أعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Sesungguhnya Aku berniat kerana اللهَ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepada اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... ALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
Kuda kepang ade jin??
Syirik meminta bantuan dari kaum Jin
Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh.
Perjanjian mengambil saka-saka dan juga Jin-Jin Sihir tidak boleh dianggap mudah atau dipandang ringan… lebih-lebih lagi dari sudut dan hukum agama Islam sendiri. Meminta perlindungan kepada Jin adalah cara membenarkan mereka dalam berbuat syirik, serta cara untuk meminta manfaat dan menepis bahaya dari mereka serta bergantung kepada mereka. Hal-hal tersebut semuanya termasuk kategori syirik, menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baz, mufti besar Kerajaan Arab Saudi (1993-1999).
Allah berfirman dalam surah Al-An’aam, ayat 128, mafhumnya:
“Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya, (dan Allah berfirman), ‘Hai golongan Jin, sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia,’ lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia, ‘Ya Rabbi kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang Engkau tentukan bagi kami.’ Allah Subhanahu Wata’ala berfirman, ‘Naar itu tempat kamu, sedang kamu kekal di dalamnya kecuali kalau Allah mengkehendaki (yang lain).’ Sesungguhnya Rabbimu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”
Dewan Fatwa Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan “tidak dibolehkan meminta bantuan kepada Jin, sekalipun untuk mengetahui jenis penyakit atau mengetahui jenis ubat, ini kerana hal itu perbuatan syirik.”
Dewan Fatwa Kerajaan Arab Saudi juga telah menetapkan, “Meminta bantuan kepada Jin atau Malaikat dalam rangka menepis bahaya dan meraih manfaat, baik dalam rangka penjagaan diri dari kejahatan Jin (serta lain-lainnya) adalah perbuatan syirik besar yang dapat mengeluarkan seseorang daripada agama Islam.”
Di dalam buku Al-Qaul Al-Muin, di dalam bab Murtazikat Mualij ash-Shar’wa as-Sihr wa al-‘Ain dinyatakan bahawa meminta bantuan kepada Jin adalah fitnah yang melanda kaum Muslimin secara umum, kerana mereka telah bergantung dan bersandar kepada Jin dan manusia, yang seharusnya mereka bersandar dan bergantung serta bertawakal hanya kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Zaman ke Zaman kaum Jin-Jin ini merebak-rebak.dan bekembang-biak dalam satu-satu keturunan dan perubahan zaman kemasukan mereka ke dalam jasad anak cucu cicit mengakibatkan penyakit medikal yang parah…
Dalam tahun 2016 hingga hujung tahun ini kes-kes melibatkan kanak-kanak juga amat banyak.
Autism, hyperactive, ADHD, depression, hysteria, scoliosis, cancer, pneumonia, stroke, masalah prostate, ketumbuhan, eczema, Alzheimer's, carotid artery aneurysm, ulcer, batu karang dan arthritis merupakan di antara contoh kesan-kesan medical terhadap mereka yang didampingi Jin-jin saka. Jin-jin ini bergerak dan berkumpul di dalam salur darah manusia yang jumpah panjangnya 110,000km. Apabila kanak-kanak ini di rukyah ada yang pengsan, ada yang muntah, ada yang meraung kesakitan. Ada juga yang tidak boleh mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Air yang di bacakan surah Manzil apabila di rendam tangan dan di mandikan kanak-kanak ini menangis kesakitan. Saya sebagai seorang ibu memang tersentuh dan sedih melihat keadaan ini… hanya air mineral yang dibacakan surah-surah Al-Quran… logik akal bagaimana menjadi sakit?
Ini harus di ambil berat…
Saya Puteri Nur akan mengumpulkan kaum-kaum mereka... mencari anak-anak mereka segalanya… berunding… dan mencari tempat baru untuk mereka berhijrah… berpindah… meninggalkan kaum Adam. Saya melihat setiap perkampungan dan penempatan mereka, baik di gunung-ganang, kaki bukit, gua-gua, sungai-sungai sehingga di lautan luas. Penempatan semula Jin-jin ini perlu mengambilkira bentuk rupa mereka, perwatakan mereka dan pemakanan mereka. Ada kumpulan Jin yang tidak sesuai untuk ditempatkan bersama dalam satu kawasan. Bukan sekadar menarik keluar dan menghalau mereka...
Menjadi fardhu kifayah kita yang tahu mengenai hal saka, sihir dan tangkal ini untuk menguruskannya. Yang penting bebaskan anak cucu kita dan bebaskan Jin-jin ini daripada perjanjian mereka demi masa depan anak cucu kita. Sekian, wassalam...
50 anggota JPAM kena rasuk
Beberapa pengamal perubatan Islam merawat anggota JPAM yang
dirasuk ketika menyaksikan persembahan sempena Malam Kebudayaan di Himpunan
Pertahanan Awam Malaysia Ke-19 di Port Dickson, semalam. - Foto MOHD KHIDIR
ZAKARIA
Port Dickson: Persembahan kuda kepang dan ulik mayang,
dipercayai antara punca hampir 50 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
(JPAM) mengalami histeria di kawasan perkhemahan dekat Jalan Pantai di sini,
malam kelmarin.
Kejadian bermula jam 10 malam ketika dua anggota wanita
daripada satu kontinjen sedang mengadakan persembahan sempena Malam Kebudayaan
di Himpunan Pertahanan Awam Malaysia Ke-19, tiba-tiba menjerit sebelum pengsan,
diikuti beberapa lagi anggota lain menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut.
Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan yang juga
sekretariat program, Mejar Lokman Hakim Abdul Rahman, berkata sebaik kejadian
itu, pihaknya segera mendapatkan bantuan pengamal perubatan Islam bagi
memulihkan mereka yang diserang histeria.
“Kehadiran lima pengamal perubatan Islam berhasil memulihkan
keadaan yang terkawal jam 12.30 tengah malam.
Sebahagian mangsa dipulihkan dalam khemah, selebihnya dibawa
ke Masjid Jamek Port Dickson di sini,” katanya ketika ditemui di lokasi itu,
malam kelmarin.
Seramai 1,300 pegawai dan anggota membabitkan 14 kontinjen
seluruh negara menyertai himpunan itu yang berlangsung selama tiga hari sejak
Jumaat lalu.
Tarian ada unsur seru
Pengamal perubatan dari Pusat Rawatan Islam al-Hadj, Muhamad
Nur Hafiz Azmi, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada tarian kuda
kepang dan ulik mayang yang dipersembahkan kerana mempunyai unsur menyeru
makhluk halus.
Ketua Pengarah JPAM, Datuk Sulaiman Keling, berkata mereka
yang diserang histeria dipercayai terlalu teruja membuat persembahan, selain
penat akibat cuaca panas kerana lokasi yang terlalu hampir dengan laut.
Mangsa histeria yang juga anggota JPAM dari Perlis, Nazar
Mohd Amin, 22, mendakwa ketika sedang menari ulik mayang, dia menyedari
bayang-bayang di belakangnya dan sebaik menoleh, dia ternampak beberapa
kanak-kanak lelaki berpakaian berwarna-warni sedang menari bersama mereka.
“Saya tetap teruskan persembahan, walaupun dalam keadaan
takut, namun sempat juga berzikir sebelum pengsan.
Apabila tersedar satu jam kemudian, saya sudah pun berada di
dalam khemah dan dikelilingi rakan lain,” katanya. sumber
Pengajaran :
1. Janganlah buat acara tari-menari tak kira di mana pun.
Gantikan dengan aktiviti atau persembahan lain yang lebih bermanfaat.
2. Elakkan buat "Ulik Mayang" di tepi-tepi laut.
Kalaupun 7 puteri jin itu tak datang, jin lain akan datang.
3. Tarian kuda kepang mesti dipantau oleh orang yang ada
keahlian, kerana sekalipun segala adat istiadat dan mentera-menteranya tidak
dibaca (tidak dipanggil khadamnya), jin-jin terutamanya jin yang bersangkut
dengan tarian kuda kepang suka hadir jika terjumpa.
Wallahua'lam.
![]() |
| Rundingcara sedang dilaksanakan |
![]() |
| Puteri Nur mengenalpasti laluan dan tapak makhluk ghaib di dalam kediaman pesakit |
![]() |
| Sesi rawatan melibatkan seluruh keluarga pesakit |
![]() |
| Puteri Nur juga menggunakan kaedah kaunseling untuk merawat kanak-kanak |
![]() |
| Setiap kes akan diambil nota dan dirakam video sebagai rujukan untuk sesi berikutnya |
![]() |
| Puteri Nur membaca daripada nama-nama yang diberikan untuk mengenalpasti punca dan akar gangguan |
![]() |
| Sesi rawatan di Johor |
![]() |
| Sesi rawatan hanya melibatkan satu keluarga pada satu masa untuk menjaga aib dan untuk memudahkan urusan menyusunatur Jin-jin yang keluar daripada pesakit. |
![]() |
| Pesakit kanak-kanak turut mengalami gangguan |
![]() |
| Replika kuda kepang digunakan sebagai alat untuk memudahkan proses rundingcara pesakit yang didampingi Jin-jin yang pernah digunakan di dalam persembahan kuda kepang. |
![]() |
| Bacaan ruqyah dilakukan terhadap bapa dan anak-anaknya sekali |
![]() |
| Penginapan yang disediakan oleh pihak pesakit untuk kami di Bahau, Negeri Sembilan |
![]() |
| Puteri Nur membakar tangkal-tangkal milik pesakit untuk memutuskan perjanjian tangkal. |
![]() |
| Puteri Nur meneliti nota rawatan sebelum kes dijalankan. |


















No comments:
Post a Comment