Khamis, 1 Mei 2014
Pengertian "PAHALA" dan "DOSA"
[Sambungan daripada entri : Allah Berkata-kata Dengan Kalam-Nya Yang Qadim ]
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله
وصحبه أجمعين
اما بعد
وَأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ (114) وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ (115Maksudnya :
" Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (114)
Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tiada mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."(115)
[Al-Quran surah هود Hud : 114-115 ]
****************************
Maksudnya :وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
"Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (darjatnya) dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir."
[Al-Quran سورة الأعراف surah Al-A'raaf : 176] ************************************
مَن جَآءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَمَن جَآءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلاَ يُجْزَى الَّذِينَ عَمِلُواْ السَّيِّئَاتِ إِلاَّ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Maksudnya :
"Barangsiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan,maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa yang datang dengan (membawa)kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan."
[Al-Quran surah القصص Al-Qashash : 84]*********************
Di dalam pengajaran Islam seperti yang tekandung di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dipisahkan dan sentiasa diberikan peringatan berulang-ulang kali iaitu segala hal yang berkaitan dengan Iman, Taqwa, Kufur, Ibadat, Dosa, Pahala dan segala hal yang berkaitan dengan Hari Akhirat khususnya mengenai balasan kebahagian dan kenikmatan berkekalan di Syurga dan azab seksa Api Neraka.
Jika diberikan penilitian lebih mendalam nescaya akan didapati bahawa kesemua perkara ini adalah saling berkaitan di antara satu sama lain dan menjurus kepada pengurniaan "Pahala" dan dilaknat dengan hukuman "Dosa" daripada Allah Subhanahu Watalla yang menjadi penentu segala-galanya. Pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah menegaskan :
فله الفضل والإحسان والنعمة والامتـنان إذ كان قادرا على أن ينصب على عباده أنواع العذاب ويبـتلـيهم بضروب الآلام والأوصاب ولو فعل ذلك لكان منه عدلا ولم يكن منه قبيحا ولا ظلما. وأنه عزوجل يثيب عباده المؤمنين على الطاعات بحكم الكرم والوعد لا بحكم الاستحقاق واللزوم له إذ لا يجب عليه لأحد فعل ولا يتصور منه ظلم ولا يجب لأحد عليه حق. وأن حقه في الطاعات وجب على الخلق بإيـجـابه على ألسنة أنبـيائه علـيـهم السلام لا بمجرد العقل ولكنه بعث الرسل وأظهر صدقهم بالمعجزات الظاهرة فبلغوا أمره ونهيه ووعده ووعيده فوجب على الخلق تصديقهم فيما جاؤا بهMaksudnya :
"...Allah SWT berbuat sesuatu itu adalah semata-mata limpah murah kurniaan-Nya dan nikmat pemberian-Nya dan bukan terwajib ke atas Allah itu berbuat sesuatu dan termestinya serta tidak termustahak ke atas-Nya kerana Allah SWT itu Amat Berkuasa menurunkan berbagai azab ke atas sekalian hamba-Nya dan mengazabkan mereka itu semuanya dengan bermacam-macam jenis azab kesakitan dan penderitaan.Walaupun demikian Allah SWT itu berbuat ke atas hamba-hamba-Nya hingga sedemikian rupa adalah atas keadilan Allah SWT juga dan tidak ada daripada-Nya itu kezaliman dan tidak ada daripada-Nya itu kekejian.
Bahawasanya Allah SWT Jalla Wa 'Azza itu memberi pahala kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin di atas ketaatan mereka itu ialah semata-mata atas hukuman kemurahan dan janji-Nya, bukan dengan hukuman termestinya, terwajibnya dan termustahknya bagi Allah itu berbuat demikian.Ini adalah disebabkan tiada terwajib ke atas Allah itu berbuat sesuatu bagi hamba-hamba-Nya dan tidak ada sama sekali daripada Allah itu kezaliman, dan tiada wajib bagi hamba itu hak ke atas Allah dan haknya itu adalah pada ketaatan...."
Apakah yang dimaksudkan dengan "PAHALA" dan "DOSA"dalam konteks pengajaran agama Islam? Adakah ia hanya dalam bentuk rekod catatan amal perbuatan oleh dua orang malaikat yang diamanahkan Allah terhadap setiap diri manusia seperti yang dimaksudkan dalam al-Quran sahaja? :
Atau hanya sebagai "sebutan" sahaja untuk menakut-nakutkan manusia supaya beriman dan mentaati-Nya?
إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ (17) مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ (18Maksudnya :
" (Iaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.(17)
[Surah سورة ق Qaaf: 17-18 ]Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir."(18)
Atau hanya sebagai "sebutan" sahaja untuk menakut-nakutkan manusia supaya beriman dan mentaati-Nya?
Pengertian "PAHALA" dalam pengajaran agama Islam adalah pengurniaan rahmat Allah terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah, Rasul-Nya, Hari Akhirat dan segala perkara yang berkaitan dengan Rukun Iman atas ketaatan mereka melaksanakan segala amanah tanggungjawab ibadat yang difardhukan dan segala perbuatan baik yang dilakukannya terhadap dirinya dan umat manusia seperti yang dimaksudkan dalam hukum syarak.
Firman Allah dalam al-Quran ada memperjelaskan hal "PAHALA" (tawaaba ثَوَابَ ) sebagaimana berikut:
وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تَمُوتَ إِلا بِإِذْنِ اللَّهِ كِتَابًا مُؤَجَّلا وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ
Maksudnya :
"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang tertentu waktunya. Barangsiapa mengkehendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu,dan barangsiapa mengkehendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة النساء An-Nisaa' ayat 134 menjelaskan lagi :[ Surah سورة آل عمران surah Ali-'Imran : 145]
مَنْ كَانَ يُرِيدُ ثَوَابَ الدُّنْيَا فَعِنْدَ اللَّهِ ثَوَابُ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا بَصِيرًا
Maksudnya :
"Barangsiapa yang menghendaki pahala di dunia sahaja(maka ia merugi) kerana di sisi Allah ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Terdapat beberapa Firman Allah dalam al-Quran yang menjanjikan balasan pahala kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal salih. Antaraya ialah:
Maksudnya :مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
i." Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."
[Surah سورة النحل surah An-Nahl : 96 ]
Maksudnya :مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
[Surah سورة النحل surah An-Nahl : 97 ]ii." Barangsiapa yang mengerjakan amal salih baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."
لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ (4) ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ (5)إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ (6
Maksudnya :
iii." Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (4)
Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),(5)
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya."(6)
[Surah التِّينِ At-Tiin : 4-6 ]
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ
عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Maksudnya :
iv."Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan/ujian dan sesungguhnya di sisi Allâh-lah pahala yang besar. "
[ Surahلأنفال Al-Anfaal : 28 ]
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
Maksudnya :
v." Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan megerjakan amal yang salih mereka mendapat pahala yang tiada putus-putusnya."
[ Surah سورة فصلت Fushilat : 8 ]
Dalam surah سورة آل عمران Al-'Imran ayat 136 diperjelaskan pula :
أُوْلَـئِكَ جَزَآؤُهُمْ مَّغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَجَنَّـتٌ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الاٌّنْهَـرُ خَـلِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَـمِلِينَ
Maksudnya :
Dalam surah سورة آل عمران Ali-'Imran ayat 169-172 Allah menjanjikan ganjaran balasan pahala yang amat luar biasa kepada mereka yang gugur syahid dalam perang fisabilillah :vi." Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal."
وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (170) يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ (171) الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَالرَّسُولِ مِنْ بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا أَجْرٌ عَظِيمٌ (172
Maksudnya :
"Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur syahid di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu 'hidup' di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. (169)
Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (170)
Mereka bergirang hati dengan nikmat dan kurniaan yang besar dari Allah, dan bahawa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman. (171)
Demikian juga Allah menjanjikan kepada hamba-hambaNya yang beriman dengan ganjaran pahala yang besar seperti Firman-Nya dalam سورة آل عمران surah Al-'Imran ayat 179 :(Iaitu) orang-orang yang mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya sesudah mereka mendapat luka (dalam perang Uhud). Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka dan yang bertaqwa ada pahala yang besar." (172)
ما كانَ اللَّهُ لِيَذَرَ المُؤمِنينَ عَلىٰ ما أَنتُم عَلَيهِ حَتّىٰ يَميزَ الخَبيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ وَما كانَ اللَّهُ لِيُطلِعَكُم عَلَى الغَيبِ وَلٰكِنَّ اللَّهَ يَجتَبى مِن رُسُلِهِ مَن يَشاءُ ۖ فَـٔامِنوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ وَإِن تُؤمِنوا وَتَتَّقوا فَلَكُم أَجرٌ عَظيمٌMaksudnya :
"Allah tidak sesekali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dengan yang baik (mukmin).Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara Rasul-rasul-Nya. Oleh sebab itu berimanlah kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertaqwa, maka bagimu pahala yang besar."
وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ أُولَئِكَ هُمُ الصِّدِّيقُونَ وَالشُّهَدَاءُ عِنْدَ رَبِّهِمْ لَهُمْ أَجْرُهُمْ وَنُورُهُمْ وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Maksudnya :
"Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka itu orang-orang Siddiqien dan orang-orang yang menjadi saksi di sisi Tuhan mereka. Bagi mereka pahala dan cahaya mereka. Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka."
Bagi memahami hakikat "Pahala " ini sebahagian daripada sedutan maksud Hadis Rasulullah s.a.w. berikut dapat memberikan gambaran. Hadis yang diriwayat oleh Abdullah al-Mubarak yang bersandarkannya daripada seorang lelaki bahawasanya baginda bersabda kepada Mu'az bin Jabal yang bermaksud:
".....Maka naik Malaikat-malaikat Hafazah dengan membawakan amalan seorang hamba yang daripada ketika pagi hingga ke petang ada baginya cahaya seperti matahari hingga apabila dia naik dengan membawanya kepada langit dunia ia memperkatakan bersihnya dan ia membanyakkan kepujian terhadapnya. Kata malaikat (penjaga pintu langit pertama) kepada Malaikat-malaikat Hafazah : Pukulkanlah dengan amalan ini kepada muka tuan punyanya. Aku ialah yang menjadi penjaga Umpatan, menyuruh kepada aku oleh Tuhan ku bahawa tidak aku membiarkan amalan orang yang ada umpati manusia itu melampaui aku daripada yang lain. ( jika dapat melepasi tapisan malaikat di langit pertama seterusnya pahala amalan tersebut dibawa kepada lapisan langit kedua dan seterusnya hingga ke langit ke tujuh ......... )."
".......Maka berkata kepada mereka oleh malaikat yang diwakilkan menjaganya: Berhenti olehmu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka tuannya. Pukulkan dengannya akan segala anggota, kuncikanlah dengannya ke atas hatinya, bahawasanya aku mendindingkan [menghalangi] daripada sampainya kepada Tuhan ku tiap-tiap amalan yang tidak ia kehendaki semata-mata berharap keredaan Tuhanku. Ia kehendaki dengan amalannya itu lain daripada Allah Taala, ia kehendaki ketinggian pangkat pada sisi orang-orang ulama' fiqah dan sebutan nama baik pada sisi ulama'-ulama' dan kemasyhuran nama berkembangan kemegahan dalam negeri. Menyuruh kepadaku oleh Tuhan ku bahawa tiada membiarkan amlannya melampaui aku kepada lain daripadaku dan tiap-tiap amalan yang tidak ada bagi Allah itu bersih hati semata-mata kerana Allah iaitu Riak. Dan tiada menerima Allah Taala akan amalan orang yang mempunyai sifat Riak."
Seterusnya Hadis tersebut mengkhabarkan seperti maksudnya:
"Dan naik Malaikat-malaikat Hafazah dengan membawa amalan-amalan hamba daripada sembahyang, puasa, haji, umrah dan kelakuan adab perangai baik, diam tiada berkata-kata pada perkara yang sia-sia dan membaca zikirrullah. Memuliakannya oleh malaikat-malaikat segala lapisan langit hingga memutuskan [melalui] mereka dengan amalannya itu segala hijab [rintangan] semuanya kepada Allah Azawajalla. Maka berdiri Malaikat-malaikat Hafazah 'di hadapan-Nya' dan menaik saksi baginya dengan amalan salih yang berikhlas kerana mentaati Allah. Maka Firman Allah kepada mereka : 'Kamu Malaikat-malaikat Hafazah penjaga di atas amalan zahir hamba-Ku dan Aku ialah Yang Amat Mengetahui lagi Yang Amat Melihat di atas dirinya [hatinya]. Bahawasanya ia tiada mengkehendaki dengannya lain daripada Aku. Maka di atasnya kelaknatan-Ku'. Maka kata malaikat-malaikat sekalian: 'Di atasnya kelaknatan kami dan melaknatkannya oleh segala tujuh lapis langit dan bumi dan sekalian mereka yang ada padanya.'Kata Mu'az : Aku kata wahai Rasulullah, engkau ialah Rasul Pesuruh Allah dan aku ialah Mu'az! Sabdanya : Ikutilah denganku. Jika ada pada amalan engkau itu kekurangan sekalipun wahai Mu'az, jagailah di atas lidah engkau daripada penanggung-penanggung al-Quran dan tanggunglah dosa-dosa engkau itu di atas diri engkau dan jangan engkau menanggungkannya ke atas mereka dan jangan engkau bersihkan diri engkau dengan mencerca mereka [puji diri sendiri dengan jalan mencerca orang lain] dan janganlah engkau mengangkatkan diri engkau ke atas mereka [mengaku diri sendiri berkelebihan ke atas mereka] , dan jangan engkau masukkan amalan dunia pada amalan akhirat, dan janganlah engkau takbur sombong pada majlis perhimpunan engkau supaya berjaga diri manusia daripada buruk adab perangai engkau.
Jangan engkau bercakap berbisik-bisik akan seorang lelaki dan ada pada sisi engkau orang lain dan jangan engkau berbesar diri ke atas manusia. Maka terputus daripada engkau kebajikan dunia. Jangan engkau mencarik-carikkan memperpanjangkan manusia nescaya mencarik-carikkan engkau oleh anjing-anjing api neraka pada Hari Kiamat. Firman Allah " Wanna Syata Ti Nasyta" ( وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا Surah النّازعات An- Nazi'aat : 2 ).. Adakah engkau ketahui apa dia itu wahai Mu'az? Aku kata: Apa dia itu dengan bapaku, engkau dan ibuku wahai Rasulullah? Sabdanya: Iaitulah anjing-anjing dalam api neraka mencarik-carikkan daging dan tulang.
Aku kata: Dengan bapaku, engkau dan ibuku wahai Rasulullah, siapakah berupaya daripada perkara ini dan siapakah yang terlepas daripadanya? Sabdanya : 'Wahai Mu'az bahawasanya berkemudahan di atas sesiapa yang dipermudahkan dia oleh Allah ke atasnya.' Katanya : "Maka tidak aku lihat lebih banyak membaca al-Quran daripada Muaz kerana berjaga diri daripada barang apa yang ada pada Hadis ini."
Apabila membaca sebahagian sahaja daripada maksud Hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang ini dapatlah difahami dan diketahui bahawa segala ibadat yang dilakukan seseorang hamba mukmin itu Allah mengurniakan "Pahala" dalam bentuk cahaya yang terang benderang seperti matahari dan berbunyi seperti guruh. "Cahaya Ibadat" itu dibawa oleh Malaikat-malaikat Hafazah naik ke langit untuk ditapis pula oleh tujuh (7) orang malaikat yang diamanahkan Allah untuk menapis "cahaya ibadat" itu pada setiap pintu masuk tujuh lapis langit.
Maka ditolak "Cahaya Ibadat" yang sangat indah bercahaya itu tidak diterima Allah, dilontar dan dipukulkan [dilaknat] kepada tuan punya amalan ibadat itu kerana tujuh orang malaikat yang diamanahkan membuat tapisan dapat melihat pada "Cahaya Ibadat" itu mempunyai tanda-tanda sifat-sifat keji mazmumah yang dimaksudkan pada diri ahli ibadat berkenaan. "Cahaya ibadat" akan hanya dianugerahkan sebagai pahala kebajikan kepada ahli-ahli ibadat berkenaan jika kesemunya bersih dari segala sifat mazmumah yang dimaksudkan setelah dibuat tapisan oleh tujuh (7 ) orang malaikat berkenaan dan diperakukan Allah.
Pengertian Hadis Rasulullah s.a.w. ini dapat menjelaskan betapa ajaibnya perbuatan Allah dan mengurniakan ilmu yang amat luar biasa kepada tujuh (7 ) orang malaikat tersebut melaksanakan tugas yang diamanahkan Allah hingga boleh melihat tanda-tanda sifat keji mazmumah pada cahaya ibadat seseorang hamba Allah yang mukmin. Hakikat ini juga memberi kefahaman bahawa betapa mulianya ibadat seseorang hamba mukmin di sisi Allah. Namun adalah tidak semudah itu bagi Allah untuk menerima dan mengurniakan pahala kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin melakukan sesuatu ibadat yang difardukan pada setiap masa untuk menjadi bekalan berkekalan di akhirat kelak.
Apabila seseorang mukmin itu meninggal dunia dan rohnya berada di dalam kubur Alam Barzakh untuk berhadapan dengan "Fitnah Kubur" pahala amalan salih kurniaan Allah tersebut bertukar pula menjadi makhluk yang sama jenis dengan malaikat yang dinamakan "Roh Amalan Salih" untuk menjaga, menemani serta membantu tuannya seperti yang dimaksudkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w.:
"Dan berkata Ka'ab : Apabila dihantarkan hamba yang salih itu di dalam kubur nescaya mengelilinginya oleh segala amalannya yang salih ; iaitu sembahyang, puasa, haji, jihad dan sedekah. Katanya: Maka datang malaikat azab daripada pihak dua kakinya, maka kata Sembahyang: Berundurlah olehmu daripadanya, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya [mengazabnya], sesungguhnya ia telah memanjangkan denganku masa berdiri bagi Allah ke atas keduanya. Maka datang mereka kepadanya daripada pihak kepalanya, maka berkata Puasa : Tiada jalan bagi kamu ke atasnya, sesugguhnya ia telah memanjangkan masa kedahagaannya bagi Allah dalam negeri dunia, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya.
Maka datang mereka kepadanya daripada pihak jasadnya [badannya], maka berkata Haji dan Jihad : Berundurlah kamu daripadanya, sesungguhnya ia telah memenatkan diri dan badannya dan ia telah Haji dan Berjihad kerana Allah, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya. Katanya: Maka datang mereka kepadanya daripada pihak dua tangannya, maka kata Sedekah: Berundurlah olehmu daripada tolanku, maka berapalah banyak daripada sedekah telah keluar daripada kedua-dua tangan ini hingga "jatuh" pada "tangan" Allah [hingga "diterima" Allah ibadat sedekahnya] kerana semata-mata menuntut keredaan-Nya sahaja, maka tiada jalan bagi kamu ke atasnya. Katanya: maka dikatakan kepadanya: Berkeluasan bagi engkau telah baiklah engkau semasa hidup dan telah baiklah engkau semasa waktu mati.
Di dalam Hadis yang lain ada juga menyatakan maksud yang hampir sama:Katanya: Dan datang kepadanya Malaikat-malaikat Rahmat, maka dibentangkan baginya hamparan daripada syurga dan diluaskan baginya dalam kuburnya sejauh pemandangan matanya dan didatangkan dengan kendil [lampu] daripada syurga, maka ia mendapati cerahan dengan cahayanya hingga hari dibangkitkan dia oleh Allah SWT daripada kuburnya."
فَأَفْرِشُوْهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَأَلْبِسُوْهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَافْتَحُوْا لَهُ بَابًا إِلَى الْجَنَّةِ. فَيَأْتِيْهِ مِنْ رَوْحِهَا، وَطِيْبِهَا، وَيُفْسَحُ لَهُ فِيْ قَبْرِهِ مَدَّ بَصَرِهِ . وَيَأْتِيْهِ رَجُلٌ حَسَنُ الْوَجْهِ، حَسَنُ الثِّيَابِ، طَيِّبُ الرِّيْحِ، فَيَقُوْلُ: أَبْشِرْ بِالَّذِيْ يَسُرُّكَ، هَذَا يَوْمُكَ الَّذِيْ كُنْتَ تُوْعَدُ، فَيَقُوْلُ لَهُ: مَنْ أَنْتَ؟ فَوَجْهُكَ الْوَجْهُ يَجِيْءُ بِالْخَيْرِ، فَيَقُولُ: أَنَا عَمَلُكَ الصَّالِحُ، فَيَقُولُ: رَبِّ أَقِمِ السَّاعَةَ حَتَّى أَرْجِعَ إِلَى أَهْلِي وَمَالِي
Maksudnya :
" 'Hamparkanlah untuknya (permadani) dari syurga, pakaikanlah untuknya (pakaian) dari syurga, dan bukakanlah baginya pintu yang menuju syurga.' Maka sampailah kepadanya bau yang harum wangi dan keindahan syurga itu, dan kubur pun dilapangkan baginya sejauh mata memandang. Kemudian datang kepadanya seorang lelaki yang berwajah tampan, pakaiannya cantik dan baunya wangi dan berkata: 'Bergembiralah dengan sesuatu yang telah menyenangkanmu, ini adalah hari yang dahulu kamu dijanjikan.' Ia (orang mukmin)itu pun bertanya: 'Siapakah kamu, wajahmu adalah wajah yang membawa kebaikan?' Ia menjawab: 'Aku adalah amal salihmu.' Akhirnya ia (orang mukmin) berkata: 'Wahai Tuhanku, tegakkanlah kiamat agar aku boleh kembali kepada keluargaku dan hartaku.'" [HR. Ahmad]
Di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. berbentuk do'a ada menyebut :
الَّلهُمَّ اجْعَلْ لِي نُورًا فِي قَلْبِي وَنُورًا فِي قَبْرِي وَنُورًا فِي سَمْعِي وَنُورًا فِي بَصَرِي وَنُورًا فِي شَعْرِي وَنُورًا فِي بَشَرِي وَنُورًا فِي لَحْمِي وَنُورًا فِي دَمِي وَنُورًا فِي عِظَامِي وَنُورًا مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَنُورًا مِنْ خَلْفِي وَنُورًا عَنْ يَمِينِي وَنُورًا عَنْ شِمَالِي وَنُورًا مِنْ فَوقِي وَنُورًا مِنْ تَحْتِي الَّلهُمَّ زِدْنِي نُورًا وَاعْطِنِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا.Maksudnya :
"....Ya Allah!, jadikanlah bagi ku cahaya pada hatiku,
cahaya pada kubur ku, cahaya pada pendengaran ku,
cahaya pada penglihatan ku, cahaya pada rambut ku,
cahaya pada kulit ku, cahaya pada daging ku,
cahaya pada darah ku, cahaya pada tulang ku,
cahaya di hadapan ku, cahaya di belakang ku,
cahaya di kanan ku, cahaya di kiri ku,
cahaya di atas ku dan cahaya di bawah ku.
Ya Allah!, tambahilah oleh Mu akan daku cahaya dan kurniakanlah akan daku cahaya dan jadikanlah bagi ku cahaya."
Sungguhpun maksud "cahaya" yang disebut di dalam Hadis ini mempunyai pengertian yang berbeza-beza dalam berbagai konteks yang berlainan tetapi maksud "cahaya" pada kalimah :
".....cahaya di hadapan ku, cahaya di belakang ku, cahaya di kanan ku, cahaya di kiri ku, cahaya di atas ku dan cahaya di bawah ku....."
adalah merujuk kepada "cahaya pahala ibadat" yang memberikan sinaran cahaya menerangi orang mukmin salih berkenaan ketika berada di akhirat semasa hendak menyeberangi titian 'sirat'. "Nuur" atau cahaya dalam kandungan Do'a Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah memohon kepada Allah meminta dikurniakan cahaya di hadapan, cahaya di belakang dan seterusnya cahaya di sekitarnya ialah apabila hendak pergi ke syurga setiap orang hendaklah menyeberangi dahulu suatu titian 'sirat' yang sangat panjang lagi gelap terbentang di atas muka api Neraka Jahanam yang gelap gelita itu.
Orang-orang mukminin dan mukminat yang telah bersusah payah dan berpenat-penat lelah berbuat taat menunaikan segala ibadat dengan tekun, sabar dan penuh ikhlas semata-mata kerana Allah ketika hidup di dunia dan menghadapi segala ujian Allah dengan penuh keredaan dan kesabaran dibalasi Allah dengan pengurniaan pahala dalam bentuk 'Cahaya Ibadat' mengikut darjat, martabat dan sekadar mana ibadat-ibadat yang dilaksanakannya di dunia dahulu diterima Allah.
Dalam al-Quran surah سورة الحديد Al-Hadid ayat 11-12 Allah berfirman memperjelaskan mengenai cahaya pahala ibadat yang dikurniakan Allah kepada orang-orang mukmin di akhirat seperti yang dimaksudkan :
Dalam al-Quran surah سورة الحديد Al-Hadid ayat 11-12 Allah berfirman memperjelaskan mengenai cahaya pahala ibadat yang dikurniakan Allah kepada orang-orang mukmin di akhirat seperti yang dimaksudkan :
مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ (11) يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (12)Maksudnya :
"Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan)pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperolehi pahala yang banyak. (11)
(Iaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin lelaki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka (dikatakan kepada mereka): 'Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya'. Itulah keberuntungan yang besar."(12)
Di dalam surah yang sama ayat 19 diperjelaskan pula :
وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ أُولَئِكَ هُمُ الصِّدِّيقُونَ وَالشُّهَدَاءُ عِنْدَ رَبِّهِمْ لَهُمْ أَجْرُهُمْ وَنُورُهُمْ وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Maksudnya :
"Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mereka itu orang-orang yang Shiddiqien dan orang-orang yang menjadi saksi di sisi Tuhan mereka. Bagi mereka pahala dan cahaya mereka. Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka."
Allah berjanji akan melipat gandakan ganjaran balasan pahala kepada hamba-hambaNya yang menafkahkan harta mereka di jalan Allah sebagaiman Firman-Nya dalam سورة البقرة surah al-Baqarah ayat 261-262 :
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (261) الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ لا يُتْبِعُونَ مَا أَنْفَقُوا مَنًّا وَلا أَذًى لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ (262
Maksudnya :
" Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (261)
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannnya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (262)
Demikian juga dengan Firman Allah di dalam surah yang sama pada ayat 272:
لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلأنْفُسِكُمْ وَمَا تُنْفِقُونَ إِلا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ
Maksudnya :
" Bukanlah kewajipan mu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah yang memberi petunjuk (memberi taufik hidayah) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya.Segala amal ibadat yang diterima Allah dikurniakan pahala dalam bentuk 'cahaya' dan apabila berada di akhirat kelak cahaya pahala ibadat ini ditukarkan pula menjadi cerahan yang bercahaya ketika meniti titian 'sirat'. Sesiapa yang banyak dikurniakan 'cahaya pahala ibadat' maka amat teranglah sinaran cahayanya dan pantaslah perjalanannya ketika meniti itu. Jika kecil sahaja 'cahaya ibadatnya' maka lambatlah perjalanannya ketika meniti 'sirat'. Perihal ini ada disebut di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Di dalam maksud Hadis yang lain ada juga menyebut :"... bahawasanya sesetengah mereka diberi cahaya seperti sebesar bukit, sesetengah mereka lebih kecil lagi dan ada pula yang diberi cahaya sekadar ibu jari dua tapak tangan dan kakinya. Ada pula yang diberi cahaya yang cerah sekali dan padam sekali hinggakan dia hanya dapat berjalan ketika ada cerahan cahaya dan berhenti apabila cahayanya padam. Ada sesetengah mereka yang melalui 'sirat' sepantas kilat, ada yang seperti perjalanan awan, ada yang seperti perjalanan bintang-bintang, ada yang berjalan sepantas kuda berlari, dan mereka yang diberi cahaya sebesar ibu jari pula berjalan meniarap di atas muka, tangan dan kakinya."
Maksudnya :الْمُؤْمِنُ عَلَيْهَا كَالطَّرْفِ وَكَالْبَرْقِ وَكَالرِّيحِ وَكَأَجَاوِيدِ الْخَيْلِ وَالرِّكَابِ فَنَاجٍ مُسَلَّمٌ وَنَاجٍ مَخْدُوشٌ وَمَكْدُوسٌ فِي نَارِ جَهَنَّمَ حَتَّى يَمُرَّ آخِرُهُمْ يُسْحَبُ سَحْبًا ( متفق عليه
" Orang mukmin (berada) di atas (sirat), ada yang secepat kerdipan mata, ada yang sepantas kilat, ada yang secepat kuda yang amat kencang berlari, dan ada yang secepat pengendera. Maka ada yang selamat setelah tertatih-tatih dan ada pula yang dilemparkan ke dalam neraka. Mereka yang paling terakhir merangkak secara perlahan-lahan."[Mutafawun 'alaih ]
Demikianlah betapa pentingnya "cahaya pahala ibadat" kepada setiap insan mukmin apabila berada di dalam kubur Alam Barzakh dan seterusnya apabila meniti 'sirat' kelak yang tidak ada sesiapa pun di kalangan makhluk Allah yang mengetahui ketentuan untung nasib diri masing-masing yang telah ditakdirkan Allah.
Dalam pada itu "cahaya pahala ibadat" amat mudah terhakis apabila seseorang itu memiliki sifat-sifat keji mazmumah pada dirinya seperti yang dimaksudkan di dalam Hadis Rasulullah yang menjelaskan kepada Mu'az bin Jabbal di atas.
Lebih malang lagi apabila berada di akhirat ketika dihisab amalan masing-masing kelak didapati dirinya menjadi 'muflis' (bankrap) seperti yang dimaksudkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w.:
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
أَتَدْرُونَ مَنِ الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا
مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي مَنْ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ
مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ
حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ
يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ
فِي النَّارِMaksudnya :
"Tahukah kamu siapakah yang muflis? Sahabat menjawab: 'Orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.' Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: 'Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seorang yang datang pada Hari Kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi dahulunya (ketika hidup di dunia) dia pernah mencaci seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang.
Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya. Dia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi. Apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka diambil daripada dosa kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut. Maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka."
[ Hadis Riwayat Muslim]
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. ini dapat memberikan kefahaman kepada kita bahawa orang mukmin yang melakukan ibadat dan dikurniakan pahala cahaya ibadat semasa hayatnya di dunia tetapi ada berbuat zalim kepada orang lain akan menghadapi kesukaran apabila berada di akhirat berhadapan dengan "pengadilan Allah" Yang Maha Adil. Setiap orang yang dizaliminya di sepanjang hayatnya di dunia akan menuntut hak masing-masing mengikut kadar kezaliman yang diterimanya hingga selesai segala tuntutan mereka andainya orang itu tidak memberikan keampunan dan dikembalikan hak mereka ketika hidup di dunia.
Kaedah "pembayaran semula" yang dilakukan adalah dengan memberikan "cahaya pahala ibadat" yang dimilikinya dengan perintah Allah. Jika jumlah "cahaya pahala ibadatnya" masih tidak mencukupi maka orang yang melakukan kezaliman tersebut terpaksa pula mengambil atau menanggung "keburukan dosa yang berbentuk gelap dan barbau amat busuk" yang ada pada orang yang dizaliminya. Maka orang yang berbuat zalim tersebut tidak lagi memiliki "cahaya ibadatnya" dan terpaksa menerima dan menanggung pula keburukan dosa kegelapan orang-orang lain yang pernah dizaliminya dahulu. Akhirnya dia menjadi "muflis" berada di dalam "kegelapan dosa" dan terpaksa menerima hukuman Allah dengan dimasukkan kedalam neraka sebagaimana yang dimaksudkan di dalam Hadis tersebut.
Dalam sebuah Hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga pernah bersabda:
Dalam sebuah Hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga pernah bersabda:
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
Maksudnya :
Paparan yang dimaksudkan di dalam hadis-hadis berikut pula sewajarnya dapat kita fahami, insafi dan memberikan panduan yang amat penting apabila melakukan sesuatu perbuatan ibadat yang mengharapkan keredaan serta balasan ganjaran pahala daripada Allah:"Sesungguhnya besarnya pahala bergantung dengan besarnya ujian. Sesungguhnya, apabila Allâh mencintai suatu kaum, maka Dia akan mengujinya. Siapa yang reda dengan ujian itu, maka ia akan mendapat keredaan-Nya. Siapa yang membencinya maka ia akan mendapatkan kemurkaan-Nya."
i. Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ قَالَ : قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِأَنْ يُقَالَ جَرِيءٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ ،
Maksudnya :
"Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam bersabda: Sesungguhnya manusia pertama yang akan diadili pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mati syahid. Beliau akan dibawa dan Allah menunjukkan kepadanya nikmat-nikmat-Nya, dan lelaki itu mengakuinya. Lalu Allah bertanya : 'Apa yang telah engkau lakukan dengannya?.' Lelaki itu menjawab : 'Aku telah berperang di jalan Mu sehingga aku mati syahid'. Allah menjawab: 'Engkau bohong! Sebaliknya engkau berperang agar engkau dipanggil pahlawan yang berani!. Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran itu.' Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian dilempar ke dalam neraka."
وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ : فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ ، قَالَ : تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ ،
Maksudnya :
ii."(kemudian giliran) seorang lelaki yang mempelajari ilmu, mengajarkan ia, dan membaca al-Quran. Dia dibawa dan Allah menunjukkan nikmat-Nya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya : 'Apa yang telah engkau lakukan dengannya?.' Lelaki itu menjawab : 'Aku telah mempelajari ilmu, mengajarkan ilmu dan membaca al-Quran kerana Mu.' Allah menjawab: 'Engkau bohong ! Sebaliknya engkau menuntut ilmu untuk dipanggil orang alim, dan engkau membaca al-Quran untuk dipanggil Qari'. Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran itu.' Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian dilempar ke dalam neraka."
وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا ، قَالَ : فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا ؟ ، قَالَ : مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلَّا أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ هُوَ جَوَادٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّارِ "
Maksudnya :
iii."(kemudian giliran) seorang lelaki yang Allah telah meluaskan kepadanya harta, dan dia memberikan hartanya kesemuanya kepada orang yang berhak. Dia dibawa dan Allah menunjukkan nikmat-Nya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya : 'Apa yang telah engkau lakukan dengannya?'. Lelaki itu menjawab: 'Tidak aku tinggalkan sedikitpun jalan yang mana Engkau suka untuk harta dibelanjakan padanya melainkan aku membelanjakan harta aku pada jalan itu untuk Mu.' Allah menjawab: 'Engkau bohong! Sebaliknya engkau melakukan hal itu untuk dipanggil dermawan. Engkau telah mendapat gelaran itu.' Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi. Kemudian dia dilempar ke dalam neraka."[Sahih Muslim, hadis no : 1905]
Mudah-mudahan Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah memberi rahmat pertolongan dan mengurniakan taufik hidayah-Nya kepada kita sebagai insan mukmin biasa agar dapat mengekalkan berbuat taat , tidak melakukan kezaliman sesama insan dan meninggalkan perbuatan maksiat sehingga ke akhir hayat serta memelihara kebersihan cahaya pahala ibadat dari dicemari 'kekotoran' dan 'kegelapan dosa' sifat-sifat mazmumah.
Sebagai salah satu usaha yang tidak begitu memberatkan marilah kita sama-sama beristiqamah melakukan ibadat berikut untuk memperbanyakkan ganjaran pahala di samping memperkukuhkan dan menutup segala kekurangan ibadat-ibadat fardu sebagaimana yang dimasudkan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w.:
"Dan meriwayatkan oleh Annas bin Malik daripada Nabi Muhammad s.a.w. bahawasanya dia bersabda : Barangsiapa sembahyang pada hari Isnin 12 rakaat, dia membaca pada tiap-tiap rakaat surah Al-Fatihah dan ayat Al-Kursi satu kali, apabila telah selesai dia membaca 12 kali surah al-Ikhlas Qul Huallah Hu Ahad ( قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ) dan beristigfar 12 kali , nescaya diserukan pada Hari Kiamat : di mana si polan bin si polan.... hendaklah dia berdiri mengambil pahalanya daripada Allah Azawajalla, maka awal-awal barang yang dikurniakan daripada pahala itu ialah seribu pakaian perhiasan dan dimahkotakan lalu dikatakan padanya : masuklah oleh mu akan syurga. Maka menerimai sambutan kedatangannya oleh 100,000 orang malaikat yang berserta tiap-tiap seorang malaikat itu satu hadiah yang mereka memuliakannnya hingga mengelilingi di atas 1000 buah istana yang diperbuat daripada jenis cahaya yang bergermelapan."
Doa, akujanji dan ikrar kita terhadap Allah sebagaimana yang terkandung di dalam 'Do'a Iftitah' ketika mendirikan ibadat sembahyang sewajarnya menjadi keazaman dan tunjang peribadatan kepada Allah pada setiap detik hidup kita untuk mendapat ganjaran pahala yang berterusan :
اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة واصيلا. أنى وجهت وجهي للذى فطر السموات والأرض حنيفا مسلما وما أنا من المشركين. ان صلاتى ونسكى ومحياي ومماتى لله رب العالمين لاشريك له وبذلك امرت وانا من المسلمين
Maksudnya :
Di dalam al-Quran surah سورة آل عمران Ali-'Imran ayat 194 Allah menyatakan doa orang-orang mukmin mengharapkan rahmat dan balasan pahala dari Allah yang berkekalan sebagaimana yang dijanjikan-Nya:" Allah Maha Besar lagi Maha Agung. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Aku hadapkan mukaku, kepada (Kebesaran dan Kemuliaan Allah )yang mengadakan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku ku serahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."
رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَي رُسُلِكَ وَلاَ تُخۡزِنَا يَوۡمَ الۡقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخۡلِفُ الۡمِيعَادَ
:Maksudnya
"Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasul-Mu dan janganlah Engkau hinakan kami pada Hari Kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."
Firman Allah di dalam al-Quran memperjelaskan bahawa walau sekecil mana sekalipun setiap amal kebaikan/kebajikan yang dilakukan oleh hamba-Nya akan diberikan balasan yang sewajarnya. Antara ayat-ayat al-Quran yang menyebut hal ini ialah :
وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ
Maksudnya :
[Surah سورة الأنبياء al-Anbiyaa' :47 ]i." Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan."
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِنْ تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الأرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
Maksudnya :
ii." (Luqman berkata): Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada di dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus (Perbuatannya) lagi Maha Mengetahui."
Namun demikian jika seseorang hamba Allah itu mempersekutukan/mensyirikkan Allah, maka terbatal/terhapuslah segala pahala kebajikan yang dilakukan sebagaimana Firman-Nya:[ Surah سورة لقمان Luqman : 16 ]
ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya :
i." Itulah petunjuk Allah, yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya. Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan."
[Surah سورة الأنعام surah Al-An'aam : 88 ]
وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya :
ii."Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-nabi) yang sebelummu : 'Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi'."
[Surah الزمر سورة surah Az-Zumar : 65 ]
"DOSA" pula adalah kelaknatan dan balasan Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang mengingkari segala perintah/suruhan dan larangan atau tegahan-Nya dalam segala aspek ibadahnya kepada Allah dan urusan muamalah dan perhubungannya dengan setiap diri manusia yang ada bersamanya berteraskan pemahaman ilmu yang ditetapkan hukum syarak. Ibu segala dosa maksiat dan sebesar-besar dosa kezaliman seseorang hamba terhadap Allah yang tidak mendapat keampunan-Nya ialah mensyirikkan atau mempersekutukan Allah dengan sesuatu/makhluk. Hal ini banyak disebut di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah:
إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
Maksudnya :
i." Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar."
[Al-Quran سورة النساء surah An-Nisaa': 48 ]
Maksudnya :إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا
[ Al-Quran سورة النساء surah An-Nisaa': 116 ]ii."Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang memperkekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya ."
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Maksudnya :
iii.Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: 'Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."
[Al-Quran سورة لقمان surah Luqman : 13]
Di dalam al-Quran dan kitabullah-kitabullah yang diturunkan kepada Nabi-nabi terdahulu memberikan peringatan mengenai kisah golongan-golongan manusia yang melakukan kezaliman dan dosa-dosa besar kerana mengingkari Allah dan Rasu-rasul-Nya yang diutuskan kepada kaumnya supaya beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan Hari Akhirat.
Apabila mereka mengingkari seruan-seruan keimanan dan berusaha pula untuk menzalimi Rasul-rasul-Nya maka berlakulah hukuman Allah dengan membinasakan mereka seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Nuh a.s., kaum Luth a.s., kaum 'Ad dan Thamud, Firaun dan pengikut-pengikutnya, Raja Nimrod dan tokoh-tokoh golongan musyrikin dari kalangan kaum Quraisy di Mekah dan ramai lagi.
Sungguhpun dosa mensyrikkan/mempersekutukan Allah itu adalah terjumlah sebagai dosa kezaliman paling besar yang tidak sama sekali mendapat keampunan Allah tetapi ada juga dosa yang pada zahirnya tidak dianggap besar bagi manusia biasa tetapi di sisi Allah ianya adalah amat besar. Hakikat ini berlaku kepada Iblis Laknatullah seperti yang dimaksudkan di dalam riwayat yang bermaksud:
"Dua perkara itu, tiada mendustakan kedua-duanya akan daku, ialah dua perkara yang tiada menyalahi kedua-duanya akan daku di mana dengan kedua-duanya itulah aku membinasakan manusia iaitulah tamak dan hasad; dengan sebab hasad, aku dilaknati dan dijadikan syaitan yang dilaknati; ada pun tamak, maka diluluskan bagi Adam syurga semuanya, melainkan satu pokok. Maka aku dapati hajatku daripadanya dengan sebab tamak."
Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة البقرة Al-Baqarah ayat 34 memperjelaskan juga keingkaran Iblis terhadap suruhan-Nya kerana sifat takburnya:
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya :
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: 'Sujudlah kamu kepada Adam,' maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takbur dan ia termasuk golongan orang-orang yang kafir."
Sebagaimana yang disebut di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang di atas orang mukmin yang menyimpan atau melakukan perbuatan mengumpat "cahaya pahala ibadatnya" tidak diterima Allah kerana perbuatan "umpat mengumpat" dan menaruh buruk/jahat sangka terhadap seseorang itu adalah amat keji di sisi Allah sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran surah سورة الحجرات Al-Hujurat ayat 12:
يَا أَيُّهَا الَّـذِيْنَ آمَنُوا اجْـتَـنِـبُوا كَـثِيرًا مِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّـنِّ اِثْـمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ اَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْـتُمُوهُ وَاتّـقُوا اللهَ إْنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ .
Maksudnya:
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari persangka, sesunguhnya sebahgian persangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahgian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."
Peringatan Allah ini menjelaskan bahawa menaruh buruk sangka dan disusuli pula dengan perbuatan mengumpat itu amat hina dan dibenci Allah dengan mengibaratkannya seperti "memakan daging saudaranya yang sudah mati". Apabila "cahaya ibadatnya" tidak diterima Allah maka sia-sialah ibadatnya tidak mendapat gajaran pahala yang dijanjikan dan sebaliknya dia menerima kelaknatan "dosa" mengumpat.
Kepentingan 'kebersihan diri' dari kotoran 'najis' dan meninggalkan 'perbuatan dosa' adalah perkara besar yang amat penting dan sesuatu yang diutamakan bagi Allah seperti yang disebut dalam surah سورة المدشّر 'Al-Muddatstsir ayat 1-10 seperti yang tertera di bawah selepas empat puluh (40) hari Rasulullah s.a.w. terputus wahyu al-Quran yang pertama kali diturunkan di Gua Hira seperti yang termaklum turunnya surah سورة العلق Al-'Alaq.
Kepentingan 'kebersihan diri' dari kotoran 'najis' dan meninggalkan 'perbuatan dosa' adalah perkara besar yang amat penting dan sesuatu yang diutamakan bagi Allah seperti yang disebut dalam surah سورة المدشّر 'Al-Muddatstsir ayat 1-10 seperti yang tertera di bawah selepas empat puluh (40) hari Rasulullah s.a.w. terputus wahyu al-Quran yang pertama kali diturunkan di Gua Hira seperti yang termaklum turunnya surah سورة العلق Al-'Alaq.
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنْذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5) وَلا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ (6) وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ (7) فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ (8) فَذَلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ (9) عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ (10)
Maksudnya :
" Hai orang yang berkumul (berselimut ), (1)
dan Tuhanmu agungkanlah, (3)
dan pakaianmu bersihkanlah, (4)
dan perbuatan dosa tinggalkanlah, (5)
dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. (6)
Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhan-mu, bersabarlah. (7)
Apabila ditiup sangkala, (8)
maka waktu itu adalah waktu (datangnya ) hari yang sulit, (9)
bagi orang-orang kafir lagi tidak mudah." (10)
Peristiwa pertemuan pertama dengan Malaikat Jibril AS di Gua Hira yang amat menakutkan Rasulullah s.a.w. menjadikan baginda bertambah ketakutan apabila pada kali ini melihat pula Malaikat Jibrael AS berada di antara langit dan bumi sebelum menyampaikan wahyu Allah tersebut.
Setiap orang insan hamba Allah tidak dapat melepaskan dirinya dari melakukan dosa kejahatan. Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah menunjukkan jalan bagaimana segala dosa maksiat yang dilakukan hamba-hamba-Nya mendapat pengampunan-Nya seperti yang termaktub dalam al-Quran surah سورة هود Hud ayat 114-115 :
Setiap orang insan hamba Allah tidak dapat melepaskan dirinya dari melakukan dosa kejahatan. Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah menunjukkan jalan bagaimana segala dosa maksiat yang dilakukan hamba-hamba-Nya mendapat pengampunan-Nya seperti yang termaktub dalam al-Quran surah سورة هود Hud ayat 114-115 :
وَأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ (114) وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ (115
Maksudnya :
" Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (114)
Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tiada mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."(115)
Segala amalan salih yang dilakukan insan mukmin ketika hayatnya di dunia apabila berada di dalam kubur Alam Barzakh bertukar menjadi 'Roh Amalan Salih' seperti yang diperjelaskan dalam Hadis Rasulullah s.a.w. di atas. Namun segala perbuatan dosa maksiat yang tidak mendapat pengampunan Allah bertukar menjadi makhluk yang berlainan pula apabila roh seseorang ahli maksiat berhadapan dengan 'Fitnah Kubur' sebagaimana yang dimaksudkan dalam Hadis Rasulullah s.a.w.:
" .....Hingga dikatakan kepadanya : Wahai ini.. siapakah Tuhan engkau? Dan siapakah Nabi engkau?, Apa dia agama engkau? Maka ia berkata : Tiada aku tahu. Maka diperkatakan : Tiada engkau tahu? Dan datang seorang yang sangat buruk rupa muka, sangat busuk baunya, sangat buruk pakaiannya, maka ia berkata : Engkau sukailah dengan kemurkaan daripada Allah dengan azab yang amat pedih lagi yang berketetapan. Maka ia berkata: Maka engkau juga disukai oleh Allah dengan kejahatan. Siapakah engkau? Maka ia berkata: Aku ialah amalan engkau yang buruk, wallahi, bahawasanya engkau sangat segera berbuat maksiat kepada Allah dan sangat lambat berbuat taat kepada Allah, maka Allah balasi engkau dengan kejahatan.
Maksud yang hampir sama juga terkandung di dalam Hadis berikut:Maka ia berkata : Dan engkau Allah balasi dengan kejahatan. Kemudian dikerasi baginya seorang yang pekak lagi bisu dan buta, ada bersertanya satu pemukul daripada besi yang jika sekiranya berhimpun sekalian jin dan manusia nescaya tiada terdaya mereka hendak mengangkatnya. Jika sekiranya dipukulkan dengannya pada satu gunung nescaya hancur menjadi debu. Maka ia memukulnya dengannya [pemukul besi] hingga menjadi debu tanah dan dikembalikan padanya roh. Maka ia memukulnya di antara dua matanya satu kali pukulan. Didengari oleh sekalian yang ada di atas bumi selain daripada jin dan manusia. Ia berkata: Kemudian menyeru seorang malaikat : Bentangkanlah olehmu sekalian dua papan daripada api neraka dan bukakanlah olehmu sekalian satu pintu kepada api neraka....."
فَافْرِشُوْا لَهُ مِنَ النَّارِ، وَافْتَحُوْا لَهُ بَابًا إِلَى النَّارِ، فَيَأْتِيْهِ مِنْ حَرِّهَا، وَسَمُوْمِهَا، وَيُضَيَّقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ حَتَّى تَخْتَلِفَ فِيْهِ أَضْلَاعُهُ، وَيَأْتِيْهِ رَجُلٌ قَبِيْحُ الْوَجْهِ، قَبِيْحُ الثِّيَابِ، مُنْتِنُ الرِّيْحِ، فَيَقُوْلُ: أَبْشِرْ بِالَّذِيْ يَسُوْءُكَ، هَذَا يَوْمُكَ الَّذِي كُنْتَ تُوْعَدُ، فَيَقُوْلُ: مَنْ أَنْتَ ؟ فَوَجْهُكَ الْوَجْهُ يَجِيْءُ بِالشَّرِّ، فَيَقُوْلُ: أَنَا عَمَلُكَ الْخَبِيْثُ، فَيَقُوْلُ: رَبِّ لَا تُقِمِ السَّاعَةَ
Maksudnya :
Dalam sepotong Hadis riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah ada juga menjelaskan yang bermaksud:" 'Hamparkanlah untuknya (permadani) dari neraka, bukakanlah baginya pintu menuju neraka.' Maka sampailah kepadanya rasa panas dan angin panas neraka itu, kuburnya pun disempitkan sampai tulang rusuknya terhimpit. Kemudian datanglah seorang lelaki berwajah buruk, pakaiannya jelek, dan baunya busuk dan berkata berkata: 'Bergembiralah dengan sesuatu yang telah menyedihkanmu, ini adalah hari yang dahulu kamu dijanjikan.' Ia (orang kafir) pun bertanya: 'Siapa kamu, wajahmu adalah wajah yang membawa keburukan?' Ia pun menjawab: 'Aku adalah amal burukmu.' Akhirnya ia (orang kafir) berkata: 'Tuhanku, janganlah Engkau tegakkan kiamat." [HR. Ahmad ]
Bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Barangsiapa yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kekayaan tetapi tidak mengeluarkan zakatnya, maka pada hari kiamat nanti, ia akan didatangi seekor ular yang besar lagi sangat berbisa dan amat menakutkan dengan dua bintik di atas kedua matanya lalu membelit dan memaggut lehernya sambil berteriak: 'Aku adalah kekayaanmu, aku adalah kekayaanmu yang kamu kumpulkan dahulu.' Kemudian baginda s.a.w membaca ayat al-Quran:
وَلا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌYang bermaksud :
"Dan jangan sesekali orang-orang yang bakhil dengan hartabenda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan (diseksa) di lehernya pada hari kiamat kelak. Dan kepunyaan Allah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan." [Surah آل عمران Al-’Imran: 180]
Bagaimanakah hal keadaan orang-orang yang kafir dan munafik (orang yang pada zahirnya Islam tetapi di dalam hatinya menyimpan dan berpegang kepada ilmu ajaran sesat dan membenci agama Islam) dalam konteks perbuatan/ amalan yang dikurniakan "PAHALA" dan dilaknat dengan "DOSA"?
Apabila seseorang itu tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya berteraskan ilmu dan pegangan keimanan yang hak, maka dengan sendirinya segala perbuatan kebajikan dan amalan baiknya tidak diberikan ganjaran 'cahaya pahala ibadat' sehingga dia bertaubat dan beriman sepenuhnya sebagai orang yang beriman dengan keimanan yang hak.
