BismillahHirahmanirRahim...
الحمد لله syukur kepada الله
Everything happening with الله permission :
#Sesungguhnya Aku berniat kerana الله:Tugasan geraktubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat الله.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada~Mu Ya الله..
Setiap Detik Hatiku menyebut Subhanallah سبحان الله
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله
Degupan Jantongku bertasbih
LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله
Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
10 February 2020
Biodata Lengkap 25 Nabi dan Rasul Pilihan Yang Patut Kita Tahu
Biodata Lengkap 25 Nabi dan Rasul Pilihan Yang Patut Kita Tahu
Biodata Lengkap 25 Nabi dan Rasul Pilihan Yang Patut Kita Tahu
Setiap umat Islam wajib percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Iman. Salah satu rukun tersebut adalah Percaya Kepada Nabi dan Rasul. Oleh itu, bagi memudahkan pembaca mengenali atau mengingati kembali 25 rasul pilihan, di sini kami catatkan senarai dan biodata lengkap 25 Nabi dan Rasul Pilihan.
Adalah tidak patut jika kita sebagai umat Islam jika tidak mampu mengingati nama-nama mereka. Zaman serba moden ini, amat mudah untuk kita mencari maklumat. Semuanya di hujung jari kita sahaja. Semoga artikel ini membantu anda sedikit sebanyak. Teruskan membaca.
Biodata Lengkap 25 Nabi dan Rasul Pilihan
1. ADAM AS.
Nama: Adam As. Usia: 930 tahun. Tempoh sejarah: 5872-4942 SM. Tempat diturunkan di bumi: India. Namun ada yang berpendapat baginda diturunkan di Jazirah Arab. Jumlah keturunannya: 40 laki-laki dan perempuan. Tempat wafat: India. Ada yang berpendapat di Mekah. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 25 kali.
2. IDRIS AS.
Nama: Idris/Akhnukh bin Yarid. Nama ibunya: Asyut. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. Usia: 345 tahun di bumi. Tempoh sejarah: 4533-4188 SM. Tempat diutuskan: Iraq Kuno (Babylon, Babilonia) dan Mesir (Memphis). Tempat wafat: Allah mengangkatnya ke langit dan ke syurga. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 2 kali.
3. NUH AS.
Gambar ilustrasi berlandaskan banjir besar yang berlaku
Nama: Nuh/Yasykur/Abdul Ghaffar bin Lamak. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. Usia: 950 tahun. Tempoh sejarah: 3993-3043 SM. Tempat diutuskan: Selatan Iraq. Jumlah keturunannya: 4 orang putera (Sam, Ham, Yafits dan Kan’an). Tempat wafat: Mekah. Sebutan kaumnya: Kaum Nuh. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 43 kali.
4. HUD AS.
Nama: Hud bin Abdullah. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Iram (Aram) ⇒ ‘Aush (‘Uks) ⇒ ‘Ad ⇒ al-Khulud ⇒ Rabah ⇒ Abdullah ⇒ Hud As. Usia: 130 tahun. Tempoh sejarah: 2450-2320 SM. Tempat diutuskan: Al-Ahqaf (antara Yaman dan Oman). Tempat wafat: Bahagian Timur Hadhramaut Yaman. Sebutan kaumnya: Kaum ‘Ad. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 7 kali.
5. SHALIH AS.
Nama: Shalih bin Ubaid. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Iram (Aram) ⇒ Amir ⇒ Tsamud ⇒ Hadzir ⇒ Ubaid ⇒ Masah ⇒ Asif ⇒ Ubaid ⇒ Shalih As. Usia: 70 tahun. Tempoh sejarah: 2150-2080 SM. Tempat diutuskan: Daerah al-Hijr (Mada’in Shalih, antara Madinah dan Syria). Tempat wafat: Mekah. Sebutan kaumnya: Kaum Tsamud. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 10 kali.
Umat Nabi Shalih ketika itu adalah Kaum Thamud. Mereka terkenal sebagai pengukit bukit bukau gunung ganang dan dijadikan tempat tinggal mereka.
6. IBRAHIM AS.
Nama: Ibrahim bin Tarakh. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. Usia: 175 tahun. Tempoh sejarah: 1997-1822 SM. Tempat diutuskan: Ur, daerah selatan Babylon (Iraq). Jumlah keturunannya: 13 orang anak (termasuk Nabi Ismail As. dan Nabi Ishaq As.). Tempat wafat: Al-Khalil (Hebron, Palestin/Israel). Sebutan kaumnya: Bangsa Kaldan. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 69 kali.
7. LUTH AS.
Nama: Luth bin Haran. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Haran ⇒ Luth As. Usia: 80 tahun. Tempoh sejarah: 1950-1870 SM. Tempat diutuskan: Sodom dan Amurah (Laut Mati atau Tasik Luth). Jumlah keturunannya: 2 orang puteri (Ratsiya dan Za’rita). Tempat wafat: Kampung Shafrah di Syam (Syria). Sebutan kaumnya: Kaum Luth. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 27 kali.
8. ISMAIL AS.
Nama: Ismail bin Ibrahim. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ismail As. Usia: 137 tahun. Tempoh sejarah: 1911-1774 SM. Tempat diutuskan: Mekah. Jumlah keturunannya: 12 orang anak. Tempat wafat: Mekah. Sebutan kaumnya: Amaliq dan Kabilah Yaman. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 12 kali.
Safa dan Marwah ada kaitan dengan sejarah Nabi Ismail AS. Foto: mirajnews.com
9. ISHAQ AS.
Nama: Ishaq bin Ibrahim. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. Usia: 180 tahun. Tempoh sejarah: 1897-1717 SM. Tempat diutuskan: Kota al-Khalil (Hebron) di daerah Kan’an (Kana’an). Jumlah keturunannya: 2 orang anak (termasuk Nabi Ya’qub As./Israel). Tempat wafat: Al-Khalil (Hebron). Sebutan kaumnya: Bangsa Kan’an. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 17 kali.
10. YA’QUB AS.
Nama: Ya’qub/Israel bin Ishaq. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya’qub As. Usia: 147 tahun. Tempoh sejarah: 1837-1690 SM. Tempat diutuskan: Syam (Syria). Jumlah keturunannya: 12 orang putera (Rubin, Simeon, Lewi, Yahuda, Dan, Naftali, Gad, Asyir, Isakhar, Zebulaon, Yusuf dan Benyamin) dan 2 orang puteri (Dina dan Yathirah). Tempat wafat: Al-Khalil (Hebron), Palestin. Sebutan kaumnya: Bangsa Kan’an. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 18 kali.
11. YUSUF AS.
Gambar sekadar hiasan berpandukan kisah Nabi Yusuf as. Photo: Kosoha
Nama: Yusuf bin Ya’qub. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya’qub As. ⇒ Yusuf As. Usia: 110 tahun. Tempoh sejarah: 1745-1635 SM. Tempat diutuskan: Mesir. Jumlah keturunannya: 2 orang putera dan seorang puteri. Tempat wafat: Nablus. Sebutan kaumnya: Heksos dan Bani Israel. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 58 kali.
12. AYYUB AS.
Nama: Ayyub bin Amush. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ al-‘Aish ⇒ Rum ⇒ Tawakh ⇒ Amush ⇒ Ayub As. Usia: 120 tahun. Tempoh sejarah: 1540-1420 SM. Tempat diutuskan: Dataran Hauran. Jumlah keturunannya: 26 orang anak. Tempat wafat: Dataran Hauran. Sebutan kaumnya: Bangsa Arami dan Amori di daerah Syria dan Jordan. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 4 kali.
13. SYU’AIB AS.
Nama: Syu’aib bin Mikail. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Madyan ⇒ Yasyjur ⇒ Mikail ⇒ Syu’aib As. Usia: 110 tahun. Tempoh sejarah: 1600-1490 SM. Tempat diutuskan: Madyan (pesisir Laut Merah di tenggara Gunung Sinai). Jumlah keturunannya: 2 orang puteri. Tempat wafat: Jordan. Sebutan kaumnya: Madyan dan Ash-habul Aikah. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 11 kali.
