian ikan itu dijaring oleh Sulaiman dengan izin Allah swt.
Dan ketika Sulaiman menyembelih perut ikan tersebut maka ia mendapati cincinnya berada didalamnya lalu dia pun memakainya di jarinya dan bersujud syukur kepada Allah swt. Setelah itu dia kembali ke singgasananya dan duduk diatasnya sebagaimana disebutkan didalam firman Allah swt:
Artinya: "dan Sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman dan Kami jadikan (dia) tergeletak di atas kursinya sebagai tubuh (yang lemah karena sakit), kemudian ia bertobat." (QS. Shaad : 34) (Badai az Zuhur fii Waqoi ad Duhur juz I hal 85). Wallahu Alam. (Juft/Inilah)

Khazanah


                                                     ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَ
                                  ALLAH  اللهَ ALLAH  اللهَALLAH  اللهَALLAH  اللهَ                               

Jin Ifrit mencuri cincin Nabi Sulaiman a.s



                                   اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ

  والله أعلم بالـصـواب 
                           Moga Bermanfaat.
                       
...........................................................................

No comments: