25 February 2020

Solat Subuh: Panduan Asas (Lengkap)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh






Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH









Solat Subuh: Panduan Asas (Lengkap)


solat fardu subuh
Bagaimana cara solat subuh?
Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat fardu subuh secara mudah, dan boleh difahami oleh semua orang.
Anda akan dibimbing secara langkah-demi-langkah sehingga selesai.
Setiap bacaan akan dipermudahkan dengan ejaan RUMI bagi membantu mereka yang tidak pandai membaca jawi.
Perhatian:
Artikel ini ditulis khas untuk mereka yang baru belajar solat dan muallaf yang baru memeluk agama Islam.
Jika anda rasa artikel ini untuk anda, jom kita mulakan…

Pengenalan

Salah satu daripada solat fardu adalah solat Subuh
Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup.
Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada

Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat.
Bagi mazhab Syafie, solat subuh dilakukan beserta dengan doa qunut.

Waktu Solat Subuh

Waktu Solat Subuh ialah ketika terbitnya fajar sadiq:
— iaitu dari munculnya warna putih yang merata (horizontal) di ufuk (horizon), dan waktu yang dibolehkan untuk melakukan solat ini terus berlangsung hingga nampak timbulnya bulatan terawal matahari.
Masa yang tersedia dianggarkan kira-kira 2 jam.
Rujukan lanjut mengenai kaedah penentuan waktu solat boleh dirujuk pada pautan ini.

Niat Solat Subuh

Lafaz niat solat fardu subuh adalah seperti berikut:
niat solat subuh

 Usolli fardhas-subhi rak’ataini ada’an lillahi taala 
Maksudnya:
Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala. 

Jumlah Rakaat

Jumlah rakaat bagi solat fardu subuh adalah dua rakaat dan dibacakan doa qunut pada rakaat terakhir sebelum sujud.

Cara Mendirikan Solat Fardu Subuh Langkah-demi-langkah

Disini saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk mendirikan solat ini:

Rakaat Pertama

1.Berdiri tegak dengan mengadap kiblat
Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud. Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.
Kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab:
niat solat subuh
 Usolli fardha-subhi rak’ataini ada’an lillahi taala 

2.Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati
Ucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:
Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.



cara takbir
Lelaki: Tangan diangkat hingga pergelangan tangan setentang dengan bahu dan hujung ibu jari mencecah ke paras bawah telinga. Siku dan tangan perlu direnggangkan dari badan
takbir perempuan
Perempuan: Tangan diangkat hingga setentang dengan bahu dan hujung jari mencecah paras bawah telinga. Siku dan tangan mesti dirapatkan ke badan



3.Membaca doa iftitah
Selepas mengangkat takbir, bacalah doa iftitah:
doa iftitah

 Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin 




Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada



4.Membaca al-Fatihah dan surah lain.
Selesai membaca doa iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah
wirid selepas solat


Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran.
Contohnya surah al-Kafirun.
solat sunat tahajjud



5.Rukuk 
Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
rukuk solat
Bacaan tasbih semasa rukuk:
bacaan rukuk

 Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih 
Maksudnya: 
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji


6.Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan:
 Sami Allahu liman hamidah 
rabbana lakal hamdh
 rabbana lakal hamdh  
maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.


7.Sujud Pertama
Setelah iktidal, kita akan sujud.
sujud

Bertakbir lalu sujud dan membaca:
bacaan sujud

 Subhana rabbiyal a’la wabihamdih 
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan)
Info Tambahan
Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya ketika dia sujud, maka perbanyakkan doa di dalam sujud (Riwayat Muslim)

8.Duduk antara dua sujud
Duduk antara dua sujud dan membaca:
duduk diantara dua sujud

 Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni 
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.


9.Sujud Kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua.
Sebelum berdiri, disunatkan duduk istirahah iaitu duduk sebentar.
Cara duduknya seperti duduk iftirasy.

Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya

Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.


Rakaat Kedua

Rakaat kedua sama seperti rakaat pertama kecuali tidak ada niat, takbiratulihram dan doa iftitah
1.Berdiri tegak, membaca al-fatihah 
wirid selepas solat
Seterusnya membaca surah lain. Contohnya surah al-Ikhlas.
surah al-ikhlas



2.Rukuk
  • Selepas selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.
  • Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan  diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk:
bacaan rukuk
 Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih 
Maksudnya: 
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji

3.Iktidal (bangun dari rukuk) dan membaca Doa Qunut

Setelah bangun dari rukuk, bacalah tasbih berikut:
rabbana lakal hamdh
 Sami Allahu liman hamidah, rabbana lakal hamdh 
maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.

Kemudian baca doa qunut:
membaca doa qunut

Bacaan Doa Qunut dalam rumi:
Allahhumma dinii fiiman hadait,
Wa’aa finii fiiman ‘aafait,
Watawallanii fiiman tawal-laiit,
Wabaariklii fiimaa a’thait,
Waqinii syarramaa qadhait,
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,
Wainnahu laayadzilu man walait,
Walaa ya’izzu man ‘aadait,
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.
Membaca doa qunut di dalam solat subuh juga termasuk dalam sunat ab’adh

4.Sujud Pertama
Bertakbir lalu sujud dan membaca:
bacaan sujud
 Subhana rabbiyal a’la wabihamdih 
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan)


5.Duduk antara dua sujud
Duduk antara dua sujud dan membaca:
duduk diantara dua sujud
 Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni 
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.


6.Sujud kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk duduk tahiyat akhir.

7.Duduk tahiyat akhir
Kedudukan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
tahiyat akhir
Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
tahiyat

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Semasa menyebut (illallah) sunat mengangkat jari telunjuk, membengkokkannya sedikit dan menghalakan ke arah kiblat.

8.Memberi salam dengan ucapan:
Setelah selesai membaca tahiyat, maka akhiri solat dengan memberi salam.
ucapan salam
 Assalamualaikum warahmatullah 
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
Sunat memaling muka ke kanan dan berdoa:
ucapan salam
 Allahumma inna nas aluka ridho ka waljannah 
Maksudnya:
Ya Allah, kami memohon keredhaan-Mu dan juga ke syurga.

Sunat memberi salam kedua dengan ucapan:
ucapan salam
 Assalamualaikum warahmatullah 
… sambil memaling muka ke kiri dan berdoa:
 Wana u’zubika min sakhotika wannar 
Maksudnya:
Dan kami memohon perlindungan denganMu daripada kemurkaan Engkau dan juga daripada neraka.

Alhamdulillah, selesai sudah solat fardhu subuh.

Wirid dan Doa Selepas Solat

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.
Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.
Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
Disini saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk melakukan wirid selepas solat pada pautan ini.
Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.
Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.

No comments: