Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
Gempak |
Pelawak popular Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin. -Foto Twitter
Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.
“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.
“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.
Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.
Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.
" Setiap yang hidup pasti akan merasai mati "
“Kematian Abam dalam husnul khotimah..” – Imam Muda Hassan
Penceramah bebas Imam Muda Hassan menyifatkan kematian pelawak popular Allahyarham Abam Bocey berada dalam keadaan husnul khotimah.
Ini kerana menerusi hadis Nabi Muhammad SAW ada mengatakan antara tanda kematian yang baik apabila ramai orang mengambil kesempatan bagi menziarah dan berdoa.
“Apa amalan yang arwah Abam sudah lakukan sepanjang kehidupannya, ia di luar pengetahuan kita dan hanya Allah yang tahu.
“Cuma, apa yang boleh dikata ialah arwah cukup dikenali kerana sikapnya yang sangat penyayang dan tidak ada masalah dengan orang lain.
“Melalui sikap itu sudah menggambarkan betapa arwah Abam mempunyai hati yang sangat baik,” katanya.
Menurut Hassan atau nama sebenar Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, pengakhiran hidup seseorang manusia itu adalah cerminan kepada amalan dilakukannya.
“Seperti Abam, masyarakat sangat kenal arwah sebagai pelawak. Tetapi, sepanjang kehidupannya arwah adalah anak yang taat.
“Sikap arwah yang memuliakan ibunya dan berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai anak sehingga akhir hayat adalah pengajaran buat kita semua.
“Nabi Muhammad SAW pernah sebut dalam hadisnya ‘syurga di bawah tapak kaki ibu’. Alhamdulillah, arwah Abam menunjukkan memang dia…
“…bersungguh mencari ‘syurganya’ dengan menjaga dan pelihara hubungan baik bersama ibu,” ujarnya.
Tambah juara Imam Muda musim kedua itu, antara tanda kematian yang dicemburui ialah urusan mati itu dipermudahkan Allah, berlaku dengan cepat dan orang cukup terkesan atas pemergian tersebut.
Sumber : Harian Metro
🕋🇲🇾💜💝💞🕌
Biodata Abam Bocey
Abam Bocey
Pelakon dan pelawak Malaysia
Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey (19 Januari 1988 – 10 Februari 2020) merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad Bocey dan Achey Bocey.
Latar belakang
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Peserta
Anugerah dan pencapaian
- Naib Juara - Bintang Mencari Bintang Musim Pertama (2013)
- Tempat Ke-3 - Maharaja Lawak Mega 2013
- Tempat Ke-5 - Maharaja Lawak Mega 2014
- Juara Karok lah kau 2015
- Tempat Ke-5 - Juara Parodi 2015
- Juara - Maharaja Lawak Mega 2016
- Naib Juara - Super Spontan Superstar (2016)
- Juara - Maharaja Lawak Mega 2017
- Naib Juara - Maharaja Lawak Mega 2018
- Tempat Ke-3 - Maharaja Lawak Mega 2019
Meninggal dunia
Pada 10 Februari 2020, Abam Bocey telah meninggal dunia di kediamannya di Gombak. Menurut isteri Allahyarham, Nor Hidayah, Abam mengalami demam panas dan sakit kepala sejak dua hari sebelum kematiannya.[1][2] Allahyarham dikebumikan selepas waktu Asar pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor.[3][4]
Rujukan
- ^ Rahman, Ridzuan Abdul (2020-02-10). "Abam Bocey meninggal dunia". HM Online. Dicapai 2020-02-10.
- ^ Februari 10, Gempak; Myt, 2020 09:42. "Pelawak Abam Bocey meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai 2020-02-10.
- ^ "Pelawak Abam meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai 2020-02-10.
- ^ Farhana Joni. "Dr Wan Azizah, Najib Razak ucap takziah pemergian Abam Bocey". Astro Awani. Dicapai 2020-02-10. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak telah mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham Abam.
Bacaan lanjut
- Abam Bocey takut didekati wanita? Serah kepada keluarga cari calon isteri.
- Pelakon Abam (Bocey) hadir pada Photoshot dan Preview filem Hantu Bungkus Ikat Tepi di GSC,Nu Sentral disini hari ini.
- Abam Bocey sasar turun berat 30 kilogram
- "Gemuk Is Awesome", Kevin Zahri Tegur Abam (Bocey)
- Abam Tidak Pernah Berasa Malu Bertubuh Besar
- Gemuk Is Awesome - Abam Bocey
- Kevin Zahri sedia bantu Abam Bocey
Pautan luar
🕋🇲🇾🇲🇾🖤💝💞💞💙🌏🕌






No comments:
Post a Comment