25 February 2020

Solat Sunat Gerhana Matahari & Gerhana Bulan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh






Subhanallah 100X سبحان الله
Alhamdulillah 100X الحمد لله
LA ILAHA ILLALLAH 100X  لا إله إلا الله
Allāhu akbar 100X  الله أكبر

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH


Solat Sunat Gerhana Matahari & Gerhana Bulan

solat sunat gerhana matahari
Ini adalah panduan lengkap cara melakukan solat sunat gerhana matahari dan bulan.
Dalam panduan ini, anda akan dibimbing secara langkah-demi-langkah dengan mudah.
Apa yang menarik:
Panduan solat sunat ini dipermudahkan dengan ejaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.
Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita mulakan.

Pengenalan Solat Sunat Gerhana

Solat sunat gerhana ialah solat sunat yang dilakukan ketika berlaku gerhana bulan atau gerhana matahari.
Solat sunat gerhana boleh dikerjakan bersendirian atau berjemaah.
Rasulullah melakukan solat dua rakaat (solat sunat Gerhana), dan Rasulullah memanjangkan qiam dalam kedua-dua rakaat itu.
Selepas gerhana berakhir, baginda bersabda:
Dengan tanda-tanda ini Allah SWT menakutkan hamba-hambaNya. Maka apabila kamu melihatnya perlu kamu bersolat seperti solat yang baru dilakukan daripada solat-solat fardu
— Riwayat Bukhari
Solat sunat gerhana dilakukan semata-mata untuk menunjukkan rasa kagum akan kehebatan ciptaan Allah SWT.
Solat Gerhana tidak dilakukan kerana membesarkan bulan atau matahari yang sedang mengalami gerhana itu.

Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

niat solat sunat gerhana bulan
 Usolli sunnatal khusuu-fi rak’ataini lillahi taala 
Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala.

Niat Solat Sunat Gerhana Matahari

solat sunat gerhana matahari
 Usolli sunnatal kusuu-fi rak’ataini imaman / makmuman lillahi taala 
Sahaja aku solat sunat Gerhana Matahari dua rakaat (sebagai imam/makmum) kerana Allah Taala.

Cara Mengerjakan Solat Ini

Rakaat Pertama
  1. Takbiratul ihram
  2. Membaca doa iftitah
  3. Membaca surah Al-Fatihah
  4. Membaca surah. Dicadangkan membaca ayat daripada surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’la (19 ayat)
  5. Rukuk (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih)
  6. Iktidal dan qiam kedua, membaca surah Al-Fatihah dan surah lain. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghasyiyah (26 ayat)
  7. Rukuk (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih)
  8. Iktidal
  9. Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih)
  10. Duduk antara dua sujud (sunat dipanjangkan tempohnya)
  11. Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih)
  12. Berdiri ke rakaat kedua.

Rakaat Kedua
  1. Qiam dan membaca surah Al-Fatihah
  2. Membaca surah. Dicadangkan membaca ayat daripada surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah asy-Syams (15 ayat).
  3. Rukuk (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih)
  4. Iktidal dan qiam keempat, membaca surah Al-Fatihah dan membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah az-Zalzalah (8 ayat).
  5. Rukuk (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih)
  6. Iktidal
  7. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih)
  8. Duduk antara dua sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
  9. Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih)
  10. Membaca tahiyat akhir
  11. Memberi salam dan imam bangun menyampaikan khutbah

Bacaan Tasbih Dalam Solat

Bacaan tasbih yang dibaca di dalam solat sunat ini adalah:
bacaan tasbih dalam solat
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Penutup

Semoga artikel dapat membantu anda.

🕋🇲🇾🇲🇾💜💛💚🌏⛰🇲🇾💜🖤🖤💌💝❣💟💞💟💞🌎🌍🕌




No comments: