اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
Maksud Kelopak Mata Bergerak-Gerak

Inilah Tanda, Punca Dan Maksud Kelopak Mata Bergerak-Gerak Yang Ramai Belum Tahu
Kongsikan di

Tahukah anda Eye twitching atau ‘Myokymia’ dan dalam bahasa melayunya
diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau juga dipanggil mata
bergerak-gerak atau mata ‘bergerenyet’.
Kerdipan mata berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata dengan
kerdipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata.
Namun, kes yang biasa ditemui adalah kerdipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.
Kenapa mata berkedip-kedip dan apa punca-punca terjadinya ‘eye twitching’:
1. Stress
Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh
adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan
ketegangan mata.
Oleh itu anda disarankan untuk mengurangkan punca stress atau tekanan bagi mengelak daripada berlakunya eye twitching.
2. Terlalu Penat
Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain
mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi
dapat menyelesaikan masalah tersebut.
3. Ketegangan Mata
Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang
sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang
baru.
Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan. Situasi ini akan menyebabkan eye twitching.
Anda disarankan membuat pemeriksaan mata untuk mendapatkan kuasa kacamata yang baru.
Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini.
Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang
lama anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna
komputer.
4. Kafein dan Alkohol
Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.
5. Kekeringan Mata
Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata
kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada
pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant) dan
pemakai kanta sentuh.
6. Alergi
Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair.
Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada
tisu dan airmata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.
Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching.
Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan mata kering
oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang
antihistamin.
Berikut merupakan antara mitos tentang mata berkedip:
Ada orang mengatakan mata berkedip ini ada kaitan dengan hati dan
perasaan kita, malah ada juga yang cuba ‘meramal masa depan’ dengan
mengatakan akan terjadi sesuatu yang tidak kita sangkakan, sama ada
perkara itu baik atau tidak baik.
Mitos:
Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – akan berjumpa dengan orang jauh atau akan mendapat berita baik.
Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira.
Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah mahu berjumpa dengan anda.
Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik/musibah).
Kesimpulan
Namun, anda diingatkan supaya tidak terlalu memikirkan kata-kata atau
ramalan orang dulu-dulu ini, nanti terpesong pula akidah kita dan boleh
membawa kepada syirik.
Apa yang penting, kita kena sentiasa berdoa memohon pada Allah SWT agar dijauhkan daripada segala bencana dan bahaya. Aminn….
Sumber : https://sayaphitam.com
Maksud Kelopak Mata Bergerak-Gerak
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................


No comments:
Post a Comment