Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sesungguhnya Aku berniat kerana Allah:
Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat Allah.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada Mu Ya Allah..
Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah سبحان الله
Denyutan Nadiku dengan Alhamdulillah الحمد لله
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله
Hembusan Nafasku berzikir Allāhu akbar الله أكبر
الحمد لله syukur kepada الله
Cas Bayaran Khidmat “Perubatan Islam”, NUR dan NAR
CAS BAYARAN KHIDMAT “PERUBATAN ISLAM”, NUR dan NAR
Ayat-ayat Al Quran adalah firman Allah, apabila ia digunakan untuk merawat, maka dengan izin Allah, ia memberi kesan kepada pesakit. Mengenakan bayaran atau cas kpd pesakit dalam jumlah apa sekalipun atas sebab khidmat bacaan ayat-ayat Allah itu adalah satu yang tidak wajar. Ia seolah-olah menjual ayat-ayat Allah untuk mencari keuntungan dunia. Kuasa menyembuhkan pesakit bukan kuasa manusia tetapi kuasa Allah. Ini adalah fundamental dalam aqidah. Mengenakan cas atas dasar menggunakan ayat-ayat Allah adalah suatu yang melampau dan amat tidak wajar. Apakah mereka “mencari makan” dengan ayat-ayat Allah?
Pada asasnya, bayaran khidmat di pusat rawatan “perubatan Islam” ini adalah tidak perlu dan jika pesakit ingin memberikan saguhati bayaran, ia harus berbentuk sukarela dari pesakit, bukan paksaan, bukan jumlah yang tetap, kecuali pesakit membeli produk yang dijual atau yang disediakan di tempat perawat. Misalnya produk itu telah diproses, dipakejkan dalam bentuk yang dlihat sebagai produk komersil seperti krim, air, buku, sabun, makanan, minuman dan bukan yang bersifat tangkal atau azimat.
Bayaran lain di pusat perkhidmatan “perubatan Islam” ini mungkin boleh dikenakan secara minima kerana tempat perawat menanggung bil letrik, bil air, sewa tempat rawatan (jika ada), pengangkutan (jika ada) dan lain-lain perkara.
Pesakit hendaklah dimaklumkan oleh perawat segala bentuk cas yang akan dikenakan. Mengetahui maklumat cas bayaran khidmat adalah hak pelanggan dan hak pengguna. Jika pelanggan setuju dengan cas bayaran, maka barulah diberikan khidmat rawatan. Ini sama seperti akad jual-beli, perlu ada maklumat dan persefahaman serta p[ersetujuan.
Satu lagi hak pelanggan ialah mengetahui apakah rawatan yang diberikan, bagaimana rawatan dilakukan, apa risikonya (jika ada), dan apakah kesudahan selepas rawatan diberikan. Kebanyakan perawat “perubatan Islam” tidak menyatakan hal ini dan pesakit terkejut tetapi paksa rela menerima rawatan apabila mereka dipukul dengan daun, dengan besi, diberikan tangkal, diraba pada anggota badan yang sensitif dan ada yang disetubuhi atas alasan atau syarat bagi menghilangkan sakit. Inilah fitnah “perubatan Islam” oleh mereka yang rosak akhlak, rosak aqidah dan cuba menyelewengkan aqidah orang lain disamping menipu dan menghisap darah orang yang terdesak dan tersepit.
Adapun cas bayaran mengeluarkan saka yang menggunakan ayat-ayat Quran adalah tidak perlu melainkan perawat menggunakan khidmat Jin yang memerlukan pelbagai barang yang mesti dibeli untuk “pertukaran”, “tebusan” atau “makanan” jin. Barang-barang ini biasanya terdiri dari binatang, darah, daun-daun, buah-buahan, objek logam, lilin, air, kemenyan, batu, kain pakaian dan bahan yang disyaratkan bagi menjalankan proses perawatan yang sebenarnya adalah satu bentuk ritual atau pemujaan. Dalam kes ini, bayaran yang dikenakan adalah kerana upah merawat dan pembelian barang-barang serta bayaran imbuhan kepada pembantu perawat. Sebelum kita membayar khidmat ini, tepuk dada tanya iman. Adakah ini amalan Islam atau syirik? Syirik adalah salah satu dari 7 dosa besar.
Biar kita sakit apa pun, kita perlu faham beberapa perkara fundamental dalam aqidah:
1. Allah adalah Pencipta segala yang ada dalam alam ini. Allah kekal tidak rosak, tidak binasa, tidak cacat, dan tidak perlu kepada apa yang manusia berhajat dalam hidup. Allah Maha Berkuasa di atas segalanya. Tidak ada yang boleh mengatasi Allah dalam apa jua aspek.
2. Manusia menjadi sakit adalah kerana ia adalah makhluk yang mempunyai ciri-ciri yang boleh fana, musnah, rosak, mati; maka anggota dalam dan luar tubuh manusia terdedah kepada sakit, rosak, dan binasa apabila sampai masanya atau apabila disakiti oleh sesuatu secara fisiologi, biologi, fizikal dan non-fizikal.
3. Manusia menjadi sakit adalah kerana ujian dari Allah, samada untuk membersihkan dosanya atau mengangkat darjah keimanannya atau kedua-duanya sekali.
Tetapi usaha mencari ubat dan rawatan kepada sakit adalah satu tuntutan iman. Ia mesti dilakukan. Perubatan allopathy di klinik atau hospital adalah tergolong dalam perubatan Islam kerana khidmat perubatan yang diberikan membawa kepada kebaikan, kesihatan dan kesejahteraan hidup yang dituntut oleh Islam melainkan kaedah dan bahan rawatan yang digunakan tidak patuh syariah. Perawat di hospital dan pesakit Muslim mestilah berpegang kepada pada aqidah bahawa kuasa penyembuhan adalah milik mutlak Allah, dan bukan manusia dan bukan ubat. Perawat dan ubat adalah termasuk dalam kelompok usaha.
Meskipun begitu, khidmat hospital tidak boleh atasi segala penyakit. Adakala penyakit pesakit tidak dketahui puncanya dan ada masa tidak ada lagi ubat yang boleh diberikan kepada pesakit setelah semua usaha dilakukan oleh para doktor. Ini dinamakan idiopathic. Bagi kes idiopathic, samada pesakit disuruh pulang atau dihantar ke wad psikitris.
Di sinilah pentingnya peranan Perubatan Komplementari Islam . Perubatan Komplementari Islam tidak perlu bersaing dengan perubatan hospital tetapi komplemen atau melengkapkan perubatan ke atas pesakit. Ketika ini pesakit harus hati-hati dengan perawat yang menawarkan “perubatan Islam” atau “perubatan Islam komplemtari”. Ada banyak manusia yang “cari makan” dengan mengambil kesempatan ke atas kesempitan manusia lain yang terdesak untuk mendapatkan rawatan.
Jika terdesak sekalipun, manusia Muslim tidak boleh gadaikan iman dengan mendapatkan rawatan dari perawat “perubatan Islam” yang menggunakan khidmat jin atau makhluk halus, atau yang mengenakan bayaran atas dasar ayat-ayat Quran yang digunakan, apatah lagi menggadaikan tubuh badah untuk disetubuh oleh perawat bagi mengeluarkan saka. Ini semua adalah penipuan, kepalsuan, maksiat kepada Allah, dan merosakkan aqidah. Jin akan ketawa gembira kerana misi mereka untuk merosakkan anak Adam sudah berjaya, bukan sahaja ke atas pesakit atau perawat, tetapi kepada orang keliling yang turut percaya dengan kuasa jin dan kuasa perawat dalam menyembuhkan penyakit manusia. Jin bersumpah kepada Allah akan merosakkan aqidah anak Adam yang beriman kepada Allah sehingga kiamat kecuali mereka yang benar-benar yakin kepada KeAgungan dan Rahmat Allah.
Sebagai pencegahan dan perawatan ke atas manusia, selain dari penjagaan makanan dan kesihatatan, manusia beriman perlu menambah dan mengukuhkan NUR dalam diri masing-masing bagi menghalang NAR daripada menguasai diri kerana banyaknya NAR dalam diri boleh membuka ruang kepada jin atau syaitan untuk bermukim dalam diri kita dan membuka ruang untuk mudah disihir dan diserang oleh Jin. Jin adalah NAR. Syaitan adalah NAR

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
Apa itu NUR? NUR nilai baik dan suci antaranya ialah petunjuk (taufik), hidayah, cahaya, putih, pahala, ikhlas, jujur, dedikasi, tunduk kepada Allah, bersih, taqwa, baik hati, mujahadah, hati lapang, merendah diri (tawadhu’), ehsan, berhati-hati (wara’), positif, maaruf, syukur, rahmat, barokah, redha, suka membantu orang, dan pemurah. NUR akan bertambah apabila kita melakukan perkara di bawah ini. Apabila sebahagian yang dilakukan ini dengan banyak, maka bertambahlah NUR dalam diri.
Kalau kita pinjam konsep “electro-magnetic field” dari bidang sains, NUR adalah umpama “electro-magnetic field” yang boleh bersaiz besar dan luas serta kuat. Lagi banyak NUR dalam diri, lagi luas sempadan, saiz dan kekuatan “electro-magnetic field” diri kita untuk melindungi kita bahaya NAR. Ada juga perkataan lain yang digunakan untuk menerangkan makna NUR dan “electro-magnetic field” iaitu AURA.


1. Solat adalah NUR. Apabila perbanyakkan solat sunat seperti solat taraweeh, solat tahajjud, solat taubah, dan solat witir, selain daripada solat wajib, maka semakin banyak NUR dalam tubuh kita.
2. Air wuduk adalah NUR, air wuduk yang jatuh dari anggota yang diwuduk akan membersihkan dosa kecil dalam diri kita; justeru menambah NUR. Wajah orang selalu wuduk ada NUR.
3. Puasa adalah NUR, ia menjernihkan roh, jiwa, emosi, minda, dan perbuatan diri. Lagi banyak berpuasa selain daripada puasa Ramadan, akan bertambah NUR dalam diri kita.
4. Membanyakkan berzikir dengan beristighfar (astaghfirullah), bertasbih (subhanAllah), bertahmid (alhamdulillah), bertakbir (Allahuakbar) akan menambah NUR dalam tubuh. Zikir tidak mesti lepas solat sahaja, tetapi ia boleh dilakukan sepanjang hari hatta ketika hampir melelapkan mata dalam malam hari.
5. Membanyakkan sedeqah akan membersihkan hati dari sifat bakhil, tamak, dan cinta kepada dunia, maka sedeqah termasuk zakat akan menambah NUR dalam tubuh badan.
6. Memberi makan kepada orang buka puasa akan beroleh pahala orang berpuasa, maka NUR akan terus bertambah dalam diri orang yang memberi. Memberi makan kepada orang miskin di luar bulan puasa akan turut menambah NUR dalam diri pemberi.
7. Membanyakkan menolong orang susah, orang miskin dan orang yang memerlukan bila-bila dan di mana sahaja dalam apa jua bentuk akan menambah NUR dalam tubuh badan kita.
8. Membanyakkkan membaca Al Quran, mahupun mendengar bacaan Al Quran, akan menambah NUR dalam tubuh badan kita.
9. Membanyakkan solawat atas Nabi akan menambah NUR dalam diri.
10. Membuat apa sahaja yang mulia dan maaruf, maka akan bertambah NUR dalam diri.
Apabila banyak NUR dalam diri, maka NAR akan berkurangan dan NAR menjadi lemah dalam diri. NUR boleh melemahkan dan memadam NAR.
Apa itu NAR? NAR ialah nilai buruk antaranya ialah gelap, sesat, dosa, khianat, hitam, riya’, malas, sombong, takabbur, kotor, durhaka, lemah, sombong, ‘ujub, tidak peduli, maksiat, negatif, tidak bersyukur, tidak redha, hati gelisah selalu, dengki, tamak,mungkar, haloba, dan hasad.
Apabila banyak NAR dalam diri, maka diri akan lebih dekat dan mudah terdedah kepada syaitan atau sifat syaitan. Banyak NAR dalam diri bermakna kualiti diri merosot. Banyak NAR dalam diri bermakna lebih mudah terkena gangguan atau pengaruh jin dan syaitan termasuk sihir.
NUR yang bagaikan “electro-magnetic field” yang boleh bersaiz besar dan luas serta kuat dengan sebab kita tambah dan kukuhkan NUR dalam diri, maka lagi luas sempadan, saiz dan kekuatan “electro-magnetic field” diri kita untuk menepis gangguan jin, termasuk serangan jin dalam bentuk sihir.
Dalam keadaan NUR kita lemah ketika kita sakit, kita boleh mendapatkan rawatan “perubatan Islam” dari mereka atau perawat yang kita yakin “banyak NUR” atau yang memiliki saiz “electro-magnetic field” yang besar dan kuat.
Rasullullah pernah menyebut jin (syaitan) takut kepada Syaidina Omar: “Sesungguhnya syaitan menyingkir (menghindar) apabila berjumpa dengan Omar.” (Hadis riwayat Ibnu Asaakir).
Kekuatan yang pada Syaidina Omar bukan sahaja kekuatan aqidah tetapi kekuatan NUR yang menjadikan “electro-magnetic field” beliau lebih luas sehingga jin atau NAR menjadi lemah atau takut atau NAR menjauhi NUR yang ada di sekeliling Syaidina Omar.
Maka apabila ada ustaz menasihatkan pesakit sebelum atau semasa dirawat agar banyak beristighfar, banyak bersolawat atas nabi, banyak tunaikan solat jika tidak biasa solat, banyak bersedeqah, maafkan orang sebelum tidor, banyak sangka baik, banyak berpuasa
dan seumpamanya, maka jangan kita merasa hina atau merasa sombong kerana semua amalan itu ialah untuk menambah kekuatan NUR dalam diri.
dan seumpamanya, maka jangan kita merasa hina atau merasa sombong kerana semua amalan itu ialah untuk menambah kekuatan NUR dalam diri.
Setelah pesakit dirawat sekali dua, maka pesakit harus juga usaha merawat dirinya sendiri serta menambahkan NUR dalam dirinya kerana berjumpa dengan perawat berterusan dengan anggapan perlu bergantung harapan kepada perawat dan bukan bergantung harapan kepada Allah untuk sembuh, maka ia boleh merosakkan aqidah. Ia boleh jatuh kpeada fahaman dan amalan syirik. Berusaha merawat diri sendiri boleh dilakukan dengan belajar ilmu merawat dan kemahiran merawat dari orang yang ahli dan jujur dalam memakmurkan ilmu Allah.
Akhirnya, pesakit harus lurus dan jurus hati mencari reda Allah ketika sakit dan ketika mendapatkan rawatan. Perawat juga harus lurus dan jurus hati mereka mencari reda Allah dalam memberi rawatan kepada yang memerlukan. Usaha dan ikhtiar itu satu tuntutan iman. Tetapi kuasa penyembuhan bukan milik manusia atau milik bahan rawatan, tetapi milik Allah SWT.
Semoga kita semua diberi petunjuk oleh Allah untuk melihat yang benar itu benar, dan yang bathil itu bathil.
Wallahualam.
Al faqir Ibn Hussin
Nota: Sebahagian kandungan penulisan ini adalah hasil rumusan kajian LRGS/TD/2012/USM-UKM/KT/03 yang dijalankan sejak 2012-2016.

Persiapan Lailatul Qadr tidak bermula pada 10 malam yang akhir, tapi bermula pada malam hari pertama berpuasa Ramadan. Memperbanyakkan NUR dalam diri bermula di awal puasa lagi dalah satu yang dituntut kerana apabila banyak NUR dalam diri, maka di akhir Ramadan, tidak sukar untuk mengenali orang banyak
No comments:
Post a Comment