Asalamualaikum para muslimin dan muslimat, alhamdulillah kali ini saya terasa terpanggil untuk menulis sedikit makluman untuk tatapan semua umat Islam tidak kira di Malaysia mahupun seantero dunia. Kebetulan kebelakangan ini saya sedang membuat sedikit kajian dan penyelidikan tentang isu yang paling tragis menimpa umat Islam apabila Israel bertindak meruntuhkan tempat suci umat islam yang pertama iaitu Masjidil Al-Aqsa di Baitul Maqdis. Selain dari ia pernah menjadi kiblat sert bait pertama kita sebelum baitullah al-haram di Mekah ia juga menjadi satu lambang keagungan kita semua melaluai peristiwa isra dan mikraj apabila baginda Muhammad saw pernah ke sana menaiki Boraq sebelum naik ke langit untuk bertemu Allah swt. Di Masjidil Al-Aqsa juga baginda telah mengimami solat berjemaah bersama semua nabi dan rasul sebelumnya. Kemudian dikatakan dari Al-Aqsa baginda naik ke langit bersama malaikat Jibrail melalui tangga ghaib sehingga ke Sidratul Muntaha.
Persoalannya kenapakah bangsa Yahudi amat serius dalam mempertahankan tanah palestin ini sejak dari zaman nabi dulu sehinggalah ke zaman Salahuddin Al-Ayubi apabila beliau satu-satunya pejuang islam yang terakhir berjaya menawan kembali negara Palestin dari tangan musuh melalui perang salib seterusnya menyingkir puak-puak kristian dan yahudi dari bumi anbia. Kenapakan mereka satu-satunya bangsa yang suka merempat di negeri orang dan menghalaudan menindas pula umat islam palestin berkurun-kurun tanpa rasa bersalah. Di sini saya perlu ingatkan pada anda semua bahawa bangsa Yahudi bukanlah calang-calang kaum yang mudah untuk kita perlekehkan kerana sejarah telah membuktikan bahawa nenek moyong mereka juga bukan calang-calang manusia kerana ramai juga nabi dan rasul di kalangan bani Israel yang agung dan mahsur seperti Nabi Ibrahim as, Nabi Daud as, Nabi Yahya as, Nabi Sulaiman as, Nabi Musa as dan ramai lagi nabi-nabi yang pernah Allah swt lantik dikalangan mereka menjadi sebagai khalifah di bumi ini. Di masa kini kita melihat ramai juga cendiakawan yahudi yang terkenal dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman dan sebagainya.

Maaf kerana intro dan mukadimah saya agak terlalu meleret-leret ini kerana saya ingin membuka mata anda semua kenapa mereka tetap tinggal di tanah Palestin secara haram dan mengistiharkanya sebagai sebuag negara haram yang bernama Israel walaupun ia tiada pengitirafan negara-negara lain. Sebenarnya bangsa yahudi ini mempunyai perancangan dan strategi mega yang sulit untuk mengusai dunia. Agak pelik bagaimana sebuah bangsa yang tiada negara mampu merealisasikan impian itu kerena bilangan mereka yang kecil berbanding dengan umat islam. Bangsa Yahudi mempunyai agenda besar dalam menakluk dunia dalam masa terdekat apabila mereka mampu mengusai ekonomi dunia dan politik negara-negara berkuasa besar (veto) seperti Amerika, Britain, Rusia, India dan China. Bagaimanakah strategi mereka, di sebalik persoalan ini saya berpendapat bahawa bangsa yahudi beranggapan bahawa mereka bisa mengusai dunia sekiranya mereka dapat mengusai semula ilnu-ilmu yang tertanam dibawah runtuhan kuil mereka iaitu Haikal Sulaiman dimana kini dibina di atasnya Masjidil Al-Aqsa sejak zaman Abdul Malik bin Marwan iaitu selepas wafatnya nabi Muhammad saw. Di bawah tapak Masjidil Al-Aqsa juga dipercayai tersembunyi sebuah peti dari syurga yang pernah diberi kepada kaum nabi Sulaiman, Musa dan Harun. Peti tersebut juga dikenali sebagai Tabut Nabi Musa di mana sekiranya peti yang hilang sejak keruntuhan Haikal Sulaiman II dijumpai semula maka dengan kesaktian tabut tersebut bangsa yahudi bisa menawan dunia kembali sebagaimana runtuhnya kerajaan Firaun dengan kehadiran tabut anugerah Allah di zaman nabi Musa as. Di dalam blog saya sebelum ini terdapat beberapa artikel dan tesis yang menceritakan secara panjang lebar mengenai Tabut Nabi Musa dan rasanya tak perlu bagi saya mengupas secara terperinci tentang hal tersebut di sini. Masjidil Al-Aqsa akan dirobohkan oleh mereke semata-mata untuk membina semula Haikal Sulaiman III atau kuil Sulaiman. Sebenarnya di situ dipercayai tertanam begitu banyak kitab-kitab sihir kuno Mesir yang dikatakan mampu untuk menyeru Dewa atau Nabi yang terakhir mereka yang nanti-nantikan untuk menjadi Raja dan pemimpin mereka, tentu anda tahu siapa sudah pastilah Dajjal Al-Masih.
Agenda Yahudi terlalu halus sehinggakan mengikut kajian yang saya buat dan insyallah saya akan bentangkan sedikit masa lagi iaitu bangsa Yahudi inilah sebenarnya telah menyesatkan kaum nasrani atau Ahli Kitab sehingga mereka berpaling tadah pada Nabi Isa as sehingga tercetusnya fahaman agama Kristian. Dan mengikut kefahaman saya juga golongan syiah juga dikatakan mempuyai kaitan dalam agenda Yahudi dalam menyesatkan umat islam, ini kerana golongan syiah ini dipercayai pada satu masa nanti akan menjadi seteru kepada Islam apabila menjadi puak as-Sufyani iaitu penentang ahlul Sunnah kerana golongan syiah ini berpendapat Iman Mahdi akan muncul dari golongan Syiah bukan dari golongan ahlul Sunnah oleh kerana itu merek berpaling tadah dan memihak kepada bangsa Yahudi. Hebat bukan kalau diperhalusi agenda Yahudi untuk menghancurkan Islam tetapi selagi kita di dalam pimpinan al Quran dan As Sunnah insyallah Allah swt tetap melindungi kita semua umat islam dari fitnah Yahudi yang maha hebat ini.
Arkeologi dan ahli kaji sejarah tahu bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja. Ini perlu perhatian dunia Islam. Umat Islam yang berjuta-juta ramainya seperti buih dilautan berbanding yahudi laknatullah ini melarang keras kerja-kerja penggalian yang akan meruntuhkan Masjidil Aqsa.
Ilustrasi Haikal Sulaiman III
Rahsia di bawah Masjidil A-Aqsa
- Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme. Baginda memerintahkan segala pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab atau laman bahawa okultisme atau yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Ajaran ini dimana amalan iaitu berkaitan dengan jin dan setan.
- Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia harus tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang selari dengan manusia, tetapi tidak harus berkomunikasi dengan satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak ada perkara seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.
- Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak ada siapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.
- Dimana baginda menanamkan iaitu di bawah tapak kuil asas tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesasteria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga asas kuil Sulaiman siang dan malam.
- Kesatria melakukan ini pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman (AS) wafat, The Knights menemukan apa yang mereka menjaga. Mereka menyedari pentingnya maklumat ini, amalan sihir mereka berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan dan benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis (setan). Kerana sifat ritual mereka, mereka dengan cepat menjadi yang paling kuat dan orang-orang terkaya di negeri itu. Wawancara terbaru dengan ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan dan keuntungan material di dunia ini, asalkan mereka melakukan apa saja yang ingin mereka iaitu menyebarkan rasuah, kefasikan dan kehancuran di bumi di wawancara juga mengatakan bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ia adalah Allah yang nyata. Dan itu ia hanya salah faham.
- Selanjutnya selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar memberi nama “Free Mason”. Dengan kekuatan yang ditemui, baru mereka cepat menyebar pengetahuan ini di seluruh dunia, dalam bentuk perkumpulan rahsia. Semua dengan satu tujuan iaitu melayani Tuhan Setan, dan untuk mempersiapkan kedatangan Dajjal bermata satu, yang mewakili setan di bumi. simbol mereka adalah piramid atasnya oleh “semua melihat” SATU mata! Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai satu mata melihat semua yang mereka sebut Mata Ra, dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan.” Dajjal raja mereka, dan sesuai dengan keyakinan okultisme, mereka harus membangkitkan kuil asal baginya untuk mengambil takhtanya.Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Zion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ertinya Nabi Sulaiman AS tahu bagaimana kuasa jahat sihir ini, maka ia membina kuil pada candi zionist tersebut. Menyembah satu Allah SWT yang benar cukup kuat untuk mengelakkan setiap kejahatan yang terjadi di sana. Ini adalah kerana mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa. Satu-satunya tempat ia boleh masuk dan memerintah, adalah kuil disesuaikan dengan alam yang jahat.
Perkara ini menjelaskan mengapa Amerika begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan bersama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan menipu. . Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri mereka pro-Israel. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin akan diserang berkali-kali. Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim semua sebagai pengganas. Mereka ingin mengubah dunia melawan kita dalam kebencian, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang Arab! Muslim!. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh Dajjal dan Amerika adalah pengikut Dajjal.
Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal, adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang berlaku sebagaimana yang anda baca ini. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya. Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman itu adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa dan kehancuran Al-Aqsa adalah petanda kiamat hampir tiba.
Allahualam.
🕋🇲🇾💜🖤💗💙💟🌏🕌
Komen2🕋🇲🇾💜🖤💗💙💟🌏🕌
Asalamualaikum saudaraku, Saya telah menulis artikel ini berpandukan ilmu pengetahuan yg saya perolehi dari ilmuan-ilmuan islam yg muktabar, insyallah. Adalah menurut riwayat yang dirawikan oleh Bukhari dan Muslim daripada al- Bara’, bahwa Nabi s.a.w, mula datang ke Madinah, beliau menepat pada akhwalnya (keluarga dari pihak ibu) dari kaum Anshar. Di waktu mula datang itu beliau shalat menghadap ke Baitul Maqdis, lamanya l6 atau 17 bulan. Sedang beliau rindu sekali kiblatnya itu menghadap ke Baitullah (Ka’bah). Setelah permohonan beliau itu dikabulkan Tuhan, maka shalat yang mula dihadapkannya ke Ka’bah itu ialah shalat Ashar. Suatu kaum menjadi ma’mum di belakang beliau. Setelah selesai shalat, searang di antara ma’mum itu pergi ke luar mesjid. Maka bersumpahlah orang itu sambil berkata:
“Saya bersaksi di hadapan Allah, bahwa saya baru saja selesai shalat bersama Nabi s.a.w. menghadap ke Ka’bah”. Mendengar perkataan orang itu maka sekalian orang yang shalat itu memalingkan mukanya ke Ka`bah dengan tidak memutusi shalatnya.
“Saya bersaksi di hadapan Allah, bahwa saya baru saja selesai shalat bersama Nabi s.a.w. menghadap ke Ka’bah”. Mendengar perkataan orang itu maka sekalian orang yang shalat itu memalingkan mukanya ke Ka`bah dengan tidak memutusi shalatnya.
Sampai sekarang mesjid tempat orarng mengalih kiblat sedang shalat itu masih tetap dijadikan mesjid peringatan sejarah bernama mesjid Zul Kiblataini. Yang empunya dua kiblat. Inilah satu riwayat yang berkenaan dengan perputaran kiblat itu, disertai lagi oleh bebarapa Hadits yang lain. Menurut satu riwayat dari lbnu Abi Hatim , lbnu Jarir, Ibnu Mundzir dan al-Baihaqi, mereka mengatakan bahwa lbnu Abbas pernah berkata bahwa nasikh mansukh yang pertama terdapat dalam al-Quran, ialah urusan perpindahan kiblat itu , tetapi setengah ahli lagi berpendapat bahwa dalam urusan ini tidak terdapat nasikh-mansukh. Sebab bila Nabi Muhammad mulanya menghadap Kiblat! Baitul Maqdis, adalah menurut ijtihad beliau sendiri , sebeium ada ketentuan dari Tuhan. Sebab selama ini kedudukan Baitul Maqdis masih istimewa dan Ka’bah sendiri masih penuh dengan berhala.
Menurut riwayat lbnu Abi Syaibah dan Abu Daud dan al-Baihaqi pula dari lbnu Abbas, katanya ketika Rasulullah masih di Makkah sebelum pindah ke Madinah, kalau shalat, beliau menghadap kiblat ke Baitul Maqdis, tetapi Ka’bah di hadapan beliau. Dan setelah pindah ke Madinah, beliau langsung berkiblat ke Baitul Maqdis 16 bulan setelah itu Allah memalingkan kiblatnya ke Ka’bah. Untuk mengetahui duduk perkara, di sini kita salin beberapa riwayat berkenaan dengan soal kiblat itu.
Tentu kita telah mengerti dasar bermula di ayat 115 tadi. Jika ummat dipimpin menyatukan haluan kiblatnya, baik di Baitul Maqdis atau ke Masjidil Haram, bukanlah karena Tuhan Allah bertempat di kedua tempat itu. Atau mulanya Tuhan bertempat di Baitui Maqdis kemudian pindah ke Ka’bah.
Bukan! Kiblat-kiblat itu adalah tempat biasa. Alam biasa dan batu biasa di Baitul Maqdis memang ada Sakhrah, yaitu batu yang menurut riwayat banyak kejadian yang berhubung dengan diri Nabi-nabi pada batu itu. Tetapi diapun batu biasa. Ada orang yang membuat dongeng bahwa batu itu tergantung tidak bertali ke langit. Teranglah bahwa itu dongeng yang tidak-tidak yang hanya dapat dipercaya oleh orang bodoh-bodoh yang belum pernah melihatrrya ke sana. Batu itu tidak tergantung, melainkan terlekat di atas bumi, berlobang sedikit ke dalam, sebagai batu-batu gua di mana-mana di dunia ini.
Dan Ka’bah pun bukan batu akik atau yaqut yang didatangkan dari syurga Maka bukanlah karena batu-batu itu istimewa sangat, sehingga telah tergantung di antara alam dengan Tuhan, maka dianya yang dijadikan tempat buat kiblat , Ka`bah sendiri berkali-kali telah rusak. Di tahun 1957 pernah ada retak di Ka’bah, lalu dicari batu yang bagus-bagus dan ditambah dengan semen; bukan semen dari syurga, tetapi semen dari pabrik.
Enambelas atau tujuhbelas bulan lamanya berkiblat ke Baitul Maqdis Maka Rasulullah s.a.w: sangatlah rindu jika Tuhan Allah menurunkan perintah wahyu kembali menyuruh berkiblat ke Masjidil Haram yang di Makkah. Kerinduan beliau itu sudah dapat dimaklurni dari wahyu-wahyu yang telah turun terlebih dahulu mengatakan bahwa rumah yang di Makkah itu diperintahkan Tuhan kepada Ibrahim buat mendirikannya.
Maka oleh sebab Nabi Muhammad s.a.w. berkewajiban melanjutkan ajaran Ibrahim itu, yaitu menyerah diri kepada Allah, yang menjadi pokok asal dari sekalian agama, niscaya akan datanglah masanya, datang perintah menghidupkan kiblat yang asli itu kembali. Sebab dialah rumah tempat beribadat kepada Allah Yang Esa yang pertama sekali dibangunkan untuk manusia (lihat Surat ali lmran, Surat 3 ayat 96).
Apatah lagi di dalam Strategi perjuangan, kepindahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah ialah dengan tujuan memperkuat kaum Muslimin, untuk merebut Ka`bah itu kelak dari kaum musyrikin dan membersihkannya daripada berhala. Dengan segeranya kiblat dikembalikan ke sana, maka semangat buat merebut nya itu bertambah berkobar dalam dada seluruh ummat Tauhid yang telah mulai disusun di Madinah.
Apatah lagi di dalam Strategi perjuangan, kepindahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah ialah dengan tujuan memperkuat kaum Muslimin, untuk merebut Ka`bah itu kelak dari kaum musyrikin dan membersihkannya daripada berhala. Dengan segeranya kiblat dikembalikan ke sana, maka semangat buat merebut nya itu bertambah berkobar dalam dada seluruh ummat Tauhid yang telah mulai disusun di Madinah.
Tuhan Allah Yang Maha Mengetahui akan segala rahasia hati hambaNya dan telah mengetahui keinginan RasulNya itu memberi ingatlah kepada Nabi s.a.w. bahwa peralihan kiblat itu kelak akan membawa suatu keributan lagi di kalangan orang-orang yang bodoh-bodoh. Inilah ayatNya:
سَيَقُوْلُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ مَا وَلاَهُمْ عَنْ قِبْلَتِهِمُ الَّتِيْ كَانُوْا عَلَيْهَا
“Akan berkata yang bodoh-bodoh dari manusia itu; Apakah yang memalingkan mereka itu dari kiblat mereka yang telah ada mereka padanya?” (Al Baqarah ayat 142).
“Akan berkata yang bodoh-bodoh dari manusia itu; Apakah yang memalingkan mereka itu dari kiblat mereka yang telah ada mereka padanya?” (Al Baqarah ayat 142).
Tadi di atas telah kita salinkan beberapa Hadits yang menyatakan bahwa setelah Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah, kiblat yang beliau hadapi ialah Baitul Maqdis. Setelah 16 atau 17 bulan, lalu dipalingkan kiblat itu ke Ka’bah. Di dalam ayat ini telah diperingatkan kepada Rasulullah s.a.w. bahwa sebelum kiblat itu beralih , maka orang-orang yang bodoh di kalangan manusia itu akan menjadikannya percakapan yang ribut, mengapa dialihkan kiblatnya, padahal selama ini dia berkiblat ke Baitul Maqdis. Di dalam ayat ini disebut Sufahaau’ , sebagai kata jama` dari safih, yaitu orang-orang bodoh yang berfikiran dangkal , yang bercakap asal bercakap saja, tetapi tidak sanggup mempertanggung jawabkan apa yang diucapkannya. Harap penjelasan saya jelas, mohon rujuk atau bertanya dulu sebelum saudara membuat kesimpulan atau sesuatu pandangan. Alhamdulilah terima kasih atas komentar anda.
🕋🇲🇾💜💞💟💟🕌
KERUNTUHAN AL-AQSA PETANDA AWAL KIAMAT
Pendapat saya.
Al Aqsa bukan kiblat pertama orang islam.
Al Aqsa bukan kiblat pertama orang islam.
Kiblat umat islam sejak nabi Ibrahim ialah Baitullah di Mekah. Anak2 dan cucu-cucu nabi Ibrahim berkiblat ke Baitullah di Mekah. Namun setelah beribu tahun berlalu wujud satu jurang dimana tiada lagi nabi dan agama nabi ibrahim telah sampai ketangan pendeta yahudi dan Nasrani. Kitab2 taurat dan zabur telah ditukar. Kiblat ditukar!
Semua orang tertipu sebegitu lama sehinggalah kepada zaman nabi Muhammad saw. The true qiblat for muslims was then revealed – the Kiblat of Nabi Allah Ibrahim as.
Semua orang tertipu sebegitu lama sehinggalah kepada zaman nabi Muhammad saw. The true qiblat for muslims was then revealed – the Kiblat of Nabi Allah Ibrahim as.
Ada kemungkinan besar nabi saw juga merasa sesuatu tak betul mengadap ke Al Aqsa kerana datuk neneknya yang membawa agama ini membina baitullah yang sepatutnya menjadi kiblat yang sah.
al-Baqarah ayat 144, “Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit , maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.” (QS. Al Baqarah:144)
Hampir 1/3 kisah dalam Al Baqarah menceritakan apa yang telah terjadi sejak zaman nabi ibrahim, pembinaan kaabah sebagai kiblat, perjanjian nabi ibrahim dengan anak2 nya yang akan meneruskan agama yg ia bawa dan semua kisah- kisah ini memberi pengetahuan mengenai kebenaran sebelum revelation mengenai kiblat yang benar untuk umat Islam, agama nabi Ibrahim, di buat.
Malang sekali sampai sekarang umat islam masih percaya Al Aqsa kiblat pertama umat islam. Masih percaya kepada apa yang telah di korup oleh orang Yahudi dan Nasara. AL Quran menceritakan semua ini dengan detail tapi umat islam mahu lebih percaya cerita pendeta2.
Wallahu’alam
🕋🇲🇾🇲🇾💚💛🖤💝💞💟💙💙🕌

“Saya bersaksi di hadapan Allah, bahwa saya baru saja selesai shalat bersama Nabi s.a.w. menghadap ke Ka’bah”. Mendengar perkataan orang itu maka sekalian orang yang shalat itu memalingkan mukanya ke Ka`bah dengan tidak memutusi shalatnya.
Apatah lagi di dalam Strategi perjuangan, kepindahan Rasulullah s.a.w. ke Madinah ialah dengan tujuan memperkuat kaum Muslimin, untuk merebut Ka`bah itu kelak dari kaum musyrikin dan membersihkannya daripada berhala. Dengan segeranya kiblat dikembalikan ke sana, maka semangat buat merebut nya itu bertambah berkobar dalam dada seluruh ummat Tauhid yang telah mulai disusun di Madinah.
“Akan berkata yang bodoh-bodoh dari manusia itu; Apakah yang memalingkan mereka itu dari kiblat mereka yang telah ada mereka padanya?” (Al Baqarah ayat 142).
Semoga artikel ini bs membuka kesadaran mata hati umat islam sedunia dari tidur panjang kejumudan dan kejahilan kita
Sekiranya berita kehilangan Task Force Delta tu disebarkan, masa itulah pencarian kepada Imam Mahdi bermula. Pada ketika itu, Imam Mahdi telahpun di bai’ah di antara Rukun dan Makam. Pada ketika itulah kelahiran Imam Mahdi. Maka, merangkaklah kita mencari dia, yang telah dijanjikan ALLAH untuk menyelamatkan manusia.