Hakikat ini memberi erti bahawa pada setiap detik di sepanjang hayat orang yang kafir dan munafik itu hanya dibebani tanggungan "DOSA" sahaja. Perbezaan hal keadaan roh orang yang mukmin dan orang yang kafir/munafik apabila dia mati adalah seperti yang dimaksud dalam Hadis Rasulullah s.a.w.:
Diriwayatkan daripada Zaid bin Aslam daripada bapanya dengan berkata yang bermaksud:
Diriwayatkan daripada Zaid bin Aslam daripada bapanya dengan berkata yang bermaksud:
"...Apabila ada tertinggal bagi orang mukmin itu pangkat ketinggiannya (iaitu sesuatu yang tidak tercapai melalui amalannya) nescaya dikuatkan ke atasnya kesakitan itu ketika mati supaya dapat ia mencapai pangkat-pangkat ketinggiannya itu di dalam syurga.
Jika ada bagi seseorang kafir itu kebaikan yang belum diberi ganjarannya itu nescaya 'diringankan' ke atasnya kesakitan ketika mati, supaya tersempurnanya balasan baiknya itu, kemudian dia dibawa masuk ke dalam api neraka...."
Dalam Hadis lain yang diriwayat daripada Al-Barra' bin 'Azib ada menyebut hal orang kafir seperti yang dimaksudkan:
"........dan adapun orang yang kafir itu apabila ia pada pihak daripada akhirat dan terputus daripada hidup di dunia turun kepadanya malaikat-malaikat yang tersangat besar lagi tersangat kuat, berserta mereka pakaian-pakaian daripada api neraka, baju-baju mereka daripada tembaga mengelilingi mereka kepadanya. Apabila keluar rohnya dilipatkan oleh tiap-tiap orang malaikat yang ada di antara langit dan bumi dan tiap-tiap malaikat di langit menutupkan segala pintu langit sehingga tidak ada daripadanya satu pintu pun melainkan membencinya masuk dengan rohnya....."(hingga akhir hadis ).
Dalam konteks ini juga Allah berfirman di dalam al-Quran :
إِنَّ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْكُفْرَ بِالإيمَانِ لَنْ يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (177) وَلا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لأنْفُسِهِمْ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا وَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ (178
Maksudnya :"Sesungguhnya orang-orang yang menukar iman dengan kekafiran, sekali-kali mereka tidak dapat memberi mudarat kepada Allah sedikitpun, dan bagi mereka azab yang pedih. (177)
Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahawa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang pedih."(178)
[ Surah سورة آل عمران Ali'Imran : 177-178]
Hati, sikap dan amalan-amalan orang-orang kafir adalah seperti Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة النور An-Nuur ayat 39-40 :
وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّى إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (39) أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ (40
"Dan orang-orang yang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana (mirage) di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga kehausan, tetapi bila didatanganinya air itu dia tidak mendapatinya sesuatu apa pun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitungan-Nya.(39)
Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi ) awan; gelap gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun."(40)
Perumpamaan yang digambarkan dalam ayat ini menjelaskan betapa sukarnya bagi orang kafir dan orang munafik mendapat petunjuk cahaya kebenaran beragama yang diredai Allah kerana Al-Basirah, 'Ainul Qalbi, atau Mata Hatinya sudah ditutupi 'kegelapan' kejahilan dan kelaknatan dosa kekufuran dan kefasikan yang tidak memungkinkan baginya dapat memahami cahaya keilmuan dan keimanan yang hak bagi membolehkannya keluar dari kepompong kejahilan dan kekafiran.
Kemurkaan Allah terhadap orang-orang kafir berulang-ulang kali disebut dalam al-Quran. Antaranya ialah seperti Firman Allah dalam surahسورة محمد Muhammad ayat 8-9 :
Kemurkaan Allah terhadap orang-orang kafir berulang-ulang kali disebut dalam al-Quran. Antaranya ialah seperti Firman Allah dalam surahسورة محمد Muhammad ayat 8-9 :
وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْسًا لَهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ (8) ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ (9
Maksudnya :
"Dan orang-orang yang kafir maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka. (8)
Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (al-Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka."(9)
[## Peringatan : Perkara yang sama boleh berlaku kepada orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tetapi masih dalam kejahilan beragama, tidak berusaha untuk mempertingkatkan kefahaman ilmu dan penghayatan agamanya hingga terjerumus dalam kancah dosa maksiat sama ada disedarinya atau tidak. Tanpa kesungguhan usaha melakukan taubat nasuha dia mungkin tidak akan "diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah" dan akan terus 'berkeseronokan' bergelumang dalam kegelapan dosanya hingga ke akhir hayat yang akhirnya amat terdedah kepada segala hal yang sama nasibnya seperti orang kafir yang tidak beriman].
Apa yang berlaku di dalam kubur orang mukmin dan orang kafir/munafik adalah seperti yang dikhabarkan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Bahawa orang MUKMIN itu di dalam kuburnya diberikan tempat kedudukan yang tenang dan selesa, diluaskan pula tujuh puluh hasta, diberikan cahaya muka bagai bulan malam empat belas. Nabi bertanya: Kepada siapakah diturunkan (ayat 124 surah Thaahaa : 124) " فَاِنَّ لَهُ مَعِيْشَــةً ضَنْكًا " (yang kira-kira ertinya: “maka sungguh baginya kehidupan yang sempit”), jawab mereka (sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.): Allah dan Rasul-Nya amat mengetahui."
Sabdanya lagi yang bermaksud:
"Azab orang KAFIR di dalam kuburnya dikerasi ke atasnya sembilan puluh sembilan(99) ekor ular besar. Adakah engkau sekelian tahu, apa dia ular itu, iaitulah sembilan puluh sembilan (99) ekor ular, bagi tiap-tiap seekor ular itu ada sembilan kepala, memagut dan menyemburkan bisanya pada badan orang kafir itu hingga hari dibangkitkan sekelian ahli isi kubur itu daripada kuburnya."
Adapun rasa kepedihan dan kesakitan yang ditanggung oleh orang kafir itu di dalam kuburnya akibat pagutan dan semburan ular yang amat berbisa di dalam kuburnya itu adalah amat dahsyat mengatasi segala jenis dan bentuk bisa kesakitan yang dapat difahami manusia yang masih hidup di dunia kerana seekor ular itu sahaja jika ia menyemburkan bisanya ke atas muka bumi dunia ini nescaya tidak akan tumbuh sebarang tumbuhan.
Dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yang berkaitan ada menerangkan sebagaimana riwayat Abu Said al-Khudri r.a. yang bermaksud:
"Maka diazabkan orang-orang kafir itu di dalam kuburnya dengan beberapa ekor ular yang tertentu bilangannya. Banyaknya bilangan ular dan juga kala jengkingnya yang bisa itu adalah menurut betapa banyaknya kelakuan jahat (akhlak mazmumah) yang terbit dari diri orang-orang kafir itu, seperti takbur, riak, hasad, tipu-daya dan lain-lain kelakuan jahat yang seumpamanya yang menjadi tempat dan punca bertapaknya segala kelakuan jahat."
Daripada dosa kekafiran itu terbit pula beberapa bahagian kelakuan-kelakuan jahat yang lain. Kelakuan jahat itu pula akan bercabang kepada beberapa cawangan yang lain pula. Pada hakikatnya segala kelakuan jahat itu adalah pembinasa diri sendiri apabila halnya itu bertukar menjadi Roh al-A’mal dari jenis kala dan ular yang bisa. Pagutan yang paling kuat daripadanya itu ialah pagutan ular besar yang berbisa. Manakala yang lemah daripadanya itu menyengati sebagai sengatan kala yang bisa, yang pertengahan di antara keduanya menyakiti sebagai kesakitan pagutan ular. Kesemuanya amat menyakiti dan mengazabkan diri orang kafir itu di dalam kuburnya, dan tidak dapat melepaskan diri daripadanya.
Azab seksa yang ditanggung oleh orang kafir/munafik berterusan selama-lamanya hinggalah hari dibangkitkan semula pada Hari Kiamat besar dunia, hari timbangan amal dan seterusnya berkekalan selama-lamanya menanggung azab seksa yang jauh lebih dahsyat yang tidak dapat dibandingkan dengan azab seksa yang lain apabila dihumban ke dalam Neraka Jahanam. Kekesalan mereka akan berterusan sebagaimana Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة آل عمران Al-'Imran ayat 91:
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوْا وَمَاتُوْا وَهُمْ كُفَّارٌ فَلـَنْ يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِمْ مِلْءُ الاَرْضِ ذَهَبًا وَلَوِ افْـتَــدَى بِهِأُوْلَــئـِك لَهُم عَذَابٌ أَلِيْم وَّمَالَهُمْ مِنْ نَاصِرينَ
Maksudnya :
“Bahawa orang-orang yang telah kufur dan mereka mati dalam keadaan kekafiran maka tidaklah akan diterima dari seorang pun di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan emas [yang sebanyak] itu. Bagi mereka itulah seksaan yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong."

Sebanyak manakah emas sepenuh bumi?
Seseorang yang berdosa itu tidak akan memikul dosa orang lain. Segala usaha dan perbuatannya akan diperlihatkan kepadanya apabila berada di akhirat kelak sebagaimana Firman Allah di dalam al-Quran :
أَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى (38) وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى (39) وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى (40) ثُمََّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الأوْفَى (41)
Maksudnya :
" (Iaitu) bahawasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, (38)
dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya, (39)
dan bahawasanya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).(40)
[ Surah سورة النجم An-Najm : 38-41 ]Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna." (41)
Golongan manusia yang ingkar kepada seruan kebenaran beragama hanya menilai kebahagiaan hidup di dunia ini dari aspek tradisi kenikmatan menurut ukuran duniawi yang pada anggapan dan persepsi mereka adalah hakikat kebahagian hidup sebenar seseorang insan manusia di dunia ini. Segala seruan yang disampaikan oleh para Rasul Allah pun tidak akan diterima jika bertentangan dengan ukuran tradisi hidup mereka. Keingkaran dan kegelapan dosa-dosa menutupi pintu rahmat dan keimanan terhadap Allah dan seruan kebenaran yang disampaikan oleh para Rasul Allah yang diutuskan menerangi hati 'kalbu' mereka. Hal ini dapat diambil iktibar daripada peri laku kaum-kaum para Nabi terdahulu. Antaranya ialah kaum Nabi Nuh Alaihisalam seperti Firman Allah yang terkandung di dalam al-Quran surah سورة هود Huud ayat 27-28 :
فَقَالَ الْمَلأ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَوْمِهِ مَا نَرَاكَ إِلا بَشَرًا مِثْلَنَا وَمَا نَرَاكَ اتَّبَعَكَ إِلا الَّذِينَ هُمْ أَرَاذِلُنَا بَادِيَ الرَّأْيِ وَمَا نَرَى لَكُمْ عَلَيْنَا مِنْ فَضْلٍ بَلْ نَظُنُّكُمْ كَاذِبِينَ (27) قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كُنْتُ عَلَى بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَآتَانِي رَحْمَةً مِنْ عِنْدِهِ فَعُمِّيَتْ عَلَيْكُمْ أَنُلْزِمُكُمُوهَا وَأَنْتُمْ لَهَا كَارِهُونَ (28Maksudnya :
" Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya : ' Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu, melainkan orang-orang yang hina-dina di antara kami yang lekas percaya sahaja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apa pun atas kami, bahkan kami yakin bahawa kamu adalah orang-orang yang dusta.' (27)
Firman Allah yang terkandung di dalam ayat ini ini amat serasi dan sehaluan dengan pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah yang menggariskan bahawa :Berkata Nuh: 'Hai kaum ku, bagaimana fikiranmu, jika aku ada mempunyai bukti yang nyata dari Tuhan ku, dan diberinya aku rahmat dari sisi-Nya, tetapi rahmat itu disamarkan bagimu. Apa akan kami paksakankah kamu menerimanya, pada hal kamu tidak menyukainya.?"(28)
".......bawa Allah Taala telah membangkitkan Rasul-rasul dan telah menzahirkan kebenaran mereka dengan beberapa banyak mukjizat yang nyata dan terang. Maka berkerjalah mereka untuk menyampaikan segala suruhan Allah dan barang-barang tegahan-Nya dan janji-janjian balasan pahala-Nya dan janji-janjian balasan azab-Nya..."
Ketentuan Allah terhadap orang yang beriman tetapi ditakdirkan menerima hukuman dan balasan azab seksa neraka atas dosa-dosa kesalahan mereka adalah seperti yang dimaksudkan dalam pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah Pada Makna Syahdat Ar-Rasul:
"Hendaklah beriman dengan bahawa dikeluarkan orang-orang yang beriman itu daripada api neraka kemudian daripada dikenakan balasan seksa ke atas mereka itu dengan sebab dosa-dosa mereka itu sehingga tidak tertinggal di dalam api neraka jahanam itu seorang pun ahli At-Tawhid dengan kemurahan Allah SWT. Maka tidaklah dikekalkan orang yang ahli At-Tawhid itu di dalam api neraka.
Hendaklah beriman dengan syafa'at Nabi-nabi, syafa'at ulama-ulama, syafa'at orang-orang yang mati syahid [syuhada'] dan kemudian syafa'at sekalian orang-orang yang mukminin atas kadar martabat kemegahan dan kemuliaan mereka itu di sisi Allah SWT.
Barangsiapa yang tertinggal daripada orang-orang mukminin itu di dalam api neraka dan tiada baginya sesiapa orang yang mensyafaatkannya, maka Allah SWT mengeluarkannya daripada api neraka itu dengan kemurahan Allah SWT.Tidak dikekalkan seseorang mukmin (yang berdosa) itu dalam api neraka bahkan dikeluarkan daripadanya sesiapa mereka yang ada pada hatinya setimbang berat zarrah daripada IMAN."
Demikianlah penjelasan secara sepintas lalu mengenai erti "Pahala" dan "Dosa" yang dijanjikan Allah kepada setiap diri manusia di muka bumi ini di sepanjang hayat mereka hidup di dunia. Apa yang dijanjikan Allah melalui wahyu-wahyu-Nya yang termaktub di dalam kitabullah-kitabullah yang diturunkan kepada Rasul-rasul yang dibangkitkan adalah tersangat benar dan pasti berlaku kepada setiap diri manusia tanpa pengecualian.
"Pahala" dan "Dosa" memang amat mudah bagi kita dan sesiapa juga memperkatakannya termasuk juga golongan orang-orang kafir, munafik dan ahli maksiat tetapi sejauh manakah kita semua memahaminya mengikut kehendak Islam berpandukan hukum syarak adalah satu hal yang hanya boleh dijawab mengikut kefahaman diri masing-masing.
Sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya adalah diharapkan apa jua yang dipaparkan di sini dapat memberikan sedikit pencerahan, kefahaman dan kesedaran kepada kita untuk membuat ukuran, penilaian dan perkiraan terhadap diri sendiri sejauh manakah pengertian "Pahala" dan "Dosa" ini dapat membentuk ketaqwaan kita terhadap Allah Subhanahuwatalla.
Pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jammah mengenai kedua aspek "Pahala" dan "Dosa" ini adalah seperti yang disebut dalam Kitab Terjemah Aqidah Ahli Sunnah wal Jemah Pada Makna Syahdat Al-Rasul yang antara lainnya memperjelaskan bahawa :
Adapun "Neraca Penimbangan Amalan" atau "Yaumul Mizan" ini ada disebut dalam al-Quran. Antaranya :"....Hendaklah beriman dengan Neraca Penimbangan Amalan yang adalah neraca itu mempunyai dua daun neraca dan ada baginya lidah. Besarnya daun neraca itu menyamai besarnya tujuh lapis langit dan bumi dan ditimbang padanya segala amalan hamba Allah dengan kuasa Allah dan tiap-tiap amalan itu ditimbang pada segenap perkaranya dengan sehalus-halus timbangan dan sehabis-habis sempurnanya kerana kesempurnaan keadilan.Diletakkan segala suratan amalan kebajikan dalam rupa keelokkan itu pada daun neraca kecahayaan. Maka beratlah timbangan itu dengannya atas kadar darjat-darjat kelebihan dan kemuliaannya di sisi Allah dengan kemurahan Allah. Diletakkan segala suratan amalan kejahatan yang dalam rupa keburukan kegelapan itu pada daun neraca kegelapan,maka ringanlah timbangan itu dengannya dengan keadilan Allah...."
Maksudnya :وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ
i." Kami akan memasang timbangan yang tepat pada Hari Kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi sekalipun pasti Kami mendatangkan (pahalanya). Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat Perhitungan."[ Surah سورة الأنبياء al-Anbiya' : 47 ]
Maksudnya :وَالْوَزْنُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (8) وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ بِمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَظْلِمُونَ (9
ii." Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan), maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung. (8)
Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka meringankan ayat-ayat Kami. (9)[Surah سورة الأعراف al-A'Raaf : 8-9 ]
فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (102) وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ فِي جَهَنَّمَ خَالِدُونَ (103Maksudnya :
iii." Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang mendapat keberuntungan. (102)
Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal dalam neraka Jahanam." (103)[Surah سورة المؤمن al-Mu'minuun : 102-103 ]
Di samping itu terdapat juga Hadis2 Rasulullah yang menjelaskannya seperti:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
يُوْضَعُ الْمِيْزَانُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، فَلَوْ وُزِنَ فِيْهِ السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ لَوَسِعَتْ، فَتَقُوْلُ الْمَلاَئِكَةُ: يَا رَبِّ! لِمَنْ يَزِنُ هَذَا؟ فَيَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى: لِمَنْ شِئْتُ مِنْ خَلْقِيْ، فَتَقُوْلُ الْمَلاَئِكَةُ: سُبْحَانَكَ مَا عَبَدْنَاكَ حَقَّ عِبَادَتِكَ
Maksudnya :
Pengertian "Pahala" dan "Dosa" yang dibacarakan ini dapat difahami dan dirumuskan melalui intipati Hadis Rasulullah s.a.w. seperti berikut :“Pada hari Kiamat, mizan akan ditegakkan. Andaikan ia digunakan untuk menimbang langit dan bumi, nescaya ia akan tetap lapang. Maka Malaikat pun berkata: 'Tuhan-ku, untuk siapa timbangan ini?'. Allah berfirman: 'Untuk siapa saja dari hamba-hamba-Ku'. Maka Malaikat berkata: 'Maha Suci Engkau, tidaklah kami dapat beribadah kepada-Mu dengan sebenar-benarnya'.” (Diriwayatkan oleh al-Hakim ]
وَقَدْ وَرَدَ فِي الخَبَرِ "اَنَهُ يُنْشَرُ لِلْعَبْدِ بِكُلِّ يَومٍ وَلَيلَةٍ اَرْبَعُ وَعِشْرُونَ خَزَانَةً مَصْفُوفَةً فَيُفْتَحُ لَهُ مِنْهَا خَزَانَةٌ فَيَرَاهَا مَمْلُوءَةً نُورًا مِنْ حَسَنَاتِهِ الَّتِي عَمِلَهَا فِي تِلْكَ السَّاعَةِ فَيَنَالُهُ مِنَ الفَرَحِ وَالسُّرُورِ وَالْاِسْتِبْشَارِ بِمُشَاهَدَةِ تِلْكَ الاَنْوَارِ الَّتِي هِيَ وَسِيلَتُهُ عِنْدَ المَلِكِ الجَبَّارِ مَا لَوْ وُزِّعَ عَلَى اَهْلِ النَّارِ لَأَدْهَشَهُمْ ذَلِكَ الفَرَحُ عِنْدَ الاِحْسِاسِ بِأَلَمِ النَّارِ وَيُفْتَحُ لَهُ خَزَانَةٌ أُخْرَى سَوْدَاءٌ مُظْلِمَةٌ يَفُوحُ نَتْنُهَا وَيَغْشَاهُ ظُلاَمُهَا وَهِيَ السَّاعَةُ الَّتِى عَصَى اللهَ فِيهَا فَيَنَالُهُ مِنَ الهَولِ وَالفَزَعِ مَا لَوْ قُسِّمَ عَلَى اَهْلِ الجَنَّةِ لَتَنَغَصَّ عَلَيهِمْ نَعِيمُهَا وَيُفْتَحُ لَهُ خَزَانَةٌ اُخْرَى فَارِغَةٌ لَيسَ لَهُ فَيهَا مَا يَسُرُّهُ وَلاَ مَا يَسُوءُهُ وَهِيَ السَّاعَةُ الَّتِي نَامَ فِيهَا اَو غَفَلَ اَوْ اشْتَغَلَ بِشَئٍ مِنْ مُبَاحَاتِ الدُّنْيَا فَيَتَحَسَّرُ عَلَى خُلُوِّهَا وَيَنَالُهُ مِنْ غُبْنِ ذَلِكَ مَا يَنَالُ القَادِرُ عَلَى الرِّبْحِ الكَثِيرِ وَالمُلْكِ الكَبِيرِ اِذَا اَهْمَلَهُ وَتَسَاهَلَ فِيهِ حَتَّى فَاتَهُ.
Maksudnya :
" Dan telah datang khabaran Hadis bahawasanya dibentangkan bagi hamba itu dengan tiap-tiap hari dan malam dua puluh empat (24) khazanah yang teratur. Maka dibukakan baginya daripadanya itu satu khazanah, maka ia melihatnya dipenuhi cahaya daripada segala kebajikan yang ia memperbuatnya pada sedemikian saat. Maka ia mendapatinya daripada sukacita yang sehabis-habis sukacita dengan sebab melihat cahaya itu yang ialah jadi wasilahnya "sebab mulianya" di sisi Allah Yang Amat Mempunyai Pemilikan lagi Yang Amat Mempunyai Kekerasan. Jika sekiranya dibahagi-bahagikan ke atas ahli api neraka nescaya menghairankan mereka oleh kesukaan hati pada melihatnya sekalipun mereka sedang menanggung azab dengan kepedihan api neraka yang sangat dahsyat pedihnya.
Dan dibukakan baginya satu khazanah lain yang tersangat hitam lagi tersangat gelap, berkembangan bau busuknya dan menutupi kegelapannya, dan itulah satu saat yang ia telah berbuat maksiat kepada Allah padanya. Maka mendapatinya daripada huru-hara dan takut yang sangat dahsyat, jika sekiranya dibahagi-bahagikan ke atas ahli-ahli syurga nescaya mencekikkan ke atas mereka nikmat kesenangannya.
Dan dibukakan baginya satu lagi khazanah yang lain pula, (khazanah itu) kosong tanpa ada sebarang apa yang boleh membuatnya suka atau duka, iaitulah saat ia tidur padanya atau saat yang ia lupa atau yang ia mengerjakan sesuatu perkara dunia yang diharuskan.
Dalam Hadis yang lain ada mejelaskan juga sebagaimana berikut :Maka kesemua itu, membuatkan dia teramat sedih di atas kekosongannya itu; dia kesal umpama orang yang berupaya mendapatkan keuntungan yang besar dan pemilikan yang banyak, tetapi dia cuai dan meringan-ringankan (peluang itu) hingga terlepas."
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: » إِنَّ العَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ، فَإِذَا هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ سُقِلَ قَلْبُهُ ، وَإِنْ عَادَ زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ ، وَهُوَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ: كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ « .
Maksudnya :
"Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: 'Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititikkan dalam hatinya (qalbu) sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya (qalbu). Itulah yang diistilahkan “ar raan” yang Allah sebutkan dalam Firman-Nya :
كَلا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
(yang ertinya): ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati (qalbu) mereka’.” (Surah سورة المطففين Al-Muthaffiffin :14 )
Mudah-mudahan kita sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan Hari Akhirat, tidak memandang ringan dan mengambil mudah terhadap perkara "Pahala" dan "Dosa" ini dengan beranggapan ia hanya persoalan kecil sahaja yang tidak memberikan apa-apa implikasi pun dalam kehidupan seharian kita di dunia ini.
Sila teliti serta fahami maksud Hadis berikut yang menjelaskan seseorang hamba Allah itu boleh menerima azab kubur hanya kerana kesalahan tidak beristinjak dengan betul dan suka melakukan 'namimah' النمیمه (adu domba sesama manusia):
Demikian juga dengan dosa orang menyesatkan manusia yang dilakukannya ketika hidup di dunia akan berterusan menerima balasan seksa yang berkekalan hingga Hari Kiamat. Firman Allah dalam surah سورة النحل An-Nahl ayat 25 menjelaskan:
Sila teliti serta fahami maksud Hadis berikut yang menjelaskan seseorang hamba Allah itu boleh menerima azab kubur hanya kerana kesalahan tidak beristinjak dengan betul dan suka melakukan 'namimah' النمیمه (adu domba sesama manusia):
عن ابن ابن عباس قَالَ: مَرَّ النَّبِيُّ صلى الله عليه و سلم بِحَائِطٍ مِنْ حِيْطَانِ اْلمـَدِيْنَةِ –أو مَكَّةَ- فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فىِ قُبُوْرِهِمَا فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه و سلم: يُعَذَّبَانِ وَ مَا يُعَذَّبَانِ فىِ كَبِيْرٍ ثُمَّ قَالَ: بَلىَ كَانَ أَحَدُهُمَا لاَ يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَ كَانَ اْلآخَرُ يَمْشِى بِالنَّمِيْمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيْدِةٍ فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً فَقِيْلَ لَهُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا؟ قَالَ: لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا أوْ إِلَى أَنْ يَيْبَسَا:Maksudnya"Dari Ibnu Abbas berkata, Rasulullah s.a.w. pernah melewati satu kebun dari beberpa buah kebun di Madinah atau Mekah. Lalu baginda mendengar suara dua orang yang sedang diazab di dalam kubur mereka. Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda: 'Yang pertama (diazab) lantaran tidak bersih (suci) dari buang air kecilnya, dan yang lain kerana suka berjalan ke sana sini menyibarkan namimah النمیمه (mengadu domba).'
Lalu baginda menyuruh mengambil pelepah (kurma) dan membelahnya menjadi dua bahagian. Ditanyakan (kepada baginda) : 'Wahai Rasulullah, mengapakah engkau melakukan hal ini?'. Baginda menjawab :'Mudah-mudahan kedua orang ini diringankan dari (azab) selama kedua bahagian pelepah ini masih basah'."
Dalam Hadis Rasulullah s.a.w. yang kerap diperkatakan ialah perihal seseorang manusia apabila sudah mati akan terputus amalannya kecuali dalam tiga perkara :[HR al-Bukhariy, Muslim, At-Tirmizi, Abu Dawud, Ibnu Majah]
Hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa’i dan Ahmad:
عَنْ أبِى هُرَيْرَة (ر) أنَّ رَسُول الله .صَ. قَالَ: إذَا مَاتَ الإنسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ:صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ اَو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ, اَووَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُولَهُ (رواه ابو داود
Maksudnya :
Pengertian Hadis ini dapat difahami bahawa jika seseorang mukmin salih itu meninggal dunia segala amalannya terputus kecuali dalam tiga perkara yang dimaksudkan. Ertinya dia terus mendapat ganjaran pahala yang berterusan sebagaimana dia melakukan ibadat di dunia juga hingga dibangkitkan semula pada Hari Kiamat kelak.“Jika anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak salih yang berdo'a kepadanya.” [HR Muslim].
Demikian juga dengan dosa orang menyesatkan manusia yang dilakukannya ketika hidup di dunia akan berterusan menerima balasan seksa yang berkekalan hingga Hari Kiamat. Firman Allah dalam surah سورة النحل An-Nahl ayat 25 menjelaskan:
Maksudnya :لِيَحْمِلُوا أَوْزَارَهُمْ كَامِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمِنْ أَوْزَارِ الَّذِينَ يُضِلُّونَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ أَلا سَاءَ مَا يَزِرُونَ
" (Ucapan mereka) menyebabkan mereka memikul dosa-dosanya secara sempurna dengan sepenuh-penuhnya pada Hari Kiamat, dan sebahagian dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikit pun (bahawa mereka disesatkan). Ingatlah, amat buruklah dosa yang mereka pikul itu."
Firman Allah di dalam al-Quran surah سورة فاطر Faathir ayat 28 ada menyatakan :
وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالأنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Maksudnya :"Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternakan ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama'. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
Maksud yang hampir sama juga terkandung di dalam surah سورة الزمر Az-Zumar ayat 9 :
أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاء اللَّيْلِ سَاجِداً وَقَائِماً يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
Maksudnya :
Demikaian juga dengan peringatan-peringatan yang dimaksudakan di dalam Hadis-hadis berikut :" (Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) atau orang yang beribadat di waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah : 'Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?' Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran."
i.Dalam riwayat Muslim, disebutkan:
قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ : إِذَا تَـحَدَّثَ عَبْدِيْ بِأَنْ يَعْمَلَ حَسَنَةً ؛ فَأَنَا أَكْتُبُهَا لَهُ حَسَنَةً مَا لَـمْ يَعْمَلْ ، فَإِذَا عَمِلَهَا فَأَنَا أَكْتُبُهَا بِعَشْرِ أَمْثَالِـهَا ، وَإِذَا تَـحَدَّثَ بِأَنْ يَعْمَلَ سَيِّـئَةً ، فَأَنَا أَغْفِرُهَا لَهُ مَا لَـمْ يَعْمَلْهَا ، فَإِذَا عَمِلَهَا فَأَنَا أَكْتُبُهَا لَهُ بِمِثْلِهَا. وَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : قَالَتِ الْـمَلَائِكَةُ : رَبِّ ، ذَاكَ عَبْدُكَ يُرِيْدُ أَنْ يَعْمَلَ سَيِّئَةً (وَهُوَ أَبْصَرُ بِهِ) فقَالَ : اُرْقُبُوْهُ ، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوْهَا لَهُ بِمِثْلِهَا ، وَإِنْ تَرَكَهَا فَاكْتُبُوْهَا لَهُ حَسَنَةً ، إِنَّمَـا تَرَكَهَا مِنْ جَرَّايَ. وَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِذَا أَحْسَنَ أَحَدُكُمْ إِسْلَامَهُ فَكُلُّ حَسَنَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ بِعَشْرِ أَمْثَالِـهَا إِلَـى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ ، وَكُلُّ سَيِّـئَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ بِمِثْلِهَا حَتَّى يَلْقَى اللهَMaksudnya :
" Allâh Subhanahu wa Ta’ala berfirman, ’Jika hamba-Ku berniat mengerjakan kebaikan, maka Aku 'menuliskan' baginya satu kebaikan selagi ia tidak mengerjakannya. Jika ia sudah mengerjakannya, Aku 'menuliskan' baginya sepuluh kali kebaikannya itu. Jika ia berniat mengerjakan kesalahan, maka Aku mengampuninya selagi ia tidak mengerjakannya. Jika ia sudah mengerjakan kesalahan tersebut, maka Aku 'menulisnya 'sebagai satu kesalahan yang sama.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 'Para malaikat berkata, ’Wahai Tuhan-ku, itu hamba-Mu ingin mengerjakan kesalahan–Dia lebih tahu tentang hamba-Nya-.’ Allâh berfirman, ’Pantaulah dia. Jika ia mengerjakan kesalahan tersebut, tulislah sebagai satu kesalahan yang sama untuknya. Jika ia meninggalkan kesalahan tersebut, tulislah sebagai kebaikan untuknya, kerana ia meninggalkan kesalahan tersebut kerana takut kepada-Ku.’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 'Jika salah seorang dari kalian memperbaiki keislamannya, maka setiap kebaikan yang dikerjakannya ditulis dengan sepuluh kebaikan yang sama hingga tujuh ratus kali lipat dan setiap kesalahan yang dikerjakannya ditulis dengan satu kesalahan yang sama hingga ia bertemu Allâh.'”
ii.Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda :
Maksudnya :كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ : اَلْـحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِـهَا إِلَـى سَبْعِ مِئَةِ ضِعْفٍ. قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ : إِلَّا الصَّوْمَ ، فَإِنَّهُ لِـيْ وَأَنَا أَجْزِيْ بِهِ ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِـيْ
"Setiap perbuatan anak Adam dilipatgandakan; satu kebaikan dengan sepuluh kebaikan yang sama hingga tujuh ratus kali lipat. Allâh Azza wa Jalla berfirman: ’Kecuali puasa, kerana ia milik-Ku dan Aku yang membalasnya. Ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku …’”
iii.Dari Abu Dzar Radhiyallahu anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda :
يَقُوْلُ اللهُ : مَنْ جَاءَ بِالْـحَسَنَةِ ، فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِـهَا وَ أَزِيْدُ ، وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ ، فَجَزَاؤُهُ سَيِّئَةٌ مِثْلُهَا ، أَوْ أَغْفِرُ
Maksudnya :
"Allâh berfirman, ‘Barangsiapa mengerjakan kebaikan, ia berhak atas sepuluh kebaikan yang sama dan Aku tambahkan (kebaikan kepadanya). Dan barangsiapa mengerjakan kesalahan, balasannya ialah kesalahan yang sama atau Aku mengampuninya'.”
iv.Dan dari Anas Radhiyallahu anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau bersabda :
Maksudnya :مَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا ، كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً ، فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا ، وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّـئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا ، لَـمْ تُكْتَبْ شَيْئًا فَإِنْ عَمِلَهَا ، كُتِبَتْ سَيِّـئَةً وَاحِدَةً
"Barangsiapa menginginkan kebaikan kemudian tidak mengerjakannya, maka satu kebaikan ditulis untuknya. Jika ia mengerjakan kebaikan tersebut, maka sepuluh kebaikan ditulis baginya. Dan barangsiapa menginginkan kesalahan kemudian tidak mengerjakannya, maka tidak ditulis apa-apa baginya. Jika ia mengerjakan kesalahan tersebut, maka ditulis satu kesalahan baginya."
v.Hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan Abu Ya’la dalam Musnad Tabrani dan Baihaqi menerangkan :
كُلُّ مَوْلُوْدٍ يُوْلَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أوْ يُمَجِّسَانِهِ
Maksudnya :
“Setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih sehingga menjadi fasih lisannya, lalu ayah ibunya menjadikannya orang beragama Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
Pegangan iktiqad Ahli Sunnah wal Jamaah mengenai persoalan yang berkaitan dengan "Pahala " dan "Dosa" ni adalah sebagaimana yang dijelasakan dalam bab "Al-Iradah" (Kehendak) Allah yang bermaksud :
Demikian juga penjelasan yang diberikan dalam bab "Al-Afa'al" (الافعال)(Perbuatan) Allah yang antara lain menyebut bahawa :" ...dan tidak dapat lari seseorang hamba Allah itu daripada berbuat maksiat kepada Allah melainkan ialah semata-mata dengan pertolongan Allah dan rahmat-Nya, dan tiada terdaya mengekalkan di atas berbuat taat kepada Allah melainkan ialah semata-mata dengan kehendak Allah."
" .....Allah Taala itu amat Berkuasa di atas menurunkan berbagai-bagai azab ke atas sekalian hamba-hamba-Nya, dan mengazabkan mereka semuanya dengan bermacam-macam jenis azab kesakitan dan penderitaan dan jikalau pun Allah Taala itu berbuat sedemikian itu ke atas hamba-hamba-Nya adalah yang sedemikian itu ialah Keadilan daripada Allah juga dan tidak ada daripada-Nya itu kezaliman dan tidak ada daripada-Nya itu kekejian.......
[Lihat : Terjemah Aqidah Ahli sunnah wal Jamaah Pada Makna Syahdat At Tauhid]Allah Taala Jaala Waaz itu memberi pahala kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin di atas ketaatan mereka ialah semata-mata dengan hukuman kemuruhan dan janji-Nya dan bukan dengan hukuman termestinya dan terwajibnya dan termustahaknya bagi Allah itu berbuat demikian, kerana tiada terwajib di atas Allah itu berbuat sesuatu bagi hamba-Nya dan tidak ada sekali-kali daripada Allah itu kezaliman, dan tiada wajib bagi hamba-Nya itu hak di atas Allah......."
Di dalam Asma' Ul Husna pula terkandung beberapa nama Allah yang menjelaskan sifat-sifat Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang melakukan dosa maksiat seperti :
i. AL-MUNTAQIM المنتقم: Yang Amat Membalas Seksa, ke atas orang-orang yang melakukan perbuatan-perbuatan (dosa) yang dibenci oleh Allah.
ii. AL-'AFUW العفو: Yang Amat Memaafi, iaitu meninggalkan mengambil balasan ke atas dosa ذو العفو وهو ترك المؤاخذة على الذنب)
iii. AL-MUQSITH المقسط: Yang Amat Adil pada hukuman-Nya.
iv. AL-HALIM الحليم: Yang Tiada Bersegera, membalas (seksa) dengan sebab berbuat dosa.
Walaupun kita hanya sebagai orang awam biasa yang tidak tergolong sebagai orang yang dikurniakan Allah dengan ilmu yang luas lagi mendalam atau golongan ulama' seperti yang dimaksudkan di dalam ayat al-Quran tersebut di atas tetapi dengan muzakarrah, bimbingan keilmuan dan tunjuk ajar ikhlas daripada golongan yang lebih arif dalam soal ilmu keagamaan yang dimaksudkan mudah-mudahan kita dikurniakan Allah dengan rahmat kekuatan diri untuk keluar dari "kegelapan dosa maksiat" yang membelenggu hidup kita. Hanya rahmat pertolongan dan taufik hidayah Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah sahaja yang dapat menggerakkan hati kita membentuk keperibadian insan mukmin salih yang disinari "cahaya ibadat" hingga ke akhir hayat yang singkat ini.
Sebagai hamba-Nya yang beriman marilah kita sama-sama membina kekuatan diri dan berpegang teguh dengan sepenuh jiwa raga terhadap segala peringatan yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. agar terpelihara daripada melakukan dosa kemungkaran dan merosakkan pahala amal kebajikan dengan sifat-sifat keji mazmumah yang dimaksudkan walaupun dalam perkara-perkara yang dianggap terlalu kecil.
Marilah kita fikirkan hal diri kita apabila membaca dan memahami peringatan Firman Allah seperti yang terkandung dalam surah سورة فصلت Fushshilat ayat 46 ini :
Adalah sesuatu yang tidak dapat difikirkan sama sekali oleh pemikiran akal logik manusia biasa betapa besarnya para malaikat pemikul 'Arasy iaitu satu tempat atau alam yang dijadikan Allah lebih besar berbanding seluruh langit dan bumi dan sekalian alam lain. Lantas akan terbitlah jawapan di hati betapa kerdilnya kita hamba Allah berbanding makhluk-makhluk lain:
Marilah kita fikirkan hal diri kita apabila membaca dan memahami peringatan Firman Allah seperti yang terkandung dalam surah سورة فصلت Fushshilat ayat 46 ini :
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا وَمَا رَبُّكَ بِظَلامٍ لِلْعَبِيدِMaksudnya :
Kita sebagai hamba Allah yang terlalu kerdil, serba lemah dan kekurangan tidak sewajarnya mengambil ringan terhadap peringatan-Nya betapa halus dan terperincinya hukuman dan balasan-Nya seperti yang terkandung dalam al-Quran surah الزلزلة Az-Zalzalah ayat 7-8 yang menjelaskan bahawa :"Barangsiapa yang mengerjakan amal yang salih maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa yang berbuat jahat maka (dosanya) atas dirinya sendiri; dan Tuhan-mu tidak sesekali menganiaya hamba-hamba-Nya."
فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8Maksudnya :
" Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya akan melihat (balasan)nya. (7)
Adalah sesuatu yang teramat sukar untuk menggambar dan membayangkan suasana yang akan berlaku seperti pengertian Firman Allah yang terkandung surah سُوۡرَةُ الکهف Al-Kahfi ayat 49 :Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(8)
وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلا كَبِيرَةً إِلا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًاMaksudnya :
Firman Allah di dalam al-Quran juga ada menyebut di mana "Dosa" "Pahala" setiap orang hamba Allah itu tersimpan dan bilakah ia akan dibuka dan diperlihatkan kepada pemiliknya:" Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata : 'Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis)'. Dan Tuhan mu tidak menganiaya seorang jua pun."
كَلا إِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ (7) وَمَا أَدْرَاكَ مَا سِجِّينٌ (8)كِتَابٌ مَرْقُومٌ (9) وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ (10) الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ (11) وَمَا يُكَذِّبُ بِهِ إِلا كُلُّ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ (12) إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الأوَّلِينَ (13) كَلا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (14Maksudnya :
[Surah سورة المطففين al-Muthaffifiin : 7-14 ]i." Jangan sesekali berlaku curang, kerana sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam 'Sijjin' (7). Tahukah kamu apakah 'Sijjin' itu? (8). (Ialah) kitab yang bertulis (9). Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan (10). (Iaitu) orang-orang yang mendustakan hari pembalasan (11). Dan tidak ada yang mendustakan hari pembalasan itu melainkan setiap orang yang melampaui batas lagi berkuasa, (12) yang apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata : 'Itu adalah dongengan orang-orang yang dahulu'. (13) Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati (qalbu) mereka." (14)
كَلا إِنَّ كِتَابَ الأبْرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ (18) وَمَا أَدْرَاكَ مَا عِلِّيُّونَ (19) كِتَابٌ مَرْقُومٌ (20) يَشْهَدُهُ الْمُقَرَّبُونَ (21) إِنَّ الأبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ (22) عَلَى الأرَائِكِ يَنْظُرُونَ (23Maksudnya :
ii." Tidak sesekali, sesungguhnya kitab orang-orang yang berbakti itu (tersimpan) dalam 'Illiyyin'. (18) Tahukah kamu apakah 'Illyyin' itu? (19). (Iaitu) kitab yang bertulis, (20) yang disaksikan oleh malaikat-malaikat yang didekatkan. (21) Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar (syurga), (22) mereka (duduk) di atas dipan-dipan sambil memandang. (24)
Mudah-mudahan Firman Allah yang terkandung di dalam سورة المؤمن surah Al-Mu'min berikut yang menjelaskan do'a para malaikat yang diamanahkan Allah menjaga 'Arasy dapat memberikan kesedaran dan keinsafan kepada kita betapa kerdilnya setiap orang hamba Allah di sisi-Nya dan betapa pentingnya mereka memohon keampunan-Nya dari segala dosa pada setiap detik hayatnya demi kebahagaian mereka hidup di dunia dan di akhirat yang berkekalan selama-lamanya:[Surah سورة المطففين al-Muthaffifiin : 18-23 ]
الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ (7) رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (8Maksudnya :
" (Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan) : 'Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikut jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang bernyala-nyala. (7)
[Al-Quran سورة المؤمن surah Al-Mu'min : 7-8 ]Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang salih di antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana'."(8)
Adalah sesuatu yang tidak dapat difikirkan sama sekali oleh pemikiran akal logik manusia biasa betapa besarnya para malaikat pemikul 'Arasy iaitu satu tempat atau alam yang dijadikan Allah lebih besar berbanding seluruh langit dan bumi dan sekalian alam lain. Lantas akan terbitlah jawapan di hati betapa kerdilnya kita hamba Allah berbanding makhluk-makhluk lain:
Maksudnya :وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ
"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan (8) orang malaikat menjunjung 'Arasy Tuhan mu di atas (kepala ) mereka."
Sebagai rumusan terhadap pengertian "Pahala" dan "Dosa" ini marilah kita sama-sama berfikir, renungkan dan fahami betapa Pemurahnya Allah kepada setiap orang hamba-Nya yang lemah dan amat mengharapkan kemurahan, keampunan dan kurniaan limpahan rahmat-Nya sebagaimana Firman-Nya di dalam al-Quran:[A-Quran surah سورة الحاقة Al-Haaqqah : 17 ]
مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلا يُجْزَى إِلا مِثْلَهَا وَهُمْ لا يُظْلَمُونَ
Maksudnya :
[ Surah سورة الأنعام Al-An'aam : 160 ]i. Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya, dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)."
Maksudnya :وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
ii." Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."
[Surah سورة آل عمران surah Ali-'Imran : 135 ]
Maksudnya :إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلا كَرِيمًا
iii." Jika kamu menjahuhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga )."
[Surah سورة النساء surah An-Nisaa' : 31 ]Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dimaksudkan Firman Allah dalam al-Quran الانْشِقَاق surah Al-Insyiqaaq ayat 6-9 ini :
Maksudnya :يَا أَيُّهَا الإنْسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَى رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلاقِيهِ (6) فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ (7) فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا (8) وَيَنْقَلِبُ إِلَى أَهْلِهِ مَسْرُورًا (9
" Hai manusia, sesungguhnya kamu telah berkerja dengan sungguh-sungguh menuju (rahmat) Tuhan mu, maka pasti kamu akan 'menemui-Nya'. (6)
Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya,(7)
maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah,(8)
Semoga Allah Yang Maha Pengasih, Maha Peyayang lagi Maha Pemurah melimpahkan rahmat pertolongan-Nya dengan memelihara kita dari terjumlah dalam golongan yang dimaksudkan-Nya dalam surah Al-Insyiqaaq الانْشِقَاق ayat 10-15 ini :dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira." (9)
Maksudnya :وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ (10) فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا (11) وَيَصْلَى سَعِيرًا (12) إِنَّهُ كَانَ فِي أَهْلِهِ مَسْرُورًا (13) إِنَّهُ ظَنَّ أَنْ لَنْ يَحُورَ (14) بَلَى إِنَّ رَبَّهُ كَانَ بِهِ بَصِيرًا (15
" Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang, (10)
maka dia akan berteriak : 'Celakalah aku.' (11)
Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). (12)
Sesungguhnya dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan kaumnya (yang sama-sama kafir). (13)
Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sesekali akan kembali (kepada Tuhannya). (14)
Mudah-mudahan kita dapat memahami dan menghayati Hadis Rasulullah s.a.w. ini:(Bukan demikian), yang benar, sesungguhnya Tuhan selalu melihatnya." (15)
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه
وسلم – قَالَ « يَقُولُ اللَّهُ إِذَا أَرَادَ عَبْدِى أَنْ يَعْمَلَ
سَيِّئَةً فَلاَ تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ حَتَّى يَعْمَلَهَا ، فَإِنْ عَمِلَهَا
فَاكْتُبُوهَا بِمِثْلِهَا وَإِنْ تَرَكَهَا مِنْ أَجْلِى فَاكْتُبُوهَا لَهُ
فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً ، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ
بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةٍ »
Maksudnya :
"Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 'Allah Ta’ala berfirman: Jika hamba-Ku bertekad melakukan kejahatan, janganlah dicatat hingga ia melakukannya. Jika ia melakukan kejahatan tersebut, maka catatlah satu kejahatan yang semisal. Jika ia meninggalkan kejahatan tersebut kerana-Ku, maka catatlah satu kebaikan untuknya. Jika ia bertekad (berniat di hati) melakukan satu kebaikan, maka catatlah untuknya satu kebaikan. Jika ia melakukan kebaikan tersebut, maka catatlah baginya sepuluh kebaikan yang semisal hingga 700 kali lipat'.” [HR. Bukhari dan Muslim ].
والله أعلمُ بالـصـواب

[Sila lihat :
i. Isra' Mikraj dan Fardhu Solat
ii. Qadha dan Qadar Allah dan Had Batasan Akal Manusia
iii. Pengertian al-Muraqabah dan Golongan Ahli al-Muqarrabin
iv. Allah Dikatakan Berjuzuk, Mempunyai "Tangan" dan Istiwa' di 'Arasy?]
*************************************
إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي
الأرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maksudnya :
" Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih."
[Al-Quran surah سورة الشورى Asy Syuura : 42]
*************************************
وَأَمَّا ثَمُودُ فَهَدَيْنَاهُمْ فَاسْتَحَبُّوا الْعَمَى عَلَى الْهُدَى فَأَخَذَتْهُمْ صَاعِقَةُ الْعَذَابِ الْهُونِ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَMaksudnya :
" Dan adapun kaum Tsamud maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) dari petunjuk itu, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan."
Al-Quran surahسورة فصلت Fushshiilat : 17 ]

Sebahagian daripada kesan peninggalan tamadun kaum Tsamud
**********************************
Ilustrasi imaginasi pelukis terhadap kemusnahan kaum Nabi Luth a.s.
[Lihat juga : Al-Quran Surah Al-'Imran : 137 dan Surah Ar-Rum : 9 ]
https://www.youtube.com/watch?v=1JhYtIFnw6g
************************************
***************************************************
**********************************

Ilustrasi imaginasi pelukis terhadap kemusnahan kaum Nabi Luth a.s.
Maksudnya :فَكُلا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الأرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
" Maka masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri."
****************************************[Al-Quranسورة العنكبوت surah Al-Ankabut: 40 ]
أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الأرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ كَانُوا مِنْ قَبْلِهِمْ كَانُوا هُمْ أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَآثَارًا فِي الأرْضِ فَأَخَذَهُمُ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ وَمَا كَانَ لَهُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَاقٍMaksudnya :
" Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah."[Al-Quran سورة المؤمن surah al-Mu'min : 21 ]
[Lihat juga : Al-Quran Surah Al-'Imran : 137 dan Surah Ar-Rum : 9 ]
https://www.youtube.com/watch?v=1JhYtIFnw6g
************************************
Anas radhiallahu’anhu meriwayatkan, aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Allah berfirman:قَالَ الله تَعَالَى: يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِيْ وَرَجَوْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِيْ، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِيْ غَفَرْتُ لَكَ وَلاَ أُبَالِيْ، يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِيْ بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيْتَنِيْ لاَ تُشْرِكْ بِيْ شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً .( رواه الترمذيMaksudnya :“Allah Ta’ala berfirman: 'Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, nescaya Aku ampuni dosa-dosamu yang lalu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu sampai ke langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku nescaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa-dosa sepenuh bumi dan kamu menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan-Ku dengan sesuatupun, nescaya Aku datangkan untukmu keampunan sepenuh bumi pula'.” [HR. At-Tirmidzi].

"Ya Allah! , bahawasanya kemaafan Engkau daripada dosa-dosa kami dan keampunan Engkau akan kesilapan kami dan penutupan Engkau akan amalan buruk kami, Engkau kurniakan akan kami ketamakan untuk memohon kepada Engkau barang apa yang kami tidak layak mendapatkannya daripada barang apa yang kami cuaikan padanya. Kami berdo'a kepada Engkau dalam keadaan aman dan kami pohon kepada Engkau dalam keadaan ( kemesraan ).
Engkaulah yang membuat kebaikan kepada kami dan kamilah yang membuat keburukan kepada diri kami sendiri pada barang yang di antara kami dan Engkau.
Engkau mengasihani kami dengan nikmat-nikmat Engkau, dan kami yang menyebabkan kemurkaan Engkau dengan segala maksiat kami tetapi kepercayaan dan keyakinan kami kepada Engkau membuatkan kami berani melakukan (maksiat) ke atas Engkau, maka Engkau berikanlah dengan kelebihan belas ikhsan Engkau ke atas kami.
Sesungguhnya Engkau Amat Menerima Taubat dan Amat Mengasihani.
Allahumma ya Allah!, Engkau tambahkanlah ilmu, kefahaman, dan sifat tawaduk dan permudahkanlah bagi kami memahami agama serta teguh berpegang kepada agama dan amal-amal yang salih dan Engkau jadikanlah kami dari kalangan hamba-hamba-Mu yang salihin.
Allahumma ya Allah!, ampunilah kami, ibu-bapa kami, muslimin-muslimat, mukminin-mukminat, yang hidup dan yang sudah mati dari mereka dengan Rahmat-Mu, Ya Arhamar Rahimin." [ Lihat kandungan penuh terjemahan dan doa ini dalam : Doa Nabi Allah Khidzir Alahisalam]
🕋🇲🇾💜💛💚🖤💝💞💗💙💟❣🌏🕌
No comments:
Post a Comment