Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X الله أكبر
Alhamdulillah syukur kepada ALLAH
Cara Solat Maghrib: Panduan Asas (Lengkap)

Bagaimana cara solat maghrib?
Panduan ini akan menunjukkan cara mengerjakan solat fardu Maghrib secara langkah-demi-langkah, sehingga selesai.
Setiap bacaan akan dipermudahkan dengan ejaan RUMI bagi membantu mereka yang tidak pandai membaca jawi.
Perhatian:
Artikel ini ditulis khas untuk mereka yang baru belajar solat dan muallaf yang baru memeluk agama Islam.
Jika anda rasa artikel ini untuk anda, jom kita mulakan…
Isi kandungan panduan ini adalah:
Pengenalan
Solat Maghrib (صلاة مَغْرِب) merupakan salah satu solat fardu.
Solat ini terdiri daripada 3 rakaat.
Solat Maghrib ialah solat harian ke-4 dalam Islam dan ia dilakukan ketika senja.
Perkataan maghrib ialah istilah bahasa Arab bagi matahari senja; daripada perkataan غَرَبَ (gharaba), “terbenam”; “akan disembunyikan” (tetapi ia tidak digunakan bagi bulan yang terbenam).
Hukum solat maghrib adalah wajib untuk setiap muslim dan berdosa jika ditinggalkan.
Niat Solat Maghrib
Lafaz niat solat fardu maghrib adalah seperti berikut:

Usalli fardhal maghribi salasa raka’atin adaan lillahi ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.
Waktu Masuk Solat Maghrib
Waktu Maghrib bermula apabila matahari terbenam (hilang bentuk bulatannya) hingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit.
Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar panjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.
Namun seiring perkembangan teknologi, kita boleh mengetahui waktu setiap solat melalui kalendar solat atau secara online sahaja.
Bilangan Rakaat Solat Maghrib
Bilangan rakaat solat maghrib adalah sebanyak tiga rakaat.
Ia boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah.
Cara Solat Maghrib dan Bacaan Dalam Solat
Disini saya susunkan langkah-langkah mudah yang boleh anda ikuti untuk mendirikan solat ini:
Rakaat Pertama
Berdiri tegak dengan mengadap kiblat
Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud. Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.

Kemudian baca lafaz niat dalam bahasa arab:

Usalli fardhal maghribi salasa raka’atin adaan lillahi ta’ala
Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati
Ucap “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:
Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.


Membaca doa iftitah
Selepas mengangkat takbir, bacalah doa iftitah:

Doa iftitah dalam rumi
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Membaca al-Fatihah dan surah lain.
Selesai membaca doa iftitah, maka bacakan pula surah al-Fatihah

Setelah selesai membaca surah al-Fatihah, seterusnya baca pula surah-surah lain atau ayat-ayat di dalam al-Quran.
Contohnya surah al-Kafirun.

Rukuk
Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.

Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk:

Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan:

Sami Allahu liman hamidah

rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Sujud Pertama

Bertakbir lalu sujud dan membaca:

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan)
Duduk antara dua sujud

Duduk antara dua sujud dan membaca:

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Sujud Kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk meneruskan rakaat kedua.
Sebelum berdiri, disunatkan duduk istirahah iaitu duduk sebentar.
Cara duduknya seperti duduk iftirasy.
Cara Naik Ke Rakaat Seterusnya
Setelah duduk istirahah, letakkan kedua-dua tangan ke hadapan, angkat dahulu kedua lutut dengan menekan kedua-dua tangan.
Kemudian terus naik dengan kedua-dua tangan.
Rakaat Kedua
Rakaat kedua sama seperti rakaat pertama kecuali tidak ada niat, takbiratulihram dan doa iftitah
Kembali berdiri tegak, dan terus membaca al-fatihah
Seterusnya dengan ucapan Allahu akbar, terus kembali berdiri lurus.
Tangan kembali diletakkan di atas pusat di bawah dada dan bacalah al-Fatihah.

Selesai al-Fatihah, seterusnya bacalah surah lain.
Contohnya surah al-Ikhlas.

Rukuk
- Selepas selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.
- Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk:

Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
Iktidal (bangun dari rukuk)
Setelah bangun dari rukuk, bacalah tasbih berikut:


Sami Allahu liman hamidah, rabbana lakal hamdh
maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Sujud Pertama
Bertakbir lalu sujud dan membaca:

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan)
Duduk antara dua sujud
Duduk antara dua sujud dan membaca:

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Sujud kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir dan bangun untuk duduk tahiyat awal.
Duduk tahiyat awal
Sehabis sujud kedua, bangkit ke kedudukan tahiyat awal iaitu duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan.
Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.

Bacalah tahiyat awal sebagaimana di bawah.
- Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.

Bacaan Ketika Tahiyat Awal dalam Rumi:
Attahiyyatul Mubarakaatush sholawaatuth thayyibatu lillaah,
Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh,
Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahish shoolihiin.
Asyhadu allaa ilaaha illallaah,
Waasyhadu anna Muhammadan rasuulullaah.
Allahhumma sholli ‘alaa Saidina Muhammad
wa ‘ala aalihi Saidina Muhammad
Makna bacaan Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Selesai membaca tahiyat awal, maka bersedialah untuk bangun kembali.
Bertakbir dan dan berdiri untuk meneruskan rakaat ke tiga.
Rakaat ketiga
Rakaat ketiga (rakaat terakhir) adalah sama seperti rakaat pertama dan kedua, tetapi tidak perlu dibaca surah selepas selesai membaca surah al-Fatihah.
Berdiri tegak, membaca al-Fatihah

Rukuk
Setelah selesai membaca surah, teruskan bertakbir (Allahuakbar) dan rukuk.
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.

Bacaan tasbih semasa rukuk:

Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
Iktidal (bangun dari rukuk) sambil mengucapkan:

Sami Allahu liman hamidah

rabbana lakal hamdh
maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Sujud pertama
Bertakbir lalu sujud dan membaca:

Subhana rabbiyal a’la wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan)
Duduk antara dua sujud

Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Sujud kedua
Bertakbir lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaan sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bangun untuk tahiyat akhir.
Duduk tahiyat akhir

Sewaktu mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), disunatkan untuk menegakkan jari telunjuk kanan.

Bacaan Tahiyat Akhir dalam Rumi
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah.
Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.[/su_highlight]
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Memberi salam dengan ucapan salam.

Seterusnya memberi salam dengan memalingkan muka ke sebelah kanan dan ke kiri dengan ucapan:

Assalamualaikum warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
Alhamdulillah, selesai sudah solat fardhu Maghrib.
Wirid dan Doa Selepas Solat
Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istigfar.
Adalah kurang elok jika selepas selesai solat, kita terus bangun dan beredar tanpa diikuti wirid dan doa.
Biasanya selepas habis sembahyang kita disunatkan untuk bertasbih dan lain-lain untuk memenuhi anjuran Nabi Muhammad SAW.
- Panduan wirid & doa selepas solat boleh dirujuk pada pautan ini: Doa Selepas Solat
Penutup: Solat Itu Tiang Agama
Antara perkara yang akan dihisab oleh Allah kelak adalah solat.
Ia adalah asas kepada semua amal dan kebaikan yang kita lakukan.
Jika ibadah solat kita tiada atau tidak sempurna, kesemua pahala dari ibadah lain atau kebaikan yang kita lakukan akan tergantung.
Oleh itu marilah kita membina dan memperbaiki asas paling penting ini.
Tujuan utama panduan ini dihasilkan adalah untuk membantu mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka yang ingin belajar solat.
Semoga panduan ini membantu memudahkan urusan solat anda.
🕋🇲🇾🇲🇾💚💛💜💜💌💝💝❣💞💟🌎🕌

No comments:
Post a Comment