14. MUSA AS.
Gambar ilustrasi berdasarkan kisah Nabi Musa as dihanyutkan dan dijumpai di Sungai Nil
Nama: Musa bin Imran, nama Ibunya Yukabad atau Yuhanaz Bilzal. Isterinya: Shafura binti Syu’aib As. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matisyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya’qub As. ⇒ Lawi ⇒ Azar ⇒ Qahats ⇒ Imran ⇒ Musa As. Usia: 120 tahun. Tempoh sejarah: 1527-1407 SM. Tempat diutuskan: Sinai di Mesir. Jumlah keturunannya: 2 orang anak iaitu Azir dan Jarsyun. Tempat wafat: Gunung Nebo (Bukit Nabu’) di Jordan. Sebutan kaumnya: Bani Israel dan Fir’aun (gelaran untuk Raja Mesir). Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 136 kali.
15. HARUN AS.
Nama: Harun bin Imran. Isterinya: Ayariha. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya’qub As. ⇒ Lawi ⇒ Azar ⇒ Qahats ⇒ Imran ⇒ Harun As. Usia: 123 tahun. Tempoh sejarah: 1531-1408 SM. Tempat diutuskan: Sinai di Mesir. Tempat wafat: Gunung Nebo (Bukit Nabu’) di Jordan. Sebutan kaumnya: Bani Israel dan Fir’aun (gelaran untuk Raja Mesir). Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 20 kali.
16. DZULKIFLI AS.
Nama: Dzulkifli/Bisyr/Basyar bin Ayyub. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ al-‘Aish ⇒ Rum ⇒ Tawakh ⇒ Amush ⇒ Ayyub As. ⇒ Dzulkifli As. Usia: 75 tahun. Tempoh sejarah: 1500-1425 SM. Tempat diutuskan: Damaskus dan sekitarnya. Tempat wafat: Damaskus. Sebutan kaumnya: Bangsa Arami dan Amori (Kaum Rom), Syria dan Jordan. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 2 kali.
17. DAUD AS.
Gambar ilustrasi berlandaskan kisah Nabi Daud as mengalahkan Jalut yang lebih besar daripadanya.
Nama: Daud bin Isya. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒ Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu’az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud As. Usia: 100 tahun. Tempoh sejarah: 1063-963 SM. Tempat diutuskan: Palestin dan Israel. Jumlah keturunannya: Seorang putera iaitu Sulaiman As. Tempat wafat: Baitulmaqdis (Jerusalem). Sebutan kaumnya: Bani Israel. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 18 kali.
18. SULAIMAN AS.
Nama: Sulaiman bin Daud. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matisyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒ Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu’az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud As. ⇒ Sulaiman As. Usia: 66 tahun. Tempoh sejarah: 989-923 SM. Tempat diutuskan: Palestin dan Israel. Jumlah keturunannya: Seorang anak iaitu Rahab’an. Tempat wafat: Baitulmaqdis (Jerusalem). Sebutan kaumnya: Bani Israel. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 21 kali.
19. ILYAS AS.
Nama: Ilyas bin Yasin. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya’qub As. ⇒ Lawi ⇒ Azar ⇒ Qahats ⇒ Imran ⇒ Harun As. ⇒ Alzar ⇒ Fanhash ⇒ Yasin ⇒ Ilyas As. Usia: 60 tahun di bumi. Tempoh sejarah: 910-950 SM. Tempat diutuskan: Ba’labak (Lebanon). Tempat wafat: Diangkat oleh Allah ke langit. Sebutan kaumnya: Bangsa Fenisia. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 4 kali.
Gambar Sekadar Hiasan berpandukan kisah Nabi Ilyas dan Ilyasa. Photo: Wattpad
20. ILYASA’ AS.
Nama: Ilyasa’ bin Akhthub. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya’qub As. ⇒ Yusuf As. ⇒ Ifrayim ⇒ Syutlim ⇒ Akhthub ⇒ Ilyasa’ As. Usia: 90 tahun. Tempoh sejarah: 885-795 SM. Tempat diutuskan: Jaubar, Damaskus. Tempat wafat: Palestin. Sebutan kaumnya: Bangsa Arami dan Bani Israel. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 2 kali.
21. YUNUS AS.
Nama: Yunus/Yunan/Dzan Nun bin Matta binti Abumatta (Matta adalah nama Ibunya). Catatan: Tidak ada dari para nabi yang dinasabkan ke Ibunya kecuali Yunus dan Isa As.). Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Ya’qub As. ⇒ Yusuf As. ⇒ Bunyamin ⇒ Abumatta ⇒ Matta ⇒ Yunus As. Usia: 70 tahun. Tempoh sejarah: 820-750 SM. Tempat diutuskan: Ninawa, Iraq. Tempat wafat: Ninawa, Iraq. Sebutan kaumnya: Bangsa Asyiria, di utara Iraq. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 5 kali.
Gambar ilustrasi berlandaskan kisah bagaimana bahtera yang ditumpangi oleh Nabi Yunus as dilanda badai sebelum baginda terjun ke laut.
22. ZAKARIYA AS.
Nama: Zakariya bin Dan. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒ Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu’az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud As. ⇒ Sulaiman As. ⇒ Rahab’am ⇒ Aynaman ⇒ Yahfayath ⇒ Syalum ⇒ Nahur ⇒ Bal’athah ⇒ Barkhiya ⇒ Shiddiqah ⇒ Muslim ⇒ Sulaiman ⇒ Daud ⇒ Hasyban ⇒ Shaduq ⇒ Muslim ⇒ Dan ⇒ Zakariya As. Usia: 122 tahun. Tempoh sejarah: 91 SM-31 M. Tempat diutuskan: Palestin. Jumlah keturunannya: Seorang anak. Tempat wafat: Halab (Aleppo), Syria Sebutan kaumnya: Bani Israel. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 12 kali.
23. YAHYA AS.
Nama: Yahya bin Zakariya. Keturunan: Adam As. ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qinan ⇒ Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As. ⇒ Matusyalih ⇒ Lamak ⇒ Nuh As. ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyad ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra’u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Tarakh ⇒ Ibrahim As. ⇒ Ishaq As. ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒ Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu’az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud As. ⇒ Sulaiman As. ⇒ Rahab’am ⇒ Aynaman ⇒ Yahfayath ⇒ Syalum ⇒ Nahur ⇒ Bal’athah ⇒ Barkhiya ⇒ Shiddiqah ⇒ Muslim ⇒ Sulaiman ⇒ Daud ⇒ Hasyban ⇒ Shaduq ⇒ Muslim ⇒ Dan ⇒ Zakariya As. ⇒ Yahya As. Usia: 32 tahun. Tempoh sejarah: 1 SM-31 M. Tempat diutus: Palestin. Tempat wafat: Damaskus. Sebutan kaumnya: Bani Israel. Sebutan nama baginda di dalam Al-Quran: 5 kali.
Semoga dengan senarai dan biodata 25 Rasul Pilihan di atas mengingatkan kembali Rukum Islam yang kita pelajari dahulu. Disebabkan ianya adalah Rukun Islam maka adalah tidak wajar untuk kita melupakannya.
(Disarikan dari: Qashash al-Anbiya’ Ibn Katsir, Badai’ az-Zuhur Imam as- Suyuthi dan selainnya).
Kisah 25 Nabi dan Rasul lengkap berserta mukjizatnya
Nabi dan Rasul adalah manusia pilihan.
Nabi adalah sebutan untuk laki-laki yang menerima wahyu Allah. Sedangkan Rasul adalah Nabi yang tak hanya menerima wahyu, namun juga wajib menyampaikan pada umatnya.
Jumlah seluruh nabi yang sesungguhnya memang tak terhitung. Namun dalam Islam, kita wajib mengimani 25 Nabi dan Rasul.
Sebagai manusia yang terpilih, para Nabi dan Rasul memiliki sifat-sifat yang mulia. Mereka senantiasa menjalankan perintah dan ajaran Allah. Sebagai menusia terpilih, Nabi dan Rasul diutus untuk membenahi kaum yang menyimpang.
Kehadiran sekaligus misi Nabi dan Rasul adalah menyadarkan kaumnya untuk hanya menyembah kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa.
Kisah para Nabi dan Rasul dalam berdakwah pun telah banyak dijelaskan dalam Alquran maupun hadits. Untuk membuktikan kenabiannya, Allah juga memberikan mukjizat pada Nabi dan Rasul-Nya.
Sejak dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad, kisah nabi ini bisa menjadi pelajaran berharga bagi manusia.
Berikut kisah 25 Nabi dan Rasul lengkap beserta mukjizatnya seperti yang dihimpun brilio.net dari berbagai sumber, Senin (20/4).
Nabi Adam merupakan nabi pertama sekaligus manusia pertama yang Allah ciptakan. Sebelumnya Nabi Adam tinggal di surga dengan pasangannya Hawa.
Namun atas bujukan iblis, Adam dan Hawa memakan buah khuldi yang telah dilarang oleh Allah. Meski telah bertaubat, Allah tetap memerintahkan mereka turun ke bumi.
Beberapa mukjizat Nabi Adam adalah:
- Menjadi khalifah pertama di bumi.
- Diajarkan oleh Allah segala hal tentang nama benda dan makhluk di bumi.
- Memiliki umur yang panjang dan bisa memberikan 40 tahun untuk Nabi Daud.
- Memiliki tinggi 60 hasta.
- Dikaruniai keturunan kembar berpasang-pasangan.
2. Nabi Idris.
Nabi Idris adalah keturunan ke-6 Nabi Adam yang terkenal dengan kecerdasannya. Selama berdakwah, Nabi Idris memberikan pesan kepada kaumnya, antara lain nasihat untuk menjadikan sholat jenazah sebagai penghormatan, menasehati untuk selalu bersyukur atas nikmat Allah, menghindari hasad dan dengki, melarang menumpuk harta yang tak bermanfaat, dan mematuhi perintah Allah dengan ikhlas, baik dalam sholat, berpuasa, dan amalan lainnya.
Nabi Idris memiliki mukjizat sebagai berikut:
- Memiliki kecerdasan mengamati fenomena alam dan mengartikan wahyu Allah.
- Manusia pertama yang bisa membaca dan menulis.
- Manusia pertama yang bisa menjahit pakaian, Nabi Idris bisa menggunakan pakaian yang terindah sementara saat itu orang-orang masih menggunakan kulit binatang.
- Nabi Idris pernah merasakan sakaratul maut dan dihidupkan kembali atas izin Allah.
- Pernah melihat surga dan neraka.
3. Nabi Nuh.
Nabi Nuh adalah salah satu Nabi yang masuk dalam golongan Ulul Azmi, artinya memiliki cobaan yang berat namun mampu menghadapinya dengan kesabaran yang luar biasa. Semasa dakwahnya, Nabi Nuh menerima banyak tantangan dan penolakan.
Bahkan anak dan istrinya pun turut membenci Nabi Nuh dan menganggapnya gila. Ketika kaumnya tetap bertindak dzalim, Allah pun membinasakan mereka dalam banjir besar.
Namun Nabi Nuh juga mendapatkan mukjizat yakni mampu membuat bahtera/perahu dengan ukuran panjang 300 hasta dan 50 hasta. Setiap makhluk baik manusia maupun binatang yang ada diperahu tersebut selamat dari banjir.
4. Nabi Hud.
Nabi Hud diutus Allah bagi kaum 'Ad, kaum yang ahli membuat menara namun senang melakukan kemaksiatan dan menghamburkan harta dengan sia-sia. Saat berdakwah, Nabi Hud justru menerima banyak rasa iri dan dengki dari kaum 'Ad.
Mereka terus mengingkari dakwahnya hingga pada akhirnya Nabi Hud berdoa dan memohon pada Allah. Allah kemudian menurunkan badai dengan awan yang penuh petir yang membinasakan kaum 'Ad yang dzalim. Sementara itu, Nabi Hud dan pengikutnya selamat dan berhijrah ke Kota Hadramaut.
Mukjizat Nabi Hud antara lain:
- Mampu menurunkan hujan atas izin Allah, kala itu kaum 'Ad dilanda kekeringan hingga tanaman mati dan tak ada sumber air.
- Selamat dari badai petir yang dahsyat.
5. Nabi Shaleh.
Sekitar kurun waktu 200 tahun, Allah pun mengutus Nabi Sholeh ke kaum Tsamud yang masih merupakan keturunan dari kaum 'Ad. Salah satu mukjizat Nabi Shaleh adalah memunculkan unta betina yang hamil 10 bulan dari batu besar yang terbelah.
Kejadian itu pun membuat sebagian kaum Tsamud menerima dakwah Nabi Shaleh dan menjadi pengikutnya. Namun sebagian lagi masih ingkar, bahkan membunuh unta yang menjadi mukjizat tersebut. Setelah berhasil membunuh unta, Allah pun membinasakan mereka dengan hantaman petir di malam hari.
Nabi Ibrahim merupakan salah satu Nabi yang kisahnya banyak diceritakan dalam Alquran. Mulai dari bagaimana Nabi Ibrahim menemukan Tuhan, melawan kedzaliman Raja Namrud, hingga kisahnya dengan kedua anaknya yakni Ismail dan Ishaq.
Nabi Ibrahim juga memiliki mukjizat antara lain:
- Tetap hidup meski dibakar dengan api.
Ini terjadi setelah Nabi Ibrahim menghancurkan berhala dan tak ingin mengakui Raja Namrud sebagai Tuhan. Meski dihukum dengan dibakar hidup-hidup, namun Allah membuat api tersebut dingin dan menyelamatkan Nabi Ibrahim.
- Menyaksikan burung dihidupkan kembali.
Ibrahim pernah meminta pada Allah untuk menyaksikan bagaimana cara Allah menghidupkan kembali makhluk yang sudah mati. Maka saat itu pula Nabi melihat burung yang sudah mati bisa hidup kembali.
- Mengubah pasir menjadi makanan.
Menurut kitab "Qashash al Anbiyaa", Nabi Ibrahim pernah mengambil gudukan pasir yang kemudian berubah menjadi bahan makanan saat beliau sampai di rumah.
- Memiliki anak saat usia 99 tahun.
Nabi Ibrahim sudah lama menantikan hadirnya anak. Di usianya yang tak lagi muda, Allah menjawab segala doanya dengan kelahiran Ismail dan Ishaq. Kedua putranya juga menjadi Nabi dan menurunkan keturunan yang juga menjadi Nabi. Karena itulah, Nabi Ibrahim dijuluki sebagai Abul Anbiyaa yang berarti Bapak Para Nabi.
7. Nabi Luth.
Nabi Luth merupakan keponakan dari Nabi Ibrahim. Dia diutus Allah untuk berdakwah kepada kaum Sodom, kaum yang rusak dan terkenal dengan perilaku seks sesama jenis.
Dakwah Nabi Luth pun ditentang oleh mereka. Sesaat setelah mereka mengusir Nabi Luth, Allah membinasakan mereka dengan bencana gempa bumi dan angin kencang.
8. Nabi Ismail.
Nabi Ismail merupakan anak Nabi Ibrahim dan istrinya Hajar. Salah satu mukjizat Nabi Ismail pun masih bisa kita lihat hingga sekarang, yakni air zamzam.
Nabi Ismail juga sempat menerima perintah Allah untuk disembelih oleh ayahnya sendiri. Namun ketika Nabi Ibrahim menghunuskan benda tajam untuk menyembelihnya, Allah menggantikan Nabi Ismail dengan kambing.
Peristiwa itulah yang pada akhirnya menjadi awal mula qurban pada Hari Raya Idul Adha. Dari keturunan Nabi Ismail kelak Nabi Muhammad lahir sebagai Nabi terakhir.
9. Nabi Ishaq.
Nabi Ishaq merupakan anak dari Nabi Ibrahim dengan Sarah. Dia lahir 14 tahun setelah Nabi Ismail. Dia juga selalu mengikuti ayahnya dalam berdakwah.
Dalam Alquran disebutkan bahwa Nabi Ishaq adalah hamba yang memiliki ilmu, akhlak, dan perbuatan yang baik. Dari keurunannya lahir Nabi-Nabi yang berasal dari Bani Israil.
10. Nabi Yaqub.
Nabi Yakub merupakan anak Nabi Ishaq. Dalam beberapa riwayat, Nabi Yaqub digambarkan sebagai sosok yang memiliki karakter yang kuat dan keimanan yang luar biasa.
Bahkan sebelum Nabi Yaqub wafat dan terbaring lemah pun, dia berwasiat kepada para putra untuk tetap menjalankan perintah Allah.
Nabi Yusuf merupakan anak Nabi Yaqub. Dia pernah mendapat mimpi di mana bulan, matahari, dan bintang bersujud padanya. Sejak itulah, Nabi Yakub mengetahui bahwa putranya akan menjadi orang besar.
Nabi Yusuf juga memiliki mukjizat antara lain:
- Memiliki paras yang tampan. Bahkan dalam kisahnya, para wanita pernah mengiris jarinya sendiri saat terpesona dengan ketampanan Nabi Yusuf.
- Mampu menafsirkan mimpi. Nabi Yusuf perah menafsirkan mimpi Raja dan akhirnya diangkat sebagai pejabat di Mesir.
Nabi Ayub adalah seorang Nabi yang memiliki banyak harta, keturunan, dan berakhlak mulia. Meski begitu, Nabi Ayub tak pernah sombong dan terus berbuat baik.
Allah pun menguji Nabi Ayub dengan cobaan yang berat. Dia harus kehilangan hartanya, anak-anaknya, dan menderita penyakit kulit. Namun dalam kondisi tersebut Nabi Ayub tetap bersabar dan berserah diri pada Allah.
Beberapa mukjizat Nabi Ayub antara lain:
- Memiliki kesabaran yang luar biasa.
- Mampu mengeluarkan air dari tanah yang bisa menyembuhkan penyakitnya.
13. Nabi Syuaib.
Nabi Syuaib diutus Allah pada kaum Madyan, kaum yang suka menipu dan membangkang. Karena tetap ingkar dan tak mengikuti Nabi Syuaib, maka Allah memberikan ujian berupa badai panas, mendatangkan awan hitam, hingga gempa bumi yang membinasakan.
Nabi Musa merupakan Nabi yang memerangi Raja Firaun yang tamak. Dia mempimpin Bani Israil agar menyembah Allah. Atas izin Allah, Nabi Musa juga memiliki mukjizat antara lain:
- Mampu menghidupkan orang mati.
Nabi Musa pernah memohon pada Allah untuk menghidupkan orang yang telah meninggal untuk mengungkap kasus pembunuhan.
- Memiliki tongkat yang bisa berubah menjadi ular.
- Mampu membelah laut Merah.
Saat Firaun dan tentaranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya, Laut Merah pun terbelah memberi jalan. Namun ketika Firaun dan tentaranya mengikuti jalan tersebut, laut kembali seperti semula dan menenggelamkan mereka.
- Dianugerahi Kitab Taurat yang berisi tentang 10 firman Allah bagi Bani Israil.
15. Nabi Harun.
Kisah Nabi Harun sering dikaitkan dengan kisah Nabi Musa. Nabi Harun merupakan seorang Nabi yang dikaruniai kemampuan bahasa yang sangat baik.
Nabi Harun juga berjuang untuk memberantas berhala yang dipimpin oleh Samiri, tukang sihir dari kerajaan milik Firaun.
Nabi Dzulkifli merupakan Nabi yang tinggal Irak. Tak banyak kisah yang menceritakan Nabi Dzulkifli, namun dia dikenal tetap tegar mengajarkan untuk menyembah Allah meski sempat mendapat siksaan, dirantai, hingga dipenjara.
17. Nabi Daud.
Nabi Daud merupakan keuturunan Nabi Ibrahim ke-12. Nabi Daud menjadi raja setelah terbunuhnya raja Thalut.
Beberapa di antara mukjizat Nabi Daud adalah:
- Dianugerahi kitab Zabur.
- Memiliki suara yang merdu.
Saat Nabi Daud membaca kitab Zabur, suaranya mampu membuat orang sakit menjadi sembuh, membuat air dan angin menjadi tenang, hingga bukit-bukit turut memuji Allah.
Nabi Sulaiman adalah salah satu Nabi yang terkenal sebagai raja yang kaya dan memiliki kekuasaan yang besar.
Atas izin Allah, Nabi Sulaiman juga memiliki mukjizat antara lain:
- Memiliki kekayaan yang berlimpah. Bahkan dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa istana Nabi Sulaiman sangat luas dan bertabur batu mulia.
- Dapat berbicara dengan binatang.
- Mampu menundukkan angin.
- Memiliki bala tentara dari kalangan manusia, jin, dan hewan.
- Mengalirkan tembaga dari perut bumi.
19. Nabi Ilyas.
Masih di kalangan bani Israel, Nabi Ilyas menghadapi kaum yang gemar menyembah berhala bernama Ba'al. Meski telah menerima dakwah dari Nabi Ilyas, namun mereka tetap ingkar hingga Allah pun menurunkan azab berupa kekeringan yang panjang.
Nabi Ilyasa adalah anak angkat dari Nabi Ilyas. Nabi Ilyasa diberikan tugas untuk melanjutkan dakwah dari sang ayah untuk Bani Israil. Salah satu mukjizat Nabi Ilyasa adalah menghidupkan orang mati atas izin Allah.
21. Nabi Yunus.
Nabi Yunus adalah Nabi yang diutus untuk menyadarkan kaum Assyira penyembah berhala di kota Niniwe. Ketika menaiki kapal bersama pengikutnya, awan hitam dan badai besar terjadi. Para penumpang kapal pun mengorbankan Nabi Yunus dan menenggelamkannya ke laut.
Meski sempat ditelan paus, Allah tetap menyelamatkan Nabi Yunus. Hal inilah yang menjadi salah satu mukjizat Nabi Yunus.
Nabi Dzakaria merupakan keturunan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Tak banyak kisah mengenai Nabi Dzakaria, namun menurut beberapa riwayat, Nabi Dzakaria juga memiliki sikap yang rendah hari dan selalu bersyukur kepada Allah. Seperti Nabi Ibrahim, Nabi Dzakaria juga mendapat keturunan saat usianya yang tak lagi muda.
23. Nabi Yahya.
Nabi Yahya adalah putra dari Nabi Dzakaria, dia disebut sebagai salah satu orang yang benar terhormat dan suci. Allah menganugerahi Nabi Yahya dengan kemampuan untuk mengetahui syariat.
Nabi Yahya merupakan seorang yang sangat rajin dan gemar membaca. Sejak kecil, Nabi Yahya sudah bisa memutuskan perkara dan mencari jalan keluar untuk segala persoalan.
24. Nabi Isa.
Nabi Isa adalah Nabi yang tak memiliki ayah dan lahir dari seorang wanita suci bernama Maryam. Beberapa mukjizat Nabi Isa antara lain:
- Bisa berbicara saat bayi.
Karena lahir tanpa ayah, Maryam dituduh telah melakukan zina. Namun atas izin Allah, Nabi Isa yang masih bayi pun mampu melindungi ibunya dengan berbicara bahwa beliau adalah hamba Allah yang akan menjadi Nabi dan dianugerahi kitab Injil.
- Menghidupkan burung dari tanah liat.
- Menghidupkan orang yang sudah mati.
- Menyembuhkan orang buta dan penyakit sopak.
- Menurunkan hidangan dari langit.
- Dianugerahi kitab Injil.
25. Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad merupakan Nabi terakhir sekaligus penutup. Tak ada lagi Nabi lain setelah Nabi Muhammad wafat. Ketika kelahiran Nabi Muhammad, banyak peristiwa besar terjadi seperti runtuhnya berhala dekat Kabah dan padamnya Api yang disembah oleh kaum Majusi.
Nabi Muhammad SAW memiliki mukzijat antara lain:
- Mukjizat terbesar adalah Alquran sebagai kitab suci umat Islam.
- Mampu membelah bulan.
- Mengalirkan air dari jemari tangannya.
- Mampu menurunkan hujan.
- Di atasnya selalu dinaungi awan.
- Melakukan perjalanan ke Sidratul Muntaha saat Isra Miraj, dan masih banyak lagi.
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
No comments:
Post a Comment