اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
AL-QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA
AL-QURAN PEMBINA AKHLAK
MULIA
Aqidah
Mencorakkan Akhlak - Nilai-Nilai Mutlak Dan Relatif - Model Akhlak Al-Quran –
Akhlak Terhadap Sesama Islam - Al-Quran Sumber Akhlak Mulia.
KATA-KATA
ALUAN
Segala
puji-pujian untuk Allah S.W.T. yang menguruskan segala perkara dengan
tadbiran-Nya serta menghiaskan manusia dengan ilmu-Nya supaya dengan itu
berbezalah antara manusia dengan makhiuk lain yang diciptakan Allah di alam
ini.
Akhlak
merupakan satu pancaran daripada kemurnian aqidah yang dianuti oleh seseorang
insan. akhlak yang balk adalah gambaran daripada aqidah yang benar yang jauh
daripada unsur-unsur penyelewengan Akhlak yang buruk pula merupakan racun yang
membunuh manusia, yang merosakkan akal fikiran, keaipan yang terbuka serta
kehinaan yang jelas menjauhkan seseorang itu dari berhampiran dengan Allah,
Tuhan semesta alam.
Justeru
itu kedua-dua sifat akhlak ini memerlukan kita mengenainya, bermujahadah untuk
mendapatkan akhlak yang balk serta bermuhasabah pula untuk menghindarkan akhlak
yang buruk.
Saya
berdoa semoga buku kecil ini memberi manfaat kepada para pembaca dalam usaha
mengenal akan hati masing-masing, mengenal penyakit-penyakitnya dan terus pula
merawatnya demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Kepada
penulis buku ini saya juga berdoa kepada Allah S.W.T. agar diberkati usaha
beliau dan menerimanya sebagai amalan yang baik lagi mulia.
AL-QURAN PEMBINA
AKHLAK MULIA
AKHLAK
ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh
seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya.
Nilai-nilai dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya
terhadap hidup. Dengan perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar
daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya
Aqidah
yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh
kepaisuan, khurafat dan falsafah-falsafah serta ajaran yang paisu, akan
memancarkan nilai-nilai benar yang murni di dalam hati. Nilai-nilai ini akan
mempengaruhi pembentukan sistem akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika aqidah yang
dianuti dibina di atas kepalsuan dan gambarannya mengenai hidup bercelaru dan
dipengaruhi oleh berbagai-bagai fahaman paisu, ia akan memancarkan nilai-nilai
buruk di dalam diri dan mempengaruhi pembentukan akhlak yang buruk.
Akhlak
yang baik dan akhlak yang buruk, merupakan dua jenis tingkahlaku yang
berlawanan dan terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza. Kedua-duanya
memberi kesan secara langsung kepada kualiti individu dan masyarakat. lndividu
dan masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai-nilai dan akhlak yang
baik akan melahirkan individu dan masyarakat yang sejahtera. Begitulah
sebaliknya jika individu dan masyarakat yang dikuasai oleh nilai-nilai dan
tingkahlaku yang buruk, akan porak peranda dan kacau bilau. Masyarakat kacau
bilau, tidak mungkin dapat membantu tamadun yang murni dan luhur.
Sejarah
membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaan bermula
daripada pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur
kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan
tamadunnya hancur disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk
daripadanya. Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam
kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya. Martabat
manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan nilai-nilai
murni tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud:
"Sesungguhnya
aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mutia. (Riwayat al-Baihaqi)
Para
sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina
keluhuran peribadi dan tamadun manusia. akhlak yang mulia menjadi penggerak
kepada kemajuan dan kesempurnaan hidup. Sebaliknya, akhlak yang buruk menjadi
pemusnah yang berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta
ketinggian hidup manusia di bumi ini.
Kepentingan
akhlak dalam kehidupan dinyatakan dengan jelas dalam. Al-Ouran menerusi
berbagai-bagai pendekatan yang meletakkan al-Ouran sebagai sumber pengetahuan
mengenai nilai dan akhlak yang paling terang dan jelas. Pendekatan al-Quran
dalam menerangkan akhlak yang mulia, bukan pendekatan teoritikal tetapi dalam
bentuk konseptual dan penghayatan. akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk
digambarkan dalam perwatakan manusia, dalam sejarah dan dalam realiti kehidupan
manusia semasa, al-Ouran diturunkan.
Al-Quran
menggambarkan bagaimana aqidah orang-orang beriman, kelakuan mereka yang mulia
dan gambaran kehidupan mereka yang penuh tertib, adil, luhur dan mulia.
Berbanding dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafiq yang jelek dan
merosakkan. Gambaran mengenai akhlak mulia dan akhlak keji begitu jelas dalam
perilaku manusia blepanjang sejarah. Al-Quran juga menggambarkan bagaimana
perjuangan para rasul untuk menegakkan nilai-niiai mulia dan murni di dalam
kehidupan dan bagaimana mereka ditentang oleh kefasikan, kekufuran dan
kemunafikan yang cuba menggagalkan tertegaknya dengan kukuh akhlak yang mulia
sebagai teras kehidupan yang luhur dan murni itu.
Aqidah
Mencorakkan Akhlak
Sebagaimana
yang disebutkan sebelum ini, nilai-nitai akhlak yang dipegang oleh seseorang
dan sesuatu kebudayaan itu adalah hasil daripada aqidah dan gambaran tentang
kehidupan itu. Pembentukan nilai-nilai akhlak itu bergantung kepada bagaimana
manusia memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang asasi dalam hidup.
Siapakah yang mencipta alam ini dan apakah tujuannya? Apakah tujuan manusia
ditempatkan di bumi dan apakah tujuan dan
matiamatnya
yang sebenar? Jawapan-jawapan kepada persoalan asas mengenai kehidupan ini akan
menentu dan mencorak nilai-nilai akhlak yang dimiliki oleh seseorang atau
sesuatu kebudayaan. Oleh kerana terdapat berbagai- bagai jawapan kepada
persoalan tersebut, maka terdapat berbagai sistem nilai di dalam masyarakat
manusia yang mencorakkan berbagai sikap dan tingkahlaku yang membentuk
berbagai-bagai kebudayaan.
Al-Quran
telah memaparkan berbagai golongan yang memberi jawapan berbeza kepada
persoalan-persoalan asasi kehidupan yang membentuk konsepsi dan aqidah mengenai
kehidupan ini. Terdapat aqidah orang-orang beriman, aqidah orang-orang kafir,
aqidah orang-orang fasik dan aqidah orang-or-ang munafiqin.
Aqidah
orang-orang beriman dinyatakan dalam al-Ouran seba^gai orang-orang yang beriman
kepada Allah S.W.T, kepada Rasul-Nya, kepada keagungan Allah yang mencipta dan
memiliki alam ini. Mereka yakin kepada hari akhirat, yakin bahawa kejadian
Allah tidak terbatas kepada alam lahir sahaja dan kejadian Allah itu tidak
terbatas dalam lingkungan yang dapat diketahui oleh manusia. Kerana itu mereka
percaya kepada kejadian Allah yang ghaib, seperti malaikat, gyurga, neraka dan
adanya makhluk-makhiuk Allah yang lain yang tidak diketahui oleh manusia dan
pengetahuan manusia tidak menjadi syarat bagi menentukan sesuatu kejadian Allah
harus ada atau tidak ada. Allah S.W.T bebas mengikut kehendak-Nya, untuk
mencipta atau tidak mencipta sesuatu yang ada di dalam ilmu-Nya.
Aqidah
ini menyebabkan orang-orang beriman sentiasa bergantung harap kepada Allah
S.W.T dan tidak bergantung harap kepada yang lain daripada-Nya. Tujuan hidup
manusia di dunia ini ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T. dan setiap
tindak tanduk dan kelakuan serta tindakannya adalah untuk mendapatkan keredhaan
Allah S.W.T. Keredhaan Allah dan beribadat kepada Allah S.W.T. menjadi tumpuan
dan pemusatan setiap aspek kegiatannya.
Pergantungan
semata-mata kepada Allah memberikan kepada seorang mu'min itu kebebasan dan
tidak terikat kepada mana-mana kuasa lain daripada Allah S.W.T. Daripada
perasaan inilah tercetusnya pengakuan seorang muslim bahawa "Tiada Tuhan
yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah S.W.T."
Manusia
beriman yang sebenarnya, tidak mungkin menyembah kepada yang lain daripada
Allah S.W.T., tidak mempeduangkan sesuatu yang dicipta oleh mana-mana kuasa
selain dadpada yang ditentukan di dalam agama Allah S.W.T. Allah S.W.T. bagi
mereka adalah Tuhan Yang Maha Sempuma, Maha berkuasa dan kepada Dialah tumpuan
segala ibadah dan segala yang baik sama ada niat dan amalan. Lihatiah bagaimana
pendirian yang bebas, tegas dan berani yang ditunjukkan oleh seorang mu'min
yang sejati Rab'i bin Amir ketika berhadapan dengan raja Rum, yang bermaksud:
'Allah
sesungguhnya mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang dikehendaki-Nya
daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah hanya kepada Allah, daripada
kesempitan dunia kepada keluasannya dan keluasan akhirat daripada kezaliman
agama-agama kepada keadilan Islam.'
Seorang
mu'min berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu berterbangan di udara.
Kebebasan seorang mu'min sentiasa mendapat panduan dan bimbangan. Justeru itu
ia tidak berkelana dan hidup tanpa tujuan. la sentiasa bergerak bebas dengan
memiliki peta yang menunjukkan haluan pergerakan dan perjalanannya. la sentiasa
bertindak mengikut petunjuk Allah dan berpandu kepadanya.
Seorang
mu'min berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa ia
adalah hamba kepada Allah S.W.T. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung
serta diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Wawasannya,
tidak semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga
di akhirat. Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik dahapda di dunia.
Kerana itu, ia sanggup mengorbankan kurniaan Allah di dunia, untuk mendapatkan
kurniaan Allah di akhirat.
Aqidah
dan pandangan hidup yang asas ini, memancarkan nilai-nilai yang murni dalam
jiwa orang-orang beriman. Nilai-nilai ikhias untuk Allah S.W.T. dan tidak
tunduk beribadah melainkan kepada Allah S.W.T adalah merupakan nilai yang agung
yang membentuk akhlak yang murni dan jiwa yang luhur dalam kehidupan
orang-orang beriman. ]a membentuk akhlak terhadap Allah S.W.T. dan akhlak
terhadap sesama manusia.
Hubungan
manusia dengan Allah S.W.T dan kelakuannya terhadap Allah S.W.T. ditentukan
mengikut nilai-nilai aqidah yang ditetapkan. Begitu juga akhlak terhadap
manusia dicorakkan oleh nilai-nilai aqidah seorang muslim, sepertimana yang
ditetapkan didalam al-Ouran yang merupakan ajaran dan wahyu daripada Allah
S.W.T Pergaulan manusia dengan manusia tidak boleh disamakan dengan perhubungan
manusia dengan Allah S.W.T.
Aqidah
dan pegangan seorang beriman berbeza dengan aqidah dan pegangan seorang kafir.
Justeru itu nilai-nilai dan akhlak juga berbeza. Al-Quranmemaparkan aqidah dan
pegangan orang-orang kafir dalam berbagai kategori, justeru terdapat berbagai
bentuk kekufuran yang beriaku di kalangan
umat manusia. Antara kekufuran yang beriaku disebabkan mereka menolak
ajaran yang benar yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T. dan mereka menafikan
kerasulan utusan itu. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Maka
berkata pembesar-pembesar yang kafir itu dari kalangan bangsanya, ini tidak
lain daripada manusia seperti kamu. ]a hendak menonjoikan diri supaya lebih
daripada kamu. Jika Allah hendak turunkan utusan, Dia akan turunkan malaika t
Kita tidak mendengar dati bapa -bapa kita yang terdahulu mengenai ini (utusan
Allah dari kalangan manusia). (al-Mu'minun: 24)
Kekufuran
juga beriaku kerana tidak percayakan hari akhirat. Kerana percaya bahawa tidak
ada kehidupan selepas mati, mereka hidup berfoya-foya di dunia ini tanpa
memikirkan seksaan di akhirat. Bagi mereka seperti yang dinyatakan oleh
al-Quran "kehidupan ini cuma di dunia". Manusia dilahirkan dan
kemudian mati, mereka tidak dibangkitkan kembali, seperti kata mereka yang
bermaksud:
"Kehidupan
kita tidak yang lain daripada kehidupan di dunia. Daripada tiada kita ada dan
hidup. Apabila mati kita tidak dibangkitkan lagi.
Maksudnya: "Dan berkata pembesar-pembesar dari
bangsanya yang kafir dan mendustakan kehidupan akhirat dan kamijadikan
berfoya-foya dalam kehidupan mereka di dunia, orang ini, hanyalah seorang
manusia seperti kamu. fa makan dari apa yang kamu makan dan minum dari apa yang
kamu minum '. (al-Mu'minun: 33)
Kekufuran
juga beriaku disebabkan sifat bongkak dan sombong serta ingkar kepada perintah
Allah dan angkuh terhadapnya. Allah berfirman mengenai kekufuran Iblis yang
bermaksud:
"Dan
ketika kami berkata kepada malaikat sujudiah kepada Adam. Mereka pun sujud,
kecuali lblis. la ingkar dan takabur dan ia daripada orang-orang kafir. (al-Baqarah: 34)
Aqidah
orang-orang kafir yang sombong terhadap Allah S.W.T, yang tidak percaya kepada
para rasul yang diutus oleh Allah dan ajaran-ajaran yang mereka bawa, yang
tidak percaya kepada hari akhirat dan tidak patuh kepada hukum-hukum Allah
dengan ingkar kepada hukum-hukum itu, membentuk nilai-nilai kelakuan dan cara
hidup yang menjurus ke arah kehidupan yang tidak berakhlak mulia dan luhur.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Dan
orang-orang yang kafir meni'mati kesenangan didunia serta mereka makan minum
sebagaimana binatang-binatang temak makan minum, sedang nerakalah menjadi
tempat tinggal mereka.' (Muhammad: 12)
Mereka
tidak mempunyai matiamat yang murni dan abadi dalam kehidupan mereka. Kehidupan
ini bagi mereka mencari makan, mencari harta dan berfoya-foya semata-mata untuk
di atas dunia ini. ltulah sahaja kehidupan mereka. Selain dadpada itu, tiada matiamat
yang jauh yang hendak dituju. Pandangan dan cara hidup mereka ini, sudah tentu
mempengaruhi pembentukan akhlak mereka yang pincang dan bercelaru.
Satu
lagi aqidah kekufuran yang berbahaya ialah munafiq yang "pepat di luar
rencung di dalam,' "telunjuk lurus kelingking berkait.' Bahaya kekufuran
ini sangat dahsyat kerana sikap pemusuhan dan dendam mereka terhadap
orang-orang yang beriman. Gambaran mengenai aqidah mereka penuh dengan gambaran
kepura-puraan. Mereka mengaku beriman, tetapi mereka sebenarnya tidak beriman.
Mereka berpura-pura percaya kepada Nabi s.a.w. yang diutus oleh Allah S.W.T.
tetapi dalam hati mereka benci dan memusuhi baginda. Mereka memandang rendah
kepada ajaran Nabi s.a.w. dan sering mempertikaikan ajaran itu. Allah S.W.T. berfirman
yang bermaksud:
"Dan
di kalangan manusia ada yang berkata kami beriman dengan Allah dan Hari akhirat
Pada hal mereka bukan datipada orang-orang beriman. (al-Baqarah : 8)
Aqidah
munafiqin, melahirkan sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan keji yang mewakiii
akhlak yang buruk. Untuk menyembunyikan kekufuran, mereka berdusta, memutar
belitkan kebenaran, memungkid janji dan mengkhianati amanah. Rasuluilah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
"Tiga
perkara yang sesiapa yang mempunyainya di dalam diri maka ia adalah munafiq.
Apabila bercakap ia dusta, apabila bedanji tidak dikotakan apabila diberi
amanah ia khianat. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nilai-Nilai
Mutlak Dan Relatif
Selain
daripada memaparkan konsep dan penghayatan akhlak secara konsepsi dan praktikal
dan membezakan antara akhlak orang- orang yang beriman dan orang-orang kafir
berasaskan kepada perbezaan aqidah mereka, al-Ouran menghuraikan pengertian
akhlak Islam yang didokong dan dihayati oleh orang-orang beriman. akhlak Islam
dijelaskan berdasarkan kepada model insan kamil yang terdapat dalam did
Rasuluilah s.a.w. yang telah merealisasikan pengertian akhlak al-Quran dalam
kehidupan yang realistik. Rasuluilah s.a.w. dikatakan sebagai al-Quran yang
berjalan. Aishah ra. berkata 'Adapun akhlakbaginda ialah al-Ouran' ' Kerana itu
nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam ialah nilai-nilai mutlak.
Nilai-nilai
asas ini, tidak bersifat relatif atau nisbi. Nilai-nilai asas yang membentuk
akhlak Islam, tidak berubah-ubah mengikut zaman dan tempat. la tidak hanya baik
pada masa yang lalu dan tidak baik untuk masa sekarang. Apa yang diperakukan
oleh al-Quran dan al-Sunnah sebagai baik, maka ia adalah baik untuk sepanjang
zaman dan tempat. Apa yang dianggap tidak balk, maka ia adalah tidak baik untuk
selama-lamanya. Apa yang baik adalah haial dan yang buruk dan tidak baik itu
adalah haram. Perkara haial dan yang haram diterangkan dengan jelas.
Nilai-nilai
yang baik dan buruk diprogramkan ke dalam hukum-hukum yang menentukan sama ada
sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan, yang mesti
dilakukan atau mesti dilakukan atau mesti ditinggalkan atau dijauhkan.
Hukum-hukum itu ialah wajib, sunat, haram dan makruh. Perkara-perkara yang
telah diprogramkan ke dalam hukum-hukum ini adalah mutlak sifatnya. Akan tetapi
perkara-perkara yang termasuk dalam perkara harus adalah relatif sifatnya.
Nilai-nilai
akhlak Islam, berbeza dengan nilai-nilai tamadun Barat yang semata-mata
bergantung kepada aka] dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak baik. Kerana
itu, kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif. Pada hari ini
ia difikirkan sebagai baik dan di masa yang lain ia ditolak sebagai baik.
Begitu juga yang dipandang buruk pada hari ini, tidak lagi dianggap demikian
pada masa yang lain. Homoseksual dan Lesbian, dahulu dianggap haram dan tidak
baik. Sebaliknya hari ini perbuatan itu dihalaikan dan dibenarkan sebagai legal
serta mendapat hak-hak dan periindungan perundangan. Kenisbian nilai-nilai
akhlak ini, menimbulkan huru hara nilai yang mengakibatkan kepincangan akhlak.
Rasuluilah
s.a.w., adalah contoh seorang hamba Allah yang bersyukur iaitu contoh berakhlak
mulia dan tinggi dalam hubungan dengan Allah S.W.T. lni berasaskan kepada
peribadahan yang dilakukannya dengan penuh ikhias mengikut sistem peribadahan
yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.1 berfirman yang bermaksud:
"Mereka
tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhias serta
mempunyai sistem agama-. (al-Bayyinah: 5)
Orang-orang
kafir musyrik yang beribadah kepada yang lain daripada Allah S.W.T. adalah
manusia yang tidak berakhlak dan beriaku biadab terhadap Allah S.W.T Abu Lahab,
Firaun, Namrud dan lain-lain adalah contoh manusia yang tidak berakhlak dan
biadab terhadap Allah S.W.T. Mereka takbur, bongkak dan sombong. Mereka
melakukan kemungkaran, kezaliman dan kerosakan di bumi akibat daripada
kesyirikan mereka terhadap Allah. Nilai-nilai syirik menjadikan mereka manusia
yang tidak bermoral dan makhiuk perosak yang meluas seperti di kalangan generasi
baru masyarakat barat.
Model
Akhlak Al-Quran
Akhlak
Rasuluilah s.a.w. adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan dijelaskan
dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam al-Quran,
bukan sahaja untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada
penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasuluilah s.a.w
Rasuluilah
s.a.w. seorang mu'min yang terulung. Seorang yang telah diasuh dan dipelihara
akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk
dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang menjadi ikutan dan teladan
sepanjang zaman. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Dan
sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung". (al-Qalam: 4)
Juga
firman-Nya yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri
Rasuluilah itu contoh ikutan yang baik". (al-Ahzaab; 21)
Rasuluilah
s.a.w. dan para sahabat yang bedman dengannya, adalah para hamba Allah S.W.T.
yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu' merendah diri kepada Allah
S.W.T. takut dan mengharap kepada-Nya, bertawakal serta bersyukur kepada-Nya.
Wajah mereka berbekas kesan daripada sujud. Pada waktu siang mereka menjadi
pahlawan gagah membela agama Allah S.W.T. Sedangkan pada waktu malam air mata
mereka berlinang kerana insaf dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T.
Al-Quranmenggambarkan pengabdian mereka kepada Allah S.W.T. dengan firman-Nya
yang bermaksud:
"
Nabi Muhammad s.a.w. ialah RasulAilah dan mereka yang bersama dengannya tegas
terhadap orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan belas kasihan
sesama sendiri (umat Islam). Kamu melihat mereka ruku'dan sujud dengan
mengharapkan limpah kumia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan
keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang saleh)
terdapat pada muka mereka dari kesan sujud". (al-Fath: 29)
Rasulullah
s.a.w. paling banyak beribadah dan paling bertaqwa, tanpa
melupakantanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. tsteri baginda
Aishah hairan kerana baginda begitu tekun beribadah kepada Allah S.W.T. Pada
suatu ketika 'Aishah bertanya, mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah,
pada hal Allah S.W.T. sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan
terkemudian. Rasuluilah s.a.w. menjawab, yang bermaksud:
"Tidakkah
aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur." (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Bersyukur
adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan Allah S.W.T.
Bersyukur di atas ni'mat yang dikurniakan Allah S.W.T, kemuncak daripada tujuan
beribadah. Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur, mercu kejayaan
dalam usaha membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai Allah.
Kesyukuran itu, menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa mendapat
tambahan ni'mat-ni'mat Allah S.W.T. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Demi
sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahi ni'matku kepada
kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatiah
keras". (Ibrahim: 7)
Rasuluilah
s.a.w. adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah S.W.T. dan
kesyukurannya itu dilafazkan menerusi amalan ibadahnyakepadaallah S.W.T. lni
ditambahi pula dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan
menjadikan seluruh kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S.W.T.
semata-mata.
Beribadah
dalam pengertian bersolat, berzikir, berpuasa dan amalan-amalan kerohanian yang
lain dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam hubungan antara sesama
manusia, seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T menekankan
hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang dinyatakan-Nya
dalam al-Ouran yang bermaksud:
"Mereka
ditimpakan kehinaan di mana- sahaja mereka berada kecuali dengan adanya sebab
dari Allah dan adanya sebab dari manusia".
(a-li'lmraan: 112)
Justeru
itu al-Quran menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan sistem yang mengatur
hubungan dengan Allah S.W.T. menerusi ibadah dan taqwa serta sistem yang
mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini menjamin jalinan
hubungan yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari kehinaan
dan dapat meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan kehormatan.
Pada
suatu ketika Rasuluilah s.a.w. mendengar perbualan beberapa orang sahabat mengenai
ibadat mereka. Seorang berkata, ia bersembahyang sepanjang malam. Sahabat yang
lain pula berkata ia berpuasa sepanjang hari sementara seorang lagi berkata ia
tidak berkahwin untuk menumpukan kepada ibadat. Rasuluilah s.a.w. mendengar
perbualan mereka lantas berkata, "kamukah yang berkata demikian, demikian.
Akulah orang'yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Akan tetapi aku
sembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa malah aku
mengahwini wanita-wanita".
Tumpuan
kepada ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan Allah tidak seharusnya
mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang juga merupakan
ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta melaksanakan perintah dan
arahannya.
Akhlak
Terhadap Sesama Islam
Al-Qurran
dan al-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Ouran ke dalam realiti kehidupan,
menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama orang-orang
beriman, secara terperinci.
Hubungan
antara sesama orang beriman itu diasaskan kepada persaudaraan. Persaudaraan
yang sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dan diperkukuhkan. Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Sebenarnya
orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikaniah diantara dua
saudara kamu'. (al-Hujuraat.. 10)
Persaudaraan
itu diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain.
Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Perumpamaan
orang-orang yang beriman itu dari segi saling berkasih sayang dan berkasihan
belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit, membawa seluruh
jasad turut berjaga malam dan demam'. (RiwayatAhmad)
Perasaan
kasih-sayang terhadap sesama umat islam adalah komponen yang membentuk iman.
Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mestilah mengandungi perasaan kasih kepada
kedua-duanya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Tidak
beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihinya daripada
yang lain dari keduanya'. (RiwayatAhmad)
Dalam
hubungan ini, kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan kesempurnaan
iman. Lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu dalam
kehidupan dan pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasuluilah s.a.w. bersabda
yang bermaksud:
'Tidak
sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia
mencintai dirinya. (Riwayat Ahmad,
At-Tirmizi dan AI-Hakim)
Nilai
kasih sayang yang disemai dalam diri para mu'min sebagai menyambut arahan Allah
dalam al-Quran dan ajaran Rasuluilah dalam sunnahnya. la bertujuan untuk
membina dan membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalam
pergaulan antara sesama mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama Islam
hendaklah dalam keadaan wajah yang berseri-seri dan manis, yang dijelmakan
dalam senyuman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Melemparkan
senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah." (Riwayat At-Tirmizi)
lni
diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakan hubungan
dan pertemuan. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'...Sebarkantah
salam di kalangan kamu". (Riwayat
Muslim)
Seterusnya,
Rasulullah s.a.w. menggariskan peraturan-peraturan memberi salam secara
terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis.
Bagi
memupuk perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan, Allah S.W.T dan
Rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan
yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim di
kalangan orang-orang beriman. Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan
martabat dan ketinggian orang-orang beriman.
Allah
S.W.T. melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yang
dilakukan daiam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran
melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan periakuan zalim apabila
dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi dan
orang yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang
untuk menegakkan keadilan. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Allah
tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus
terang melainkan mereka yang dizalimi".
(al-Nisaa'.. 148)
Keburukan
yang dilakukan oleh seseorang mu'min hendaklah disembunyikan. Jika keburukan
itu berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan, ia hendaklah diadili di
mahkamah dan dihukum jika thabit kesalahan. Walau bagaimanapun berita mengenai
kesalahan dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan disebarkan untuk
dijadikan bahan perbualan orang ramai. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
"Sesiapa
yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya didunia dan
diakhirat". (Riwayat Muslim, Ahmad
dan Abu Daud)
Seterusnya
orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka menyebarkan berita tanpa
dipastikan kebenarannya, suka mencela dan mengkritik, suka melaknat dan
mengeluarkan kata-kata buruk dari mulutnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
"Memadai
seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa sahaja yang
didengarnya". (Riwayat Muslim)
Mengenai
budaya suka mengecam, mengerdik dan melaknat, Rasuluilah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
"Bukaniah
seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka
mengeluarkan kata buruk dan kesat".
(Riwayat Bukhari dan Ahmad)
Orang-orang
Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam. Sebaliknya mereka hendaklah
saling hormat menghormati. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Cukup
seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya (RiwayatAt-Tirmizi)
Kewajipan
orang Islam terhadap saudara muslimnya yang melakukan kesilapan dan kesalahan
ialah memberikan nasihat dan menghukum dengan hukum Allah S.W.T. setelah
dibicarakan dan dithabitkan kesalahannya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
'Agama
ituialahnasihat".Adayangberkata "untuksiapa ya Rasulullah. Sabdanya
"untukailah dan untuk Rasul-Nya untuk pemimpin orang-orang Islam dan orang
ramai di kalangan mereka'.
(Riwayat
Bukhari)
Al-Quran
Sumber Akhlak Mulia
Al-Quran
sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun tingkahlaku dan
akhlak manusia. Al-Quran menentukan sesuatu yang haial dan haram, apa yang
boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Al-Quranmenentukan
bagaimana sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga menentukan perkara yang
baik dan tidak baik. Justeru itu al-Quran menjadi sumber yang menentukan akhlak
dan nilai-nilai kehidupan ini.
Al-Quran
mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang manusia melakukannya.
Al-Quranmelarang manusia minum arak, memakan riba, bersikap angkuh dan sombong
terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum yang lain. Al-Quran melarang
pencerobohan, fitnah dan
berbunuhan.
Al-Quranmelarang menyebarkan maklumat mengenai perkara-perkara keji.
Al-Quran
mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T., bertaqwa kepada-Nya,
mempunyai sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak manusia berfikir,
cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak manusia
supaya berilmu dan berbudaya ilmu.
Al-Quranjuga
mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia, sabar, tekun, berjihad,
menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak manusia supaya
bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.
Jelaslah
bahawa al-Ouran menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia. Penampilan akhlak
mulia dalam al-Ouran, tidak bersifat teoritikal semata-mata, tetapi secara
praktikal berdasarkan realiti dalam sejarah manusia sepanjang zaman. Al-Quran
adalah sumber yang kaya dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia dan
menghayatinya.
AL-QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................

No comments:
Post a Comment