10 February 2020

INILAH PEGANGAN AKIDAH PENGANUT SYI'AH (3)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



PERKARA  KE DUA BELAS 

AKIDAH MUT'AH متعة  Dan FADILATNYA:
Fat’hullah Al-Kasyani menyebutkan dalam tafsirnya mengenai Rasulullah s.a.w bahawasanya dia bersabda:
“Siapa yang bermut’ah satu kali, darjatnya adalah seperti darjat Al-Hsain a.s. dan siapa bermut’ah dua kali, darjatnya adalah seperti darjat al-Hasan a.s. dan siapa bermut’ah tiga kali, darjatnya adalah seperti darjat Ali bin Talib a.s. dan siapa bermut’ah empat kali maka darjatnya adalah seperti darjatku”.
(تفسير منهج الصادقين ص 356 مصنفه ملا فتح الله كاشاني )

Al-Kasyani juga menyebutkan: Bahawa Nabi saw telah bersabda:
 “Dan siapa yang keluar daripada dunia dan dia tak pernah bermut’ah, dia datang hari kiamat dalam keadaan cacat.
(تفسير منهج الصادقين ص 356 مصنفه ملا فتح الله كاشاني)

Dalam tafsirnya, Al-Kasyani juga dipetik dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab, ertinya: 

Daripada Rasulullah s..bahawasanya dia bersabda:
“Jibril telah datang kepadaku dengan suatu hadiah daripada Tuhanku; dan hadiah itu ialah mut’ah dengan wanita-wanita mukminah; hadiah ini tidak diberikan kepada sesiapa sebelumku di kalangan para Nabi; ketahuilah kalian bahawa mut’ah itu telah dikhaskan (secara khusus) oleh Allah kerana kemuliaanku keatas sekalian Nabi yang terdahulu; dan siapa bermut’ah sekali seumur hidupnya; dia telah menjadi ahli syurga; dan jika orang yang bermut’ah itu berjumpa seorang lelaki yang bermut’ah dengan seorang wanita yang bermut’ah di satu tempat yang sama, seorang malaikat turun kepada mereka untuk menjaga kedua mereka itu sehinggalah mereka bersurai; dan jika mereka bercakap di antara satu sama lain maka segala yang dibualkan itu menjadi zikir dan tasbih; dan jika salah seorang dari mereka itu, berpegang tangan (di antara mereka berdua), terkeluarlah dari jari-jari kedua mereka segala dosa dan kesalahan; dan jika salah seorang mereka berdua mengucupi seorang lagi, dituliskan bagi mereka berdua dengan setiap kucupan itu pahala haji dan umrah; dan dituliskan pada jimak mereka berdua dengan setiap syahwat dan kelazatannya itu satu kebajikan umpama gunung yang tinggi; dan jika mereka berdua ini mandi,  dan menitislah air itu, Allah Taala jadikan dengan setiap titisan air itu, malaikat mentasbih dan mentaqdiskan Allah dimana pahalanya dituliskan untuk mereka berdua sehingga hari kiamat. 
Wahai Ali, orang yang menyangkakan Sunnah ini (mut’ah ini sebagai satu) perkara ringan dan lemah dan dia tidak menyukainya maka dia itu bukanlah daripada syiahku dan aku berlepas diri daripadanya. Kata Jibril AS : Wahai Muhammad s.a.w: Satu darham (wang) yang dibelanjakan oleh seorang mukmin itu untuk mut’ah adalah lebih baik di sisi Allah dari seribu darham, dibelanjakan pada bukan mut’ah. Wahai Muhammad, dalam syurga ada satu kumpulan dari Hurul Ain الحور العين dijadikan Allah untuk ahli mut’ah. 
Wahai Muhammad, apabila seorang mukmin itu berakad dengan seorang mukminah dengan akad mut’ah maka tidak dia bangun dari tempatnya melainkan diampunkan oleh Allah baginya dan diampunkan juga untuk mukminah itu. " 
Diriwayatkan daripada As-Sadiq a.s. bahawa mut’ah itu adalah dari agamaku dan agama datuk-nenek kami maka yang beramal dengannya, dia beramal dengan agama kami dan yang mengingkarinya, dia mengingkari agama kami, bahkan dia itu beragama bukan dengan agama kami; dan anak mut’ah adalah lebih baik dari anak isteri yang kekal; الزوجة الدائمة dan orang yang ingkar mut’ah adalah kafir murtad.
(منهج الصادقين للملا فتح الله الكاشاني ص 356)

Dan disebutkan oleh empunya kitab منتهى الآمال   dalam Bahasa Farsi dan terjemahannya ke  dalam Bahasa Arab, yang bererti: 
Diriwayatkan juga daripada As-Sadiq a.s. bahawasanya dia berkata: Tidak ada seorang lelaki yang telah bermut’ah, kemudiannya dia mandi, melainkan sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan tujuh puluh malaikat dari setiap titik air yang luruh jatuh dari badannya itu untuk beristighfar baginya hingga hari kiamat, melaknatkan keatas sesiapa yang lari mengelak daripadanya sehingga berlakunya hari kiamat.Dan sesungguhnya telah ada beberapa riwayat, menyatakan tentang fadilat-fadilat mut’ah dalam Risalah A’jaalah Naafi’ah في عجالة نافعة dalam Bahasa Urdu iaitu terjemahan bagi Risalah Mut’ah bagi Al-Majlisi akan kami sebutkan terjemahan sebahagiannya dalam Bahasa Arab, ertinya: Kata Ali Amirul 
Mukminin a.s.: Barang siapa menyusahkan Sunnah (
ةالمتع) ini dan dia tidak menerimanya maka ia bukanlah dari Syi’ahku dan aku berlepas diri daripadanya.                                                                                                                                                                                                            ترجمة رسالة المتعة للعلامة محمد الباقر المجلسي ص   15  )      

                              
 Berkata Sayidul- A’lam (penghulu alam) s.a.w سيد العالم
Siapa bermut’ah dengan seorang wanita mukminah maka seolah-olahnya dia telah melawat ka'abah tujuh puluh kali.      (عجالة حسنة)
Maka kata Rasulullah s.a.w: 
"Siapa bermut’ah sekali, dia dibebaskan satu pertiga jasadnya daripada api neraka Jahannam; dan siapa bermut’ah dua kali, dia dibebaskan dua pertiga jasadnya daripada api jahanam; dan siapa yang menghidupkan Sunnah ini tiga kali, amanlah seluruh badannya daripada api jahanam yang membakar itu."
(عجالة حسنة ص 16)

Sabda Rasulullah s.a.w., Penghulu sekalian manusia: 
Wahai Ali sayugianya orang-orang mukminin dan mukminat di galakkan bermut’ah walau pun sekali sebelum mereka berpindah daripada dunia ke akhirat.”
Allah telah bersumpah dengan Diri-Nya bahawa Dia tidak mengazabkan seorang lelaki atau perempuan yang telah bermut’ah. Dan siapa yang berusaha pada kebaikan ini (mut’ah) dan berusaha meningkatkannya, Allah angkatkan darjatnya. 

                     (عجالة نافعة ص 16)

Al-Kasyani telah memetik dari tafsirnya, riwayat yang panjang dalam Bahasa Farsi bahawa Nabi saw ditanya:  Apa dia ganjaran orang yang berusaha dalam bab ini (mut’ah) maka katanya: Baginya ialah ganjaran mereka berdua iaitu orang yang berusaha di antara kedua mereka yang bermut’ah dalam kata lain, dia memperolehi ganjaran lelaki yang bermut’ah dan ganjaran perempuan yang bermut’ah.

Abu Jaafar Al-Kummi ابو جعفر القمي memetik dari kitab: من لا يحضره الفقيه (Man La Yahduruhu Alfaqih) iaitu salah satu dari empat kitab yang sahih bagi orang-orang syiah: 
Meriwayatkan bahawa orang mukmin tidak (akan) sempurna sehinggalah ia bermut’ah.
( الفقيه ص330 لأبي حعفر محمد بن بابويه القمي)

Al-Qummi juga memetik kata Abu Jaafar a.s: Bahawa Nabi saw ketika diisrakkan ke langit katanya: Jibril a.s. telah mendapatkan daku, katanya: Wahai Muhammad bahawa Allah Tabaraka Wa Taala berfirman: Bahawa aku telah ampunkan bagi orang-orang yang bermut’ah di kalangan umatmu dengan wanita-wanita.
(من لا يحضره الفقيه ص330 لأبي حعفر بن بابويه القمي)

Al-Qummi juga memetik: As-Sadiq a.s الصادق berkata: 
"Bahawa aku bencikan lelaki yang mati, sedangkan dia telah tertinggal keatasnya salah satu sifat (ciri) Rasulullah s.a.w; dia telah tidak mengerjakannya maka aku katakan: Adakah ia tamatuk’ Rasulullah s.a.w? Katanya: Ya.
(من لم يحضره الفقيه ص 329 لأبي حعفر محمد بن بابويه القمي).

Al-Qummi juga memetik dari Abdullah Bin Sinan عبدالله بن سنان daripada Abu Abdullahh a.s. katanya: Bahawa Allah Tabaraka Wa Taala telah mengharamkan ke atas Syi'ah kami apa yang memabukkan dari setiap minuman dan digantikan dengan mut’ah.

(من لم يحضره الفقيه ص 330 ومنتهى الآمال جـ 3 ص341 )


Rukun Mut’ah Dan Hukum-Hukumnya Bagi Orang-Orang Syiah

Al-Mulla Fathullah Al-Kasyani الملا فتح الله الكاشاني dalam tafsirnya, منهج الصادقين   dalam Bahasa Farsi dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab:
Ketahuilah bahawa terdapat lima (5) Rukun Aqad Mut’ah :

1.  Suami
2.  Isteri
3.  Mahar
4.  Sighah Ijab
5.  Sighah Qubul
(تفسير منهج الصادقين ص 357 للكاشاني)

Al-Kasyani juga memetik dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke Bahasa Arab yang bererti:
 "Ketahuilah bahawa bilangan isteri dalam mut’ah tidak terhad dan tidak dilazimkan bagi lelaki nafakah, tempat tinggal dan pakaian. Dan tidak disabitkan bagi mereka itu hak saling mewarisi di antara suami-isteri yang bermut’ah. Dan perkara-perkara ini disabitkan dalam akad yang bersifat kekal."
(تفسير منهج الصادقين ص 352 للكاشاني)

Abu Jaafar Attusi ابو جعفر الطوسي memetik yang bermaksud: 
"Dan Abu Abdullah a.s. ditanya mengenai mut’ah, apakah ia daripada empat (isteri) maka katanya:  Tidak dan tidak daripada tujuh puluh."
Daripada Abu Abdullah a.s katanya yang bererti : 
Disebutkan kepadanya mut’ah, apakah ia daripada empat: Katanya: Kawinlah daripada mereka seribu maka sesungguhnya mereka itu adalah wanita-wanita yang disewakan, mereka tidak dicerai dan tidak pula ditalak akan tetapi dia adalah yang disewa. 
               (التهذيب جـ 3 ص 188 لأبي جعفر محمد بن الحسن الطوسي )

Mahar Mut’ah:
Dipetik oleh Attusi dari kitab Attahzib التهذيب   yang bererti:
"Adapun mahar itu dalam mut’ah adalah apa yang diredai oleh mereka berdua, sama ada sedikit mahu pun banyak. Aku katakan kepada Abu Abdullah a.s. apakah yang paling sedikit untuk dikahwini dengannya mut’ah?Katanya: Setapak tangan daripada gandum."
              (التهذيب جـ 2 ص 188 لأبي محمد بن الحسن الطوسي).

Tiada Saksi Dan Tiada Pemberitahuan Untuk Bermut’ah

Dipetik oleh Attusi di dalam AT-TAHZIB yang bererti:
 Tiada dalam mut’ah saksi dan tidak diiklankan/diumumkan (diisytiharkan).
(التهذيب جـ2 ص 188  لا بي محمد بن الحسن الطوسي ).

Attusi juga memetik daripada Abu Jaafar a.s, katanya:
 Dijadikan bayinah البينة pada nikah hanyalah kerana harta pusaka. من اجل المواريث

(التهذيب جـ2 ص 186لأبي محمد بن الحسن الطوسي)

Abu Jaafar Attusi juga dalam kitab At-Tahzib التهذيب menyebutkan: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s. mengenai seorang lelaki, mengahwini seorang wanita dengan sepotong kayu gaharu? Katanya: Tidak mengapa tetapi jika selesai, dia hendaklah memalingkan mukanya dan janganlah dia melihatnya.
(التهذيب جـ2 ص 190 لأبي محمد بن الحسن الطوسي).

Disebutkan juga dalam At-Tahzib: Tidak mengapa dia bermut’ah dengan seorang wanita dari Bani Hasyim الهاشمية.
(التهذيب جـ2 ص 193 لأبي محمد بن الحسن الطوسي)

Al-Kulaini menyebut dalam kitab Al-Kafi: Daripada Abu Abdullah a.s, katanya: 
Seorang wanita telah datang kepada Umar maka katanya: Bahawa aku ini Zainab maka engkau bersihkan daku, lalu dia perintahkan direjam. Bila diberitahu kepada Amirul Mukminin a.s, maka katanya: Bagaimana engkau Zainab maka katanya: Aku telah melalui sebatang jalan di sebuah kampung maka aku telah mengalami kedahgaan yang amat kuat, lalu aku minta daripada seorang Badwi untuk diberikan minuman, tetapi dia enggan memberikan minuman, kecuali aku membolehkan diriku ini dikuasai dan apabila aku sudah tak tahan lagi dengan kedahagaan itu dan aku merasa takut ke atas diriku, diapun memberikan air untuk diminum, lalu aku merelakan diriku. Maka Amirul Mukminin a.s. mengatakan: Bahawa itu adalah suatu perkahwinan, Demi Kakbah.
(  جـ2 ص 198فروع الكافي

سبحان الله (Maha Suci Allah), sesungguhnya hawa nafsu telah mengatasi Syi'ah, lalu mereka itu mengaitnya dengan Amirul Mukminin Ali Bin Abu Talib sebegini  pembohongannya atau apakah ini diterima akal, apabila seorang yang zalim berzina dengan seorang wanita yang dipaksa, diugut mati dengan kedahagaan sehinggalah terpaksa mengikut kehendak jahatnya itu maka kesemuanya dianggap oleh Syi'ah sebagai satu perkahwinan syarii (yang sah). Apakah tidak perkara seperti ini akan membuka pintu yang luas kepada orang-orang jahat bagi membolehkan mereka itu mengambil mana-mana wanita yang mulia, kemdiannya dipaksa dengan apa cara untuk melakukan perzinaan yang dianggap sebagai suatu perkahwinan yang sah oleh penganut fahaman  Syi'ah.
Allah menyaksikan bahawa Islam berlepas diri daripada segala kekotoran ini. Kemudian pereka fahaman Syi'ah mengambIl dalil, kononnya diharuskan bermut’ah dengan merujuk Firman Allah:

  ".... فما استمتعتم به منهن فآتوهن اجورهن فريضة ...."
     Maksudnya: 
“….. kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu) maka berilah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna) sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) …..”.
[Surah An-Nisaa: 24]

Ijmak telah sepakat dan sekata untuk tidak mengharuskan mut’ah dan diharamkan; tidak ada sebarang khilaf pada yang demikian itu di kalangan ulamak amsar علماء الامصار kecuali golongan Sy'iah.
Dan dalil (hujah) tentang pengharaman mut’ah ialah Firman Allah:

قد افلح المؤمنون (1) الذين هم في صلاتهم خاشعون
(2) والذين هم عن اللغو معرضون (3) والذين هم
للزكاة فاعلون (4)  والذين هم لفروجهم حافظون (5)
إلا على ازواجهم او ما ملكت ايمانهم فانهم غير ملومين
(6) فمن ابتغى وراء ذلك فأولئك هم العادون (7)
       Maksudnya: 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (1) orang-orang yang ketika dalam sembahyang, mereka khusuk (2) Dan orang-orang yang dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, (mereka) berpaling (menjauhkan diri) (3) Dan orang-orang yang menunaikan zakat itu) (4) Dan orang-orang yang menjaga kehormatannya; (5) Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela (dalam menggaulinya) (6) Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas." (7).
                      [Surah Al-Mukminun : 1]

Maka sabitlah daripada ayat-ayat ini bahawa (mut’ah) tidak dihalalkan bagi lelaki kecuali isterinya atau hamba sahayanya dan jika ia mahu mengambil jalan selain jalan ini maka sesungguhnya dia itu adalah salah seorang yang melampau.

Adalah diketahui umum bahawa lelaki yang menguasai seorang wanita melalui mut’ah maka wanita itu bukanlah seorang wanita yang dinikahi. Kerana dalam mut’ah tidak disyaratkan saksi, tidak ada baginya nafakah, tidak ada baginya harta pusaka, tidak ada baginya talak (cerai). Begitu juga, tidak ada sekatan, iaitu empat orang sahaja, tidak boleh dijual, dihibah atau dimerdekakan sepertimana halnya pada yang dimiliki. Maka bagaimanakah mut’ah itu menjadi halal?

Firman Allah :
"..... فإن خفتم ألا تعدلوا فواحدة او ماملكت ايمانكم ...."
         Maksudnya : 
“…… maka jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki …”.
                  [Surah An-Nisaa : 3]
Maka sesiapa yang takut untuk berlaku adil, maka hendaklah dia memadai dengan seorang atau dengan hamba-hamba perempuan yang dimiliki. Di manakah mut’ah

; line-height: 107%;">Begitu juga Firman-Nya:
"ومن لم يستطع منكم طولا ان ينكح المحصنــت المؤمنات فمن ما ملكت ايمانكم ....".
            Maksudnya: 
i.“Dan sesiapa (di antara kamu) yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki … ...”.  
                   [Surah An-Nisaa: 25].
" .... ذلك لمن خشي العنت منكم وأن تصبروا خير لكم والله غفور رحيم"

            Maksudnya :
ii.“……. itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan (hendaklah kalian) bersabar (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan), itu adalah lebih baik bagi kamu kalian. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. 
[Surah An-Nisaa :25]

Maknanya: Sekiranya mut’ah itu halal nescaya disebutkan, lebih-lebih lagi apabila disebutkan: "من خشي العنت" 

yang bererti: 
“orang-orang bimbang melakukan zina” dan tidak disebutkan mut’ah maka ini menunjukkan bahawa mut’ah itu adalah haram.

" وليستعفف الذين لا يجدون نكاحا حتى يغنيهم الله من فضله ....".

                    Maksudnya:
Dan hendaklah menjaga kehormatan diri, orang-orang yang tidak (mampu) mendapati untuk menikah sehingga Allah mencukupi mereka dari limpah kurnia-Nya … …”.
           [Surah An-Nur: 33].
Dan Allah tidak perintahkan orang yang tidak mampu nikah supaya dia bermut’ah dengan wanita untuk berseronok-seronok dengannya sehinggalah Allah mencukupkan dia daripada kurniaan-Nya bukan berzina.  Ayat ini menunjukkan tidak ada langsung mengenai mut’ah dan ini adalah suatu yang cukup terang tentang haramnya mut’ah.
Golongan Ar-Rawafidh (Sy'iah), mereka ini mengambil dalil dari beberapa Hadis yang ada disebutkan dalam kitab mereka yang kononnya sahih. Kesemua imam, salaf dan khalaf di kalangan ahli As-Sunnah adalah sekata dalam perkara ini maka tidaklah ada apa-apa dalil bagi mereka itu (Sy'iah) padanya.
Dan hujah pengharaman mut’ah juga ialah sabdanya s.a.w:
  "اني كنت اذنت لكم في الاستمتاع من النساء وان الله قد حرم ذلك الى يوم القيامة فمن كان عنده منهن شئ فليخل سبيله، ولا تأخذوا مما أتيتموهن شيئا".
              Maksudnya :
“Bahawasanya aku telah mengizinkan bagi kamu kalian untuk beristimtak’ dengan wanita-wanita dan bahawasanya Allah telah pun mengharamkan yang demikian itu hinggalah hari kiamat. Maka sesiapa yang ada mempuyai sesuatu pada diri mereka maka hendaklah ia membiarkannya pergi, dan janganlah kalian mengambil dari apa yang kamu kalian telah berikan kepada mereka apa-apa suatupun.”
(صحيح مسلم جـ 1 ص 451 طبعة الهند)

Demikian juga dengan apa yang dikeluarkan oleh Muslim: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah melarang dari mut’ah dan katanya:
ألا  إنها حرام من يومكم هذا الى يوم القيامة ومن كان اعطى شيئا فلا يأخذه.
Maksudnya         
"Sesungguhnya ia adalah haram dari hari kamu ini sehinggalah ke hari kiamat; dan siapa yang telah memberi sesuatu maka janganlah ia mengambilnya (semula)."
 (مسلم جـ 1 ص 452 الطبعة الهندية)

At-Tarmizi telah memetik daripada Ibnu Abbas r.a, katanya yang bererti:
 "Mut’ah itu adalah di awal Islam, di mana seorang lelaki yang datang ke sebuah negeri, dia tidak ada baginya kenalan, lalu dia pun mengahwini seorang wanita dengan kadar selama mana dia mahu tinggal di negeri itu. Tujuannya ialah supaya barangannya dapat dijaga oleh wanita berkenaan dan supayanya terjagalah pula kehendaknya sehinggalah turunnya ayat ini:
".... إلا على ازواجهم او ما ملكت ايمانهم ... "

         Maksudnya: 
“… Kecuali kepada isteri-isterinya atau hamba-hamba sahayanya …”. 
                  [Surah Al-Mukminun : 6]

 (الترمذي ص 133 طبعة باكستان)


Kata Al-Haazimi الحازمي: Bahawa Nabi s.a.w tidak pernah membenarkan mereka sama-sekali (untuk melakukan mut’ah) semasa mereka berada di rumah-rumah dan di negara sendiri. Apa yang dibenarkan bagi mereka ialah di masa-masa, mengikut keadaan darurat sehinggalah diharamkan keatas mereka hingga ke hari kiamat.
Di dalam kitab-kitab syiah juga, diriwayatkan dari Ali a.s, katanya: Rasulullah saw telah mengharamkan pada hari Khaibar daging keldai dan nikah mut’ah.

(التهذيب جـ 2 ص 186 الاستبصار جـ 3 ص 142)

Selepas apa yang kami telah dapat dari dalil-dalil yang sebenar dan qat’ii tentang pengharaman "Nikah Mut’ah" maka hendaklah kita lihat dari segi pandangan akli yang mudah, tanpa (dipengaruhi oleh) hawa nafsu dan tanpa ada sebarang salah anggap dimana seorang lelaki itu hanya dibenarka berkahwin empat orang sahaja, sementara golongan Rawafidh (الروافض) dan Syi'ah, mereka itu dibenarkan bermut’ah walau seribu wanita, seperti mana yang diterangkan sebelum ini. Inilah yang membawa kepada ramainya bilangan anak-anak mereka, lalu berlakulah kepincangan dalam sistem pernikahan dan harta pusaka, kerana kesahihan sesuatu pernikahan itu hanya diketahui melalui kesahihan nasab keturunan, tetapi disebabkan ramainya (anak-anak mut’ah)  maka ini sudah  tentu tidak mungkin dapat dibolehkan dalam keadaan yang  sedemikian itu. 
Sebagai contoh, katakan: Seorang lelaki telah pergi mengembara atau  melancong ke satu tempat yang jauh  dan melakukan mut’ah dengan seorang wanita di setiap bandar sehinggalah hasil daripada perkahwinan itu dia mendapat berapa orang  anak-anak lelaki dan perempuan. Andai kata dia ditakdirkan datang semula, lalu dia pun atau salah seorang saudara-saudarnya atau anak-anak perempuannya singgah di bandar-bandar tersebut; maka dia pun beraqad-nikah dengan beberapa wanita. Maka apakah yang boleh menghalangnya dari terjebak dengan mana-mana anak perempuannya sendiri? Ketika itu, dia telah berakad-nikah dengan sebahagian anak-anak perempuannya atau dengan anak-anak perempuan saudaranya atau saudara perempuannya sendiri.

Apa yang lebih meghairankan lagi, selepas segalanya ini, ialah mut’ah yang Syi'ah berpegang dengannya itu pula dikira sebagai dalil bagi mereka bahawa mut’ah itu telah berlaku pada permulaan zaman Nabi s.a.w dan perkara itu disabitkan oleh mereka dengan adanya saksi-saksi yang mereka mengatahuinya melalui kitab-kitab mereka.
Maka mut’ah yang diadakan oleh Syi'ah secara terbuka akhir-akhir ini, mereka tidak mensyaratkan sebarang saksi. Maka bagaimanakah dapat disahkan dalil-dalil mereka tentang kesahihan mut’ah ini dengan apa yang mereka sabitkan iaitu pada permulaan zaman Nabi s.a.w.?

Kepada kamu kalian, inilah riwayat-riwayat rekaan mereka:
Imam Jaafar As-Sadiq ditanya: Orang-Orang Islam di era zaman Nabi s.a.w berkahwin tanpa ada bayinah (keterangan), katanya: Tidak.
(التهذيب جـ 2 ص 189).

Riwayat ini telah disebutkan oleh mereka dalam Bab Mut’ah:

 “Mereka Berkahwin”.

Yang dimaksudkan ialah mut’ah. Pengarang menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan itu bukanlah Nikah Yang Kekal, tetapi mut’ah atau dalam istilah biasa orang Melayu "Kahwin Kontrak".

Image result for kawin mutah syiah


PERKARA  KE TIGA BELAS 

AKIDAH MEMINJAM FARAJ YANG DIHARUSKAN :

Abu Jaafar Muhammad Bin Al-Hasan Attusi telah memetik dalam kitab Al-Istibsar الاستبصار dari Muhammad Bin Muslim dari Abu Jaafar a.s, katanya: 
"Aku telah katakan kepadanya: Seorang lelaki boleh menghalalkan bagi saudaranya, faraj jariyahnya? Katanya: Ya, tidak mengapa dengannya itu, baginya halal apa yang dia itu halalkan untuknya daripadanya (jariyahnya itu).
(الاستبصار جـ 3 ص 136 ابي جعفر محمد بن الحسن الطوسي )

Ungkapan kata yang dipetik oleh Attusi dalam kitab Al-Istibsar الاستبصار daripada Muhammad Bin Madharib محمد بن مضارب katanya yang diertikan: 
"Abu Abdullah a.s berkata kepadaku: Wahai Muhammad, engkau ambillah jariyah ini untuk berkhidmat dengan engkau dan engkau akan dapat habuan daripadanya maka jika dia keluar maka engkau pulangkanlah dia kepada kami."
(الاستبصار جـ 3 ص 136 وفروع الكافي جـ 2 ص 200 لمحمد بن يعقوب الكليني)


PERKARA  KE EMPAT BELAS 

AKIDAH MELIWAT WANITA YANG DIHARUSKAN 

Abu Jaafar Muhammad Bin Al-Hasan Attusi telah menyebut dalam kitab Al-Istibsar: Daripada Abdullah bin Abu Yaafur عبدالله بن ابي يعفور katanya: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s, mengenai lelaki yang mendatangi perempuan dari duburnya, katanya:
" Tidak mengapa jika dia merelakan."
Dipetik juga dari kitab Al-Istibsar: Dari Musa Bin Abdul Malik mengenai seorang lelaki, katanya:
Aku bertanya kepada Abul Hasan Ar-Ridha a.s mengenai lelaki yang mendatangi perempuan dari belakang, pada duburnya maka katanya: Itu telah dihalalkan oleh ayat daripada Al-Quran iaitu kata Nabi Lut a.s: "... هؤلاء بناتي هن اطهر لكم ..." (ertinya: “.… wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu …”).
[Surah Lut:  78]

Sesungguhnya dia telah tahu bahawa mereka itu tidak mahukan faraj.
(الاستبصار جـ 3 ص 243)

Dalam Istibsar juga: Daripada Yunus Bin A’mmar يونس بن عمار katanya: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s atau kepada Abul-Hasan a.s: Bahawa aku mungkin telah mendatangi seorang jariyah dari belakangnya iaitu dari duburnya dan dia terkoyak maka aku berjanji ke atas diriku ini, andainya aku kembali kepada mana-mana wanita sebegitu caranya maka keatasku sedekah sebayak satu darham dan ini telah memberatkan daku, katanya: Tidak ada keatas diri engkau itu apa-apa. Yang demikian itu adalah hak engkau.

Di dalam Kitab Istibsar juga ada menyebut yang bererti: 
Dari Hammad Bin Uthman, katanya: 
"Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s atau engkau beritahu saya, siapakah yang bertanya kepadanya tentang seorang lelaki yang mendatangkan seorang perempuan pada kedudukan itu, sedangkan di dalam rumah itu terdapat jamaah di dalamnya. Maka dia berkata kepadaku dengan meninggikan suaranya: Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang membebankan orang yang di bawah pemilikannya dengan apa yang dia tidak mampu menanggungnya maka hendaklah dia menjualnya, kemudian dia melihat pada muka-muka Ahlil Bait, kemudiannya dia mendengar kepada aku, lalu dia berkata: Tidak mengapa dengannya."
(الاستبصار جـ 3 ص 243)

Orang empunya Kitab Istibsar صاحب الاستبصار dalam ulasannya tentang dua perkhabaran, terdapat di dalam keduanya larangan meliwati wanita maka katanya: Ada dua wajah (pandangan) dalam kedua-dua perkhabaran ini, salah satunya bersabit dengan kebencian kerana apa yang lebih afdal ialah mengelakkan diri dari yang demikian itu, walaupun perkara itu bukanlah sesuatu yang dilarang. Ada kemungkinan juga bahawa kedua-dua perkhabaran itu dibuat atas dasar taqiyah, kerana terdapat salah seorang di kalangan orang awam yang tidak membenarkan perkara seperti itu berlaku.

(الاستبصار جـ 3 ص 244)

Walau apapun maka perkara ini adalah nyata salah dan batilnya serta menyalahi dengan apa yang telah didatangkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bahkan kesemua ini adalah semata-mata menurut hawa nafsu.

Pengharaman meliwati wanita yang disabitkan dalam Al-Quran dan Sunnah:

Firman Allah Azza Wajalla:

" نساؤكم حرث لكم فأتوا حرثكم انى شئتم"
        Maksudnya: 
i.“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai …”.Bahawa Allah telah mengizinkan untuk ditadangi di tempat al-harthu (الحرثiaitu alfarju dan tidak diizinkan di tempat al-farthu الفرث) iaitu dubur.
[Surah Al-Baqarah : 223 ] 
" يسألونك عن المحيض قل هو اذى فاعتزلوا النساء في  
المحيض ولا تقربوهن حتى يطهرن ..." .
             Maksudnya:
ii.“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum haid). Katakanlah: Darah haid itu adalah AZA (اذى maka jauhilah wanita-wanita (isteri-isteri) di dalam masa haid dan janganlah kamu hampiri mereka sebelum mereka suci.
[Surah Al-Baqarah: 222]

Dalam ayat ini, Allah telah melarang dari mendatangi wanita pada alfarju ketika dalam haid, sekalipun ia tidak lama, kecuali dalam beberapa hari sahaja. Apatah lagi dubur, tempat buangan najas yang berterusan. Ayat ini juga menerangkan tentang apa yang dilarang, hanyalah alfarju sahaja dan bukannya dubur, kerana haid itu bersangkut paut dengan farju. Adapun dubur maka keadaannya adalah seperti sebelum haid. Andainya diharuskan untuk didatangi sebelum haid makanya tidakalah ia menjadi larangan sekarang juga.

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda yang mafhumnya: 
“Barangsiapa mendapatkan seorang tukang sihir, lalu dia mempercayainya dengan apa yang dia kata atau dia telah mendatangi isterinya ketika dalam haidh ataupun ia mendatangi isterinya itu dari duburnya maka sesungguhnya dia itu telah berlepas diri dari apa yang diturunkan ke atas Muhammad s.a.w. 
(ابو داود وكتاب الكهانة والتطهير ص 545)

 Nabi s.a.w bersabda: 

            "ملعون من أتى امرأة في دبرها"

             Maksudnya: 
"Adalah dilaknati sesiapa yang mendatangi seseorang wanita dari duburnya.”

PERKARA  KE LIMA BELAS 

AKIDAH AR-RAJ'AH  الرجعة
Syaikh Abbas Al-Qummi dalam kitab Muntahal Amaal منتهى الامال dalam Bahasa Farsi, ertinya: As-Sadiq a.s berkata:
 “Bukanlah dia itu daripada kami, sesiapa yang tidak beriman dengan raj’ah kami (iaitu kembalian semula kami) dan tidak mengakui halalnya mut’ah”.
(منتهى الامال جـ 2 ص 341 للشيخ عباس القمي)

Al-A’llamah Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi menyatakan dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke Bahasa Arab, maknanya:
Ibnu Babawaih meriwayatkan dalam kitab e’lal asy-syara’ik’ علل الشرائع mengenai Imam Muhammad Al-Baqir a.s bahawa dia telah berkata: Apabila munculnya Al-Mahdi maka dia akan menghidupkan Aisyah dan dia akan jalankan keatasnya hukuman hudud.

(حق اليقين ص 347 لمحمد الباقر المجلسي)

Maqbul Ahmad Asy-Syii مقبول احمد الشيعي telah memetik terjemahannya bagi Al-Quran dalam Bahasa Urdu yang diterjemahkan ke Bahasa Arab: Diriwayatkan daripada Imam Muhammad Al-Baqir a.s dalam tafsir Al-Qummi dan tafsir Al-Eiasyi العياشي bahawa apa yang dikehendaki maknanya dalam ayat ini iaitu perkataan: al-akhirah: الاخرة ialah Ar-Raj’ah.
Ar-Raj’ah ialah bahawa Rasulullah saw dan imam-imam a.s, terutama sekali di kalangan orang-orang mukmin dan kafir akan kembali ke dunia sebelum berlakunya assa’ah الساعة iaitu hari kiamat untuk meninggikan kebaikan dan keimanan, seterusnya menghapuskan kekufuran dan kemaksiatan.
(ترجمة مقبول احمد ص 535)

Al-Mulla Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi menyebutkan dalam kitab HAQQUL-YAQIN حق اليقين secara terperinci dalam Bahasa Farsi,  yang bererti:Apabila munculnya Al-Mahdi a.s (sebelum kiamat) maka akan terbelahlah dinding kubur Rasulullah dan terkeluarlah Abu Bakar dan Umar dari kubur masing-masing, lalu dia menghidupkan mereka berdua, kemudiannya disalibkan kedua-duanya, wal-iyazubillah  والعياذ بالله .
Kemudian disebutkan juga dari Al-Mahdi dalam Bahasa Farsi yang diterjemahkan ke Bahasa Arabnya iaitu: 
"Kemudian dia perintahkan manusia berkumpul. Maka segala kezaliman dan kekufuran yang lahir dari permulaan alam sehinggalah ke akhirnya, kesemuanya itu akan ditulis ke atas mereka berdua iaitu Abu Bakar dan Umar. Dan apa jua darah keluarga Muhammad yang tumpah pada sebarang masa, malahan setiap titik darah yang tumpah tanpa hak dan setiap persetubuhan haram yang telah berlaku dan setiap harta riba atau harta haram yang telah dimakan dan setiap dosa dan kezaliman yang telah berlaku, sehinggalah ke saat munculnya Al-Mahdi maka segalanya itu akan dikira dalam perbuatan-perbuatan mereka berdua (Abu Bakar dan Umar)."

(حق اليقين ص 360 الملا محمد الباقر المجلسي)

Al-A’llamah Muhammad Baqir Al-Majlisi juga ada memetik selepasnya juga: An-Nakmani meriwayatkan dari Imam Muhammad Al-Baqir a.s bahawasanya dia berkata: 
"Ketika munculnya Imam Mahdi maka orang yang pertama yang menyatakan taat setia ialah Muhammad a.s, kemudiannya Ali a.s yang dibantu para malaikat."
Syaikh Attusi dan An-Nakmani meriwayatkan dari Imam Ridha a.s bahawa dari tanda-tanda munculnya Al-Mahdi, dia akan keluar telanjang bulat di hadapan matahari dan melaungkan: 
"Inilah dia Amirul Mukminin telah kembali untuk membinasakan orang-orang yang zalim."
(حق اليقين ص 347 )

Inilah sebahagian daripada pembohongan-pembohongan Syi'ah yang paling besar… menyalahi barang apa yang telah dibawa oleh agama Islam. Kesemua agama langit adalah sekata bahawa di dunia ini manusia bekerja, kemudiannya dia akan mati; seterusnya dikumpulkan di padang mahsyar di hari kiamat. Di sanalah Allah akan menghitungnya dari segala amalannya. Tetapi apa yang dimahukan oleh orang-orang syiah ialah cerita pembohongan yang sengaja diada-adakan untuk mereka melantik Al-Mahdi di makam (tempat) Penghitung bagi sekalian manusia.
Segala riwayat ini, yang penuh dengan segala pembohongan, merupakan penghinaan yang besar terhadap Rasulullah s.a.w dan Sayidina Ali bin Talib r.a. dengan menggunakan mereka sebagai sandaran ketika melafazkan ikrar taat setia kepada Al-Mahdi untuk dijadikan pula sebagai anak mereka berdua yang akan muncul bertelanjang bulat, tanpa sebarang pakaian.

Mengenai Abu Bakar dan Umar r.anhuma dan apa yang telah ditunjukkan kepada mereka berdua dari kebencian dan permusuhan tidaklah perlu diulas, kerana ia adalah bercanggah dengan petikan (apa yang dipetik) dan akal. Bagaimanakah boleh diterima akal tentang orang yang dipertanggungkan untuk memikul segala dosa oran-orang sebelumnya.

Sesungguhnya mata mereka itu tidak buta tetapi hati (qalbu) mereka yang di dada itulah yang buta. 
 "... فإنها لا تعمى الابصار ولكن تعمى القلوب التي في الصدور".  
             Maksudnya :
“… bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada”. 
               [Surah Al-Hijr: 46].

                       PERKARA  KE ENAM BELAS 
                                       ⤵️




No comments: