05 February 2020

Khadam jin




 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 

Khadam jin




Copy and Paste from
Khadam jin.

Khadam?????

Ada yg mengaku sebagai perawat islam, tapi menjual khadam????????


cukuplah saka yg dah ada pada pesakit, jangan ditambah tambah lagi.....



Khadam (jin) tu syaitan!!!!


Al Jin 06
 Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.


Continue 
Lihat juga
Bab alam ghaib ini payah dan panjang bahasnya.
Kenapa dirasuk??
Kenapa bila solat ade gangguan??


Continue 


BERKAWAN DENGAN JIN




Al-An’am 100
“Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah jualah yang mencipta jin-jin itu dan mereka berdusta terhadap Allah dengan mengada-adakan bagiNya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah Dia dari apa yang mereka sifatkan!”

Al-An’am 112
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.”

Al-An’am 128
“Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: Wahai Tuhan kami, sebahagian dari kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami. (Allah berfirman): Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.”

Al-Kahf 50
“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu.”




Demikianlah antara peringatan Allah pada manusia tentang keboleh kawanan manusia dengan jin, boleh tak??????? Jawabnya terang jelas tak boleh!!!!!!!!!! Walaupun jin itu islam sekalipun, pastinya dia adalah  syaitan…. Betul tak??? Tak caya??? Meh tengok ni


Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.


Ok… bila dah tengok dalil hadis dan dalil ayat Quran tu, siapa lagi yang masih sibuk nak berkawan dengan jin? Siapa lagi yg masih nak bersaudara dengan jin? Sapa lagi yang nak belajar dengan jin? Siapa lagi yang masih nak mempunyai guru ghaib penipu yg kononnya wali Allah bagai, walhal hanya jin yang menyamar, SIAPA???? ANGKAT TANGAN!!!


Tapi itu terserahlah pada diri masing masing, memasing kan ada kefahaman sendiri, kefahaman tentang ayat yang sama, tapi bila ditafsir oleh 100 orang yg berbeza, tentunya jawapannya tak de yg 100 sama… Tapi, janganlah sampai menolak dalil AlQuran di atas hanya semata mata ingin berkawan dengan jin, jin itu tetap menyesatkan….dan jin jin yang berada di alam manusia, semuanya jahat dipanggil syaitan, jin jin yang baik dan wara’ serta beriman dan bertaqwa pun ada, tapi jin tu di alam mereka lah…. Takkan mereka bercampur langsung dengan manusia walaupun manusia memanggilnya, takkan!!

Al-an’am 130
“Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).

Bidalan yang mengatakan ‘sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia’ tu ada betul dan ada tak betulnya, yang betulnya adalah pada jin jin yang berada di alam manusia seperti Qarin manusia, jin dampingan manusia, jin saka manusia, jin suruhan manusia, atau jin jin yang memang suka nak menyakat manusia, semuanya jahat dan lebih jahat dari manusia yang jahat, sebab tanpa kehadirannya membisikkan kejahatan pada orang yang jahat itu, orang tu tak akan buat kejahatan tersebut.

TETAPI, bidalan sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia’ tu tak sesuai langsung pada jin jin yang tidak berada di alam manusia iaitu mereka tetap di alam mereka dan menjauh dari kehidupan manusia, malah ada diantaranya nabi dan rasul juga para wali Allah dari kalangan mereka…

Kesimpulannya, jangan sesekali berkawan dengan jin, jangan mengaku jin adalah saudara (sesame islam), jangan ada minat pun untuk didampingi jin, jangan ada keinginan ada khadam jin atau jangan ada keinginan pun untuk adanya ‘power ghaib’ pada diri kerana biasanya keinginan tersebut tanpa kita sedari akan dihampiri oleh jin syaitan yang berada dialam manusia ini….


Continue 


MEMBUNUH JIN DLM BADAN

MEMBUNUH JIN DALAM TUBUH MANUSIA


Kekuatan dan kepandaian jin berbeza, yg biasa merasuk hanya jin, hantu hantu dan dewa dewa...Kalau iblis/azazil yg mengacau, bila perawat datang/jumpa perawat, dia dah lari dulu sebab dia pandai, ATAU kebanyakkan perawat tak mampu mengesan keberadaannya dalam tubuh pesakit, tapi kalau jin, hantu/ dewa dia buat bodoh macam hebat gitu... nak bezakan kene tengok rupa dia le... hantu spt biasa yg kita dengar..ponti, polong..dll, macamtu la rupanya dan suka mengilai, kalau jin pulak biasanya bertanduk, berekor, kalau dewa... gedabak gedabak hehe..(paling senang tanya je, ko ni jenis apa, hensem je aku tengok... hehehe)
Nak tau dia mampus tu, hanya perawat yg tau, tak de bukti jelas, cuma keadaan sipesakit kalau tengah mengaruk tu henjut terus pingsan tu selalunya terus mati jin tu, bukan seekor, kekadang 3-4 ekor sekaligus... itupun bergantung kepada siperawat dia belasah guna apa..
Kalau guna bacaan ruqyah/azan, ada gak yg mati, tapi yg tahap rendah... biasanya hanya meraung kesakitan atau bersembunyi balik dlm badan, nanti merasuk balik.., kalau guna air yg dibacakan ayat suci, memang banyak yg mati, tapi masaalahnya air yg dijampi biasanya jin tak mau minum, dimuntahkan balik! Kalau guna jurus pulak, ada kuat sikit, bergantung juga pada siperawat, samada jurusnya keluar santan cair atau pekat hehe(istilah mudah) kalau cair..takat melukakan je.. kalau pekat.. boleh membunuh
Tetapi guna jurus ada hadnya juga, sebab tubuh manusia itu sendiri sebagai benteng pada jin yg bermastautin ditubuh.. ada yg kebal terutama kalau mengikut@menyerupa keadaan makhluk(binatang) yang sisiknya tebal tebal atau jenis yg liat yg tak lut guna jurus tu... Ada juga jin yg sangat liat, zasst macamanapun, baca apapun, picit le sampai lebam lebam, dia buat dono atau takat meraung je, tak mati mati...terpaksa guna kaedah lain : tiup-tiup ke, mandian ke... ah banyak lagi cara.... jin dlm tubuh memang agak sukar dihapuskan lagilah kalau dah lama ataupun tahap jin yg tinggi atau berumur ratusan ataupun ribuan tahun.....
Tapi kalau kat luar tubuh, besar manapun, kuat manapun, jenis apapun (azazil/iblis/hantu/jin atau dewa) pasti berkecai (hehe tengok juga sapa punya jurus tu... kalau aku hehe jauh pun hancur) kira power le tu hehe terover la pulak... maaf ya ibu ibu bapak bapak hehe

Continue


ZIKIR UNTUK DILINDUNGI JIN????

BERZIKIR UNTUK DILINDUNGI ALLAH DARI JIN
Untuk melindungi diri dari jin tiada bacaan khas dari AlQuran atau zikir zikir atau doa doa nabi
Nabi juga ada jin Qarin, tetapi sebagai seorang nabi, tentulah jin itu tak dapat menguasainya, bagi orang kebanyakan seperti kita, jin jin memang mudah mengacau tak kiralah tahap kita ni imam ke, makmum ke, orang kampung ke, org bandar ke, ustaz ke, ustazah ke, ulama ke atau mufti sekalipun. Jin senang senang je masuk tubuh kita terutama bila bersebab spt persihiran atau saka, jin jin lain@LUAR amat jarang mengacau manusia kecuali jika mereka terasa diusik oleh kita
Bagaimanapun jika sesaorang mengamalkan sesuatu ayat Al Quran yg dilakukan sentiasa sebagai zikir harian hanya kerana Allah sahaja (bukan untuk pahala, bukan untuk perlindungan atau kelebihan ayat tersebut, dan bukan juga untuk fadilat ayat tsb) iaitu semata mata membaca kerana Allah, barulah dapatnya penerimaan Allah, dan bila Allah dah terima Amalan tersebut, barulah Nur dari bacaan tadi melekat sendiri pada tubuh kita dan menghasilkan aura/gelombang yg menghalang jin menghampiri.
Maksudnya disini, kita nak baca atau amalkan ayat apapun tak kisah ( yg paling aku gemar surah AlIkhlas sebab tauhidkan Allah), tetapi bukan kerana kelebihan ayat tersebut, tetapi kerana Allah semata(tauhid)
Amalan zikir yg jika diamalkan sentiasa (ribu ribu setiap hari) spt zikir La Illa Ha Illauloh secara istoqomah bertahun tahun lamanya hanya kerana Allah semata secara Automatik akan menghalang jin menghampiri...... nak dekatpun tak leh, inikan pula menguasai (tapi nak berzikir ttu kene buang segala jin dampingan dulu, baru jadi)
Kesimpulannya, kalau nak berzikir kerana/BERNIAT nak lindungi diri dari jin, makin banyak pula jin menghampiri, so kalau nak dijauhi jin dari diri, NIAT zikir kene ubah!!! Niat je kerana Allah, zikir je tanpa minta apa apa dari zikir tu, IKHLAS KERANA ALLAH, biar Allah nak bagi ke tidak, terserah je, jangan peduli apapun balasan yg dia nak bagi, zikir je!!! Jangan tentukan niat, jangan tentukan bilangannya dan jangan tentukan masanya... zikir je terus terusan!!!!!!! Asal sebut mana mana nama ALLAH , yg terbaik Laillahaillauloh
INGAT: IBLIS DAN SEGALA KONCO KONCONYA TIDAK DAPAT MENEWASKAN ORANG ORANG YANG MUKHLIS IAITU ORANG ORANG YANG IKHLAS.... iaitu apapun perbuatan dan amalannya hanya kerana Allah, jujur dan ikhlas kerana Allah

Continue 


MAKANAN DAN CARA PEMBIAKAN JIN

BAGAIMANA KEHIDUPAN MAHLUK JIN


Seperti manusia dan binatang, kesemua kategori jin juga mempunyai kehidupan dan cara hidup tersendiri. Mereka makan, kencing, membiak dan memerlukan rehat dan tidur. Soalnya mereka makan dan minum apa? Apa hobi mereka? Berapa panjang umur mereka, macamana cara mereka berkeluarga dan membiak, adakah mereka menjaga anak seperti kita? Adakah mereka berpenyakit seperti kita.


Kesemua jin merupakan mahluk Allah seperti kita, memerlukan makanan dan sebagainya. Cuma yang berbeza adalah caranya. Makanan kegemaran iblis adalah najis mereka sendiri dan apa jua yang disajikan kepada mereka oleh pemuja-pemujanya. Adakala pemuja iblis akan memberi mereka telur ayam yang dicampur berjenis-jenis darah seperti darah khinzir, darah anjing, darah manusia, nanah dan sebagainya yang merupakan makanan terlazat bagi mereka(diambil baunya sahaja) sehingga mereka sanggup menghambakan diri dan menuruti segala perintahnya tanpa jemu dan batasan masa. Yang selalu berlaku ialah pemuja jin akan memberikan lampu hijau kepada jin untuk menghisap darah ahli keluarga sendiri terutama isteri dan anak perempuan, ini menyebabkan mereka sentiasa sakit-sakit dan lesu kerana kekurangan darah dan badan selalu lebam-lebam. Ketaatan jin kepada tuannya amat luar biasa, contohnya katalah pemuja iblis (bomoh ) menyuruh seekor iblis mengacau sesebuah rumah atau orang, ia akan terus mengacau rumah atau orang tersebut sehingga anak cucu tanpa kembali semula kepada bomoh tersebut.

Makanan jin jin lain juga tidak berbeza, mereka makan apa saja(dalam bentuk bau) terutama yang dihidangkan kepada mereka. Bagi jin yg tak bertuan, azazil memakan api, iblis memakan najisnya sendiri, ifrit makan najis manusia, jin islam makan seperti manusia, hantu hantu makan darah hidup manusia, dewa makan buah buahan. Bagi jin-jin yang telah menjadi saka, mereka akan makan, minum, tidur dan bermain-main bersama dengan semua ahli keluarga tanpa disedari oleh manusia (pemunya saka) tersebut.
Pembiakan jin seperti binatang, mereka berkahwin (tanpa undang-undang keluarga). Bagi azazil, persentuhan paha jantan dan betina mampu menghasilkan benih berjuta yang boleh tumbuh melata, bagitu juga iblis, Cuma jumlahnya agak kurang sekitar 70,000 sahaja, Jin ifrit dan islam pula anaknya tak ramai dalam lingkungan 33 ekor setiap kali menetas, tapi hantu hantu dan dewa dewa banyak sangat, berjuta sekaligus dan yang hebatnya sibetina tak ada tahap monopos! Jadi bayangkan berapa banyaknya mereka disekeliling kita cuma alam mereka berbeza dengan alam kita. Hanya segelintir sahaja yang memasuki alam manusia dan mengacau kita. Itupun jumlahnya dah tak dapat dibayangkan, maklumlah tak mati tapi beranak terus, waw….kita tengok ulat pun geli inikan pula tengok mereka yang tak memerlukan ruang tu.


