أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
NurKasih
NurKasih
بسم الله الرحمن الرحيم (Dengan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengahasani)
Maka tetakala dikehendaki Allah Taala menjadikan lembaga Adam, maka dihimpunkan
air, tanah, api dan hawa(haba) lalu Tajlli hak Taala kepada tanah itu dengan
berbagai Tajlli Sifat dan Zatnya maka digengamnya segengam daripada bumi itu
dengan gengaman Jabrautnya, maka dihantarkannya ia pada alam Malakut adalah
tanah yang digengam itu pilihan daripada segala tanah, maka dengan haq Allah
Taala tanah segengam itu dengan beberapa rempah-rempah, bau-bauan, daripada Nur
Sifatnya, maka diturunkan Allah Taalah hujan atas tanah yang segengam itu.
Dengan Sifat Jalal dan Jamal maka dijadikan lembaga oleh hak Allah Taala akan
tanah yang satu gengam itu dengan berbagai-bagai nafas alam malik, dan alam
malakut itu maka dihantarkan ia lembaga itu pada pihak Qudrat yang antara medan
“azali” dan “abaad” hingga berlakulah atas segala sabit yang tersebut daripada
"israkulalzat" dan segala alam yang tersebut daripada qamar al-sifat,
tetapi tiada menzahirkan dan tiada mashur namanya dan segala perinya pada
segala malaikat dan segala jin seperti firman allah yang maksudnya”sesungguhnya
telah datang atas adam sesuatu masa yang tidada ada ia sesuatu yang disebut
akan dia yakni adalah berlalu atas lembaga adam kira kira 120 tahun lamanya
iaitu:- Pada tanah yang bercampur dengan air kira-kira 40 tahun lamanya. Pada
tanah kering kira-kira 40 tahun lamanya. Pada tanah hitam busuk kira-kira
40tahun lamanya. Setelah itu maka dipersalinkan hak taala akan lembaga itu
dengan persalinan kemuliaan, maka terdidinglah penglihatan segala malaikat
daripada melihat hakikat rupa lembaga itu daripada melihat yang dijadikan allah
Taala denga kemulianya dan Samad dan Jalalnya dan Jamalnya dan Zatnya pada
menyempurnakan akan kejadian lembaga Nabi Allah Adam, Maka adalah tilik segala
malaikat kepada lembaga itu dengan tilik kehinaan pada penglihatan meraka itu
kerana kurang makrifat mereka itu akan kebesaran dan martabat lembaga itu. dan
dibutakan Allah Taala akan mata Iblis daripada melihat segala rahsia didalam
lembaga nabi allah adam itu hingga dibesarkan dirinya daripada lembaga itu.
Berkata segala ulama tetakala dikehendaki allah taala menjadikan nabi allah
adam, maka ia berfirman seperti yang tersebut didalam alquraan yang ertinya,
pada ketika firman tuhan engkau bagi segala malaikat bahawa sesungguhnya aku
hendak menjadikan insan daripada tanah, maka firman allah taala kepada Jibril
Alaisalam, Hai Jibril, pergilah engkau ke bumi ambil olehmu tanah daripada segala
bumi. Aku hendak menjadikan suatu kejadian daripdanya. maka Jibril pun turunlah
ke bumi lalu hendak diambilnya akan tanah daripada bumi itu maka disumpah oleh
bumi akan dia serta katanya demi Allah jangan engkau ambil akan daku, bahawa
aku takut dijadikan Allah Taala suatu daripada aku tiada kuasa aku menanggung
siksa neraka, maka Jibril pun kembalilah kehadrat Allah, maka dipersembah
Jibril, Ya Tuhanku engkau jua yang mengetahui bahawa hambamu disumpah oleh
bumi... Setelah itu maka dititahkan Allah akan Mikail pun mengambilnya akan
bumi itu, maka Mikail pun pergilah lalu hendak diambilnya akan bumi itu maka
lalu disumpahnya oleh bumi tu akan ia. Maka ia pun kembali ke hadrat Allah
Taala serta sembah ia seperti sembah Jibril itu jua. Setelah itu maka titahkan
Allah Taala akan Israfil pula mengambil akan bumi itu, maka Israfil pun
pergilah lalu hendak diambil akan bumi itu maka lalu disumpahi akan dia, maka
ia pun kembali ke hadrat Allah Taala serta sembahnya seperti sembah Mikail itu
jua. Setelah itu maka dititahkan Allah taala akan Izrail pula, maka Izrail pun
pergilah ke bumi hendak mengambil tanah daripada bumi itu, maka disumpahnya
oleh bumi juga akan dia. Seperti sumpahan akan Jibril ["serta katanya demi
Allah jangan engkau ambil akan daku, bahawa aku takut dijadikan Allah Taala
suatu daripada aku tiada kuasa aku menanggung siksa neraka"] Maka kata
Izrail hai bumi tiada dengan kehendak aku yang aku ambil daripada mu maka
dihantarkan tangannya daripada Musyrik hingga sampai kepada segala bumi maka diambilnya
lah daripada segala jenis tanah itu daripada tanah putih, merah, hitam, kuning,
kelabu, dan barang sebaginya maka sebab itulah jadi berlain-lainan rupa pada
tubuh nabi allah adam. Maka dibawa oleh Izrail akan tanah itu kehadrat Taalah
serta sembahnya, Ya Saidi Ya Maulana engkau jua tuhan yang terlebih mengetahui
akan hal hambamu disumpah oleh bumi inilah tanah yanga ku ambil daripadanya.
Maka Firman Allah Taala, hanya Izrail telah aku ketahui engkau disumpahnya,
tetapi sumpahanya itu aku tolakkan daripada mu kerana engkau mengerjakan
suruhku dan aku serahkanlah kepada mu mengambil NYAWA segala yang aku jadikan
itu, maka sembah Izrail , ya Tuhanku jika yang sedemikian itu jadi berseterulah
mereka dengan hamba mu ini.? Maka firman Allah Taala, hai Izrail tiada dapat
berseteru mereka itu akan dikau kerana aku jadikan baginuya suatu sebab, dengan
mati dibunuh, mati dimakan binatang atau mati lemas didalam air atau mati
dengan sesuatu penyakit akan dia. Setelah itu Firman Allah Taala kepada
Malaikat, ambil olehmu air empat bagi (bahagian), cucurkan kepada tanah itu,
maka Malaikat pun pergilah ke dalam surga mengambil ia air manis, air masam,
air putih dan hanyir dan cucur seperti friman allah taala dalam hadis qudsi,
yang ertinya aku “hamarkan” lembaga adam dengan dua tangan kudart ku, empat
hari maka jadilah daripada - air manis itu air liur - dan daripada air masam
itu air mata - dan daripada air hanyir itu air hidung - dan daripada air putih
itu air telinga. Kata Wahab bahawa kejadian Allah Taala akan Nabi Allah Adam
itu daripada tujuh petala bumi, Kepalanya itu daripada bumi yang pertama.
Lehernya itu daripada bumi yang kedua. Ddadanya daripda bumi yang ketiga. Kedua
tangan itu daripada bumi yang keempat. Belakang badan dan perutnya daripada
bumi yang kelima. Dan pingangnya daripada bumi yang keenam. Kedua betisnya dan
kedua tapak kakinya daripada bumi yang ketujuh. Dan pada satu riwayat kata Ibni
Abas r.a.h. telah menjadikan oleh Allah Taala akan jasad Adam a.l.s daripada
segala iklim dunia. Kepalanya itu dariapda tanah Kaabah Dadanya itu daripada
segala pihak bumi Belakangnya dan perutnya itu daripada tanah Hindi Dua
tanganya itu daripada tanah Masyrik Dua kakinya itu daripda tanah Magrib Dan
pada satu riwayat yang lain pula telah berkata Ibnu Abas r. telah menjadi oleh
Allah Taala akan jasad Adam a.l.s Kepalanya itu daripada tanah Baitul Mukadis
itu tempat akal dan cerdik dan berkata-kata. Mukanya itu daripada tanah Syurga
- tempat keelokan dan tempat perhiasan. Dua telinganya itu dariapda tanah
Tursina - itu tempat mendengar nasihat. Dahinya itu itu daripada tanah Iraq -
tempat sujud bagi Allah Taala Segala kakinya itu daripada tanah Kausar
Tangannya yang kanannya dan segala anak jarinya daripada tanah Baitul Kaabah
Tangannya yang kiri itu daripada tanah Parsi Dua kakinya dan serta dua
bvetisnya itu daripada tanah Hindi Tulang itu daripda tanah Bukit Uratnya itu
daripada tanah Negeri Bil Bil Belakangnya itu daripada tanah Iraq Perutnya itu
daripda tanah Khurasan Hatinya itu daripada tanah Firdaus Lidahnya itu daripda
tanah Taif Mata itu daripada tanah Hud. Telah menjadikan Allah taala didalam
Adam itu sembilan pintu, tujuh dikepalanya iaitu dua matanya, dua telinganya,
dua lubang hidunnya, dan mulutnya. Dan dua lagi qubul dan dubur. Dan dijadikan
pacaindera yang lima itu:- Penglihatan pada mata Pendengaran pada telinga
Perasa pada mulut Penjabat (deria) pada badanya Penciuman pada hidunnya Bahawa
ROH itu masuk ia daripada otaknya, maka berkelilinglah ia didalamnya pada kadar
200 tahun, Kemudian turun roh itu kepada mata maka menilik ia akan dirinya maka
melihat ia akan dirinya tanah yang kering maka tetakala sampai ia akan dua
telingnya nescaya mendengar ia akan tasbih segala malaikat, kemudian turun ia
kepada hidungnya maka bersin ia maka tetakal selesai daripada bersinnya
turunlah ruh itu kemulutnya dan kepada lidahnya dan kepada kedua telinga dan
telah mengajar oleh allah taala akan bahawa berkata ia Alhamdulillah maka
menjawab ia akan dia denga kata Ya Harkam robik ya Adam. Turun ruh itu
kedadanya maka bersegera ia hendak berdiri maka tiada dapat akan dia berdiri
itu. Bermula demikian itu firman allah taala yang ertinya adalah perangai
manusia itu sangat bersegera, maka tetakala sampai roh itu kepada ronga
perutnya maka inginlah ia akan makan kemudian mesralah roh itu pada sekelian
tubuhnya maka jadilah daging dan darah dan urat yang besar-besar dan urat-urat
yang kecil dan dianugrahkan oleh allah taalah akan pakaian kulit yang sangath
halus seperti KUKU bertambah-tambah tiap tiap hari keelokkan dan Jamalnya. Terpancar
Nur Muhammad dengan brseri-seri pada wajahnya. Bertukarlah pakaian kulit
seperti kuku itu kepada keadaan kulit yang sekarang ini apabila diperintahkah
Allah Taala turun Nabi Adam turun ke bumi. Sesungguhnya Nabi Allah Hawa itu
dari tulang rusuk yang kiri Nabi Allah Adam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PEMBUKAAN SERAT ROH
SURATNYA: -empat ayat ini adalah ayat malaikat 4 yaitu
"JIBRIL.MIKAIL,ISROFIL dan IZRAIL,ayat pertama terletak di jantungnya
malaikat JIBRIL,maka jika membaca ayat yang pertama dengan menghidupkan jibril
di batang tubuh kita sekaligus memberikan makanan pahala kepada jibril maka
ayat pertama ini saat di baca akan langsung di sampaikan JIBRIL langsung kepada
sang pemilik ayat,JIBRIL berasal dari tetesan air NUKTAH NUR MUHAMMAD,setelah
tercipta nya JIBRIL,NUR MUHAMMAD memerintahkan mengambil tanah di bumi sebagai
membentuk sekaligus memperkuat tubuh adam,nabi adam meneteskan air NUKTAH
menjadilah jabang bayi manusia yaitu kita,dimana letak nya JIBRIL dalam batang
tubuh kita,letaknya jibril berada di kulit tengkuk leher belakang kita, apa
buktinya di kulit kita,coba gesek gesek lah dengan jempol jari tangan kita
kulit tengkuk belakang,seberapa besrihnya pun maka kulit kita itu akan
mengeluarkan " DAKI" daki adalah zat tanah yang tadi di ambil oleh
jibril,lalu bagaimana menghidupkan KELAKUAN JIBRIL DI TUBUH KITA,bacalah surat
al ikhlas satu kali dengan posisi kedua tangan bersambung di atas kepala lalu
sambil menyambung itu turunkan ke tengkuk leher belakang,saat sudah selesai
membaca surat al ikhals tersebut dan posisi kedua tangan yang bersalaman masih
di tengkuk leher maka lepaskan telapak tangan yang bersambung tadi turun ke
samping dan selesai.... - lalu membaca ayat yang kedua: ayat yang kedua ini
berada di limpa tubuh malaikat MIKAIL,malaikat MIKAIL tercipta dari tetesan air
NUKTAH,NUR MUHAMMAD..apa kelakuan malaikat MIKAIL yang di perintahkan oleh NUR
MUHAMMAD yaitu malaikat MIKAIL di perintahkan mengambil air dari alam mullah
untuk menghidupkan lembaga tanah yang terdapat di tubuh adam..dimana kah
malaikat MIKAIL di batang tubuh kita yaitu berada di bagian selangkangan atau
tepatnya di bagian kelamin manusia,titik bersarangnya yaitu di tengah tengah
antara pusat/udel dan kelamin,di serah kelamin inilah tempatnya air hidup mulai
dari air kehidupan yaitu sperma maupun air limpa yaitu air seluruh tubuh yang
berkantong dengan air seni atau air kencing....bagaimana menghidupkan kelakuaan
malaikat MIKAIL ini pada batang tubuh kita,bacalah surat al ikhlas satu kali
dengan posisi kedua kaki menyilang bersila ke arah kelamin,maksudnya tengah
tengah persimpangan sila kaki itu tepat di tengah tengah kelamin,bacalah surat
al iklas itu denagn niat pahala nya untuk malaikat MIKAIL. -lalu membaca ayat
yang ketiga: ayat yang ketiga ini berada pada mata malaikat ISROFIL,malaikat
ISROFIL lah yang bertanggung jawab menyampaikan bunyi dari siapa saja yang
membaca surat al ikhlas ayat ketiga ini kepada pemilik surat
tersebut...malaikat ISROFIL tercipta dari tetesan air NUKTAH,NUR MUHAMMAD,apa
kelakukan yang di perintahkan NUR MUHAMMAD kepada malaikat ISROFIL,yaitu
mengambil angin di alam izzati untuk membangun lembaga adam,di mana kelakukan
angin yang di bawa malaikat ISROFIL ini di tubuh anak cucu adam yaitu berada di
paru paru sebelah kanan,apa buktinya..tepuklah paru paru sebelah kanan dengan
menahan napas maka tetap akan keluar angin dari mulut atau hidung
kita,bagaimana menghidupkan malaikat ISROFIL di batang tubuh manusia yaitu
dengan membaca kalimat ALLAH dengan menarik napas dan kalimat QUL HU dengan
mneghirup napas sebanyak 55x ulangan dengan posisi tangan mendekap dan mengusap
usap paru paru sebelah kanan. -lalu membaca ayat ke empat: ayat terakhir ini
bersarang di tubuh malaika IZRAIL yang di tanamkan pada kedua sayap atau kedua tangan
malaikat IZRAIL tersebut,NUR MUHAMMAD yang memerintahkan malaikat IZRAIL untuk
mengambil api dari alam amarah untuk menyempurnakan sipat khalifah nabi
adam,adam sepertiga jiwa nya di penuhi oleh sipat amarah yang di tancapkan
malaikat IZRAIL dalam batang tubuhnya,amarah sagatlah besar gunanya bagi aliran
darah adam dan anak cucunya,amarah yang mampu terfocus dan bukan di umbar
sekehndak hati sangat berguna untuk membuat sebuah niat atau ilmu bathin
menjadi nyata,hanya orang orang yang pandai memendam amarah dalam kesabaran
yang memiliki ilmu sebenar ilmu selain itu hanya amarah yang besar bual,tong
kosong nyaring bunyinya,bahkan manusia yang tidak mampu memendam amarah dalam
kesabaran maka ia akan terbakar sendiri dari dalam akar tubuhnya,sehingga tampa
di sentuh oleh siapapun ia akan mati sendiri bergelimpangan di kerana kan
ledakan api amarah dirinya sendiri.apa buktinya lihatlah ciri ciri orang yang boleh
menyakiti orang lain jarak jauh tampa di sentuh/santet kalau bahasa
jawanya,tuju kalau bahasa melayu sumatra nya,pastilah orang yang tidak pernah
terlihat marah,tidak banyak bicara,tidak banyak mengumbar amarah,sesungguhnya
ia tengah mengumpulkan energy amarahnya secara terfocus untuk di gunakan
menyerang secara tiba tiba..maka patutlah kita sedap sedap ngeri pada orang
yang diam diam tenang dalam sabar,dan tak patut kita yakin pada manusia yang
banyak mengumbar amarah,orang yang biasanya berguru ilmu ghaib kepada malaikat
IZRAIL memang berpantang untuk banyak bicara dan marah marah,sebab ciri ciri orang
berilmu memanglah begitu,derajat keilmuannya ningrat kalau bahasa jawanya,ia
berilmu dengan menjalani syarat memendam amarah dalam sabar,orang orang yang
mampu seperti inilah yang di senangi oleh malaikat IZRAIL untuk di berikan
berbagai kemampuan ghaib...lalu di mana kelakuan malaikat IZRAIL itu di batang
tubuh kita,yaitu berada di otak kepala
bagian depan,apa buktinya..singgunglah sedikit pemahaman dan keyakinan
orang lain yang bermula dari otaknya maka ia biasanya langsung akan ber otak
marah,jika otaknya liar dan tidak berilmu maka ia akan langsung amarah,tapi
bagi yang otaknya di penuhi energy ia mampu mengontrol sipat amarah yang
tersimpan dalam otaknya itu...bagaimana membangkitkan malaikat IZRAIL di batang
tubuh anak cucu adam,bacalah surat al ikhlas satu kali dalam posisi tangan
seperti mengusap wajah yang di mulai dari kepala depan kita,niatkan pahalanya
untuk membangkitkan kelakukan malaikat IZRAIL dalam batang tubuh kita. setelah
ini selesai maka zikirkanlah surat al ikhlas sebanyak 555x selama 5
malam,lakukan tata cara di atas dalam kondisi berwudhuk dan jika boleh ada
baiknya lakukan di luar rumah,agar malaikat 4 itu dapat menjadi saksi,dan jika
tidak mampu boleh lakukan di kamar sendiri dengan lampu di matikan saja agar
terlihat facta dari bangkitnya surat al ikhlas ini di batang tubuh kita.setelah
ini selesai maka khasiat dari ruh serat al ikhlas ini siap di gunakan untuk
tujuan tujuan penting dan besar dalam kehidupan sehari hari kita.....dengan
cara seperti berikut
BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM
QUL..(isi niat ) HUWALLAHHU AHAD,ALLAHHU SSOMAD,LAM YALID WALAM
YULAD,WALAM YAQUL LAHU KUFUAN AHAD بسم الله الرحمن الرحيم Ketika Allah
menciptakan Ruh Al-Qudis dalam wujud yang terbaik di Alam lahut, maka Allah
berkehendak menurunkan manusia ke alam yang terendah untuk menyempurnakan
kemanusiaannya dan pendekatannya kepada Allah di Maq'adi Sidqin 'Inda Malikin
Mutadir. Itulah maqam para wali dan para Nabi. Pertama-tama Allah menurunkan
ruh Al-Qudsi (ruh termurni) yang diciptakan dari Nur Muhammad ke alam Jabraut
dengan membawa bibit Tauhid, maka dititipkan dari cahayanya di alam tersebut,
dan dibalut dengan balutan cahaya. Begitu pula perpindahan dari alam Jabaraut
ke alam Malakut dan dari alam Malakut ke alam Mulki. Disetiap alam yang tiga
ini Allah melapisi ruh Al-Qudsi dengan lapisan-lapisan sampai ke lapisan
'Mulkiyah' yang disebut 'Qiswah Unsuriyah' agar jasad tidak terbakar oleh Ruh
Al-Qudsi. Lapisan yang dibalutkan di alam Jabaraut disebut 'Ruh Sultani'.
Lapisan di alam Malakut disebut Ruh Siraani Rawani Dan lapisan di alam Mulki
disebut ruh Jasmani. Tujuan utama manusia didatangkannya manusia ke alam
terendah ini, agar manusia berupaya kemabli mendekatkan diri kepada Allah dan
mencapai darjat dengan mengunakan HATI dan JASAD. Maka ditanamkan bibit tauhid
di ladang hati agar tumbuh menjadi pohon tauhid yang akarnya tertanam didalam
rasa dan menghasilakn buah tauhid untuk mencapai Ridha Allah Taala. Bibit
Syariat ditanamkan di ladang hati dan akan menjadi pohon Syariat. Buahnya
adalah Buah Darjat. Kemudian Allah memerintahkan ruh dengan seluruh lapisannya
untuk masuk ke dalam jasad dan Allah menentukan tempatnya masing-masing. Tempat
ruh Jasmani adalah didalamJasad antara daging dan darah. Tempat Ruh Al-Qudsi
adala Rasa. Setiap Ruh mempunyai tempat di daerah keberadaannya, dan bekal/alat
untuk pengolahannya dan keuntungan/hasil pengolahannya dan cara pengolahannya
yang tidak pernah sia-sia yang diketahui secara rahsia maupun secara terbuka.
Mereka mengharapkan perjuangan yang tidak sia-sia. Wajib bagi semua manusia
untuk mengetahui bagaimana cara mengolah dirinya, sebab apa yang dilakukan di
muka bumi ini akan diminta pertanggungjawabnya di hari Qiamat. Firman Allah
dalam Surah Al-Adiyat Ayat 9 dan10 "Maka apakah dia tidak mengetahui
apabila dibangkitkan apa yand ada di dalam kubur dan dilahirkan apa yang ada di
dalam hati" Firman Allah Surah al-Israa ayat 13 "Dan tiap-tiap
manusia itu telah kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung)
pada lehernya" 1. Tempat Ruh Jasmani didalam badan tempatnya di wilayah
dada dan anggotan badan yang zahir. Alatnya syariat. amalannya adalah
mengamalkan Syrariat yang telah difardukan Allah Sesuai dengan hukum-hukum
zahir yang telah ditetapkan oleh Allah tanpa diiringi dengan Syrik(
Menyekutukan Allah). Firman Allah dalam surah al Kahfi - ayat 110. "Dan
janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya"
Firman Allah Surah al-A'raf 180 Sesungguhnya Allah itu maha Ganjil (Esa) dan
mencintai yang ganjil, iaitu amalan yang tidak disertai dengan Riyak (ingin
dipuji) Sumah (mencari kemashuran). 2. Tempat Ruh Ruhani adalah hati. alatnya
adalah ilmu Tariqat. Amalannya adalah mengamalkan Empat nama Allah (dari
kelompok yang pertama) dengan tanpa suara dan huruf dari submer 12 Nama Allah.
Firman allah , surah Al-Israa' 110. "Katakanlah: Serulah Allah atau
serulah Ar-rahman, dengan nama yang mana sahaja kamu seru, dia mempunyai
Asam-ul Husna" "Allah mempunyai Asma-ul Husna, maka bermohonlah
kepadanya dengan menyebut Asma-ul Husna itu" Ayat ini menujukkan bahawa
Asma allah adalah tempat melakukan pengamalan kepadanya secara khusyuk. itulah
yang disebut denga Ilmu Batin. Makrifat adalah hasil dari Nama-nama Tauhid.
Sabda Nabi .Allah memiliki 99 nama. orang yang menguasainya akan masuk surga.
Belajar Satu huruf mengamalkan seribu kali. Yang dimaksudkan dengan Ihsa
(menghitung) dalam hadis ini ialah menusia berakhlak dengan akhlak Asam-ul
Husna. 12 nama ini adalah sumber dari seluruh nama-nama Allah, sesuai dengan
jumlah huruf iaitu dua belas لا إله إلا الله Maka allah menetapkan bagi
perjalanan hati setiap huruf dengan satu nama. Setiap satu alam dengan tiga
nama.Allah menetapkan nama-nama tersebut pada hati orang-orang yang
"Mahabbah" kepada Allah. Firman Allah surah Ibrahim ayat 27 Allah
meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam
kehidupan di dunia dan akhirat. Allah menurunkan ketenangan didalam bergaul.
allah menurunkan pohon tauhid yang akarnya tertacap di tujuh lapis bumi dan
cabangnya di langit. Hidupnyahati dan Musyahadah di Alam Malakut. Juga seperti
bicara batin dari lisannya dengan Mudawamah mengunakan Asma ul-batin tanpa
suara dan huruf. 3. Tempat Ruh Sultani adalah Fuad (Mata Hati). Alatnya adalah
Makrifat, Amalannya adalah maudawamah nama-nama yang empat di tingkat menengah
dengan lisan hati. Sabda Nabi:- "Ilmu ada dua macam, pertama ilmu lisan
itulah hujahnya Allah bagi makhluk, kedua ilmu hati itulah ilmu yang
bermanfaat, kerana kebanyakkan manfaat ilmu bersumber di daerah hati"dan
Sesungguhnya al-quran mempunyai zahir dan batin". "Allah menurunkan
al-Quran dengan sepuluh batin, lebih batin lebih bermanfaat dan lebih
menutungkan, kerana batin ini adalah sumber/pusat/pokok". Nama-nama allah
yang 12 ini menempati tempat dua belas mata air seperti dua belas mata air yang
mengalir dari batu yang dipukul oleh Nabi Musa a.s. Firman Allah - Surah
Baqarah, ayat 60 "Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya lalu
kami berfirman: Pukullah batu itu dengan tongkatmu, lalu memancarlah daripadanya
dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku kaum itu telah mengetahui
tempat minummnya masing-masing". Firman Allah Surah Yasin ayat 33 "
Dan suatu tanda (kekuasaan allah) bagi mereka adalah bumi yang mati dan kami
hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan daripadanya bijian-bijian, maka
daripadanya mereka makan" Adapun keuntungan dari pengolahan ruh Sultani
adalah melihat pantulan Jamalillah (keindahan Allah). Firman Allah Surah
An-Najm ayat 11 Hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya. Sabda Nabi:
"Manusia yang beriman adalah cermin Allah yang Mukmin" Mukmin yang
pertama dalam hadis ini adalah hati hamba Allah yang mukmin secara hakiki, dan
Mukmin yang kedua adalah zat Allah. 4. Adapun temapt Ruh Al-Qudsi adalah di
dlam Sirri (Rasa / Rahsa). Alatnya adalah ilmu Hakikat, iaitu ilmu Tauhid.
Amalannya adalah Mudawamah nama-nama tauhid iaitu nama-nama yang emapt di
bahagian terakhir di tingkat puncak lisan sir tanpa suara dan huruf. Adapun
keuntungannya iaitu lahirnya Tiflul Maani (bayi manawi) musyahadah serta
terarah, melihat kepada zat Allah dalam keagungan-Nya dan dalam keindahan-Nya
dengan penglihatan siri. Firman Allah Surah al-Qiyamah ayat 22-23
"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada
tuhannya mereka melihat" Tanpa bentuk, cara dan perumpamaan. Bila manusia
telah sampai kepada tujuannya, maka akal tidak mampu untuk menggambarkannya,
hati tidak akan mampu untuk membayangkannya dan lidah tidak mampu untuk
membicarakannya dan tidak akan mampu untuk memberitahunya. Kerana allah bersih
dari perumpamaan. Fasal pada menyatakan kejadian MAUT /NAFSU Maka tatkala
Maut/NAFSU berada di dalam Tangan Malaikat Izrail, berkatalah Maut ya tuhan ku izinkan olehmu bagiku hingga aku
menyeru didalam tujuh petala langit itu satu kali seru?. Maka meberi izin Allah
Taala baginya maka lalumenyeru ia dengan terlebih kuat suaranya:- Akulah Maut
yang menceraikan antara tiap-tiap kekasih Akulah Maut yang menceraikan antara
suami dan isteri Akulah Maut yang menceraikan anak perempuan dengan ibunya
Akulah Maut yang menceraikan antara saudara-saudara lelaki dan saudara-saudara
perempuan Akulah Maut yang mengerasi pada segala yang keras daripada anak adam
Akulah Maut yang memusnahkan segala rumah dan segala kampung. Akulah Maut yang
meramaikan segala kubur Akulah Maut yang aku tuntut akan kamu dan aku dapatkan
akan kamu dan jikalau adalah kamu itu didalam keranda besi yang amat teguh
sekalipun dan tiada kekal segala makhluk itu melainkan merasakan akan daku /
MAUT. Maka apabila datang maut itu akan sesorang maka berdirilah antara
hadapannya atas rupa yang sangat hebat, kemudian berkata oleh sesorang itu,
siapa engkau? apa kehendak mu?, maka sahut maut itu, akulah maut yang
mengelurakan dikau dariapda dunia ini dan akulah yang menjadikan anakmu yatim, menjadikan
isterimu janda, dan menjadikan hartamu dipusakai oleh warisnya yang tiada
engkau kasihi akan dia pada ketika hidupmu dan bahawsanya engkau tiada
mendahulu akan kebajikan bagi diri engkau dan tiada mendahulu bagi akhirat
engkau, pada hari inilah datang aku
kepada engkau supaya aku hendak menanggalkan ruh engkau. Maka tetakala
mendengar ia akan kata maut itu maka memalingkan ia akan mukanya kekiri, maka
dilihatnya jua akan maut ada ia berdiri dihadapanya, memalingkan ia akan
mukanya ke kanan maka dilihat jua akan maut ada berdiri dihadapannya. Tempat
kediaman maut pada langit yang ketujuh dan pada satu riwayat pada langit yang
keempat. Dijadikan Allah Taala akan dia daripada Nur dan adalah baginya 70000 kakinya dan 4000 sayap dan penuh pada
segala tubuhnya dengan mata dan lidah dan tiada sesorang jua pun daripada
segala makhluk daripada manusia dan jin dan Angkas dan barang yang bernyawa
melainkan ada pada tubuh maut itu sebanyak-banyak bilangan muka dan tangan
segala makhluk Allah Taala yang bernyawa, maka mengambil ia akan segala yang
bernyawa itu dengan tangannya. Dan meniliklah ia dengan mukanya yang berbetul
orang yang yang hendak mati itu, demikianlah peri mengambil nyawa segala
makhluk pada tiap-tiap tempat dan apabila matilah seorang manusia yang didalam
dunia ini maka hilanglah satu rupanya tubuh maut itu. Pada suatu riwayat bahawa
adalah bagi maut itu empat mukanya satu muka dihadapnnya, kedua pada kepalanya
ketiga pada belakangnya keempat pada tapak kakinya.. Adapun tetakala mengambil
ia akan nyawa segala Ambia, dan segala Maialikat dengan mukanya yang dikepala,
dan mengambil nyawa segala orang yang mukminin dengan muka yang dihadapannya
dan mengambil nyawa segala kpir denga muka belakangnya dan mengambil nyawa
segala jin dengan muka yang pada tapak kakinya. Bermula salah satu kakinya
berpijak ia ditepi syurga dan satu lagi itu berpijak ia ditepi neraka. Bermula
segala kafir, segala munafik dan segala yang celaka itu apabila hadir akan
mereka itu oleh mati, nescaya turunlah ia atas mereka itu dan daripada pihak
yang kirinya malaikat azab yang hitam mukanya lagi biru dua matanya dan serta
mereka itu pakaian azab. Maka dudulah mereka itu padahal jauh daripada mayat
itu hingga dakat malikatul maut mengambil nyawa mereka itu lalu diberikan kepada
malaikat azab. Pada suatu riwayat tetaka datang malikatul maut antara hadapan
mayat itu pada hal berdiri,maka berkata malikatul maut, adakah engkau tiada
kenal aku? akulah malikatul maut yang mengambil ia akan ruh dua ibu bapa engkau dan engkau menilik kepada keduanya, dan
tidada engkau memberi menafaat akan keduanya pada hari ini aku mengambil akan
nyawa engkau hingga menilik segala anak-anak engkau dan segala perbuatan engkau
dan segala taulan engkau hinga berteriaklah mereka. Maka berkata baginya Malikatul
Maut betapa engkau lihat akan dunia? maka jawab ia aku lihat akan dia tipudaya
dan maka menjadikan oleh Allah Taala akan dunia atas satu rupa maka lalu berkat
dunia itu Hai orang yang derhaka adakah engkau malu berdoasa dengkau didalam
dunia dan tiada menegah engkau akan diri engkau daripada segala maksiat,
bahawasanya menuntut engkau akan daku dan tiada menuntut akan dikau dan tiada
engkau bezakan antara halal dan haram, bahawasanya aku lepas daripada engkau
dan daripada amal engkau. Dan melihat ia akan hartanya itu sesungguhnya telah
jatuh dalam milik orang yang lain. Maka berkata harta itu hai orang yang
derhaka telah berusaha engkau akan daku denga tiada sebenarnya dan tiada engkau
gunakan akan daku pada jalan yang sebenar dan tiada disedekahkan dengan aku
atas segala fakir dan segala miskin, pada hari ini sesungguhnya telah jatuh aku
didalam milik orang yang lain. Adalah dijadikan oleh Allah Taala akan malaikat
yang bernama Malaikatul ArRohim yang memerhatikan tiap-tiap segaka kanak-kanak yang lagi akan
diperanakkan oleh ibunya, maka apabila beranaklah seorang manusia maka
dicampurkan malaikat itu tanah tempat kematiannya kepada "Nuftah".
Dan situlah jasadnya berkubur والله أعلمُ بالـصـواب
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
NurKasih اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................




No comments:
Post a Comment