25 February 2020

Solat Dhuha Berserta Doa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh






Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH





Solat Dhuha Berserta Doa (Panduan Lengkap)


solat dhuhaBagaimana cara melakukan Solat Dhuha?
Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat dhuha secara mudah, dan boleh difahami oleh semua orang.
Apa yang terbaik:
Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai.
Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)
Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Bilakah Waktu Dhuha?

Solat sunat dhuha dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya.
— Iaitu sekitar 20-30 minit selepas terbit matahari.
Tempoh waktu ini berlarutan sehingga hampir gelincirnya matahari, iaitu sebelum masuk waktu zuhur.
Setelah masuk waktu zuhur, maka tamatlah waktu dhuha (10 minit sebelum zuhur).
Sebelum mengerjakan solat ini, kita boleh mengerjakan Solat Isyraq bagi mereka yang beriktikaf di masjid selepas Solat Subuh.
Berapa Jumlah Rakaat Solat Sunat Dhuha?
Solat sunat dhuha boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, enam atau lapan rakaat – dengan setiap 2 rakaat 1 salam.
Perlaksanaan solat ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.
Diriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa beliau ditanya tentang bilangan rakaat solat dhuha yang dikerjakan oleh Baginda.
Maka beliau menjawab Baginda bersolat sebanyak empat rakaat dan menambah lebih daripada itu jika Baginda kehendaki.
Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ yang menyatakan bahawa Baginda solat sebanyak lapan rakaat pada hari pembukaan Kota Makkah.
Kedua-dua riwayat ini terdapat dalam sahih muslim.
Tambahan

Mengerjakan Solat Dhuha 4 Rakaat Dengan Satu Salam

Terdapat satu persoalan daripada orang awam bagaimana untuk mengerjakan solat sunat Dhuha 4 rakaat sekaligus dengan satu salam.
Berikut adalah jawapan yang dikongsikan oleh Sahibus Samahah Tuan Guru Dato’ Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Kuala Lumpur:
Sunat hukumnya dilakukan solat sunat Dhuha secara dua rakaat satu salam, tetapi jika dilakukan dengan empat rakaat satu salam itu harus hukumnya. Rujuk I`anah al-Talibin (1/294).
Walaupun begitu, kami berpendapat agar dilaksanakan solat dhuha itu secara dua rakaat satu salam sebanyak empat rakaat atau lebih kerana demikian lebih dekat dengan nas.
Daripada Ummu Hani R.anha:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِ رَكَعَاتٍ كَانَ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW bersolat duha lapan rakaat, dilakukan dengan salam bagi setiap dua rakaat.
Hadis riwayat Abu Daud, al-Tabarani, Ibn Khuzaimah, dan al-Baihaqi.
Wallahua`lam.

Niat Solat Dhuha

Lafaz niat solat sunat dhuha adalah seperti berikut:
 Usholli sunnatan d-dhuha rak’ataini lillahi ta’alaa. 
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.

Surah Yang Digalakkan 

Sebenarnya tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini.
Tetapi terdapat beberapa surah yang dianjurkan oleh para ulama untuk dibacakan.
Pada rakaat pertama, seperti biasa bacalah surah Al-Fatihah terlebih dahulu.
Selepas selesai surah Al-Fatihah, ikuti pula dengan bacaan surah Asy-Syams.



surah asy-syams solat dhuha
surah asy-syams


Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Ad-Dhuha.



surah adh-dhuha solat dhuha
surah adh-dhuha

Selain daripada dua surah di atas, anda juga boleh membaca surah al-kafirun dan al-ikhlas

Bacaan Semasa Sujud Akhir


Semasa sujud akhir sebelum tahiyyat akhir, bacalah sebagaimana berikut sebanyak 40 kali:
 Wa-Hab li yaa-waH-Haa bu ‘il-man wa hikmatan, waar-zuq-niy, yaa-raz-zza-qu kun liy mu-saH-Ha-laa 
Maksudnya:
Berikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki jadikan ia mudah bagiku.

Nota
Bacaan tasbih ini tidak wajib.
Jadi solat tetap sah walaupun tidak membaca tasbih ini.

Doa Dhuha Yang Digalakkan Selepas Solat Sunat Dhuha

Antara doa yang digalakkan untuk dibaca selepas selesai melakukan solat sunat dhuha adalah:
(Bacaan doa dhuha rumi juga turut disediakan)

اللّهُمَّ إِنَّ الضّحَاءَ ضَحَاؤُكَ 

Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka

وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُكَ 

Walbahaa’a bahaa uka

وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ 

Waljamaala jamaaluka

وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ 

Walquwwata quwatuka

وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ 

Walqudrota qudrotuka wal’ismata ‘ismatuka.

اللّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ 

Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu

وَإِنْ كَانَ فِي اْلأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ 

Wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu

وَإِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ 

Wa’in kaana mu’assiron fayassirhu

وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ 

Wa’in kaana harooman fathohhirhu

وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ 

Wa’inkaana ba’idan faqorribhu

بِحَقِّ ضَحَائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا آتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita ‘ibaadakassolihiin
Maksud doa duha diatas adalah seperti berikut:
Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu
Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

 Selain itu anda juga boleh membaca doa selepas solat ini
  • Doa Selepas Solat Berserta Wirid (Panduan Lengkap Rumi)

    Doa selepas solat
    Ini adalah susunan wirid dan doa selepas solat.
    Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda belajar wirid, zikir dan doa selepas solat fardhu.
    Apa yang menarik:
    Ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.
    Semoga panduan ini dapat membantu anda melakukan ibadah solat dengan sempurna.
    Isi Kandungan:
    1. Zikir & Wirid Selepas Solat
    2. Doa Selepas Solat Fardu
    • Doa solat 1
    • Doa solat 2
    • Doa solat 3
    • Doa solat 4
    3. Kepentingan doa

    Zikir Dan Wirid Solat Fardhu

    Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.
    Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.
    Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
    Disini saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk melakukan wirid selepas solat:

    1.Mulakan dengan istigfar
    Untuk mendapat ganjaran yang lebih, marilah kita amalkan setiap kali selesai menunaikan solat fardhu dengan ucapan istigfar di bawah sebanyak tiga (3) kali:
    istigfar selepas solat
     Astagfirullah hal azim allazi laa ila ha illa huwal hayyul qoyyum wa atu bu illaih. 
    Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

    2.Seterusnya disambung dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 10 kali:
    wirid dan doa selepas solat
     Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa a’la kulli syai’in qadirr 
    Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.

    3.Disambung lagi dengan ucapan berikut sebanyak 3 atau 7 kali:
    wirid dan doa selepas solat
     Allahumma ajirna minannarr 
    Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka

    4.Seterusnya disambung dengan ucapan:
    wirid dan doa selepas solat
     Allahumma antassalam, wamin kassalam, walaika ya ‘udussalam, fahayyina rabbana bissalam, wa adhilna jannata daa rassalam, tabarakta rabbana wata a’laita ya zal jala li wal ikram 
    Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

    5.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Fatihah
    wirid dan doa selepas solat
    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

    6.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 163:
     Wa ila hukum ilaahum’ wahidullaa ila ha illa huwarrahmanurrahim 
    Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

    7.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 255:
     Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim. 
    Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

    8.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 285:
    Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

    9.Seterusnya disambung dengan bacaan Al-Baqarah ayat 286:
    Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”

    10.Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 18:
     Syahidallahu innahu, laa ilaha illa huwa wal malaa ikatu wa ulul ‘ilmi qaa imam bilqist. Laa ilaha illa huwal a’zii zul hakim 
    Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

    11.Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 19:
     ‘Innaddin na ‘indallah hil islam 
    Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

    12.Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 26:
    wirid dan doa selepas solat
     Qulillaahumma maalikal mulki, tu’til mulka man tasyaa’u, watanzi’u mulka mimman tasyaa’u, watu ‘izzu man tasyaa’u, watudzillu man tasyaa’u, biyadikal khoyru innaka ‘alaa kulii syai’in qodiirun 
    Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    13.Seterusnya disambung dengan bacaan Ali-Imran ayat 27:
    wirid dan doa selepas solat
     Tuwlijul layla finnahaari, watuwlijunnahaaro fil layli, wa tukhrijul hayya minal mayyiti, watukhrijul mayyita minal hayyi, watarzuqu man tasyaa’u bighoyri hisaabin 
    “Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.

    14.Selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas:
    Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

    15.Disambung dengan bacaan surah Al-Falaq:
    Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.

    16.Disambung lagi dengan surah An-Nas:
    Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”

    17.Diikuti bacaan Al-Fatihah sekali lagi:
    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

    18.Kemudian mulakan tasbih dengan ucapan:
     Ilahirabbi subhanallah 
    Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah

    19.Mulakan tasbih dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:
     Subhaanallah 
    Maha Suci Allah

    20.Apabila genap bilangan tasbih, sambung dengan bacaan berikut:
     Subhaanallahi wabihamdihi da ‘iman qo’imann abada 
    Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya

    21.Mulakan tahmid dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:
     Alhamdulillah (33x) 
    Segala puji bagi Allah

    22.Apabila genap bilangan tahmid, sambung dengan bacaan berikut:
     Alhamdulillahi rabbil a’lamin a’laa kulli haalin’ wafi kulli haalin’ wanikmatin 
    Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat.

    23.Mulakan takbir dengan ucapan berikut sebanyak 33 kali:
     Allahuakbarr (33X) 
    Allah Maha Besar

    24.Apabila genap bilangan takbir, sambung dengan bacaan berikut:
    wirid dan doa selepas solat
    Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah.

    Setelah selesai bacaan wirid, berdoalah ke hadrat Allah.
    Selepas solat fardhu merupakan antara waktu-waktu yang senang dimakbulkan doa.
    Pohonlah mengikut keperluan diri atau berdoa sebagaimana doa-doa yang disediakan dibawah:

    Doa Selepas Solat Fardu

    Disini saya sediakan empat doa yang sangat sesuai dibacakan selepas solat fardu ZohorAsarMaghribIsyak dan Subuh.
    Anda boleh  memilih salah satu doa  di bawah yang anda rasakan sesuai dengan anda.
    Ejaan dalam rumi juga disediakan bagi membantu anda.

    Doa Solat 1


    Doa selepas solat fardu

    Bacaan dalam Rumi:

    Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
    Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim.
    Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam, wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in.
    wa a’maalana a’maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin.
    Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam.
    Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.

    Maksudnya:
    Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
    Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
    Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.
    Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami.
    Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
    Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
    Ya Allah, jadikanlah agama kam agama Nabi Muhammad.
    Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya.
    Keimanan kami, iman yang sempurna.
    Solat kami, solat yang khusyuk.
    Amal kami, amal yang soleh.
    Niat kami, niat yang ikhlas.
    Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun.
    Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama.
    Mati kami dengan mati syahid.
    Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi.
    Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat.
    Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka.
    Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
    Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan.
    Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

    Doa Solat 2



    Doa dalam ejaan rumi:
    Bismillahi rahman nirrahim, alhamdulillahi robbil alamin, hamdan yuwa fi ni’mahu wa yukaffi-u-mazidah, ya rabbana lakal hamdukama yan barghi lijali wajhika wa azimi sultonik.
    Allahummasolli ‘ala saiyyidina muhammadin fi awwalin wal akhirin, wassalim waradiallahu taala ‘an sadatina ashabi saiyidina rasulillah hi ajmain.
    Allahummah yi na bil iiman, wahsyurna bi imaan, wa adhilna jannata maal imaan, birahmatika ya arhamarrohimin.
    Allahumma ‘aa inna ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatika.
    Allahumma inna nas aluka ‘ill huda wattuko wal ‘afa-fa wal-gri-na.
    Allahumma taqabbal minna solatana tammah. Wagfirlana zunubana ‘ammah
    Walaa tuabzibnaa ilaa yaumil qiyamah innaka ‘alaa kulli syai’in qodir.
    Allahummagfirlana zunubana waliwalidaina warhamhuma kama robbayana sogriro.
    Allahummah yiina bihayatil ulama’ wa ‘amitna bimauti syuhada’, wagsyurna fi zumrotil auliya’ wa adhilnal jannata maal anbiya-i-alaihimussolatu wassalam.
    Rabbana laa kulubana ba’da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah innaka antal-wahhab.
    Rabbanag-firlana zunubana wa isrofana fi amrina wa ssabit akdamana, wansurna ‘alal qaumil kafirin.
    Rabbana fagfirlana zunubana, wakaffir ‘anna saiyiatina, watawaffana ma’al abrar.
    Allahumma robbana atina fiddunya hasanatan wa fil aa hiroti hasanatan wakina azabannar.
    Allahumma tim lanaa yaa Allah bi husnil khotimah, wala tahtim ‘alaina yaa Allah bi suu ‘ill khotimah.
    Wasalallahhu ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wasohbihi wassalam, subhana robbika robbil izzati ‘amma ya sifun, wassalamu ‘alal robbil alamin.

    Maksudnya:
    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dengan puji yang sebanding dengan nikmatNya dan menjamin tambahanNya.
    Wahai Tuhan kami, bagiMu segala pujian yang selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu.
    Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad mencakupi orang-orang terdahulu dan terkemudian, dan anugerahkanlah keselamatan kepadanya.
    Restu Allah mudah-mudahan dikurniakan kepada pemimpin-pemimpin kami dari kalangan para sahabat Rasulullah sekalian.
    Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, kumpulkan kami dengan iman dan masukkan kami ke dalam syurga bersama iman, dengan berkat rahmatMu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani.
    Ya Allah, tolonglah kami untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan melakukan ibadah yang sebaiknya untuk Mu.
    Ya Allah, kami pohon kepadaMu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan.
    Ya Allah, terimalah solat kami sepenuhnya, dan ampunkanlah segala dosa kami semuanya.
    Janganlah Engkau seksa kami biar pun sampai ke hari kiamat nanti. Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
    Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami dan ibu bapa kami. Rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka mendidik kami dengan baik sejak kecil.
    Ya Allah, hidupkan kami seperti kehidupan para ulama.
    Matikan kami seperti  kematian para syuhada. Kumpulkan kami ke dalam kumpulan para wali. Masukkan kami ke dalam syurga bersama nabi.
    Wahai Tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami  setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami.
    Berikan kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.
    Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan keterlanjuran kami dalam segala urusan kami. Serta teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.
    Wahai Tuhan kami, ampunkanlah segala dosa kami, hapuskan kejahatan kami dan matikan kami bersama-sama orang yang baik.
    Ya Allah, berikan kepada kami di dunia ini kebaikan dan di akhirat juga kebaikan. Selamatkan kami daripada api neraka.
    Ya Allah, sudahi ajal kami dengan kesudahan yang baik. Janganlah Engkau sudahi terhadap kami, ya Allah, dengan kesudahan yang buruk.
    Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya.
    Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan.
    Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

    Doa Solat 3


    Doa dalam ejaan rumi:
    Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalam ‘ala saiyyidil mursalin wa imamil muttaqin, wa ‘ala alihi ahli baitihi wasohbihi ajmain.
    Allahumma inna nas aluka salamatan fiddin wa afiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ilmi wabarakatan fil rizki, watau batan qoblal maut warahmatan indal maut, wa magfiratan ba’dal maut.
    Allahumma hauwin alaina fil sakaratil maut, wannaja ti minannar wa afwa indal hisab.
    Rabbana laa tuzig kulubana ba’ da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal wahhab.
    Allahhuma ahyina bil imaan, wa amitna bil imaan, wa adkhilnal-jannata ma’al imaan.
    Allahumagfirlana zunubana waliwa-lidaina war hamhumma kama robbayana soghri-ro.
    Allahummahtim lana bi husnil-khotimah, wala tahtim alaina bi suu-il-khotimah.
    Rabbana atina fiddunya hasanatan, wafil-a-khiroti hasanatan wakina azab-bannar.
    Wassalallhu ‘ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wa sohbihi wassalam, walhamdulillahi robbil alamin.

    Maksudnya:
    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
    Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
    Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
    Ya Allah! sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan pada agama, kesihatan jasad, ditambah ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan setelah mati.
    Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab).
    Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami.
    Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.
    Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
    Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami.
    Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.
    Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
    Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
    Peliharalah kami daripada azab api neraka.
    Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda.
    Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam.

    Doa Solat 4


    Doa dalam ejaan rumi:
    Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
    Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,
    Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.
    Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.

    Maksudnya:
    Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
    Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
    Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
    Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami.
    Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.
    Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
    Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk.
    Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
    Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
    Peliharalah kami daripada azab neraka.
    Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.
    Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

    Penutup: Doa Ialah Untuk Membuktikan Sifat Kehambaan Kita di Hadapan Allah SWT

    Salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah al-Sami’
    Allah Maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hambaNya pada setiap masa, tempat dan ketika.
    Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hambaNya yang bertaubat ialah doa daripada hambaNya yang meminta.
    Allah setia mendengar rintihan hamba-hambaNya ibarat kekasih.
    “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
    — Surah Ghafir ayat 60
    Orang yang tidak berdoa boleh dikira sombong terhadap Allah.
    Dia secara langsung seperti tidak mengakui sifat-sifat kehambaannya yang rendah, miskin, jahil dan hina itu.
    Maka berdoalah.
    Doa untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah SWT.
    Sebagai hamba, kita memerlukan Allah lebih dari daripada segala-galanya dalam hidup ini.

    Segala kelemahan dalam panduan ini akan diperbaiki dari masa ke semasa.
    Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah dinyatakan pada ruangan komen di bawah.
    Semoga panduan ini bermanfaat kepada anda

Apakah Kelebihan Dhuha Kepada Kita?


Apakah kelebihannya mendirikan solat sunat dhuha?
Allah memberi kelebihan kepada umatnya untuk meraikan waktu yang penting itu dengan mendirikan solat sunat dhuha.
Sekurang-kurangnya terdapat 5 kebaikan yang kita dapat apabila melakukan dhuha:

1. Sebagai wasiat dan sunnah Rasulullah.
Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat dhuha.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata, 
Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.”
— Hadis Riwayat Bukhari

2.Dibangunkan sebuah rumah di syurga.
Bagi golongan yang rajin mengerjakan dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga.
Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW,
Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”
— Sahih al-Jami’: 634

3.Mendapat rezeki dengan segera.
Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda;
Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”
— Hadis Riwayat Abu Dawud

4.Mendapat pahala umrah.
Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”
— Sahih Al-Targhib: 673

5.Mendapat keampunan dosa terdahulu.
Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
— Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi

Penutup: Ganjaran Besar Menanti  

Pada awal surah Ad-Dhuha, Allah berfirman, “Demi waktu dhuha”.
Imam Arrazi menerangkan bahawa jika Allah SWT bersumpah dengan setiap sesuatu, itu menunjukkan hal yang agung dan besar kelebihannya.
— Ini bermaksud dhuha adalah waktu yang sangat penting.
Oleh itu, sudah jelas akan kelebihan-kelebihan solat sunat dhuha ini dan betapa besarnya ganjaran kepada sesiapa yang menunaikan solat sunat ini.
Bahkan lebih besar keistimewaannya kepada mereka yang beristiqamah mengerjakannya.
Semoga solat sunat dhuha ini menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam mencari keredhaan Allah SWT.

No comments: