16 March 2020

Rotan – konsep, amalan, dan pengajaran





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sesungguhnya Aku berniat kerana Allah:
Tugasan gerak tubuh badanKu
Daku Niatkan Tasbih anggota tubuhku buat Allah.
Ku serahkan seluruh kehidupanku kebergantungan sepenuhnya kepada Mu Ya Allah..

Hatiku berdetik disetiap saat menyebut Subhanallah سبحان الله
Denyutan Nadiku dengan  Alhamdulillah الحمد لله
Degupan Jantongku bertasbih LA ILAHA ILLALLAH لا إله إلا الله
Hembusan Nafasku berzikir Allāhu akbar  الله أكبر

 الحمد لله syukur kepada الله

Rotan – konsep, amalan, dan pengajaran

25593931_1532780833444051_853709822844851476_nSaya pernah ROTAN pelajar masa saya jadi cikgu mulai 1986. Tapi rasional saya pilih rotan dan cara rotan saya mungkin berbeza dan saya suka nak kongsi sedikit di sini.
Dalam satu insiden kesalahan disiplin yang “serius”, yang sudah dijanjikan akan dirotan jika langgar disiplin, saya tanya kepada pelajar saya yg lakukan kesalahan, “kamu nak dirotan cara Islam atau cara konvensional?” Pelajar kata, “nak cara Islam” tanpa dia tanya bagaimana bentuk cara rotan cara Islam.
Sebelum saya rmulakan sesi rotan, saya beri sedikit tazkirah dulu. Selepas saya rotan pelajar pertama, semua pelajar lain mahu dirotan cara Islam, dan mereka senyum selepas itu….dan mereka kata sesama mereka, kalau Cikgu Supyan jadi cikgu disiplin kan bagus.
Dalam Islam, merotan juga ada ilmu dan ada akhlaknya. Cara merotan dalam Islam ialah
a. pada tempat kulit yang tebal (di belakang..pada badan atau punggung)
b rupa rotan mesti sempurna, tidak sumbing, tidak pecah di hujung, tidak bersepai (untuk elak luka)
c. perotan tidak boleh angkat tangan tinggi hingga ternampak ketiak semasa hayun rotan (hayunan tangan tidak nampak ketiak akan hasilkan pukulan yang perlahan atau sederhana)
d. semasa merotan, tidak boleh sentap atau tarik rotan dari badan, tapi rotan yg kena pada bhg dirotan harus berhenti dan kemudian diangkat dan diulang jika perlu, tapi bukan disentap atau ditarik (kalau disentap atau ditarik maka boleh berlaku kecederaan sampingan)
e. merotan dengan rasa “kasih sayang” untuk mendidik, bukan merotan dengan geram dan emosi panas
f. merotan untuk mendidik, membentuk akhlak, bukan mencederakan atau membinasakan
g. merotan tidak sampai kepada cacat, patah, atau luka
h. merotan diiringi doa agar pelajar ini diberi petunjuk oleh Allah untuk menjadi pelajar yang baik dan berguna pada masa akan datang.
Itulah rasional dan cara yang saya merotan. Bukan sakit kena rotan itu yang jadi matlamat, tapi menyatakan kesalahan serius itu yang menjadi matlamat. Kesalahan serius dihukum cara serius. Memberi amaran, memberi khidmat kauseling itu bukan hukuman serius tapi elok dikembarkan dengan hukuman rotan atau hukuman yang serius.
Alhamdulillah semua pelajar yang pernah saya rotan jadi kawan saya hingga hari ini dan kami sering bertemu. Kami saling hormat menghormati, ingat mengingati dan sayang memyanyangi.
Rotan itu satu gesture, satu perbuatan simbolik utk menyatakan kesalahan yang serius, dan bukan semua kesalahan perlu dirotan. Apabila seseorang pelajar dirotan secara terbuka depan khalayak, maka pesalah tahu ia lakukan kesalahan yang serius dan pelajar lain juga tahu ia satu kesalahan yang serius.
25994954_1532773713444763_8844552059936521394_nMerotan ditangan, tapak tangan, muka, bhg depan badan, peha, betis adalah amat TIDAK WAJAR kerana kulit pada bahagian berkenaan adalah nipis dan mudah cedera.
Merotan pada badan atau punggung dalam keadaan tanpa pakaian adalah TIDAK WAJAR pada pandangan Islam.
Hari ini biar pun KPM telah menghadkan amalan rotan, dan kuasa merotan hanya ada pada Pengetua dan Guru Disiplin, mereka harus tahu beza rotan cara Islam dan rotan cara konvensional.
Boleh atau tidak kalau kesalahan serius tidak dirotan? Boleh atas sebab kesihatan, dan diganti dengan hukuman lain atau tunggu pesalah sihat.
Bukankah merotan depan awam akan memalukan pelajar?
Tapi kenapa tidak rasa malu pula buat kesalahan serius depan awam?
Bukankah apabila seorang yang lakukan kesalahan serius dihukum depan awam akan menjadi pengajaran dan menyelamatkan jumlah pelajar yang lebih ramai agar tidak lakukan kesalahan serius yang sama?
Isunya bukan rotan. Fokusnya bukan rotan. Alat lain juga boleh digunakan untuk menghukum. Cara lain pun boleh digunakan untuk mendidik kesalahan yang serius. Isunya kenapa mesti nak langgart disiplin sekolah?
Kalau semasa belajar mengaji Quran, pelajar salah baca atau salah sebut ayat yang dibaca, adakah perlu dirotan? Pada saya, TIDAK WAJAR ustaz atau ustazah pukul pelajar dengan rotan. Ia bukan kesalahan serius. Silap dalam menjawab, silap dalam bacaan adalah satu proses belajar, maka proses belajar tidak akan sempurna kalau tidak buat silap. Tapi melakukan kesalahan tidak sama dengan melakukan kesilapan. Dalam proses belajar, kesilapan itu satu yang tabiie dan diperlukan sebelum boleh kuasi sesuatu ilmu.
Jom bincang dengan berhemah.

No comments: