25 February 2020

Doa Qunut Subuh & Nazilah (Dalam Ejaan Rumi)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh






Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH


Panduan Bacaan Doa Qunut Subuh & Nazilah (Dalam Ejaan Rumi)

Doa Qunut Ini adalah panduan doa qunut untuk solat subuh secara bersendirian dan secara berjemaah.
Malah panduan untuk qunut nazilah juga turut disediakan.
Ejaan dalam RUMI juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.
Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat dengan sempurna.

Pengenalan

Terdapat tiga jenis qunut dalam solat iaitu qunut dalam solat subuh, qunut dalam solat witir ramadhan dan qunut nazilah.
Perkataan Qunut (الْقُنُوْتُ) adalah dari Bahasa Arab yang membawa beberapa makna diantaranya ialah berdiri lama, diam, selalu taat, tunduk, doa dan khusu’.
Manakala maksud secara istilah, qunut adalah doa yang dibaca seorang Muslim dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri.

Doa Qunut Bersendirian

Pada rakaat kedua solat fardu subuh, sebelum sujud, kekal berdiri lurus dengan mengangkat kedua-dua tangan dan berdoa (membaca doa qunut).
Bacaan doa qunut untuk solat bersendirian adalah seperti berikut:
qunut bersendirian
Audio Player
00:00
00:00
Doa Qunut dalam Rumi:
Allahhumma dinii fiiman hadait,
Wa’aa finii fiiman ‘aafait,
Watawallanii fiiman tawal-laiit,
Wabaariklii fiimaa a’thait,
Waqinii syarramaa qadhait,
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,
Wainnahu laayadzilu man walait,
Walaa ya’izzu man ‘aadait,
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

Doa Qunut Untuk Imam / Berjemaah

Sekiranya solat fardu subuh tersebut adalah secara berjemaah, bacaan doa qunutnya adalah sedikit berbeza daripada bacaan solat bersendirian.
Perbezaan ini adalah kerana kata ganti nama diri bahasa arab itu ‘Ku’ (nii) ditukar kepada ‘Kami’ (naa) untuk disesuaikan dengan bilangan jemaah yang ramai (lebih dari satu).
Doa qunut dimulakan bacaanya oleh imam.
Imam membaca ayat-ayat bertulisan biru sebagaimana di bawah dan selebihnya (tulisan hitam) dibaca sendiri oleh makmum.
doa qunut berjemaah
Audio Player
00:00
00:00
Bacaan Doa Qunut berjemaah dalam rumi:
Allahhumma dinaa fiiman hadait,
Wa’aa finaa fiiman ‘aafait,
Watawallanaa fiiman tawal-laiit,
Wabaariklanaa fiimaa a’thait,
Waqinaa birahmatika syarramaa qadhait,
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,
Wainnahu laayadzilu man walait,
Walaa ya’izzu man ‘aadait,
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,
Wasallallah hu ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi,
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

Maksud Doa Qunut Dalam Bahasa Melayu

Berikut adalah makna terjemaah doa qunut baris demi baris:
Allah humah dini fiman hadait.
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
Watawallani fiman tawalait.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
Wabarikli fimaa a’tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
Waqinii syarramaa qadhait.
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

Hukum Membaca Doa Qunut

Terdapat pelbagai pandangan khilaf dan perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai hukum doa qunut dalam solat Subuh.
Imam Syafi’e berpendapat bahawa bacaan doa Qunut dalam solat Subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan.
Jika tertinggal atau terlupa untuk membaca doa Qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.
Walau bagaimana pun, solat Subuh tetap sah walaupun tanpa sujud sahwi.
Pandangan Mazhab Syafi’e ini juga dipegang teguh oleh masyarakat Islam khususnya di Malaysia dan seluruh Nusantara.

Doa Qunut Nazilah

Makna Nazilah dari segi Bahasa ialah suatu keadaan yang gawat, mencemaskan dan terdesak.
Manakala, dari segi istilah, ia bermaksud suatu keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.
Doa Qunut Nazilah ialah doa yang dibacakan setelah ruku’ (sewaktu i’tidal) pada rakaat terakhir solat.
Hukumnya sunnah hai’ah (jika terlupa dan tertinggal, tidak perlu sujud sahwi).
Qunut Nazilah dilaksanakan kerana ada peristiwa (musibah) yang menimpa, seperti bencana alam atau peperangan.

Kaedah pelaksanaan qunut nazilah

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.
Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.
Ada tiga cara membaca doa tersebut, iaitu kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
  1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja
  3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah
Peringatan:
Jika  tidak menghafal Qunut Nazilah, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
Jika berjemaah, imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.
Menurut pendapat majoriti ulama’, tidak ada doa khusus yang perlu dibaca di dalam doa Qunut Nazilah.
Oleh itu, doa yang dibaca ialah apa yang bersesuaian dengan musibah yang berlaku ketika itu.
  • Sebagai contoh, ketika berlaku bencana alam, kita boleh mendoakan khusus memohon perlindungan daripada Allah.
  • Sekiranya berlaku peperangan seperti di Palestin dan Syria, kita oleh berdoa khusus buat saudara kita di sana.
Namun begitu, terdapat teks Doa Qunut Nazilah yang biasa diajarkan kepada kita, seperti dalam lagu kumpulan nasyid UNIC.
Doa tersebut ialah;

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِى نُحُورِ أَعْدَائِنَا، وَنَعُوذُبِكَ مِن شُرُورِهِمْ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ، وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِن كِلاَبِكَ يَا قَهَّارُ، يَا جَبَّارُ، يَا مُنْتَقِمُ، يَا اَللهُ، يَا اَللهُ، يَا اَللهُ، اَللَّهُمَّ يَا مُنزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Doa qunut nazilah dalam ejaan rumi:
ALLâhumma ‘Innâ Naj-‘Aluka Fi Nuĥuri ‘A‘-Dâ ‘Innâ‚
Wa Na-‘Użu-Bika Min Syuru-Rihim,
ALLâhumma Baddid Syam-Lahum Wa Farriq Jam-‘Ahum‚ Wa Syattit Kalimata-Hum,
Wa Zal-Zil ‘Aqdâ-Mahum,
Wa Salliţ ‘Alayhim Kalbân Min Kilâbik‚
Yâ Qahhâr‚ Ya Jabbâr‚ Yâ Muntaqimu Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâhu‚ Yâ ALLâh‚
ALLâhumma Yâ Mun-Zilal-Kitâb‚
Yâ Mujriyas-Saĥâb‚
Yâ Hazimal Aĥzâb
Ihzim-Hum… Ihzim-Hum… Ihzim-Hum
Wan-Şurnâ ‘Alayhim

Penutup: Tidak Perlu Bertengkar Mengenai Hukum Doa Qunut

Walaupun terdapat pertentangan berkenaan hukum membaca doa qunut dalam Solat Subuh, tetapi kita harus tahu bahawa doa Qunut adalah sunnah Nabi saw dan meninggalkannya juga adalah sunnah Baginda.
Orang yang bertengkar serta bermasam muka semata-mata kerana bertelagah tentang hukum bacaan doa qunut dalam solat Subuh sebenarnya tidak mengikut sunnah Nabi saw.
Ulama silam telah membahaskan secara panjang lebar tentang isu-isu ranting seperti doa qunut.
Hasilnya, para ulama dalam mazhab Syafie berpendapat bahawa doa qunut adalah sunat, tetapi pandangan ulama dalam mazhab lain tidak sebegitu.
Mereka berbeza pendapat dalam suasana harmoni.
Hukum solat Subuh tetap sah sekalipun dibaca doa qunut ataupun tidak.
Sikap mengikut sunnah adalah baik dan mulia, namun ia tidaklah sempit sebegitu.
Sunnah Nabi adalah rujukan dan ia terdedah kepada tafsiran.
Maka sikap berlapang dada dan bertoleransi adalah sifat yang paling baik yang perlu kita amalkan.





No comments: