أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
ALLAH اللهَ
Sebenar-benar diri kita ialah roh diri kita sendiri
Sebenar-benar diri kita ialah roh diri kita sendiri
Sebenar-benar diri kita ialah roh diri kita sendiri.
Orang-orang yang lupa pada diri itu bererti orang yang lupa kepada roh. Orang
yang lupa kepada roh pula, bererti orang yang lupa kepada Allah dan orang yang
lupa kepada Allah, termasuklah mereka kedalam golongan orang yang tidak
mengenal diri.
Bilamana kita tidak dapat mengenal diri / roh, maka tidaklah
ia dapat mengenal Allah.
"Tidak kenal A...llah, maka tidak akan ingat kepada
Allah"
Bagi mereka yang telah berjaya mengenal diri, tidak
sekali-kali mereka menjadi lupa kepada roh.
Manakala bagi mereka yang tidak lupa kepada roh / diri,
itulah tandanya mereka tidak lupa kepada tuhannya Allah Ta'ala.
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 13)
قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا
فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ
Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga ini,
kerana tidak patut engkau berlaku sombong (lupa diri) di dalamnya; oleh sebab
itu keluarlah, sesungguhnya
engkau dari golongan yang hina".
Mereka yang duduk didalam surga (mengenal diri) tidak
seharusnya ada sifat lupa.
Bila lupa akan diri, itu tandanya sombong. Bila sombong
menyebabkan lupa diri, bila lupa diri, maka lupa pula kepada Allah.
Bagi yang masih ada menyimpan sifat lupa kepada diri / roh,
bermakna juga menyimpan sifat lupa kepada Allah. Apabila kita lupa kepada
Allah, menyebabkan kita boleh terkeluar dari surga Allah. Sebagaimana yang
terjadi kepada Adam dan Hawa, semasa memakan buah khuldi.
Engkarnya Adam dan Hawa daripada perintah Allah dengan
memakan buah khuldi itu, tidak menyebabkan murka Allah. Yang menjadi kemurkaan
Allah ialah lupa kepada Allah semasa memakannya.
Durhaka untuk mematuhi "INGAT" kepada Allah itu,
ianya satu perkara yang tidak dapat diampunkan Allah.
Dosa lupa dan lalai itu, menandakan kita telah mensyirikkan
Allah.
Lantaran lupa untuk memandang kepada diri /roh sendiri
menyebabkan kita lupa kepada Allah, apabila lupa kepada Allah menyebabkan kita
tersingkir dari nikmat surga.
Apabila kita lupa untuk memandang kepada diri / roh sendiri,
dengan sendirinya membuatkan kita lupa untuk memandang Allah. Bilamana lupa
untuk memandang Allah, menyebabkan hati kita mudah terpaut untuk memandang
dunia sebagai tuan.
Apabila kita tidak dapat mengecapi nikmat "INGAT"
kepada Allah tidaklah Allah itu dapat terzahir pada sekalian alam.
Bilamana Allah tidak dapat dizahir atau dinyatakan itulah
yang dikatakan lupa atau lalai. Bila lupa atau lalai kepada Allah walaupun
sesaat, Syaidina Ali menghukum atas dirinya "KAFIR"
Begitulah besarnya mertabat atau darjat ingat kepada Allah.
Apabila kita telah dapat mengenal diri / roh, seumpama kita telah dapat nikmat
surga Allah, surga dan nikmat mengenal diri itu, lebih beruntung dan lebih
bahagia dari surga akhirat.
Surga akhirat nikmatnya hanya akan dapat dikecapi dan
dinikmati semasa dialam akhirat sahaja. Manakala surga mengenal diri itu, akan
dapat dinikmati dan dikecapi semasa hayat masih berada didalam dunia lagi, yang
boleh membawa sehingga sampai kealam akhirat.
Nikmat surga dunia dan surga akhirat itu adalah bagi
mereka-mereka yang tidak lupa kepada Allah.
43.Surah Az-Zukhruf (Verse 36)
وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا
فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran
yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan
(yang
menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya
yang tidak renggang daripadanya.
58.Surah Al-Mujādila (Verse 19)
اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِۚ
أُولَٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga
menyebabkan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah puak Syaitan.
Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.
Oleh itu marilah sama-sama kita menyeru kepada diri kita
masing-masing dan kepada sekalian umat yang ada disini, agar jangan lupa kepada
Allah.
Bagi yang lupa kepada Allah, itulah iblis yang akan
menguasai kerajaan akal yang kosong, setelah kerajaan akal menjadi kosong,
ianya akan diisi dengan kerajaan lupa dan lalai kepada Allah, yang akan mengisi
kekosongan akal hati itu ialah iblis.
Bidang tugas atau skop kerja iblis itu, hanyalah menunggu
peluang, masa, saat dan ketika manusia menjadi lupa supaya ia boleh mengambil
tempat.
Apabila manusia menjadi lupa tugas iblis memasuki dan
menakluki kerajaan akal manusia itu akan menjadi lebih mudah.
Setelah manusia menjadi lupa dari mengingati diri / roh dan
mengingati Allah secepat kilat itu juga kekosongan hati kita itu akan dimasuki,
diisi, dipenuhi, dihiasi dan diambil alih oleh kerajaan iblis. Teman atau
sahabat bagi mereka yang lupa itu adalah iblis dan syaitan.
Teman, kawan atau sahabat bagi mereka yang mengingati Allah
itu, adalah fana' ( binasa atau tidak ada). Manakala teman kepada sifat fana'
atau binasa itu pula, adalah sifat baqo'.
Setelah diri kita telah sampi kepada tahap baqo' barulah
kita dapat rasai bahawa Allah itu sebenar-benar wujud / Ada. Ada itu hanyalah
sifat Allah, maksud ada itu hanyalah merujuk kepada adanya Allah.
Bila diri zahir / badan dan diri batin / roh telah fana' (
binasa) yang mengambil tempat dan yang mengisi kekosongan yang telah
ditinggalkan oleh sifat fana' itu adalah sifat baqo',
Manakala setelah sifat baqo' mengambil tempat, bagi mengisi
kekosongan yang ditinggalkan oleh sifat fana' itu, akan diganti dengan sifat
baqo'. Setelah sifat baqo' mengambil tempat, ianya akan diisi dengan sifat
ingat kepada Allah / zikir.
Bilamana kita sudah masuk kedalam surga zikir ( ingat kepada
Allah), bermakna kita telah masuk kealam mengenal diri / roh. Bilamana kita
telah masuk kealam mengenal diri / roh bermakna kita telah menjadi manusia yang
patuh kepada kehendak dan ketetapan Allah.
Apa yang berlaku telah berlaku dan yang bakal berlaku itu
akan diterima sebagai ketentuan Allah. Tentunya diterima tanpa ada rasa
keterpaksaan dan ketidakrelaan, semuanya akur, patuh, taat dan diterima dengan
hati yang berlapang dada. Sabar taeakal dan ikhlas. Inilah buah hasil dari
mengenal diri / roh.
Mandat atau tugas kita sebagai hamba yang bersifat manusia
yang mengenal diri rohani itu, adalah kepatuhan kepada Ketetapan dari yang maha
pencipta. Manakala tugas atau mandat selaku hamba yang bersifat iblis ( yang
tidak mengenal diri ) dan hamba yang tidak mengenal rohani diri sendiri, itulah
diri yang akan engkar kepada segala ketetapan Allah.
Sifat angkuh dan sifat lupa asal usul diri, itulah sifat
warisan iblis.
Apabila kita tidak mengenal diri / roh, itulah yang
dikatakan iblis. Nantinya, iblis itulah yang akan menepati, mendiami dan
memerentah kerajaan diri kita.
Bilamana kita sedar yang sebenar diri kita itu adalah roh,
marilah kita sama-sama fana' ( binasa ) dan baqo' ( berkekalan ) diri kita
selamanya dalam wajah Allah ( dalam ertikata berserah diri )
Setelah sekali kita berserah diri kepada Allah, jangan
sesekali berpatah balik. Sekali berserah diri, ertinya selamanya hendaklah
berserah, itulah "IKHLAS"
IKHLAS yang sebenar itu adalah apabila seseorang itu
mengenal diri. Apabila kita mengenal diri ianya akan menjadikan diri kita
berserah dan terserah kepada Allah.
Samada baik atau buruk, samada sihat mahupun sakit dan
samada nikmat ataupun bala, semuanya terserah kepada Allah !.
Tidak kisah, tidak peduli dan tidak merungut dengan apa yang
ditetapkan, diturunkan dan ditentukan Allah Ta'ala keatas dirinya. Yang mereka
tahu dan yang mereka ada, adalah sifat berterima kasih dan bersyukur dari diri
yang kosong, itulah IKHLAS.
Selepas mengenal diri / roh, sifat ikhlas itu akan muncul
dengan sendiri. Mereka yang ikhlas itu adalah mereka yang berada didalam negeri
atau didalam wilayah ketiadaan diri.
Ikhlas itu, adalah negeri atau wilayah kefana'an, keghaiban,
kehancuran, kehilangan, kebaqo'an, karam dan ghaib, itulah wilayah atau negeri
mereka-mereka yang mengenal diri / roh.
Ikhlas itu wilayah kepatuhan serta berada dalam negeri
kesempurnaan sejagat. Bagi mereka yang berada didalam negeri atau wilayah
ikhlas, tidak akan lagi dimasuki, diganggu, digoda, dipesong atau disesatkan
oleh mana-mana iblis.
Iblis itu adalah kita, kita yang bersifat keberadaan diri
atau keberadaan sifat keakuan, manakala mereka yang bersifat ikhlas itu, adalah
mereka yang bersifat ketiadaan diri ( tidak ada diri ). Bila mana sudah tidak
ada sifat keberadaan diri, maka tidak ada lagi sifat keakuan.
Bilamana sifat keakuan atau sifat keberadaan diri itu sudah
tidak ada, mana lagi adanya iblis, mana lagi adanya syaitan! Bilamana
keberadaan diri telah tiada dari mana lagi datangnya godaan iblis atau syaitan
pada diri.
Yang dikatakan iblis itu, adalah apabila adanya sifat aku
atau yang masih adanya sifat keakuan ( masih ada diri ). Bagi mereka yang tiada
sifat keakuan dan tidak ada sifat diri, mana lagi ada iblis dan mana lagi ada
sifat goda menggoda!
Diri yang sudah hilang, sudah mati, dan diri yang sudah
binasa, apa lagi yang boleh iblis nak goda!. Setelah semuanya telah dipulangkan
kepada Allah, tidak ada apa-apa lagi yang tinggal, tersisa atau terbaki, apa
lagi yang hendak syaitan atau iblis goda?.
Apakah bodoh sangat iblis itu, nak menggoda orang yang sudah
mati. Iblis tidak sebodoh itu!. Sebenarnya iblis atau syaitan itu, adalah
dirimu sendiri! Iblis itu, adalah diri kita yang masih ada sifat diri dan yang
masih ada sifat keakuan.
Setelah tidak ada sifat keakuan, maka tidaklah adanya sifat
iblis dan syaitan! Maka akan menyusullah sifat ingat kepada Allah. Bilamana
sifat ingat kepada Allah telah mengambil tempat maka fana', baqo', lebur dan
binasalah sifat diri, dengan syaitan-syaitan dan dengan iblis-iblis itu sekali
akan binasa!
Bilamana sifat ingat kepada Allah telah meleburkan sifat
iblis, maka itulah yang dikatakan tahap "IKHLAS" mana mungkin orang
yang ikhlas dapat digoda iblis.
Orang ikhlas itu adalah orang yang dirinya sudah mati,
binasa dan hilang. Bilama diri sudah mati, hilang ghaib didalam wajah Allah,
apa lagi yang boleh iblis goda !. Apabila kita sudah berada didalam wilayah
ikhlas ( alam mengenal diri ) tidak boleh lagi ada didalam diri kita sifat
sombong, takabur, angkuh atau bongkak, segala-galanya Allah.
Hidup kita ini hanya menumpang harta Allah, dengan itu
kembalikanlah harta itu kepada Allah. Kita ini tidak ubah seumpama lembaga /
patung, jika tidak didukungi, ditunjangi, dipayungi dan tidak didirikan oleh
nyawa / roh, siapalah kita?
Untuk melihat roh yang bersemanyam didalam badan kita, kita
hendaklah membinasa, melebur, melenyap dan mengembalikan terlebih dahulu sifat
diri yang zahir ini kepada Allah, barulah disitu akan kelihatan dan akan
terpandang tuan yang empunya badan iaitu Roh.
Bagi yang tidak nampak diri rohani yang tersembunyi
disebalik jasad, maka akan jadilah sebagaimana yang berlaku kepada iblis,
Iblis ketika disuruh sujud kepada Adam, Ia tidak nampak
bahawa berdirinya Adam itu, adalah diatas dasar berdirinya roh. Yang menguatkan
pembinaan jasad anggota Adam itu, adalah roh.
Diketika itu iblis tidak dapat membaca hikmah atau rahsia
Allah disebalik kejadian Adam. Itu sebabnya iblis ingkar.
Yang mentebabkan iblis itu dimurkai dan disingkirkan Allah
dari surganya, adalah diatas dasar sifat lupa iblis kepada roh Adam.
Bahawasanya yang mendiri dan yang menguatkan diri zahir Adam itu, sebenarnya
adalah roh, yang disebalik jasad Adam
Mati itu membawa maksud tidak ada,
siapa yang tidak ada ?
Selain dari Allah yang tidak ada.
Hidup itu membawa maksud kepada Ada.
Siapa yang ada?
Yang ada hanya Allah, Esa adanya.
..........................................................
Masaalah yang timbul ...
Dalam kehidupan sekarang ini.
Kita lihat, kita menyaksikan selain dari Allah Ada, Allah
tidak ada.
Mengaku selain dari Allah ada mendatangkan syirik, Tidak
mengaku Adanya Allah itu kafir.
Jalan selamat mengaku dan bersaksilah bahawa yang ada pada
diri kita dan selain dari Allah itu Allah, yang berkuasa itu Allah, yang
berkuasa pada diri kita dan selain dari Allah itu Allah,
yang berkehendak pada diri kita dan selain dari Allah itu
Allah,
Yang mengetahui pada diri kita dan selain dari Allah itu
Allah
Yang hidup pada diri kita dan selain dari Allah itu Allah
Yang melihat pada diri kita dan selain dari Allah itu Allah
Yang mendengar pada diri kita dan selain dari Allah itu
Allah
Yang berkata-kata pada diri kita dan selain dari Allah itu
Allah.
Mengaku yang Ada itu Allah menandakan Islam, mendatangkan
iman dan menghasilkan Ihsan.
Tidak mengaku adanya diri kita dan selain dari Allah
menjauhkan syirik. menghilangkan ujub, riak, dan takabur.
Kesombongan adalah selendang-Ku, keangkuhan adalah
sarung-Ku, oleh karena itu barang siapa yang mengambilnya dari-Ku, maka Aku
akan mencampakkannya ke neraka, Hadist Qudsi.
Yang lebih menimbulkan duka nestapa kita adalah, kalau kita
pakai selendang dan sarung Allah itu, kita TAKABBUR, maka Allah menjadi TIADA
dihadapan kita. Coba bayangkan, tidak ada Allah!. Akibatnya kita akan merasa
sangat bebas melakukan apa saja untuk memuaskan dahaga diri kita yang tak
pernah habis.
Mari sama-sama jadikan Nabi Muhammad saw sebagai contoh.
Ya…, Beliau selalu berbicara tentang Keagungan Allah.
Bingkai pembicaraan Beliau adalah segala sesuatu tentang Allah. Saat Beliau
berbicara tentang Allah, jelas sekali Beliau tidak saja berbicara. Allah yang
sedang Beliau bicarakan itu benar-benar ADA tepat dihadapan Beliau. Sehingga
Beliau berbicara dengan PASTi tentang Dzat Allah, tentang Af’al Allah, Tentang
Sifat-Sifat dan Nama-Nama Allah. Pasti sekali apa-apa yang Beliau bicarakan itu
dengan kenyataan Allah. Mata Beliau dengan pasti berbicara, seluruh sel-sel
saraf Beliau berbicara, perasaan Beliau berbicara, eksperasi Beliau berbicara.
Sehingga para sahabatpun semakin yakin bahwa Beliau adalah utusan Allah.
Beliau juga bercerita dengan sangat PASTI tentang kehidupan
dan kematian, tentang syurga dan neraka, tentang masa lalu dan masa yang akan
datang. Bahkan Beliau juga boleh bercerita tentang para sahabat yang sedang
shalat dibelakang Beliau, mana diantara mereka yang khusyu dan mana yang tidak
khusyu. Karena semua keadaan itu sudah ada dihadapan Beliau sehingga Beliau
hanya tinggal menyampaikan dan menghuraikan kedalam bahasa yang dipahami oleh
sahabat-sahabat Beliau.
Karena Ada Allah dihadapan Beliau, maka Beliaupun tidak
pernah merasa takut, khawatir, dan sedih lagi terhadap berbagai peristiwa dan keadaan,
apapun, yang datang dan pergi merupakan hidup dan kehidupan Beliau. Apa-apa,
Belau selau Berkata: ” jangan takut…, Ada Allah; jangan khawatir…, Ada Allah;
jangan sedih…, Ada Allah”.
39.Surah Az-Zumar (Verse 42)
اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ
تَمُتْ فِي مَنَامِهَاۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ
الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّىۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan
memisahkan satu-satu
jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa
matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia
menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain
(ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaan Allah
bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).
Dicatat oleh KunciLangit di 6:37 PTG
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
Sebenar-benar diri kita ialah roh diri kita sendiri اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
والله أعلم بالـصـواب
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
...........................................................................




No comments:
Post a Comment