Kehidupan mereka tidak berbudaya dan undang-undang, jadi yang kuat terus membuli yang lemah tanpa rasa jemu dan puas. Walaupun mereka memerlukan makanan terutama ketika membesar, mereka tak akan mati kalau tak makan pun. Sebenarnya sebagai mahluk, jin ini boleh mati terutama jika dibunuh oleh manusia dengan kaedah tertentu. Hanya seekor sahaja tidak boleh mati sehingga kiamat iaitu Ketua Azazil yang enggan sujud kepada nabi Adam, anak cucunya tetap boleh mati jika dibunuh terutama oleh manusia (beriman dan berilmu). Sehingga kini ketua azazil tersebut memantau anak cucunya terutama untuk merosakkan manusia.

Jin boleh berpenyakit cuma jarang yang mati disebabkan penyakitnya. Mereka lebih suka mempunyai ‘tuan’ kerana adanya tempat berlindung, makanan dan sebagainya seperti juga manusia. Sebab tu kalau kita pergi kesesuatu tempat ‘berpuaka’ kononnya atau berjalan malam, semasa balik kerumah akan terasa ada yang mengekori, lagi pula yang minta izin seperti “tumpang lalu tok, tumpang kencing tok, dll ini menyebabkan jin tadi mengganggap sipenyebut tadi ahli keluarganya iaitu cucunya dan akan terus mengekori kerumah dan kadangkala terus bermastautin dirumah tersebut. Kalau sesaorang berubat kepada orang yang menggunakan jin ketika proses pengubatan, ingatlah, kamu akan diikuti terus oleh jin tersebut dan merupakan salah satu puncanya ada saka untuk anak cucu nanti. Bagitulah serba sedikit cerita tentang alam jin.

Continue 


DENDAM JIN

DENDAM JIN JIN


Jin memang berdendam, dan mereka akan bersatu hati walau berbeza jenis dan agama mereka terutama untuk mengacau manusia. Katakan ada kes sihir oleh bomoh melayu islam yg berdampingan dgn jin islam, yg disuruh pergi jin islam tadi, biasanya seekor je, tapi yg menemani sikit punya ramai, macam macam jenis pun tak kisah, mereka bersekongkol untuk memusnahkan manusia yg dituju..ni contoh je, sebab jarang jin islam digunakan untuk persihiran ni
Katalah dah dibunuh seekor tu, yg lain masuk pulak, begitu seterusnya... sedangkan yg disuruh hanya seekor... tapi jin yg berkawan ni biasanya tak puas hati jika kawannya mati dibunuh tu, konon ingin menuntut bela... katalah abis satu rombongan tu...kira settle le sekejap 1-2 hari, nanti orang tu akan sakit balik sebab ada jin lain pula yg mengacau iaitu rakan rakan yg dah mati tadi....
Jin yang berdendam biasanya jin sihir, sebab jin sihir tak terhad jumlahnya, banyak kawan kawan dan sedara maranya, Kalau kita hapuskan seribu, rakannya akan datang mungkin beribu ribu, bila dibunuh rakan yang beribu ribu itu, akan datang pula rakannya yang lain yang jumlahnya boleh mencapai berjuta atau tiada had, kecuali perawat mampu menghalang semua sekali rakan rakan jin jin itu dari menyerang semula.
Jadi kalau kes sihir ni, biasanya akan memakan masa untuk pulih sepenuhnya iaitu 2-3 minggu atau mungkin mengambil masa lebih lama yg kene berulangkali sehinggalah tiada lagi jin jin yg berani mengacau kerana takut dibunuh juga...
Jin saka yg berdendam hanya tertakluk pada jin saka itu sendiri, iaitu pada lingkungannya saja.... so, kes saka lebih mudah diselesaikan berbanding kes sihir peringkat tinggi seperti vodoo, minyak dagu, santet yg menggunakan bomoh yang banyak jin dampingannya dari peringkat jin yg tingi kastanya

Continue 


JIN : KELEMAHAN DAN KELEBIHAN JIN

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN JIN


KELEBIHAN JIN


Jin ni ada sedikit kelebihan dibandingkan manusia. Pertamanya umurnya panjang dan keduanya jasadnya yg tak kelihatan oleh manusia.
Umur jin yg panjang membolehkan mereka menimba banyak ilmu terutama kaedah untuk mengganggu manusia. Ada beberapa kes yg aku jumpa (jin yg masuk tubuh pesakit) bercerita walaupun jangan dipercaya, mengatakan umur mereka telah jutaan tahun. Banyak kelemahan manusia diketahuinya untuk memudahkan mereka mengganggu manusia. Banyak pengalaman mereka dalam memudharatkan manusia kerna pengalaman dan ilmu tersebut boleh digunakan berbilang kali. Ada diantara mereka telah menggoda malah ada yg mengaku telah menyebabkan kematian (menggunakan sihir) sehingga berpuluh puluh orang sepanjang hayatnya sebelum aku bunuh.
Jasadnya yg ghaib juga memudahkan ia mengganggu manusia, bayangkan kalau depa tu nyata, pastinya depa dekat je kita dah prepare segala senjata untuk melawan mereka. Contohnya kalau kita dikacau semut api/ nyamuk/ lalat, dgn segera kita bunuh mereka. Tapi oleh kerna jin ni kita tak nampak, depa makan sama kita, tidur sama kita, bergurau dan bermain sama kita, malah kalau jin dampingan/saka tu, kemana kita pergi, depa ikut sekali, kita mancing pun depa ada, kita shopping pun depa join sama!
Kelebihan yg tersembunyi dari kalangan jin ini pula ialah depa di punya tali persaudaraan yg kukuh dikalangan mereka walau depa berlainan agama maupun yg tak beragama, mereka bantu membantu terutama dalam menyesatkan/mengacau manusia.... Contohnya katalah kita ada jin dampingan/saka, jangan haraplah jin jin dampingan atau saka ni nak bantu kita jika adanya jin sihir yg dihantar untuk menyihir kita, dibuat bodoh aje malah ada yg membantu menyakitkan kita pula! Sebab tu bebaskan diri kita dari didampingi jin dan dari saka!!!! Takde pekdahnya mereka!!!
Tu aje kot kelebihan jin yg kebanyakkannya ditugaskan kedunia memang untuk mengganggu manusia! Tugas tu diberi Allah tu! Kalau Allah tak beri kelebihan tu sedangkan Allah tugaskan mereka mengganggu manusia macamana? Allah tu kan adil!!! Dan Maha Bijaksana dlm perancangannya!
KELEMAHAN JIN
Jin ni memang lemah pun, macam asap je, kalau depa geram kat kita, depa tumbuk ke terajang ke kita, pasti kita tak rasa punya! Tu yg depa geram sangat kat manusia ni, kita diberikan terlalu banyak kelebihan dibandingkan mereka, kita diberi rupa paras yg hensem(aku le tu) dan manis (aku juga tu hehe), tubuh yg kuat, akal yg sempurna, ketua kepada makhluk yg ada (khalifah) dan macam macamlah...
Khalifah???Kita diberikan kebolehan mentadbir dunia! Macamana tu? Kalau kita buat kerosakan dunia spt sewenangnya hapuskan hutan belantara, korek segala yg tersimpan dlm dunia, gondolkan segala bukit dan gunung yg jadi paksi dunia, tak menjaga persekitaran yg merosakkan udara dan pencemaran air didarat maupun laut...itulah peranan khalifah didunia
Jin tak diberi tugas tu! Kalau diberi pun depa tak larat kot, ialah depa bukan boleh mencangkul tanah pun, malah nak suruh tanam pokok pun tak reti! Kalau ada jin yg pandai, aku dah suruh utk curi senjata nuklier negara negara kuasa besar dunia tu untuk aku pulak yg simpan supaya aku yg jadi pulak pemegang kuasa besar tu..hehehe, suruh semua negara didunia bayar ufti kat aku!!!
Oleh kerana jin tak de tenaga pun nak tumbuk kita, depa hanya boleh kacau kita dgn memasuki tubuh kita, sapa kat sini mengaku jin tak leh masuk tubuh kamu? Angkat tangan! Hehehe
Jangan berlagak le! Hampir semua manusia senang senang je dimasuki tubuhnya oleh jin, Cuma jin tu tak nak sebab tiada sebab! Kalau ada sebab seperti disuruh manusia (sihir), mufti mufti dan pak kiai pun rata rata mudah je dimasuki walaupun tak dikuasai mereka! Ingat dimasuki tak semestinya dikuasai, ada jin masuk tubuh kita (sihir) untuk hantar santau, untuk menyekat aliran darah dibahagian tertentu, menyakitkan bahagian bahagian tertentu, memasuki qarin(jantung) untuk membisikkan kejahatan, menggelapkan pandangan mata ketika sesaorang memandu untuk berlakunya accident dll.....(Para ni aku pun tak pasti kelemahan jin atau kekuatan jin.. ah hantam ajelah)
Kelemahan jin selain itu ialah kalau manusia membaca kitab kitab Allah spt AI Quran dll, jin akan kepanasan malah ada yg boleh terbakar, Suara azan juga boleh melemahkan mereka tetapi mereka amat kalah jika mendengar manusia berzikir memuji Allah terutama yg Amat Ikhlas kerna Allah sahaja.
Kelemahan ini membolehkan manusia memilih beberapa potongan ayat AQ yg dipanggil ayat ayat ruqyah untuk melemahkan/menghalau jin yg memasuki tubuh manusia.. Ko orang tau kan ayat ayat tu? Banyak dah dijelaskan oleh perawat islam dlm buku atau laman web.. cari sendiri
Masaalahnya ada jin yg tak heran dgn bacaan tersebut, yg ada boleh mengajar lagi bacaan yg salah oleh perawat terutama jika yg mengacau tu jin islam. Baca lah ayat apapun depa buat dek je... Oleh itu jika terjumpa kes sebegini, rawatan secara ruqyah bukanlah jalan penyelesaiannya
Kalau jumpa kes yg susah nak settlekan, janganlah guna kaedah yg sama, cuba cari perawat lain yg guna kaedah yg berlainan kerana jin adalah makhluk yg lemah malah amat mudah dihapuskan, itupun kalau tau le, hehe.... Biasanya pelbagai kaedah mandian amat berkesan untuk mengalahkan jin ditubuh ni malah ada jenis mandian yg mampu menghapuskan betapa besar pun jin itu atau betapa kuatpun jin itu... itu tanya perawat le.... hehehe sebab aku tak leh mengajar (tak de tauliah pun)
Membunuh jin diluar tubuh manusia sebenarnya jauh lebih mudah dibandingkan yg dah memasuki tubuh terutama jin jin saka yg menghuni rumah kita. Selalunya jin saka ni bukan sekor, malah puluhan, ratusan malah ribuan ekor disetiap rumah yg ada sakanya... Kalau tak de yg leh buang atau hapuskan tu, mintalah bantuan aku...hehehe (kalau percaya le, kalau tak percaya lagi bagus, tak nyusahkan aku!!!) So kesimpulannya, jin tu amat le lemahnya dia!!! Oleh itu janganlah bergantung pada jin untuk menjaga kita, kita manusia jauh lebih sempurna..

Continue 


TAK SEDAR TERPANGGIL JIN ISLAM

PERBUALAN BERSAMA JIN ISLAM SEMASA MERAWAT: ZIKIR


Hampir semua orang didampingi jin, samada jin islam atau kafir, juga tak kira apa pun taraf sesaorang, jin akan sentiasa menghampiri bertujuan untuk mengacau atau menyesatkan. Kalau dampingan saka atau dampingan sebab menuntut sesuatu ilmu, tujuan baik jin tu biasanya untuk sementara, tetapi pada jangkamasa panjang dia akan membuat kerosakan terutama pada keturunan. Ulama atau nabi sekalipun ada jin mendampingi yg disebut Jin Qarin, apa lagi macam kita manusia biasa ni.
Kalau ada jin yg suka pada kita, baik minta dia jauhkan diri dari kita, jangkamasa panjang merosakkan juga walau islampun mereka..
Ni ada 1 kisah, lebih kurang 3 tahun yg lepas (tahun 2006)... manusia didampingi jin islam!! Aku ada merawat sorang budak pompuan, tingkatan 3 masa tu... dipendekkan cerita... setelah aku bunuh jin jin saka dan sihir sebelum tu, masuk lagi jin lain, jin islam pulak... aku tanya laaa apa pasal ko pulak masuk? dia kata saja suka sebab dia tengok aku dah bunuh banyak jin sebelum tu... aku cakap lagi, ko ni dari dekat dekat sini je kan... ye, lat(selang) 1 rumah je, katanya... kebetulan rumah yg dimaksudkan tu rumah kawan aku juga, pak sedara pulak dgn budak tu, duduk pulak kat sebelah aku masa tu! so terkejutlah dia... so aku tanya jin tu, kenapa pulak ko berada kat rumah dia, kan aku pernah clearkan tumah tu dulu? jin tu kata alah, sambil tangan dia tunjuk member aku tu, dia tu yg panggil aku!!!
Terkejut member aku tu sebab dia tak pernah panggil jin pun malah dia adalah ahli zikir dan sorang yg kuat Tabligh! Member tu sergah jin tu, bila masa aku panggil ko? jin tu kata selalu, tiap kali ko baca (zikir) ko baca salah, jadi alam jin (jin islam) seolah diseru untuk berkumpul dirumah ko, beribu-ribu tu jumlah kawan kawan aku, kata jin tu lagi! Setiap kali ko baca datang 10-20 ekor begitu seterusnya...
Aku tanya balik member tu, ko baca apa kat rumah? dia kata biasa je zikir zikir tu, aku cakap balik, ada ni ko baca lain ni.. baru dia cakap dia amal 1 potong ayat AlQuran tu, ayat lazim yg selalu orang baca. Pelik kan?
Ya pelik sebab baca ayat AQ pun jin boleh berkumpul cam tu banyaknya! nak tau apa sebab sebenarnya? Haha Sebab dia baca bukan ikhlas kerana Allah tapi baca agar diberi perlindungan Allah! tu yg aura bacaan bukan berwarna putih...yg memanggil jin kononnya untuk melindungi mamat ni huhu.
So aku suruhlah jin islam tu keluar, tapi dia tak nak, aku ugut kalau ko degil, segala kawan ko tu (yg kat rumah member aku tu) aku hapuskan? dia kata peduli apa aku.. ko nak bunuh bunuhlah! so aku rembat kat rumah tu, banyak ge yg lari bertempiaran sebab tak dikepung! tapi dapat ge aku habiskan! sebab kalau tak abis, leh masuk menggantikan yg kat dlm badan budak tu!
Bila dah abis tu, aku pun bunuhlah jin kat badan budak tu..... settle 1 cerita
Kesimpulannya disini, walau kita berzikir apapun, tapi niatnya bukan kerana Allah iaitu kerana diri kita sendiri seperti perlindungan, keselamatan, kesihatan, rezeki, penyeri dll, akan menghasilkan aura yg memanggil jin (JIN islam) dan ingat walau jin islam sekalipun mereka, jin tetap jin.... Jahat tu!





Continue next chapter 


Khodam

Anda pasti pernah mendengar tentang Khadam, Qorin, dan Rijalul Ghaib. Sebenarnya apa perbedaan dari semua itu?

Khadam diambil dari kata bahasa arab dari kata Khodam yang berarti pelayan atau pembantu. Jenis pembantu laki laki maupun perempuan sama saja penyebutannya yaitu khodam. Khadam bagi kalangan paranormal adalah makhluk halus dari jenis jin yang menjadi pembantu manusia.

Qorin adalah teman gaib dari bangsa jin yang diciptakan oleh Tuhan untuk menjadi teman kita semenjak bayi. Sehingga qorin ini banyak yang menyebut sebagai sedulur papat.

Rijalul Gaib diambil dari kata rijal yang artinya laki-laki dan gaib, yang berarti tidak kasat mata, artinya orang mulia dari bangsa jin. Sebab orang timur tengah menyebut seorang bangsawan atau seorang yang mulia dengan sebutan rijal (orang laki-laki)



Jin adalah makhluk yang diciptakan oleh Tuhan dari unsur api, sama seperti iblis atau setan. Hanya saja jin sudah mengenal agama seperti manusia dan kehidupannya juga seperti manusia.



Jadi menurut para yang arif khadam, qorin, rijalul gaib dan jin adalah makhluk halus dari bangsa jin. Namun ada sebagian mengatakan Rijalul Ghaib adalah roh wali, kiyai dan sebagainya.



Semua tergantung yang mempercayai, namun seperti penjelasan saya pada definisi rijalul gaib adalah orang mulia dari bangsa jin. Boleh itu lurahnya jin, boleh itu bupatinya jin atau kiyainya jin. Yang jelas rijalul gaib bukan dari ruh, sebab ketika menusia meninggal dunia ruhnya akan kembali kepada Alloh SWT.



Mengenai ada yang mengatakan ruh para nabi, rosul, auliya', dan orang sholeh tetap hidup itu hanya sebatas keyakinan semata, sebab tidak ada yang tahu hakikat ruh kecuali Tuhan.



Musyrik-kah memiliki khadam?

Inilah yang menjadi kontroversi kalangan tertentu. Memiliki khadam boleh menjadikan kita syirik atau musyrik, baik itu khadam jin, qorin, rijalul gaib maupun malaikat.



Kok boleh memiliki khadam malaikat boleh musyrik? bukannya khadam jin sudah jelas musyriknya kerana menyembah jin?

Bukankah mempercayai segala sesuatu selain Tuhan YME itu musyrik!, sama halnya jika anda mempercayai jin yang mewujudkan segalanya, malaikatpun demikian. Jika anda meyakini bahwa malaikatlah yang mewujudkan keinginan anda berarti anda menyekutukan Tuhan YME



Bahkan jika anda menyembah atau mengakui nabi sebagai Tuhan itu juga musyrik, sebab nabi adalah manusia tidak boleh menciptakan apa apa. Memang nabi adalah manusia paling mulia di dunia tetapi bukan berarti dia Tuhan.



Jadi jangan sampai keliru, semua khadam baik itu jin maupun malaikat hakikatnya sama yakni sama sama makhluk Tuhan yang tidak pantas dibanggakan apalagi disembah.



Hanya saja, pemilik khadam dari jenis yang berbeda beda menunjukkan kualitas spiritual masing-masing orang. Jika orang tersebut memiliki khadam jin berarti tingkatannya masih orang biasa yang memiliki kelebihan.



Sedangkan yang memiliki khadam malaikat menunjukkan orang tersebut adalah manusia kesayangan Tuhan dari amal ibadahnya sehingga malaikatpun sudi menjadi pembantunya.



Prinsipnya jika anda semakin dekat sama Presiden sering bertemu maka DPR, MPR maupun ajudan cakra birawa akan tunduk dengan anda, tapi jika anda sekedar kenal dengan presiden dari seringnya surat menyurat telpon dan sebagainya sudah tentu anda akan dikagumi pak camat atau pak lurah. tapi DPR maupun MPR gak kenal anda.



Jadi........ musyrik ataukah tidak semua tergantung anda bagaimana menyikapi keberadaan khadam di sekitar anda. Yang jelas tidak ada satupun makhluk yang patut disembah kecuali Tuhan YME yang menciptakan anda dan khadam anda.



Khadam hanyalah sebatas perantara saja sama seperti anda meminta presiden menangani masalah banjir, sudah pasti yang menangani banjir bukannya presiden tetapi staf atau ajudannya yang menanganinya. Tapi semuanya atas persetujuan presiden, sama seperti khadam walaupun khadam membantu masalah anda, semua atas persetujuan Tuhan, jika Tuhan menyetujui masalah anda selesai, maka akan selesai, jika tuhan tidak setuju masalah anda selesai, otomatis masalah seringan apapun gak
akan selesai selesai.




Khadam jin


Wallahu Alam Bishshawab.


Moga Bermanfaat.


Insya ALLAH 

.........................................................

Continue next chapter

No comments: