اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
3X سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقَهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
Kerdipan Mataku berIstighfar Astaghfirullah (أسْتَغْفِرُاللهَ)
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ)
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)
Hela Turun Naik Nafasku berzikir Allāhu akbar (اللَّهُ أَكْبَرُ)
الْحَمْدُ لِلَّهِ syukur kepada وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ...اللهَ
HIDUP ANDA DIDUGA
HIDUP ANDA DIDUGA? BACALAH UNTUK KETAHUI KENAPA ALLAH BERBUAT DEMIKIAN
Kongsikan di
Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, insyaallah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif.
Ketika ini, terasa betapa kehidupan adalah sangat berat.
Kenaikan harga barang, bencana tanah runtuh,
persengkataan politik, dan memuncaknya jenayah telah menjadi warna
dominan didalam media cetak mahupun elektronik.
Tips untuk menghadapi ujian hidup dalam Islam
Saya ingin berkongsi dengan sahabat – sahabat semua tips
untuk menghadapi ujian hidup yang dianjurkan oleh agama Islam.
Sebenarnya, paling tidak, ada tujuh tips untuk menghadapi pelbagai
ujian hidup, iaitu :
- Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.
Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matangdalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari).
- Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian hidup itu secara baik.
Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya
besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya
apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya.
Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan
barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah”
(H.R.Tirmidzi)
.
- Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan.
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang
muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan,
gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya
itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan
Muslim).
- Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.
Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sungguh
menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik
dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila
mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan
apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik
baginya.”(H.R.Muslim).
.
- Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan.
Fakta menunjukkan bahawa idea – idea yang hebat sering
muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak
mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan
peperiksaan yang sukar. ( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan
akhir semester).
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)
..
- Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian hidup yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian hidup di luar kemampuan hamba-Nya.
Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan.
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. Dia
mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat
siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286).
- Ketujuh, menghadapi ujian hidup dengan usaha dan doa.
Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian hidup dan follow-up usaha itu dengan doa.
Maka
apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah
hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah
kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60).
Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian hidup.
Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah
ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif,
optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa.
Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita
berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian hidup sebagai tangga
untuk meraih pertolongan Allah SWT.
SUMBER: AKU ISLAM
HIDUP ANDA DIDUGA
Wallahu Alam Bishshawab.
Moga Bermanfaat.
Insya ALLAH
.........................................................


No comments:
Post a Comment