Ahad, 22 Januari 2012
Perbandingan Iktiqad Orang Melayu [Bhg. 3]
[Sambungan:Perbandingan Iktiqad Orang-orang Melayu Bhg 2 ]
(3)
PERBANDINGAN IKTIQAD
ORANG-ORANG MELAYU
[Bahagian Ketiga ]
Oleh
Ustaz Mohamad Ismail Bin Salleh – Perak
الحمد لله الذي تعرف به عباده بكتابه المنزل على لسان نبيه المرسل.
والصلاة والسلام على نبي الهدى والرحمة سيدنا محمد خاتم النبيين والرسل وعلى آله وأصحابه الذين آووا ونصروا لاعلاء الدين وانفقوا في سبيله ماجمعوا وما ادخروا.
أما بعد: فقد طلب مني كثير من أصحابي أن اؤلف رسالة وجيزة تتضمن خلاصات الاعتقادات الصحيحة والفاسدة ليسهل للطلاب التمسك بصحيحها ودفع ما اشتبه عليهم من الادلة . راجيا من الله تعالى أن ينفع بها المسلمين والمسلمات في هذا البلد – فيرق- خاصة وفي بلاد اخرى عامة ولهذا لم أر بدا من القبول لذلك الطلب العظيم الشأن, نظرا من حيث انه من أهم الامور في الدين والمقدمات الواجبة على على كل عالم تأديتها على قدر الامكان ولو لم يصدر منهم الطلب وخصوصا في هذا العصر الأخير، هذا وأنا الحقير الراجي غفران ربه الاستاذ محمد اسماعيل بن صالح – تالغ- كوالا كغسر- فيراق- القائم بالواجب اجابة للدعوة وإن كنت لست أهلا لذلك لقلة علمي وقصر فهمي واعتمادا على ما قال الله تعالى في كتابه العزيز" فإن لم يصبها وابل فطل" وأقل ما ارجو منها فائدة أن تكون بمنزلة فتح ابواب الرد على الشبهات ويكون فيها الحض على العالم بأن لا يسكت عن مثل هذه المسائل بل يسعى في زيادة ايضاحها لتلاميذه وللعوام من الناس لئلا يقعوا في المهلكات وسميت هذه الرسالة "فربنديغن اعتقاد اورغ-اورغ ملايو" .
HUJAH-HUJAH ILMU SESAT dan BANGKANGAN KITA
Al-hamdulillah, sesungguhnya dengan pertolongan Allah Taala telah tamatlah "Perbandingan Iktiqd Orang-Orang Melayu" Bahagian Yang Kedua. Dengan ini masuklah Bahagian Yang Ketiga. Di dalamnya, ada mengandungi sebab-sebab dipersalahkan 5 buah kitab Jawi dahulu itu dan menerangkan bahawa lima [5] buah kitab salah itu adalah pemimpin agama falsafah Wahdat al-wujud (فلاسفة وحدة الوجود). Ertinya: Satu sahaja yang ada dan ujian besar kepada ulamak Islam Semenanjung Tanah Melayu, termasuk juga jawapan kepada mana-mana soalan yang terbit daripada mereka yang berupa ketidakpuasan hati di atas bangkangan saya pada lima [5] buah kitab salah itu supaya kita bersama-sama insaf dan memandang perkara membetulkan iktiqad sehingga sah dan benar, lebih mustahak daripada segala-galanya..
Al-hamdulillah, sesungguhnya dengan pertolongan Allah Taala telah tamatlah "Perbandingan Iktiqd Orang-Orang Melayu" Bahagian Yang Kedua. Dengan ini masuklah Bahagian Yang Ketiga. Di dalamnya, ada mengandungi sebab-sebab dipersalahkan 5 buah kitab Jawi dahulu itu dan menerangkan bahawa lima [5] buah kitab salah itu adalah pemimpin agama falsafah Wahdat al-wujud (فلاسفة وحدة الوجود). Ertinya: Satu sahaja yang ada dan ujian besar kepada ulamak Islam Semenanjung Tanah Melayu, termasuk juga jawapan kepada mana-mana soalan yang terbit daripada mereka yang berupa ketidakpuasan hati di atas bangkangan saya pada lima [5] buah kitab salah itu supaya kita bersama-sama insaf dan memandang perkara membetulkan iktiqad sehingga sah dan benar, lebih mustahak daripada segala-galanya..
Maka di bawah ini saya mulai memberi penerangan iaitu:
1. Agama Islam lebih mustahak dari segala perkaranya untuk dibicara dan diutamakan. Tidak ada gunanya hidup tanpa agama Islam.
2. Seruan agama Islam melarang menyembah berhala atas barang mana rupa pun. Ditegah mengingkari Nabi Muhammad itu, Nabi dan Rasul yang terkemudian sekali.
3. Bagaimanakah rupa ulamak Islam yang dahulu, membela ketinggian mutu agama Islam berkenaan dengan perkara membetulkan iktiqad, menurut jalan Ahli Assunnah Wal Jamaah, seperti Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah dan lainnya dengan mengarangkan beberapa banyak kitab Ilmu al-Kalam (كتاب علم الكلام) pada membicarakan perkara ini dalam bahasa Arab untuk menerangkan bagaimana yang benarnya dan yang salahnya serta menolak berberapa perkara kesamaran dalam iktiqad. Tidaklah payah saya terangkan dengan panjang lebarnya bahkan memadailah saya katakan, kitab-kitab itu sangat banyak.
1. Agama Islam lebih mustahak dari segala perkaranya untuk dibicara dan diutamakan. Tidak ada gunanya hidup tanpa agama Islam.
2. Seruan agama Islam melarang menyembah berhala atas barang mana rupa pun. Ditegah mengingkari Nabi Muhammad itu, Nabi dan Rasul yang terkemudian sekali.
3. Bagaimanakah rupa ulamak Islam yang dahulu, membela ketinggian mutu agama Islam berkenaan dengan perkara membetulkan iktiqad, menurut jalan Ahli Assunnah Wal Jamaah, seperti Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah dan lainnya dengan mengarangkan beberapa banyak kitab Ilmu al-Kalam (كتاب علم الكلام) pada membicarakan perkara ini dalam bahasa Arab untuk menerangkan bagaimana yang benarnya dan yang salahnya serta menolak berberapa perkara kesamaran dalam iktiqad. Tidaklah payah saya terangkan dengan panjang lebarnya bahkan memadailah saya katakan, kitab-kitab itu sangat banyak.
Oleh itu jika diselidiki kandungan lima [5] buah kitab Jawi yang saya salahkan itu, kesemuanya memberikan ibarat bahawa Tuhan dengan segala makhlukNya itu adalah seperti:
I. Api dengan asap, atau
II. Benih dengan pokok, atau
III. Matahari dengan cahayanya, atau
IV. Buih dengan ombak.
Kitab-kitab Arab jika diselidikki, telah menerangkan ibarat Tuhan dengan segala makhlukNya itu iaitu SANI-UL-ALAM (صانع العالم) dan MAS-NU-EHI (ومصنوعه). Ertinya: Tukang yang mengadakan ‘ALAM dan BARANG PERTUKANGANNYA. Makna ‘ALAM itu telah pun diterangkan di dalam kitab Arabnya iaitu “KULLU MAUJUDIN SIWALLAHI YUSAMMA ‘ALAMAN” (كل موجود سوى الله يسمى عالما) Ertinya: Tiap-tiap yang ada selain dari Allah dinamakan ‘alam.
Oleh itu, dengan adanya perbandingan ini, nampaklah kitab-kitab Jawi yang saya salahkan itu bukanlah dari perjalanan Ahli Assunnah Wal Jamaah dan bukan dari Ahli As-Sufi, lebih-lebih lagi perjalanan Aulia Allah dan Anbia Allah bahkan perjalanan Ahli Al-Mutasawifah (اهل المتصوفة) dan Ahli Al-Muktazilah dan Ahli Al-Falsafah (اهل الفلاسفة) yang dibangkang keras oleh ulamak Islam yang terdahulu.
Oleh itu, dengan adanya perbandingan ini, nampaklah kitab-kitab Jawi yang saya salahkan itu bukanlah dari perjalanan Ahli Assunnah Wal Jamaah dan bukan dari Ahli As-Sufi, lebih-lebih lagi perjalanan Aulia Allah dan Anbia Allah bahkan perjalanan Ahli Al-Mutasawifah (اهل المتصوفة) dan Ahli Al-Muktazilah dan Ahli Al-Falsafah (اهل الفلاسفة) yang dibangkang keras oleh ulamak Islam yang terdahulu.
Apakah kandungan kata dalam lima kitab yang saya salahkan itu yang sama sahaja rupa perjalanan di antara satu dengan lainnya. Di bawah ini, saya peturunkan sebahagian dari kandungannya iaitu:
1.Kitab Kasyful-Asrar (كشف الاسرار)
Pada muka 20, satar (baris) 15 dari atas, demikian bunyinya:
(s) Dan mana misal hamba dengan Tuhan dan misal Tuhan dengan hamba berilmunya supaya tahu.
(j) Bermula tamassil (تمثل) hamba dengan Tuhan dan misal Tuhan dengan hamba iaitu misal matahari dengan cahayanya, tiada sekutu, tiada bercerai cahaya ini dengan zat matahari, bukan cahaya itu matahari itu bukan lain daripada matahari dan lagi misalnya, api dengan asap. Ada pun asap itu menunjukkan ada api dan bukan asap itu api, tiada lain daripada api, tiada bercerai, tiada sekutu, seperti misal ini hamba dengan Tuhan, tiada bercerai dan tiada sekutu.
Pada muka 6, satar (baris)10 dari atas, disebutkan begini:
(s) Tatkala itu siapa yang mengenal dan siapa yang dikenal.
(J) Adapun yang mengenal itulah yang dikenal, dan yang dikenal itulah yang mengenal.
Muka 38, satar 14 dari atas, demikian bunyinya:
Maka fanakkan (فناكن) hai insan akan wujudmu dalam wujud Allah, fanakkan segala sifatmu dalam sifat Allah ialah Allah Taala yang hidup dalam dirimu yang tahu dalam ilmumu dan yang kuasa dalam tulangmu dan yang berkehendak pada nafsumu dan yang mendengar pada telingamu dan yag melihat pada matamu dan yang berkata pada lidahmu. Maka tatkala itu lepas engkau daripada syirik.
(كتاب بيان التجلي)
Pada muka 33, satar 4 dari atas, ada menyebutkan begini:
(Maka dengan kata ini segialah kita iktiqadkan bahawa hak AllahTaala itu ada bagiNya rupa yang tertentu dengan Dia dan harus bagiNya tajalli (تجلي) dengan barang rupa yang dikehendakkanNya dengan mafhum "وله كل شئ" dan bagiNya tiap-tiap rupa yang tersebut itu.
Pada satar 7 dari atas, ada menyebutkan begini:
Maka apabila Ia tajalli Dia dengan nur sya’-syani tajalli (نور شعشاني تجلي) tiada dapat dipandang dan apabila ia tajalli dengan nur yang ghair sya’-syani tajalli ia dapat ia dipandang tetapi dengan tiada dapat dibetapa (دبتاف) Allah itu.
Pada satar 17 dari atas, ada menyebutkan:
Bermula segala sifat yang tujuh ini pada kita bayang-bayang bagi segala sifat hak Allah Taala yang telah tersebut itu seperti wujud kita ini bayag-bayang bagi wujudNya. Maka bayang-bayang itu tiada maujud melainkan dengan empunya bayang-bayang. Maka bukan ia dan tiada lain daripadNya.
3. Di tepi Kitab Hidayatussalikin (هداية السالكين) .
Muka 12 satar 7 dari atas, ada menyebutkan begini:
Dan tiada dibilangkan engkau daripada orang yang menjalani akan jalan mukmin yang sebenar melainkan bahawa engkau pandang tiada yang berbuat dan tiada yang hidup dan tiada yang maujud dalam wujud ini hanya Allah Taala sendirinya jua.
Muka 24 satar 30 dari atas, ada menyebutkan:
شهود الكثرة في الوحدة
Yakni dipandang yang banyak pada yang satu. Muradnya, sekelian alam ini daripada Zat Allah Taala satu jua, tiada daripada lain.
Pada satar 38, ada menyebutkan begini:
Daripada Zat Allah Taala jua terbitnya sekelian alam ini, tiada daripada lainNya iaitu syhud al-wihdah fil-kathrah (شهود الوحدة في الكثرة) yakni pandang yang satu pada yang banyak. Ertinya daripada Zat Allah Taala jua terbitnya sekelian alam ini.
Pada muka 18 satar 11 dari atas, ada menyebutkan begini:
“Perkara pertama شهود الكثرة في الوح دة (syuhud al-kathrah fil-wihdah).
Ertinya: Memandang yang banyak di dalam yang satu, yakni pandangmu bahawasanya wujud segala makhluk berdiri dengan wujud Allah Taala, tiada dengan sendirinya. Misalnya: Seperti kita lihat pohon kayu, baginya pohon dan dahan dan cabang dan daun dan lain-lainnya. Maka kita telek dengan fikir hati, sekeliannya itu jadi daripada yang satu jua iaitu biji dan demikianlah alam ini sekeliannya jadi daripada yang satu iaitu Allah Taala.
Dan kedua syuhud al-wihdah fil-kathrah (شهود الوحدة في الكثرة).
Ertinya: Memandang yang satu di dalam yang banyak, yakni pandang mu akan bahawasanya Allah Taala itu maujudun ai (iaitu) pada sekeliannya (ذرة الوجود).
Misalnya: Seperti kita lihat satu biji maka kita ibaratkan bahawasanya daripada biji inilah jadi pohon dan dahan dan cabang dan daun dan lainnya seperti demikianlah wujud Allah Taala yang satu itu, daripadanya jua terbit sekelian alam ini.
5.Kitab Fatehul-‘Arifin (كتاب فتح العارفين)
Pada muka 6 satar 12 dari atas, ada menyebutkan begini: (مراقبةالمعية)
Yakni tawajjuh (توجه) berhadap hati kepada Zat Tuhan yang berserta dengan kita daripada tiap-tiap juzuk yakni suku-suku kita serta dengan Tuhan pemandangan penglihatan perkataan anggota dan lidah dan penciuman.
Demikianlah saya salinkan sedikit-sedikit sahaja daripada kandungan lima buah kitab salah itu. Saya fikir, memadailah sekadar ini dahulu untuk menjelasakan umbi kesalahan itu. Maka manakala ibarat Allah dengan segala makhlukNya itu seperti sebagaimana yang diterangkan, tiadalah syak lagi bahawa segala fahaman yang lain yang ada tersebut dalam kitab-kitab salah itu semuanya menumpu kepada fahaman yang salah itu juga. Maka puak kita Ahli Assunnah Wal Jamaah telah menerangkan bahawa Allah Taala itu sani-ul‘alam (صانع العالم) dan semua barang yang ada selain daripada Allah ialah masnu’atullah (مصنوعات الله) iaitu ibarat tukang dengan segala barang pertukangannya dan tiada bersatu hakikat di antara tukang dengan barang pertukangan.
Demikianlah saya salinkan sedikit-sedikit sahaja daripada kandungan lima buah kitab salah itu. Saya fikir, memadailah sekadar ini dahulu untuk menjelasakan umbi kesalahan itu. Maka manakala ibarat Allah dengan segala makhlukNya itu seperti sebagaimana yang diterangkan, tiadalah syak lagi bahawa segala fahaman yang lain yang ada tersebut dalam kitab-kitab salah itu semuanya menumpu kepada fahaman yang salah itu juga. Maka puak kita Ahli Assunnah Wal Jamaah telah menerangkan bahawa Allah Taala itu sani-ul‘alam (صانع العالم) dan semua barang yang ada selain daripada Allah ialah masnu’atullah (مصنوعات الله) iaitu ibarat tukang dengan segala barang pertukangannya dan tiada bersatu hakikat di antara tukang dengan barang pertukangan.
Oleh itu tiadalah ada jalannya bagi seseorang manusia itu dan lain-lain juga mengaku dirinya "Aku Allah", tetapi jika menurut fahaman puak sesat yang memakai lima buah kitab sesat itu, terkenalah diakui diri sendiri "Aku Allah", berbetulan dengan ibarat itu kerana semua yang ada ini dituduhkan terbit daripada benih yang satu iaitu Zat Tuhan walaupun tidak mahu mengaku seperti demikian atau disembunyikan akuan itu.
Maka sebab itulah mereka mengaku diri "Aku Allah, Aku Muhammad, Aku Adam, Aku Insan Kamil, Aku Nabi Muhammad, Mustafa, Rasulullah dan Muhammad Hakiki". Jika tidak, tentulah tidak ada jalan lain yang boleh mengaku sedemikian itu.
Kenapakah dikatakan orang yang mengaku Nabi itu dibenci dan dipersalahkan selamanya kitab yang lima buah itu tidak dibenci bersama dan tidak dipersalahkan?
Amat pelik jika seseorang yang mengaku dirinya alim, tetapi kalau sekadar salah yang sangat terang ini sahaja pun belum tahu adakah salah atau benar.Saya tidak mempersalahkan sesuatu perkara melainkan setelah diterangkan sebab-sebabnya dan ditunjukkan pula bagaimana yang betulnya, menurut jalan Ahli Assunnh Wal Jamaah.
Adapun bangkangan saya di atas kitab-kitab yang salah itu, bukanlah bermakna membangkang ulamak Islam tetapi membangkang iktiqad sesat yang tuan pengarangnya sendiri tiada mahu mengikut ulamak Islam Ahli Assunnah wal Jamaah dan telah terpesong kepada fahaman Ahli al-Mutasawifah dan Ahli al-Muktazilah pada beberapa perkara. Saya tidak menuduh ianya berkekalan dalam iktiqad sesat itu, barang kali juga ia rujuk (bertuabat) tetapi tidak berpeluang menarik balik karangannya yang salah dahulu itu atau tidak sempat memberitahu kesalahannya itu kepada orang lain lalu ia kembali ke Rahmatullah Taala.
MENOLAK KESAMARAN
Barangkali ada satu jalan kesamaran faham bagi orang awam iaitu jika terjumpa mana-mana dua patah kata bersusun yang disandarkan kepada nama Allah atau diselangi oleh perkataan “من” (dari/daripada) sehingga disangkakan pekataan “dari/daripada“ itu dengan makna “menumpu kepada asal terbit benda sesuatu”, seperti misalnya:
- Cincin daripada emas maka emas itu cincin dan cincin itu emas atau
- Rumah daripada kayu maka kayu itu rumah dan rumah itu kayu.
Oleh itu maka difahamkan tiap-tiap perkataan “dari/daripada” itu sedemikian itulah kehendaknya sehingga bila dikata: الروح من الله teruslah mereka itu memahamkan bahawa roh itu Allah dan Allah itu roh atau (النور من الله) maka teruslah dimaknakan (النور) itu Allah dan Allah itu NUR (النور). Ditambah lagi kemusykilan itu apabila terjumpa susunan kata yang sangat-sangat ringkas seperti:
وبالله - ومن الله - والى الله - وعلى الله - وفي الله - ولاحول ولا قوة إلا بالله
. Teruslah mereka itu memaknakan mengikut terjemahannya sepatah-sepatah
. Teruslah mereka itu memaknakan mengikut terjemahannya sepatah-sepatah
dengan tidak mengetahui kehendak susunan kata ringkas yang sebenarnya.
Maka mudahlah mereka itu mempercayakan mana-mana perkataan yang ada tersebut di dalam kitab-kitab sesat yang telah pun memberikan ibarat bahawa Allah dengan segala makhluk-Nya itu adalah seperti benih dengan segala barang yang terbit daripada benih itu. Mereka itu kehairanan kenapakah kitab-kitab yang lima buah itu dipersalahkan pula.
Oleh itu saya merasa terpanggil untuk menerangkan hal-hal ini sekadar menolakkan kesamaran.
Jika diselangi dengan perkataan “ من“ (daripada) nescaya jadilah susunan katanya begini:
الارض من الله : أي الارض من صنع الله او من خلق
الله
Ertinya: Bumi itu daripada Allah, yakni bumi itu daripada barang yang diadakan oleh Allah.
الشمس من الله: أي الشمس من صنع الله أو من
خلق الله
Ertinya: Matahari itu daripada Allah, yakni matahari itu daripada barang yang diadakan oleh Allah.
الجنة من الله: أي الجنة من صنع الله أو من خلق الله
Ertinya: Syurga itu daripada Allah yakni syurga itu daripada barang yang diadakan oleh Allah.
Begitu juga:
Begitu juga:
الروح من الله: أي الروح من صنع الله او من خلق الله
Ertinya: Roh itu daripada Allah yakni roh itu daripada barang yang diadakan oleh Allah.
النور من الله: أي النور من صنع الله او من خلق الله
Ertinya: Cahaya itu daripada Allah yakni cahaya itu daripada barang yang diadakan oleh Allah.
العالم من مصنوعات الله
Ertinya: Alam itu daripada pertukangan Allah.
Samalah maknanya jika dikata:
Samalah maknanya jika dikata:
العالم من آثار قدرة الله
Ertinya: Alam itu daripada bekas (tanda-tanda) kekuasaan Allah.
Sama juga maknanya jika dikata:
العالم من انوارقدرة الله
Ertinya: Alam itu daripada cahaya-cahaya kekuasaan Allah yakni daripada bekas kekuasaan Allah.
Adapun kata-kata:
ومن الله/ والى اللهوفي الله/ ولاحول ولا قوة إلا بالله
itu maka ringkasan kata yang tersebut ini jika diselidikki di manakah boleh dijumpai dan apa dia tujuan kata-kata ini? Tentulah akan didapati bahawa sepenghabisan tingginya di dalam pelajaran Ilmu at-Tasawwuf ialah menolak segala bentuk ketidakpusan hati menerima segala hukuman Allah Taala dan mentaatiNya, menolak segala rupa keluh-kesah menerimai apa-apa yang telah Tuhan letakkan ke atas seseorang itu daripada kesusahan dunia yang telah ditanggunginya itu hingga berasa patut melahirkan sungutan dengan kata:
لم وكيف
(kenapa dan macam mana).
لم وكيف
(kenapa dan macam mana).
itu meruntun masuk ke dalam api neraka. Selain itu, dikehendaki seseorang itu merendahkan dirinya kepada Allah dengan sehabis-habis rendahnya, mengaku kelemahan daripada segenap perkaranya.
Dan memandang tiada sebarang apa juga bahaya atau jalan kebahagiaan melainkan semata-mata dengan berharapkan pertolongan Allah Taala jua menolakkan bahaya itu dan dengan semata-mata kemurahan dan rahmat Allah jua mengkurniakan jalan mendapat kebahagiaan dan keselamatan dengan sentiasa mengingatkan dirinya itu di dalam keadaan di antara sangat-sangat takutnya terkena sebarang maksiat yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah ke atasnya.
Seterusnya menjauhkannya dari rahmatNya dan dengan keadaan yang sangat-sangat mengharapkan supaya sentiasa dapat mentaati Allah Taala yang boleh membawanya kepada Allah.
Seterusnya menjauhkannya dari rahmatNya dan dengan keadaan yang sangat-sangat mengharapkan supaya sentiasa dapat mentaati Allah Taala yang boleh membawanya kepada Allah.
Maka kesemua kandungan makna yang dikehendakki ini adalah termasuk dalam susunan kata-kata:
وبالله ومن الله والى الله وعلى الله وفي الله ولا حول ولا قوة الا بالله
وبالله ومن الله والى الله وعلى الله وفي الله ولا حول ولا قوة الا بالله
Ertinya : Dengan kekuasaan Allah dan pertolonganNya (أي بقدرة الله وإعانته) .
“من الله ”. Ertinya: “Daripada takdir Allah dan kehendakNya” (اي من تقدير الله ومشيئته) .
“ الى الله ”. Ertinya: “Kembalinya semua pekerjaan itu kepada Allah” (أي يرجع الامور كلها الى الله) .
“ على الله ”. Ertinya: “Berserah kepada Allah”(أي التوكل على الله) .
“ في الله ”. Ertinya: “Dalam pemeliharaan Allah”(أي في حفظ الله ورعايته) .
"لا حول ولا قوة إلا بالله ”
Ertinya: “Tiada gerak dan tiada kekuatan berupaya bergerak melainkan dengan kekuasaan Allah.
Jika sedemikian itulah hal engkau, maka engkau itu adalah dikira orang yang bertawakkal kepada Allah, walaupun engkau itu mempunyai usaha dan bekerja:
"فاذا كان هذا حالك فانت متوكل وإن سعيت "
Ertinya: “Tiada gerak dan tiada kekuatan berupaya bergerak melainkan dengan kekuasaan Allah.
Jika sedemikian itulah hal engkau, maka engkau itu adalah dikira orang yang bertawakkal kepada Allah, walaupun engkau itu mempunyai usaha dan bekerja:
"فاذا كان هذا حالك فانت متوكل وإن سعيت "
Bukanlah maknanya Allah yang bergerak dan Allah yang berusaha sebagaimana yang dikatakan oleh kitab-kitab salah yang menumpukan kefahamannya kepada:
"Bahawa hamba itu majaz (مجاز) dan mazhar (مظهر ) sahaja."
Kerap kalinya dipakai susunan kata-kata ini (وبالله .. الخ) dalam doa-doa. Maka tiap-tiap seorang itu, bukan semasa berdoa sahaja terkena ia mencantumkan ingatan hatinya seperti yang demikian itu kehendaknya, bahkan setiap masa hendaklah ada sedemikian itu, kerana inilah buah ilmu pengetahuan Ilmu at-Tasawwuf yang dikehendakki oleh syarak untuk dipelajari dan beramal dengannya.
Apabila diambil cabutannya daripada nas-nas yang ada tersebut di dalam sesetengah kitab Arab yang jika diperhatikan dengan cermatnya adalah sebetul-betulnya membangkang fahaman yang dibawa oleh kitab-kitab sesat yang lima buah itu pada sesetengah ayat yang mutasyabihah yang akan diterangkan di sini.
Apabila diambil cabutannya daripada nas-nas yang ada tersebut di dalam sesetengah kitab Arab yang jika diperhatikan dengan cermatnya adalah sebetul-betulnya membangkang fahaman yang dibawa oleh kitab-kitab sesat yang lima buah itu pada sesetengah ayat yang mutasyabihah yang akan diterangkan di sini.
Apakah dia keterangan itu?
Di bawah ini saya terangkan kehendak tujuan maknanya dengan ringkas sahaja seperti berikut:
Bahawa Allah Subhanahu Wa Taala telah memfardhukan ke atas hamba-Nya beberapa perkara dan menyuruh ditunaikan segala perkara yang difardhukan itu termasuklah segala perkara fardhu 'ain, fardhu kifayah, sama ada melakukan perkara-perkara fardhu pada anggota zahir seperti sembahyang, zakat dan lain-lain daripada keduanya daripada sebarang apa juga jenis ibadat kepada Allah Taala atau meninggalkannya seperti zina, berbunuh-bunuhan dan lain-lain daripada keduanya daripada segala perkara yang diharamkan atau pun perkara-perkara fardhu yang bersangkutan dengan anggota hati yang di dalam, seperti mengenal Allah Taala dan mengasihi-Nya (Dia) dengan mentaati segala hukuman-Nya, bertawakal kepada-Nya dan takut melanggar akan segala hukuman-Nya.
Maka tiadalah ada yang lebih besar pahalanya dari mendapat keredhaan Allah Taala daripada amalan-amalan menunaikan segala perkara yang telah difardhukan oleh Allah ke atasnya. Apabila seseorang itu telah dapat menunaikan segala tuntutan hukum syarak itu, ditambah lagi ketaatan itu dengan membuat beberapa perkara yang sunat-sunat dan apa juga jalan kebajikan, tidaklah berasa ingin hatinya hendak mengerjakan maksiat kepada Allah Taala serta dimudahkan oleh Allah Taala baginya jalan berbuat taat kepadaNya dengan meninggalkan pekerjaan maksiat, tidak menggunakan telinganya untuk mendengar perkara-perkara yang diharamkan oleh syarak seperti mendengar cerita-cerita dusta, suara-suara nyanyian dan seumpamanya.
Maka tiadalah ada yang lebih besar pahalanya dari mendapat keredhaan Allah Taala daripada amalan-amalan menunaikan segala perkara yang telah difardhukan oleh Allah ke atasnya. Apabila seseorang itu telah dapat menunaikan segala tuntutan hukum syarak itu, ditambah lagi ketaatan itu dengan membuat beberapa perkara yang sunat-sunat dan apa juga jalan kebajikan, tidaklah berasa ingin hatinya hendak mengerjakan maksiat kepada Allah Taala serta dimudahkan oleh Allah Taala baginya jalan berbuat taat kepadaNya dengan meninggalkan pekerjaan maksiat, tidak menggunakan telinganya untuk mendengar perkara-perkara yang diharamkan oleh syarak seperti mendengar cerita-cerita dusta, suara-suara nyanyian dan seumpamanya.
Bahkan telinganya itu diguna untuk mendengar perkara-perkara yang baik-baik belaka seperti mendengar bacaan al-Quran al-Azim, nasihat-nasihat yang berguna dan lain-lain seumpamanya. Begitulah juga keadaannya pada anggot mata, tidak diguna untuk melihat permainan-permainan yang diharamkan melihatnya dan lain-lain seumpamanya bahkan diguna untuk memandang perkara-perkara yang menambahkan kebajikan, memikirkan perkara-perkara ajaib barang perbuatan Allah untuk diambil banyak iktibar pada sesuatu pekerjaan.
Anggota lidah itu pula, tidak diguna untuk bertutur kata yang tiada berfaedah bagi agamanya dan kehidupan dunianya bahkan digunakan lidah itu semata-mata terhad kepada perkara-perkara yang berfaedah belaka, seperti memberi nasihat, menegah perkara-perkara mungkar, menyuruh orang berbuat baik, membaca kalam Allah “al-Quran al-Azim” dan lain-lain seumpamanya. Anggota tangan itu tidak digunakan untuk menyentuh barang-barang yang diharamkan oleh syarak seperti mengambil harta curi, memukul, membunuh dan lain-lainnya bahkan digunakan untuk memegang perkara yang ada berkebajikan belaka. Anggota kaki pula tidak digunakan untuk berjalan di tempat-tempat yang diharamkan oleh Allah bahkan digunakan untuk berjalan ke tempat-tempat yang berfaedah belaka.
Demikian itulah kira-kira ringkasan maknanya yang dikehendaki oleh Hadis Qudsi:
ما تقرب الي المتقربون بمثل اداء ....
hingga
كنت سمعه الذي يسمع به وبصره الذي يبصر به ولسانه الذي
ينطق به ويده التي يبطش بها
Bukanlah maknanya seperti yang difahamkan oleh kitab sesat yang lima buah itu yang akan diterangkan kelak.
Barang siapa dapat mencapai sedemikian ini halnya yakni mentaati segala hukuman Allah dan memberhentikan segala laranganNya berertilah yang dia itu sebenarnya telah takutkan Allah dan kasihkan Dia. Bukanlah makna kasih itu dengan makna kasih sebagaimana yang difahamkan oleh orang-orang jahil dan puak-puak agama sesat itu. Kadang-kadang dipakai sebagai kata maknawi. Jika hamba itu "menghampiri Allah sejengkal, nescaya Allah Taala menghampiri hamba-Nya itu sedepa".
Ertinya: Jika hamba itu melakukan sedikit ketaatan dan kebajikan maka Allah Taala akan balasi pahalanya lebih banyak dan bergand-ganda. Bukanlah makna hampir itu sebagaimana hampir yang difahamkan oleh orang-orang jahil dan puak-puak agama sesat.
Barang siapa dapat mencapai sedemikian ini halnya yakni mentaati segala hukuman Allah dan memberhentikan segala laranganNya berertilah yang dia itu sebenarnya telah takutkan Allah dan kasihkan Dia. Bukanlah makna kasih itu dengan makna kasih sebagaimana yang difahamkan oleh orang-orang jahil dan puak-puak agama sesat itu. Kadang-kadang dipakai sebagai kata maknawi. Jika hamba itu "menghampiri Allah sejengkal, nescaya Allah Taala menghampiri hamba-Nya itu sedepa".
Ertinya: Jika hamba itu melakukan sedikit ketaatan dan kebajikan maka Allah Taala akan balasi pahalanya lebih banyak dan bergand-ganda. Bukanlah makna hampir itu sebagaimana hampir yang difahamkan oleh orang-orang jahil dan puak-puak agama sesat.
Kadang-kadang, dikata: "Allah Taala berserta kita". Ertinya: Memberi faham bahawa Allah Taala Amat Mengetahui dan Amat Menolong kita. Bukanlah maknanya berserta itu dengan makna bersama atau bersatupadu atau bersatu hakikat di antara Allah dengan hambaNya atau bersatu Zat Tuhan dengan zat hamba, menurut sebagaimana yang disangka-sangkakan oleh orang-orang jahil dan puak sesat itu.
Demikianlah kata-kata yang seakan-akan hendak menyamai Allah Taala itu dengan sesuatu daripada makhlukNya. Tidaklah sekali-kali betul jika diikut menurut makna zahir perkataan itu sahaja. Bahkan ada lain maknanya dan tidak sekali-kali berlawanan maknanya dengan ayat Quran surah Asy-Syuura : 11:
Demikianlah kata-kata yang seakan-akan hendak menyamai Allah Taala itu dengan sesuatu daripada makhlukNya. Tidaklah sekali-kali betul jika diikut menurut makna zahir perkataan itu sahaja. Bahkan ada lain maknanya dan tidak sekali-kali berlawanan maknanya dengan ayat Quran surah Asy-Syuura : 11:
“ ليس كمثله شئ وهو السميع البصير....”
Eloklah dikata: Tidak tahu maknanya pada ayat mutasyabihah itu atau dikata: Allah Taala Amat Mengetahui maknanya itu daripada memberanikan diri memahamkannya, mengikut sangkaan-sangkaan hati sahaja sehingga jadi murtad dengan perbuatannya itu.
Oleh kerana perjalana 5 buah kitab itu telah mengibaratkan Tuhan itu dengan makhluk-Nya seperti api dengan asap atau matahari dengan cahayanya atau seperti benih dengan barang yang terbit daripada benih itu yang sebetulnya iktiqad ini ialah iktiqad Ahli Al-Falsafah dan Ahli Al-Mutasawifah di kalangan puak kuffar.
Oleh kerana perjalana 5 buah kitab itu telah mengibaratkan Tuhan itu dengan makhluk-Nya seperti api dengan asap atau matahari dengan cahayanya atau seperti benih dengan barang yang terbit daripada benih itu yang sebetulnya iktiqad ini ialah iktiqad Ahli Al-Falsafah dan Ahli Al-Mutasawifah di kalangan puak kuffar.
Fahmanan iktiqad ini tertumpu kepada bahawa hamba dengan Tuhan itu adalah bersatu hakikat sehingga dikata:
Segala sifat Qadrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Samak’, Basar dan Kalam dikatakan bahawa hamba itulah yang bersifat qadrat dan iradat hingga akhirnya maka sifat qadrat dan iradat bagi hamba itu itulah juga bagi Tuhan sehingga dituduh bersatupadu dan bersatu hakikat di antara sifat hamba dengan sifat Tuhan. Dengan jalan ini, bersesuaianlah dengan iktiqad sesat mereka itu yang mengatakan bahawa hamba itu adalah semata-mata mazhar (مظهر) dan majaz sahaja."Hamba itu Tuhan dan Tuhan itu hamba, yang mengenal pun itu dan yang dikenal pun itu, bukan Dia tetapi tak lain...".
Manakala mereka itu membaca Hadis Qudsi:
"ما تقرب الي المتقربون بمثل أداء ما فرضت عليهم ....
Hingga dikata:
"كنت سمعه الذي يسمع به وبصره الذي يبصر به ولسانه الذي ينطق به ويده التي يبطش بها ورجله التي يمشي بها"
Maka inilah ayat mutasyabihah yang menjadi alasan yang sangat kuat bagi peganganiktiqad sesat itu bahkan inilah juga yang puak sesat itu membuat sebagai alat untuk meluluskan pelanggaran segala hukum syarak sehingga tidak boleh ditegur dan dilarang mereka itu dari mengerjakan perbuatan yang mungkar atas alasan bahawa kaki yang berjalan itu adalah kaki Allah, tangan yang memegang itu tangan Allah dan hawa nafsu yang suka membuat maksiat itu hawa nafsu All
Begitu juga dengan mengaku diri Aku Allah, Aku Muhammad, Aku Adam, Aku Insan Kamil dan Aku Nabi Muhammad Mustafa Rasulullah. Walaupun tiada diterangkan berterus-terang di dalamnya tetapi itulah kehendak makna pengajaran itu. Bila sahaja dikatakan bahawa makhluk itu adalah majaz (مجاز) sahaja dan semata-mata mazhar (مظهر) dan yang ada hanya Allah dan yang lain itu tiada yang bersifat ada, di samping kata-kata:
"fana'kan wujudmu dalam wujud Allah", maka semua fahaman ini telah ada menyimpan satu rahsia yang membawa erti tidak mengapalah mengaku Aku Allah, bahkan termestinyalah diakui begitu, kerana susunan pengajaran sesat ini telah berkeadaan begitu. Lihatlah dalam kenyataan yang tersebut dalam 5 buah kitab di bawah ini.
1.Rupa Kesesatan Yang Dipimpin Oleh Kitab Ad-Durun-Nafis:
I.Setengah daripadanya muka 46 satar 21 dari atas. Demikian bunyinya:
"fana'kan wujudmu dalam wujud Allah", maka semua fahaman ini telah ada menyimpan satu rahsia yang membawa erti tidak mengapalah mengaku Aku Allah, bahkan termestinyalah diakui begitu, kerana susunan pengajaran sesat ini telah berkeadaan begitu. Lihatlah dalam kenyataan yang tersebut dalam 5 buah kitab di bawah ini.
1.Rupa Kesesatan Yang Dipimpin Oleh Kitab Ad-Durun-Nafis:
I.Setengah daripadanya muka 46 satar 21 dari atas. Demikian bunyinya:
(Syahdan:شهدان) manakala tahqiqlah pemandanganmu akan bahawasanya tiada yang maujud itu hanya Allah Taala jua dan adalah wujud sekelian alam ini mezahirkan bagi wujud Allah Taala jua tiada baginya wujud pada hakikatnya, hanya ia khayal dan waham jua dengan dibangsakan kepada wujud Allah dan tiada yang maujud pada hakikatnya hanya Allah Taala jua. Maka fanaklah pada ketika itu segala perbuatan makhluk pada perbuatan Allah Taala dan asmaa’nya pada asmaa’ Allah dan sifatnya pada sifat Allah dan zatnya pada
Zat Allah maka tiadalah tinggal lagi pada ketika itu pada makhluk.
II.Muka 45 satar 12 dari atas. Demikian bunyinya:Zat Allah maka tiadalah tinggal lagi pada ketika itu pada makhluk.
Ertinya: dan iaitu Allah Taala serta kamu barang di mana ada kamu dan murad (مراد) berserta itu pun dengan ZatNya jua yang melazimkan baginya sifat pada makna fanak (فناء) sekelian alam ini .
III.Muka 44 satar 32 dari atas. Demikian bunyinya:
Bermula Allah Taala itu meliputi ia bagi tiap-tiap suatu. (Bermula) murad dengan meliputi itu (kata Syaikhuna Al-‘Alim Al-‘Allamah Al-Arif Billahi Maulana Al-Syaikh Abdur-Rahman bin Abul-Aziz Al-Maghribi Al-Amri Rahimahullah) dengan ZatNya yang melazimkan baginya sifat pada ma’ani (معاني) yang tersebut itu.
IV.Muka 37 satar 30 dari atas. Demikian bunyinya:
IV.Muka 37 satar 30 dari atas. Demikian bunyinya:
Kerana tiada yang dijadikan Allah Taala dengan ZatNya itu hanya Nabi kita Muhammad (s.a.w) jua.
(Maka apabila tahqiqlah memandangmu dengan yang demikian itu nescaya fana'lah segala sifat makhluk itu ke dalam sifat Allah Taala yakni tiada mendengar ia melainkan dengan pendengaran Allah, tiada melihat ia melainkan dengan penglihatan Allah Taala, tiada tahu ia melainkan dengan tahu Allah Taala, tiada hidup ia melainkan dengan hayat Allah, tiada berkata-kata ia melainkan dengan kalam Allah Taala jua hingga yang lain daripada segala sifat sekeliannya itu dengan sifat Allah jua).
Durun-Nafis (الدر النفيس) bersandarkan kepada zahir Hadis Qudsi yang menyebut: ما تقرب الي المتتقربون hingga akhirnya itu dan seumpama kesesatan ini juga telah ada pada kesemua empat kitab yang lainnya itu. Pada hal, makna yang sebenar dalam hadis Qudsi ini telah pun diterangkan di dalam kitab Arab syarah Maraqi al-Ubudiyah (شرح مراقي العبودية) dahulu itu.
2.Rupa Kesesatan Yang Dipimpin Oleh Risalah Amal Makrifah:
Durun-Nafis (الدر النفيس) bersandarkan kepada zahir Hadis Qudsi yang menyebut: ما تقرب الي المتتقربون hingga akhirnya itu dan seumpama kesesatan ini juga telah ada pada kesemua empat kitab yang lainnya itu. Pada hal, makna yang sebenar dalam hadis Qudsi ini telah pun diterangkan di dalam kitab Arab syarah Maraqi al-Ubudiyah (شرح مراقي العبودية) dahulu itu.
2.Rupa Kesesatan Yang Dipimpin Oleh Risalah Amal Makrifah:
I. Setengah daripadanya muka 10 satar 15 dari atas, tersebut demikian bunyinya:
(Adapun kafiat mengesakan Allah Taala pada sifat iaitu bahawa engkau pandang dengan mata hatimu dan mata kepalamu dengan IKTIQAD YANG PUTUS bahawasanya Allah Taala jua Wahdaniyah (وحدانية) pada segala sifat. Ertinya esa pada bersifat Qadrat dan Iradat dan Ilmu dan Hayat, Samak’ (سمع), Basar (بصر), Kalam dan lainnya, kerana tiada ada zat yang bersifat dengan yang tersebut itu pada hakikatnya melainkan zat Allah Taala dan dibangsakan sifat itu kepada makhluk iaitu majaz jua bukan pada hakikatnya dan engkau lihat sifat itu berdiri kepada makhluk iaitu mazhar (مظهر) sifat Allah Taala jua. Maka apabila tahqiqlah pemandangmu dengan yang demikian itu dengan Haqqul-Yaqin (حق اليقين) nescaya fanaklah (فناء له) sifat makhluk di dalam sifat Allah Taala yakni tiadalah kuasa ia melainkan dengan qadrat Allah dan tiada berkehendak ia melainkan dengan iradat Allah hingga akhirnya).
Demikianlah disebutkan di dalam risalah ini hingga kepada hadis Qudsi:
Demikianlah disebutkan di dalam risalah ini hingga kepada hadis Qudsi:
ما تقرب الي المتقربون بمثل اداء ما افترضت عليهم ...الخ
II. Satar 8 dari atas dan dimaknakan dia menurut makna zahir ayat hadis Qudsi itu.
Muka 15 satar 2 dari atas. Ada menyebutkan demikian bunyinya:
Maka bermula kafiat yang mengesakan Allah Taala pada zat iaitu bahawa dipandang dengan mata hati dan mata kepala dengan PANDANG YANG PUTUS bahawasanya tiada yang maujud di dalam wujud ini hanya Allah Taala jua. Maka fana'lah zat kita sekelian makhluk, di bawah Zat Allah hingga tiada yang maujud melainkan Allah Taala sendirinya dan wujud yang lain daripada Allah Taala iaitu khayal, ertinya menepati yang mak’dum (معدوم) pada tempat maujud dan waham (وهم) ertinya sangka dan batal jua dengan nisbah bagi wujud Allah).
Demikianlah pimpinan RISALAH ‘AMAL MAKRIFAH (رسالة عمل معرفة) yang sama sahaja kesesatannya dengan KITAB AD-DURUN-NAFIS الدر النفيس itu.
3.Rupa Kesesatan Yang Dipimpin Oleh Kitab Bayan At-Tajalli:
Demikian bunyinya:
Maka dengan kata ini, hendaklah sentiasa pada kita:
(لا حي ولا عالم ولا مريد ولا سميع ولا بصير ولا متكلم في الحقيقـة إلا الله)
Ertinya: Tiada yang hidup dan tiada yang tahu dan tiada yang kuasa dan tiada yang berkehendak dan tiada yang mendengar dan tiada yang melihat dan tiada yang berkata pada hakikat hanya Allah Taala jua.
II.Muka 33 satar 27 dari atas. Demikian bunyinya:
(Kerana hasil makna (لا إله إلا الله) itu pada orang yang menitahi tiada maujud hanya Allah kerana segala yang lain daripada Allah iaitu bayang-bayang bagi hak Taala, tiada ia maujud sendirinya, hanya dengan Dia jua berdiri wujudnya itu. Maka tiadalah maujud yang lain daripada hakikat hanya Allah jua).
Demikianlah kesesatan kitab ini yang sama sahaja sesatnya seperti Kitab Addurun Nafis الدر النفيس itu.
4. Rupa Kesesatan Yang Dipimpin Oleh Kitab Fatehul-Arifin.
Setengah daripadanya, muka 4 satar 29 dari atas di tepinya. Demikian bunyinya:
."....Maka fanakan pada ketika itu wujud kita dan sifat kita dan afaal kita. Maka tiada ada wujud melainkan wujud-Nya dan sifat-Nya dan Afa'al-Nya....."
."....Maka fanakan pada ketika itu wujud kita dan sifat kita dan afaal kita. Maka tiada ada wujud melainkan wujud-Nya dan sifat-Nya dan Afa'al-Nya....."
Demikianlah rupa kesesatan yang dipimpin oleh KITAB FATEHUL-ARIFIN (فـتح العارفـين
Setengah daripadanya, muka 19 satar 20 dari atas hingga muka 20 satar 1 hingga ke bawah. Demikian bunyinya:
"(Soal): Zat itu jadi apa kepada kita dan sifat itu jadi apa kepada kita (dan) asma’ itu jadi apa kepada kita (dan) afaal itu jadi apa kepada kita?.
(Jawab): Ada pun zat itu rahsia kepada kita (dan) sifat itu nyawa kepada kita dan asma’ itu hati kepada kita (dan) afaal (افعال) itu tubuh kepada kita.
(Soal): Dan berapa kejadian kita daripada ibu dan bapa dan kejadian daripada Allah?.
(Jawab): Ada pun kejadian daripada ibu itu empat perkara:
Pertama lemak, kedua darah, ketiga rambut, ke empat daging.
Pertama lemak, kedua darah, ketiga rambut, ke empat daging.
Dan empat daripada bapa:
Pertama kulit, kedua ‘asab (عصب:saraf), ketiga aurat, ke empat tulang .
Pertama kulit, kedua ‘asab (عصب:saraf), ketiga aurat, ke empat tulang .
Dan adapun kejadian daripada Allah Taala enam:
Pertama pendengar, kedua penglihat, ketiga pencium, ke empat perasa, kelima akal dan keenam roh.
Apabila dihantarkan oleh Allah pendengar itu kepada kita, mendengarlah dengan pendengaran-Nya dan apabila dihantar pelihat itu maka melihatlah dengan pelihat-Nya dan apabila dihantar pencium itu mencium kita dengan pencium-Nya dan apabila dihantar perasa itu kepada kita maka merasa kita dengan perasa-Nya dan apabila dihantarkan akal kepada kita, berakal kita dengan akal-Nya dan apabila dihantarkan roh itu maka hiduplah kita dengan Dia."
.Demikianlah bunyi keterangan sesatnya kitab ini dan jika dicampurkan dengan keterangan yang di dalam kitab ini juga muka nombor 6 di sana, satar 10 dari atas, nescaya didapati perkataan-perkataannya demikian bunyinya:
.Demikianlah bunyi keterangan sesatnya kitab ini dan jika dicampurkan dengan keterangan yang di dalam kitab ini juga muka nombor 6 di sana, satar 10 dari atas, nescaya didapati perkataan-perkataannya demikian bunyinya:
(Soal): Tatkala itu siapa yang mengenal dan siapa yang dikenal ?.
(Jawab): Ada pun yang mengenal itulah yang dikenal dan yang dikenal itulah yang mengenal.
Demikianlah bunyinya. Cukuplah dengan keterangan ini bagi menentukan perjalanan pimpinan kitab-kitab ini yang menyuruh bertuhankan diri sendiri, mengaku diri "Aku Allah, aku Muhammad, aku Adam, aku Insan Kamil dan aku Nabi Muhammad Mustafa Rasulullah dan Muhammad Hakiki. Oleh itu saya fikir tak payah dipanjangkan lagi dan berasa malu hendak menulis untuk menerangkan betapa buruknya perjalanan kitab agama kafir yang menyimpan rahsia sesat yang begitu tinggi darjat sesatnya itu.
Demikianlah bunyinya. Cukuplah dengan keterangan ini bagi menentukan perjalanan pimpinan kitab-kitab ini yang menyuruh bertuhankan diri sendiri, mengaku diri "Aku Allah, aku Muhammad, aku Adam, aku Insan Kamil dan aku Nabi Muhammad Mustafa Rasulullah dan Muhammad Hakiki. Oleh itu saya fikir tak payah dipanjangkan lagi dan berasa malu hendak menulis untuk menerangkan betapa buruknya perjalanan kitab agama kafir yang menyimpan rahsia sesat yang begitu tinggi darjat sesatnya itu.
Jika terjumpa kitab-kitab itu, janganlah dibaca walau sekadar sepatah pun, bahkan terus buang dan bakar. Saya fikir sesiapa yang mengatakan kitab-kitab yang lima itu elok, pastinya dia belum lagi menghalusi perkara-perkara tersebut itu; boleh jadi baru dipandang sepintas atau sambil lalu sahaja. Barang kali juga ia hanya setakat mendengar sebutan nama kitab-kitab itu elok sahaja.
Demikianlah saya sudahi dengan harapan supaya tuan-tuan sekelian, ikut bersama kita membatalkan 5 buah kitab yang tersebut itu, melarang kaum kerabat kita daripada memakai dan membelinya jika ada. Bagi pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di tiap-tiap negeri dipohonkan agar tidaklah kiranya meringankam perkara ini. Jika boleh, maka adalah diharpkan sepenuhnya agar tiap-tiap pejabat agama itu dapat membaharui atau mengeluarkan semula surat-surat pembatalan ke lima-lima buah kitab salah itu dan lain-lain kitab yang seumpamanya, ditegah orang-orang muslimin dan muslimat dari memakai dan menyimpannya.
Sekianlah pandangan saya yang ikhlas.
LIMA [5] BUAH KITAB SALAH PEMIMPIN
AGAMA FALSAFAH BUKAN AGMA ISLAM
Terdapat banyak nas yang terang untuk menolak iktiqad sesat yang dipimpin oleh 5 buah kitab salah itu. Jika diselidiki sebabnya kenapakah mereka yang memakai 5 buah kitab salah itu tertarik hati atau terkena bertuhankan nyawa dan mengaku diri sendiri "Aku Allah".
Terdapat banyak nas yang terang untuk menolak iktiqad sesat yang dipimpin oleh 5 buah kitab salah itu. Jika diselidiki sebabnya kenapakah mereka yang memakai 5 buah kitab salah itu tertarik hati atau terkena bertuhankan nyawa dan mengaku diri sendiri "Aku Allah".
Jawapan kita pada tuduhan ini ialah:
"Manakala Zat Tuhan itu bukan Jirim, bukan Jisim, bukan Jauhar Murakkab, bukan Jauhar Firid dan bukan 'Aradh maka ternafilah Zat Tuhan itu ada berjuzuk. Bila ternafi adanya juzuk, ternafilah segala perkara yang melazimkan bagi juzuk itu seperti berhubung, bercerai, bersatu-padu, bersatu hakikat, berbanding, berupa, bercahaya, berpihak, bertempat, menerima sukatan, ukuran, timbangan, kiasan dan lain-lain lagi. Tiada sebarang nas pun yang menyokong tuduhan salah itu atas jalan mana pun".[ Lihat : Jirim, Jisim, Jauhar dan Aradh]
Pada mereka, alam itu ialah segala perkakas tubuh badan, bahagian luar dan dalam dan alam yang ada pada badan mereka itu dinamakan Alam Kabir (عالم كبير), cukup dengan nama-nama langit, bumi, arasy, kursi, syurga, neraka, titi siratul-mustaqim dan lain-lain lagi termasuk segala huruf Quran yang 30 juzuk itu ada belaka di dalam badan. Jika hendak berjumpa dengan Tuhan yang dipertuhankan oleh mereka itu, bolehlah dipejamkan mata kerana Tuhan mereka itu telah ada di dalam otak kepala. Terlupa mereka itu berfikir bahawa jika dicampakkan mereka itu hidup-hidup ke dalam api yang ada sekarang ini, tidaklah mereka itu menjerit mengenai pedih api itu?
Di manakah Alam Kabir yang cukup adanya arasy, kursi, syurga, neraka dan lain-lainnya itu dalam badan?
Sungguhpun di dalam kitab sesat tidak menyebutkan perkara ini tetapi boleh menerbitkan keburukan yang seumpama ini kerana seseorang kafir yang telah berani mengaku diri "Aku Allah", atau "Aku Nabi" maka segala perkara mungkar yang keji-keji akan berani ia melakukannya lebih-lebih lagi bila seseorang itu beriktikadkan mati itu semata-mata hilang lenyap sahaja. Maka Allah SWT memudahkan belaka jalannya bagi manusia itu di antara memilih jalan yang lurus dan jalan yang sesat. Jalan yang lurus itu dijanjikan balasan syurga dan jalan sesat itu dijanjikan balasan neraka.
Sungguhpun di dalam kitab sesat tidak menyebutkan perkara ini tetapi boleh menerbitkan keburukan yang seumpama ini kerana seseorang kafir yang telah berani mengaku diri "Aku Allah", atau "Aku Nabi" maka segala perkara mungkar yang keji-keji akan berani ia melakukannya lebih-lebih lagi bila seseorang itu beriktikadkan mati itu semata-mata hilang lenyap sahaja. Maka Allah SWT memudahkan belaka jalannya bagi manusia itu di antara memilih jalan yang lurus dan jalan yang sesat. Jalan yang lurus itu dijanjikan balasan syurga dan jalan sesat itu dijanjikan balasan neraka.
Sabda Nabi kita Muhammad s.a.w.:
وقال عليه السلام قال الله تعالى خلقت الخير وخلقت
له اهلا وخلقت الشر وخلقت له اهلا فطوبى لمن
خـلقـته للخير ويسرته على يديه وويل لمن خلقـته
للشر ويسرت الشر على يديه وويل ثم ويل لمن قال لم
وكيف
(كتاب الاربعين في اصول الدين)
:Yang kira-kira ertinya
“ Dan sabdanya Alaihissallam: Allah Taala telah berfirman; Aku telah jadikan kebaikan dan Aku jadikan baginya ahli dan Aku jadikan kejahatan dan Aku jadikan baginya ahli. Maka (syurga) “Tuba”-lah bagi siapa yang Aku jadikan dia untuk kebaikan dan Aku permudahkannya (jalannya) ke atas kedua belah tangannya. Dan (neraka) “Wail”-lah bagi siapa yang Aku jadikan dia untuk kejahatan dan Aku permudahkan kejahatan itu ke atas kedua belah tangannya dan (neraka) Wail-lah kemudian “Wail”-lah bagi siapa yang berkata kenapa dan bagaimana”.[Kitab Al-Arba-Iin Fi Usuluddin]
Sesungguhnya janganlah kita fikirkan bahawa seseorang yang beriman kepada Allah itu dengan mudah sahaja ia mengatakan:
“آمنت بالله وبما قال الله وآمنت بالرسول وبما قال الرسول”
Maksudnya :
"Aku telah beriman dengan Allah dan dengan apa yang Allah firmankan. Dan aku telah beriman dengan Rasul dan dengan apa yang Rasul sabdakan".Bahkan mestilah menghadapi beberapa percubaan dan ujian yang hendak merobohkan iktiqadnya itu dengan bermacam-macam jalan sehingga ia merasa dirinya di dalam keadaan genting. Manakala sahaja ia cuai menjaganya, maka dugaan dan percubaan yang sedemikian itu tetap ada sebagaimana yang telah diterangkan oleh Allah Taala di dalam kitabnya yang mulia al-Quran al-Karim pada Surah Al-‘Ankabut ayat 2-3 yang berbunyi :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (2) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (3
Maksudnya :
“Adakah manusia itu mengira mereka (akan) dibiarkan untuk mengatakan: kami telah beriman, (sedangkan) mereka tidak diuji (keimanannya)?.
Dan sungguh Kami telah menguji orang-orang yang dari sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui mereka yang jujur/benar (dalam beriman) dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta (dalam beramal)”.Oleh itu, janganlah kita merasa hairan dalam perkara menghadapi segala percubaan dan dugaan yang hendak merobohkan iktiqad itu, kerana bukan tertentu di atas diri kita sekarang ini sahaja bahkan sekelian mereka yang beriman kepada Allah pada masa dahulu. Samalah keadaannya seperti kedatangan semak-semak dan rumput-rumput yang memberi bahaya kepada pokok tanaman yang berguna. Satu hari sahaja tidak dibuang rumput-rumput yang merbahaya itu maka sekadar itulah ia tumbuh untuk mengganggui kehidupan dan kesuburan pokok yang berguna itu, lama kelamaan akan mematikan pokok itu sama-sekali jika dibiarkan dalam keadaan terbiar begitu sahaja.
Ada pun kemerbahayaan sesat pada agama itu, bukan sahaja tertentu terbitnya daripada orang lain bahkan cumbuan-cumbuan dan hasutan-hasutan syaitan dari diri sendiri itu pun sangat banyak dan sangat kuat. Lihatlah bagaimana cumbuan-cumbuan syaitan yang telah diterangkan oleh Allah Taala di dalam kitab-Nya al-Quran al-Azim dan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. pada beberapa Hadis. Sebahagian daripadanya:
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
يأتي
الشيطان أحدكم فيقول : من خلق كذا من خلق كذا حتى يقول من خلق
ربك
فاذا بلغه فليستعذ بالله ولـينـتـه. (حاشية على مختصر ابن ابي جمرة للبخاري)
:Maksudnya
"Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 'Syaitan akan datang kepada seseorang dari kamu maka katanya: Siapa menjadikan itu dan siapa menjadikan ini sehingga ia (syaitan) berkata: Siapa menjadikan Tuhan kamu. Maka tatkala sampai ke tahap ini maka hendaklah ia (orang itu) berlindung dengan Allah dan berhentilah'."Pada Hadis yang lain:
ان الشيطان قال وعزتك يا رب لا ابرح
اغوى عبادك ما دامت ارواحهم في
اجسادهم فقال الرب: وعزتي وجلالي لا
ازال اغفر لهم ما استغفروني
رواه احمد عن ابي سعيد (م.ا.ن)
Maksudnya :
“Syaitan itu telah berkata demi kemuliaan-Mu wahai Tuhan, aku tidak akan tinggalkan dari menyesatkan hamba-hamba-Mu selagi roh-roh mereka itu berada di badan-badan mereka, maka Tuhan berfirman: 'Demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, (Aku) akan sentiasa mengampuni mereka selagi mereka itu minta keampunan dari-Ku'."[Diriwayatkan Ahmad dari Abi Said].
Firman Allah Taala di dalam al-Quran al-Azim pada surah An-Nisaa’ ayat 119-121:
وَلأضِلَّنَّهُمْ وَلأمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأنْعَامِ
وَلآمُرَنَّهُمْ
فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَقَدْ
خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا (119) يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ وَمَا يَعِدُهُمُ
الشَّيْطَانُ إِلا غُرُورًا (120) أُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَلا يَجِدُونَ
عَنْهَا مَحِيصًا (121
Maksudnya :
" .......... Barangsiapa yang menjadikan syaitan itu wali (pelindung) selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. (119)
Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, pada hal syiatan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. (120)
Mereka itu tempatnya Jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat lari daripadanya."(121)Dan pada Surah An-Nur ayat : 21:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَوْلا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu mengikuti langkah-langkah syaitan itu dan siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan itu maka sesungguhnya ia menyuruh kepada (melakukan) perbuatan keji/buruk dan perbuatan mungkar........"[maksudnya hingga akhir ayat]
Dan pada Surah Al-’Araaf:27-28:
يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ (27
وَإِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً قَالُوا وَجَدْنَا عَلَيْهَا آبَاءَنَا وَاللَّهُ أَمَرَنَا بِهَا قُلْ إِنَّ اللَّهَ لا يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ (28
Maksudnya :
“Wahai anak Adam janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana (syaitan) ia telah mengeluarkan bapa ibu kamu (Adam dan Hawa) dari syurga, ia menanggalkan pakaian keduanya untuk menampakkan aurat keduanya, sesungguhnya dia (syaitan), melihat kamu dan tenteranya dari arah/tempat (yang) tidak (dapat) kamu melihat mereka, sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu sebagai penolong/teman bagi orang-orang yang tidak beriman.
Dan ketika mereka melakukan kekejian/syirik mereka berkata: kami telah mendapati [kejahatan] daripada nenek moyang kami dan Allah telah memerintahkan kami untuk (melakukannya). Katakanlah sesungguhnya Allah tidak merintahkan (melakukan) perbuatan keji.
Mengapakah kamu katakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?”.
PERHATIAN KITA
Bagaimana pedihnya azab api neraka itu, sekurang-sekurangnya bolehlah kita perhatikan kandungan kehendak makna Firman Allah Taala pada surah An-Nisa, ayat 55-57 :
فَمِنْهُمْ مَنْ آمَنَ بِهِ وَمِنْهُمْ مَنْ صَدَّ عَنْهُ وَكَفَى بِجَهَنَّمَ سَعِيرًا (55
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا (56) وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا لَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَنُدْخِلُهُمْ ظِلا ظَلِيلا (57
Maksudnya:
“Maka di antara mereka (ada) orang yang dia beriman kepadanya (Muhammad) dan di antara mereka (ada) orang yang berpaling darinya (Muhammad) dan cukuplah (bagi yang tidak beriman) Neraka Jahanam (yang) menyala-nyala (apinya).
Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada ayat-ayat Kami nescaya Kami masukkan mereka (ke dalam) api neraka setiap kali terbakar (hangus) kulit-kulit mereka Kami ganti (kulit) mereka dengan kulit-kulit (yang) lainnya (baru) supaya mereka (terus menerus) merasakan (pedihnya), sesungguhnya Allah, Dia adalah Maha Perkasa Maha Bijaksana.
[Lihat : Api Neraka dan Azab Seksa di Dalamnya]
Setelah itu, jika kita alihkan pandangan kepada kandungan makna kalam Allah Taala di dalam al-Quran al-Azim bagaimana besarnya cubaan dan dahsyatnya seruan agama sesat itu untuk memujuk supaya tertarik hati orang-orang yang mukmin itu kepada menerima seruan agama sesat itu dengan akuan-akuan palsu dan dusta semata-mata,yang sewajibnya ditolak. Firman Allah Taala dalam surah Al-‘Ankabut, ayat 12-13 yang berbunyi :
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آمَنُوا اتَّبِعُوا سَبِيلَنَا وَلْنَحْمِلْ خَطَايَاكُمْ وَمَا هُمْ بِحَامِلِينَ مِنْ خَطَايَاهُمْ مِنْ شَيْءٍ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ (12) وَلَيَحْمِلُنَّ أَثْقَالَهُمْ وَأَثْقَالا مَعَ أَثْقَالِهِمْ وَلَيُسْأَلُنَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَمَّا كَانُوا يَفْتَرُونَ (13
Maksudnya :
“Dan berkata orang-orang yang kafir kepada orang-orang yang beriman ikutlah kamu jalan/agama kami dan akan tanggung/bawa dosa-dosa kamu dan bukanlah mereka termasuk orang-orang yang dapat menanggung terhadap dosa-dosa mereka dari sesuatu/sedikit pun, sesungguhnya mereka benar-benar termasuk para pembohong.
Dan sesungguhnya mereka akan menanggung beban dosa mereka sendiri dan beban dosa beserta beban dosa mereka (yang telah diajak ke jalan yang sesat) dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada Hari Kiamat tentang apa yang mereka telah mereka ada-adakan/dustakan. ”
Dalam kitab AL-IQTISAD FI'L- I'TIQAD (الاقتصاد في الاعتقاد) muka 44, satar 6 pada menyatakan:
Perpecahan puak manusia itu kepada empat pecahan iktiqad.
Demikian bunyinya:
فالناس فيه اربع فرق :قائل يقول: ان العالم وجد لذات الله سبحانه وتعالى وانه ليس للذات صفة زائدة البتة ولما كانت الذات قديمة كان العالم قديما وكانت نسبة العالم اليه كنسبة المعلول الى العلة ونسبة النور الى الشمس والظل الى الشخص وهؤلاء هم الفلاسفة .
Mafhumnya :
Maka manusia itu terbahagi kepada empat puak iaitu:
Ada puak mengatakan:
“Bahawa alam ini wujud kerana (dari) Zat Allah Subhanahu Wa Taala dan bahawasanya tidak ada bagi zat itu sifat za-idah (صفة زائدة) sama-sekali. Dan oleh kerana zat itu qadim maka qadimlah alam ini. Dan nisbah alam ini kepada-Nya adalah seperti nisbah sesuatu akibat/kesan kepada sebab dan nisbah cahaya kepada matahari dan bayang kepada orang”.
Mereka ini adalah ahli al-Falsafah
وقائل يقول: ان العالم حادث ولكن حدث في الوقت الذي حدث فيه لا قبله ولا بعده لارادة حادثة حدثت له لا في محل فاقتضت حدوث العالم وهؤلاء هم المعتزلة
Mafhumnya :
Ada puak mengatakan:
“Bahawa alam ini adalah hadis (baharu), tetapi ia (alam ini) telah berlaku, di mana pada waktu berlakunya itu bukan sebelum dan bukan selepasnya adalah bagi suatu iradat (kehendak) yang hadis (baharu) yang telah berlaku baginya (alam), bukan pada suatu tempat maka (dengan yang demikian itu) melazimkan berlakunya alam ini.Mereka itu ialah puak al-Muktazilah.
وقائل يقول: حدث بارادة حادثة حدثت في ذاته وهؤلاء هم القائلون بكونه محلا للحوادث.
:Mafhumnya
Ada puak mengatakan:
“Jadinya (alam ini) dengan suatu iradat yang hadis/baharu yang telah berlaku pada Zat-Nya. Mereka ini adalah puak yang mengatakan bahawa Dia [Allah] adalah tempat bagi segala yang baharu (hadis)”.
وقائل يقول : حدث العالم في الوقت الذي تعلقت الارادة القديمة بحدوثه في ذلك الوقت من غير حدوث ارادة ومن غير تغير صفة القديم.
Mafhumnya :
Ada puak mengatakan:
“Jadinya alam ini pada waktu yang telah berlakunya ta-a’lluq (تعلق) iradat Qadim-Nya itu dengan kejadian alam ini pada ketika itu tanpa berlakunya iradat dan tanpa berlakunya perubahan sifat yang qadim itu”.Maka perjalanan 5 buah kitab sesat itu adalaah sama sahaja, sebagaimana disebutkan oleh Al-Imam Al-Ghazali Rahimullah salahnya ahli al-Falsafah dengan memberi ibarat Tuhan dengan segala makhlukNya itu seperti matahari dengan cahayanya dan Allah Taala mengadakan sesuatu itu dengan ZatNya.
Maka puak kita Ahli As-Sunnah Wal Jamaah telah beriktiqadkan bahawa yang ada itu ialah Allah Taala dan segala makhluk-Nya. Maka Allah Taala itu ialah sani-‘ul-‘alam (صانع العالم) dan segala makhluk Allah itu semuanya barang sun-‘ullah (صنع الله) belaka. Segala barang masnu-‘atullah (مصنوعات الله) ini juga dinamakan al-hawadith (الحوادث).
Sesungguhnya jika kita baca kitab-kitab Arab yang kecil sahaja pun, kita segera faham bahawa pengajaran kitab-kitab yang lima buah itu salah. Apakah kata-kata dalam kitab FATEHUL-MAJID (فـتح المجيد) fi syarh’ Ad-Dur al-Farid (في شرح الدر الفريد) fi ilmi at-tauhid (في علم التوحيد), ta’lif Al-Hammam Allauzaii Al-Fadil Al-Syaikh Muhammad Nawawi bin Omar Aljawi Al-Syafiei (تأليف الهمام اللوذعي الفاضل الشيخ محمد نووي بن عمر الجاوي الشافعي)muka 16 s atar 19 iaitu:
ومعنى كون الله واحدا في الذات انه ليس هـناك ذات تشـبه ذاته تعالى
وليست ذاته مركبة من اجزاء لأن التركيب من صفات الحوادث . والله
تعالى
منزه عن الاتصاف بصفات الحوادث
Ertinya:
"Dan makna keesaan Allah itu pada Zat-Nya ialah bahawa tidak ada zat yang menyerupai Zat-Nya Allah Taala, dan tidaklah Zat-Nya itu tersusun dari juzuk-juzuk kerana sifat bersusun itu adalah sifat hadis (baharu). Maha Suci Allah Taala dari bersifat dengan segala sifat yang hadis."
Jika takdirnya guru sesat itu sempat bertaubat, rujuk kepada iktiqad yang benar dan mati di dalam beriman, adakah murid-murid itu tahu akan hal ini?
Bukankah menjadi suatu kebodohan dan ketaksiran besar jika didapati guru sesat itu sempat bertaubat, setelah itu ia mati tetapi murid-murid itu mati berkekalan dalam agama sesat. Pada akhirnya guru yang bertaubat itu masuk syurga dan murid-murid yang degil itu untuk bertaubat masuk neraka sepanjang masa. Takdirnya guru sesat itu ada sekarang ini, adakah murid-murid itu menunggu sehingga guru itu bertaubat baharulah mahu bersama-sama bertaubat?
Akhirnya, kecelakaan besar yang menimpa ke atas murid-murid. Adakah boleh diketahui ajal seseorang itu?. Siapakah mati dahulu di antara murid dengan guru?
Akhirnya, kecelakaan besar yang menimpa ke atas murid-murid. Adakah boleh diketahui ajal seseorang itu?. Siapakah mati dahulu di antara murid dengan guru?
.
Daripada sini nampaklah bahawa merujuk kepada yang benar dan bertaubat itu bukanlah seperkara yang boleh ditangguhkan. Tidak boleh disyaratkan sehingga menunggu si polan itu rujuk baharulah ia rujuk, kerana kedatangan ajal bagi seseorang itu tidak diketahui oleh sesiapa pun daripada makhluk Allah.
Mengenai azab api neraka itu, tiada kelepasan dengan kata bahawa aku tidak sesat melainkan dengan sebab si polan yang menyesatkan aku. Dalih itu tidak memberi guna. Firman Allah Taala di dalam al-Quran al-Azim surah al-A'raaf : 38-39 :
Mengenai azab api neraka itu, tiada kelepasan dengan kata bahawa aku tidak sesat melainkan dengan sebab si polan yang menyesatkan aku. Dalih itu tidak memberi guna. Firman Allah Taala di dalam al-Quran al-Azim surah al-A'raaf : 38-39 :
قَالَ ادْخُلُوا فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ فِي النَّارِ كُلَّمَا دَخَلَتْ أُمَّةٌ لَعَنَتْ أُخْتَهَا حَتَّى إِذَا ادَّارَكُوا فِيهَا جَمِيعًا قَالَتْ أُخْرَاهُمْ لأولاهُمْ رَبَّنَا هَؤُلاءِ أَضَلُّونَا فَآتِهِمْ عَذَابًا ضِعْفًا مِنَ النَّارِ قَالَ لِكُلٍّ ضِعْفٌ وَلَكِنْ لا تَعْلَمُونَ (38) وَقَالَتْ أُولاهُمْ لأخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِنْ فَضْلٍ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْسِبُونَ (39Maksudnya :
" Allah berfirman: ' Masuklah kamu sekalian ke dalam neraka bersama umat-umat jin dan manusia yang telah terdahulu sebelum kamu'. Setiap suatu umat masuk (ke dalam neraka), dia mengutuk kawannya (yang menyesatkannya), sehingga apabila mereka masuk semuanya berkatalah orang-orang yang masuk kemudian di antara mereka kepada orang-orang yang masuk terdahulu : 'Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka seksaan yang berlipat ganda dari neraka'. Allah berfirman : ' Masing-masing mendapat (seksaan) yang berlipat ganda akan tetapi kamu tidak mengetahui.'
Dan berkata orang-orang yang masuk terdahulu di antara mereka kepada orang-orang yang masuk kemudian : ' Kamu tidak mempunyai kelebihan sedikitpun atas kami, maka rasakanlah seksaan kerana perbuatan yang telah kamu lakukan'."
Dalam surah Ibrahim, ayat 2 Allah berfirman :
🕋🇲🇾💛💚💜🖤💌💎❣💝💞💟💗🕌
اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَوَيْلٌ
🕋🇲🇾💛💚💜🖤💌💎❣💝💞💟💗🕌
No comments:
Post a Comment