↘️
PERKARA KE ENAM BELAS
AKIDAH TANAH LIAT الطينة :
Muhammad Bin Yakub Al-Kulaini telah menyebut di dalam Kitab Usul Alkafi (Bab tanah liat orang mukmin dan orang kafir) dan dia telah membawa di dalamnya beberapa riwayat.
Kami sebutkan sebahagiannya: Daripada Abdullah Bin Kisan, daripada Abu Abdullah a.s katanya: Aku telah katakan kepadanya: Aku jadikan diriku ini tebusan engkau: Aku ini Abdullah Bin Kisan, anak angkat engkau.
Katanya: Adapun nasab maka aku mengenalinya, tetapi aku tidak mengenali engkau, katanya: Aku telah katakan kepadanya: Bahawa aku telah diperanakkan di bukit dan aku telah dibesarkan di bumi Farsi; aku bercampur dengan orang-orang yang terlibat dalam perniagaan dan lain-lainnya; maka aku bercampur gaul dengan lelaki, lalu aku lihat akhlaknya yang baik, perangainya yang elok dan beramanah; kemudiannya aku cari dan cari mengenai permusuhan engkau, aku campuri lelaki maka aku lihat padanya buruk kelakuan, kurang beramanah dan tidak berakhlak; kemudian aku cari dan cari tentang pemerintahan engkau maka bagaimana ia boleh terjadi sedemikian itu?

Katanya: Adapun nasab maka aku mengenalinya, tetapi aku tidak mengenali engkau, katanya: Aku telah katakan kepadanya: Bahawa aku telah diperanakkan di bukit dan aku telah dibesarkan di bumi Farsi; aku bercampur dengan orang-orang yang terlibat dalam perniagaan dan lain-lainnya; maka aku bercampur gaul dengan lelaki, lalu aku lihat akhlaknya yang baik, perangainya yang elok dan beramanah; kemudiannya aku cari dan cari mengenai permusuhan engkau, aku campuri lelaki maka aku lihat padanya buruk kelakuan, kurang beramanah dan tidak berakhlak; kemudian aku cari dan cari tentang pemerintahan engkau maka bagaimana ia boleh terjadi sedemikian itu?
Katanya: Maka dia berkata kepadaku: Apakah engkau tidak tahu wahai anak Kisan bahawa Allah Azza Wajalla telah mengambil tanah (طينة) dari syurga dan tanah dari neraka maka dicampurkan kesemuanya, kemudiannya dia mengeluarkan yang ini daripada yang ini dan yang ini daripada yang ini maka tidaklah aku lihat dari orang-orang itu yang ada amanah, elok akhlaknya. Maka dari apa yang ada kena mengena dengan tanah liat syurga, mereka sedang kembali kepada apa yang mereka itu dijadikan daripadanya. Dan aku tidak lihat daripada orang-orang itu, kurang amanahnya, buruk perangainya dan tidak berakhlak. Maka dari apa yang ada kena mengena dengan tanah liat daripada api, mereka kembali kepada apa yang mereka itu dijadikan daripadanya.
PERKARA KE TUJUH BELAS
Akidah Ihtisab Pada Ratapan, Mencarikkan Poket Dan Memukul Pipi Ke atas Kematian Syahid Al-Husain R.A.
Para penganut penganut fahaman Syiah mengadakan ihtifal (perayaan) dan majlis-majlis untuk memekik dan meraung dalam upacara meratap. Mereka mengadakan perarakan-perarakan secara besar-besaran di tengah-tengah jalan raya dan di medan perhimpunan bagi memperingati syahadah (mati syahid) Al-Husain r.a. pada 10 awal Bulan Muharram pada tiap tahun.
Dengan kepercayaan bahawa ia adalah untuk mendekatkan diri dengan Tuhan (قربات). Dalam upacara ritual ini mereka memukul pipi-pipi mereka dengan tangan-tangan, dada-dada mereka dan belakang-belakang mereka. Mereka mencarik-carikkan poket-poket pakaian, meratap, menangis, terpekek-pekek, menjerit-jerit dengan laungan-laungan:
Ya Husain!! ... Ya Husain …!!,,Kebiasaannya tradisi ihtifal ini diadakan pada hari yang ke sepuluh dari tiap-tiap bulan Muharam. Maka berlakulah hiruk-pikuk, penuh dengan kata-kata kecelakaan, hingga sampai kemucaknya; mereka keluar pada hari itu dalam keadaan saling terikat dan berbaris. Mereka membawa keranda menggambarkan keranda jenazah Al-Husain yang dibuat dari kayu dan sebagainya. Mereka memandu kuda yang berhias dengan berbagai hiasan bagi menggambarkan dengannya itu keadaan Al-Husain di KARBALA dengan kuda dan kumpulan-kumpulannya. Mereka mengupah pekerja-pekerja dengan bayaran-bayaran yang tinggi supaya mereka itu mengambil bahagian dalam kebisingan itu dan dalam keadaan huru-hara. Mereka memaki-hamun para sahabat Rasulullah s.a.w dan berlepas diri daripada mereka.
Sesungguhnya, kerja-kerja seperti ini membawa kepada perbuatan-perbuatan jahiliah terdahulu yang boleh mengundang pergaduhan dengan orang-orang ahli as-sunnah, terutama sekali ketika mereka itu mencaci para sahabat Rasulullah s.a.w, menikam serta melepaskan diri daripada khulafak Abu Bakar, Umar dan Uthman dan inilah yang menyebabkan pertumpahan darah mereka yang tak bersalah.
Para penganut ajaran Syi'ah mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam upacara meratap ke atas kematian Al-Husain dengan tanggapan, persepsi dan mengiktikadkan itu adalah asas agama mereka dan syi’ar (slogan) yang paling besar. Mereka mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi untuk menangis dalam upacara meratap.
Maka apabila mereka menjadi dewasa, mereka sudah pun biasa dan terdidik menangis bila sahaja mereka mahukan. Tangisan mereka itu adalah perkara pilihan dan kesedihan mereka adalah kesedihan yang dibuat-buat dan direka-reka, sedangkan dalam pengajaran syari’at agama Islam yang suci telah menekankan tentang larangan meratap, mencarikkan poket-poket dan memukul pipi-pipi mereka.
Antara Hadis sebagai dalil ditegah dan diharamkan meratapi orang yang meninggal dunia ialah:

Antara Hadis sebagai dalil ditegah dan diharamkan meratapi orang yang meninggal dunia ialah:
رَوَي مُسْلِمٌ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اثْنَتَانِ
فِى النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ: الطَّعْنُ فِى
Maksudnya :النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ
i."Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasalam bersabda: 'Dua hal yang ada pada manusia dan keduanya menyebabkan mereka kafir: mengingkari keturunan dan meratapi kematian'.” (HR. Muslim)رَوَي مُسْلِمٌ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ مِنَّا مَنْ ضَرَبَ الْخُدُودَ
أَوْ شَقَّ
Maksudnya :الْجُيُوبَ أَوْ دَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ
ii."Muslim meriwayatkan dari Abdullah radhiallahu anhu ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasalam bersabda: 'Bukanlah dari golongan kami orang yang menampari pipi (ketika ditimpa kematian), merobek pakaian dan yang mengeluh serta meratapi seperti kebiasaan jahiliah.” (HR. Muslim)

Demikianlah catatan gambaran ringkas pegangan akidah penganut ajaran aliran Syiah Jaafariyah Ar-Rawafid yang dua belas. Contoh-contoh yang dipaparkan pada setiap bab adalah dipetik daripada sumber-sumber rujukan kitab mereka. Sesiapa yang berhajat untuk mengetahui lebih mendalam atau membuat penyelidikan lebih komprehensif terhadapnya adalah amat dialu-alukan untuk meneliti kandungan asalnya yang terdapat di dalam sumber-sumber Syi'ah. Jangan terperanjat jika terdapat pengajaran dan kata-kata yang jauh lebih dahsyat bunyinya berbanding dengan apa yang dipaparkan di dalam entri ini.
Marilah kita bermohon kepada Allah Yang Maha Besar,Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui supaya kita, keluraga dan seluruh insan Muslimin dan Muslimat sentiasa berada di bawah Rahmat dan Pertolongan-Nya dan dengan Ihsan-Nya terpelihara daripada jangkitan wabak 'virus' ajaran Syi'ah yang penuh dengan kesesatan dan kedustaan.


Penganut-penganut Syi'ah mengadakan upacara meratap di maqam cucuanda Rasulullah s.a.w , Saidina Hussein yang terkorban di Karbala.
Sesungguhya pegangan akidah sesat seperti Syi'ah dan fahaman orang munafik membatal serta menghapuskan segala amal kebajikan seseorang yang beriman dengan keimanan yang hak dan menjadikan seseorang mukmin itu tercabut keimanannya dan terkeluar dari Islam. Semoga Allah sentiasa menunjukkan kita jalan yang lurus dan beristiqamah berdiri di atas landasan kukuh akidah Ahli As-Sunnah Wal-Jamaah yang sebenar hingga ke akhir kalam dengan beroleh kemenagan di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan kita dapat mendidik dan sentiasa memperingatkan anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan sesiapa juga yang berfikiran terbuka betapa pentingnya pegangan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah menjadi teras akidah keimanan mereka dan batapa buruknya fahaman ajaran-ajaran sesat seperti Syi'ah terhadap kehidupan mereka di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat yang kekal abadi. Amin..
وصلى الله على سيدنا محمد وآله وأصحابه وأزواجه وأتباعه أجمعين . وبارك وسلم تسليما.
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين ..
******************************************
🕋🇲🇾🇲🇾💚💜💝💝💞💗💟🕌
Lihat :
Lihat pautan :
i. Semua Ajaran Syi'ah Di Malaysia Adalah Menyeleweng
ii. Imam Syafie Ditangkap dan Dirantai
iii. Bacaan Kalimah Syahdat Versi Syiah
iv. Cara Sembahyang Orang Syi'ah
ii. Imam Syafie Ditangkap dan Dirantai
iii. Bacaan Kalimah Syahdat Versi Syiah
iv. Cara Sembahyang Orang Syi'ah
******************************************
خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya :
"Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat pedih."
*************************************[Al-Quran سورة البقرة surah al-Baqarah : 7 ]
Maksudnya :كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik."
[Al-Quran سورة آل عمران surah al-'Imran : 101 ]
🕋🇲🇾🇲🇾💚💜💝💝💞💗💟🕌
No comments:
Post a Comment