Begitulah hal Malaikat-malaikat Alaihimussalam yang sentiasa mentasbihkan Allah siang malam dan tidak pernah berbuat maksiat kepada Allah sekadar sekerlipan mata pun.
Walaupun Malaikat Jibril begitu besar badannya, begitu mulia di sisi Allah Taala dan menjadi Pesuruh-Nya untuk menyampaikan ayat-ayat Al-Quran kepada Nabi Muhammadf s.a.w. tetapi lihatlah kadar takutnya dia kepada api neraka. Maka dari sini nampaklah mulianya ayat Al-Quran yang diturunkan oleh Allah Taala. Sebab itu barangsiapa tidak tahu kemuliaan Jibril AS, pasti ia tidak akan tahu kemuliaan ayat-ayat ayat Al-Quran. Maka barangsiapa mengejek-ejek Malaikat Jibril AS, ertinya ia juga mengejek-ejek dan menghina ayat-ayat Al-Qurn.
Oleh itu, adalah diingatkan semula supaya anak-anak itu diajar tentang kemuliaan Jibril a.s, bagaimanakah kadar besarnya, taqwanya kepada Allah Taala dan kadar takutnya dari azab api neraka. Pada masa yang sama hendaklah diajar tentang adab kelakuan mulia Nabi Muhammada s.a.w dalam Bab Sirah Nabi Pada Kaumnya Sebelum Dibangkitkan Menjadi Rasul (سيرته في قومه قبل البعثة). Selepas itu hendaklah diajar Asma-Ullah Al-Husna dengan makna-maknanya yang Allah Taala memuji sendiri dengannya.
Seandainya tidak dilakukan yang sedemikian itu maka janganlah dipersalahkan anak-anak itu masuk ke dalam puak yang mendustakan al-Quran, mendustakan Rasul Nabi Muhammad s.a.w akibat ketaksiran dan kecuaian keduia ibu bapa memberikan pelajaran agama Islam yang sebenar kepada mereka.
Selain dari perkara tersebut, lihatlah ayat-ayat al-Quran pada surah سورة العلق Al-'Alaq ayat 3 yang mula-mula diturunkan oleh Allah Taala yang menyebutkan:
Maksudnya :وربك الأكرم
"Dan Tuhan engkau Yang Maha Mulia."
Dalam Asma-Ullah Al-Husna ada disebutkan ilmu pengenalan kepada Allah Taala, kemuliaan-Nya, kebesaran-Nya dan ketinggian martabat-Nya. Maka hendaklah diajar anak-anak itu tentang kemuliaan Allah Taala dalam Asma- Ullah al-Husna yang juga ada disebutkan di dalam Hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Ali Bin Abi Talib r.a. jika ia hendak mentafsirkan surah سُّورَةُ الفَاتِحَة Al-Fatiha maka kitab tafsirannya boleh dimuatkan tujuh puluh (70) ekor keledai untuk menanggungnya tetapi dalam begitu luas ilmunya, ia pun berdo'a dengan Asma-Ullah Al-Husna seperti di bawah ini:
DOA ALI BIN ABI TALIB R.A.:
Ali bin Abi Talib r.a. meriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bersabda :
Ali bin Abi Talib r.a. meriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bersabda :
" Bahawa Allah Taala memuji diri-Nya sendiri tiap-tiap hari, Firman-Nya :
إني أنا الله
رب العالمين، إني أنا الله لا إله إلا انا، الحي القيوم، اني انا
الله لا إله إلا انا العلي العظيم، اني انا الله لا إله إلا أنا لم ألد
ولم أولد، اني انا الله لا إله إلا انا العفو الغفور، إني أنا الله
لا إله إلا أنا مبدئ كل شئ والي يعود، العزيز الحكيم
الرحمن
الرحيم مالك يوم الدين خالق الخير والشر خالق الجنة
والنار
الواحد الأحد الفرد الصمد الذي لم يتخذ صاحبة ولا ولدا
الفرد الوتر عالم الغيب والشهادة الملك القدوس السلام
المؤمن المهيمن العزيز الجبار المتكبر الخالق البارئ
المصور الكبير المتعالي المقتدر القهار الحليم الكريم اهل
الثناء والمجد اعلم السر وأخفى القادر الرزاق فوق الخلق
والخليقة.
فمن دعا بهن كتب من الساجدين المخبتين الذين يجاورون
محمدا وابراهيم وموسى وعيسى والنبيين صلوات الله عليهم
في دار الجلال وله ثواب العابدين في السموات والارضين
وصلى الله على محمد وعلى كل عبد مصطفى
"Dan ertinya :
Meriwayatkan oleh Ali Bin Ali Talib r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w., bahawasanya ia bersabda:
Meriwayatkan oleh Ali Bin Ali Talib r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w., bahawasanya ia bersabda:
Bahawasanya Allah SWT memuji Diri-Nya sendiri tiap-tiap hari dan Ia berfirman :
Bahawasanya Aku ialah Allah Tuhan yang memiliki sekalian alam.
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku yang hidup lagi sentiasa ada dan selama-lamanya ada.
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku, Yang Maha Tinggi Martabat lagi yang Amat Mempunyai Kebesaran.
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku, tiada Aku beranak dan tiada Aku diperanakkan.
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku,Yang Amat Memaafi lagi Amat Mengampuni .
Bahawasanya Aku ialah Allah yang tiada sah diibadatkan dengan sebenarnya melainkan Aku yang mengadakan permulaan tiap-tiap sesuatu dan kepada di bawah pentadbiran milik Aku ia kembali, Yang Amat Mempunyai Kekuatan dan Yang Amat Mempunyai Hikmat, Yang Amat Pemurah lagi Yang Amat Mengasihani, yang memiliki hari agama (yakni Hari Kiamat besar),
yang mengadakan kebajikan dan kejahatan, yang mengadakan syurga dan neraka, yang tiada menyamai sesuatu lagi yang tiada mempunyai juzuk lagi yang Ia sahaja yang ada mempunyai sifat ketuhanan, yang berhajat semua makhluk kepada-Nya kerana kesempurnaan Qadrat-Nya lagi yang tiada menjadikan bagi-Nya isteri dan anak, yang tiada mempunyai lawanan,
yang tiada mempunyai pasangan, Yang Amat Mengetahui segala perkara yang ghaib dan segala perkara yang tiada ghaib,
Yang Amat Mempunyai pemilikan dan kesultanan lagi Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan segala ketandaan baru [ seperti masa dan tempat ] ,
Yang Amat Sejahtera daripada segala kekurangan yang membenarkan Diri-Nya dan Rasul-Nya dan kitab-kitab-Nya, lagi Yang Amat Mengetahui yang tiada tersembunyi daripada ilmu-Nya kadar sebesar debu jua pun,
Yang Amat Mempunyai Kekuatan lagi Yang Amat Mempunyai Kekerasan lagi Yang Amat Mempunyai Kebesaran ,yang mengadakan sesuatu daripada tiada kepada ada dengan Qadrat-Nya lagi yang mengadakan bagi segala barang sesuatu dengan tiada contoh misal yang lalu lagi yang mengadakan segala rupa sekalian makhluk dan memperelokkan baginya,
Yang Amat Mempunyai Kebesaran, Yang Maha Suci daripada segala sifat-sifat makhluk, Yang Amat Tinggi Martabat, yang tiada mengenai sama sekali segala kekurangan, yang mempunyai Qadrat Yang Amat Sempurna lagi yang mengalahkan bagi semua makhluk, yang tiada bersegera membalasi seksa di atas kesalahan, lagi Yang Amat Baik.
Ahli kepercayaan dan kemuliaan. Aku mengetahui perkara yang tersembunyi dan barang yang lebih tersembunyi, yang mempunyai Qadrat Yang Amat Sempurna, yang mengadakan rezeki hamba-hamba-Nya dan segala makhluk. "
Bagi sesiapa yang hendak berdo'a dengannya hendaklah digantikan ayat : اني أنا الله kepada انك انت الله pada ayat الا أنا kepada الا انت dan لم الد ولم اولد kepada لم تلد ولم تولد dan والي يعود kepada واليك يعود dan أعلم السر kepada تعلم السر seperti berikut:
Maksudnya :
اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ رَبُّ العَالَمِينَ. اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ اِلَّا اَنْتَ الحَيُّ القَيُّومُ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ اِلَّا اَنْتَ العَلِيُّ العَظِيمُ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلهَ اِلَّا اَنْتَ لَمْ تَلِدْ وَلَمْ تُولَدْ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ إلَّا اَنْتَ العَفُوُّ الغَفُورُ اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ لَا اِلَهَ إِلَّا اَنْتَ مُبْدِئُ كُلِّ شَيْئٍ وَاِلَيْكَ يَعُوْدُ العَزِيْزُ الحَكِيْمُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ مَالِكُ يَوْمِ الدِّيْنِ خَالِقُ الخَيْرِ وَالشَّرِّ خَالِقُ الجَنَّةِ وَالنَّارِ الوَاحِدُ الاَحَدُ الفَرْدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ صَاحِبَةً وَلَا وَلَدًا الفَرْدُ الوِتْرُ عَالِمُ الغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ المَلِكُ القُدُّوْسُ السَّلَامُ المُؤْمِنُ المُهَيْمِنُ العَزِيْزُ الجَبَّارُ المُتَكَبِّرُ الخَالِقُ البَارِئُ المُصَوِّرُ الْكَبِيْرُ المُتَعَالِي المُقْتَدِرُ القَهَّارُ الحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ اَهْلُ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدُ تَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى القَادِرُ الرَّزَّاقُ فَوْقَ الخَلْقِ وَالْخَلِيْقَةِ.
Maksudnya :
"Maka barngsiapa berdo'a dengannya nescaya ditulis sebagai salah seorang daripada orang-orang yang sujud, tunduk dan patuh (kepada Allah) yang berjiran dengan Nabi Muhammad, Ibrahim, Nusa, Isa, dan para Nabi ( صلوات الله عليهم ) di Darul-Jalal (dalam syurga) dan baginya pahala orang-orng ahli ibadah (disemua) lapisan langit dan bumi."
Sangatlah besar fadilat berdo'a dengannya kerana ia mengandungi ilmu pengenalan kepada Allah Taala yang Allah Taala memuji Diri-Nya sendiri dengannya.
[Lihat : DO'A SAIDINA ALI BIN ABI TALIB R.A ]
[Lihat : DO'A SAIDINA ALI BIN ABI TALIB R.A ]
Marilah kita baca dan fahami Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Mu'az bin Jabal r.a iaitu:
( hingga akhir Hadis yang panjang..)" إن الله تعالى خلق سبعة أملاك قبل أن يخلق السموات والأرض ثم خلق السموات فجعل لكل سماء من السبعة ملكا بوابا عليها ..."
Maksudnya :
“Bahawasanya Allah Taala telah mengadakan tujuh orang malaikat sebelum diadakan segala lapisan langit dan bumi, kemudian Ia mengadakan (pula) segala lapisan langit maka dijadikan bagi setiap langit daripada tujuh langit itu seorang malaikat (sebagai) penjaga pintu ke atasnya.....” (hingga akhir Hadis..)
Marilah kita ambil faham bahawa Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan segala lapisan langit dan bumi daripada tiada wujudnya sama-sekali kepada ada. Sebelum diadakan segala lapisan langit dan bumi maka ia mengadakan tujuh orang malaikat sebagai penjaga pintu langit.
Jika ditanya, siapakah boleh tahu hal sebesar ini?
Tentulah dengan wasitah mereka yang diangkat menjadi Rasul oleh Allah Taala, mereka itulah yang memberitahu perkara ini melalui Malaikat Jibril A.S.
Maka Hadis yang panjang ini tiada jalan dituduh ianya adalah rekaan manusia. Oleh itu, hati anak-anak akan segera faham betapakah keluasan Qudrat Allah Taala mengadakannya dari tiada wujudnya sama-sekali kepada ada. Kemudiannya mereka itu hendaklah diberi fahama bahawa "Masa" dan "Tempat" adalah makhluk Allah yang diadakan oleh Allah Taala dengan Qadrat-Nya. Kedua-duanya adalah makhluk Allah Taala. Sebelum "Masa" dan "Tempat" diadakan Allah, begitu juga dengan 'Arasy, Kursi dan segala lapisan langit dan bumi, cahaya, gelap dan lapang maka yang ada ialah Allah Taala sahaja yang ada.
Dalam Bab ada Allah inilah perkara yang terpenting sekali untuk diajar kepada anak-anak seperti yang tersebut di bawah ini dan disuruh mereka menghafal dengan lidah supaya tidak lupa iaitu:
Dalam Bab ada Allah inilah perkara yang terpenting sekali untuk diajar kepada anak-anak seperti yang tersebut di bawah ini dan disuruh mereka menghafal dengan lidah supaya tidak lupa iaitu:
* Allah Taala Ia-Nya ada, sentiasa ada dan selama-lamanya ada, dan tidak berkeputusan ada-Nya.
* Dialah yang awal yang tidak berawal bagi-Nya.
* Dialah yang akhir yang tidak berakhir bagi-Nya.
* Sentiasanya dan selama-lamanya mempunyai kemuliaan, kesempurnaan, kebesaran, ketinggian martabat dan
* Mempunyai segala Asma' Ullah al-Husna.
Sekiranya Allah Taala tidak mengadakan masa, tempat atau alam sama-sekali pun maka Allah Taala begitu juga Ada-Nya, sentiasa Ada dan selama-lamanya Ia Ada dan tidak berkeputusan Ada-Nya.
[Lihat : SOAL dan JAWAB Mengenai ADA ALLAH SWT]
[Lihat : SOAL dan JAWAB Mengenai ADA ALLAH SWT]
Apabila anak-anak diajar seperti itu, baharulah mereka tidak tersalah faham pada makna Asma-Ullah Al-Husna dan pada kalimah "An-Nuur"(النور) itu dengan makna yang tersebut itu.
Sewaktu membaca:
Sewaktu membaca:
سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر
orang yang tahu makna Asma-Ullah Al-Husna tidaklah terkeliru dan terus memahaminya dengan sepenuh hati pada mengingatkan segala makna Asma-Ullah al-Husna itu. Bagi mereka yang salah faham pada makna " An-Nuur"(النور) pada Asma-Ullah Al-Husna itu, rugilah zikirullah itu kerana ia telah mensyirikkan Allah (mempersamakan Allah dengan makhluk-Nya) dengan menuduhkan Tuhan itu cahaya.
Sekiranya anak-anak di rumah diajar dalam bentuk soal-jawab: Apakah makna adanya Allah?
Mereka akan mejawab pada bab adanya Allah, seperti yang disebutkan itu tadi, kemudian mereka akan bertanya pula :
"Siapakah Tuhan kita?"
Maka ia menjawab Tuhan kita ialah:
" الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم الملك القدوس السلام المؤمن المهيمن العزيز الجبار ... الصبور".
Selepas itu ditambah lagi dengan apa yang Allah Taala memuji Diri-Nya sendiri:
" إني أنا الله رب العالمين إني أنا الله لا إله إلا أنا الحي القيوم ..... فوق الخلق والخليقة "
Alangkah eloknya anak-anak dan ibu bapa yang melatih anak-anak seperti ini di rumahnya sendiri.
MENOLAK KEMUSYIKILAN
Jika kita terdengar mana-mana syarahan agama perihal Nabi Allah Ibrahim a.s. tatkala melihat bintang-bintang maka katanya yang bermaksud :
"Ini Tuhanku."
Maka ketika ghaib (terbenam) bintang-bintang dia berkata:
Maksudnya :
Maka ketika dia melihat bulan terbit dia berkata :
Maksudnya :
Begitulah juga hingga dia melihat matahari lalu dia berkata :
Maka kesemua kata-kata ini bukanlah mengikut zahir maknanya. Lihatlah keluasan ilmu Ali bin Abi Talib r.a. pada Ilmu At-Tauhid, apa tah lagi Nabi Ibrahim a.s. :
Jika kita terdengar mana-mana syarahan agama perihal Nabi Allah Ibrahim a.s. tatkala melihat bintang-bintang maka katanya yang bermaksud :
"Ini Tuhanku."
Maka ketika ghaib (terbenam) bintang-bintang dia berkata:
فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ الَّيْلُ رَأَى كَوْكَباً قَالَ هَـذَا رَبِّى
فَلَمَّآ أَفَلَ قَالَ لا أُحِبُّ الاٌّفِلِينَ
Maksudnya :
".....Tidak aku menyukai (sesuatu) yang ghaib."[Surah سورة الأنعام Al-Ana'am : 76 ]
Maka ketika dia melihat bulan terbit dia berkata :
فَلَمَّآ رَأَى الْقَمَرَ بَازِغاً قَالَ هَـذَا رَبِّى
فَلَمَّآ أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِى رَبِّى لاّكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّآلِّينَ
Maksudnya :
[Surah سورة الأنعام Al-Ana'am : 77 ]"........Ini Tuhan akulah...."
Begitulah juga hingga dia melihat matahari lalu dia berkata :
Maksudnya :فَلَماَّ رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَـذَا رَبِّى هَـذَآ أَكْبَرُفَلَمَّآ أَفَلَتْ قَالَ يقَوْمِ إِنِّى بَرِىءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ
[Surah سورة الأنعام Al-Ana'am : 78 ]"......Ini, Tuhan ku ......."
Maka kesemua kata-kata ini bukanlah mengikut zahir maknanya. Lihatlah keluasan ilmu Ali bin Abi Talib r.a. pada Ilmu At-Tauhid, apa tah lagi Nabi Ibrahim a.s. :
كما سئل أمير المؤمنين على بن طالب رضي الله عنه فقيل يا أمير المؤمنين أتعبد من ترى أو من لا ترى فقال لا بل أعبد من أرى لا رؤية العيان ولكن رؤية القلب .
Maksudnya :
" Apabila Amirul Mukminin, Ali bin Abi Talib r.a. ditanya : Wahai Amirul Mukminin, apakah engkau beribadat kepada Tuhan yang engkau lihat atau pun Tuhan yang engkau tidak lihat?Katanya : Tidak, tetapi aku beribadat kepada Tuhan yang aku lihat, bukan dengan penglihatan mata tetapi dengan penglihatan hati (qalbu)."
وقيل لجعفر الصادق رضي الله عنه هل رأيت الله عز وجل قال لم أكن لأعبد ربا لم أره قيل وكيف رأيته وهو الذي لا تدركه الابصار قال لم تره الابصار بمشاهدة العيان ولكن تراه القلوب بحقائق الايمان لا يدرك بالحواس ولا يقاس بالناس. أكبر من أن ينال بالحواس، اكبر من أن يدرك كنه جلاله، أكبر من أن
Maksudnya :يعرفه غيره فإنه لا يعرف الله تبارك وتعالى إلا الله .
" Dan dikatakan kepada Jaafar As-Siddiq r.a. : 'Adakah engkau melihat Allah Azza Wajalla ?'. Jawabnya: ' Aku tidak beribadat kepada Tuhan yang aku tidak lihat'. Lalu ditanya : 'Bagaimanakah engkau melihat-Nya sedangkan Ia tidak boleh dikenali dengan segala pemandangan mata?'. Katanya : 'Tidaklah Dia (Allah) dapat dilihat oleh segala penglihatan mata, tetapi Dia dilihat oleh hati-hati dengan segala hakikat keimanan, Dianya (Allah) tidak dapat dikenali dengn segala pancaindera dan tidak boleh dikiaskan dengan manusia. Maha Besar dan Maha Suci daripada diketahui dengan segala pancaindera dan Maha Besar daripada dapat diketahui hakikat Kemuliaan-Nya dan Kesempurnaan-Nya. Maha Suci Allah daripada diketahui oleh yang lainnya akan hakikat Kemuliaan-Nya dan Kesempurnaan-Nya selain daripada Tabaraka Wataala. Begitu juga dengan makna ALLAHU AKBAR."
Adapun kalimah Al-Basirah (البصيرة), Al-Mukalamah (المكالمة)
Besi berani (magnet) ada baginya kekuatan menarik besi/logam yang lain.
, Al-Musyahadah (المشاهدة) dan Al-Muaayanah ( لمعاينةا kesemuanya adalah nama-nama muradif atau kata-kata yang mempunyai maksud seerti.
Sesungguhnya perihal keluasan Qadrat Allah tidak dapat dilihat atau difahami oleh hati-hati tanpa diberikan penerangan mengenai makna perbuatan makhluk yang terbahagi kepada empat bahagian iaitu :
1. Perbuatan Tabi'ie
Misalnya :
a) Ubat
Maka ubat itu ada padanya khasiat-khasiat tertentu dan boleh menyembuhkan beberapa penyakit mengikut jenis ubat danjenis penyakit.
b) Besi Berani (Magnet)
Sesungguhnya perihal keluasan Qadrat Allah tidak dapat dilihat atau difahami oleh hati-hati tanpa diberikan penerangan mengenai makna perbuatan makhluk yang terbahagi kepada empat bahagian iaitu :
1. Perbuatan Tabi'ie
Misalnya :
a) Ubat
Maka ubat itu ada padanya khasiat-khasiat tertentu dan boleh menyembuhkan beberapa penyakit mengikut jenis ubat danjenis penyakit.
b) Besi Berani (Magnet)
Besi berani (magnet) ada baginya kekuatan menarik besi/logam yang lain.
c ) Matahari
Ada baginya cahaya dan sifat-sifat lain yang termaklum.
d) Api
Ada mempunyai asap.
Maka Perbuatan Tabi'ie ini amat mudah difahami oleh orang awam.
2. Perbuatan Kasbi
Misalnya
Binatang itu boleh berjalan, makan, minum, membiak dan lain-lain yang seumpamanya. Maka ini dinamakan Perbuatan Kasbi.Dari segi martabatnya ia adalah lebih tinggi dari Perbuatan Tabi'ie. Perbuatan Kasbi inipun mudah difahami orang awam.
d) Api
Ada mempunyai asap.
Maka Perbuatan Tabi'ie ini amat mudah difahami oleh orang awam.
2. Perbuatan Kasbi
Misalnya
Binatang itu boleh berjalan, makan, minum, membiak dan lain-lain yang seumpamanya. Maka ini dinamakan Perbuatan Kasbi.Dari segi martabatnya ia adalah lebih tinggi dari Perbuatan Tabi'ie. Perbuatan Kasbi inipun mudah difahami orang awam.
3. Perbuatan Sinai'i (صناعي):
Ertinya : Perbuatan pertukangan.
Contohnya :Manusia itu boleh membuat kasut, kerusi hingga kepada membuat kapal dan lain-lain sedangkan matahari dan binatang tidak terdaya membuat kasut, kerusi dan meja. Oleh itu fahamlah kita bahawa Perbuatan Sinai'i adalah lebih tinggi martabatnya dari Perbuatan Kasbi dan Tabi'ie.
4. Perbuatan Ijadi (ايجادي):
Ertinya:
Mengadakan sesuatu tanpa ada asal. Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan seekor semut bukan daripada ibunya, bapa atau daripada telurnya. Maka jika berhimpun sekalian jin dan manusia hendak mengadakan seekor semut tanpa asal nescaya tidak berupaya mereka itu melakukannya walaupun dibelanjakan berapa banyak wang sekalipun, malahan untuk mengadakan sebiji debu pun tidaklah mereka berupaya melakukannya. Terputuslah jalan untuk berfikir hendak mengadakannya.
Mengadakan sesuatu tanpa ada asal. Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan seekor semut bukan daripada ibunya, bapa atau daripada telurnya. Maka jika berhimpun sekalian jin dan manusia hendak mengadakan seekor semut tanpa asal nescaya tidak berupaya mereka itu melakukannya walaupun dibelanjakan berapa banyak wang sekalipun, malahan untuk mengadakan sebiji debu pun tidaklah mereka berupaya melakukannya. Terputuslah jalan untuk berfikir hendak mengadakannya.
Maka dapatlah difahami bahawa Perbuatan Ijadi hanya bagi Allah Taala sahaja.Sebagaimana Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan sebiji debu dengan tidak berasal daripada apa-apa pun maka begitulah Allah Taala Amat Berkuasa mengadakan 'Arasy, Kursi dan segala lapisan langit dan bumi dan lainnya dengan tidak berasal daripada apa-apa pun. Oleh itu, mengetahuilah kita keluasan makna Asma-Ullah al-Husna.
Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad s.a.w memuji Allah Taala katanya:
لا أحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك
Maksudnya :
“Tidaklah aku mampu menghinggakan (menghitungkan) pujian ke atas Mu sebagaimana Engkau (sendiri) memuji ke atas Diri Mu”.
[Lihat :
i. PERBEZAAN PERBUATAN ALLAH DENGAN PERBUATAN MAKHLUK
ii. NABI IBARAHIM A.S. "JAHIL" ILMU MENGENAL ALLAH? ]
i. PERBEZAAN PERBUATAN ALLAH DENGAN PERBUATAN MAKHLUK
ii. NABI IBARAHIM A.S. "JAHIL" ILMU MENGENAL ALLAH? ]
Dari sini dapatlah difahami bahawa segala kandungan makna Asma' Ullah al-Husna yang mengandungi ilmu pengenalan kepada Allah Taala adalah sangat luas dan dibaratkan seperti di bawah ini:-
Bagi orang awam, apabila membaca kitab “Terjemah Aqidah” maka memadailah bagi dirinya, umpama seorang yang berada di sebuah rumah terdapat di dalamnya pelita lilin kecil. Cukuplah dengan ilmu yang sebesar cahaya lilin itu untuk seorang dirinya, cahaynya itu tidak dapat diambil faedahnya oleh orng lain. Akan tetapi apabila ia belajar ilmu tauhid, dengan lebih luas daripada apa yang ada dalam Kitab Terjemah Akidah Ahli As-Sunnah itu maka ia mendapati ilmunya itu bukanlah sekadar cahaya lilin, malahan cahayanya adalah seperti lampu yang besar, membolehkan orang lain mengambil faedah dari cerahan cahaya ilmu yang ia telah miliki itu, iaitu seperti cahaya lampu yang besar.
Ketika memiliki cahaya ilmu seperti cahaya lilin itu dahulunya maka itulah sahaja ilmu untuk mengenal Allah Taala dan tiada lain lagi. Akan tetapi apabila telah mendalami ilmu tauhid dengan lebih luas lagi maka ia telah memiliki ilmu pengenalan kepada Allah seperti memiliki lampu yang besar, lalu ia berkata:
Ketika memiliki cahaya ilmu seperti cahaya lilin itu dahulunya maka itulah sahaja ilmu untuk mengenal Allah Taala dan tiada lain lagi. Akan tetapi apabila telah mendalami ilmu tauhid dengan lebih luas lagi maka ia telah memiliki ilmu pengenalan kepada Allah seperti memiliki lampu yang besar, lalu ia berkata:
Maka begitulah ilmu pengenalan kepada Allah Taala sangatlah luas. Para Nabi dan Rasul Allah dikurniakan oleh Allah Taala ilmu pengenalan kepadanya, bukan sekadar cahaya lilin atau sekadar satu lampu besar yang dapat ditumpangi oleh beberapa orang lain daripada cerahan cahaya lampu besar itu sahaja tetapi para Nabi Allah dan Rasul a.s adalah dikurniakan oleh Allah Taala fahaman yang lebih luas pada segala makna Asma-Ullah al-Husna mengenai ilmu pengenalan kepada Allah iaitu seperti cahaya bintang di langit yang membolehkan penduduk dunia mendapat cahaya ilmu itu."Inilah sahaja ilmu pengenalan kepada Allah Taala dan tiada lain lagi dan ia tidak gemar pada kadar ilmu yang seperti cahaya lilin itu dahulu."
Maka fahamlah kita bahawa apabila Allah Taala mengkurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim a.s . ilmu pengenalan kepada Allah sekadar cahaya bintang, maka ia berkata:
"Inilah Tuhanku. (Maknanya inilah penghabisan ilmu pengenalan kepada Tuhanku.)Namun apabila dikurniakan oleh Allah Taala fahaman yang luas lagi, sekadar cahaya bulan maka ia berkata:
"Inilah Tuhanku. (Maknanya inilah penghabisan ilmu untuk mengenal Tuhanku dan ia tidak gemar kepada ilmu yang sekadar cahaya bintang itu kerana telah ada termasuk dalam cahaya bulan itu.)Apabila dikurniakan oleh Allah Taala fahaman yang lebih luas lagi mengenai ilmu pengenalan kepada Allah Taala sekadar cahaya matahari maka ia berkata:
"Inilah Tuhanku." (Maknanya inilah penghabisan ilmu untuk pengenalan kepada Tuhanku dan ia tidak gemar lagi kepada ilmu pengenalan kepada Allah sekadar cahaya bulan itu.)
Adapun fahaman yang luas ini adalah daripada adanya ilmu yang memahami "Perbuatan Ijadi" bagi Allah Taala.
Justeru barangsiapa memahami makna "Perbuatan Ijadi" bagi Allah Taala ia akan dapat memahami maksud persabdaan Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi :
لا أحصي ثناء عليك أنت كما أثنيت على نفسك
Seterusnya dapat memahami makna:
ان لله سبحانه سبعين حجابا من نور
Maksudnya :
Untuk memahami maksud dindingan di sini sila rujuk kepada ilmu pengenalan sekadar cahaya bintang yang Allah kurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. katanya: "Bahawasanya ada bagi Allah Subhanahu itu tujuh puluh dindingan daripada nur iaitu tujuh puluh dindingan daripada cahaya ilmu."
[ Sila lihat kandungan ayat al-Quran mengenai hal Nabi Ibrahim a.s. dalam surah سورة الأنعام Al-An'aam : 75-79]."Inilah Tuhanku." ( Inilah penghabisan ilmu pengenalan kepada Tuhanku iaitu tiada ilmu yang lain.)
Akan tetapi apabila ada cahaya ilmu yang lebih besar iaitu ia dapat memahaminya. Maka apakah sebab terdapat begitu banyak kaum yang telah sesat pada agama?
****************************************

*************************************
Ini adalah disebabkan mereka itu hanya tahu makna Perbuatan Tabi'i sahaja. Wal hal Perbuatan Tabi'e itu adalah lebih rendah dari Perbuatan Kasbi dan lebih rendah dari Perbuatan Sinai'i (صناعي).
Disebabkan kejahilan, ramai orang yang tidak mengetahui makna "Perbuatan Ijadi". Mereka hanya tahu makna Perbuatan Tabi'i sahaja. Akibatnya apabila membaca ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis yang 'mutasyabihat' mereka itu akan mengikut makna zahir ayat-ayat itu sahaja. Pemahaman seperti ini boleh menjadi salah jika dihurai dan ditakwilkan dengan lebih meluas berdasarkan nas-nas yang sahih benarnya. Orang-orang ini yang telah sesat pada agama menuduh bahawa Allah Taala samalah seperti Perbuatan Tabi'i. Oleh itu hendaklah diberi pelajaran dan kefahaman kepada anak-anak supaya dapat membezakan antara perbuatan Tabi'i, Kasbi, Sinae'i dan Ijadi.
[ Lihat sambungannya :
i. PEMBINAAN IKTIQAD AHLI AS-SUNNAH
ii. PENGERTIAN AL-MURAQABAH DAN AHLI AL MUQARRABIN ]
i. PEMBINAAN IKTIQAD AHLI AS-SUNNAH
ii. PENGERTIAN AL-MURAQABAH DAN AHLI AL MUQARRABIN ]

Maksudnya :أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
[Al-Quran surah سورة النور An-Nuur : 41 ]" Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah; kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masingnya telah mengetahui (cara) sembahyang/solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan."
*************************************
Sahal bin Sa'id meriwayatkan bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:
ورواه مسلم عن أبي هريرة وسهل بن سعد عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إن في الجنة لشجرة يسير الراكب في ظلها مائة عام لا يقطعها .
Maksudnya:
"Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah pohon. Orang yang mengendarai boleh berjalan di bawah naungannya selama 100 tahun, dan tidak akan putus naungannya (ketika mengelilinginya)." [Shahih, HR. Muslim]
🕋🇲🇾💚💛

No comments:
Post a Comment