
اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ
Tugasan gerak organ-organ tubuh badanKu kepada اللهَ
Daku Niatkan Tasbih anggota-anggota organ tubuhku buat اللهَ.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya KepadaMu Ya اللهَ
(الْحَمْدُ لِلَّهِ)Tahmid Dengan Denyutan Nadiku
(لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱلله)Tahlil Degupan Jantungku
(اللَّهُ أَكْبَرُ)Takbir dalam Hela Turun Naik Nafasku
اَلْحَمْدُ ِللهِ syukur kepadaMU YA اللهَ ALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Kisah Penciptaan Jibril
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّ ... اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ ALLAH اللهَ
Kisah Penciptaan Jibril
Kisah Penciptaan Jibril
Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah
bersabda yang bermaksud" "Setelah Allah SWT selesai menciptakan
Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600
sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain
menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri
dan berkata :" Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih
baik daripada saya?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud..
"Tidak.."
Kemudian JIbrail a.s berdiri serta solat dua
rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000
tahun.
Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah
S.W.T berfirman yang bermaksud,
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah
saya dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang
menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan
datang seorang nabi yang mulia yang paling saya cintai, namanya 'Muhammad’. Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam
keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan
dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann-Ku dan ketinggian-Ku,
sesungguhnya solat mereka itu saya lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka
mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas
perintah-Ku."
Kemudian Jibrail a.s berkata:"Ya
Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat
mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud,
"Ya Jibrail, akan saya berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbrail a.s meminta izin kepada
Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah
S.W.T maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang,
setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000
tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih
dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah
pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T lalu ia berkata dalam sujud:" Ya
Tuhanku! Apakah sudah saya menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud,
"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang
selama 3000 tahun dan meskipun saya memberikan kekuatan kepadamu seperti
kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan,
nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan
yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat
yang mereka kerjakan....."
Hayatilah betapa besarnya kasih sayang yang
Allah S.W.T berikan pada hamba-Nya yang sentiasa lalai dan leka. Betapa
beruntungnya hamba-Nya yang diberikan hidayah untuk memahami dan menghayati
betapa segala amalan kita yang berlandaskan kepatuhan kepada suruhan yang Esa
telah dikurniakan berbagai-bagai nikmat dan balasan pahala yang besar.
Walaupun kita lalai semasa menghadapnya, kita
berimaginasi terhadap yang lain, namun, betapa besar rahmat Allah S.W.T yang
tetap membalas segala amalan kita dengan berjuta-juta nikmat yang tidak pernah
kita bayangkan. Cuba bayangkan andai kita dapat melakukan solat 2 rakaat kerana
patuh pada suruhan-Nya, di anugerahi syurga yang amat indah seperti syurga
Ma'waa, bagaimana jika kita dapat melakukannya setiap hari seumur hidup kita.
Agaknya apa yang Allah S.W.T kurniakan kepada
kita? Sedangkan solat malaikat Jibrail a.s yang nyata lebih khusyuk dan memakan
masa beribu tahun lamanya hanya mendapat pujian dari Allah S.W.T? Sungguh
butalah hati hamba-Nya yang tidak mampu melihat betapa besarnya dan agung-Nya
kasih sayang Allah S.W.T kepada kita umat Rasullullah S.A.W. Betapa besarnya
nikmat dan rahmat Allah S.W.T kerana membenarkan kita hidup dan dipilih sebagai
umat Rasulullah yang dimuliakan.
Marilah kita panjatkan sepenuhnya kesyukuran
kepada Allah yang Maha Pemurah kerana membenarkan dan memilih kita untuk
disinari nur dan hidayah 'Iman dan Taqwa' yang tidak semua umat Rasullullah
S.A.W bertuah memilikinya. Bersamalah kita menghayati hidup yang penuh dengan
ranjau duka demi mendamba kasih Illahi. Wallahua'lam!
ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَ ALLAH اللهَALLAH اللهَ
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
..................................................................
...........................................................................................................
.......................................................................................................................
Doa dan usap keseluruh tubuh setiap lepas solat
Maka ucaplah sebutlah, lafazlah, katalah dengan lidahmu disetiap saat akan zikir memuji dan mengAgungkan kebesaran ALLAH Swt dengan Tasbih dibawah secara istiqomah.
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100 X (سُبْحَانَ اللَّهِ)
100X (أسْتَغْفِرُاللهَ)
100X (الْحَمْدُ لِلَّهِ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ)
100X (اللَّهُ أَكْبَرُ)
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
100X (اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ)
100X (لآ اِلَهَ اِلّا اللّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوُل اللّهِ)
اَللَّهُمَّ صَلِّىْ عَلَىْ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.........................................................................
Zikirullah









No comments:
Post a Comment