06 February 2020

Al-Kahfi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

BismillahHirahmanirRahim
BismillahHirahmanirRahim
BismillahHirahmanirRahim


Alhamdulillah syukur kepada ALLAH



Al Kahfi... Hayatilah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Saya Nara Paduka Hj Muhammad Bentara Tujuh. Surah Al-Kahfi merupakan antara surah-surah yang digalakkan kita beramal. Ada hadis yang menyatakan bahawa ada kelebihan tertentu jika kita membaca surah ini pada hari Jumaat. Surah ini juga terkandung kisah pemuda-pemuda yang Allah tidurkan di dalam sebuah gua, juga kisah Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS. Dan tidak ketinggalan kisah Dzulkqarnain yang membina tembok mengurung Yakjuj-Makjuj.

Namun, kita tidak seharusnya mengambil surah ini pada face value atau secara harfiyah semata-mata. Cuba singkap sedikit di sebalik tabir huruf dan ayat. Sekali-sekala kita perlu "masuk gua"... Shut out segala yang tidak berkenaan di dalam hidup kita. Hanya kita dengan Allah semata-mata. Dah ada masa Allah akan masukkan kita dalam "gua", di mana kita dilindungiNya dari anasir luar yang mengganggu ketenteraman hidup dan menyebabkan kita lari dari tujuan sebenar kehidupan kita.

Ada masa kita kena keluar dari "gua". Buka minda, buka hati untuk terima sesuatu yang baru dengan sepenuh keikhlasan di hati. Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung yang terperangkap di dalam ideologi, fahaman dan kesimpulan yang kita buat sendiri. Ingatlah, kalau kita rasa kita pandai, pasti ada yang lebih pandai dari kita. Kalau kita rasa kita hebat, pasti ada yang lebih hebat dari kita.

Ada masa pula, kita perlu membina tembok untuk melindungi diri kita dari anasir-anasir yang tidak diingini. Tembok pemisah antara kita dan dunia luar ini tak semestinya bermaksud kita tidak bercampur dengan orang lain, tapi kita dinding hati kita, jiwa kita daripada dipengaruhi atau disasarkan daripada tujuan hidup kita yang sebenar. Bak kata guru, jadilah seperti ikan di laut. Air laut itu masin, tetapi daging ikan itu tetapnya lemak manis.

Seperkara lagi yang ingin saya sampaikan, kita buat kerja kita... Sebagai mereka yang ingin menjadi hambaNya. Jangan jadi kuli yang mengharapkan upah semata-mata... Wabillahi taufiq wal hidayah...


No comments: