10 February 2020

INILAH PEGANGAN AKIDAH PENGANUT SYI'AH (2)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




PERKARA KE LIMA 

AKIDAH MENGHINA : 
o   Rasulullah s.a.w.
o   Ali r.a.
o   Al-Hasan r.a.
o   
Al-Husain r.a.
Al-Majlisi telah menyatakan dalam Bahasa Farsi, yang memberi erti dalam Bahasa Arab yang bermaksud: 
"Diriwayatkan oleh An-Nak’mani النعماني dari Al-Imam Muhammad Al-Baqir a.s. bahawasanya dia berkata: Bila munculnya Imam Mahdi yang didokong oleh malaikat maka orang yang pertama menjanjikan taat setia (membai’ahnya) ialah Muhammad a.s., kemudiannya diikuti oleh Ali a.s.
Dan diriwayatkan oleh Syeikh Attusi الطوسي dan An-Nak’mani daripada Imam Ridha a.s. bahawa dari tanda-tanda munculnya Imam Al-Mahdi ialah dia ini akan muncul dalam keadaan bertelanjang bulat di hadapan matahari."
       (حق اليقين بالفارسية للعلامة محمد الباقر المجلسي ص 347)

Maka wahai saudaraku (semoga Allah merahmatimu), kamu lihatlah bagaimana mereka itu menghina Rasulullah s.a.w dan menghina Amirul-Mukminin Ali r.a. Mereka mendakwa pembohongan dan pendustaan bahawa mereka berdua akan membuat bai’ah (janji taat setia) untuk Al-Mahdi. Sehinggalah dikatakan oleh mereka bahawa Al-Mahdi itu akan muncul bertelanjang/bogel tanpa sebarang pakaian. Jenis agama apakah ini?! (Semoga Allah menghina mereka).

[Lihat : Adakah Benar 'Imam Mahadi' Akan Dibangkitkan? ]

Selanjutnya pengajaran fahaman  Syi'ah mengatakan secara dusta dan bohong bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:
(من تمتع مرة كانت درجته كدرجة الحسين، ومن تمتع مرتين فدرجته كدرجة الحسن، ومن تمتع ثلاث مرات كانت درجته كدرجة علي بن ابي طالب، ومن تمتع اربع مرات فدرجته كدرجتي )
          Maksudnya :
"Barangsiapa bermut’ah sekali maka darjatnya adalah sama dengan darjat Al-Husain dan siapa bermut’ah dua kali maka darjatnya adalah sama dengan darjat Al-Hasan dan barang siapa bermut’ah tigak kali maka darjatanya adalah sama dengan darjat Ali Bin Abi Talib dan barang siapa bermut’ah empat kali maka darjatnya adalah sama dengan darjatku."
(تفسير منهج الصادقين ص 356 لمصنفه محمد الملا الكاشاني)

Lihatlah kalian kepada mereka yang bangang ini, sehinggalah ke tahap ini mereka menghina Al-Husain r.a. Kita yang berpegang teguh kepada iktiqad Ahli As-Sunnah wal-Jamaah beriktikad bahawa seseorang itu walau sekalipun dia beribadat kepada Allah dengan berbagai jenis ibadat, namun dia tidak akan boleh dalam apa keadaan pun, mencapai darjat paling rendah bagi mana-mana sahabat pun. Apatah lagi dengan penghulu pemuda ahli syurga yang  juga adalah cucu Rasulullah s.a.w.
Kemudiannya, bagaimana pula dengan darjat abangnya Al-Hasan dan darjat bapanya Amirul-Mukinin Ali Bin Abi Talib, Khalifah Ar-Rasyidin yang ke empat r.a.
Berkait dengan pembohongan dan kebiadaban mereka terhadap penghulu sekalian manusia dan seafdal-afdal Rasul Allah, mereka itu mengatakan bahawa sesiapa yang bermut’ah empat kali maka samalah darjatnya dengan darjat Nabi .. نعوذ بالله .

Al-Kulaini memetik dari kitab Usul Al-Kafi yang antara lainnya bermaksud:
 Bahawa Jibril telah turun kepada Muhammad s.a.w maka katanya: Ya Muhammad bahawa Allah memberikan perkhabaran baik dengan kelahiran seorang budak, diperanakkan oleh Fatimah; umat engkau membunuhnya dari selepas engkau maka katanya: Ya Jibril kusampaikan salam kepada Tuhanku, aku tidak berhajat kepada anak kelahiran itu dari Fatimah (yang akan) dibunuh oleh umatku selepas dariku, lalu dia pun naik. Kemudiannya dia turun maka dia berkata seperti itu juga.  Ya Jibril, kusampaikan salam kepada Tuhanku, aku tak berhajat kepada maulud itu, nantinya dibunuh oleh umatku selepas dariku, lalu naiklah Jibril ke langit. 
Kemudiannya dia turun. Maka katanya: Ya Muhammad bahawa Tuhan engkau menyampaikan salam dan memberi perkhabaran baik iaitu Dia akan jadikan pada zuriatnya itu imamah (jawatan Imam), wilayah (jawatan khalifah) dan wasiyah. Maka katanya: Sesungguhnya aku telah meredainya.Kemudiannya diberitahu dihantar kepada Fatimah bahawa Allah telah memberikan kepadaku perkhabaran baik dengan kelahiran seorang maulud bagi engkau, dia dibunuh oleh umatku dari selepasku maka dia aku menghantar memberitahu kepadanya bahawa dia aku tidak berhajat kepada maulud (kelahiran bayi) yang akan dibunuh oleh umat engkau selepas engkau. Dan diberitahu dihantar kepadanya bahawa Allah Azza Wajalla telah menjadikan pada zuriyatnya imamah, wilayah, dan wasiyah.Maka aku memberitahu kepadanya bahawa aku telah reda, lalu dia mengandungnya dalam keadaan susah payah, dan melahirkannya dalam keadaan susah payah.Maka Al-Husain telah tidak disusu dari Fatimah a.s. dan tidak juga dengan mana-mana wanita lainnya; dianya dibawa kepada Nabi. Maka Nabi pun meletakkan ibu jarinya ابهامه ke dalam mulutnya maka dia pun menghisap ibu jarinya itu sehingga boleh mencukupi selama dua atau tiga hari.
(اصول الكافي للكليني ص294)


Ini adalah salah satu riwayat yang penuh dengan pembohongan oleh Al-Kafi, iaitu kitab yang dianggap sebagai kitab rujukan syiah yang paling utama, besar dan muktabar.
Al-Kulaini menyebut:  Dari Abu Abdullah a.s: Bahawa apabila Abdullah Ibni Ubai Bin Salul عبدالله ابن أبي بن سلول  mati, Nabi saw telah hadir pada jenazahnya maka kata Umar kepada Rasulullah saw: Apakah Allah tidak melarang engkau berdiri di atas kuburnya, lalu dia  diam. Maka dia berkata kepadanya: Celaka engkau! (woe unto you), apa engkau tahu tentang apa yang aku katakan? Aku telah katakan: “Ya Allah engkau isikanlah perutnya dengan api dan penuhkanlah kuburnya dengan api dan sambungkanlah dia dengan api”.
(فروع الكافي في كتاب الجنائز ص188)

Bagaimana syiah mengada-adakan cerita كيف تفتري الشيعة ke atas Nabi s.a.w di mana mereka mendakwa pembohongan dan pendustaan bahawa  Nabi s.a.w mendirikan sembahyang ke atas orang munafik itu, bukan untuk mendoakan baginya bahkan ia mendoakan ke atasnya. Ini  adalah kerja-kerja orang munafik; dan mengaitkan sifat nifak kepada Nabi adalah satu penghinaan yang paling besar terhadap Nabi s.a.w.
Dan Al-Kulaini meriwayatkan juga: Daripada Abu Abdullah a.s. bahawa salah seorang dari orang-orang munafik telah mati maka keluarlah Al-Husain bin Ali berjalan-jalan, maka dia terjumpa anak angkat baginya maka kata Al-Husain a.s: Ke mana kamu hai polan hendak pergi?
 Maka katanya: Aku lari dari jenazah seorang munafik ini untuk disembahyangkan ke atasnya maka kata Al-Husain: Kamu lihat, berdirilah kamu di sebelah kananku; maka apa yang kamu dengar dari apa yang aku katakan maka hendaklah kamu ikut apa yang aku kata. Maka ketika ia hendak mengangkat takbir ke atasnya, kata Al-Husain: Ya Allah, Kau laknatilah si polan, hamba Engkau ini ...  seribu laknat; Ya Allah Engkau hinakan hamba Engkau di hadapan hamba-hamba Engkau dan di negeri Engkau dan sampaikan api Engkau dan rasakan dia azab Engkau yang paling kuat maka sesungguhnya dia itu menolong musuh-musuh Engkau dan dia memusuhi wali-wali Engkau dan membenci ahli bait Nabi Engkau.
(فروع الكافي كتاب الجنائز ص 189)

Lihatlah (semoga Allah memberikan kamu Taufik-Nya untuk kebaikan) betapa beraninya puak Syi'ah ini mengada-adakan cerita pembohongan ke atas Al-Husain r.a . yang kononnya mereka itu menyayanginya, tetapi pada masa yang sama mereka mendakwa bahawa beliau telah menyembahyangkan ke atas seorang lelaki, lalu dia mendoakan ke atasnya dan melaknatinya.  Sedangkan sembahyang itu hanyalah untuk berdoa, memohon keampunan dan Rahmat-Nya.
Mereka itu mengaitkan nifak kepada Al-Husain secara bohong lagi dusta.نعوذ بالله من ذلك
Apakah fahaman agama kaum Syi'ah ini terbina di atas nifak! Jika  demikian halnya, apakah perlunya Rasulullah s.a.w menanggung segala kesakitan dan musibah dari kuffar musyrikin, orang-orang Yahudi dan lain-lainnya?
Andainya begitu, nescaya tidaklah berlakunya pertempuran KARBALA’ معركة الكربلاء dan nescaya tidaklah Al-Husain bin Ali r.a. mati syahid.


PERKARA KE ENAM 
AKIDAH MENGHINA UMMAHATUL MUKMININ:

Isteri-Isteri Nabi s.a.w:
Al-A’llamah Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi berkata dalam (kitab) Haqqul-Yaqin حق اليقين dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab yang ertinya seperti berikut:
"Dan akidah kami (akidah Syi'ah) dalam perkara PEMBEBASAN: Kami berlepas diri dari empat berhala: Abu Bakar, Umar, Uthman, Dan Mu’awiyah dan dari empat wanita: Aisyah, Hafsah, Hindun, Ummul-Hakam dan kesemua pengikut dan kumpulan mereka. Mereka itu adalah makhluk Allah yang paling jahat di atas muka bumi ini; dan bahawa iman seseorang itu kepada Allah, kepada Rasul-Nya dan kepada Imam-imam itu tidaklah sempurna melainkan selepas dia berlepas diri dari musuh-musuh mereka."
Sesungguhnya fahaman ini amat terang lagi nyata, bagaimana mereka itu mengingkari Firman Allah SWT:

"النبي اولى بالمؤمنين من انفسهم وازواجه امهاتهم .. "  الآية.

                 Maksudnya: 
Nabi lebih utama (lebih berhak) terhadap orang-orang beriman dari diri mereka sendiri dan isteri-isteri Nabi adalah ibu-ibu mereka (yang haram dinikahi) … …”.
               [ Surah Al-Ahzab : 6 ]

Dan kata Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi dalam kitab Kehidupan Hati-Hati (في حياة القلوب) dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke Bahasa Arab, ertinyaIbnu Babaweh meriwayatkan dalam Kitab I’lal Asy-Syara’ik’ في علل الشرائع bahawa Imam Muhammad Al-Baqir a.s. berkata: Apabila Imam Mahdi muncul maka dia akan menghidupkan AISYAH dan dia akan menjalankan keatasnya hudud sebagai membalas dendam untuk FATIMAH).
Inilah kemuncak kebiadaban dan kekejian terhadap isteri Rasulullah saw sehingga kami tak tahu apa yang hendak dikata tentang pembohongan ini. Kami serahkan perkara syiah ini dan ahli-ahli penerangan mereka kepada Allah untuk membalas keatas mereka.

Kata Syaikh mereka Maqbul Ahmad dalam terjemahannya bagi makna-makna al-Quran dalam Bahasa Urdhu yang dialih bahasa ke dalam Bahasa Arabnya yang diertikan: 
 "Bahawa (seorang wanita) ketua tentera Al-Basrah البصرة dalam peristiwa al-Jamal telah melakukan fahisyah (zina) yang terang, mengikut ayat ini."
Di samping itu Ahmad Bin Abu Talib Attabarsi dalam kitab Al-Ihtijaj, juzuk pertama, muka surat 240 menyebutkan bahawa Ali a.s. telah berkata kepada Aisyah, Ummul Mukminin
"Demi Allah, tidak dia melihatku, melainkan aku melepaskannya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali a.s: Wahai Ali, urusan wanita-wanitaku adalah di tangan engkau selepasku, yakni Ali berhak selepas Rasulullah s.a.w نعوذ بالله untuk melepaskan siapa yang dia mahu di kalangan isteri-isteri Nabi s.a.w yang suci."
Sesungguhnya fahaman iktiqad Syi'ah telah mencipta dusta dengan membawa riwayat-riwayat seumpama ini untuk menghina dan menjatuhkan darjat dan martabat Aisyah r.a. dari kedudukannya sebagai Saddeeqah, Ummul-mukminin r.a, terutama sekali kedudukan isteri-isteri Nabi s.a.w sebagai Ummahatul Mukminin; sedangkan Allah memuji mereka dalam al-Quran al-Karim. Firman Allah di dalam al-Quran yang ditujukan kepada Nabi s.a.w, berkait dengan perkara isteri-isterinya:

" لا يحل لك النساء من بعد ولا ان تبدل بهن من ازواج ولو اعجبك حسنهم إلا ما ملكت يمينك
وكان الله على كل شيء رقيبا".

                Maksudnya:
i.“Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isteri yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baharu sekalipun engkau tertarik hati kepada kecantikan mereka, kecualai hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu”.
Surah Al-Ahzab : 52 ]

"النبي اولى بالمؤمنين من انفسهم وازواجه امهاتهم .....".

         Maksudnya :
ii. “Nabi lebih utama (lebih berhak) terhadap orang-orang beriman dari diri mereka sendiri dan isteri-isteri Nabi adalah ibu-ibu mereka (yang haram dinikahi) … …”.
                    [Surah Al-Ahzab :6 ]

"يا نساء النبي لستن كأحد من النساء .....". الاية

             Maksudnya: 
iii.“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain. …”. 
                  [ Surah Al-Ahzab: 32].

".... انما يريد الله ليذهب عنكم الرجس اهل البيت ويطهركم تطهيرا".

            Maksudnya: 
iv. “… … Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan (menghilangkan) dari kamu kalian kotoran (yang mencemarkan diri kamu) ahlul-bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”.  
              [Surah Al-Ahzab:  33].
Sebagaimana yang termaklum Allah menurunkan beberapa ayat al-Quran dalam surah An-Nuur untuk membersihkan dan membela kesucian Sayidah Aisyah r.a. terhadap fitnah yang sangat hina dan keji sebagaimana Firman-Nya:  
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالإفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ لا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الإثْمِ وَالَّذِي تَوَلَّى كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ (11) لَوْلا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنْفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُبِينٌ (12) لَوْلا جَاءُوا عَلَيْهِ بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَإِذْ لَمْ يَأْتُوا بِالشُّهَدَاءِ فَأُولَئِكَ عِنْدَ اللَّهِ هُمُ الْكَاذِبُونَ (13) وَلَوْلا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ لَمَسَّكُمْ فِي مَا أَفَضْتُمْ فِيهِ عَذَابٌ عَظِيمٌ (14) إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ (15 
                Maksudnya:
" Sesunguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. (11) 
Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukmin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata : 'Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.' (12) 
Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta. (13) 
Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, kerana pembicaraan kamu tentang berita bohong itu. (14) 
(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja. Pada hal dia pada sisi Allah adalah besar." (15)

Allah befirman lagi :

"يعظكم الله ان تعودوا لمثله ابدا إن كنتم مؤمنين"

           Maksudnya: 
“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang seumpamanya ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.”
                [Surah An-Nur:17]
Ayat-ayat tersebut adalah amat terang lagi nyata ditujukan juga kepada orang-orang yang menggunakan fitnah besar terhadap Syidah Aishah r.a. untuk mengingkari penjelasan Allah mengenainya dan mengada-adakan serta membuat andaian dengan mencipta riwayat-riwayat yang penuh dusta. Sesungguhnya mereka itu adalah golongan orang-orang munafik yang keji, hina dan dilaknat Allah. 

Alangkah beraninya para penganut ajaran fahaman Syi'ah tanpa ada sebarang rasa takut dan segan silu terhadap Allah, mahupun dengan hamba-hamba-Nya; menghina para isteri Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya tidak ada seorang suami pun yang merelakan isterinya dihina dalam apa jua cara dan bentuk sekalipun, bahkan seorang lelaki yang mulia mungkin dia boleh menanggung kehinaan terhadap dirinya sendiri tetapi dia tak boleh menanggung penghinaan yang melibatkan isteri dan keluraganya.


PERKARA KE TUJUH 

AKIDAH MENGHINA:
o   anak-anak perempuan Nabi s.a.w dan
o   Sayidatun-Nisaa Fatimah Azzahraa r.anhunn.
Keseluruhan Ahli As-Sunnah Wal Jamaah adalah sepakat bahawa menurut al-Quran dan As-Sunnah, bilangan anak-anak perempuan Nabi s.a.w adalah empat orang iaitu Sayidah Zainab, Sayidah Ruqayyah, Sayidah Ummul Kalthum dan Sayidah Fatimah r.anhunn. Inilah juga pegangan kebanyakan orang awam Sy'iah, kecuali golongan Sy'iah dari India dan Pakistan. Mereka mengingkari ketiga-tiga anak perempuannya.  Mereka hanya mengiktiraf Fatimah Azzahraa sahaja dan yang lain bukanlah anak-anak Nabi s.a.w. Mereka ini telah menyalahi hukum Tuhan yang nyata:

"ادعوهم لأبائهم هو اقسط عند الله ..."
         Maksudnya:
 “Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber“bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. …”
[Surah Al-Ahzab: 5]

Mereka berbuat demikian kerana permusuhan dengan Uthman bin A’ffan Zi An-Nurain (ذي النورينr.a. (dengan tujuan) supaya dia tak tercapai pangkat kemuliaannya yang tinggi yang telah berkahwin dengan Sayidah Ruqayyah. Apabila Sayidah Ruqayyah meninggal dunia, Nabi s.a.w telah mengahwinkan dia dengan Sayidah Ummul Kalthum. Oleh sebab itulah dia dikurniakan gelaran: ZUN-NURAIN (ذو النورين)

Firman Allah:

 " يا أيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين  

عليهن من جلــبيبهن ....". الاية

             Maksudnya:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); …”.
[Surah Al-Ahzab: 59]

Maka Allah menyebutkan anak-anak perempuan dalam Sighah Jamak yang menunjukkan bilangan anak-anak perempuannya تعدد بناته .
Ulamak Sy'iah pula menulis: Dia mengahwini Khadijah pada ketika adanya sebelum dibangkitkan menjadi Rasul: Al-QasimRuqayyahZainab dan Ummul-Kalthum. Dia mendapat Fatimah alaiha assalam selepas menjadi Rasul.
 (اصول الكافي للكليني ص278)

Begitulah juga kata-kata imam yang maksum di sisi penganut fahaman  Syi'ah dan ulamak mereka adalah nyata dari segi bilangan anak-anak perempuan Nabi s.a.w. Hal ini tercatat di dalam kitab-kitab mereka yang berikut iaitu:
   o   مجالس المؤمنين ص 83

   o   التهذيب الجزء الاول ص 154

   o   تفسير مجمع البيان الجزء الثاني ص 233

   o   فروع الكافي الجزء الثاني ص 222

   o   فيض الاسلام ص 519

   o   نهج البلاغة الجزء الثاني ص 85

   o   قرب الاسناد ص 6

   o   تحفة العوام للسيد  احمد علي ص 113

   o   حيات القلوب الجزء الثاني ص 82 \559\223\560

   o   منتهى الامال الجزء الاول ص 89

   o   مرآة العقول الجزء الاول ص 352

Al-Kulaini menyebutnya dalam kitab فروع الكافي : Apabila Nabi s.a.w mengahwinkan Ali dengan Fatimah a.s., dia masuk ke dalamnya (ke dalam bilik Fatimah) di mana dia sedang menangis. Maka katanya: Apakah yang membuat kamu menangis? Demi Allah sekiranya ada di dalam ahli keluargaku, orang yang lebih baik darinya, nescaya tidaklah aku kahwinkan engkau dan tidak pula aku kahwinkan dia (Ali) tetapi Allah telah mengahwinkan kamu.
(فروع الكافي الجزء الثاني كتاب النكاح ص 157)

Al-Kulaini juga menyebut:
Dari Abu Abdullah a.s. katanya: Bahawa Fatimah a.s berkata: kepada Rasulullah: Kamu telah kahwinkan daku dengan mahar (emas kahwin) yang murah?
Maka kata Rasulullah s.a.w kepadanya: Bukanlah aku yang mengahwinkan engkau tetapi Allah yang mengahwinkan kamu dari langit.
(فروع الكافي الجزء الثاني ص 157)

Al-A’llamah Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi menyebutkan dalam Kitab جلاء العيون dalam Bahasa Farsi dan terjemahannya ke dalam Bahasa Arabnya seperti berikut:

Ertinya: Kata Imam Muhammad Al-Baqir a.s. dalam kitab Kasyful Ghummah كشف الغمة : Bahawa Fatimah pada suatu hari telah mengadu kepada Nabi saw  bahawa harta tidak sampai kepada  Ali untuk diagih-agihkan antara orang-orang faqir dan miskin?
Maka katanya a.s: Apakah kamu mahu aku memarahi saudaraku dan anak bapa saudaraku?
Ketahuilah (wahai Fatimah) bahawa kemarahannya adalah kemarahanku dan kemarahanku adalah kemarahan Allah. Maka berkatalah Fatimah: Bahawasanya aku meminta perlindungan dengan Allah daripada kemarahan Allah dan kemarahan Rasul-Nya.
(جلاء العيون ص 61 طبعة ايران)

Dari kedua riwayat itu tadi, (yang pertama dan yang kedua) nyatalah bahawa Sayidah Fatimah Azzahraa والعياذ بالله tidak reda perkahwinannya dengan Sayidina Ali r.a disebabkan kemiskinannya dan maharnya yang sedikit. Ini adalah suatu penghinaan yang besar terhadap Sayidatun-Nisaa, ahli syurga sedangkan dia merupakan salah seorang wanita yang paling zuhud di duia yang fanak ini dan seorang yang paling inginkan kepada darul-akhirah.
Bagaimanakah dapat dibayangkan seorang yang sepertinya itu tidak reda dengan perkahwinan yang diberkati ini semata-mata kerana dunia atau harta dan mahar yang sedikit, seperti apa yang dinyatakan. Dalam riwayat yang ketiga, dia bencikan Sayidina Ali r.a kerana menginfakkan harta kepada fakir miskin sehinggalah dia mengadu kepada Rasulullah s.a.w.

Apakah mungkin perkara seperti ini boleh berlaku bagi seorang yang semulia itu, anak perempuan kepada seorang Nabi. Alangkah peliknya, orang-orang syiah ini.
Bagaimanakah mereka ini mendakwa kesayangan mereka yang amat sangat terhadap Fatimah Azzahraa, selepas apa yang telah mereka lakukan iaitu dengan mengaitkannya dengan perkara-perkara yang hina ini … yang tak layak bagi mana-mana wanita yang mulia yang ada harga diri.

Ahmad bin Abu Talib Attabarsi telah menyebut dalam kitab Al-Ihtijaj: Maka kata SALMAN: Apabila menjelang malam, Ali telah membawa Fatimah menaiki keldai dan dia telah memegang tangan kedua anaknya Al-Hasan dan Al-Husain. Maka tidak meninggalkan seorang pun dari ahli BADAR di kalangan Al-Muhajirin mahupun orang-orang Ansar melainkan dia datang ke rumahnya, seraya menyebutkan haknya dan dia mohon untuk kemenangannya.
Maka tidak ada yang menunaikan permintaannya itu, kecuali empat orang. Aku bertanya kepada Salman: Siapah keempat-empat mereka itu?

Katanya: Aku, Abu Zarr, Al-Miqdad dan Azzubir Bin Al-Awam. Dia datang kepada mereka pada malam yang kedua, kemudian pada malam yang ketiga. Maka tidak ada yang menyahut untukya selain dari kami. 
                        (الاحتجاج الطبرسي ص 157).


PERKARA  KE LAPAN 

AKIDAH MENGHINA:

o   Al-Abbas
o   Anaknya Abdullah (Ibn Abbas)
o   Aqil Bin Abu Talib r. anhum.

Al-A’llamah Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi menyebut dalam Bahasa Farsi, terjemahannya adalah seperti berikut:
Al-Kulaini meriwayatkan (kononnya) dengan sanad hasan بسند حسن bahawa dia telah menanyakan Imam Muhammad Al-Baqir di manakah letaknya maruah Bani Hasyim dan kekuatan mereka, dengan bilangan mereka yang betgitu ramai, selepas wafatnya Nabi s.a.w ketika Ali mengatasi Abu Bakar, Umar dan seluruh orang-orang munafikin?

Maka Al-Imam Muhammad Al-Baqir menjawab:  Siapakah yang tinggal di kalangan Bani Hasyim?
Jaafar dan Hamzah, kedua-dua mereka adalah orang-orang yang terdahulu sebagai orang-orang mukmin yang sempurna yang sudah pun mati, cuma yang tinggal hanyalah dua orang iaitu Al-Abbas dan Aqil. Kedua-duanya lemah keyakinan dan jiwa yang rendah yang baru sahaja berjinak-jinak dengan Islam.
(حيات القلوب الجزء الثاني ص وهذه الرواية موجودة في فروع الكافي .المجلد الثالث كتاب الروضة )

Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi menyebut dalam Bahasa Farsi tentang Al-Abbas dalam kitab Hayatul-Qulub yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab, yang bermaksud:
"Adalah nyata dari apa yang kami katakan bahawa Al-Abbas bukanlah di kalangan orang-orang mukmin yang sempurna dan Aqil juga adalah sama, dari segi kekurangan iman mereka."
Al-Majlisi juga menyatakan dalam Bahasa Farsi yang dialih kedalam Bahasa Arab yang  ertinya:
Imam Muhammad Al-Baqir meriwayatkan dari Imam Zainal Abidin a.s. dengan sanad yang muktamad bahawa ayat Al-Quran ini:
"ومن كان في هذه اعمى فهو في الآخرة اعمى واضل سبيلا"

            Maksudnya :
 “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya”. 
               [Surah Al-Israa:72]
Dari riwayat-riwayat ini nyatalah bahawa mereka itu menghina bapa saudara Rasulullah s.a.w Sayidina Al-Abbas r.a. dan juga Sayidina Aqil dengan tuduhan lemah keyakinan dan kurang iman serta menghina Al-Abbas dan anaknya Sayidina Abdullah Ibnu Abbas r.a. والعياذ بالله


PERKARA  KE SEMBILAN 

AKIDAH MENGHINA :
    o   Khulafa Ar-Rasyidino   Orang-orang Muhajirin dan Ansar r.a.
Al-Kulaini menyebutkan dalam Kitab FURUK’ AL-KAFI فروع الكافي daripada Abu Jaafar a.s: selepas Nabi saw wafat, manusia kesemuanya telah jatuh murtad kecuali tiga orang. Maka aku bertanya: Siapakah mereka yang tiga itu?
Katanya: Al-Miqdad Bin Al-Aswad, Abu Zar Al-Ghifari dan Salman Al-Farisi.
(فروع الكافي للكليني كتاب الروضة ص 115 )

Al-A’llamah Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi menyebut dalam Bahasa Farsi, yang diterjemahan ke dalam bahasa Arab, ertinya: Bahawa Abu Bakar dan Umar, kedua-duanya adalah Fir’aun dan Haman.
(حق اليقين للمجلسي ص 522)

Al-Majlisi juga menyebut dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke Bahasa Arabnya:
Telah ada disebutkan dalam Kitab TAQRIB AL-MAARIF تقريب المعارف bahawa dia telah berkata kepada Ali bin Al-Husain, anak angkatnya: Ada bagiku keatasmu hak berkhidmat, maka berilah tahu kepadaku tentang Abu Bakar dan Umar?
Maka kata Ali bin Al-Husain: Bahawa kedua mereka itu adalah kafir, (orang) yang menyayangi mereka juga adalah kafir.
(حق اليقين للمجلسي ص 522)

Dan diriwayatkan juga Abu Hamzah Attamali bahawa dia telah menanyakan Imam Zainal-Abidin tentang Abu Bakar dan Umar. Maka katanya: Mereka berdua adalah kafir dan sesiapa yang menyokong mereka juga adalah kafir. Dalam Bab ini banyak Hadis dalam berbagai kitab, kebanyakannya telah ada disebut dalam kitab Bihar Al-Anwar. بحار الانوار
Al-Majlisi juga meyatakan dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke Bahasa Arabnya, ertinya:
Dan dia ditanya oleh Mufadhal مفضل mengenai Firaun dan Hamman dalam ayat ini maka ia menjawab: Bahawa yang dimaksudkan dengan keduanya itu ialah Abu Bakar dan Umar والعياذ بالله  

Al-A’llamah Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi menyebut dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab: Kata Salman: Semua orang selepas Rasulullah telah murtad kecuali empat; dan manusia selepas Rasul, kedudukan mereka adalah bagai kedudukan Harun dan para pengikutnya dan bagai kedudukan lembu dengan para penyembahnya. Maka ALI adalah bagai kedudukan HARUN dan Abu Bakar adalah bagai kedudukan lembu dan Umar bagai kedudukan AS-SAAMIRIY. السامري
Firman Allah di dalam al-Quran amat jelas lagi sahih memuji golongan orang Muhajirin dan Asar dan para sahabat Rasulullah s.a.w. dengan mengurniakan darjat serta martabat tertinggi Radhiallhu'anhum yang bermaksud Allah reda terhadap mereka.
وَالسَّابِقُونَ الأوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ  
                        Maksudnya :
" Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama mula beriman memeluk agama Islam di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka juga reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar." 
                      [Al-Quran  سورة التوبة  surah At-Taubah : 100  ]

Dalam surah Al-Fath ayat 29 pula diperjelaskan lagi :  

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَ الَّذينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَماءُ بَيْنَهُمْ تَراهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنَ اللَّهِ وَ رِضْواناً سيماهُمْ في‏ وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْراةِ وَ مَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوى‏ عَلى‏ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذينَ آمَنُوا وَ عَمِلُوا الصَّالِحاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَ أَجْراً عَظيماً

               Maksudnya :
“Muhammad itu adalah Utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keredaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang- orang yang beriman dan mengerjakan amal yang salih di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.  
Rasulullah s.a.w. amat memuliakan dan menyanjung tinggai para sahabat baginda dalam segala aspek penghayatan agama Islam. Baginda mengibaratkan perbezaan ketinggian darjat dan martabat kemuliaan para sahabat baginda dengan golongan insan mukmin lain adalah seperti sabda baginda:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَتَسُبُّوا أَصْحَابِيْ فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَابَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيْفَهُ 
                  (صحيح البخاري)
               Yang bermaksud :
Sabda Rasulullah s.a.w. :" Janganlah kalian mencaci para sahabatku, jika di antara kalian menginfakkan emas sebesar gunung Uhud, maka belum menyamai segenggam dari mereka tidak pula setengah genggam dari mereka. "  (Shahih Bukhari)    
Begitu juga terdapat banyak Hadis betapa Raslulullah s.a.w memuji-muji para sahabat baginda seperti yang dimaksudkan:
  Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
“Umatku yang paling penyayang terhadap sesamanya adalah Abu Bakar,
Sahabatku yang paling gigih dan tegas untuk menegakkan perintah Allah adalah Umar,
Sahabatku yang paling pemalu adalah Usman,
Sahabatku yang paling mengetahui halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal,
Sahabatku yang paling menguasai Ilmu Faraidh (Ilmu Waris) adalah Zaid bin Tsabit,
Sahabatku yang paling bagus membaca dan mengerti Al-Quranul Karim adalah Ubayd bin Ka’ab.
Setiap umat pasti memiliki orang yang paling dipercayai, dan orang yang paling dipercaya oleh umatku ini adalah Abu Ubaydah bin Jarrah.
Sahabatku yang paling tepat memberikan hukum adalah  Ali bin Abi Thalib.
Umatku yang paling zuhud dan setia adalah Abu Dzar,
Umatku yang paling banyak beribadah dan bertaqwa adalah Abu Darda,
Umatku yang paling penyantun dan dermawan adalah Muawiyah bin Abu Sofyan.” Radhiyallahu anhum ajma’in.” (HR. Tirmidzi)
Di atas landasan ini jugalah pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah memuliakan semua para sahabat Rasulullah s.a.w seperti yang disebut:
"....Hendaklah diiktiqadkan kelebihan martabat sahabat-sahabat Rasullullah s.a.w. itu dan tertib-tertibnya kelebihan mereka itu. Adalah seafdhal-afdhal manusia kemudian daripada Nabi Muhammad s.a.w. itu ialah Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian Usman dan kemudian Ali Radziallahu Anhum. Hendaklah menaruh baik sangkaan kepada kesemua sahabat Rasullullah s.a.w. dengan memuji mereka itu sebagaimana Allah SWT dan Rasul-Nya memuji mereka sekalian. Semuanya itu ada tersebut menunjukkan puji-pujian itu di dalam al-Quran al-'Azim dan beberapa Hadis Nabi Muhammad s.a.w...."
Ini bererti mereka yang memusuhi para sahabat Rasulullah s.a.w adalah musuh Allah, Rasul-Nya, agama Islam dan seluruh umat muslimin..

Abdullah bin Saba’ yang juga dikenali dengan sebutan Ibnu Sauda’ adalah seorang Yahudi yang berasal dari negeri Yaman, dari daerah Shan’a (Ibu kota Yaman). Ia berpura-pura masuk Islam pada masa pemerintahan Usman bin ‘Affan untuk menghancurkan Islam dari dalam. 
Dia dengan sokongan kuat para pengikutnya telah menyebarkan akidah-akidah sesat mereka dengan mereka-reka riwayat-riwayat palsu, penuh dengan pembohongan terhadap imam-imam mereka sendiri; mereka mencipta tafsir-tafsir dari sisi mereka bagi Kalam Allah. Kesemuanya adalah pembohongan ke atas para sahabat Nabi s.a.w dan permusuhan bagi Islam dan dan umatnya kerana sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah saksi-saksi al-Quran dan Kenabian dan As-Sunnah.  Maka perbuatan menghina para sahabat Rasulullah s.a.w pada hakikatnya sama seperti menikam saksi-saksi al-Quran serta secara langsung menghina dan mencerca al-Quran, Malaikat Jibril AS, Rasulullah s.a.w, kebenaran agama Islam, As-Sunnah dan Kenabian. Semoga Allah memelihara kita daripada setiap fitnah dan kesesatan dengan Kelebihan-Nya بفضله وكرمه  , Kurnia-Nya dan KemurahaNya .. Amin.



PERKARA  KE SEPULUH 

AKIDAH MENGHINA UMMAHATUL MUKMININ DAN BANI FATIMAH R.A. 

Bahawa pengasas-pengasas fahaman Syi'ah telah mensabitkan bagi imam-imam mereka I’SMAH عصمة (iaitu perihal maksumnya imam-imam mereka) seperti Rasul s.a.w.  
Sebagaimana mereka wajib beriman dengan Rasul, begitu juga adalah wajib ke atas mereka mentaati imam-imam mereka. Mereka telah mendakwa bahawa imam-imam mereka mempunyai sifat-sifat dan kelebihan-kelebihan yang tidak ada pada sesiapapun melainkan Allah.
Oleh itu, mereka mendakwa bahawa imam-imam mereka, mengetahui apa yang telah ada dan yang akan ada.  Mereka juga mengetahui waktu mati mereka malahan mereka tidak akan mati melainkan dengan pilihan mereka sendiri. Di sisi mereka ada tongkat Musa, cincin Sulaiman a.s, nama yang terbesar الاسم الاعظم dan senjata imamah. Mereka adalah umat yang paling berani serta kelebihan-kelebihan yang lainnya. Ini satu pihak, dan dari pihak lainnya pula walaupun mereka mensabitkan bagi mereka kelebihan-kelebihan dan perkara-perkara yang luar biasa dan segala mukjizat dan khurafat, mereka juga mensabitkan bagi diri mereka sebagai orang-orang munafik dan penakut; dan mereka adalah orang-orang yang berdusta dan sebagainya.
Berikut diturunkan sebahagian daripada kata-kata dan riwayat-riwayat mereka yang dipetik daripada kitab-kitab utama mereka yang menjadi rujukan fahaman aliran Syi'ah.
Bahawa mereka telah menulis tentang perkahwinan Umar r.a dengan Ummul Kalsum Binti Ali r.a.
Kata Imam Jaafar As-Sadiq:
 "Ia adalah faraj yang pertama yang telah kami merampasnya."
(فروع الكافي جـ 2)

نعوذ بالله  kami berlindung dengan Allah daripada sikap kurang ajar dan biadab terhadap Sayidah, bapanya saudara-saudaranya Ali dan Al-Husain r.a.

Al-Kulaini memetik daripada Ibni Abu Ameer Al-Ak’jami الاعجمي katanya: Abu Abdullah a.s berkata kepadaku: 
Ya Abu Umar bahawa Sembilan Per Sepuluh agama adalah pada taqiyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak ada baginya taqiyah dan taqiyah adalah pada segala sesuatu.
(اصول الكافي ص 482)

Dipetik daripada Abu Abdullah a.s, katanya: 
Bertaqwalah kamu kalian di atas agama kamu dan lindungilah ia dengan taqiyah. Sesungguhnya tidak ada iman bagi sesiapa yang tiada taqiyah baginya. 
                        (اصول الكافي ص 483).

Petikan  kata-kata daripada Muammar Bin Khallad معمر بن خلاد
 "Aku telah bertanya kepada Abul- Hasan a.s. berkaitan dengan para penguasa maka kata Jaafar a.s. taqiyah itu adalah (sebahagian) dari agamaku dan agama datuk-moyangku; dan tiada iman bagi siapa yang tiada taqiyah baginya."
(اصول الكافي ص484).

Al-Kulaini telah memetik daripada Zararah Bin Aak’yun زرارة بن اعين daripada Abu Jaafar a.s, katanya: Aku telah bertanya mengenai satu masalah maka dia memberikan jawapannya kepadaku; kemudiannya datanglah seorang lelaki lain; diapun bertanya mengenainya juga maka dia ini diberikan jawapan yang berlainan dengan apa yang dia jawab kepadaku. Kemudiannya pula datanglah seorang lagi maka dia diberikan jawapan yang berlainan dari apa yang dia jawab kepadaku dan dari apa yang dia jawab kepada kawanku.
Apabila kedua-dua lelaki itu keluar, aku katakan: Wahai putera Rasulullah, dua orang dari Iraq dari kumpulan Syi'ah kalian, mereka ini datang bertanya maka engkau telah berikan jawapannya kepada setiap mereka itu jawapan yang berlainan!
Maka katanya: Wahai Zararah, itulah yang terbaik dan lebih kekal bagi kami dan bagi kamu kalian.
(اصول الكافي ص171 )

Apa yang dapat difahami daripada riwayat-riwayat ini ialah bahawa imam-imam ini menyembunyikan apa jua masalah. Ada kalanya mereka pinda dan ubah jawapan-jawapan mereka dari seorang ke seorang yang lain; dan menyembunyi sesuatu masalah adalah sebahagian besar agama mereka. Mereka meriwayatkan secara palsu. Bagi mereka yang menyembunyikan agama Allah,  akan diberi kekuatan; dan orang-orang yang mendedahkan kebenaran agama Allah, mereka akan dihina oleh Allah. 

Jika itulah caranya imam-imam yang maksum di sisi mereka maka bagaimanakah mereka ini boleh dipercayai sedangkan mereka itu lebih kurang sealiran dengan Rabbi Pendita Yahudi dalam memahami dan mentakrifkan agama? Tindakan mereka menyembunyikan yang benar adalah perbuatan orang munafik  dan satu penghinaan yang amat keji terhadap imam-imam ahlil-bait.


PERKARA  KE SEBELAS

No comments: