10 February 2020

INILAH PEGANGAN AKIDAH PENGANUT SYI'AH (1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Jumaat, 2 Mac 2018


INILAH PEGANGAN AKIDAH PENGANUT SYI'AH




[Sambungan daripada :]

                              بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، جَعَلَ الأَمْرَ بِالمَعْرُوْفِ وَالنَّهْيِ عَنِ المُنْكَرِ أَمَاناً مِنَ العَذَابِ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، (غَافِرِ الذَّنْبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيدِ الْعِقَابِ)، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى جَمِيْعِ الآلِ وَالأَصْحَابِ، وَسَلَّمَ تَسْلِيْماً كَثِيْرًا

أَمَّا بَعْدُ

وَلَوْ أَنَّنَا نَزَّلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلائِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَى وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلا مَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ
                     Maksudnya :
" Kalau sekiranya Kami turunkan malaikat kepada mereka dan orang-orang yang telah mati berbicara dengan mereka dan Kami kumpulkan (pula) segala sesuatu di hadapan mereka, nescaya mereka tidak (juga) akan beriman, kecuali jika Allah menghendaki, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui."
[Al-Quran surah سورة الأنعام Al-An'aam : 111 ] 

*****************************
 عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الْـخُدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ؛ قَالَ 
سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّـى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ 
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ ، فَإِنْ لَمْ
يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ ، فَإِنَ لَـمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ ، وَذَلِكَ
              أَضْعَفُ اْلإِيْـمَـانِ                       
Maksudnya:             
"Dari Abu Sa’îd al-Khudri Radhiyallahu anhu, ia berkata: 'Aku pernah mendengar Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaannya); jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (menasihatinya); dan jika ia tidak mampu juga, maka dengan hatinya (merasa tidak reda dan tidak setuju), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman'." [HR Muslim]

*************************

Image result for perayaan mengingat peristiwa karbala oleh kaum syiah

Pada dasarnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang diadakan pada 5 Mei, 1996 telah membuat keputusan rasmi bahawa kesemua ajaran Syi'ah termasuk ajaran aliran mazhab Syi'ah  Al-Zaidyah dan Jaafariah adalah bertentangan dengan pengajaran dan pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal-Jamaah dan termasuk sebagai ajaran sesat. 


Bagi Negeri Selangor pula Jawatankuasa Fatwa bagi Negri Selangor telah membuat keputusan dan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut sub-seksyen 48 (6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor bahawa fahaman dan ajaran Sy'iah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Fatwa ini telah diwartakan di dalam Warta Kerjaan Selangor pada 17 Oktober, 2013.

Namun demikian adalah diketahui umum bahawa pemahaman pengajaran Syi'ah di Malaysia masih wujud sama ada diamalkan secara perseorangan atau berkumpulan melalui program-program beridentiti dan bermotif  'ritual' dan keagamaan di lokasi-lokasi tertentu yang dirahsiakan.

Sunguhpun penyibaran dan isu pemahaman ajaran S'yiah telah wujud sejak berkurun lamanya pada zaman pemerintahan kerjaan Abbasyiah dan mungkin sudah tersibar luas di Nusantara bersama penyibaran agama Islam sekitar kurun ke-15-18 Masehi, namun fahaman ini hanya mendapat perhatian umum di Malaysia sekitar tahun 1979 apabila kuasa pemerintahan beraja  kerajaan  Iran tumbang melalui ledakan Revolusi Iran yang didokong oleh majoriti rakyat Iran berfahaman Sy'iah di bawah kepemimpinan Khomeni dan melahirkan sebuah negara republik yang dinamakan Republik Islam Iran dengan meletakkan ulamak tertinggi Syi'ah sebagai ketua negara.  Mulai dari detik kemuncalan negara baru Iran maka fahaman Syi'ah semakin mendapat perhatian dunia sebagai satu doktrin atau ideologi baru yang seolah-olah mendominasi kebagkitan kekuatan dunia dan umat Islam sebagai kuasa dalam kancah politik dunia. 

Perbahasan terhadap isu ajaran Syi'ah sering diperkatakan oleh pelbagai media massa, majlis wacana ilmu di institusi-institusi pengajian tinggi dan institusi-institusi agama Islam. Banyak penerbaitan dalam pelbagai bahasa telah dihasilkan mengenainya. Kebiasaannnya kebanyakan umat Islam yang berpegang teguh kepada iktiqad Ahli Sunnah wal-Jamaah hanya dapat membaca atau  mendengar tentang ajaran Syi'ah ini melalui penerbitan-penerbitan hasil karya para ilmuan yang berpegang kepada fahaman ahli Sunnah wal-Jamaah sahaja dan tidak berpeluang mendengar dan membaca untuk memahami dengan lebih terperinci dan khusus hasil karya-hasil karya para ilmuan atau ulamak-ulamak gologan Syi'ah sendiri. Justeru ada kemungkinan rumusan pemahaman mereka terhadap fahaman Syi'ah kurang menepati maksudnya yang mudah disanggah dan dinafikan oleh penganut-penganut fahman Syi'ah yang sudah sebati kukuh degan fahaman ini.

Persoalan pokok yang dibicarakan dalam artikel ini memberi fokus kepada pemahaman akidah penganut Syi'ah yang amat bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w dan teras pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal-Jemaah berpandukan beberapa buah kitab dalam Bahasa Arab yang diterbitkan  hasil karya ilmuan pemikiran Islam yang membuat analisis mendalam dan komprehensif terhadap doktrin ajaran Syi'ah dan fahaman-fahaman lain yang bercanggah dengan al-Quran, Sunnah dan ijmak ulamak mujtahid ahli sunnah yang tersohor di dunia. Paparan secara menyeluruh terhadap kepercayaan ajaran Syi'ah yang batil dengan merujuk kitab-kitab tersebut mudah-mudahan  dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas lagi nyata tentang sandaran pemahaman dan penghayatan ilmu mereka terdadap agama Islam kepada umat Islam secara umumnya agar terselamat dari terkena virus 'wabak' ajaran Syi'ah.         

Image result for cara pelik orang syiah solat
Antara kepercayaan-kepercayaan penting fahaman akidah golongan Syi'ah yang batil dan bertentangan dengan hukum syarak yang berteraskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang boleh membatalkan akidah keimanan yang hak adalah sebagaimana berikut:  
   1.      Akidah mensyirikkan Allah  yang selaras dan sejajar dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang YAHUDI, NASRANI dan keseluruhan orang MUSYRIKIN.
2.      Akidah Al-Badaa’   (البداء)  yang batil yang melazimkan kejahilan kepada Allah.
     3.      Akidah I’smah (عصمةbahawa Imam-Imam Yang Dua Belas adalah maksum.
     4.      Akidah bahawa Al-Quran yang ada telah ditokok-tambah.
   5.      Akidah Menghina Rasulullah s.a.wmenghina Ali r.a, Hasan dan Husain Radiallah anhum. 
   6.   Akidah menghina Ummahatul-mukminin, radiallahu anhunn. 
  7.      Akidah Menghina Anak-Anak Perempuan Nabi s.a.w, terutama sekali Saiydatun-Nisaa (penghulu kaum wanita mukminat) iaitu Fatimah Az-Zahraa’ Radiallahu Taala anhunn. 
     8.    Akidah Menghina Al-Abbas, Ibnu Abbas dan Aqeel r.a.
  9. Akidah Menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan orang-orang Muhajirin dan Ansar r.anhum. 
    10.  Akidah Menghina Imam-Imam. 
    11.  Akidah At-Taqiyah. 
     12.  Akidah Al-Mut’ah. 
    13.  Akidah Mengharuskan Faraj Untuk Dipinjam. 
    14.  Akidah Mengharuskan Meliwat Wanita.
     15.  Akidah Ar-Raj’ah (الرجعة).
16.  Akidah At-Teenah (الطينة )
  17. Akidah Ihtisab (احتساب) iaitu meraung, mencarik-carik baju, memukul pipi di atas kematian syahid Al-Husain dan seumpamanya yang bertentangan dengan akidah Islam.
Huraian dan perbahasan tentang tajuk-tajuk di atas adalah seperti berikut:

PERKARA PERTAMA :

AKIDAH MENSYIRIKKAN ALLAH:

Muhammad Bin Ya’kub Al-Kulaini (   الكليني  ) dalam Kitab Usul Al-Kafi (اصول الكافيpada Bab: 
Bumi ini, kepunyaan Imam, menyebutkan daripada Abu Abdullah a.s, katanya: Bahawa dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam, dia boleh meletakkannya di mana sahaja dan menolaknya kepada siapa sahaja yang dia kehedakki. Adalah harus baginya daripada Allah.
(Rujuk Usul-Alkafi, ms 259 cetakan India).

Maka apakah yang dapat disimpulkan oleh seorang Muslim yang insaf dari kata-kata tersebut? Sedangkan Allah Taala berfirman di dalam al-Quran yang antaranya:
"... ان الأرض لله يورثها من يشاء من عباده ... "
                  Maksudnya:
i.“… Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya …..”. 
             [Surah Al-Aa’raf: 128 ]

"لله ملك السموت والارض وما فيهن  ..."

                      Maksudnya:
 ii.“Bagi Allah-lah pemilikan langit-langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya …”. 
              [Surah Al-Maaidah: 120]

"فلله الآخرة والاولى"

                     Maksudnya :
iii.“Maka bagi Allah-lah kehidupan akhirat dan dunia”.
                        [Surah An-Najmu:25]

" له ملك السموت والارض"
           Maksudnya:
iv.“Bagi-Nya-lah pemilikan langit-langit dan bumi”.
                         [Surah Al-Hadid : 2]

"تبـرك الذي بيده الملك وهو على كل شيء قدير"
.
               Maksudnya :
 v.“Telah diberkati yang di bawah pemilikan-Nya dan Dia di atas setiap sesuatu Amat Berkuasa”.
                           [Surah Al-Mulk:  1]

Tertulis dalam fahaman Sy'iah bahawa kononnya: Ali berkata: 
“… Akulah yang awal, akulah yang akhir, akulah yang zahir, akulah yang batin dan aku adalah pewaris bumi."
[رجال كشي ص 138 طبعة الهند]


Akidah ini juga, samalah dengan yang pertama, sedangkan Saidina Ali  r.a. tidak ada kaitan dan kena mengena langsung dengan apa yang mereka tudah dan perkatakan sebagaimana yang dimaksudkan dengan kata-kata tersebut.  Pastinya kesemuanya ini adalah kata-kata  dusta dan fitnah besar yang senghaja direka dan diada-adakan untuk menyokong pegangan fahaman sesat mereka. 

Allah Jalla Jalalullah berfirman di dalam al-Quran:

"هو الاول والأخر والظاهر والباطن"

                 Maksudnya: 
i,“Dialah Yang Awal (yang tidak berawal bagi-Nya) dan Dialah Yang Akhir (yang tidak berakhir bagi-Nya) dan Dialah Yang Zahir (yakni Yang Maha Tinggi dan Maha Suci dari segala kekurangan, yakni tidak sekali-kali Allah itu menyamai segala barang yang diadakan oleh-Nya) dan Dialah Yang Batin (Yang tidak dapat dikenali melalui pancaindera yang lima). 
                       [Surah Al-Hadid : 3].

".... ولله ميرث السموت والارض ... ..."

              Maksudnya :
ii.“…  dan bagi Allah warisan (apa yang ada di) langit-langit dan bumi …”
                       [Surah Al-Hadid:10]
 وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ (65) بَلِ اللَّهَ فَاعْبُدْ وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ (66
                      Maksudnya :
iii.“.......Demi sesungguhnya jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap akan menjadi dari orang-orang yang rugi. (65) 
“(Janganlah menyembah yang lain dari Allah) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur”.(66)
                        [ Surah Az-Zumar: 65-66]

Terpapar juga di dalam kitab Al-Kafi yang bererti bahawa diriwayatkan daripada Jaafar As-Sadiq yang bermaksud bahawa : 
"...Jika kalian mempersekutukan taat setia kamu kepada Ali maka itu akan mengakibatkan gugurnya amalan seseorang itu..."
Kemudian dia berkata pada tafsir al-Quran surah Az-Zumar ayat 66:

"بل الله فاعبد وكن من الشـكرين"
(yang diertikannya ): 
“Janganlah menyembah yang lain dari Allah, bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur”) dengan makna, iaitu: Kalian, (15) sembahlah Nabi dengan ketaatan dan ucapkanlah kepadanya terima kasih yang dengannya Kami jadikan saudara lelaki kamu dan anak bapa saudara kamu sebagai suatu kekuatan (kepada kamu).
                      (   ترجمة مقبول احمد ص 932 )

Lihatlah, bagaimana mereka itu mengada-adakan pembohongan ke atas Jaafar As-Sadiq dalam tafsir ayat al-Quran ini sedangkan ayat-ayat ini adalah ayat-ayat mentauhidkan Allah Azza Wajalla yang bermaksud bahawa Dia-lah yang mengadakan setiap sesuatu dan Dia-lah yang wajib diibadatkan. Maka lihatlah, bagaimana mereka itu memesong dan mengeluarkan daripada ayat itu Syirik Jali (الشرك الجلي ).   Allah jua yang akan memberikan balasan-Nya ke atas mereka yang mempersenda-sendakan ayat-ayat-Nya.

Begitulah juga pentafsir syiii ini mengatakan pada tafsir Firman Allah Taala:

"وما خلقت الجن والانس إلا ليعبدون".

(yang kira-kira ertinya): 
Dan (ingatlah) aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya (berbahagialah) mereka (dengan) beribadat kepadaKu. (Surah Azariat : 56). 
Namun mereka telah mengubah tafsiran  ayat ini dengan mengatakan bahawa Jaafar As-Sadiq telah memberikan pentafsirannya, kononnya dipetik daripada Al-Husain r.a : 
"Bahawa Allah telah mengadakan JIN dan MANUSIA supaya mereka itu mengenalinya, kerana jika mereka itu mengetahuinya, mereka akan menyembahnya." 
Maka bertanyalah salah seorang di kalangan mereka: Apakah maksud 'mengetahuinya'?
Maka dia menjawab: Dengan mengetahuinya manusia akan Imam zaman mereka.
(ترجمة مقبول احمد ص 1043)

Al-Kulaini menyebut dalam Kitab (Usul Al-Kafi)yang bermaksud:
 Imam Muhammad Al-Baqir berkata: Kami adalah Muka Allah dan kami adalah Mata Allah pada makhluk-Nya dan Tangannya yang terbuka dengan rahmat bagi sekalian hamba-Nya.
                      (اصول الكافي ص 83)

Dia juga mengatakan yang membawa maksud :
"Kami adalah lidah Allah, muka Allah dan mata Allah pada makhluk-Nya."
(اصول الكافي ص 84)

Manakala daripada Abu Abdullah (Jaafar As-Sadiq) a.s. berkata bahawa Amirul-Mukminin (Ali) kerap kali berkata: 
"....Akulah rakan kongsi Allah (قسيم الله) di antara syurga dan neraka.Sesungguhnya aku telah diberikan suatu sifat, tidak pernah aku ini didahului oleh sesiapa pun sebelumku, aku telah mengetahui segala ajal maut, segala bala, segala nasab (keturunan) dan kemampuan membuat kata putus dalam sesuatu perkara (فصل الخطابmaka tidak pernah aku terlepas pandang dariku apa yang terlindung (ghaib) daripada ku...."
Lihatlah, betapa beraninya mereka itu mengada-adakan pembohongan dengan memberikan sifat-sifat ketuhanan kepada Ali r.a..

Begitu juga, pentafsir syii Maqbul Ahmad pada tafsir ayat pada surah Al-Qasas, ayat 88:

"... كل شئ هالك إلا وجهه ..."
(Yang diertikannya):
 "… Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat-Nya (Allah)
…”.  Bahawa Jaafar As-Sadiq telah mengatakan pada tafsirnya: Kami adalah wajah Allah.

Lihatlah, bagaimana mereka itu menjadikan Imam mereka sebagai Tuhan Yang Tidak Binasa. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh orang-orang yang zalim, yang tidak layak bagi Allah, Yang Maha Tinggi Dan Yang Maha Besar.

Al-Kulaini menyebut dalam Bab: Bahawa Imam-imam mereka mengetahui apa jua yang telah ada dan apa jua yang akan ada dan tidak ada apa yang terlindung daripada mereka.

Didakwanya lagi bahawa Abu Abdullah a.s. ada berkata yang bermaksud: 
"Bahawa aku mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan aku mengetahui apa yang ada di syurga dan apa yang ada di neraka dan apa yang telah ada dan apa yang akan ada."
Begitu juga pada Usul Al-Kafi: Mereka menghalalkan apa yang mereka mahukan dan mengharamkan apa yang mereka mahukan dan mereka tidak akan mahu melainkan apa yang Allah Taala mahukan.

Al-Kulaibi juga menyebut dalam Bab: 
"Bahawa imam-imam itu mengetahui, bila mereka akan mati dan mereka tidak akan mati kecuali dengan pilihan mereka sendiri."
Diperkatakan juga bahawa Abu Abdullah a.s ada berkata yang bermaksud :
"Mana-mana imam yang tidak mengetahui apa yang akan menimpa nasibnya dan apa yang akan berlaku maka itu bukanlah satu hujah bagi Allah ke atas makhluk-Nya."
(اصول الكافي ص158)

Sedangkan Allah berfirman di dalam al-Quran:

"قل لا يعلم من في السموت والارض الغيب إلا الله ...."

              Maksudnya:
i.“Katakanlah: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah …”
                          [ Surah An-Naml: 65 ]


"وعنده مفاتح الغيب لا يعلمها إلا هو"

                 Maksudnya :
 ii.Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja ….”.
                         [Surah Al-An’aam : 59]

Maka amat ketara sekali bahawa penganut fahaman Sy'iah mempersekutukan Imam-imam mereka dengan Allah dalam ilmu yang ghaib.
Al-Kulaibi menyebutkan juga dalam Usul Al-Kafi, iaitu sebuah kitab rujukan yang paling muktamad bagi penganut fahaman  Syi’ah, pada Bab: Bahawa imam-imam itu mengetahui segala ilmu yang telah dikeluarkan kepada para malaikat, anbiak, dan Rasul alaihimus-salam dari apa yang didengarinya daripada Abu Abdullah a.s. dengan mengatakan bahawa :

 Ada bagi Allah itu dua ilmu iaitu :

·   Satu ilmu yang dizahirkan untuk para Malaikat-Nya, Nabi-Nya dan Rasul-Nya. Apa yang dizahirkan kepada para malaikat, Rasul-rasul, dan Nabi-nabi-Nya itu maka sesungguhnya kami telah pun mengetahuinya.

·    Sementara satu ilmu lagi untuk Diri-Nya:
Jika Allah melihat sesuatu pada sesuatu benda itu maka kami telah pun mengetahuinya akan yang demikian itu serta ditunjukkan kepada imam-imam a.s. yang terdahulu daripada kami.

Lihatlah, betapa mereka membuat dakwaan hingga menjadikan Imam-imam mereka, lebih alim (berilmu) daripada para Malaikat, Anbiak dan Rasul. Dakwaan dan kefahaman ini membawa maksud bahwa fahaman akidah Sy'iah mempersekutukan Allah pada ilmu-Nya. Kesemua dakwaan dan kepercayaan ini adalah  pembohongan, penipuan dan dusta yang menjerumus kepada kekufuran.

Kitab Usul Al-Kafi dan yang lainnya dari bahan-bahan rujukan Sy'iah termasuklah karangan-karangan mereka itu, penuh  dengan kepercayaan bid'aah sesat yang boleh membawa kepada kelaknatan Allah dengan menurunkan  pelbagai jenis  bencana dan malapetaka.

Dalam pada itu terdapat juga kalimah-kalimah  puisi dalam Bahasa URDU, yang penuh dengan pengertian membawa kepada fahaman dan perbuatan syirik kepada Allah.  Mereka ini terlalu memuji secara keterlalauan/melampau terhadap Imam-imam mereka. Di antaranya disebutkan bahawa kesemua anbiak, ketika mereka berhadapan dengan kesukaran, mereka ini akan meminta pertolongan daripada Ali, lalu dihulurkan bantuan. Maka Nabi NUH telah meminta daripadanya bantuan ketika berada dalam keadaan hampir karam.
Nabi IbrahimLutHud dan Syeeth شيثkesemua mereka ini telah pun meminta pertolongan daripadanya (Ali), lalu mereka itu diberikan pertolongan. Mereka beranggapan amatlah besar dan ajaibnya mukjizat Aliوالعياذ بالله

Apa yang dipapar dan nukilkan di sini, hanya sebahagian kecil sahaja  daripada banyak lagi perkara fahaman keilmuan akidah Sy'iah yang amat bercanggah dengan al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w. dan iktiqad Ahli Sunnah wal-Jamaah yang hak sebagaimana yang tertulis di dalam kitab-kitab rujukan utama yang menjadi sandaran ilmu mereka. Pemahaman yang membawa kepada 'mensyirikkan' Allah begitu lumrah terpapar di dalamnya.

Apakah seseorang itu boleh kekal sebagai seorang Muslim jika beriktiqadkan dengan akidah-akidah yang batil ini?

Dalam hal ini Allah berfirman di dalam al-Quran yang antaranya ialah:

الله خـلق كل شئ وهو على كل شيء وكيل"

               Maksudnya :
 i.Allah Yang mengadakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia atas setiap sesuatu (adalah) Maha Pemelihara”.
[Surah Az-Zumar: 62]


"... ولا يشرك في حكمه احدا".

                  Maksudnya :

ii.… Dan tidak disekutui dalam hukum-Nya oleh seorang pun.”

[Surah Al-Kahf: 26]


"الله لا إله إلا هو الحي القيوم لا تأخذه سنة ولا نوم له مافي السموت وما في الارض ...."

                     Maksudnya :
iii."Allah, tiada Tuhan selain Dia Yang Bersifat denga sifat Al-Hayat Yang Qadim, Yang Hidup, Yang Sentiasanya Dia Hidup Dan Selama-lamanya Dia Hidup, Yang Berkekalan Hidup, Yang Amat Besar Pendirian (dengan mentadbirkan makhluk-Nya), tidak mengenai mengantuk  dan tidak tidur, Baginya apa yang di semesta langit dan apa yang di bumi …”.
                               [Surah Al-Baqarah:255 (Ayat Kursi)]


"ولقد اوحي اليك والى الذين من قبلك لئن اشركت ليحبطن عملك ولتكونن من الخـسرين"
    Maksudnya:
iv.“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.”
                                [Surah Az-Zumar: 65]


"ان الله لا يغفر ان يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء".

               Maksudnya :
v.“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain) maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." 
                               [Surah An-Nisaa: 48]
إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ 
         Maksudnya:
vi.“…. Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka...."  
                          [Surah Al-Maa-idah: 72 ]
إِنَّ اللَّهَ لا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ 
 Maksudnya             
vii. Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi daripada-Nya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.
                                 [Surah Ali-'Imran: 5]

Maka ayat-ayat ini dan yang seumpama dengannya adalah teramat jelas lagi nyata bahawa Dia-lah Allah yang menjadikan setiap sesuatu, Dia-lah yang mentadbir di langit-langit dan di bumi serta sekalaian makhluk-Nya. Dia-lah yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu dan Dia-lah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.

Bagi penganut fahaman Syi’ah, mereka mensabitkan sifat-sifat ketuhanan bagi Imam-imam mereka.
Apakah, dengan mensabitkan sifat-sifat ketuhanan selain Allah itu bukan sesuatu yang syirik?

Adakah siapa juga yang mensabitkan sifat-sifat ketuhanan bagi selain dari Allah, apakah dia bukan seorang musyrik?

Tentulah, itu adalah syirik dari segi sifat-sifat-Nya dan orang yang berkata dengan kata-kata itu, adalah benar-benar seorang musyrik.
  
Pegangan iktiqad akidah keimanan Ahli Sunnah wal-Jamaah dalam bab ini adalah sebagaimana yang diperjelaskan di dalam kitab Ihya' Ulumuddin pada Bab :
 قواعد العقائد
Terjemah Aqidah Ahli Sunnah Pada Makna Syahdat At-Tauhid yang antara lain menyebut:
 ​وأنه ليس بجسم مصور ولا جوهر محدود مقدر وانه لا يماثل الاجسام لا في التقدير ولا في قبول الانقسام وأنه ليس بجوهر ولا تحله الجواهر ولا بعرض ولا تحله الاعراض بل لا يماثل موجودا ولا يماثله موجود (ليس كمثله شئ )ولا هو مثل شئ. وأنه لا يحده المقدار ولا تحويه الاقطار ولا تحيط به الجهات ولا تـكـتـنفه الارضون ولا السموات 
Yang bermaksud :
"Bahawasanya Allah Subhanahu Wata'ala itu Ia-Nya bukan suatu benda, bukan suatu barang, bukan suatu bangsa, bukan suatu jenis, bukan di luar sesuatu, bukan di dalam sesuatu, bukan bercampur dengan sesuatu, bukan meliputi sesuatu dan tidak sekali-kali Allah SWT itu menyamai dengan segala apa jua barang yang diadakan oleh-Nya atas apa jua jalan sekalipun; dan tidak Allah Taala itu menyamai sesuatu, dan tidak sesuatu apa pun yang ada menyamai Tuhan; (Allah itu bukan Jisim, bukan Jirim, bukan Jauhar Muraqab, bukan Jauhar Firid dan bukan 'Aradh..)"

[Lihat : 

i.    Jirim, Jisim , Jauhar dan 'Aradh
PERKARA KEDUA :

AKIDAH AL-BADAA (البداء)

Di antara pemikiran dan fahaman yang diusaha untuk dikembangkan oleh kaum Yahudi dan tokoh orang munafik, Abdullah Bin Saba’ ialah bahawa Allah itu ada bagi-Nya AL-BADAA’, iaitu kelupaan dan kejahilan.

Al-Badaa’ maknanya: Kemunculan sesuatu selepas ianya tidak diketahui, seperti pada Firman Allah Taala di dalam al-Quran:

".... وبدا لهم من الله مالم يكونوا يحتسبون".
Maksudnya:
“… Dan telah teryatalah bagi mereka dari Allah apa yag tidak pernah mereka memperkiranya (sangkakan) ”.
[Surah Az-Zumar : 47]

Atau dengan makna: Kelahiran pendapat baru yang tidak pernah ada sebelumnya, seperti pada Firman-Nya:

" ثم بدا لهم من بعد ما رأوا الايات ليسجننه حتى حين".

            Maksudnya: 
 “Kemudian telah ternyatalah bagi mereka dari setelah mereka melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) untuk memenjarakan dia (Yusuf) sampai waktu tertentu.” 
                   [Surah Yusuf: 35]
Pengertian Al-Badaa’ dengan kedua-dua maknanya melazimkan sesuatu itu telah tidak diketahui, kemudiannya barulah diketahui. (tidak tahu sebelum tahu). Kedua-duanya adalah mustahil bagi Allah, kerana Ilmu Allah Taala adalah Azali bersandarkan Firman-Nya di dalam al-Quran:

"وعنده مفاتح الغيب لا يعلمها إلا هو ويعلم مافي البر والبحر وما تسقط من ورقة إلا يعلمها ولا حبة في ظلمات الارض ولا رطب ولا يابس إلا في كتاب مبين ".
            Maksudnya   : 
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di lautan; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” 

              [Surah Al-An’aam: 59]
Fahaman Syi'ah berpegang kepada Al-Badaa' yang benar-benar berlaku pada Allah Azza Wajalla seperti apa yang ditunjukkan dalam teks-teks yang berikut dari rujukan-rujukan yang dipetik dari kitab-kitab utama mereka:

Muhammad Bin Ya’akub Al-Kulaini dalam bukunya (USUL AL-KAFI) telah menyebut dalam satu bab yang lengkap, bersabit dengan perkara Al-Badaa’ yang dinamakan: Bab Al-Badaa’ dengan mengemukakan banyak riwayat.

Di antara riwayat yang dijadikan hujah mereka adalah sebagaimana berikut : 

i. Daripada Zirarah Bin Ak’yun, زرارة بن اعين salah seorang daripada mereka berdua alaihimas-salam, katanya: Dia tidak menyembah Allah dengan sesuatu, seumpama Al-Badaa’.  
ii. Dalam satu riwayat oleh Abu A’meer ابو عمير daripada Hisyam Ibnu Salim daripada Abi Abdullah a.s mengatakan bahawa: 
"Tidak ada yang lebih besar di sisi Allah dari Al-Badaa."
iii. Dari Marazim Bin Hakeem مرازم بن حكيم katanya: Saya telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata yang bermaksud :
"Nabi tidak pernah meramal sehinggalah Allah mengakui dengan lima perkara iaitu: Dengan Al-Badaa’, kehendak, sujud, ubudiyah dan ketaatan."
iv. Daripada Rayyan Bin As-Salt الريان بن الصلت katanya yang bermaksud:
 "Aku telah mendengar Ar-Rida a.s berkata: Allah tidak bangkitkan Nabi melainkan dengan diharamkan arak dan dia mengakui bahawa ada bagi Allah itu Al-Badaa'."
 (اصول الكافي ص 40)

Sesungguhnya, mereka telah mendustakan Allah pada hal yang demikian, serta mendustakan Imam-imam mereka. Mereka menaruh sangkaan buruk terhadap Allah, itulah sangkaan orang-orang jahiliah. Mereka mendakwa bahawa Allah mahu (jawatan) Imamah diberikan kepada Abu Jaafar. Namun selepas dia mati, sebelum sempat menjadi Imam, ketika itu barulah Dia (Allah) tampak bahawa Imam ialah Abu Muhammad, lalu Dia melakukannya (melantiknya), iaitu seperti apa yang telah berlaku sebelumnya di mana Dia mahukan Ismail menjadi Imam, kemudiannya والعياذ بالله barulah ternampak bagi Allah pendapat baru, lalu Dia mengubah pendapat-Nya yang lalu untuk dijadikan Musa Al-Kazim, Imam bagi manusia. Begitulah cara mereka mereka-reka pembohongan ke atas Allah. Maha Suci Allah dari apa yang mereka tuduhkan, mengikut hawa nafsu mereka semata-mata. Maka Neraka Wail-lah bagi mereka dari apa yang mereka perkata dan labelkan.

Mereka lupa atau sengaja menutup pintu hati mereka (semoga Allah membinasakan mereka قاتلهم الله) bahawa segala pembohongan itu telah membawa kepada tuduhan Allah itu jahil dan ini adalah suatu kekufuran yang amat jelas lagi nyata.

Al-Kulaini telah memetik: Daripada Abu Hamzah Asy-Syimali, katanya yang bermaksud:
 "Aku telah dengar Abu Jaafar a.s. (22) mengatakan: Wahai Thabit, bahawa perkara ini telah diwaktukan masanya pada tujuh puluh oleh Allah Taala. Maka apabila terbunuhnya Al-Husain, bertambah marahlah Allah terhadap ahli bumi, lalu Dia melewatkan kepada seratus empat puluh (iaitu Allah tidak mengetahui Al-Husain akan mati) maka apabila ia mengetahui akan yang demikian, Dia pun melambatkan perkara itu."
(اصول الكافي ص 232 مطبوعة الهند)

Apa yang dikehendaki (dengan perkara ini) dalam percakapannya itu ialah kemunculan Al-Mahdi. Sesungguhnya, kata-kata dan dakwaan-dakwaan mereka itu, kesemuanya adalah kebatilan yang amat nyata. Dengan  berpegang kepada Al-Badaa’ والعياذ بالله pastinya akan melazimkan bahawa Allah tidak mengetahui perkara-perkara yang akan berlaku, kemudian apabila berlaku, maka mengetahuilah Allah dengannya itu, lalu Dia mengubah pendirian-Nya yang terdahulu dan membuat pendapat yang baru, mengikut keadaan dan hal-hal yang baharu. Apa jua yang mengaitkan kejahilan Allah maka itu adalah kekufuran yang nyata.


PERKARA KETIGA 

AKIDAH I’SMAH  IMAM-IMAM YANG DUA BELAS
              Image result for ajaran syiah imam 12
Muhammad bin Yakcob Al-Kulaini menyebut dalam Usul Al-Kafi yang bermaksud:
"Daripada Abu Abdullah a.s. katanya: Apa jua yang dibawa oleh Ali a.s. aku ambil (berpegang) dengannya dan apa yang dilarang, aku berhenti daripadanya. Dan baginya itu, daripada kelebihan adalah seperti apa yang ada bagi Muhammad s.a.w dan bagi Muhammad itu kelebihan di atas sekalian makhluk Allah."
Begitu juga berlakunya ke atas setiap orang Imam yang mendapat hidayah. Allah menjadikan mereka pasak bumi اركان الارض yang dapat dimanfaatkan oleh ahli bumi dengan hujahnya yang kukuh bagi mereka yang ada di bumi dan yang di bawah bumi.  Amirul-Mukmin a.s.  berkata: 
"Bahawa dia adalah rakan kongsi Allah di antara syurga dan neraka. Sayalah faruk (pembeza di antara hak dan batil) yang terbesar, sayalah tuan empunya tongkat dan tanda, diakui oleh semua malaikat, roh, dan para Rasul sepertimana yang mereka berikan kepada Muhammad."
 (اصول الكافي كتاب الحجة ص 117)

Al-Kulaini juga memetik kata imam Jaafar As-Sadiq yang bermaksud:
 "Kami adalah gedung ilmu Allah, kami adalah penterjemah-penterjemah suruhan Allah, kami adalah kaum yang maksum, Allah menyuruh supaya kami ditaati dan melarang daripada membuat maksiat kepada kami dan kami adalah hujah Allah ke atas yang di bawah langit dan yang di atas bumi."
(اصول الكافي ص 165)

Al-Kulaini menyebutkan juga: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s. berkata:
"Imam-Imam adalah setaraf dengan Rasul s.a.w, cuma mereka itu bukanlah anbiak, tidak dihalalkan bagi mereka wanita seperti apa yang dihalalkan kepada Nabi. Selain itu mereka adalah sama dengan martabat Rasul s.a.w."

Bab Fardu Mentaati Pra Imam

Daripada Abu As-Sabbah katanya: Aku menaik saksi bahawa aku telah dengar Abu Abdullah a.s berkata yang bermaksud: 
"Aku naik saksi bahawa Ali adalah Imam yang diwajibkan Allah untuk ditaati, Al-Hasan adalah Imam yang diwajibkan Allah untuk ditaati, Al-Husain adalah Imam yang diwajibkan oleh Allah untuk ditaati, Ali Ibnu Al-Husain adalah Imam yang diwajibkan Allah untuk ditaati dan Muhammad Bin Ali adalah Imam yang diwajibkan Allah untuk ditaati."
(اصول الكافي ص 177)

Golongan Syi'ah telah mencipta makna Imamah' dari kalangan mereka dengan  meletakkan ketinggian darjat dan martabat Imam sebagai maksum, sama seperti para Nabi Allah dan dijadikan sebagai orang yang alim tentang perkara yang ghaib. Mereka mengada-adakan riwayat-riwayat yang mereka cipta sendiri bagi menyokong tujuan-tujuan duniawi mereka. Riwayat-riwayat ini adalah palsu, penuh dengan segala pembohongan dan penipuan. Sebenarnya panggilan 'Imam' itu adalah dengan makna ikutan secara mutlaknya.  Gelaran ini dipakai untuk orang mukmin dan orang kafir, seperti Firman Allah di dalam al-Quran :

"......اني جاعلك للناس اماما ....".

                      Maksudnya:
i......Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia ………”.

[Surah Al-Baqarah: 124]

"..... فقاتلوا ائمة الكفر ....."
                Maksudnya:
ii.“… maka perangilah Imam-imam (ketua-ketua) kaum yang kafir itu, …”.
       [Surah At-Tawba: 12]

"وجعلنـهم ائمة يدعون الى النار ..."

               Maksudnya :
iii. “Dan Kami jadikan mereka Imam-imam (ketua-ketua dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya). …”.
                [Surah Al-Qashash : 41 ]

Maka kalimah I’SMAH ini tidak menetapkan maknanya sebagai maksum معصوم iaitu terpelihara dari sebarang dosa kecil, apatah lagi dari dosa besar serta sifat-sifat mazmumah yang keji dan tidak juga membawa kepada makna ilmul-ghaib atau dengan makna bebas mengendalikan sebarang urusan atau perkara. Mereka tidak mempunyai hujah syar’iyah حجة شرعية yang membolehkan mereka menentukan sifat-sifat ini kepada Imam mereka. Memang betul bahawa dalam al-Quran telah ada disabitkan empat martabat itu pada Firman Allah Taala:

"من يطع الله والرسول فاولئك مع الذين انعم الله عليهم من النبيين والصديقين  والشهداء والصـلحين وحسن اولئك رفيقا".

             Maksudnya :
“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang siddiqiin, dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat)”.      
             [Surah An-Nisaa : 69]
Dalam empat martabat tersebut, tidak ada sebarang jawatan imamah iaitu jawatan yang direka oleh kaum Syi'ah sebagai asas kepercayaan, pegangan dan pemahaman agama mereka, sedangkan Ali dan keluarganya r.anhum. mengingkarinya dengan sekeras-kerasnya bahawa perkataan al-imam itu dengan makna wajib ditaati atau dia itu seorang yang maksum.

Maka ketika Ali r.a mahu dibai’ahkan selepas kematian UTHMAN, mereka katakan yang bermaksud : 
"Hulurlah tanganmu untuk kami berjanji taat setia (bai’ah) kepada engkau sebagai khalifah. Katanya (Ali) tinggalkan daku dan kamu sekalian, carilah selainku. Andainya kamu kalian meninggalkan daku maka aku adalah salah seorang daripada kamu kalian, semoga aku ini menjadi orang yang paling mendengar dan paling patuh di kalangan kamu kalian kepada orang yang kamu lantik sebagai walil-amri kamu kalian, dan aku bagi kalian sebagai wazir adalah lebih baik daripada aku menjadi amir (Amirul-Mukminin)."

(نهج البلاغة الجزء الاول ص 183)

Ungkapan kalimah-kalimah ini adalah tercatat di dalam kitab NAHJUL-BALAGHAH نهج البلاغة iaitu salah satu buku rujukan yang paling muktamad bagi puak-puak Syi'ah.

Sekiranya jawatan al-Imamah dari Allah, nescaya tidaklah dia memberikan alasannya sepertinya itu kerana jawatan imamah yang datangnya dari Allah adalah wajib dipatuhi bagi imam dan pengikut-pengikutnya. 

Begitu juga apabila Al-Hasan r.a menyerahkan jawatan khalifah kepada Mu’awiyah r.a., lalu dia membai’ahkan Mu’awiyah.  Begitulah yang dilakukan oleh Al-Husain terhadap Mu’awiyah r.a.
(معرفة اخبار الرجال ص 72)


Sekiranya Al-Hasan dan Al-Husain r.a., kedua-duanya adalah imam yang ada nasnya dari Allah Taala, nescaya tidaklah mereka berdua itu membai’ahkan Muawaiyah r.a dan nescaya tidaklah mereka itu menyerahkan urusan itu kepadanya.

Kata Makmun Ar-Rasyid kepada Ali Ridha rahimahullah yang bererti:
"Sesungguh aku telah melihat untuk menarik diriku daripada jawatan khilafah dan aku mahu menyerahkannya kepada engkau dan aku berjanji taat setia kepada engkau. Katanya aku tak akan buat yang demikian itu secara taat selama-lamanya."
Ini juga menunjukkan bahawa Imam Ali Ridha rahimahullah tidak menerima jawatan al-Imamah kerana jawatan al-Imamah itu bukanlah dari perkara-perkara yang telah ada nas-nasnya yang diwajibkan, maka dengan sebab itulah golongan Ar-Rawafidh dan Syi'ah telah mengkafirkan para sahabat Rasulullah. Perkara ini akan diterangkan dalam babnya nanti Insya Allah.

Adapun sifat-sifat yang kami mempercayainya terhadap diri Rasulullah s.a.w maka ianya adalah perkara yang sabit dengan nas-nas al-Quran dan Hadis-hadis Nabi. Firman Allah di dalam al-Quran menjelaskan:

"وما ارسلنـك إلا رحمة للعــلمين".

                  Maksudnya :
i."Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
                       [Surah Al-Anbiyaa: 107]

"وما ارسلنـك إلا كافة للناس بشيرا ونذيرا ...".

                       Maksudnya:
ii. “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) …”.
                                [Surah Saba:28 ]

" قل يا ايها الناس اني رسول الله  اليكم جميعا ...".

            Maksudnya:
iii."Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semua."
                   [Surah Al-Araaf :158]
Sesungguhnya para imam telah bersepakat bahawa Muhammad s.a.w adalah semulia-mulia insan manusia dengan martabat yang paling tertinggi, tiada sesiapa pun di kalangan manusia dan jin yang boleh ditandingi pada akhlak dan sifat-sifat mahmudahnya dan dia adalah maksum, yang wajib ditaati. Dia  adalah khatimul anbiak ( خاتم النبيين ),sementara semua Khalifah Rasydeen mengikuti sunnahnya pada segala aspek daripada perkara-perkara yang kecil hinggalah kepada perkara-perkara yang besar.  Mereka juga adalah orang-orang yang paling taqwa, zuhud dan  yang amat warak.Banyak lagi kelebihan mereka yang terus menjadi contoh tauladan kepada umat Islam setiap genarasi akan tetapi dalam isu I’SMAH (sebagai orang-orang yang terperlihara dari sebarang dosa kecil dan besar) mereka bukanlah maksum dan tidak pula menyamainya pada kelebihan dan kesempurnaan Rasul sebagaimana yang diada-adakan oleh golongan kaum Syi’ah terhadap  Imam-imam mereka.



PERKARA KE EMPAT 
AKIDAH BAHAWA AL-QURAN YANG ADA TELAH DIPINDA DAN DITUKAR

Golongan Syi'ah tidak beriman dengan al-Quran yang ada di tangan orang-orang Islam atas tiga sebab:

Pertama:

Menurut akidah Sy'iah, para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah pembohong. Mereka mempercayai bahawa mendustakan pembohongan  adalah ibadah.

Begitu juga dengan Imam-imam Ahlul-Baiadalah pendusta dan mereka adalah orang-orang yang berfahaman TAQIYAH. Mereka percaya bahawa pendustaan itu ibadah

Jika kesemua sahabat dan Imam Ahlul-Bait itu pendusta maka siapakah yang sebenarnya yang menyampaikan al-Quran yang mulia ini kepada mereka daripada Rasulullah s.a.w.?

Kedua:

Mengikut pegangan akidah mereka, para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah pembohong, merekalah yang meminda dan meriwayatkan al-Quran al-Karim dan Imam-imam Ahlul-Bait tidak melihatnya dan tidak mempercayainya.

Maka bagaimanakah Golongan Rawafidh الروافض dan Sy'iah menyandarkan kesahihan al-Quran ini yang ada dan kesempurnaannya?.

Ketiga:

Sebab ketiga merupakan riwayat-riwayat Sy'iah yang sahih (kononnya) di sisi mereka dalam kitab-kitab mereka yang muktamad (muktabar), melebihi dua ribu riwayat (yang dianggap mutawatirah pada mereka); kesemuanya menyatakan bahawa al-Quran yang ada di hadapan mata mereka itu adalah muharraf iaitu telah dipinda dan telah ditukar serta ditokok-tambah, kurang di sana dan lebih di sini.


Adapun yang dibantah oleh sebahagian golongan Syi'ah dengan kata-kata ulamak, hanyalah empat orang sahaja iaitu:
    1.      Asy-Syarif Al-Murtadha
2.      Abu Jaafar Attusi
3.      Abu Ali Attabarsi
4.      Syaikh as-Saduq (الصدوق
)
Mereka ini telah menafikan berlakunya tahrif pada al-Quran al-Karim maka bantahan mereka terhadap empat orang itu adalah bantahan yang tidak bermakna.
Maka golongan Sy'iah yang bersandarkan kepada kata-kata para Imam yang maksum, jamhur ahli al-hadis mereka dan riwayat-riwayat mereka yang melebihi dua ribu, kesemuanya berpegang kepada berlakunya tahrif iaitu pindaan. Justeru apakah sangat nilai kata-kata ulamak mereka yang empat orang itu, berbanding dengan kata-kata para imam yang maksum, jamhur ahli al-hadis di samping tokoh-tokoh ulamak Syi'ah yang kanan. Lagi pun, keempat-empat mereka itu, tidak mengatakan tentang tidak berlakunya tahrif melainkan kerana TAQIYAH disebabkan oleh sesuatu keadaan yang tidak membenarkan mereka mengatakan tentang wujudnya tahrif, terutama sekali apabila mereka mengetahui tentang besarnya fadilat TAQIYAH dan martabatnya yang tinggi di sisi mereka.

Di sini dipaparkan  sedikit ringkasan tentang riwayat-riwayat yang menunjukkan tahrif dalam Al-Quran yang telah dimuktamad dan ditashihkan dalam kitab-kitab Syi'ah yang muktabar:

i. Muhammad bin Yakub Al-Kulaini dalam kitab Usul Al-Kafi telah mengeluarkan di bawah tajuk Bab al-Quran tidak dikumpulkan kesemuanya, melainkan oleh imam-imam, kerana merekalah yang mengetahui segala ilmunya.

Dari Jabir, katanya: 
"Aku telah mendengar Abu Jaafar a.s berkata: Tidak ada sesiapa di kalangan manusia yang boleh mengaku bahawa dia itu telah mengumpulkan al-Quran keseluruhannya, sebagaimana diturunkan oleh Allah, melainkan orang itu adalah seorang pembohong dan tidak ada yang mengumpul dan menghafaznya, sepertimana yang Allah turunkan melainkan Ali bin Talib dan imam-imam selepasnya."
ii. Ahmad bin Abu Talib At-Tabrasi mengatakan dalam kitab Ihtijaj (الاحتجاج) bahawa: Dari Abu Zar Bin Al-Ghifari bahawa ketika Nabi s.a.w wafat, Ali telah mengumpulkan al-Quran dan membawanya kepada orang-orang Al-Muhajirin dan Al-Ansar. Dia mengemukakan kepada mereka apa yang telah dipesan kepadanya oleh Rasulullah s.a.w. Maka ketika Abu Bakar membukanya, dia telah mengeluarkan pada muka surat pertamanya, segala skandal (keburukan) kaum, maka melompatlah Umar dan katanya: 
"Ya, Ali, aku hendak pulangkan balik dan kami tidak memerlukannya." 
 Maka Ali a.s pun mengambil daripadnya dan beredar (bersurai). Kemudian dia membawa Zaid Bin Thabit, seorang pembaca al-Quran, maka berkatalah Umar:
"Bahawa Ali telah membawa kepada kami al-Quran yang terdapat di dalamnya segala skandal/salah laku (keburukan) orang-orang Al-Muhajirin dan Al-Ansar; kami berpedapat untuk menyusun al-Quran untuk digugur darinya apa jua keburukan orang-orang Muhajirin dan Al-Ansar",   lalu disambut baik oleh ZAID.

Kemudian dia berkata yang bermaksud: 
"Maka jika saya selesai daripada al-Quran mengenai apa yang kamu kalian mahukan dan Ali menunjukkan pula al-Quran yang telah disusunnya, tidakkah itu membatalkan segala apa yang telah kamu kalian lakukan?"
Maka kata Umar: 
"Apakah caranya?"  
Kata Zaid: 
"Kamu kalian lebih tahu tentang caranya." 
Maka kata Umar: 
"Apakah caranya yang boleh membuatkan kita selamat tanpa kita membunuhnya." 
Lalu dia merancang untuk membunuhnya melalui Khalid Bin Al-Waleed.
Akan tetapi dia pula tidak berupaya untuk melakukan yang demikian itu. Maka apabila Umar telah diminta untuk dijadikan khalifah, mereka telah meminta Ali a.s mengemukakan al-Quran kepada mereka supaya mereka dapat memindanya di antara mereka.

Maka kata Umar: 
"Wahai Abul-Hasan (Ali), jika kamu membawa al-Quran yang telah pun kamu membawanya kepada Abu Bakar supaya dapatlah kami mengadakan perjumpaan mengenainya."
 Maka katanya (Ali): 
"Jauh sekali, tidak ada kepada yang demikian itu jalan; apa yang saya bawakan kepada Abu Bakar (adalah) untuk mendirikan hujah ke atas kamu kalian supaya kamu kalian tidak berkata di hari kiamat: "إنا كنا عن هذا غافلين"Ertinya: “Sesungguhnya kami telah lalai tentang ini”. Atau untuk kamu kalian katakan: "ما جئتنا ببينة" (ertinya: engkau tidak membawa kepada kami sebarang keterangan); bahawa al-Quran yang ada di sisi aku ini tidak boleh disentuh melainkan oleh orang-orang yang suci dan wasi-wasi yang bersih dari anakku." 

Maka kata Umar: 
"Apakah waktu kemunculanya diketahui?"
Maka katanya a.s:
"Ya, (iaitu) apabila Al-Qa’im (orang yang bertanggungjawab melaksanakannya) dari anakku bangun, mendedahkannya dan membawa manusia kepadanya."
(الاحتجاج الطبرسي ص 225 طبعة النجف وهكذا في التفسير الصافي ص 11 وكذا في فصل الخطاب ص 7)

iii. AN-NURI AT-TABRI النوري الطبري berkata dalam kitab FASLUL-KHITAB فصل الخطاب : Adalah bagi Amirul-Mukminin itu al-Quran yang khusus yang dia sendiri mengumpulkannya selepas kewafatan Nabi s.a.w, dengan membentangkan al-Quran itu kepada kaum, lalu mereka berpaling daripadanya. Maka terdindinglah daripada pandangan mata mereka.  Anak-anak mereka saling mewarisinya, imam  selepas imam sepertimana juga dengan segala apa jua yang dikhaskan untuk imamah (خصائص الامامة) dan khazanah-khazanah Kenabian. Mereka mendakwa ketika berhujah, Allah mempercepatkan kelepasannya, dia mendedahkan untuk manusia selepas kemunculannya, dia memerintahkan mereka dengan membacanya dan ia berlainan dengan al-Quran yang ada ini dari segi susunan, tartib surah-surah dan ayat-ayatnya, malahan kalimah-kalimahnya juga, iaitu dari segi tokok-tambahnya, dengan mengatakan Ali berada di sudut kebenaran dan kebenaran berada di sudut Ali.
Maka di dalam al-Quran yang ada sekarang ini, terdapat pertukaran dari dua sudut dan itulah yang dikehendaki.

(فصل الخطاب ص 7)

Demikianlah bunyinya maksudnya sebahagian daripada NAS dan HARFIAH, semoga Allah membinasakan mereka.

iv Ahmad Bin Abu Talib berkata dalam kitab Al-Ihtijaj, الاحتجاج karangan At-Tabrasiلطبرسي ا
“Kemudian keadaan keterpaksaan disebabkan oleh masalah-masalah yang menimpa ke atas mereka, telah memaksa mereka itu mengumpul, mengarang dan menjaminnya untuk mengukuhkan tunggak kekufuran mereka.Oleh itu, mereka telah mengatakan dan terus mengatakan: Kata-Kata kemungkaran dan kebohongan.”
(الاحتجاج الطبرسي ص 383 لمصنف احمد بن ابي طالب الطبرسي

v. Al-Husain Annuri At-Tabrasi berkata dalam kitab Faslul-Khitab: 
"Diriwayatkan daripada kebanyakan orang-orang veteran (golongan tua yang berpengalaman) di kalangan golongan RAWAFIDH bahawa al-Quran yang ada di sisi kami, bukanlah yang Allah turunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w, malahan ianya adalah al-Quran yang telah ditukar, dipinda, ditambah dan dikurangkan padanya."
(Faslul-Khitab, cetakan Iran)

vi. Al-Mulla Hasan juga telah memetik: Daripada Abu Jaafar bahawa terdapat banyak ayat al-Quran itu telah ditolak dan tidak ditambah melainkan huruf-huruf.
(Tafsir As-Safi, ms 11, pengarangnya Al-Mula Hasan).

vii. Al-Mulla Hasan juga berkata: Faedah yang didapati dari kumpulan ahkbar ini dan lain-lainnya dari riwayat-riwayat, melalui Ahlul-Bait bahawa al-Quran yang berada di tangan kami, bukanlah sepertimana yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w, bahkan terdapat khilaf pada sebahagiannya, bukan seperti yang Allah turunkan dan ada yang dipesong dan ditukar. Sesungguhnya telah banyak perkara yang telah dipinda dan dipotong, di antaranya nama Ali dalam banyak tempat, salah satunya lafaz (sebutan) آل محمد bukan sekali dan juga nama-nama orang munafiqin.
Tertib dan susunannya juga adalah tidak mengikut apa yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya.

(Tafsir Assafi ms 13 bagi pengarangnya Al-Mulla Hasan).

viii. Al-Kulaini telah mengeluarkan: Dari Abu Abdullah a.s katanya: Bahawa al-Quran yang dibawa oleh JIBRIL AS kepada Muhammad s.a.w mengandungi tujuh belas ribu ayat (17,000 ayat).
(Dalam Usulul-Kafi, Cetakan India).

Sementara al-Quran yang ada di tangan kami hanyalah enam ribu, enam ratus, enam puluh enam (6,666 ayat) sahaja. Seolah-olahnya, dua pertiga telah pun ditolak/dimansuh. Hanya 1/3 sahaja yang tinggal. Dan kata pengarang kitab MIR’ATUL-UQUL مرآة العقول (CERMIN AQAL) dalam ulasannya terhadap Hadis itu yang dikeluarkan oleh Al-Kulaini daripada Abu Abdullah:
Maka perkhabaran itu adalah benar dan semua mengetahui bahawa perkhabaran itu benar.Kebanyakannya adalah nyata dan terang mengenai kekurangan yang terdapat dalam al-Quran akibat pindaan yang dilakukan.Bahkan sangkaan saya, bahawa perkhabaran-perkhabaran pada Bab ini tidaklah setakat terhenti daripada perkhabaran-perkhabaran mengenai imamah. Maka bagaimanakah mereka itu dapat mensabitkanya dengan perkhabaran.
(Mir’aatul-Uqul مرآة العقول kitab yang menerangkan segala usul dan cabang, jilid kedua, ms 539 karangan: Al-Mulla Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi).
 ix. Berkata Al-Mulla Khalil Al-Qazwini, الملا خليل القزويني seorang penerang kitab Al-Kafi pada kebenaran hadis tersebut itu tadi dalam Bahasa Farsi yang diertikan dalam Bahasa Arab bermaksud:
"Bahawa apa yang dimaksudkan itu ialah tentang banyaknya ayat yang telah ditolak dari al-Quran, bukanlah dalam mashaf-mashaf yang termasyhur dan Hadis-hadis yang sahih. Mengikut kaedah-kaedah yang khusus dan umum, banyak ayat yang telah digugurkan daripada al-Quran dan banyaknya Hadis ini telah sampai ke satu tahap, sehinggalah dianggap mendustakan kesemuanya itu sebagai satu keberanian.
Dan dakwaan bahawa al-Quran yang ada ini di dalam mas’haf-mas’haf tidak sunyi daripada sebarang kemusykilan dan mengambil dalil sikap peduli para sahabat dan tokoh-tokoh Islam dalam usaha mereka mengemaskini al-Quran tidak boleh dijadikan dalil bahawa al-Quran itu terselamat, selepas diketahui apa yang telah dilakukan oleh Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Begitu juga menggunakan ayat ini sebagai dalil  : " انا نحن نزلنا الذكر وانا له لحفظون"  (Ertinya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. (Surah Al-Hijr: 9).  

Hujah yang diberikan ialah ayat ini datangnya dalam bentuk kata kerja lampau dan dalam surah Makkiyah, yakni  yang diturunkan di Makkah. Terdapat banyak lagi surah-surah Makkiyah selepas surah ini selain daripada surah-surah yang begitu banyak diturunkan di Madinah selepasnya. Maka tidak ada apa-apa pentunjuk yang menunjukkan pada keseluruhannya al-Quran itu terpelihara dan perbuatan memelihara al-Quran juga tidak menunjukkan terpeliharanya al-Quran itu di sisi orang ramai. Ada kemungkinan, ia terpelihara di sisi imam di zaman itu serta pengikut-pengikutnya sebagai orang-orang yang empunya segala rahsianya.
 (As-Safi الصافي, syarahan Usul Al-Kafi اصول الكافي   kitab kelebihan Al-Quran كتاب فضل القرءان   juzuk enam, Bab Annawadir النوادر).

x. Al-Husain An-Nuri Attabarsi berkata dalam Kitab Faslul-Khitabفصل الخطاب  : Akhbar-akhbar yang datangynya dari sumber-sumber yang khusus dari Al-Quran yang menunjukkan berlakunya penukaran bagi sesetengah kalimah, ayat-ayat dan surah-surahnya melalui salah satu cara yang diterangkan sebelumnya, sangatlah banyak sehingga berkatalah Sayed Nikmatullah Al-Jazaeri dalam beberapa karangannya sepertimana yang diceritakan mengenainya: Bahawa akhbar-akhbar yang menunjukkan mengenai yang demikian itu, melebihi dua ribu hadis; dan didakwa pertambahannya itu oleh jamaah seperti ALMUFID dan ALMUHAQQIQ ALDAMAD الداماد dan Al-A’llamah Almajlili dan yang lain-lainnya, bahkan Syaikh itu juga telah memberikan kenyataan dalam penyata ini dengan banyaknya, malahan terdapat jamaah yang mendakwa tentang tawaturnya; dan mereka ini akan disebutkan di akhir kajian ini.
(فصل الخطاب للحسين النوري الطبرسي ص 227)

xi. Annuri Attabarsi juga berkata: Sayed Al-Muhaddis Al-Jazaeri  السيد المحدث الجزائري berkata dalam (kitab) AL-ANWAR yang maknanya: Bahawa rakan-rakan الاصحاب telah melaksanakan اطبقوا kesahihan perkhabaran-perkhabaran yang berlebihan, bahkan yang mutawatirah المتواترة yang menunjukkan dengan nyata dan terang tentang berlakunya tahrif dalam Al-Quran dari segi bahasa,  bahan, ik’rab, (analisis bahasa) dan tasdiq iaitu perihal mempercayai dengannya.
(فصل الخطاب للحسين النوري الطبرسي ص31)

Annuri Attabarsi berkata: Banyak perkhabaran yang muktabar yang terang dan nyata tentang berlakunya tokok-tambah dalam Al-Quran.
(فصل الخطاب ص 211)

Annuri Attabarsi juga berkata: Ketahuilah bahawa akhbar-akhbar itu telah dipindahkan dari kitab-kitab yang muktabar, di mana sahabat-sahabat kita bergantung rujuk padanya dalam mensabitkan segala hukum syarak dan Hadis-Hadis Nabi.
(فصل الخطاب ص 228)

Sesungguhnya ulamak Syi'ah telah menerangkan banyak riwayat yang menunjukkan tedapatnya TAHRIF dalam Al-Quran secara terperinci dan Al-A’llamah Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi juga telah membawa dalil aqli دليل عقلي tentang tahrif tersebut dalam Al-Quran,bahawa dia berkata dengan nasnya yang bermaksud:
"Dan akal menghukum bahawa jika al-Quran itu berada di merata tempat dan tersebar di kalangan manusia, sedangkan orang yang mengumpulkannya itu bukanlah seorang yang maksum."
Pastinya, kerja-kerja itu tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna. Akan tetapi, tidak syak bahawa manusia itu adalah ditaklifkan untuk beramal dengan apa yang ada dalam mas’haf dan membacanya sehinggalah munculnya seorang qa’im (orang yang bertanggungjawab membawa Quran yang asal). Maka ini adalah sesuatu yang mutawatir yang dapat diketahui daripada ahlul-bait a.s. Kebanyakan akhbar dalam bab ini menunjukkan tentang wujudnya kekurangan dan penukaran. Sebahagian besarnya akan muncul dalam bab-bab yang berikutnya nanti, terutama dalam kitab: Fadlul-Quran (فضل القرءان) dan kita akan dapat sebanyak mungkin tentang perkara ini,   Insya Allah Taala.
(مرآة العقول شرح الاصول والفروع المجلد1 ص 171 لمصنفه محمد الباقر المجلسي)

Selepas dipaparkan sebahagian dari riwayat-riwayat tersebut yang dibawa oleh orang-orang Syi'ah dalam kitab-kitab mereka sebagai suatu dokumen yang disahkan oleh pihak penerangan Syi'ah من جانب اعلام الشيعة bahawa perkara-perkara itu adalah mutawatir, benar dan nyata tentang tahrif itu dalam al-Quran.

Di sini disebutkan juga akidah mereka, menurut riwayat-riwayat ini, bahawa al-Quran yang ada ini adalah muharraf dan telah dipinda. Maka berkatalah tuan empunya (kitab) At-Tafsir As-Safi:
"Adapun iktiqad syeikh-syeikh kami dalam perkara-perkara yang demikian itu maka apa yang nyata dari Thiqahtul-Islam (kepercayaan Islam) Muhammad Bin Yaaqub Al-Kulaini ialah bahawa beliau mempercayai tentang adanya tokok-tambah dalam al-Quran ini, kerana beliau telah meriwayatkan riwayat-riwayat yang membawa kepada makna ini dalam kitabnya AL-KAFI الكافي dan beliau meyakini dengan apa yang diriwayatkannya itu di awal kitab tersebut."
Begitu juga dengan Ustaznya Ali bin Ibrahim Alqummi. Tafasirannya itu bersifat melampau. Demikian juga dengan Syeikh Ahmad Bin Abu Talib Attabarsi yang juga telah mengikuti jejak kedua mereka dalam kitabnya Al-Ihtijaj .
(التفسير الصافي ص 14 لمصنفه الملا حسن )

Ramai di kalangan golongan ilmuan ahli Syi'ah telah mengarang dan menyusun kitab-kitab secara bebas dalam perkara ini dengan mensabitkan al-Quran itu  sebagai telah dipinda dan diubah sepertimana disebutkan oleh Al-Husain bin Muhammad Taqi An-Nuri Attabarsi تقي النوري الطبرسي  dalam kitabnya yang dikenali ramai iaitu kitab: Faslul-Khitab Pada Pindaan Kitab Rabbul-Arbab (فصل الخطاب في تحريف كتاب رب الارباب). Antara lain  dia memperkatakan pada pendahuluan kata kitabnya bahawa:
 "Ini adalah kitab yang halus dan perjalanan yang mulia. Dibuat untuk aku sabitkan tahrif (pindaan) dan segala skandal oleh golongan orang yang zalim. Kitab ini kami namakan sebagai kitab: Faslul-Khitab Fi Tahrif Kitab Rabbul-Arbab." (فصل الخطاب في تحريف كتاب رب الارباب)
Kemudiannya dia menghitungkan kitab-kitab yang dikarang dalam perkara ini pada muka surat 29 dalam kitab yang sama, iaitu:

      1.         Kitab Attahrif كتاب التحريف
            2.         Kitab Attanzil Wattaghyir كتاب التنزيل والتغيير
         3.        Kitab Attanzil Minal Al-Quran Wattahrif كتاب التنزيل من  القرءان والتحريف
            4.         Kitab Attahrif Wattabdil كتاب التحريف والتبديل
            5.         Attanzil Wattahrif التنزيل والتحريف    

Kitab-kitab ini menunjukkan kepada kita bahawa pegangan akidah ini di sisi mereka adalah sebahagian daripada kewajipan dan keperluan-keperluan agama.  Mereka  telahpun menghasilkan berbagai kitab di dalamnya.
Alasan  yang diberikan oleh sesetengah golongan Syi'ah bahawa riwayat-riwayat yang dibawa adalah lemah maka itu  juga merupakan  suatu alasan yang dingin, oleh kerana kebanyakan pembawa pembaharuan Syi'ah dan ahli-ahli penerangan mereka telah membawa dan memetik riwayat-riwayat ini, lalu mereka menjadiknnya sebagai suatu dokumen.  Tiada seorang pun di kalangan mereka yang membawa riwayat-riwayat ini menerangkan bahawa akidahnya adalah berlawanan dan bertentangan dengannya, sebaliknya mereka percaya tentang wujudnya tahrif itu. Kami meminta dari ulamak Syi'ah, iaitu jika mereka mengakui bahawa al-Quran itu terpelihara dari sebarang pindaan dan perubahan di dalamnya maka wajiblah ke atas mereka itu:

Pertama
      
Membawa satu riwayat yang sahih daripada Imam-imam maksum mereka, sebagaimana tersebut di dalam mana-mana kitab yang mereka bergantung kepadanya, menunjukkan bahawa al-Quran itu terpelihara sepenuhnya, dan sempurna tanpa sebarang pindaan. Pastinya mereka tidak akan dapat mendatangkannya dengan riwayat ini pada bila-bila masa sampai hari kiamat.

Kedua:
           
Adalah melazimkan bagi mereka mengkafirkan sesiapa saja yang mengatakan bahawa:
Adanya pindaan dalam al-Quran dan mengisytiharkan akidah mereka ini di akhbar-akhbar dan majalah-majalah mereka.  Mereka  hendaklah juga berhenti dari perbuatan menyebarkan riwayat-riwayat yang menunjukkan tahrif itu pada  majlis-majlis mereka.  Malahan mereka itu hendaklah melepaskan diri mereka daripada orang-orangnya, termasuklah dalam majlis-majlis dan mahfal-mahfal mereka. Mereka hendaklah menyalahkan kitab-kitab yang mengandungi segala pembohongan dan kesesatan seperti Usulul Kafi dan Al-Ihtijaj dan lain-lainnya.

Sesungguhnya kita telah papar dan dedahkan dalam lembaran-lembaran ini Akidah Sy'iah mengenai pengtahrifan pada al-Quran yang disokong oleh riwayat-riwayat mutawatirah mereka dan kata-kata orang Syiah yang membawa pembaharuan, pentafsir-pentafsir dan ahli-ahli penerangan mereka. Oleh itu, sudah tentunya tidak ada yang dapat menginkarinya oleh sesiapa di kalangan mereka; dan teks-teks ini mendedahkan akidah-akidah mereka terhadap kitab  suci yang tidak terdapat sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.

Allah Tabaraka Wataala berfirman dalam kitab-Nya al-Quran:

الم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2

                 Maksudnya :
i.“Alif, Lam, Miim”(1) “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa." (2)
               [Surah Al-Baqarah : 1-2 ]


"انا نحن نزلنا الذكر وانا له لحــفظون".

             Maksudnya :
ii.“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. 
                     [Surah Al-Hijr: 9 ]
  لا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ (16) إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ (17) فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ (18) ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ (19)
                Maksudnya : 
iii.“Janganlah engkau gerakkan dengannya (utuk membaca Al-Quran) lisanmu (sebelum Jibril selesai) agar engkau bersegera (membaca) dengannya (Al-Quran) (16) sesungguhnya atas Kami mengumpulkannya (di dadamu) dan membacakannya (17) maka tatkala Kami telah membacakannya maka ikutilah bacaannya (18) kemudian sungguh (kewajiban) atas Kami penjelasannya.” (19)
                      [ Surah Al-Qiamah:  16-19 ]

" وان كنتم في ريب مما نزلنا على عبدنا فأتوا بسورة 
من مثله ....."
                 Maksudnya :
iv.“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu … …”.
[Surah Al-Baqarah : 23]
" قل لئن اجتمعت الانس والجن على ان ياتوا بمثل هذا القرءان لا يأتون بمثله ولو كان بعضهم لبعض ظهيرا"

               Maksudnya:
 v.“Katakanlah (wahai Muhammad), sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membatu sesama sendiri.”  
Surah Al-Israa:88 ]



Pada keseluruhannya umat Islam adalah sekata bahawa al-Quran yang ada pada mas’haf-mas’haf ini di tangan-tangan orang Islam di sebelah TIMUR mahupun di sebelah BARAT dan apa yang ada di antara keduanya dari awal surahnya hingga ke akhir Al-Mu’awwazatain adalah Kalam Allah Azza Wajalla dan Wahyu-Nya yang diturunkan ke  atas Nabi-Nya Muhammad s.a.w.
Sesiapa sahaja yang mengingkari walaupun satu huruf yang terkandung di dalamnya  maka dia adalah seorang yang kafir.
Malahan keseluruhan Ahli As-Sunnah berpegang teguh kepada bahawa orang yang mengatakan berlakunya tahrif dalam al-Quran itu adalah kafir dan terkeluar dari agama Islam.

No comments: