06 February 2020

KOMUNITI NETFIX

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


BismillahHirahmanirRahim


Azmi Kawan Sabri KB:
SEDIKIT PERKONGSIAN UNTUK KOMUNITI NETFIX

Selepas hampir setahun Netfix berjalan (April 2019), kita tetap yakin yang MXBIT adalah coin sebenar dan kita akan dapat manfaat dari simpanan MXBIT kita suatu masa nanti..itu tetap akan berlaku inshaaAllah.. berapa lama lagi? bergantung kepada komuniti dan pasaran kripto dunia.

Pasaran kripto dunia tetap makin berkembang dan menepati ramalan pakar. Bitcoin tetap menjadi matawang yang akan jadi alternatif kpd semua.

Komuniti mxbit pula sebenarnya bukan hanya satu2nya dalam Netfix. MXBIT lab limited ada berpuluh puluh malah beratus ratus strategi yang akan menaikkan juga harga coin ini nanti.

Dan sejak hampir setahun Netfix berjalan, Netfix terus membayar ROR dan referral chain tanpa gagal setiap hari kecuali ketika sistem down baru2 ini. Dan ketika ini, mana2 platform kripto yang ada ketika Netfix muncul setahun lalu, sudah sangat banyak yang gulung tikar.

Memang Netfix ada beberapa perubahan yang tak ada dalam blueprint. Tetapi hanya beberapa sahaja terutamanya berkaitan dengan Nextrex yang bolehlah kita sifatkan tindakan kecemasan.

Sebenarnya Nextrex bukan sahaja ada dlm Netfix. Ia turut ada digunakan di luar. Tetapi kita tak tau apa nama yg digunakan sebagai pasaran luar sebab mereka guna nama lain.

Di dalam Netfix, Nextrex ada masalah ketika melakukan pertukaran menyebabkan Netfix menukarkan mxbit kpd Btc secara salah dengan kadar yang banyak. Ini menyebabkan Netfix terpaksa menanggung kerugian yang besar. Isu ini memerlukan kerja kerja audit yang sukar dan lama. Kalau dibuka semula, Netfix pasti akan menerima kerugian berterusan.

Kerana itu, mereka terpaksa mencari cara untuk mengurangkan pencairan mxbit ke Btc dan mengurangkan pembayaran mxbit TERUTAMA kepada pelan referral (iaitu ahli2 aktif yg ada downline). Tetapi untuk investor, tiada perubahan dilakukan.

Dan mereka membuat syarat tambahan iaitu menyimpan NFT supaya mengurangkan pencairan NFT ke MXBIT sekaligus mengurangkan pertukaran MXBIT ke Btc. Dan mereka membuat syarat tambahan untuk bonus di level 1. Beberapa perubahan ini memberi kesan drastik kepada pendapatan upline2. Perkara ini sudah diberikan kritikan yang keras kepada pihak pengurusan Netfix, mereka ambil maklum dan mereka sedang berusaha mencari jalan yang lebih baik.

Antara langkah yang kemungkinan di ambil ialah menghentikan syarat menyimpan NFT dan menggantikan dengan syarat menyimpan MXBIT.

Semua strategi strategi ini kita faham bahawa syarikat tak nak tutup walaupun dah rugi banyak. Syarikat kurangkan beban supaya investor terutamanya tetap selamat. Kalau dia nak tutup, dia dah tutup lama dah.

Buktinya, NFT tetap diberi setiap hari. Cuma syarat yang semakin ketat tetapi selari dengan apa yang ada dalam buku blueprint.

Dan untuk memberi ruang kepada pemilik MXBIT yang mahu mencairkan MXBIT mereka, Netfix akan menyediakan satu platform bersifat sementara iaitu Platform P2P yang akan memberi peluang kepada ahli2 menukar suka sama suka MXBIT mereka.

Sebenarnya kalau kita faham, dengan mengurangkan pencairan MXBIT ke BTC ini akan secara langsung menaikkan nilai MXBIT itu sendiri. Andai semua orang ada MxBit tukar Btc, nilai mxbit akan sukar meningkat. Kita mahu meramaikan komuniti yang Hold Mxbit.

Andai spekulasi dari member2 sendiri yang tidak menyebarkan persepsi yang tidak betul tentang Netfix, pasti kita masih mampu meyakinkan org bahawa menyimpan MXBIT adalah pilihan yang bijak. Maka akan ramai yang masih akan mahu memiliki MXBIT anda.

Dalam masa beberapa bulan lagi, MXBIT akan mula boleh diurusniaga di platform urusniaga luar.Malah MXBIT sendiri akan mempunyai platform trading seperti BINANCE. Semua ini memang tak mampu mereka war warkan selagi belum benar2 berlaku. Tetapi mereka dah lama bekerja ke arah itu.

Kesimpulannya, yang ada masalah sekarang ini ialah NEXTREX yang tak bolehkan kita tukar ke Btc. Tetapi MXBIT kita masih kekal sebagai matawang yang berpotensi untuk jadi bernilai berlipat kali ganda.

Suatu hari nanti anda tetap akan dapat semula MXBIT yang anda simpan dalam i.robot itu.

Jadi apa yang kita perlu buat sekarang

, kekal bertenang, beri peluang kepada NETFIX mencari solusi kepada masalah ini. Kerana kita lihat, mereka tetap membayar ROR kita setiap hari.

Cubalah kita kurangkan spekulasi sesama kita. Kerana ia sebenarnya seolah2 menjejaskan dan melambatkan perkembangan aset kita sendiri.

MXBIT Lab Limited dah labur wang dan masa yang lama sejak 2013 untuk MXBIT Coin. Tak mungkin mereka nak scam dengan Netfix yang baru buat sales tak sampai 5 juta USD dan member tak sampai 10,000 org.

Kalau dia nak scam, dah lama dia buat gimik dan bayar leader dan beri kereta mewah pada leader sejak setahun dulu untuk leader2 tarik sales. Tapi dah setahun ni, anda tanya leader mana yang company support bagi duit poket dan dapat kereta mewah.

Diorg bukan nak main money game dan scam. Dan diorg tak kisah pun kalau kita tak nak buat netfix. Yang dia janji, siapa simpan MXBIT sekarang pasti untung apabila sampai masanya nanti.



Tunggu dan tengok je nanti scam atau tidak.
Hanya masa yang menetukan metafora ini
...
Ibu segala ilmu adalah SABAR
BE PATIENT GUYS..


RM4.5K 



🕋🇲🇾💎🖤🖤💞💙💙🌏🕌🔻

No comments: