Segi Tiga Bermuda
Segi Tiga Bermuda (atau dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan), merupakan kawasan yang terletak di bahagian barat laut Lautan Atlantik utara, di mana sejumlah kapal terbang dan kapal dikatakan hilang secara misteri. Kawasan perairan di Segi Tiga Bermuda ini merupakan satu daripada laluan perairan paling sibuk di dunia, di mana kapal-kapal kebanyakkannya melalui kawasan ini untuk ke pelabuhan yang terletak di Amerika, Eropah serta Kepulauan Caribbean. Kapal-kapal mewah serta kapal terbang selalunya akan melalui kawasan ini.
Ilustrasi lokasi segitiga bermuda
Sesetengah kehilangan tersebut telah dikaitkan dengan kejadian paranormal, atau aktiviti oleh makhluk asing mengikut pandangan budaya popular.[1] Walaupun terdapat banyak dokumen yang menunjukkan kebanyakan kejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah, di samping penafian rasmi kebanyakan agensi kerajaan bahawa jumlah kehilangan bukan sesuatu yang ketara, kebanyakkan kes kehilangan di kawasan itu masih tidak dapat dijelaskan walaupun banyak siasatan mendalam telah dilakukan[2][3]
Kawasan segi tiga
Sempadan Segi tiga Bermuda berbeza menurut pendapat pengkajinya; sesetengah menyatakan bentuknya menyerupai trapezium meliputi Selat Florida, Bahamas, dan keseluruhan pulau Caribbean timur Azores sesetengah yang lain menambah Teluk Mexico sebagai sebahagian daripada kawasannya dan lautan hindi Lautan Hindi Sempadan segi tiga yang lebih biasa digambarkan dalam buku mempunyai titik sempadannya di pantai Florida Lautan Atlantik; San Juan, Puerto Rico; dan pulau Bermuda tengah Atlantik, dengan kebanyakan kejadian misteri itu tertumpu pada sempadan selatan sekitar Bahamas dan Selat Florida serta Lautan Hindi.
Kawasan ini merupakan salah satu laluan kapal yang tersibuk di dunia, dengan kapal-kapal merentasi di atasnya setiap hari untuk ke pelabuhan di Amerika, Eropah, dan Kepulauan Caribbean. Kapal pelancongan turut banyak tersedia, dan kapal persiaran sering berulang-alik antara Florida dan kepulauan tersebut. Ianya turut merupakan laluan yang paling banyak dilalui oleh kapal terbang persendirian mahupun perdagangan yang menghala ke arah Florida, Caribbean, dan Amerika Selatan dari titik utara.
Arus lautan Arus Teluk mengalir melalui Segi tiga Bermuda selepas meninggalkan Teluk Mexico; arusnya sekuat lima hingga enam knot mungkin memainkan peranan dalam beberapa kehilangan. Ribut mengejut mampu dan pernah muncul, dan pada musim panas sehingga akhir musim luruh kadang-kala hurikan menghentam kawasan tersebut. Gabungan antara laluan laut sibuk dengan cuaca tidak menentu menjadikannya tidak mustahil kapal mampu karam dalam ribut dan tenggelam tanpa sebarang kesan – terutama sebelum teknologi komunikasi, radar, dan satelit dipertingkatkan pada akhir abad ke-20.[4]
Sejarah cerita segi tiga Bermuda
Menurut pengarang Segi Tiga Bermuda, Christopher Columbus merupakan orang pertama merekodkan sesuatu yang ganjil di Segi Tiga Bermuda. Dia melaporkan bahawa dia dan anak kapalnya melihat "cahaya pelik menari-nari di kaki langit", api di langit, dan pada titik lain dia menulis mengenai bacaan kompas luar biasa di kawasan tersebut. Dalam buku lognya, bertarikh 11 Oktober 1492 dia menulis:
- Seorang anak kapal telah ternampak tanah itu (Rodrigo de Triana), walaupun laksamananya pada pukul sepuluh petang itu sedang berdiri di biliknya (quarter-deck) nampak satu cahaya, tetapi sangat kecil satu benda yang beliau tidak dapat memastikan itu adalah tanah; memanggil Pero Gutiérrez (groom of the King's wardrobe) ia memberitahu Pero tentang cahaya yang dilihatnya, kemudian mengarahkan pandangan Pero ke arah cahaya itu, yang mana Pero juga telah terlihat; Pero kemudian membuat perkara yang sama kepada Rodrigo Sánchez of Segovia, yang telah di hantar oleh Raja dan Permaisuri bersama dengan skuadron, sebagai 'comptroller', tetapi dia tidak dapat melihatnya. Laksamana kemudian mengesahkan apa yang dilihatnya satu atau dua kali lagi, yang nampak seperti cahaya dari lilin bergerak ke atas dan ke bawah, yang mana sesetengah orang berpendapat ianya datang dari daratan. Laksamana bagaimanapun pasti yang kawasan daratan itu sudah hampir.
Penyelidik moden telah memeriksa buku log asal telah membuat andaian bahawa cahaya yang dilihatnya adalah api memasak orang asli Taino dalam kanoe mereka atau di pantai; bacaan kompas adalah akibat bacaan salah berdasarkan pergerakan bintang.
Rencana pertama adalah mengenai lagenda segitiga bermuda mula muncul dalam akhbar ditulis oleh E.V.W. Jones pada 16 September 1950, melalui Associated Press. Dua tahun berikutnya, majalah Fate menerbitkan rencana pendek iaitu "Sea Mystery At Our Back Door" oleh George X. Sand pada isu Oktober 1952 mengenai kehilangan misteri beberapa kapal terbang dan kapal, termasuk kehilangan Flight 19, sekumpulan lima kapal terbang pengebom Tentera laut Amerika Syarikat TBM Avenger dalam misi latihan. Rencana Sand adalah yang pertama meletakkan segi tiga yang kini biasa dilihat di mana kehilangan misteri berlaku. Flight 19 sahaja dilapor dalam isu April 1962 Majalah American Legion. Rencana bertajuk "The Lost Patrol", oleh Allen W. Eckert, dan dalam ceritanya ia didakwa bahawa ketua penerbangan didengari berkata "We are entering white water, nothing seems right. We don't know where we are, the water is green, no white." It was also claimed that officials at the Navy board of inquiry stated that the planes "flew off to Mars." "The Lost Patrol" was the first to connect the supernatural to Flight 19, but it would take another author, Vincent Gaddis, writing in the February 1964 Argosy Magazine to take Flight 19 together with other mysterious disappearances and place it under the umbrella of a new catchy name: "The Deadly Bermuda Triangle";[5] he would build on that article with a more detailed book, Invisible Horizons, the next year. Others would follow with their own works: John Wallace Spencer (Limbo of the Lost, 1969); Charles Berlitz (The Bermuda Triangle, 1974); Richard Winer (The Devil's Triangle, 1974), and many others, all keeping to some of the same supernatural elements outlined by Eckert.[6]
Penjelasan Kusche
Lawrence David Kusche, seorang penyelidik perpustakaan dari Universiti Negeri Arizona dan pengarang The Bermuda Triangle Mystery: Solved (1975) mencabar trend ini. Penyelidikan Kusche mendedahkan ketidaktepatan dan percanggahan antara kisah Berlitz dan kenyataan dari saksi, peserta, dan yang lain yang terbabit dalam kejadian asal. Dia mendapati bahawa di mana maklumat berkenaan tidak dilaporkan, seperti kehilangan pelayar mengelilingi duniaDonald Crowhurst, yang Berlitz bentangkan sebagai misteri, sungguhpun bukti jelas yang sebaliknya. Satu contoh lain adalah pengangkut bijih yang didakwa Berlitz sebagai hilang tanpa jejak tiga hari dari pelabuhan Atlantik apabila ia dilaporkan hilang selepas tiga hari dari pelabuhan yang sama nama di Lautan Pasifik. Kusche turut mendakwa bahawa peratusan besar dari kejadian yang mencetus pengaruh misteri Segi tiga sebenarnya berlaku jauh dari tempat itu. Sering kali penyelidikannya amat mudah: dia hanya meneliti akhbar masa itu dan melihat fakta seperti laporan cuaca yang tidak pernah disebut dalam cerita tersebut.
Kusche membuat beberapa kesimpulan:
- Jumlah kapal dan kapal terbang yang dilaporkan hilang di kawasan tersebut tidak terlebih besar, secara bandingan, dengan tempat lain di lautan.
- Di kawasan sering dilanda ribut tropika, jumlah kehilangan yang berlaku di situ, bagi kebanyakan masa, tidak melampau, tidak bermistri; tambahan lagi, Berlitz dan penulis lain sering kali gagal melaporkan ribut sedemikian.
- Jumlah yang dilaporkan juga dibesar-besarkan oleh penyelidikan tidak teliti. Bot yang dilaporkan sebagai hilang, tetapi akhirnya (sungguhpun lambat) kembali ke pelabuhan mungkin tidak dilaporkan.
- Sesetengah kehilangan sebenarnya, tidak pernah berlaku. Satu kemalangan kapal terbang terhempas yang dikatakan berlaku pada 1937 di Pantai Daytona, Florida, di hadapan beratus-ratus saksi; pemeriksaan dengan akhbar tempatan tidak mebuah hasil.
Kusche menmbuat kesimpulan bahawa:
- Lagenda Segi tiga Bermuda adalah misteri buatan .. yang diteruskan oleh penulis yang secara sengaja atau tidak sengaja menggunakan salah faham, kesimpulan salah (faulty reasoning), dan sensationalism.[7]
Pendapat lain
Syarikat insuran laut Lloyd dari London telah menentukan bahawa Segi tiga Bermuda tidak lebih bahaya berbanding kawasan laut lain, dan tidak mengenakan kadar bayaran lebih bagi laluan kawasan tersebut. Rekod Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengesahkan keputusan mereka. Malah, jumlah yang dikatakan hilang tidak penting berbanding jumlah kapal dan kapal terbang yang melalui kawasan tersebut secara tetap.
Pengawal Pantai secara rasminya menolak kepercayaan mengenai Segi tiga Bermuda, mengambil kira bahawa mereka mengumpul dan menerbitkan, melalui penyelidikan mereka, banyak dokumentasi[8] menafikan kebanyakan kejadian yang ditulis mengenai penulis Segi tiga Bermuda. Salah satu kejadian seumpamanya membabitkan letupan 1972 dan tenggelamnya kapal tangki V.A. Fogg di Teluk Mexico, Pengawal Pantai merakamkan kapal pecah dan mengambil beberapa mayat [9] sungguhpun salah seorang pengarang segi tiga Bermuda mendakwa semua mayat hilang kecuali kapten, yang dijumpai di kabin masih memegang cawan kopi (Limbo of the Lost oleh John Wallace Spencer, edisi 1973).
Penyelidik yang mempertikai, seperti Ernest Taves dan Barry Singer, telah memberi perhatian bahawa misteri dan paranormal amat popular dan menguntungkan. Ini telah mendorong kepada pengeluaran sejumlah besar bahan mengenai topik tersebut seperti segi tiga Bermuda. Mereka mampu menunjukkan bahawa sesetengah bahan menyokong-paranormal sering kali mengeliru dan tidak tepat, tetapi ia masih tetap dipasarkan. Mereka dengan itu mendakwa bahawa pasaran condong kepada buku, TV khas, dsb. yang menyokong misteri Segi tiga dan menentang bahan penyelidikan terperinci sekiranya ia membawa sudut pandangan skeptik mengenainya.[10]
Penjelasan semulajadi
Hidrat Metana
Taburan seluruh dunia mendakan yang mengandungi hidrat gas luar pantai yang disahkan atau dijangkakan, 1996.
Sumber: USGS
Sumber: USGS
Penjelasan mengenai sesetengah kehilangan telah tertumpu kepada kewujudan sejumlah besar medan hidrat metana pada tebing benua. Ujian makmal yang dilakukan di Australia telah membuktikan bahawa buih sebenarnya mampu menenggelamkan model kapal berskala dengan mengurangkan ketumpatan air[11]; dan sebarang sampah yang timbul ke permukaan akan disebarkan dengan pantas oleh Arus Teluk. Ia telah dinyatakan secara hipotesis bahawa letupan metana berkala (kadang kala dikenali sebagai "gunung berapi lumpur") mungkin menghasilkan kawasan air berbuih yang tidak lagi mampu memberikan apungan yang mencukupi bagi kapal. Sekiranya ini berlaku, kawasan sedemikian yang terbentuk pada sekeliling kapal, mampu menenggelamkannya dengan pantas dan tanpa memberi apa-apa sebarang petanda.
Kapal terbang juga terdedah kepada sebarang perlepasan metana yang luar biasa. Sungguhpun metana adalah lebih ringan berbanding air, namun altimeter kapal terbang yang melalui kawasan itu tidak akan berfungsi baik, walaupun bacaannya menunjukkan bahawa kapal terbang itu lebih tinggi dari yang sebenarnya, menyebabkan timbul masalah pandu arah. (Altimeter mengukur tekanan, bukannya kepadatan udara.)
Satu kertas putih telah diterbitkan pada tahun 1981 oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat berkenaan kemunculan hidrat di kawasan Blake Ridge, di luar pantai tenggara Amerika Syarikat.[12] Bagaimanapun, berdasarkan laman web Kajian Geologi A.S, dipercayai tiada kejadian pelepasan besar-besaran gas hidrat telah berlaku di Segi Tiga Bermuda sejak 15,000 tahun yang lalu.[13]
Variasi kompas
Masalah kompas merupakan salah satu masalah yang disebut-sebut dalam kebanyakan kejadian di Segi Tiga Bermuda. Sesetengah penyelidik mencadangkan teori bahawa terdapat kepelikan magnetik tempatan di kawasan tersebut, bagaimanapun ia belum dibuktikan.
Hurikan
Hurikan adalah ribut yang amat kuat yang berasal dari Atlantik berhampiran khatulistiwa, dan berdasarkan sejarah telah bertanggung jawab bagi kehilangan beribu-ribu nyawa dan kerosakan bernilai berbilion dolar. Penengelaman armada Sepanyol Francisco de Bobadilla pada 1502 merupakan rekod pertama mengenai kemusnahan hurikan. Pada 1988, Hurikan Gilbert, salah satu hurikan paling kuat dalam sejarah, memundurkan ekonomi Jamaika selama tiga tahun. [perlu rujukan] Ribut ini pada masa lalu menyebabkan beberapa peristiwa yang berkait dengan Segi Tiga Bermuda.
Arus Teluk
Arus teluk merupakan arus laut yang berasal dari Teluk Mexico, dan merentasi Selat Florida, ke lautan Atlantik Utara. Pada asasnya, ia merupakan sungai di laut, dan sebagaimana sungai lain, ia mampu dan membawa objek terapung. Kapal terbang kecil yang mendarat di air atau bot yang mengalami kerosakan enjin akan di bawa lari dari kedudukan dilaporkannya oleh arus, sebagaimana yang berlaku kepada kruiser kabin (cabin cruiser) Witchcraft pada 22 Disember 1967, apabila ia melaporkan kerosakan enjin berhampiran boya penanda satu batu (1.6 km) dari pantai Miami , tetapi tidak kelihatan apabila bot Pengawal Pantai tiba di sana..
Ombak gadang
Ombak amat besar mampu muncul secara rawak walaupun semasa laut tenang. Salah satu ombak gadang menyebabkan Ocean Ranger, sebuah pelantar minyak persisiran terbesar, terbalik pada 1982. Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang sebab bagi ombak gadang berlaku lebih kerap di Segi Tiga Bermuda, dan penjelasan ini tidak menjelaskan misteri kehilangan kapal terbang.
Perbuatan manusia
Kesilapan manusia
Satu daripada alasan rasmi yang popular mengenai kehilangan kapal terbang atau kapal laut adalah disebabkan oleh kesilapan manusia. Sama ada disengajakan atau tidak, kesilapan manusia dikenal pasti sebagai penyebab kemalangan dan kehilangan yang dilaporkan di Segi Tiga Bermuda. Sebagai contoh, kesilapan manusia dikenal pasti sebagai punca kehilangan kapal tangki V.A. Fogg pada tahun 1972. Kedegilan juga menyebabkan ahli perniagaan Harvey Conover kehilangan kapal layarnya Revonoc ketika dia belajar dalam keadaan ribut di Florida pada 1 Januari 1958. Adalah diingatkan bahawa sebab-sebab kehilangan tidak dapat dijelaskan kerana bangkai kapal yang hilang tidak dijumpai untuk dikaji.
Tindakan kemusnahan yang disengajakan
Perkara ini jatuh dalam dua kategori: perbuatan kerana perang, dan perbuatan lanun. Rekod-rekod berkenaan banyak kehilangan orang di dalam fail-fail musuh Amerika Syarikat telah diperiksa; sedangkan banyak penenggelaman telah dikatakan disebabkan oleh penyerang permukaan atau kapal selam semasa Perang Dunia dan didokumenkan di dalam buku log perintah, banyak yang lain yang disyaki termasuk dalam kategori itu masih tidak dapat dibuktikan; kehilangan USS Cyclops pada 1918 serta kapal-kapal saudaranya, Proteus dan Nereus, dalam Perang Dunia II disyaki ditenggelami oleh kapal selam tetapi sebarang hubungan itu tidak dapat dijumpai dalam rekod Jerman.
Melanun, sebagaimana ditakrifkan sebagai merampas kapal atau perahu di laut lepas, ialah suatu kejadian yang masih berlaku. Sedangkan melanun untuk merampas kargo adalah jauh lebih biasa di Lautan Pasifik dan Lautan India, penyeludup dadah juga merampas lancang peranginan untuk menjalankan kegiatan penyeludupan mereka dan mungkin terlibat dalam sesetengah kehilangan sekoci dan anak kapal di Laut Caribbean. Di Caribbean, kegiatan melanun merupakan suatu kegiatan yang biasa dari sekitar 1560 hingga 1760-an, dengan Edward Teach (Blackbeard) dan Jean Lafitte merupakan antara lanun yang termasyhur di laut itu dari segi sejarah. Lafitte kekadang juga dikatakan sendiri merupakan mangsa Segi Tiga.
Satu bentuk melanun yang lain dijalankan di darat. Lanun di pantai akan memancar cahaya untuk menunjukkan arah yang salah kepada kapal-kapal untuk mengakibatkan nahas kapal lalu merampas kargonya. Adalah mungkin juga bahawa lanun tersebut akan membunuh mana-mana anak kapal yang membantah. Nags Head, Carolina Utara, dinamai sempena amalan lanun untuk menggantung lantera pada kepala kuda yang kedua-dua belah kakinya diikat supaya kuda itu tidak lari semasa berjalan di pantai.
Teori mengarut
Para penulis mengenai Segi Tiga banyak menggunakan teori kuasa ghaib untuk menjelaskan perkara yang terjadi. Satu teori menyalahkan peninggalan teknologi dari benua yang hilang iaitu Atlantis. Teori ini dikaitkan dengan batu timbul yang dikenali sebagai Jalan Bimini berdekatan dengan pulau Bimini di Bahamas, yang kebetulan terletak di dalam segi tiga mengikut pendapat sesetengah orang. Pengikut ahli psikik bernama Edgar Cayce mengatakan bukti kewujudan Atlantis ditemui pada tahun 1968 atau 1969 yang merujuk kepada penemuan Jalan Bimini. Mereka percaya kewujudan batu ini sebagai jalan, benteng atau struktur lain, walaupun ahli geologi menganggapnya sebagai satu fenomena semulajadi.[14]
Mereka yang lain pula mengaitkan kehilangan kapal dengan UFO. Idea ini digunakan oleh Steven Spielberg dalam filemnya Close Encounters of the Third Kind yang menggambarkan kehilangan Penerbangan 19 dengan penculikan makhluk asing.
Charles Berlitz, cucu kepada seorang ahli linguistik dan penulis buku fenomena beranomali, berpendapat kehilangan di Segi Tiga disebabkan oleh kuasa ghaib yang tidak dapat dijelaskan.
Peristiwa-peristiwa terkemuka
Flight 19
Pesawat TBF Grumman Avenger milik Tentera Laut Amerika Syarikat, menyerupai Flight 19. Gambar ini banyak digunakan oleh ramai pengarang Segi Tiga Bermuda bagi menggambarkan Flight 19. (Tentera Laut A.S)
Flight 19 merupakan penerbangan latihan yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger yang telah hilang pada 5 Disember, 1945 di atas perairan Lautan Atlantik. Mengikut tanggapan, penerbangan ini telah menempuh fenomena luar biasa dan bacaan-bacaan kompas yang janggal. Penerbangan ini dilakukan pada hari tenang dengan diketuai oleh seorang juruterbang yang berpengalaman, Lt. Charles Carroll Taylor. Tambah membingungkan, laporan pihak tentera laut berkenaan kemalangan ini dianggap "disebabkan atau punca tidak diketahui". Dipercayai, ibu Lt. Taylor mahu menyelamatkan reputasi anak lelakinya, jadi beliau telah membuat mereka menulis "punca-punca tidak diketahui" apabila sebenarnya Lt. Charles berada 50 km ke arah barat laut di mana beliau percaya kedudukan beliau pada ketika itu. [15]
Meskipun fakta-fakta asas versi cerita ini adalah sebenarnya tepat, beberapa perincian-perincian penting telah hilang. Cuaca mula bergelora di penghujung kejadian; hanya Taylor yang memiliki banyak pengalaman dalam penerbangan, akan tetapi beliau tidak biasa dengan kawasan selatan Florida dan memiliki sejarah sesat semasa dalam penerbangan, perkara ini berlaku sebanyak tiga kali semasa Perang Dunia II, dan terpaksa mendaratkan pesawatnya di air sebanyak dua kali; dan laporan dan rakaman bertulis pihak tentera laut berkenaan dengan perbualan di antara Taylor dan juruterbang-juruterbang lain dalam Flight 19 tidak membayangkan sebarang masalah magnetik.[15]
Mary Celeste
Misteri peninggalan Mary Celeste pada 1872 sering kali dikaitkan dengan Segi Tiga Bermuda tetapi ini tidak tepat kerana kapal ini ditinggalkan di persisiran Portugis. Banyak teori telah dikemukakan sepanjang tahun berlalu bagi menjelaskan peninggalan kapal, termasuk wasap alkohol dari kargo dan penipuan insuran. Kejaidan ini kemungkinannya dikelirukan dengan penenggelaman kapal yang nama serupa, Mari Celeste, di persisiran Bermuda pada 13 September 1864, yang disebut dalam buku Bermuda Shipwrecks oleh Dan Berg.
Ellen Austin
The Ellen Austin supposedly came across an abandoned derelict, placed on board a prize crew, and attempted to sail with it to New York in 1881. According to the stories, the derelict disappeared; others elaborating further that the derelict reappeared minus the prize crew, then disappeared again with a second prize crew on board. A check of Lloyd's of London records proved the existence of the Meta, built in 1854; in 1880 the Meta was renamed Ellen Austin. There are no casualty listings for this vessel, or any vessel at that time, that would suggest a large number of missing men placed on board a derelict which later disappeared.[16]
USS Cyclops
Kemalangan ini menyebabkan kehilanggan jiwa yang terbesar dalam sejarah Tentera Laut A.S yang tidak berhubung kait dengan peperangan. Ia bermula apabila USS Cyclops dibawah arahan Lieutenant Commander G. W. Worley, hilang tanpa dapat dikesan bersama kira-kira 306 anak kapal pada 4 Mac 1918, selepas berlayar daripada Pulau Barbados. Teori kemungkinan ribut, karam dan aktiviti musuh mungkin menyebabkan peristiwa ini.[17][18]
Theodosia Burr Alston
Theodosia Burr Alston adalah anak kepada bekas Timbalan Presiden Amerika Syarikat Aaron Burr. Kehilangan beliau telah disebut sekali berkait dengan Segi Tiga Bermuda, di dalam The Bermuda Triangle oleh Adi-Kent Thomas Jeffrey (1975). Beliau adalah seorang penumpang kapal Patriot, yang berlayar dari Charleston, South Carolina ke New York City pada December 30, 1812, dan tidak lagi kedengaran selepas itu. Kegiatan lanun dan Perang 1812 dikaitkan sebagai penjelasan, juga teori yang mengatakan beliau ditempatkan di Texas, di luar daripada Segi Tiga Bermuda.
Spray
Kemahiran Kapten Joshua Slocum sebagai pelaut tidak dapat dipertikaikan lagi; dia merupakan orang pertama berlayar mengelilingi dunia seorang diri. pada 1909, dalam botnya kapal layar Spray dia mengambil haluan yang membawanya merentasi Caribbean ke Venezuela. Dia lenyap; tidak terdpat bukti langsung dia pernah berada dalan Segi tiga Bermuda apabila Spray hilang. Ia dipercayai bahawa dia dilanggar oleh kapal wap atau dihentam paus, dan Spray merupakan bot yang terlalu baik dan Slocum merupakan pelayar yang terlalu berpengalaman bagi punca lain untuk dianggap berlaku, dan pada 1924 dia secara rasmi diistiharkan sebagai mati. Sungguhpun misteri, tidak terdapat sebarang bukti bagi, atau menyangkal, aktiviti paranormal.
Carroll A. Deering
Schooner Carroll A. Deering, as seen from the Cape Lookout lightship on January 29, 1921, two days before she was found deserted in North Carolina. (US Coast Guard)
A five-masted schooner built in 1919, the Carroll A. Deering was found hard aground and abandoned at Diamond Shoals, near Cape Hatteras, North Carolina on January 31, 1921. Rumors and more at the time indicated the Deering was a victim of piracy, possibly connected with the illegal rum-running trade during Prohibition, and possibly involving another ship, S.S. Hewitt, which disappeared at roughly the same time. Just hours later, an unknown steamer sailed near the lightship along the track of the Deering, and ignored all signals from the lightship. It is speculated that the Hewitt may have been this mystery ship, and possibly involved in the Deering crew's disappearance.[19]
Douglas DC-3
Pada 28 Disember, 1948, sebuah pesawat Douglas DC-3 bernombor NC16002, telah hilang semasa dalam penerbangan daripada San Juan, Puerto Rico ke Miami. Tiada kesan pesawat atau 32 orang penumpang di atas kapal pernah dijumpai. Berdasarkan dokumen yang disusun oleh penyiasatan Badan Penerbangan Awam, kunci pada kemungkinan kehilangan pesawat telah dijumpai, tetapi jarang disentuh oleh penulis-penulis Segi Tiga Bermuda: bateri pesawat telah diperiksa dan didapati memiliki cas yang rendah, tetapi ia telah diperintahkan dipasang semula pada pesawat tanpa dicas semula oleh juruterbang semasa berada di San Juan. Whether or not this led to complete electrical failure will never be known. However, since piston-engined aircraft rely upon magnetos to provide electrical power and spark to their cylinders rather than batteries, this theory is unlikely.[20]
Star Tiger dan Star Ariel
These Avro Tudor IV passenger aircraft disappeared without trace en route to Bermuda and Jamaica, respectively. Star Tiger was lost on January 30, 1948 on a flight from the Azores to Bermuda. Star Ariel was lost on January 17, 1949, on a flight from Bermuda to Kingston, Jamaica. Neither aircraft gave out a distress call; in fact, their last messages were routine. A possible clue to their disappearance was found in the mountains of the Andes in 1998: the Star Dust, an Avro Lancastrian airliner run by the same airline, had disappeared on a flight from Buenos Aires, Argentina, to Santiago, Chile on August 2, 1947. The plane's remains were discovered at the melt end of a glacier, suggesting that either the crew did not pay attention to their instruments, suffered an instrument failure or did not allow for headwind effects from the jetstream on the way to Santiago when it hit a mountain peak, with the resulting avalanche burying the remains and incorporating it into the glacier. However, this is mere speculation with regard to the Star Tiger and Star Ariel, pending the recovery of the aircraft. It should be noted that the Star Tiger was flying at a height of just 2,000 kaki (610 m), which would have meant that if the plane was forced down, there would have been no time to send out a distress message. It is also far too low for the jetstream or any other high-altitude wind to have any effect.[21]
KC-135 Stratotankers
Pada 28 ogos 1963,sepasang kapal terbang milik U.S. Air Force iaitu KC-135 Stratotanker aircraft collided and crashed into the Atlantic. The Triangle version (Winer, Berlitz, Gaddis) of this story specifies that they did collide and crash, but there were two distinct crash sites, separated by over 160 batu (260 km) of water. However, Kusche's research showed that the unclassified version of the Air Force investigation report stated that the debris field defining the second "crash site" was examined by a search and rescue ship, and found to be a mass of seaweed and driftwood tangled in an old buoy.
SS Marine Sulphur Queen
SS Marine Sulphur Queen, kapal tangki T2 yang diubah suai dari pembawa minyak kepada pembawa belerang, kali terakhir dihubungi pada 4 Februari 1963 dengan anak kapal seramai 39 berhampiran Florida Keys. Marine Sulphur Queen merupakan kapal pertama disebut dalam Vincent Gaddis' 1964 rencana Argosy majalah, tetapi ia mengatakannya sebagai "belayar ketempat yang tidak diketahui"", sungguhpun lapuran Pengawal Pantai yang tidak hanya merekodkan sejarah penyelanggaraan kapal yang buruk, tetapi mengistiharkannya sebagai kapal yang tidak sesuai di laut dan tidak sepatutnya dibenarkan berlayar.[22][23]
Raifuku Maru
Salah satu kejadian yang paling terkenal di Segi Tiga Bermuda berlaku pada tahun 1921 (beberapa pendapat mengatakan beberapa tahun selepas itu), apabila sebuah kapal Jepun Raifuku Maru (kadang kala disalah erti sebagai Raikuke Maru) went down with all hands selepas menghantar isyarat meminta bantuan yang berbunyi "Bahaya seperti pisau belati sekarang. Datang cepat!", atau "Ia seperti pisau belati, datang cepat!". Ini telah menyebabkan para penulis membuat spekulasi berkenaan perkataan "dagger", with a waterspout being the likely candidate (Winer). Dalam realitinya, kapal ini bukan berada berdekatan Segi Tiga Bermuda, dan perkataan "pisau belati" bukan merupakan sebahagian daripada panggilan meminta bantuan kapal ("Sekarang sangat bahaya. Datang cepat."); telah belayar daripada Boston menuju ke Hamburg, Jerman pada 21 April, 1925, kapal ini terperangkap dalam ribut teruk dan tenggelam di Atlantik Utara dengan kesemua anak kapalnya sementara sebuah kapal lain, RMS Homeric, telah mencuba melakukan usaha penyelamatan tetapi tidak berjaya.[perlu rujukan]
Penulis mengenai Segi Tiga Bermuda
Kemalangan popular Segi Tiga Bermuda seperti yang dipetik di atas, selain dari dokumen-dokumen rasmi, datang dari kerja-kerja berikut. Harus diingatkan bahawa beberapa kemalangan yang dinyatakan berlaku di Segi Tiga Bermuda hanya didapati di dalam sumber-sumber berikut:
- Into the Bermuda Triangle: Pursuing the Truth Behind the World's Greatest Mystery, Gian J. Quasar, International Marine/Ragged Mountain Press (2003) ISBN 0-07-142640-X. (Reprinted in paperback (2005) ISBN 0-07-145217-6).
- The Bermuda Triangle, Charles Berlitz (ISBN 0-385-04114-4).
- The Bermuda Triangle Mystery Solved (1975). Lawrence David Kusche (ISBN 0-87975-971-2).
- Limbo Of The Lost, John Wallace Spencer (ISBN 0-686-10658-X).
- The Evidence for the Bermuda Triangle, (1984), David Group (ISBN 0-85030-413-X).
- Bermuda Shipwrecks, (2000), Daniel Berg(ISBN 0-9616167-4-1).
- The Devil's Triangle, (1974), Richard Winer (ISBN 0-553-10688-0).
- The Devil's Triangle 2 (1975), Richard Winer (ISBN 0-553-02464-7).
- The Bermuda Triangle (1975) by Adi-Kent Thomas Jeffrey (ISBN 0-446-59961-1).
Rujukan
- ^ Cochran-Smith, Marilyn (2003) "Bermuda Triangle: dichotomy, mythology, and amnesia", Journal of Teacher Education V54
- ^ "The Bermuda Triangle: Whatever became of the myth". The Telegraph. 4 Disember 2015. Dicapai pada 5 Julai2017.
- ^ "The Bermuda Triangle and the Hutchinson Effect". CSI. Dicapai pada 5 Julai 2017.
- ^http://strangegr.tripod.com/strangeandparanormalactivities/id25.html
- ^http://www.physics.smu.edu/~pseudo/BermudaTriangle/vincentgaddis.txt
- ^http://web.archive.org/web/20070930180553/http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-12789881_ITM
- ^ Kushe, epilogue, p. 277
- ^ http://www.uscg.mil/hq/g-m/moa/reportindexcas.htm
- ^ http://www.uscg.mil/hq/g-m/moa/boards/vafog.pdf
- ^ Taves, Ernest The Skeptical Inquirer,1978, 111(1), p.75-76; Singer, Barry The Humanist, XXXIX (3), 1979, p.44-45
- ^http://www.monash.edu.au/pubs/monash-news/2003/bubble.html
- ^ http://woodshole.er.usgs.gov/project-pages/hydrates/usgspubs.html
- ^ http://woodshole.er.usgs.gov/project-pages/hydrates/bermuda.html
- ^ http://www.csicop.org/si/2004-01/geologists-adventures.html
- ^ a b http://www.bermuda-triangle.org/html/the_disappearance_of_flight_19.html
- ^ http://bermuda-triangle.org/html/ellen_austin.html
- ^http://web.archive.org/web/20021124223248/http://website.lineone.net/~dmerrill/html/bermuda_triangle.html
- ^http://www.bermudacruises.net/bermuda-information/myths_folklore.htm
- ^http://www.graveyardoftheatlantic.com/Deering/CADeeringHome.html
- ^ http://www.bermuda-triangle.org/html/the_tudors.html
- ^ http://www.uscg.mil/hq/g-m/moa/boards/marsulqueen.pdf
- ^https://archive.is/20120912115201/www.time.com/time/magazine/printout/0,8816,896573,00.html
Pautan luar
- Excerpts from Christopher Columbus' Log
- Text of Feb, 1964 Argosy Magazine article by Vincent Gaddis
- United States Coast Guard database of selected reports and inquiries
- Website of historian & Bermuda Triangle researcher Gian Quasar
- U.S. Navy Historical Center Bermuda Triangle FAQ
- U.S. Navy Historical Center (Selective Bibliography)
- The Bermuda Triangle: Startling New Secrets, Sci Fi Channel documentary (November 2005)
- Bermuda Triangle & Bermuda links
- Navy Historical Center: The Loss Of Flight 19
- On losses of heavy ships at sea
- Bermuda Shipwrecks
- Association of Underwater Explorers shipwreck listings page
- Dictionary of American Naval Fighting Ships
Lihat juga
PENGETAHUAN AGAMA ISLAM
Ustaz Abd Aziz bin Harjin, Pesyarah UiTM Perlis, Malaysia.
Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda
Oleh: Nor Syazana Binti Roslan
1. Keluarga dajjal dan permulaan timbulnya bencana
Sejak dari zaman nabi Adam lagi dan juga nabi-nabi yang seterusnya mereka semua telah memperingatkan kepada pengikut-pengikut mereka bahawa ada satu makhluk yang tidak ditetapkan oleh Allah s.w,t akan bila ajalnya dan betapa bahaya nya fitnahnya yang boleh menghancurkan umat islam. Dajjal adalah makhluk yang dilaknat oleh Allah s.w.t kerana mengingkari perintah-Nya. Dajjal yang dilaknat ini juga yang selalu merancang langkah-langkah untuk menghina dan mecelakakan umat islam serta menggerakkan boneka dengan penuh kecerdikan di belakang layar. Oleh itu penulis Muhammad Isa Dawud merasakan bahawa dirinya bertanggungjawab untuk menyampaikan berita ini kepada umat zaman ini. Melalui pelbagai kitab-kitab dan juga pengalaman pergembaraan beliau untuk mencari maklumat mengenai dajjal yang dilaknat oleh Allah s.w.t. Di dalam buku ini penulis memulakan kisah kehidupan Dajjal yang dilaknat bermula dengan kelahirannya. Kelahirannya di negeri nama yang diberi nama Samirah. Samirah adalah sebuah negeri kecil yang terletak di palestin. Akan tetapi ia menjadi terkenal sewaktu zaman nabi Daud dan juga ibu kota bani Israel warisan nabi Sulaiman. Ini berdasarkan segi masa kelahiran nabi Musa yang kira-kira abad sebelumnya. Ibu bapa Dajjal berketurunan Yahudza. Setelah mereka berkahwin selama tiga puluh tahun mereka melahirkan seorang anak yang amat membahayakan orang tuanya dan tidak langsung memberikan manfaat. Nabi Muhammad juga pernah menghadiskan bahawa “kedua matanya tidur tapi hatinya tidak” dan juga “ayah dan ibu Dajjal melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tetapi tidak mendapatkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling bahaya dan paling sedikit manfaatnya,kedua matanya tertidut tapi hatinya terjaga. Keluarga Dajjal, ayah,ibu,atuk dan nenek nya adalah penyembah lembu berhala betina bahkan lembu betina bukan sekadar patung tetapi jelmaan syaitan yang menyerupai dirinya dengan lembu betina itu. Ini diketahui bahawa mana-mana rumah yang dihiasi dengan patung-patung nescaya bahawa malaikat tidak akan singgah di dalam rumah itu dan rumah itu hanya akan dipenuhi oleh syaitan dan iblis. Ibu bapa Dajjal menyembelih haiwan sebagai korban untuk diberikan kepada berhala itu dan menuangkan arak sambil berdoa setiap hari bahawa mereka meninginkan seorang anak laki-laki. Akhirnya Allah meninginkan kehamilan kepada ibu Dajjal. Sementara perhubungan mahram itu terjadi tugas syitan pula ialah memasuki saluran air kencing laki-laki pemyembah berhala setiap kali ia mencampuri isterinya. Maka bertemulah campuran sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang penuh kedengkian dari jin, sesuai dengan yang ditakdirkan oleh yang maha kuasa. Pada suatu malam yang amat menakutkan, diiringi hembusan angin, badai salji dan hujan lebat pasangan suami isteri itu mendengar patung berhala lembu betina yang mereka sembah itu bersuara bahawa mereka akan dikurniakan seorang anak laki-laki dengan syarat bahawa keduanya perlu taat dan harus menumpahkan banyak lagi korban jika tidak ia akan mengantikan anak itu dengan anak perempuan.
Syaitan ini sebenarnya mempermainkan manusia ini kerana syaitan itu telah pun mengetahui bahawa wanita itu sudah hamil tetapi tidak mengatahui adakah kandungan itu lelaki ataupun perempuan jika yang lahir kelak adalah anak perempuan syaitan itu kan menyatakan bahawa mereka tidak taat kepadanya. Setelah kelahiran Dajjal ia membawa sial kepada ibu kandungnya sendiri. Setelah lahir Dajjal tidak pernah meminum susu ibunya dan menyebabkan ibu mati kerana tertahan susu seterusnya menyebabkan keracunan. Nabi Muhammad juga pernah bersabda bahawa ”ayahnya tinggi gemuk dan hidungnya seperti paruh burung manakala si ibu banyak dagingnya dan gemuk badannya. Kedua tangannya pun panjang dan kedua teteknya pun besar. Anak laki-laki itu juga hanya bergerak beberapa kali dalam masa beberapa tahun sehingga menyebabkan orang tuanya menyangka ia lumpuh ataupun telah mati. Pada suatu hari anak itu bergerak meskipun ia tidak tahu berjalan walaupun telah mencecah usia 4 tahun anak itu berjalan menuju ke berhala tersebut dan tidur di itu. Si ayah yang bangun keesokkan harinya pula mendapati bahawa anaknya itu tidur di tempat tuhan-tuhan mereka. Oleh sebab anak itu tidak tahu berjalan dan lumpuh maka berita itu pun cepatnya tersebar keseluruh negeri. Berita itu juga smapai ke pengetahuan hakim lalu hakim itu memanggil si ayah untuk dibicarakan. Hakim mendakwa si ayah sengaja meletakkan anaknya disitu dan menyebarkan cerita palsu dan mengkehendaki si ayah untuk mengakuinya. Si ayah berkeras dan hakim memerintahkan si ayah untuk di kurung dan di dera dan anak laki-laki itu dipelihara di istana hakim. Di sini dapat dilihat bahawa anak ini sangat merbahaya kepada orang tuanya sendiri apatah lagi kepada orang lain. Setelah usianya genap lima tahun ia mulai berjalan dan berkomunikasi dengan orang disekelilingnya dan negeri tempat dia dipelihara itu telah diturunkan azab dari Allah s.w.t kerana umat itu mengamalkan zina dan liwat dan Allah memerintahkan jibril membenamkan mereka ke dalam tanah dan yang terselamat hanyalah seorang anak kecil yang berada di istana hakim. Jibril ditugaskan membawa anak itu ke sebuah pulau dan memeliharanya.
Pulau itu dikenal dengan nama Jazirah ath-thu ban ar rahib wa ad-dabbah al-halba(pulau ular yang mengerikan dan haiwan berbulu tebal. Di pulau itu terdapat ular yang akan menyengat mana-mana pedagang yang singgah ke pulau dan ular itu buta kedua matanya dan diarahkan oleh haiwan berbulu tebal itu. Pulau itu terletak di lautan hindi dekat negeri Yaman. Bahagian laut yang penuh pulau-pulau dan berdekatan pulau laut Yaman. Di pulau itu anak kecil itu dipelihara oleh jibril dengan memberinya makan dan minum. Setelah umurnya genap lapan tahun ia mula kurang tidur,mampu bergerak berdiri,bergerak dan berfikir. Setelah beberapa ketika anak kecil itu berjumpa dengan haiwan bebulu yang berbicara dengan anak itu dalam bahasa yang amat difahami dan berkata kepada dia adalah anak yang diselamatkan oleh malaikat Agung yakni jibril daripada bencana yang amat dahsyat dan menyuruh anak itu mentaati Allah dan jangan sesekali mengkhianatinya. Kemudian binatang besar itu mengajar anak itu huruf dan mereka pun bergerak kebeberapa longgokan batu yang tertulis perkataan.
Batu-batu itu tertulis tiada tuhan selain Allah, Allah maha esa tiada sekutu baginya, dia diurus oleh jibril, hanya engkau di muka bumi ini, anak itu boleh makan apa sahaja yang dikehendakinya, anak itu haruslah menjadi anak zaman kini dan janganlah dia menjadi anak pada zaman lalu dan dia hanya harus mempercayai hanya satu kitab yakni kitab Al-quran yang akan dibawa oleh nabi terakhir iaitu Muhammad. Jadi sekarang hanya terpulang kepada anak itu sendiri bahawa ingin menjadi orang yang baik-baik atau orang yang jahat. Setelah lama masa berlalu ia pun menginjak ke umur dua puluh tahun dan belum pernah sekali pun menunaikan ibadatnya. Ia langsung tidak percaya kepada kewujudan Allah dan malaikat jibril. Hanya yang ia ketahui ialah ia keseorangan dan semua hidupan tunduk kepadanya. Binatang itu berkata lagi kepada ia pada suatu hari ia akan melalui satu hari tanpa dapat tidur dan selepas hari itu dia kan dilaknat oleh Allah dan selepas itu dia akan keluar dari pulau itu dan berjumpa dengan tiga rasul terakhir. Satu hari matahari pun terbit tanpa lelaki itu dapat tidur.
Selepas itu dia cuba untuk menyalakan api agar dapat diselmatkan oleh manusia yang lain seperti dirinya juga. Lelaki itu menyalakan api selama tiga hari berturut-turut dan pada hari ketiga sebuah benda yang besar menghampiri pulau tersebut dan keluar lah lima orang lelaki arab yang kesemuanya berasal dari Yaman. Akhir dia pun sampai ke negeri Yaman yang makmur itu. Dia pun berkerja sebagai seorang pelayan dan dia pun amat teringin kembali ke tempat asal moyang dan ibu bapanya iaitu palestin akan tetapi sebelum itu dia amat merindui pulau kecil itu dan bercadang ingin pulang kesan terlebih dahulu. Dia pun membeli sebuah kapal besar hasil dari pengembaraannya ke beberapa buah negeri. Lalu ia pun sampai ke pulau itu menaiki kapal yang dibeli nya.
Selepas itu dia pun mula berangkat ke negeri moyangnya iaitu palestin. Walaupun dia sudah berusia lebih dari seratus tahun namun die tetap merasakan dirinya amat sihat dan tidak lemah seolah-olah umurnya terhenti ketika waktu nya muda. Sesampai nya di palestin dia terus menanyakan kepada peristiwa anak kecil diculik oleh seorang malaikat dan tidak seorang pun dari rakyat disitu mengetahuinya dan hanya seorang lelaki yang sudah lanjut umurnya mengetahui cerita tersebut. Dia mula bertanya kepada penduduk apa yang disembah oleh mereka dan mereka menyatakan bahawa mereka menyembah lembu kerana lembu memberi banyak kebaikan kepada mereka semua. Lelaki itu tidak mahu menyembah benda yang tidak dapat melihat dan mendengar bahkan ia menyembah dirinya sendiri kerana dia merasakan hanya dirinyalah yang layak disembah dan dia mula merasakan dirinya ialah tuhan. Setelah lama berada di samirah dia mengembara pula ke negeri mesir kerana sangat tertarik kepada negeri tersebut dan juga fir’aun yang amat berkuasa. Ia menjadi kepada pembantu dukun amat dan tertarik bila diceritakan mengenai musa.
Ketika berada di mesir dia mengatakan dirinya adalah musa samiri kerana kisah hidupnya sama seperti musa tetapi mereka berlainan mazhab. Ketika berada di mesir dia mengahwini seorang wanita dari kaum bani israel dan mereka tidak dikurnaikan seorang anak pun. Ketika di zaman nabi musa samiri menjadi orang yang menyuruh bani israel agar tidak mengikut telunjuk nabi musa. Ketika itu nabi musa amat marah dan bersemuka dengan Dajjal dan menghalaunya dari negeri berkenaan. Ia adalah seorang manusia mempunyai pemikiran cemerlang berbanding dengan manusia yang lain. Bahkan ia mengetahui beberapa kaedah ilmiah kimia dan fizik yang memungkinkan ianya berinovasi dalam melakukan banyak hal yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain. Nabi Muhammad telah bersabda bahawa tiada seorang pun punya kekuasaan untuk mengatasi Dajjal kecuali nabi Isa bin Maryam. Di akhir zaman nanti akan muncullah imam mahdi yang akan melawan Dajjal dan akan dibantu pula oleh Nabi Isa Bin Maryam yang akan melenyapkan keperibadian Dajjal sampai musnah. Sesudah dihalau oleh nabi musa ia merantau ke serata dunia sebelum pulang ke pulau tersebut.
Akan tetapi dia mendapati bahawa binatang berbulu itu sudah tiada lalu ia pun keluar ke dunia. Setelah itu dia berjumpa pula nabi kedua yakni nabi isa bin maryam. Di pulau berkenaan binatang berbulu itu pernah menyatakan bahawa jika ia menduakan nabi kedua dan muncul pula nabi ketiga ia akan menjadi tuhan yang memerintah tapi tidak berkuasa. Setelah itu dia mengembara pula ke china;jepun dan India. Akan tetapi dia masih tidak berpuas hati akan tahap kehidupannya lalu pulang semula ke pulau di laut yaman tersebut. Sesampainya ia disana binatang berbulu itu bersama dua puluh orang yang mukanya amat bersinar sedang menunggu kedatangan beliau. Tiba-tiba 20 orang tersebut menyerangnya kerana ketakutan ia pun pengsan. Setelah ia sedar ia mendapati dirinya diikat menggunakan rantai besi yang amat besar dan dirinya ditempatkan didalam gua. Seraya itu dia menjerit-jerit agar dirinya dilepaskan binatang itu berkata padanya bahawa dia ki ni berada diakhir zaman kerana kekasih Allah yakni nabi Muhammad telah lahir kedunia beberapa hari yang lalu janji Allah ialah masanya dia kan terlepas dari ikatan itu dan keluar kedunia bila terputus buah kurma Baisan, berkurangnya air tasik Tabary, keringnya air mata Zughar dan banyak terjadi banyaknya gempa bumi yang dahsyat. Setelah kejadian itu pengaruh Dajjal meluas ke seluruh dunia dalam menanamkan benih-benih kehancuran di kalangan manusia. Seperti mana yang dapat kita lihat banyaknya perpecahan kaum di dunia pada ketika ini. Dajjal adalah seorang yang snagat genius tetapi dia adalah genius yang jahat. Didalam rancangan jahatnya ia ingin sekali menguasai mesir. Dia adalah makhluk pertama yang menyatakan bahawa kaum yahudilah yang mencipta piramid bahkan pada pandangan kaum yahudi Dajjal ialah raja yahudi yang amat ditunggu-tunggu kemunculannya. Mesir negara amat ditakuti olehnya dan pengikutnya kerana tenteranya adalah yang paling baik dimuka bumi, tokohnya adalah yang paling sabar. Para wanitanya melahirkan pahlawan, ia juga kerana mesir ialah pusat pembangunan islam moden dan8 Dajjal juga dikaitkan dengan disebalik misteri segitiga bermuda dan juga kewujudan piring terbang. Segi tiga bermuda mencapai 770 ribu kilometer. Hujung utara berada di bermuda,hujung tenggara berada di puertorico dan hujung barat berada di miami. Di pulau segi tiga bermuda ini terdapatnya benteng-benteng yang dibina oleh Dajjal. Benteng-benteng ini mempunyai daya tarikan magnet yang amat kuat sehinggakan dapat menarik apa jenis jua yang terdapat di permukaan air. Dajjal juga mengamalkan satu prinsip iaitu “barang siapa yang masuk maka ia tidak akan keluar. Sejak puluhan tahun kebelangkangan ini dunia mula memperkatakan mengenai kewujudan piring terbang. Ramai dikalangan kita tertanya-tanya bahawa adakah benar di alam semesta yang diciptakan oleh tuhan ini juga mempunyai kehidupan yang lain iaitu kehidupan di planet lain. Hidupan yang mana hanya dapat kita ketahui dari kajian yang dilakukan oleh saintis-saintis di luar negara. Wahai umat muslimin sekalian sebagai umat islam kita janganlah tertipu dengan semua fakta-fakta yang diberikan oleh negara-negara barat itu. Para ilmuwan islam percaya bahawa kemunculan piring-piring terbang ini amatlah berkaitan dengan Dajjal yakni makhluk yang dilaknat oleh Allah dan manusia paling jahat di dunia. Kita semua sedia maklum bahawa Dajjal dikurniakan oleh Allah s.w.t pemikiran yang genius yakni berkali-kali ganda melebihi manusia biasa. Tidak hairanlah jika ia mencipta segala peralatan-peralatan canggih yang digunakan oleh ’makhluk-makhluk asing tersebut’ dan kemudian pula mereka-reka cerita bahawa makhluk-makhluk itu berasal dari planet-planet lain. Mengikut dari cerita-cerita yang diceritakan oleh saksi-saksi yang pernah berjumpa dengan makhluk-makhluk tersebut mereka menyatakan bahawa mereka tidak ubah seperti manusia biasa seperti kita cuma yang membezakan antara mereka dan kita ialah teknologi yang digunakan oleh mereka. Ilmuwan-ilmuwan ini juga percaya bahawa makhluk-makhluk ini berasal dari manusia-manusia yang dilaporkan hilang setelah melalui kawasan perairan segi tiga bermuda.
Kehilangan mereka disebabkan Dajjal telah pun menjadikan mereka sebagai pengikutnya di pulau tersebut. Akhir sekali ialah disini terdapat tujuh hakikat yang disertakan oleh Muhammad Isa Dawud. Hakikat yang pertama ialah pada masa kini masih terdapat beberapa golongan yang cuba melindungi dari memperkatakan perkara sebenar kepda rakyat jelata. Mereka tidak memberitahu perkara yang sebenar mengenai kewujudan piring-piring terbang tersebut. Ini adalah kerana ingin menjaga kepentingan bangsa mereka terutamanya bangsa yahudi. Hakikat yang kedua pula ialah piring-piring terbang itu hanyalah pesawat-pesawat yang direka direkabentuk untuk dijadikan roket, pesawat terbang, pesawat ruang angkasa dan sekaligus kapal selam dengan teknik yang luar biasa. Hakikat yang ketiga pula ialah para kelasi iaitu makhluk yang kita anggap makhluk yang datangnya dari planet lain sebenarnya dalah manusia biasa seperti kita juga. Mereka telah diculik dan dibesarkan di pulau segi tiga bermuda. Mereka dibiasakan dibiasakan berbicara dengan dialek dan bahasa asing yang kita kenal. Ini disebabkan oleh kerana Dajjal hidup terlampau lama dia mengetahui banyak bahasa yang tidak lagi digunakan oleh manusia pada zaman ini. Hakikat yang keempat pula ialah makhluk-makhluk ini sentiasa berada di sekeliling kita dan mereka mempunyai banyak pangkalan di dunia ini. Bahkan mengikut seorang saksi yang pernah berdialog dengan makhluk itu, makhluk itu menyatakan bahawa mereka memiliki pangkalan-pangkalan di dunia kita, di bawah permukaan bumi dan di bawah air. Mereka juga mengatakan pangkalan-pangkalan tersebut terletak di daerah-daerah yang disebut segitiga. Hakikat yang kelima ialah piring terbang itu hanyalah milik kepada Dajjal makhluk yang dikutuk Allah. Piring terbang itu bukanlah milik makhluk asing yang seperti dimomokkan orang. Pesawatnya itu pernah dinyatakan oleh nabi Muhammad s.a.w. Hakikat yang keenam pula ialah Dajjal ialah raja dan ketua umum yang memerintah dunia samar. Ia ialah raja yahudi yang amat ditunggu-tunggu oleh bangsa yahudi. Ia juga akan diperangi oleh imam mahdi dan akan mati di tangan nabi isa al-masih.
Hakikat yang terakhir ialah keluarnya Dajjal dengan mengakui dirinya sebagai nabi ialah tanda-tanda kiamat akan berlaku. Kita sebagai umat islam hendaklah berwaspada terhadap fitnahnya yang amat dahsyat lebih-lebih lagi janjinya yang ingin memusnahkan umat islam.disebalik kejadian-kejadian yang berlaku di dunia kita sekarang ini samada peperangan ataupun bencana alam ianya mempunyai kaitan dengan Dajjal makhluk yang dikutuk oleh Allah. Dari asalnya manusia yang diangkat oleh Allah dipelihara oleh malaikat yang agung yakni jibril tetapi kalah dengan hawa nafsu nya dan mengikut telunjuk syaitan dengan ingkar kepada suruhan Allah dan mengingkarinya kerana ia beranggapan hanya dia yang layak menjadi tuhan di alam semesta ini.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
P: 04-9882701
H: 013-4006206
🕋❣💟💞💗🕌🕌
Kisah Kerajaan Jin Segi Tiga Bermuda.
Apakah markas jin terletak di Segitiga Bermuda? Inilah soalan yang sampai sekarang masih merupakan misteri
Muhammad Isa Da-wud, seorang pakar jin dari Mesir, mengungkapkan bahawa ternyata iblis mempunyai banyak istana. Dia pindah dari satu istana ke istana yang lain untuk mengatur kera-jaannya yang sangat besar. Dari sanalah mereka mengen-dalikan seluruh aktiviti untuk menyesatkan dan menggoda manusia.
Al-Qur’an memberikan isyarat mengenai dua lautan yang mengalir, yang mempunyai suatu keajaiban. Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Dua lautan mengalir, dan kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilalui masing -masing. ” (Ar-Rahman: 20-21).
Dengan itu, bukankah pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya dari kalangan jin, boleh dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab ter-hadap hilangnya ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki Segiti Bermuda?
Pesawat-pesawat dan kapal laut yang dinyatakan hilang di Segitiga Bermuda itu tiada diketahui jejaknya lagi.
Kebiasaaanya, pesawat ataupun kapal laut yang mengalami kecelakaan ataupun tenggelam, dapat diketahui jejak atau bangkainya. Tetapi semua pesawat dan kapal yang hilang di Segitiga Bermuda tidak dapat dikesan sama sekali. Padahal pesawat atau kapal yang hilang itu dikendalikan oleh pilot dan nakhoda yang cekap.
Dari rakaman-rakaman yang berhasil ditemukan, dan setelah diadakan penyelidikan, kehilangan pesawat-pesawat dan kapal-kapal tersebut tetap masih merupakan misteri yang sukar untuk dibuktikan.
• Pasukan iblis bersama sekutu-sekutunya dari kalangan jin, boleh dikatakan sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap hilangnya ratusan pesawat dan kapal-kapal laut yang memasuki Segitiga Bermuda? ”
Segitiga Bermuda.
Antara pesawat-pesawat dan kapal-kapal yang hilang antara lain:• Pesawat Star Tiger, tanpa sebab-sebab yang jelas dan tanpa mengirim laporan apa pun, tiba-tiba lenyap dalam perjalanan ke Segitiga Bermuda. Padahal sebelum-nya pilot telah mengumumkan bahawa sebentar lagi mereka akan mendarat di tempat yang dituju tanpa sebarang halangan.
• Pesawat DC-3 dengan 35 penumpang hilang dalam jarak 80 km ke selatan Miami, tidak jauh dari Bermuda.
• Pesawat Star Areal yang hampir sama dengan pesawat Star Tiger, berangkat untuk meninggalkan Bermuda. Pilot mengumumkan bahawa cuaca sangat baik. Malangnya, pesawat tersebut tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan bangkainya.
• Sebuah kapal laut yang bernama Mary Silhouet, ditemukan sedang terapung-apung di tengah laut Bermuda dalam keadaan kosong. Penumpangnya adalah seorang paderi dengan isteri dan seorang anak serta lapan kelasi kapal.
• Kapal Carol Darling mendekati pantai Carolina Utara tanpa seorang pun penumpang kecuali dua ekor kucing. Sedangkan kelasi kapalnya yang berjumlah 12 orang hilang tanpa jejak. Kapal tersebut dalam keadaan baik, dengan enjinnya yang masih berfungsi. Yang sangat aneh dalam peristiwa ini adalah di kapal itu terdapat sebuah meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum dibersihkan. Nampaknya, suatu kejadian aneh telah berlaku dengan tiba-tiba.
• Kapal Houwitz tiba-tiba hilang bersamaan dengan peristiwa yang menimpa kapal Carol Darling, bahkan berlaku dalam waktu dan tempat yang sama. Kerajaan Amerika Syarikat sebelum-nya meyakini bahawa keja-dian yang menimpa dua kapal itu adalah disebabkan oleh para lanun laut.
• Kapal Syklob, sebuah kapal paling besar milik Amerika Syarikat tiba-tiba hilang di Segitiga Bermuda. Kerajaan Amerika merasa hairan bagaimana kapalnya hilang begitu saja tanpa dapat dikesan. Padahal kapal tersebut berlayar dalam cuaca amat baik dengan 300 kelasi. Seandainya kapal itu mengalami kesukaran atau-pun gangguan, tentunya mereka mengirimkan berita ataupun meminta bantuan, kerana kapal itu dilengkapi ^an radar dan alat-alat komukasi yang serba canggih.
• Lima pesawat tempur Amerika jenis TTB30 Finger bertolak dari pangkalannya di Lorderdile Florida. Kelima-lima pesawat itu terbang untuk meronda dan melakukan misi penyelamatan kapal-yang mengarungi lautan. Ketika jam menunjukkan pukul tiga petang, misi tersebut selesai melaksanakan tugasnya. Saat itu komando ekspedisi, Leftenan Charles Tylor, memberi arahan agar segera kembali ke pangkalan.
“Di sini Leftenan Charles Taylor, apa dapat didengar… ? Harap dijawab…kami kehilangan petunjuk untuk kembali… kami tersesat…saya tak dapat melihat daratan! Saya tak tahu arah Barat…semua yang ada di sekitar saya kacau… aneh .. .bahkan kawasan di mana kami berada sekarang tidak kami kenali…nampaknya… nampaknya. .. nampaknya….”
Tiba-tiba terdengar peringatan pertama tentang terjadi-nya bencana. Menara pengawas di Lorderdile Florida mendengar suara ketua ekspedisi Charley Taylor. Teks ucapannya yang dapat dirakam berbunyi: penyelamat itu tiba di tempat tujuan, tiba-tiba pesawat khusus itu hilang secara misteri tanpa dapat dikesan sedikit pun. Dengan itu lima pesawat peronda ditambah sebuah pesawat khusus yang membawa 13 pakar penyelamat, hilang secara tiba-tiba di Segitiga Bermuda.
Di tempat itu pula terdapat singgasana pusat kerajaan iblis yang dikutuk Allah s.w.t., dan bahawasanya jin termasuk di dalam struktur pemerintahan maharaja iblis.
Demikianlah berbagai peristiwa misteri yang berlaku di Segitiga Bermuda. Sehingga ianya dikenali juga dengan sebutan “Kuburan Atlantik.”Walaupun berbagai kajian dibuat untuk mengungkapkan misteri Segitiga Bermuda, satu hal yang sering dilupakan oleh para pengkaji dan peniliti adalah bahawa di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan markas kejahatan.
Menurut pengakun jin Musthafa kepada Muhammad Isa Dawud, masyarakat jin adalah masyarakat yang sangat maju dan memiliki peradaban yang amat tinggi berbanding masyarakat manusia, khususnya dalam menggali dan mengolah benda-benda alam dan unsur-unsur perlombongan.
Bahkan mereka telah berjaya menciptakan barang lombong yang bercampur dengan emas dan tembaga dan menghasilkannya menjadi suatu benda bermutu tinggi dengan menggunakan kaedah yang tidak mungkin dapat dilakukan manusia, kecuali di masa Nabi Sulaiman a.s. Jin Musthafa juga melaporkan kepada. Muhammad Isa Dawud:”Aku mahu menyampaikan suatu berita yang sangat penting, Di Segitiga Bermuda terdapat pusat pemerintahan makhluk ghaib dan markas kejahatan. Di tempat itu pula terdapat singgasana pusat kerajaan iblis”
Inggeris dan Jerman mahu membongkar rahsia Segitiga Bermuda. Mereka membuat satelit baru yang khusus untuk mengkaji keajaiban Bermuda, di samping satelit-satelit yang telah mereka luncurkan sebelumnya.
Ternyata mereka tidak dapat membongkar rahsia Bermuda. Sebab keajaiban yang ada di sana bukanlah keajaiban yang dapat dilihat dengan mata.
Sebab di sana terdapat sebuah kerajaan iblis yang sudah sangat tua sekali usianya. Bagaimanapun mereka tidak akan membahayakan sesiapa saja yang tunduk kepada Allah. Sesungguhnya bila ada seorang Muslim yang melewati daerah maut itu, dan ia membaca ayat-ayat Al-Qur’an, nescaya iblis bersama pasukannya tidak akan dapat mencelakakannya
🕋💟💟💗💗🕌
Barangan
95 Tahun Hilang di Segitiga Bermuda, Kapal Laut Ini Akhirnya Ditemukan
Pada 29 November 1925, kapal laut SS Cotopaxi berisik 32 awak melakukan pelayaran. Ia berangkat dari Charleston, South Carolina, AS, menuju Havana, Kuba. Saat mereka memasuki daerah Segitiga Bermuda, kapal itu hilang kontak. Baik kapal maupun seluruh awak yang ada di dalamnya lenyap tanpa jejak.
Kejadian itu kemudian menjadi mitos dan cerita mistis di tengah masyarakat. Bahkan, dalam sebuah adegan film garapan Steven Spielberg berjudul “Close Encounters of the Third Kind” pada 1977, kapal uap SS Cotopaxi dikisahkan muncul di tengah Gurun Gobi, sebuah kawasan gurun di antara China dan Mongolia.
Cerita-cerita itu masih didengungkan hingga saat ini. Di media sosial, misalnya, ada kisah yang menyebut kapal SS Cotopaxi telah muncul di pantai Kuba dalam keadaan kosong dan masih utuh seperti sedia kala. Beberapa orang kemudian menyebut Cotopaxi sebagai kapal hantu.
95 tahun berlalu. Sebuah fakta baru muncul dan menunjukkan bahwa kapal SS Cotopaxi tidak benar-benar hilang sebagaimana diceritakan.
Kapal itu ternyata tenggelam dan bangkainya telah ditemukan seorang peneliti dan penjelajah “Shipwreck Secret” bernama Michael Barnette.
“Itu sangat menarik. Aku sudah melakukan penyelaman kapal karam yang tak terhitung jumlahnya, namun penemuan kali ini benar-benar menakjubkan,” ujar Barnette, seperti dikutip HuffPost.
Upaya menemukan kapal SS Cotopaxi melalui jalan panjang dan tidak mudah. Barnette bersama tim mengumpulkan dokumen-dokumen bersejarah, termasuk dokumen dari perusahaan asuransi kapal untuk menemukan panggilan terakhir yang dikirim Cotopaxi pada 1 Desember 1925. Dengan memetakan rute kapal, koordinat sinyal, dan petunjuk lainnya, mereka menelusuri situs yang dikenal sebagai “Bear Wreck”, di lepas pantai St. Augustine, Florida.
Mereka menemukan sebuah kapal karam yang belum pernah diidentifikasi. Berdasarkan beberapa dokumen dan bukti yang ditemukan di situs Bear Wreck, mereka akhirnya menyimpulkan bahwa kapal itu adalah SS Cotopaxi yang hilang 95 tahun lalu.
“Ada beberapa hal yang mengkonfirmasi identitasnya (kapal Cotopaxi), seperti bentuk kapal, panjang dan ukuran boiler. Juga saya melihat kecocokan mesinnya, itu semua konsisten dengan informasi yang kami ketahui tentang Cotopaxi,” ujar Barnette.
St. Augustine sendiri ternyata tidak termasuk wilayah Segitiga Bermuda. Adapun Segitiga Bermuda adalah bagian Atlantik yang membentang dari Miami ke Bermuda hingga Puerto Riko. Beberapa orang percaya, di daerah tersebut banyak kapal dan pesawat menghilang secara misterius.
Menurut Layanan Kelautan Nasional Amerika Serikat (NOAA), hilangnya beberapa kapal dan pesawat di Segitiga Bermuda diduga akibat lingkungan ekstrem yang ada di sana. Menurut Simon Boxall, ahli kelautan University of Southampton, daerah Segitiga Bermuda bisa jadi berbahaya tapi bukan karena alasan supranatural. Daerah Segitiga Bermuda disebutnya menjadi tempat pertemuan badai, hingga menyebabkan cuaca di sana terbilang ekstrem untuk dilalui kapal laut.
🕋💟💞🕌🕌
to content
Search for:
Segitiga Bermuda
July 1, 2019Pengalaman Misterialam, alam ghaib, Alam Misteri, amerika serikat, aneh, antara, berhantu, cacat, cahaya, florida puerto rico, gambar segitiga bermuda, gemar, ghaib, hantu, hanya, indera keenam, ini, iring, juga, kami, kapal, karena, kisah, kisah misteri, kuat, lalu, luas, macam, masih, misteri nusantara, misteri segitiga bermuda, pantai, penerbangan, pesawat, pun, samudera, sangat, satu, Segitiga Bermuda, Segitiga Bermuda alam ghaib, Segitiga Bermuda aneh, Segitiga Bermuda belaan, Segitiga Bermuda berhantu, Segitiga Bermuda cacat, Segitiga Bermuda cerita, Segitiga Bermuda dunia, Segitiga Bermuda foto, Segitiga Bermuda gambar, Segitiga Bermuda hantu, Segitiga Bermuda latar belakang, Segitiga Bermuda menakutkan, Segitiga Bermuda Misteri, Segitiga Bermuda misteri nusantara, Segitiga Bermuda seram, Segitiga Bermuda video, seram, tak biasa, tulang, ufo
Segitiga Bermuda, Segitiga Bermuda Misteri,Segitiga Bermuda hantu, Segitiga Bermuda Misteri, Segitiga Bermuda seram, Segitiga Bermuda aneh, Segitiga Bermuda berhantu, Segitiga Bermuda menakutkan,Segitiga Bermuda seram, Segitiga Bermuda cerita,Segitiga Bermuda gambar, Segitiga Bermuda foto,Segitiga Bermuda latar belakang, Segitiga Bermuda misteri nusantara,Segitiga Bermuda cacat,Segitiga Bermuda alam ghaib, Segitiga Bermuda dunia,Segitiga Bermuda belaan,Segitiga Bermuda video,Segitiga Bermuda aneh,
Segitiga Bermuda
Bagi Anda yang gemar kisah misteri, pasti mengenal Segitiga Bermuda. Wilayah laut di selatan Amerika Serikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang tak terpecahkan. Misteri demi misteri bahkan telah dicatat oleh pengelana samudera macam Christopher Columbus.
Lebih dari itu, tak jauh dari kapal, pada suatu malam tiba-tiba para awaknya dikejutkan dengan munculnya bola-bola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.
Begitulah Segitiga Bermuda. Di wilayah ini, indera keenam memang seperti dihantui ’suasana’ yang tak biasa. Namun begitu rombongan Columbus masih terbilang beruntung, karena hanya disuguhi ‘pertunjukkan’. Lain dengan pelintas-pelintas yang lain.
Di lain kisah, Segitiga Bermuda juga telah membungkam puluhan pesawat yang melintasinya. Peristiwa terbesar yang kemudian terkuak sekitar 1990 lalu adalah raibnya iring-iringan lima Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah berpatroli melintas wilayah laut ini pada siang hari 5 Desember 1945. Setelah sekitar dua jam penerbangan komandan penerbangan melapor, bahwa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami disorientasi. Beberapa menit kemudian kelima TBF Avenger ini pun raib tanpa sempat memberi signal SOS.
.

Hilangnya C-119
Kisah ajaib lainnya adalah hilangnya pesawat transpor C-119 Flying Boxcar pada 7 Juni 1965. Pesawat tambun mesin ganda milik AU AS bermuatan kargo ini, hari itu pukul 7.47 lepas landas dari Lanud Homestead. Pesawat dengan 10 awak ini terbang menuju Lapangan Terbang Grand Turk, Bahama, dan diharapkan mendarat pukul 11.23.
11.23.

Pesawat ini sebenarnya
Pesawat ini sebenarnya hampir menuntaskan perjalanannya. Hal ini diketahui dari kontak radio yang masih terdengar hingga pukul 11. Sesungguhnya memang tak ada yang mencurigakan. Kerusakan teknis juga tak pernah dilaporkan. Tetapi Boxcar tak pernah sampai tujuan.
“Dalam kontak radio terakhir tak ada indikasi apa-apa bahwa pesawat tengah mengalami masalah. Namun setelah itu kami kehilangan jejaknya,” begitu ungkap juru bicara Penyelamat Pantai Miami. “Besar kemungkinan pesawat mengalami masalah kendali arah (steering trouble) hingga nyasar ke lain arah,” tambahnya.
“Benar-benar aneh. Sebuah pesawat terbang ke arah selatan Bahama dan hilang begitu saja tanpa jejak,” demikian komentar seorang veteran penerbang Perang Dunia II.
Banyak teori kemudian dihubung-hubungkan dengan segala kejadian di sana. Ada yang menyebut teori pelengkungan waktu, medan gravitasi terbalik, abrasi atmosfer, dan ada juga teori anomali magnetik-gravitasi. Selain itu ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena gampa laut, serangan gelombang tidal, hingga lubang hitam (black-hole) yang hanya terjadi di angkasa luar sana. Aneh-aneh memang analisanya, namun tetap saja tak ada satu pun yang bisa menjelaskannya.
Hingga saat ini,telah banyak tenggapan-tanggapan atau teori-teori mengenai peristiwa-peristiwan aneh dan ghaib yang terjadi di kawasan tsb,diantaranya:
Sebuah Argumen dari suatu Perusahaan Asuransi Kapal Laut
Perusahaan asuransi laut Lloyd’s of London menyatakan bahwa segitiga bermuda bukanlah lautan yang berbahaya dan sama seperti lautan biasa di seluruh dunia, asalkan tidak membawa angkutan melebihi ketentuan ketika melalui wilayah tersebut. Penjaga pantai mengkonfirmasi keputusan tersebut. Penjelasan tersebut dianggap masuk akal, ditambah dengan sejumlah pengamatan dan penyelidikan kasus.
Teori Lorong Waktu
Menurut beberapa peneliti,mungkin dikawasan ini terdapat sebuah gangguan atmosfir di udara berupa lubang di langit.Ke lubang itulah pesawat terbang masuk tanpa sanggup untuk keluar lagi. Dari misteri “Lubang di Langit” ini membentuk sebuah teori tentang adanya semacam perhubungan antara dunia dengan dimensi lain. lubang di Langit itu dianggap semacam alat transportasi seperti tampak di film Star Trek. Ataukah bentuk Lubang di Langit itu UFO? Orang sering menghubungkan hilangnya pesawat kita dengan munculnya UFO.
Blue Hole
Konon di dasar laut segitiga bermuda terdapat semacam lubang/gua dasar laut,dulu gua ini memang sungguh ada, tetapi setelahjaman es berlalu, gua ini tertutup.Arus didalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya hisap. banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang terhisap ke dalam blue hole itu tanpa daya,dan anehnya kapal-kapal kecil yang terhisap itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama.
Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini sanggup menelan
kapal raksasa ke dasar lautan?
Gas Metana
Penjelasan lain dari beberapa peristiwa lenyapnya pesawat terbang dan kapal laut secara misterius adalah adanya gas methana di wilayah perairan tersebut. Teori ini dipublikasikan untuk pertama kali tahun 1981 oleh Badan Penyelidikan Geologi Amerika Serikat. Teori ini berhasil diuji coba di laboratorium dan hasilnya memuaskan beberapa orang tentang penjelasan yang masuk akal seputar misteri lenyapnya pesawat-pesawat dan kapal laut yang melintas di wilayah tersebut.
Misteri Lidah Lautan
Kawasan Segitiga bermuda sering juga disebut sebagai Tongue of the Ocean atau Lidah Lautan. Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut (canyon).Ada beberapa peristiwa kecelakaan di sana. Tidak banyak yang belum diketahui tentang Segitiga Bermuda, sehingga orang menghubungkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya saja misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Agustus 1917.
Misteri Makhluk Sargasso
Misteri lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso,banyak kapal yang tak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut. Di sana terhimpun kapal-kapal dari berbagai jaman, harta karun, mayat tulang belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini 3650 km untuk panjang dan lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir arus yang kuat sekali, sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan searah jarum jam.
Angin Puting Beliung
Mungkin di kawasan ini sering terjadi badai laut yang mungkin bisa membentuk suatu pusaran angin yang dapat menyebabkan hancurnya sebuah pesawat terbang kerana terhempaskan.
🕋💟💟💗🕌






No comments:
Post a Comment