27 March 2020

Sebak PM dalam menangani Covid 19



Ya Allah...
Bantulah Perdana Menteri Kami😪😭

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dia terdiam,
Di riak wajahnya ada tanda tanda muram
dan sedih yang teramat dalam apabila
Zafrul menyatakan hutang Negara
sudah mencecah 1.2 trillion...

Dia memejamkan mata, suasana hening
dan hiba, lama... lebih dari 5 minit
tak seorang pun berani
membuka mulut...

Masing masing terpaku melihat
Tan Sri Muhyiddin terus memejamkan mata
tanpa berkata apa apa, hanya terlihat bibirnya
yang bergerak gerak menahan pilu yang
sangat menguris hatinya...

Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan
hening, dia membuka mata dan dikelopak
mata yang sudah tua dan uzur itu jelas
terlihat ada linangan airmata...

Kami tidak berani menatap matanya
yang tajam, kami mengalih pandang kearah
lain kerana tak sanggup melihat airmata nya gugur...

Berapa lagi kita ada???
Tanyanya dalam dialeg Johor,
Zafrul tak berani menjawab...

Tan Sri bertanya lagi,
cukup tak nak bagi rakyat
BSH waktu Covid ni???

Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan
bahasa Jawanya semakin pekat...

Zafrul,
cukup Tan SRI untuk rakyat cukup...

Untuk Kelantan dan Terengganu dah kira
kalu(kalau) nak bagi 20%
royalti minyak???

Zafrul,
dalam proses Tan Sri...

Kenapa lambat sangat,
pi siap cepat cepat BSH dan royalti tu...

Errr,
pasal Tol tu Tan Sri???

Takpa tu nanti...

Saya panggil konsenssi tengok
macam mana kita forfeited kos mereka...

Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh
kebelakang sebelum berlalu pergi,
aku melihat Tan Sri mencarik
tisu diatas mejanya
mengesap matanya...

Mungkinkah Tan Sri
menangis lagi???

Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia,
tapi kalian tak tahu, sebelah tangan nya
sarat hutang negara, sebelah tangannya
lagi masih kosong tapi dia nak bagi juga
pada rakyat...

Dia pernah melakukan kesilapan,
dia akan tebus kembali, beri dia ruang
dan peluang, jangan terlalu mendesak,
dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi PM,
bekerja 18 jam sehari, hanya kerana satu
sebab, nak lihat rakyat gembira
dan Negara pulih semula...

Ya Allah, berikan lah kesihatan dan
keselamatan kepada Tan Sri Muhyiddin...

No comments: