01 February 2020

9 JENIS SYAITAN



 ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)‎  
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)‎
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah  (الْحَمْدُ لِلَّهِ)‎
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH  (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)‎
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar   (اللَّهُ أَكْبَرُ)‎
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ    ...اللهَ 


9 JENIS SYAITAN


9 JENIS SYAITAN

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak

syaitan:

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat

cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan

membeli barang-barang yang tidak perlu.



Jom kenali syaitan bernama Zalituun ..
Assalamualaikum dan salam perkongsian ..





Dulu penulis menulis tentang malaikat , yang jaga syurga,yang jaga neraka,yang ambil nyawa dan ramai lagi..





Malaikat adalah makhluk Allah yang sangat setia dan patuh..





Kali ni,jom kenali pula makhluk Allah yang paling celaka iaitu Syaitan..





Syaitan ni banyak jenis,ada 9 semuanya kalau tak silap dan yang pertama penulis ingin kongsi adalah Zalituun ..





Zalituun ni jenis syaitan yang duduk di pasar malam,supermarket,kedai runcit,dan mana mana tempat membeli belah kecuali bazar ramadan,kerana time ni dia kena waran tangkap,di jel 30 hari ..





Tugas dia adalah menyuruh kita (kamu,kamu,dan kamu) untuk boros tika berbelanja ..





Pergi kedai tu,pasar tu,pasar raya tu,awalnya nak beli beras,last last bawak balik suku dari pasaraya... (contoh)..





Dia akan suruh kita beli barang banyak banyak,dan barang yang kita tak perlu,tujuannya untuk ajar kita membazir..





Islam melarang penganutnya membazir,dan memang tugas rasmi setan untuk menghasut kita membuat apa yang islam larang ... hermmm...





Akhirnya yang kita dapat adalah pertama rugi wang,dan kedua dapat dosa coz membazir ...





Jadi,sahlah, Zalituun ni salah satu musuh kita terutama yg emmiliki nafsu beli yang besar..





Berwaspadalah tika membeli belah,jangan terpedaya dengan hasutan setan ..





ps-lau yg bulan puasa tu masih boros camne ? tu setan zalituun dan sebati dalam dirinya ...



2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya

bersangka buruk terhadap Allah.



Jom kenali syaitan bernama Wathiin
Assalamualaikum dan salam perkongsian ..



Syaitan kedua yang akan dikupas adalah Syaitan Wathiin ..



Tugas dia mudah,dia akan cari mana mana makhluk tuhan yang ditimpa musibah..



Kemudian dia bisik kan pada si penerima musibah tu ,



"Allah tak sayang ko dah tu,sebab tu beri ko musibah"



Haa..



Dia mahu kita bersangka buruk pada Allah ..



Time kalian dapat result buruk dalam exam walaupun kawan kawan semua dapat skor terbaik.



Dia pun cakap,



"ish..ish...ish...Allah tak sayang ko,kawan kawan semua dapat A,ko dapat aEEE..."



Lalu kalian pun mulai  saat tu tak berdoa dah pada Allah sedangkan masa exam korang tido,camne nak dapat A....



Man Jadda Waja kan ...ehe ..



Tak pun,apa yang berlaku ada hikmahnya,



Korang dah usaha,tapi gagal,



Korang dah cuba elak,tapi dapat juga musibah..



Korang jangan terus buruk sangka dengan Allah,kalau ada rasa begitu,cepat cepat istiqfar...kalau dah istiqfar pun tak dapat hilang juga, sebut "tak guna ko setan,pi main jauh jauh,jangan uk nak hasut aku la...i love Allah forever and ever" mana tahu setan tu lari ..



Yakinnya..tiap apa yang berlaku...Ada hikmahnya ..



Dan Jangan bersedih...Kerana Allah sentiasa ada bersama kita :)

3. A’awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak

mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan

hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu

mendengar nasihat para ulama.



Jom kenali syaitan ketiga bernama A'awan..
Assalamualaikum dan salam perkongsian..



Setakat hari ini,penulis ada nukilkan tentang dua jenis iblis iaitu Wathiin dan Zalituun,jadi sekarang jom bicara lak mengenai musuh kita yang ketiga iaitu bernama A'awan..



A'awan secara rasminya Tugas syaitan nie menghasut pemerintah, raja supaya tidak mendekati rakyat, lalai dengan kedudukan, mengabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat ulama.



Jadi ini syaitan kelas pertama la,dia tak hasut kita ni,dia hasut pemimpin,orang tinggi tinggi..



Biasa kita lihat RAMAI PEMERINTAH islam dulu jatuh ,nak tahu puncanya,ni setan ni la..



Bila dah jadi pemerintah,orang besar,terus lalai dengan tugasan,abaikan rakyat utamakan bini dan family..



Bila orang yang berilmu nasihat dia tak nak dengar,dengar nasihat tok bomoh je...



Agama guna bila ada keperluan je,time lain tolak tepi..



Ini bukan memain bro..



Sememangnya A'awan berjaya menjalankan tugasnya dengan baik..



Kuasa yang ada digunakan untuk kaut harta,lumba lumba nak kaut harta,makan harta rakyat,ini setelah dihasut syaitan Aawan ni la..



Nauzubillah moga pemimpin kita boleh lawan hasutan setan ni...



4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri

orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth :

disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan

muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam

dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,

gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari

kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam

ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar

berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri

bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri,

isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak

didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga

lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya

ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan

ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


AD-DINJin asalnya mengikut telunjuk Nabi Sulaiman, manusia harus jauhi makhluk ituJumaat, 27 September 2019 8:30 AM



Oleh: USTAZ SHAMS



Jin sentiasa berusaha menakut-nakutkan manusia. Gambar hiasan.



SALAM semua… semoga dirahmati Allah dan dijauhkan daripada bahaya jerebu yang melanda negara kita ketika ini.



Artikel kali ini masih lagi berkenaan jin, kesinambungan dua keluaran lepas yang menyentuh perkara sama.



Saya teringat kisah Nabi Sulaiman AS yang mana Allah kurniakan kepada baginda sebuah kerajaan yang belum pernah diberikan kepada nabi yang lain sebagaimana dalam doanya.



ARTIKEL BERKAITAN: Setahun anai-anai makan tongkat Nabi Sulaiman, baharulah semua makhluk sedar baginda wafat



ARTIKEL BERKAITAN: Kediaman ustaz dipenuhi jin gara-gara rumah kosong jiran sebelah... ada petua elak gangguan



“Katanya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku.” - [Shod:35].



Maka Allah anugerahkan nabi Sulaiman AS dengan empat mukjizat, salah satunya Allah tundukkan jin kepadanya. Allah berfirman ertinya: “Dan (kami mudahkan baginya memerintah) jin/ Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). - [Shod:37].



Jin dan syaitan ini tunduk kepada Nabi Sulaiman AS  untuk melakukan sebarang kerja termasuk membuat bangunan.



Bayangkanlah bagaimana jin yang gagah dan kuat itu mendirikan bangunan?



Di antara jin ini ada yang ditugaskan untuk menyelam ke dasar laut untuk mengeluarkan mutiara.



Mempercayai bomoh adalah bertentangan dengan Islam kerana terdapat pengamal perubatan itu menggunakan jin sebagai perantara. Gambar dari filem Dukun.



Allah berfirman ertinya: “Dan (kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka. Golongan jin itu membuat untuk nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan  yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya.” - [Saba’:12-13].



Maksudnya Nabi Sulaiman AS menggunakan jin untuk membangunkan masjid-masjid, mihrab-mihrab, patung-patung yang mana pada waktu itu tidak diharamkan oleh Allah dan bukan bertujuan untuk penyembahan, bejana, pinggan mangkuk yang besar, periuk.



Nabi Sulaiman AS pada zamannya telah membina suatu bangunan penjara untuk memenjarakan jin yang ingkar perintahnya.



Kalau kita melawat ke Masjid al-Aqsa kita akan ditunjukkan bangunan penjara di mana jin yang ingkar dipenjara oleh Nabi Sulaiman AS dan bangunannya masih kekal seperti gambar di bawah.



Ayat di atas juga menunjukkan bahawa nabi Sulaiman AS tidak menggunakan jin untuk tujuan khurafat, tetapi untuk menegakkan agama Allah dan membuat kebajikan.



Justeru, kita sebagai umat manusia dijadikan Allah lebih hebat daripada jin kerana golongan itu asalnya mengikut telunjuk manusia dengan izin Allah.USTAZ SHAMS



Allah melarang manusia menggunakan jin seperti dalam firmannya bermaksud: “Dan bahawa sesunguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” - [al-Jin:6].



Allah berfirman yang bermaksud: “Dan dihimpunkan bagi nabi Sulaiman bala tenteranya dari jin dan manusia serta burung, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. - [al-Naml:17].



Dalam satu kisah, ketika nabi Sulaiman AS berdakwah menyebarkan agama Allah baginda menginginkan istana Ratu Balqis dibawa dan diangkat seperti firman Allah: “Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya [Ratu Balqis] sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?” - [al-Naml:38].



Menjadikan Al-Quran sebagai amalan adalah kaedah terbaik untuk mengelak daripada gangguan jin.



“Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah.” - [al-Naml:40].



Kerana nabi Sulaiman AS kebiasaannya berada di tempat duduknya bersama manusia untuk memberi fatwa dari pagi hingga zuhur.



Beberapa bulan sebelum wafatnya Nabi Sulaiman AS, beliau memerintahkan jin untuk membina bangunan besar untuk Islam, maka jin pun membina bangunan itu dan nabi Sulaiman AS berdiri di beranda memerhatikan jin dengan bersandar pada tongkatnya untuk mengawasi jin membina bangunan.



Mereka takut jika nabi Sulaiman AS memenjarakan mereka, lalu mereka terus bekerja dengan tekun. Allah takdirkan Nabi Sulaiman AS wafat dalam keadaan berdiri dan sesiapa yang melihatnya tidak pernah menyangka bahawa baginda telah wafat.



Jin terus meneruskan melakukan kerja dan merasa takjub melihat Nabi Sulaiman AS kerana sudah berminggu-minggu tak makan-minum dan tidak tidur dan terus berdiri mengawasi jin sehingga siap bangunan tersebut.



Allah berfirman ertinya: “Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada  yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, kalaulah mereka sedia mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.” - [al-Naml:38].



Justeru, kita sebagai umat manusia dijadikan Allah lebih hebat daripada jin kerana golongan itu asalnya mengikut telunjuk manusia dengan izin Allah.



Ketika ini ada umat Islam yang percaya terhadap kekuatan jin terutama dalam amalan melakukan kaedah perubatan tradisional dengan cara tidak betul dan juga ilmu hitam yang seterusnya akan membawa syirik kepada Allah. Mohon dijauhkan!



Sila kongsikan artikel ini semoga menjadi sebahagian amalan jariah kita. Sebarang persoalan boleh diemailkan ke sham.harc@gmail.com. Wallahua’lam.



***Ustaz Shams ialah pensyarah di sebuah universiti.



Tags/Kata Kunci:Jin , Iblis , Islam




No comments: